Sejarah Seni

25
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2011 HBAE3303 PENGENALAN SEJARAH SENI NO. MATRIKULASI : 740719125570002 NO. KAD PENGNEALAN : 740719-12-5570 NO. TELEFON : 0198697843 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM KAMPUS TAWAU

description

sejarah

Transcript of Sejarah Seni

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBAE3303

PENGENALAN SEJARAH SENI

NO. MATRIKULASI : 740719125570002

NO. KAD PENGNEALAN : 740719-12-5570

NO. TELEFON : 0198697843

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM KAMPUS TAWAU

HBAE3303

1.0 Pengenalan

Sejarah seni merupakan rakaman dan juga catatan peristiwa yang telah berlaku

pada masyarakat zaman dahulu. Sejarah seni melibatkan kehidupan, budaya, aktiviti,

tempat, situasi dan masa. Perkembangan seni amat berkait dengan budaya, masa, tempat

dan situasi. Perkembangan revolusi berjalan seiring dengan perkembangan sejarah seni

di Eropah. Karya seni pada abad ini, meluas ke hampir seluruh wilayah Eropah,terutama

di Jerman, Itali, Perancis, Russia, Britain. Hasil seni zaman ini menyatu dan saling

memberi pengaruh sehingga membentuk kesatuan seni sama aliran. Terdapat tiga

revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada zaman dahulu, iaitu :

I. Revolusi Industri di Britain (1760)

II. Revolusi Industri di Amerika (1775)

III. Revolusi Industri di Perancis (1789)

Zaman revolusi ini juga dikenali sebagai Zaman Penyedaran (The Enlightenment

Era @ The Age of Reason Era). Zaman tersebut digelar demikian kerana perubahan

berkeanaan memberi kesan secara menyeluruh. Bukan sahaja perubahan berlaku dalam

hal-hal, keagamaan, politik, ekonomi dan masyarakat, tetapi perubahan banyak berlaku

dalam bidang kesenian. Salah satunya iaitu pengaruh raja atas perkembangan seni telah

berakhir. Selain itu, pengaruh gereja ke atas karya-karya seni juga semakin berkurang.

Hubungan gereja dengan seniman tidak lagi terjalin kuat. Di samping itu, muncul

pengelompokan dalam kehidupan budaya iaitu kelompok seniman, industriawan,

ilmuwan, pekerja dan buruh fabrik.

Golongan pengiat seni mula mencipta karya-karya berdasarkan kata hati mereka

sendiri tanpa pengaruh luar lagi. Pada zaman inilah perkarya mula memperkenalkan

gaya individu ( personal style). Sumber kewangan juga tidak lagi terhad dari institusi

1

HBAE3303

gereja, hartawan dan golongan bangsawan. Para pengkarya sudah mendapat sumber

kewangan melalui komersial iaitu hasil jualan karya-karya mereka.

Perubahan-perubahan karya berlaku di negara-negara Eropah seperti Perancis,

England dan Itali. Di Perancis contohnya, catan-catan easel yang kecil telah

menggantikan karya-karya awam yang besar. Catan-catan yang dihasilkan di Perancis

bukan saja untuk golongan bangsawan semata-mata tetapi juga ada untuk golongan

pertengahan. Di England, aliran Inggeris juga berkembang. Pelbagai jenis karya

dihasilkan contohnya Hogarth menghasilkan tema-tema kemasyarakatan dan

Gainsborough Reynolds menghasilkan potret dan landskap. Karya-karya dihasilkan

untuk golongan raja, bangsawan dan kelas pertengahan.

2.0 Perkembangan Karya Seni Era 1750-1900

Pada abad ke-18, tercetusnya perkembangan sains dan teknologi di negara-negara

Barat. Contohnya terciptanya mesin wap yang memudahkan kerja-kerja di kilang-kilang

dan ladang. Perkembangan teknologi ini juga telah mempengaruhi keadaan sosial

masyarakat Barat dan memberi kesan langsung kepada karya-karya seni pada zaman

berkenaan. Masyarakat pada zaman itu sudah mula bergaul secara bebas dan terbuka.

Sistem demokrasi dan sistem sekular telah mula diamalkan serta diperjuangkan secara

terbuka. Maka para pengkarya seni juga mula membuat perubahan dengan lebih bergaul

dengan masyarakat dan tidak terikat kepada cara klasik lagi. Para seniman telah menjadi

jurucakap serta perantara dengan golongan atasan.

2

HBAE3303

Kebanyakan seniman pada abad ke-18 dan ke-19 terdiri dari golongan yang

berpendidikan dan terpelajar dan mempunyai latar belakang seni. Kenyataan ini juga

memberi kesan besar terhadap hasil dan karya seni yang dihasilkan oleh pelukis

berkenaan. Kebanyakan karya-karya pelukis zaman ini adalah sangat bermutu, berkualiti

dan mempunyai mesej yang jelas dan menonjol. Antara contoh seniman ialah Paul

Gauguin, salah seorang pelukis Post-Impressionists, lahir di Paris, merupakan anak

kepada seorang jurnalist . sebelum bergiat cergas dalam seni Paul Gauguin adalah

pembantu broker pada tahun 1871. Salvador Dali pula lahir dari golongan kaya di

Cadaques,Costa Brava Sepanyol pernah belajar di ‘ School of Fine Arts’ di Madrid.

Pablo Ruiz Y Picasso dilahirkan tahun 1881 di kota Malaga, Sepanyol. Ayahnya juga

seorang seniman dan juga seorang guru seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sudah

jadi pelukis terkenal pada umur belasan tahun.

Selain itu, perkembangan industri juga telah wujud golongan perkerja yang ramai

di kawasan-kawasan perindustrian. Situasi ini juga memberikan pengaruh besar kepada

golongan penggiat seni. Golongan penggiat seni juga mula menghasilkan karya-karya

yang berlatarbelakangkan golongan pekerja di samping motif-motif yang sedia ada

seperti landskap dan potret.

Suasana politik zaman ini juga memberi kesan kepada pengkarya seni di zaman

itu. Sebagai contoh Pablo Picasso menghasilkan catan yang berkaitan dengan masalah

politik dengan menghasilkan karya masyhurnya "Guernica" (1937). Catan ini dihasilkan

berdasarkan peristiwa pengeboman Guernica, di negari Basque oleh Jerman dan

kapalterbang tentera Itali bagi menentang tentera nasionalisme sepanyol pada 26 April

1937, semasa perang tercetus di Sepanyol.

"Guernica" (1937)

3

HBAE3303

Abad ke-19 merupakan abad penting dalam perkembangan seni lukis kerana

merupakan era peralihan antara tradisi kepada moden. Banyak aliran seni muncul pada

abad ini. Sebelum abad ke-19, stail seni lazimnya dikelompokkan dalam satu abad,

seperti Renaisance pada abad ke-15 dan ke -16, Baroque mewakili abad ke-17dan

Rococo bagi abad ke-18.

Telah muncul tiga era utama pada abad ke-19 iaitu :

I. Seni Sebelum Zaman Perang Dunia Pertama yang terdiri dari era Neo-klasik,

era Romantisme, era Realisme, era Impressionisme dan era Post-

Impressionisme.

II. Seni Selepas Zaman Perang Dunia Pertama terdiri dari era Fauves dan era

Ekspressionisme.

III. Seni Akhir Abad ke-19 yang terdiri dari era Kubism dan era Futurism.

3.0 Aliran Neo-Klasik

Neo-Klasik boleh didefinasikan seperti berikut, ‘ neo’ bererti baru atau ‘ the

sences new’, Manakala ‘ klasik’ pula membawa maksud unik, sumber rujukan, piawaian,

standard, baik, terpuji, terutama dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa

gerakan neo-klasik ini bermatlamat menghidupkan dan mengembalikan zaman

kegemilangan seni klasik yang terdapat pada masa itu. Gaya aliran neo-klasik lahir hasil

4

HBAE3303

tindakbalas terhadap fenomena seni Racoco yang dikatakan menyimpang dari kaedah

seni klasik dengan sebutan ugly dan mengalami penurunan nilai dalam karyanya. Maka

Neoklasik berkeinginan untuk mengembalikan dan memurnikan idea klasik, dengan

mempelajari, menggali, dan mengembangkan kaedah-kaedah kuno Yunani dan Romawi

klasik. Gerakan ini mula wujud pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal

abad ke-19. Di Perancis dan Amerika, aliran ini telah menggalakkan Revolusi. Zaman

neo-klasik berkembang seiring dengan pengaruh persekitaran termasuklah politik,

ekonomi, sosial dan revolusi industri pada masa itu.

Era Neo-Klasik adalah antara 1750 hingga 1790. Neo-klasik pada fasa ini

merupakan era dan masa yang paling penting kerana pendedahan dengan tokoh-tokoh

seni terawal yang menjadi pelopor gerakan ini seperti Benjamin West dan Jacques Louis

David. Di sekitar tahun 1790 hingga 1830 ialah sebagai alat propaganda, seni menjadi

suatu alat penyampai maksud propaganda pada zaman Rom, Perancis dan empayer

Napolean khususnya. Tahun 1830 dan seterusnya seni neo-klasik terus berkembang dan

menyumbang kepada seni moden dan sebagai perintis kepada seni moden. Perkembangan

ini beterusan sehingga terlahirnya gerakan romantisme. Pelukis terkenal zaman ini ialah

Jacques-Louis David.

3.1 Jacques-Louis David

Jacques-Louis David

5

HBAE3303

Jacques-Louis David dilahirkan pada 30 Ogos 1748 di Paris Perancis. Beliau

meninggal dunia pada 29 Disember 1825 di usia 77 tahun di Brussels, Belanda. Jacques-

Louis David adalah warganegara Perancis dan merupakan pelukis aliran Neo-Klasik yang

terkenal. Karya-karya beliau adalah berbentuk lukisan dan catan. Pada tahun 1780-an

dia menghasilkan banyak catan yang bertemakan sejarah.

Catan Jacques-Louis David iaitu Oath of the Horati (1784), melambangkan kegagahan

kaum dan pengorbanan yang dilakukan demi untuk negara.

Oath of the Horati (1784)

Jacques-Louis David

4.0 Aliran Romantisme

Aliran seni ini berkembang sekitar akhir abad ke- 18 dan awal abad ke-19.

Manifetasinya pelbagai, justeru itu satu definisi khusus suka dicapai. Namun begitu,

pokok prinsip utamanya ialah “suatu kepercayaan terhadap nilai-nilai pengalaman

individu”. Seniman-seniman Romantik meneroka nilai-nilai instuisi atau dalaman, serta

menukar kecenderungan publik daripada neo-klasik yang umum, kepada suatu ekspresi

yang lebih bersifat peribadi. Menurut ahli falsafah Jerma G. W. F. Hegel dalam Lectures

on Aesthetics, “dalam seni Romantik, bentuk ditentukan oleh dalaman atau inti makna

yang mewakili seni itu”, Muliyadi Mahamood (2001)

6

HBAE3303

Istilah Romantisme telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini

adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej

karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu

kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya

gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya

tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna

yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan

kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu. Di antara pelukis-pelukis yang

utama Romanticisme ialah Francis Goya di Sepanyol, Theodore Gericault dan Eugene

Delacroix di Perancis.

4.1 Eugene Delacroix

Ferdinand Eugene Victor Delacroix, yanglebih dikenali sebagai Eugene

Delacroix, merupakan pelukis yang berasal dari Perancis yang mempunyai pengaruh

yang mendalam terhadap gerakan Romantik. Beliau dilahirkan pada 26 April 1789 di

Perancis dalam keluarga yang sememangnya cenderung dalam bidang seni lukis.

Memulakan pembelajaran pada usia 17 tahun di bawah jagaan orang penting dalam

Pendidikan Seni iaitu Baron Pierre-Narcisse Guerin.

Pada usia 24 tahun Delacroix sekali lagi bertuah kerana mendapat bimbingan

seorang ahli arkitek dan hiasan Adolphe Theirs. Seawal penglibatan beliau dalam dunia

seni lukis, Delacroix sememangnya telah terpengaruh dalam gerakan Romantik oleh

seorang artis juga sahabatnya Frederic Chopin.

Eugene Delacroix dikenali sebagai “master of color”. Beliau sangat tertarik

dengan lukisan lanskap aliran Romantik Inggeris dapat mencungkil teknik yang

digunakan untuk mengembangkan lagi keunikan serta pendekatan terhadap warna, yang

7

HBAE3303

menjadikan satu-satu lukisan itu sukar untuk dilupakan. Kesan dari kesenian serta

peristiwa, ditambah lagi teknik lukisan beliau itu, ia telah mencetuskan satu pengalaman

yang hebat bagi pengamat hasil lukisan beliau.

Di dalam buku Reader’s Digest Family Treasury Of Great Painters And Great

Paintings(1965), penulis George Kent menulis bahawa Eugene Delacroix telah membuka

pintu kepada Seni Moden. Di dalam buku tersebut beliau bukan sahaja mempunyai

teknik melukis yang ideal dan pantas tetapi juga mempunyai teknik sapuan warna yang

lembut teliti. Di samping itu lukisan beliau yang memprotes tentang pembunuhan masal

orang-orang Greek di pulau Chios membuatkan George Kent mengangkat Eugene

Delacroix sebagai pelukis yang bertanggungjawab dalam membuka pintu ke arah seni

moden.

The Massacres at Chios (1824)

Eugene Delacroix

Lukisan The Massacres at Chios mengisahkan tentang peperangan yang berlaku

pada abad ke-19. Orang-orang greek yang ingin membebaskan negara mereka dari

jajahan Turki. Memandangkan ia merupakan peristiwa semasa maka beliau adalah

merasakan adalah penting untuk dilukiskan mengikut penilaian beliau sendiri. Serangan

tersebut agak ganas menyebabkan pulau hangus terbakar sebilangan penduduknya

8

HBAE3303

terkorban. Kedua-dua kejadian ini menarik minat Delacroix untuk dilukiskan dalam

aliran Romantik yang menggambarkan pembunuhan yang kejam.

5.0 Aliran Realisme

Aliran seni Realisme boleh didefinisikan sebagai usaha kesenian meniru alam

sekeliling dengan menggunakan berus warna. Pelukis-pelukis aliran reaslisme bukan saja

mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi juga mempunyai pengamatan yang tajam dalam

memindahkan subjek yang dilihat ke atas kanvas. Pelukis-pelukis realis menentang

prinsip-prinsip Neo-Klasik dan Romantisme. Mereka ingin menggambarkan subjek-

subjek sebenar dan betul dalam kehidupan seperti kepayahan hidup masyarakat kelas

bawahan. Dalam konteks ini, karya-karya mereka bersifat satira dan kritikan. ‘Landskap

dan kehidupan harian (xatan-catan genre) penting bagi mereka’. (Muliyadi Mahamood,

2001). Di antara pelukis-pelukis Realisme yang utama ialah Corot, Millet, Daumier dan

Courbet.

5.1 Honore Daumier

Honore Daumier dilahirkan di Marseilles, Perancis pada tahun 1808 dan

membesar di Paris. Ayah beliau merupakan seorang tukang, memasang kaca jendela dan

bergiat dalam kesusasteraan tetapi tidak berjaya. Beliau mempunyai pengamatan dan

memori yang dianggap super. Ini kerana beliau melukis pemandangan spontan aktiviti

harian manusia. Beliau tidak memerlukan model untuk dilukis cukup hanya

memerhatikan gelagat manusia kemudian menyimpan dalam memori beliau tanpa

tertinggal satu unsur pun. Semua ini ditulis dengan lebih terperinci lagi dalam buku

Reader’s Digest Family Treasury Of Great Painters And Great Paintings(1965) tulisan

Thomas Cravin.

9

HBAE3303

The Third-Class Carriage

The Third-Class Carriage atau dikenali sebagai Le Wagon de troisieme classe

mengisahkan tentang keluarga. Tiga generasi dipersembahkan dalam lukisan ini muda,

pertenngahan umur dan golongan tua yang hampir memenuhi kitaran kehidupan manusia.

Catan ini menonjolkan muka si ibu yang manis, rupa si nenek yang memperlihatkan kerja

keras yang telah dilalui sepanjang hidupnya.

6.0 Aliran Impressionisme

Aliran muncul pada abad ke-19. Impressionisme bermakna hasil catan yang

dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenarnya dilihat di depan mata dan

bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Ini bermakna

pelukis menghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus

pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang

penambahan atau pengubahsuaian. Imresionis juga menentang ide Romantis bahawa seni

meluahkan meluahkan perasaan. Seni foto dan seni cetak potongan kayu Jepun adalah

antara pengaruh-pengaruh luar yang wujud di dalam Impressionisme. Ciri-ciri aliran

Impressionisme adalah seperti berikut:

10

HBAE3303

• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.

• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.

• Warna bertindih-tindih.

• Tidak melukis secara detail.

• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. 

• Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.

• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.

• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat

Antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Edouard Manet, Claude Monet,

Camille Pissaro, Pierre Auguste Renoir, Edgar Degas, Mary Cassat dan juga pengarca

Auguste Rodin.

6.1 Pierre-Auguste Renoir

Pierre-Auguste Renoir dilahirkan di Limoges, Perancis, pada 25 February 1841.

Beliau mula melukis seawal usia 13 tahun sewaktu bekerja sebagai pelukis tembikar di

Parisian Factory. Sekitar tahun 1860 an Renoir menyertai studio yang dimiliki oleh artis

dari Switzerland iaitu Charles Gleyre dan seterusnya menemui rakan yang akan sama

mewujudkan gerakan Impressisonisme iaitu Monet, Bazille dan Sisley. Pada 1869

Renoir menghabiskan masa bersama Monet di tepian Sungai Seine, pada ketik inilah

mereka mengembangkan teknik terkenal mereka dengan menggunakan warna yang cerah

yang menjadi asas gerakan Impressionis

11

HBAE3303

Luncheon of the Boating Party

Luncheon of the Boating Party

Luncheon of the Boating Party juga dikenali sebagai Le déjeuner des canotiers

dihasilkan dipuncak karier Renoir dalam Impressionis dalam tahun 1881. Luncheon of

the Boating Party adalah salah satu hasil Renoir yang menunjukan kehidupan sosial dari

zaman awal hidupnya.

Remoir mengambil masa enam bulan untuk mneyiapkan karya ini dan ia menjadi

salah satu lukisan yang menjadi pujaan ramai pelukis. Dalam lukisan ini Renoir bijak

mengaplikasikan pakaian dan keadaan untuk mewujudkan satu suasana perjumpaan

petang dengan kawan-kawannya.

Renoir dengan gaya yang mantap menggunakan bentuk, ruang, warna dan jalinan

dalam suasana ini. Figura dan botol menambahkan unsur bentuk dalam lukisan ini dan

teknik ‘overlapping’di antara figura mewujudkan ruang. Pergerakan wujud melalui

bahasa badan dan ekspresi dari muka subjek yang dilukis.

7.0 Aliran Post-Impressionisme

Realiti itu sentiasa baru dan tegas karya aliran ini bukan meniru bentuk tetapi

mencipta bentuk dan bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam

kehidupan. Para pengkarya melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk

12

HBAE3303

mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. Pelukis melukis sebagai pernyataan dan

simbol diri. Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang

lain. Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

Vincent van Gogh dilahirkan di Holland dalam tahun 1853. Seorang kanak-kana

yang tidak mempunyai minat dalam bidang seni tetapi semasa beruisa 16 tahun dia mula

bekerja di Hague Gallery. Selepas beberapa kali berpindah hinggalah beliau sampai ke

London dan Paris beliau hilang minat untuk menjadi pelukis professional dan bekerja

sebagai mubaligh di sebuah gereja di Belgium. Setelah beberapa lama selepas Van Gogh

meninggalkan gereja beliau aktif semula sebagai pelukis.

Van Gogh yang berhasrat untuk melukis figura akhirnya selesai menghasilkan

karya utama dalam kariernya The Potato Eaters pada tahun 1885 yang membuktikan

kejayaan. Pada tahun 1886 beliau berpindah ke Paris dan beliau yang begitu terpengaruh

dengan aliran Impressionis dan Post Impressionis berpeluang melihat karya artis seperti

Gauguin, Pissarro, Monet, dan Bernard. Dia mengaplikasikan karya yang cerah, warna

yang galak dalam karya dan digabungkan dengan tekniknya. Dua tahun selepas itu dalam

tahun 1888, Van Gogh berpindah lagi ke Arles yang kemudian menyertai sahabat baru

Gauguin. Pada waktu itulah beliau dapat menghasilkan karya yang menjadi salah satu

pengenalan bagi diri beliau iaitu Sunflowers.

13

HBAE3303

Starry Night

Starry Night dihasilkan pada tahun 1889, Van Gogh menggunakan warna putih

dan kuning untuk menghasilkan kilauan bintang dan menjadikan langit malam satu

penegasan. Garisan menegak yang ditunujukan pada pokok cypress dan menara gereja

dpat membahagikan komposisi lukisan tanpa menjejaskan langit malam yang menjadi

tumpuan. Van Gogh beerjya menggunakan warna sebagai media menyampaikan emosi.

8.0 Fauves

Aliran ini bermula awal abad ke-19 di Paris, Perancis. Karya-karya aliran ini

memperlihatkan penggunaan warna tanpa batasan. Lazimnya warna-warna panas, meriah

dan ceria seperti kuning, jingga serta merah digunakan dalam karya-karya landskap,

figura manusia, alam benda dan pemandangan dalaman. Istilah Fauvisme diperkenalkan

oleh pengkritik seni Louis Vauscelles. (Muliyadi Mahamood, 2001). Aliran ini banyak

dipengaruhi daripada Zaman Post-Impressionism. Aliran seni ini sangat mementingkan

aspek-aspek keindahan dan tidak menitikberatkan mesej yang hendak disampaikan. Di

antara pelukis-pelukis utamanya ialah Matisse, Derain dan Vlaminck.

8.1 Henri Emile Benoît Matisse

Dilahirkan pada 31 Disember 1869 di utara Perancis yang dikenali sebagai Le

Cateu-Cambresis, Bohain. Matisse membesar dalam suasana yang terpencil yang tidak

mengalami perubahan sejak zaman pemerintahan Roman. Kewujudan landasan keretapi

telah menyebabkan Bohain wujud dalam peta industri, tetapi penduduknya masih

menggunakan kuda atau berjalan kaki untuk pergi ke satu-satu tempat.

Mattise mula menjadi pelukis dalam keadaan yang tidak dijangka. Pada tahun

1889 beliau mendapat penyakit apendiks dan dalam tempoh penyembuhan beliau dari

pembedahan ibu beliau telah memberikan sekotak warna sebagai mengisi masa lapang

14

HBAE3303

beliau. Bermula dari saat itu Matisse menyedari bahawa melukis merupakan karier yang

sesuai bagi beliau dan bukannya sebagai pegawai dipejabat perundangan seperti yang

dirancang oleh bapanya sebelum ini. Ibu Matisse menjadi penasihat dalam mengajar

tentang peraturan dalam seni lukis tetapi lebih mengutamakan untuk menghayati emosi

diri. Pada tahu 1891 beliau ke Paris untuk mempelajari bidang seni di Acadmic Julian di

bawah tunjuk ajar William-Adolphe Bouguereau.

The Dinner Table (1897)

The Dinner Table (1897) merupakan hasil karya Matisse yang pertama, beliau

menghabiskan musim sejuk untuk menyiapkan lukisan ini.

9.0 Aliran Ekpresionisme

Karya-karya aliran ini terhasil dari luahan perasaan dan perasaan tidak puas hati

yang diterjemahkan dalam bentuk visual untuk menjadi tatapan masyarakat. Menolak

ciri-ciri tradisi klasik. Seni aliran ini adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi

pelukis. Karya-karya aliran ini, menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan

15

HBAE3303

objek. Penggunaan warna yang digunakan adalah dramatik dan tidak ada imej yang jelas.

Kebanyakan catan mempunyai kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak

menggunakan berus. Pelukis yang terkenal ialah Wassily Wasilyevich Kardinsky. Karya

beliau yang terkenal ialah Farewell 1903.

Farewell 1903Wassily Wasilyevich Kardinsky

10. Aliran Kubisme

Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Aliran Kubisme

menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Aliran

ini cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Catan aliran ini terkenal

dengan penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan

menimbulkan kesan lutsinar dan mewujudkan warna yang bertenaga.

16

HBAE3303

10.1 Pablo Picaso

Beliau merupakan pelukis dan juga pengarca berbangsa Sepanyol. Beliau

merupakan pelukis yang terkenal pada era seni lukis abad ke 20. Beliau merupakan

pengasas kepada aliran Kubisme yang mengetengahkan pelbagai gaya dalam a=hasil

seninya. Antara karya beliau yang terkenal ialah Cubist Les Demoiselles d'Avignon

(1907) dan Guernica (1937), sebagai penghayatan beliau terhadap pengeboman Guernica

semasa Perang Saudara Sepanyol.

Les Demoiselles d'Avignon, 1907

Lukisan ini dihasilkan pada tahun 1907. Ia dipanggil sebagai lukisan yang paling

inovatif selepas hasil karya oleh Giotto. Pengurangan dalam penggunaan ruang amat

menakjubkan dan letakan wajah menjadi pencetus bagi karya ini. Sama seperti aliran

revolusi yang lain karya ini telah mengejutkan banyak pihak dan menjadi tanda

kewujudan aliran Kubisme.

17

HBAE3303

10 Futurisme

Aliran ini merakamkan pengalaman pergerakan manusia, masa dan juga elemen ruang

yang diubahsuai menjadi pergerakan yang berulang-ulang dalam satu karya seni.

Antara pelukis yang terkenal ialah Giocomo Balla. Beliau merupakan seorang pelukis dari

Turin, Itali. Dilahirkan pada 24 Julai 1871 dan meninggal dunia pada 1 March 1958 . catan

yang terkenal ialah Dynamism of Dog on a Leash 1912. Catan ini menunjukkan pergerakan

imej dan objek yang digunakan.

Dynamism of Dog on a Leash 1912

Giocomo Balla

11. Rumusan

Abad ke-19 dianggap sebagai satu era peralihan daripada budaya tradisi kepada moden.

Semasa pertengahan abad ini, banyak aliran baru yang muncul seperti Impresionisme dan Post

18

HBAE3303

Impresionisme. Aliran-aliran yang dibawa adalah berikutan perubahan corak dan gaya baru

pelukis yang bergerak seiring dengan perubahan dan kemajuan teknologi.

Peristiwa-peristiwa seperti peperangan, revolusi, dan kehidupan mas yarakat banyak

mempengaruh karya-karya pelukis zaman berkenaan. Pelukis lebih berani dan menghasilkan

karya dengan menggunakan gaya peribadi yang tersendiri sebagai tanda kepada kewujudan dan

kegemilangan suatu era ke satu era yang lain.

Berdasarkan gaya karya yang dihasilkan dalam setiap aliran telah memberikan ganjaran

kepada kita bahawa pelukis-pelukis era abad ke-19 mula mengetepikan aturan serta amalan seni

klasik seni visual yang telah dipraktikkan oleh setiap pelukid pada era sebelumnya.

19

HBAE3303

RUJUKAN

Meggs, P.B. (1998). A History of Grafic Design (3rd ed.). New York: John Wiley.

Muliyadi Mahamood. (2001). Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala

Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood.(1992). Aliran Seni Moden. Shah Alam: KSSR, ITM.

Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Wahiza Abdul Wahid. (2000). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univison Press

Sdn Bhd.

http://www.frontpainting.com/definition-realism.html

http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings

20

HBAE3303

21