Sejarah Rumah Sodomon

24
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada keluarga OKK Sodomon,terutama sekali cik June Sodomon iaitu cucu beliau sendiri, kerana sudi memberi kebenaran, menggunakan thesis PHDnya dan sokongan kepada saya untuk menjalankan kajian ke atas Rumah Besar tersebut untuk tujuan pengkajian sejarah tempatan di daerah Keningau dan khususnya di Kawasan Bingkor. Tujuan kajian tempatan ini dibuat bagi memenuhi tugasan mendapatkan serjana muda kepujian sejarah di Univerisiti Malaysia Sabah. Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung iaitu, Encik Ayok Banos dan Pengerusi JKKK Encik Ladius Galanok di Kampung Singga Mata, kerana sudi memberikan kebenaran dan kerjasama yang baik sepanjang saya membuat kajian. Di samping itu mereka juga banyak memberikan maklumat penting mengenai Rumah Besar berkenaan. Akhir sekali, ucapan terima kasih ini juga saya tidak lupa sampaikan kepada pensyarah TH10403 Sejarah Sabah dan Sarawak, Datuk Mazlan Abdullah kerana memberikan tugasan ini kepada saya. Dengan tugasan ini, saya lebih mengenali warisan sejarah peninggalan tokoh- tokoh tempatan seperti OKK Sodomon, OKK Gunasand Kina dan OKK G. S. Sundang dengan lebih terperinci di era penjajahan British mahupun pendudukan Jepun di negeri Sabah. Saya berharap dengan adanya kajian ini membolehkan masyarakat mengetahui bahawa terdapat tokoh-tokoh di pedalaman yang kurang ditonjolkan di peringkat sejarah negeri mahupun dalam Sejarah Negara kita, Malaysia. Meskipun sebenarnya tokoh-tokoh yang disebutkan di atas telah memberikan sumbangan besar kepada negeri dan negara sama ada dalam dari segi politik, menjadi pemimpin masyarakat dan Rumah Besar itu sendiri telah menjadi beberapa kali sebagai tempat persidangan telah melawat Rumah Besar, termasuk Sir William Goode (Grovernor bekas Borneo Utara British); YAB Duncan Sandys pada tahun 1959 (Menteri British Perhubungan

Transcript of Sejarah Rumah Sodomon

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada keluarga OKK Sodomon,terutama sekali cik June Sodomon iaitu cucu beliau sendiri, kerana sudi memberi kebenaran, menggunakan thesis PHDnya dan sokongan kepada saya untuk menjalankan kajian ke atas Rumah Besar tersebut untuk tujuan pengkajian sejarah tempatan di daerah Keningau dan khususnya di Kawasan Bingkor. Tujuan kajian tempatan ini dibuat bagi memenuhi tugasan mendapatkan serjana muda kepujian sejarah di Univerisiti Malaysia Sabah. Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung iaitu, Encik Ayok Banos dan Pengerusi JKKK Encik Ladius Galanok di Kampung Singga Mata, kerana sudi memberikan kebenaran dan kerjasama yang baik sepanjang saya membuat kajian. Di samping itu mereka juga banyak memberikan maklumat penting mengenai Rumah Besar berkenaan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ini juga saya tidak lupa sampaikan kepada pensyarah TH10403 Sejarah Sabah dan Sarawak, Datuk Mazlan Abdullah kerana memberikan tugasan ini kepada saya. Dengan tugasan ini, saya lebih mengenali warisan sejarah peninggalan tokoh-tokoh tempatan seperti OKK Sodomon, OKK Gunasand Kina dan OKK G. S. Sundang dengan lebih terperinci di era penjajahan British mahupun pendudukan Jepun di negeri Sabah. Saya berharap dengan adanya kajian ini membolehkan masyarakat mengetahui bahawa terdapat tokoh-tokoh di pedalaman yang kurang ditonjolkan di peringkat sejarah negeri mahupun dalam Sejarah Negara kita, Malaysia. Meskipun sebenarnya tokoh-tokoh yang disebutkan di atas telah memberikan sumbangan besar kepada negeri dan negara sama ada dalam dari segi politik, menjadi pemimpin masyarakat dan Rumah Besar itu sendiri telah menjadi beberapa kali sebagai tempat persidangan telahmelawat RumahBesar,termasukSir William Goode (Grovernor bekasBorneo Utara British);YABDuncanSandyspada tahun1959 (Menteri British Perhubungan Komanwel);Lord Landsdowwnpada tahun 1962; AllahyarhamTengkuAbdul Rahman (Perdana Menteri pertamaMalaysia); Allahyarham TunHajiDatu MustaphaBinDatuHarun (bekas KetuaMenteri Sabah); Allahyarham TunMohammedFu'adStephens(bekas ketua Menteri Sabah), anak saudaraOKK Sedomon,Allahyarham Tun AhmadKoroh (bekasGabenorSabah) danadiknya, Allahyarham DatoGS Sundang(bekasTimbalanKetua MenteriSabah).

1. KENINGAU : Sejarah Daerah KeningauDaerahKeningaupada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan. Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan "Raja Rempah Ratus". Kemasyhurannya telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.

Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing. Mereka inilah yang memberi gelaran "KampungKeningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis. NamaKENINGAUterus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae.

Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60 an atas Perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang@ Samson Sundang bin Datuk Gunsanad dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

Gambar 3: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephen ketika memberi penghormatan Batu Sumpah di Keningau.

Gambar 3: Payau merupakan Maskot Daerah KeningauMaskot DaerahKeningau Mengenali Payau

Payau merupakan salah satu ruminan yang termasuk dalam kelas-kelas berikut, Order. Artiodactyla, Sub-order. Ruminantia, Famili: Cerdidae, Genus: Cervus/Axis/Spese: Unicolor (payau Sambar), Elaphus (Payau Merah), Timorensis (Payau Timor), Nippon (Payau Sika), Axis (Payau Chital).

Di Asia sahaja terdapat 16 jenis spesis payau (G.K. whitehead, 1972). Di Malaysia, terdapat 2 jenis payau sambar iaitu Cervus Unicolor Equinus yang terdapat di Semenanjung dan Cervus Unicolor Brokei yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis payau lain yang diternak di Malaysia adalah payau merah (cervus elaphus), Payau Chital (axis-axis) Payau timor (Cervus Torensis) dan payau Fallow (dama dama). Sedikit masa dahulu, payau siku (Cervus nippon) juga diternak di Malaysia, namun oleh kerana masalah penyakit Tuberculosis maka banyak payau sika telah dimansuhkan serta tidak diimpot lagi.Payau Sambar merupakan jenis payau yang lebih besar daripada jenis-jenis payau yang tersebut di atas. Payau Sambar jenis Cervus Unicolor Equinus lebih besar daripada Cervus Unicolor Brokei.Rujukan : 2. Sejarah Kawasan Bingkor 2.1 Asal usul Nama dan Sejarah Kampung Bingkor

Kampung Bingkor Baru di wujudkan sejak tahun 1933. Kampung Bingkor terletak kira-kira 10km dari Bandar keningau. Didiami oleh suku kaum dusun Kwjau atau Kujau salah satu rumpun masyarakat kadazan dusun di negeri sabah. Kesan daripada berlakunya penghijaraan, amalan budaya, perkahwinan, perkongsian amalan, kepercayaan dan adat telah menyebabkan lahirnya perbezaan dialek serta terdapatnya kesamaan adat dan budaya dari sukuan kadazan dusun yang terdapat di daerah-daerah lain di negeri sabah. Masyarakat dusun kwujau atau kujau yang mendiami kawasan Banjaran Crooker pada asalanya ini adalah satu bangsa yang bengis dalam erti kata lain, satu bangsa yang diiktiraf sebagai bangsa yang kuat dan berani. Suku dusun kwujau ini juga dikenali sebagai bangsa pemotong kepala. Bilangan kepala yang diperolehi oleh seseorang pahlawan melambangkan kekuatan, kegagahan, kepewiraan dan kekuasaanya.

Kewujudan perkampungan Bingkor yang di diami oleh sukuan kwujau ini dikatakan telah wujud sejak beratus tahun dahulu. Di katakan pada awal penubuhan Kampong Bingkor baru hanya terdapat tiga buah rumah dari tiga keluarga. Kampung Bingkor baru di asaskan oleh OKK Sodomon Bin OKK Gunsanad. Bingkor menurut En. Benson Sabiah, berasal daripada perkataan dusun gana Pinguku iaitu gabungan dua perkataan yang membawa maksud pingu pancung dan ku saya. Makalah lahirlah perkataan pinguku atau di kenali sebagai pingku. Namun sebutan orang-orang British ketika itu yang menyebut pingku menjadi BINGKOR. Menjadikan nama itu kekal sehingga ke hari ini.

Menurut sejarah pembukaan awal Kampung Bingkor, penduduk awal yang mendiami kawasan ini adalah golongan petani yang menanam padi huma yang tinggal di atas bukit banjaran Crooker Kimanis Papar dikatakan pada suatu musim petempatan mereka menjadi kering kontang akibat kemarau yang panjang. Semua tanaman mereka menjadi kering dan layu. Oleh hal yang demikian, penduduk telah bersepakat untuk menuruni bukit dan berpindah di bahagian lembah yang mudah untuk mendapatkan bekalan air. Pendapat lain, ada juga mengatakan Bingkor berasal dari perkataan Bingkoi bahasa sukuan gana yang membawa maksud tempat memotong kepala dan versi lain ada juga mengatakan Bingkor berasal daripada perkataan PENGUKURAN (parut kelapa) dalam bahasa Kuruyau (Kwujau) yang berasal dari Kampung Bandukan Lama.

Kod LokalitiNama Kampung / LokalitiBilangan RumahBilangan Penduduk

01Singga Mata108436

02Antolob48302

03Bandukan Lama29268

04Bingkor Baru59504

05Berungis71504

06Sasaie / Tampulan74537

07Bunsit122504

08Bingkor Lama48524

09Tuntumulud103890

10Kampung Baru54588

11Bandukan Baru88604

12Kuangoh96705

13Tangkungoh59638

14Buang Sayang48571

15Minansut90880

16Kamansi / Lipaus44336

17Sandapak63504

18Kumawanan44378

19Pekan Bingkor45504

Sumber http://www.jknsabah.gov.my3. Orang-Orang Kaya (O.K.K) Sodomon bin Gunasanad O.K.K Sodomon bin Gunsanad telah dilahirkan pada tahun 1894 adalah anak kepada O.K.K Gunsanad bin Kina. Bapa beliau terkenal dikalangan suku kaum Kuijau iaitu suku yang terhasil daripada perkahwinan campur kaum dusun dan murut di kawasan pedalaman Keningau. Kedua-dua suku kaum ini mengakui dan mengiktiraf suku Kuijau menjadi sebahagian daripada elemen hibrid dan terpisah menjadi satu suku kaum yang mempunyai latar belakang budaya seakan-akan sama dengan suku kaum dusun dan murut. O.K.K Gunsanad merupakan tokoh yang bertanggunjawab disebalik tabir menjadikan suku kaum Kuijau yang berpengaruh di sekitar Utara Pulau Borneo ketika itu. O.K.K Sodomon berkerja sebagai Ketua Daerah bermula pada tahun 1936 sehinggalah pada tahun 1966, di mana beliau mati secara mengejut dan misteri. Orang-Orang Kaya ( O.K.K ) merupakan satu gelaran utama kepada pemimpin tempatan terkenal yang diberikan oleh pemerintah Syarikat Kompeni Charted, British, ketika itu. O.K.K Sodomon dianugerahkan gelaran tersebut disebabkan sumbangan dan jasa beliau memajukan Kerajaan Tempatan di Kawasan Bingkor pada tahun 1930. Beliau juga adalah seorang ahli politik yang kuat menentang cadangan Pembentukan Malaysia. Beliau memberi alasan rakyat Sabah belum bersedia menyertai cadangan Pembentukan Malaysia dan beliau bercadang dan berkeinginan untuk memerintah Kerajaan Negeri Sabah secara bersendirian, menjadikan Sabah sebagai negeri yang merdeka dan bebas.

Bidang kerjaya beliau sebagai ahli politik bermula pada tahun 1962 apabila menubuhkan Parti Pasok Momogun dan dibantu oleh adik kandungnya sendiri iaitu Datuk G.S Sundang. Parti Pasok Momogun sangat berpengaruh di kawasan pedalaman dan juga di seluruh negeri Sabah pada ketika itu, namun beliau tidak sempat merealisasikan impiannya kerana mati secara mengejut pada 8 Mac tahun 1966, lebih kurang setahun sebelum pilihan raya pertama di negeri Sabah diadakan.

Rumah Besar O.K.K Sodomon pandangan dari hadapan Rumah Besar O.K.K Sodomon pandangan dari sisi4. Latar Belakang Rumah Besar

4.1 Asal-Usul

Bangunan rumah O.K.K. Sodomon telah dibina diantara tahun 1937-1941. Keluasan tapak perumahan adalah dianggarkan lebih kurang 12 ekar yang ditumbuhi dengan pelbagai rumput dan pokok renek yang tumbuh menghijau. Rumah ini dikenali sebagai Rumah Besar oleh kebanyakan

penduduk tempatan dan merupakan rumah yang terbesar pernah

dibina dikawasan Bingkor iaitu salah satu kampung yang terpencil di sekitar

pekan Keningau pada masa itu. Pekan Keningau boleh dikunjungi dan jarak

perjalanan lebih kurang 132 km dari Kota Kinabalu iaitu ibu kota bagi Negeri Sabah.

4.2 Pengasas

Rumah Besar ini telah diasaskan sendiri oleh O.K.K Sodomon bin Gunsanad.

4.3 Lokasi Bangunan

Bangunan Rumah Besar ini telah dibina di Kampung Singgah Mata, Bingkor,

Keningau. Terletak lebih kurang 8 km dari Pekan Keningau. 4.4 Tujuan Pembinaan Bangunan

Dibina sebagai tempat kediaman keluarga O.K.K Sodomon dan disamping

Itu juga digunakan untuk tempat perjumpaan dan pertemuan orang-orang

kenamaan pada ketika itu. 4.5 Kos Pembinaan

Perbelanjaan pembinaan tidak dapat diketahui kerana kebanyakan sumber

bahan-bahan keperluan pembinaan diperolehi dari hutan berhampiran dengan

lokasi rumah besar5. Keistimewaan Bangunan

5.1 Reka Bentuk Pelan

Reka bentuk pelan bangunan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu tingkat

bawah dan tingkat atas. Tingkat bawah terdiri daripada beranda, empat

ruang bilik tidur dan bilik makan yang memanjang, dapur dan bilik mandi.

Terdapat ruang khas untuk kegunaan tetamu. Ruang bilik makan disediakan

sebagai tempat makan dan acara minum tapai kepada para tetamu yang

datang apabila majlis keramaian dan acara-acara tradisi suku kaum dusun

dan murut diraikan. Di tingkat bawah juga terdapat ruang untuk menumbuk

padi iaitu dengan menggunakan alat yang dipanggil lesung untuk

menghasilkan beras daripada padi. Selain daripada itu, terdapat juga dapur

kayu api di tingkat bawah untuk tempat memasak dan di bahagian atas

dapur tersebut disediakan alat untuk menyalai atau mengawet daging dan

ikan supaya menjadi tahan lama. Manakala di luar bilik mandi yang

bersebelahan dengan ruang bilik makan, tempat dan bekas tangki disediakan

untuk mengumpul air hujan bagi kegunaan rutin harian seperti memasak,

mandi dan keperluan harian yang lain. Sementara itu, di bahagian tingkat atas pula terdiri daripada beranda,

ruang tamu besar,empat bilik tidur dan laluan utama ke bilik air. Motif

O.K.K Sedomon memperbesarkan rumah tersebut adalah untuk memberi

keselesaan kepada ahli keluarganya. Satu bilik tidur untuk isteri ketiganya dan terdapat bilik lain untuk isteri kedua, anak-anak dan juga

anak-anak saudaranya. BilikO.K.K.Sedomonpada asalnyadibezakan olehsatu katil besar yangdipasangkandengan Kawat atau kelambu kayu yang berukuran duabelaskalisepuluhkakipersegi denganberpintu

sendiri dan ini kelihatan seperti bilik tidur yanglebihkecil didalambilik

tidurnya sendiri. Di bilik tidur ini juga digunakan sebagai untuk menyimpan

semua dokumen sulitdanbarang-barang peribadi. Walau bagaimanapun

barangan antik di bilik tersebut telah hilang tanpa dapat dikesan. 5.2 Bahan Binaan

Bahanyangdigunakandalam membina rumah ini telahdiperolehidari kayu hutan tempatankira-kira40-50kilometerdari tapak pembinaan, iaitudi sekitar KasawanPelipikan, Kampung MelodanKampong Marampong. Kaedah pengangkutan yang digunakan untuk mengangkutbahan binaanketapak pembinaanialah dengan

menggunakan guyudan,istilah pengangkutan menggunakan tenaga

kereta kerbau dalam bahasa Dusun untukmembantu dalam melakukan kerja-kerja yang berat. Sementara itu, atap pada asalnya diperbuat daripadadaunrumbiaiaitu jenis tumbuhan seperti kelapa

yang boleh menghasilkan sagu. Selepas perang dunia ke-2, pada tahun

1945 atapnya telah ditukarkan dengan zink. 5.3 Kaedah atau cara pembinaan.

Pembinaan Rumah Besar ini mengambilmasalebih kurang empattahun

untuk disiapkan kerana semua kerjadilakukan secara manualdengan menggunakan peralatanyang sangat asas sepertitukul dangergaji.

Dimanasetiap keping kayuakandipotong kepada spesifikasi

yang diperlukan. Kontraktor danpekerja yang bertanggungjawab

membina rumah besar ini kebanyakannya terdiri daripada orang Cina. Dari segi reka bentuk dan seni bina, rumah besar ini dibina berasaskan

seni bina istana Kesultanan Melayu pada abad ke 18.5.4 Kegunaan dahulu dan sekarang.

Pada asalnya, Rumah Besar ini digunakan sebagai rumah kediaman

keluarga O.K.K Sodomon dan termasuklah juga sebagai tempat untuk mengadakan sebarang sambutan acara atau majlis tradisi suku kaum

murut dan dusun seperti pesta kaamatan, pesta keluarga dan pesta keramaian. Walau bagaimanapun, Rumah Besar ini juga digunakan sebagai

tempat perjumpaan atau pertemuan dengan pemimpin-pemimpin

tempatan, orang-orang kenamaan dan ahli-ahli politik . Sebenarnya Rumah Besar ini telah melalui beberapa peristiwa atau fasa

perubahan dalam sepanjang tempoh iannya dibina sehinggalah ke

sekarang ini. Semasa Pendudukan Jepun di negeri Sabah pada tahun 1942,

Rumah Besar ini tidak terlepas dari digunakan oleh tentera Jepun sebagai

rumah kediaman sementara mereka. Keluarga O.K.K Sodomon terpaksa

melarikan diri ke Kampung Bandukandan malam mereka pergi ke

Kampung Sodomon. Peperangan itu telahmenyebabkankesusahan dankerugian besar kepada keluarga O.K.K Sodomon,ternakan dan tanah ladangmerekatelah habis dimusnahkanolehtenterayangberperang.

Malah masih terdapat kesan-kesanperang dan telah meninggalkan

Kesan fizikal ke atas bangunan seperti lubang peluru kesan tembakan

tentera Jepun dan tentera UdaraAustralia yang berbalas tembakan masih jelas kelihatan. Malah di halaman berhampiran rumah besar itu terdapat

kolam Betung kecil kesan daripada ledakan bom yang digugurkan.

Mujurlah Rumah Besar tidak terkena bom tersebut, kalau tidak sudah pasti

iannya akan mengalami kerosakkan teruk dan mungkin kita tidak

berpeluang melihatnya lagi.

Selepas Jepun menyerah kalahpada tahun 1945,keluargakembali

keRumahBesardanmemperbaiki segala kerosakkan.

Padiditanam didepanrumahdanpokok-pokokgetah,kopidan kelapadi Belakang. Sebuah gudangkecil(yangmasih wujud)telahdidirikan di

bahagian hadapan, sudutkiri rumah untuk menyimpanpadi dan sebuah rumahasapdi sudutkananuntukmengasap kepingangetah. Kegiatan menternakberatus-ratuslembu, kerbau,kuda, kambing,ayam, angsa, itikdan haiwandomestik,termasukmonyet dan menanamsayur-

sayuranorganikserta buah-buahandijalankan di belakangrumah.

Spesiesburungyangdikenali sebagai Layang-Layangjuga turut membina sarangnyadi atasserambi, yangpeliknya sarang ituhilangtidak lama selepaskematianO.K.KSedomon.

O.K.KSedomonmeninggalduniasecara tiba-tiba danmisteri pada8

Mac,1966, penyebab kematiannya tidakdiketahui selepas pulang dari Majlis makan malam. Antara 1966hingga1979,penghunitunggalRumah Besaradalah balunyaiaituisteriketiga beliau, Hajjah JaliahAmat @Hajjah Zaleha. Sementara Isterikeduabeliau,mendiangMaryRose

Duayaberhijrah ke rumah mereka di Pekan Keningau. Anak-anak beliau telah meninggalkanKampungBingkor bagi menyambung pelajaran ke Semananjung Malaysia dan juga luar negara. Namun ada juga yang telah kembali ke kampung Bingkor setelah beberapa tahun berada di luar

negara. Pada tahun 1979, RumahBesar inisekali lagi ditinggalkankerana keadaannya yangtidak stabil. Selama 18 tahunRumah Besar ini tidak

berpenghuni dan hanya pada tahun 1996, barulah waris keluarga O.K.K Sodomonmemutuskan mengubahsuai dan memperbaiki Rumah Besar dansegeramemulihkan persekitaran kembaliseperti

dahulu.6. RUMUSANSaya sungguh merasa bangga kerana telah berjaya membuat satu kajian mengenai peninggalan warisan sejarah Rumah Besar yang terdapat di daerah saya sendiri iaitu Keningau secara amnya dan Kampung Singgah Mata, Bingkor khususnya. Sebelum membuat kajian ini, saya hanya mengetahui serba-sedikit tentang Rumah Besar ini berdasarkan penceritaan secara lisan dan beberapa kali terlihat rumah ini ketika saya masih mengajar di SMK. Bingkor, Keningau.Meskipun jarak di antara SMK. Bingkor dan Rumah Besar tidak terlalu jauh, namun saya tidak pernah menjejak kaki ke rumah besar tersebut sehinggalah diberi tugasan ini.

Selepas membuat kajian melalui temuramah dengan Ketua Kampung iaitu, Encik Ayok Banos dan Pengerusi JKKK Encik Ladius Galanok di Kampung Singgah Mata, serta melalui kajian Thesis PHD salah seorang cucu O.K.K Sodomon sendiri, June Sodomon dan merujuk hasil tulisan beberapa orang penulis negeri Sabah, seperti Ongkili, James P., Rutter, Owen dan Tregonning, K.G., barulah saya menyedari bahawa Rumah Besar ini dan pemiliknya O.K.K Sodomon telah banyak memberi sumbangan dalam bentuk kepimpinan, ketua masyarakat dan juga sebagai ahli politik kepada masyarakat di pedalaman, khususnya di Kawasan Bingkor. Semoga masyarakat di daerah Keningau, menghargai dan dapat menghayati peninggalan warisan sejarah Rumah Besar dan peranan yang dimainkan oleh tokoh seperti O.K.K Sodomon bin Gunsanad dalam menjadi pemimpin atau ketua masyarkat yang sangat disegani oleh semua lapisan kaum termasuk Kapitan Cina ketika itu dan juga orang-orang British sendiriSehingga beliau dianugerahkan Queen Mamber Chambers(QMC) 1953, Member of the Most Excellent Order of the British Empire(OBE), 1961, Member of the British Empire (MBE),1961 dan Johan Mangku Negara (JMN).Bahan Rujukan

1. Ongkili, James O., Modernization in East Malaysia 1960-1970, Oxford University

Press, Kuala Lumpur & Singapore, 1972.

2. Roff, Margaret Clark, The Politics of Belonging- Poitical Change in Sabah and

Sarawak, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1974.

3. Rutter, Owen, The Pagans of North Borneo, London, 1929.

4. Tregonning, K.G., A History of Modern Sabah 1881-1963, University of Malaya

Press, 2 edn., Kuala Lumpur & Singapore, 1965.

5. Sodomon June, James Isnarti, O.K.K Sodomon bin O.K.K Gunsanad and His

Rumah Besar, 1997Lampiran

Gambar-gambar Rumah Besar

Rumah Besar O.K.K Sodomon Ketika terbiar 1979

Rumah Besar O.K.K Sodomon setelah dibaik-pulih

JKK Kampung Singga Mata, Encik Ladius GalanokOKK Sodomon bersama dengan Ketua-ketua Masyarakat Keningau

Gambar 1. Pokok Koningau dan kulit Koningau( kayu manis)

Gambar 2: Batu Sumpah dan Legenda Batu Sumpah

Rajah 1. Nama-nama kampung Mukim Bingkor, bilangan rumah dan penduduk.

Gambar O.K.K Sodomon bin Gunasanad