Sejarah Seni Halus Selepas Kemerdekaan

18
SEJARAH SENI HALUS SELEPAS KEMERDEKAAN Proudly present by :- -Sitinur Sabrina Bt Mohd -Delilah NurAssanah Bt Afiq Alvin -NurAlfiah Husna Bt ShamsulAzmal -Syarifah Nur Izzah Bt Syed Hossin

description

seni tingkatan 3

Transcript of Sejarah Seni Halus Selepas Kemerdekaan

SEJARAH SENI HALUS SELEPAS KEMERDEKAAN

SEJARAH SENI HALUS SELEPAS KEMERDEKAANProudly present by :--Sitinur Sabrina Bt Mohd-Delilah NurAssanah Bt Afiq Alvin-NurAlfiah Husna Bt ShamsulAzmal-Syarifah Nur Izzah Bt Syed Hossin-Carrissa Carmel Bt Mohd. DennisPENGENALANSeni halus Malaysia bermula pada tahun 1930-an dan berkembang mengikut tahap tertentu dengan setiap tahap membawa perubahan, aliran serta gaya tertentu yang dipengaruhi oleh Barat atau tempatan.Pada peringkat awal sehingga menjelang kemerdekaan, sebilangan besar, karya-karya seni halus Malaysia telah menerima inspirasinya daripada tradisi Barat melalui penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan ketika itu. Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 telah memberi sokongan dan pengiktirafan kepada pelukis-pelukis tempatan. Mereka menggunakan apa juga pendekatan untuk menampilkan mesej-mesej yang ingin diungkapkan. Justeru itu, mula wujudnya stail dan konsep seni universal serta pertumbuhan iklim seni lukis moden yang aktif dan sihat.

TOKOH SEJARAH SENI HALUS SELEPAS KEMERDEKAAN SYED AHMAD JAMAL

Pada 1995 ,beliau dianugerahkanHadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan diBalai Seni Lukis Negara,Kuala Lumpur. Seterusnya dianugerah Seniman Negara.1950 -- Sultan Ibrahim Scholarship1962 -- Indian Council for Cultural Relations1963&1964 United State Departmemt Award1969 Ahli Mangku Negara1970 Alliance Francaise Medallion1973 East-West Centre Award1983 Kesatria Mangku Negara 1984 Australia Cultural Award1995 -- Anugerah Seni Negara 1996 Panglima Jasa Negara2005 Doktor Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris Contoh Karya

Umpan 1959 oleh Syed Ahmad Jamal Media : Cat minyak

Teknik : Sapuan berus tegas, ruang latar tidak mengandungi cat. Bentuk-Bentuk organik berpusar dan berlingkar gelisar menimbulkan pergerakan.

Gaya : Catan non-figuratif, antiformal. Dinamik, bertenaga dan berteknik bebas.

Tema: Abstrak, watak-watak dan peristiwanya digunakan sebagai lambang lebih bersifat merangsang penglihatan daripada memperkenalkan imej sebenar

Anthony Lau

Lahir pada tahun 1933 di Johor Bahru, Johor Menerima pendidikan seni formal di England dan Amerika banyak mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni dengan konsep-konsep terbaru tahun 1960-an Sumbangan utama beliau ialah dalam bidang arca Mempunyai sikap kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional seni arca Contoh Karya

Rimba 1967 Media : Arca besi

Tema : Rimba peniruan alam

Gaya : Serpihan batang besi berbagai ukuran mencetuskan imej rimba yang tandus. Susunan batang besi yang tinggi rendah, jarang dan padat, menimbulkan kesan tembus cahaya, serta timbulan garis yang berbeza-beza.

Nilai : Menunjukkan keindahan alam, peka kepada ciri-ciri perhubungan antara dahan, batang dan ranting tumbuhan. Menonjolkan mesej kepentingan memelihara alam sekitar.Zulkifli Mohd. Dahalan

Lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1952 Menjadi ahli APS sejak berumur 15 tahun Menerima tunjuk ajar cara melukis daripada kelas bimbingan APS Meninggal dunia pada umur 25 tahun (1977) Unsur kartun dan karikatur amat nyata dalam catan beliau yang bersifat surealistik dan mustahil

Contoh Karya

Satu Hari Di Bumi Larangan 1977Media : Cat emulsi

Tema : Komen masyarakat dan persekitaran

Teknik : Imej-imej figura kartun dilukis dengan tingkah laku yang tersendiri di atas kanvas yang gagah dan besar. Watal-watal seakan-akan berada di luar alam nyata bersama-sama dengan imej lain.

Gaya : Catan bersifat surealistik dan mustahil, menonjolkan satu situasi asing, serta mengupas tema kemasyarakatan dan persekitaran dalam bahasa visual yang amat nyata.Abdul Latiff Mohidin

Lahir pada tahun 1941 di Negeri Sembilan Menerima pendidikan seni formal di Berlin, New York dan Paris Pengasas Kumpulan Anak Alam yang ditubuhkan pada tahun 1974 Juga dikenal sebagai penyair Gaya catan ekspresionisme beliau sering mencerminkan kesunyian dan misteri Contoh Karya

Pago-Pago 1964Media : Cat minyak

Tema : Alam yang digambarkan secara metaforik, merakamkan pengembaraan pelukis yang luas di rantau Melayu-Asia.

Teknik : Sapuan berus tebal, tidak memastikan identiti sebenar. Bentuk berupa tumbuhan yang dihiasi jalinan.

Gaya : Bentuk organik berlatar kesunyian landskap yang disinari bulan menimbulkan suasana romantik dan puitis.

Perkembangan Seni Halus Selepas Era Kemerdekaan1960-anPenubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) memberi peluang kepada guru seni berpengalaman melanjutkan pelajaran.Kerajaan berjaya melahirkan guru seni yang mahir. Penuntut yang menunjukkan bakat besar dihantar menghadiri kursus di luar negara.Kakitangan akedemik seni di MIPK telah membuka jalan bagi deria baru dan kebebasan kepada daya cipta dan membuka ruang bagi luahan pemikiran di alam seniKarya seni pada tahun ini lebih matang dan bermutu. banyak pameran diadakan dan dirasmikan oleh menteri.Acara seni lukis menjadi acara yang gemilang.Penubuhan Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967 melahirkan tenaga baru pendidik seni dan usahawan Melayu (seni)Pada hujung tahun 1960-an pelukis-pelukis memasuki era baru kesedaran, menggunakan daya pemikiran serta bahan dan unsur tempatan untuk meneroka susana alam sekitar, sosial serta warisan budaya1970-anKongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 dengan dasar yang menjurus kepadapembentukan identiti nasional merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan seni lukis moden Malaysia. (1970 memperlihatkan pelbagai stail dan tema)Contoh-contohnya:-i) Karya Nik Zainal Abidin cenderung kepada seni ukiran perahu dan wayang kulitii) Ruzaikan Omar Basree menggabungkan motif seni bina dan seni ukiran Melayu tradisi dalam catan-catannya.Di samping itu, tokoh-tokoh yang terdiri daripada kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji dan lain-lain berkarya dalam bidang Minimal, Pop, Op dan aliran semasa yang lain.Karya-karya tokoh lain seperti Zulkifli Dalahan mengandungi imej-imej figura kartun dan karikatur yang mirip catan Surealisme dan Nirmala Shanmughalingham menggunakan kolaj dan cetakan saring sutera dalam catan kritikan sosialnya.Seniman seni cetak dan arca turut berinteraksi dan membuat reaksi terhadap stail universal, estetika kesenian Islam, dan tradisi seiringan dengan disiplin kesenian catan.Dekad 1970-an merupakan era pencarian identiti nasional dalam perkembagan seni moden Malaysia dengan karya-karya yang pelbagai ragam dan gaya.1980-anPersatuan Pelukis Malaysia telah ditubuhkan pada 1980 bertujuan memenuhi kehendak penulis tempatan dalam mewujudkan sebuah badan yang mewakili pelukis.Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahnu 1984 telah melahirkan guru-guru berijazah sebagai tenaga pengajar di institut, maktab dan sekolah serta mewujudkan ahli profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus.Institut dan akademi swasta yang ditubuhkan di seluruh negara juga telah memberi sumbangan dalam melahirkan tenaga senu dalam pelbagai bidang tertentu.Badan-badan swasta seperti firma petroleum dan peminat seni daripada golongan berada telah mula membeli karya-karya pelukis tempatan untuk dijadikan koleksi simpanan. Hal ini dapat menambahkan semangat pelukis tempatan untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi.awal tahun 1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan aliran realisme dan karya berinspirasikan mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.terdapat juga pelukis yang mengaitkan kepada subjek yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku dalam negara dan budaya serantau.Stail moden telah mengetengahkan stail tradisi untuk menhasilkan bentuk karya baru. 1990-anTahun 1990-an merupakan era pluralities yang kaya dengan karya-karya pelbagai stail, pendekatan dan makna serta muncul ciri-ciri stail global yang lain.Selain daripada karya yang merujuk kepada kesenian tradisi seperti seni ukir, seni bina tradisi, batik, anyaman, watak wayang-wayang kulit dan sebagainya, terdapat pelukis yang mencipta simbol-simbol baru berhubung dengan ikonografi.Contohnya:-i) Choong Kang Kow menghasilkan catan-catan yang bersumber bentuk kuih tradisi, ketupat dan pulut panggang.Imej ketupat dan motif anyaman dalam karya Hashim Hassan mencerminkan semangat kesatuan.Terdapat juga pelukis yang menyoalkan keadaan alam musnah akibat kecuaian manusia.Stail seni Barat terus berkembang kerana disokong oleh sistem pendidikan seni yang berpaksikan Barat.Dekad 1990-an menyaksikan kemunculan beberapa pelukis muda yang berbakat dan berpotensi.

Contoh Aliran Catan Barat Yang Mempengaruhi Gaya Catan Pelukis-Pelukis Malaysia Selepas MerdekaStailGaya PersembahanImpresionismeMengutamakan kesan suasana atmosferaEkspresionisme Menekankan penyataan emosiEkspresionisme AbstrakMelibatkan perluahan perasaan dalam bentuk-bentuk abstrakSurealisme Meneroka bahagian minda separa sedar sebagai sumber kreatifSeni PopMenggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersialSeni OpMenggabungkan reka bentuk geometri dengan kombinasi warna tertentu untuk penghasilan ilusi gerak pada penglihatanSeni KonseptualTidak mementingkan objek tetapi lebih mengutamakan konsep atau pemikiran di sebalik objek tersebutSeni Minimal Karya abstrak 2D atau 3D yang mementingkan bentuk dan rupa bentuk asas