Sejarah Silat Seni Gayong

70
1.0 PENGENALAN Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Perguruan seni silat adalah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dididik untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Dulu, hanya segelintir sahaja yang dapat menamatkan pengajian seni silat mereka dengan sempurna kerana mereka ini memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan seni silat. Pada umumnya, asas seni silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Seni silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan. Setiap perguruan mempunyai sejarah dan perkembangannya yang tersendiri. Silat Seni Gayong mempunyai kronologi penubuhan yang tiada tolak bandingnya dengan seni silat yang lain. 2.0 MAKSUD GAYONG Falsafah pendidikan Silat Seni Gayong telah dirangka sejak dahulu lagi supaya dapat melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah S.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah ditunjukkan dalam kalimah Gayong itu sendiri. Huruf yang pertama iaitu ga bermaksud genggam yakni berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan. Kemudian huruf alif pula membawa maksud angkat yakni 1

Transcript of Sejarah Silat Seni Gayong

Page 1: Sejarah Silat Seni Gayong

1.0 PENGENALAN

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan

bangsa Melayu sebagai perisai diri. Perguruan seni silat adalah satu institusi pendidikan di

mana manusia dibentuk dan dididik untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang

maksimum. Dulu, hanya segelintir sahaja yang dapat menamatkan pengajian seni silat

mereka dengan sempurna kerana mereka ini memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang

tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan

kepentingan diri sendiri. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan seni silat. Pada

umumnya, asas seni silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni

bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan.

Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan

lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah,

contohnya seperti Seni silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi

lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada

seinci dua dari badan. Setiap perguruan mempunyai sejarah dan perkembangannya yang

tersendiri. Silat Seni Gayong mempunyai kronologi penubuhan yang tiada tolak bandingnya

dengan seni silat yang lain.

2.0 MAKSUD GAYONG

Falsafah pendidikan Silat Seni Gayong telah dirangka sejak dahulu lagi supaya dapat

melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian

agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah

S.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah ditunjukkan dalam kalimah

Gayong itu sendiri. Huruf yang pertama iaitu ‘ga’ bermaksud genggam yakni berpegang

kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan

amanat yang diberikan. Kemudian huruf ‘alif’ pula membawa maksud angkat yakni

1

Page 2: Sejarah Silat Seni Gayong

meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Manakala huruf ‘ya’ bermaksud yakin iaitu yakin kepada kebolehan diri sendiri. Seterusnya

huruf ‘wau’ iaitu waras dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Akhir sekali ialah huruf ‘nga’ iaitu ngeri di mana menunjukkan bersungguh-sungguh dalam

segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan

dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya. Lima huruf tersebut juga melambangkan

lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah

Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan

zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga

menekankan seorang murid Gayong itu hendaklah menjaga kewajipan mereka sebagai

seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima

kali sehari semalam. Justeru, kekuatan seorang murid Gayong jelas kelihatan daripada

keupayaannya dalam melaksana segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala

laranganNya. Apabila wujud kesemua sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang

disebutkan tadi barulah boleh dianggap seorang murid Gayong itu benar-benar menuntut dan

mendalami ilmu Seni silat Gayong dengan sebaiknya

3.0 CITA-CITA DAN DASAR

Penekanan pembelajaran seni seni silat dalam masyarakat Melayu adalah selari dengan

seruan Allah S.W.T. dalam Surah Ar-Ra'd supaya umat Islam bersiap sedia dalam

menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu. Ini menunjukkan cita-cita dan

dasar utama Seni silat Gayong meletakkan agama di tempat yang Maha Tinggi. Seni silat

Gayong telah terbukti mampu untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam. Hal ini

telah terbukti melalui sejarah negara kita ketika dijajah oleh kuasa asing. Pergerakan para

pahlawan Seni silat Gayong seperti allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tuk Zainal,

Dato' Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membataskan

penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan. Pejuang

kemerdekaan tersebut merupakan pemimpin agama yang lazimnya menjadi teras kepimpinan

tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu. Seni silat Gayong kini ialah salah satu warisan

bangsa yang diajar kepada generasi pelapis sebagai alat pendidikan dan pembentukan disiplin

dalam menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia mestilah dipelihara dengan

sebaiknya agar bangsa kita dapat menghargai warisan nenek moyang dan seterusnya

menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan.

2

Page 3: Sejarah Silat Seni Gayong

4.0 MOTTO SILAT SENI GAYONG 

“Kata Bersahut, Gayong Bersambut”

Motto ini bermkasud sekiranya musuh berseni silat menggunakan kata-kata, maka hikmat

kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Juga sekiranya seseorang

musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan

pencak.seni silat.atau.bergayong. Penuntut Gayong tidak mencari musuh tetapi sekiranya

musuh melakukan serangan berpantang berundur walau selangkah. Seperti pepatah Melayu

“Membujur lalu Melintang patah”, “Daka daki Ku daki juga”, “Patah sayap Bertongkat

paruh”,“Berpantang.maut.Sebelum.ajal”.

5.0 FALSAFAH SILAT SENI GAYONG

Falsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji adalah falsafah Seni

silat Gayong. Falsafah ini memupuk peningkatan nilai peribadi dalam pelbagai aspek dari segi

kualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Malah,

falsafah ini juga terdapat dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanat

dan pelajaran Seni silat Gayong. Kalimah Seni silat Gayong itu sendiri memberikan

pengertian tersirat yang menjelaskan falsafah utama Seni silat Gayong. Falsafah yang menjadi

perbezaan Seni silat Gayong dengan seni silat yang lain. Seni silat Gayong mempunyai

segala teknik, kaedah dan langkah pencak yang digunakan untuk membela diri atau

melakukan serangan balas. Seni dalam konteks Seni silat Gayong pula ialah satu unsur

dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Seni mendidik dan

membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanan

kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialah

suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi, sifat yang membina unsur seni silat dan

unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang penuntut Gayong.

Dengan itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan pelajaran, adat istiadat dan pendidikan

yang berteraskan ajaran agama Islam. Falsafah Seni silat Gayong daripada sudut global akan

hanya dapat dikupas melalui skop kajian integrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah,

adat istiadat, pelajaran dan perkembangan Seni silat Gayong itu sendiri. Hanya mereka yang

mendalami ilmu Seni silat Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsur daripadanya

akan dapat menghuraikan Falsafah Seni silat Gayong dengan tepat, mendalam, terperinci dan

lengkap.3

Page 4: Sejarah Silat Seni Gayong

6.0 LAMBANG SILAT SENI GAYONG

I. Bulan.dan.Bintang

Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Seni silat

Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.

Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan perseni silatan ini.

II. Bumi

Menunjukkan bahawa Seni silat gayong akan berkembang ke seluruh dunia

khasnya untuk semua muslim.

III. Beajana Air

Simbolik kepada universaliti ilmu Seni silat Gayong. Apa yang didapati atau

dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud

dalam Seni silat Gayong. Seni silat Gayong ialah ilmu perseni silatan asli yang

tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia

juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata

pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”.

Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

IV. Harimau

Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti

atau corak pelajaran Seni silat Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan

seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu

sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang

boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.4

Page 5: Sejarah Silat Seni Gayong

V. Naga

Menunjukkan bahawa Seni silat Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat,

bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh

Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas

keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga 

merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’

Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana

kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Seni silat

Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

VI. Keris.Bersilang

Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang

Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak

diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam

lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-

dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar

kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini

membuktikan Seni silat Gayong adalah seni silat melayu seni warisan bangsa

yang asli dan tulen.

VII. Pedang.Bermata.Dua

Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir

kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan

kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan

mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman

Jahilliyah.

VIII. Hitam Chula VII............................................................................................

Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar,

bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng

Uda Mohd Hashim, Mahaguru Seni silat Gayong. Di sebalik lambang tersebut,

ia bermaksud Seni silat Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi

perjalanan Seni silat Gayong. Tanpa adat, Seni silat Gayong akan hilang

kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk

5

Page 6: Sejarah Silat Seni Gayong

mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Seni silat Gayong tidak

diselewenegkan.

7.0 BENDERA GAYONG

Bendera Seni silat Gayong

I. Hitam

Melambangkan bayang-bayang iaitu persamaan. Ia bermaksud semua manusia

di sisi Allah S.W.T. adalah sama. Bagaikan sinaran cahaya berwarna-warni

jika dipancarkan kepada objek hitam tetap hitam. Begitulah kedudukan semua

ahli dalam Seni silat Gayong. Pakaian yang disarung dalam latihan atau majlis

rasmi juga berwarna hitam, perbezaannya Cuma pada bengkong atau sandang

yang menandakan tahap kebolehan dan tanggungjawab atau amanah yang

dipikul. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Seni silat Gayong

mempunyai pelbagai rahsianya (Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham

menyusun zahir semula)

II. Putih

Bermaksud bersih dan suci. Ia menunjukkan Seni silat Gayong bebas daripada

unsur-unsur syirik dan khurafat. Putih juga melambangkan fitrah kejadian

manusia yang memerlukan agama untuk mencorak dan membentuknya. Dalam

konteks Seni silat Gayong, agama Islam ialah ad-Din iaitu pedoman hidup.

III. Kuning

Melambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat. Murid yang

memasuki Seni silat Gayong dimestikan berikrar taat setia kepada raja-raja

Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.6

Page 7: Sejarah Silat Seni Gayong

IV. Merah

Tanda keberanian dan kepahlawanan. Murid gayong hendaklah mempunyai

rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Semangat

kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada

penceroboh dan perbuatan durjana. Keberanian yang dimiliki hendaklah atas

dasar kebenaran dan tuntutan agama.

8.0 BENGKUNG

Silat Gayong mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau

pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.

7

Page 8: Sejarah Silat Seni Gayong

9.0 ADAT ISTIADAT SILAT SENI GAYONG

I. Mandi Perlimau Sintuk Tapak

Perlimau Sintuk Tapak adalah di mana pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Seni silat

Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.

II. Mandi Perlimau Sintuk Seni

Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi

lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari

ilmu Seni silat Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan

ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang

tanggungjawab. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan

besar(berwuduk).

III. Adat Menghadap Bertapak

Menghadap bertapak dilakukan semasa:

1. Penerimaan penabalan

8

Page 9: Sejarah Silat Seni Gayong

2. Memohon izin bergelanggang

3. Memberi hormat kepada majlis

IV.,Adat Membuka dan Menutup Gelanggang 

Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan

gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:

1. Surah Al-Fatihah (1 kali)

2. Surah Al-Ikhlas (11 kali)

3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)

4. Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan

binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut.

5. Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir

dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.

6. Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada

Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato'

Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta

seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.

V..Adab Dalam Gelanggang

Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:

   1.Tidak meludah

   2.Tidak memakai alas kaki

   3.Tidak bergurau senda

   4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin

......bertemu seseorang di luar gelanggang

   5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan

   6.Tidak makan atau minum

9

Page 10: Sejarah Silat Seni Gayong

Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok

semasa menikmati juadah atau makanan. 

VI..Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris

Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan

kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima

bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta

tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris amat berbahaya dan

sememangnya susah untuk mengendalikan lawan yang hebat bermain keris.

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut

merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan

terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata

tikam seperti keris.

VII..Mandi Minyak

Mandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yang

sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga seni silat sering disalahtafsirkan.

Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk

pengubatan dan menyihatkan badan. ketika upacara ini dijalankan ahli-ahli gayong hanyalah

menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya diurut ke seluruh badan. Amalan

mandi minyak dikatakan mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.

Upacara mandi minyak dimulai dengan adat buka gelanggang terlebih dahulu. Mandi

minyak adalah dikawal oleh guru-guru tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana

kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak kelapa dilakukan

sepenuhnya oleh mereka. Mereka hendaklah berkeadaan suci dari hadas besar atau kecil serta

telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut. 

Semasa kerja-kerja memasak tersebut dijalankan, gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli

gayong yang terlibat akan berterusan membaca surah Al-Ikhlas sehinggalah upacara selesai.

Ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga peseni silat dapat diasuh dan

10

Page 11: Sejarah Silat Seni Gayong

dibaja dengan didikan Al-Quran seterusnya melahirkan peseni silat Gayong yang berpegang

teguh pada Al-Quran dan Islam.

10.0.SEJARAH SILAT SENI GAYONG

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu

sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi

(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak

Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan

gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh

Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke

dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan

penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu

"berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong". Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat

ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hingga ke negeri Pahang, untuk

mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh

generasi demi generasi sehinggalah ke Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang

Pahang yang hidup sezaman dengan Dato’Bahaman dan Mat Kilau.

Terdapat suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di

Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan

masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan satu pertandingan seni persembahan

budaya setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Bagi

persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dikira membahayakan telah

dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut

yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang dianggap membuat

persembahan secara bahaya tadi telah ditangkap secara sembunyi dan dirantai lalu dibawa ke

tengah laut untuk dibunuh. Dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai tadi

berjaya diputuskan dan hulubalang-hulubalang Melaka ini melawan dan berjaya

menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbang akan

keselamatan mereka selepas itu, hulubalang Melaka ini mengambil keputusan untuk belayar

ke serata tempat gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah

daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar

11

Page 12: Sejarah Silat Seni Gayong

ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamannya dalam kalangan

bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula

kesenian lama ini di Tanah Melayu.

Dalam pada itu, terdapat suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja

tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan

juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada

tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah

ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang

dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima

Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni

Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok,

seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng

Kuning.

Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad

Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang

terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok

Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada

pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka

kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau

Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke

Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed

Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan.

Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok

Solok. Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng

Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya

sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun. 

10.1.Salasilah keluarga Meor Abdul Rahman

Pada masa ini pecahan ilmu Seni Silat Gayong boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai

perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling

utama ialah semestinya Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia(PSSGM). Seni Silat Gayong

12

Page 13: Sejarah Silat Seni Gayong

Malaysia telah diasaskan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd

Hashim. Antara mereka yang pernah mengamalkan Seni Silat Gayong ialah allahyarham Mat

Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

Pelajaran asas perseni silatannya diperoleh daripada datuknya sendiri iaitu Syed Zainal

Abidin Al-Attas bermula ketika umurnya 12 tahun. Seni Silat Gayong pada asalnya dibawa ke

Tanah Melayu oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning

atau digelar Panglima Hitam. Beliau adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja

Bugis yang berasal dari Makasar, Sulawesi. Ketujuh-tujuh beradik ini yakni Daeng Jalak,

Daeng Celak, Daeng Merawak, Daeng Mempawah, Daeng Telani, Daeng Pelangi dan Daeng

Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru.

Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala

ilmu perseni silatan diturunkan kepada keturunannya.

Pada tahun 1813, tujuh beradik ini telah mendarat di Kuala Larut. Mereka menjadikan

kawasan Pangkalan Alur atau Relur Tujuh (kini dikenali sebagai Ayer Kuning) sebagai

tempat persinggahan. Hanya Daeng Kuning sahaja yang terus menetap di Relur Tujuh dan

bertapa di situ. Manakala adik-beradik beliau yang lain pula meneruskan pelayaran dan

berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut haluan masing-masing. Daeng Kuning terkenal

dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke

Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu pada zaman tersebut.

Melalu1i bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.

 Daeng Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak.

Sepanjang penetapan Daeng Kuning di Pangkalan Alur atau Relur Tujuh yang kini

dikenali sebagai Ayer Kuning, beliau telah berkahwin dengan seorang puteri Raja Pattani dan

dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’

Ngah Tambah. Penghulu Che Ngah Tambah adalah yang membuka daerah Matang dan telah

dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan dan telah mendapat

seorang anak lelaki yang bernama Uda Mohd. Hashim. Kemudian, awal 1900-an Uda Mohd.

Hashim yang merupakan seorang arkitek kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan

Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas dan dikurniakan dua orang putera. Salah seorang

puteranya ialah, Meor Abdul Rahman dilahirkan pada 21 Ogos 1915 di Kampung Lake

Garden, Taiping. Syed Zainal Al-Attas yang merupakan datuk kepada beliau ini ialah seorang

13

Page 14: Sejarah Silat Seni Gayong

hulubalang di Pahang yang terkenal dengan semangat penentangan penjajah serta ilmu perseni

silatan yang tinggi. Beliau adalah sahabat karib pahlawan tanah air, Mat Kilau dan Dato’

Bahaman dan pernah menjadi penghulu di Pekan, Pahang di bawah pentadbiran Tok Gajah.

10.2.Meor Abdul Rahman

Semasa kecilnya, Meor Abdul Rahman memang seorang anak yang nakal dan tahan lasak.

Kenakalan beliau ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa rotan ayahandanya.

Ayahandanya memang seorang yang garang dan bengis. Kerana kenakalannya inilah

menyebabkan beliau lebih menonjol daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau juga lebih

rapat dengan bondanya kerana bondanyalah yang sering mempertahankan tindakan Meor

Abdul Rahman apabila ayahandanya ingin menghukum kenakalannya. Pernah suatu ketika,

Meor Abdul Rahman telah melarikan diri kerana dikejar oleh ayahandanya. Meor Abdul

Rahman telah menyorok di dalam tong dram berisi air dan berpenutup.  Kenakalan Meor

Abdul Rahman diperhatikan setiap masa oleh datuknya Engku Syed Zainal Al-Attas.

Pada tahun 1925, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok

Asam dan pada tahun ini juga beliau bersekolah di Sekolah Melayu Taiping dan di English

School Kamunting di Taiping, sehingga ke peringkat Junior Malay Class. Di sekolah

menengah, Meor Abdul Rahman aktif dalam persatuan berpakaian seragam, iaitu pengakap.

Beliau sering mengikuti jambori pengakap yang diadakan di negeri Perak. Selepas tamat

Junior Malay Class, Meor Abdul Rahman kemudian menyambung persekolahannya di

Government Trade School di Ipoh. Syed Zainal dapat melihat secara firasat bahawa suatu

masa nanti Meor Abdul Rahman akan mewarisi ilmu kependekaran yang ada padanya.

Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna

beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu perseni silatan yang tinggi.

Disebabkan "darah pendekar" yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-

rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia perseni

silatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana

kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar

terbilang. Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum

mempelajari seni silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian

yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja

dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya

14

Page 15: Sejarah Silat Seni Gayong

akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah

mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk

mempelajari seni silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang

pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman

tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah

rumah mengintai datuknya bercerita tentang seni silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya

bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.

10.3.Berguru Dengan Syed Zainal Al-Attas

Apabila beliau berumur 12 tahun, barulah Meor Abdul Rahman berpeluang berguru dengan

datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih. Segala

ilmu dan petua Seni Silat Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas.

Semakin lama, Seni Silat Gayong semakin sebati dalam diri beliau. Meor Abdul Rahman

mempelajari Seni Silat Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam,

Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira 10

tahun. Kekanda beliau, Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari seni silat kerana beliau

lebih gemarkan aktiviti bermotosikal dan telahpun memiliki tiga buah motosikal. Setelah tiga

tahun berguru dengan Syed Zainal,iaitu pada tahun 1931, kesemua rakan-rakannya telah

dikhatamkan oleh Syed Zainal kecuali beliau seorang. Meor Abdul Rahman begitu kecewa

dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain.

Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya sehingga digelar "buah yang tidak

masak".

Beliau lantas mengadu kepada bondanya dan Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan

ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan

sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor

kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau

bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut

Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba.

Apabila tiba masanya kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan

oleh beliau. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan

oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam-Tanah Melayu. Syed Zainal

15

Page 16: Sejarah Silat Seni Gayong

menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja

ketibaan masa pengkhataman tersebut.

Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul

Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika

usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu perseni silatan

dan adat istiadat Seni Silat Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang meningkat

dewasa, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan

sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.

10.4 Kuala Nerang

Pada tahun 1933, Meor Abdul Rahman pergi ke Kuala Nerang menziarahi kekandanya,

Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin. Pada suatu malam, ketika beliau berada di

rumah kekanda iparnya, beliau telah terdengar bunyi gendang seni silat yang dipalu daripada

gelanggang seni silat berdekatan. Setelah sedikit soal selidik, Meor Abdul Rahman

difahamkan bahawa guru gelanggang tersebut yang bernama Sudin adalah berketurunan

Minangkabau dan bekerja sebagai penjahit topi. Meor Abdul Rahman mengambil keputusan

berjumpa dengan guru tersebut bersama-sama dengan rakannya, Osman. Setibanya di sana,

Meor Abdul Rahman pun menyampaikan hasratnya ingin belajar seni silat. Permintaannya itu

ditunaikan dan dipinta pengeras sebanyak $3.25 serta seekor ayam apabila khatam. Walau

bagaimanapun, guru seni silat berkenaan tidak turun ke gelanggang sepertimana yang

dijangkakan oleh Meor Abdul Rahman tetapi hanya orang kanannya iaitu Ali sahaja yang

turun mengajar. Sewaktu latihan, Meor Abdul Rahman telah menggunakan pengetahuannya

dalam Seni Silat Gayong, hingga menyebabkan Ali tewas. Lalu, Ali mengadu hal tersebut

kepada gurunya iaitu, Sudin.

Sebaik sahaja mengetahui hal tersebut, Sudin berhajat untuk bersemuka dengan Meor

Abdul Rahman dan ingin menguji setinggi mana ilmu seni silat yang ada padanya. Oleh

kerana keadaan gelanggang yang sempit, Meor Abdul Rahman mengambil sikap bertahan

pada mulanya. Setiap pukulan Sudin dielak dengan sempurna. Namun, apabila merasakan

Sudin bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya, maka Meor Abdul Rahman pun

menggunakan kepakarannya dalam Seni Silat Gayong sehingga menyebabkan Sudin tidak

tentu arah dibuatnya. Ahirnya, Sudin lalu memulangkan semula wang pengeras Meor Abdul

16

Page 17: Sejarah Silat Seni Gayong

Rahman tetapi ditolak olehnya. Sudin keliru lalu bertanya kepada Meor Abdul Rahman

mengapa beliau masih ingin berguru dengannya sedangkan beliau memiliki ilmu perseni

silatan yang cukup tinggi. Meor Abdul Rahman mengatakan bahawa menurut pesanan Syed

Zainal, datuknya, sekiranya beliau kalah dalam pertarungan, beliau bolehlah terus belajar seni

silat daripada guru yang mengalahkannya. Tetapi jika beliau menang, beliau tidak perlu

belajar lagi kerana beliau akan dikhatamkan oleh orang ghaib. Pada hakikatnya, Meor Abdul

Rahman sedang mencari guru yang dapat mengkhatamkannya.

10.5 Pengembaraan ke Menam

Di pekan Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berkenalan dengan seorang perempuan

tua berpakaian lusuh, yang menjual burung serindit. Apabila mengetahui perempuan tua

tersebut berasal dari Menam, yang terletak dekat sempadan Siam, Meor Abdul Rahman mula

mencari jalan bagaimana beliau boleh mengikut perempuan tua tersebut balik ke Menam.

Secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan kekandanya, Hendon dan kekanda iparnya, Zainal

Abidin, Meor Abdul Rahman dengan berbekalkan raifal dan sepucuk pistol milik kekanda

iparnya, dan ditemani oleh Mata-mata Bakar bin Osman telah mengikuti perempuan tua yang

dikenali dengan nama Tok Mek Jah itu pulang ke Menam. Jarak perjalanan antara Menam

dengan pekan Kuala Nerang adalah sangat jauh. Tidak ada sebarang pengangkutan kecuali

berjalan kaki selama beberapa hari. Dari Kuala Nerang, mereka menempuh Padang Terap

sebelum berhenti di Padang Sanai. Dari Padang Sanai mereka meneruskan perjalanan ke

Kuak. Di Kuak, Meor Abdul Rahman menumpang di rumah ketua kampungnya, Lenchon.

Selama dua hari Meor Abdul Rahman berada di Kuak. Makan minumnya diuruskan

oleh Lenchon. Walaupun beliau sudah mula mempunyai ramai kenalan, namun selok-belok

kehidupan di perkampungan Siam itu dirasakan masih asing. Suatu ketika, kerana sudah tidak

tahan untuk membuang air besar di mana setelah ditahan selama dua hari, Meor Abdul

Rahman pun meminta izin kepada Lenchon untuk pergi ke sungai bagi melepaskan hajatnya

itu. Ketika beliau berada di atas sebatang titi untuk membuang air besar, tiba-tiba meluru

berpuluh-puluh ekor babi hutan ke arah beliau. Meor Abdul Rahman telah disondol hingga

terjatuh ke dalam sungai. Selepas memakan najis-najis yang terdapat di situ, babi-babi hutan

tersebut pun melarikan diri ke dalam hutan. Perjalanan Meor Abdul Rahman masih tidak

berpenghujung. Cerita-cerita menarik tentang kehidupan di Menam semakin menyemarakkan

minatnya untuk ke sana. Baginya, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun beliau sudah

17

Page 18: Sejarah Silat Seni Gayong

merasakan tentang azab dan sengsaranya ketika menempuhi perjalanan ke Kuak dari Padang

Sanai dahulu, namun kini beliau bertekad untuk ke Menam pula.

Pertemuannya dengan Tok Choh di Kuak semakin membakar semangatnya untuk

meneruskan perjalanan ke Menam. Empat hari empat malam berjalan kaki barulah sampai ke

Menam. Selama empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman telah menjadi anak angkat

kepada keluarga Tok Choh dan menginap di rumah Tok Mek Jah. Dinding rumah penduduk

Menam termasuk dinding rumah Tok Mek Jah diperbuat daripada kulit-kulit binatang.

Sewaktu di Menam, Meor Abdul Rahman bersama-sama dengan Bakar sering menghabiskan

masa mereka dengan keluar memikat burung serindit kerana harganya ketika itu sangat mahal

(seekor burung serindit boleh mencapai harga di antara RM 3 - RM 5 seekor). Setelah empat

hari di Menam, Meor Abdul Rahman meminta diri untuk pulang ke Kuala Nerang untuk

menemui kekanda iparnya Zainal Abidin.

Selepas beberapa hari di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan

untuk pulang ke Taiping bagi menemui keluarganya. Beliau telah menceritakan segala

pengalaman yang dilalui beliau kepada kekandanya Meor Abdul Aziz. Meor Abdul Aziz juga

tertarik untuk ke sana. Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kekanda iparnya Zainal Abidin di

Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman dan kekandanya Meor Abdul Aziz telah pergi ke

Menam. Kedatangan mereka ke Menam semula telah mengejutkan Tok Choh dan Tok Mek

Jah. Di Menam mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan keluar berburu binatang.

Meor Abdul Rahman pernah bertanyakan kepada Tok Mek Jah berkenaan sebuah bukit yang

terletak di dalam hutan Menam. Menurut Tok Mek Jah, tempat tersebut bernama Lam Goh.

Meor Abdul Rahman bertanyakan Tok Mek Jah sama ada beliau boleh pergi ke kawasan bukit

tersebut. Menurut Tok Mek Jah, kawasan bukit itu agak "keras" dan Tok Mek Jah keberatan

untuk melepaskan Meor Abdul Rahman ke sana.

10.6 Bersua Hang Tuah

Seni silat Seni Gayong Malaysia diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd

Hashim. Meor Abdul Rahman menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima daripada

pahlawan Melayu yakni Laksamana Hang Tuah. Terdapat dua situasi yang dikatakan semasa

peristiwa berkenaan berlaku.

18

Page 19: Sejarah Silat Seni Gayong

SITUASI PERTAMA

Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara

di Menam iaitu di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu, hujan ribut telah turun disertai

dengan kilat petir sabung-menyabung. Ini menyebabkan kawan-kawan beliau yang seramai

enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Setelah keadaan pulih

seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian.

Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang

hendak dituju. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil

keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-

kira satu rantai.

Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga

seorang manusia yang berpakaian seperti seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan

dipinggangnya tersisip sebilah keris. Lembaga itu mengarahkan agar beliau jangan berasa

bimbang dan takut dan memaklumkan bahawa beliau akan dipenuhkan dengan ilmu-ilmu

pertahanan dalam ilmu kepahlawanan.

Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan

berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Segala rahsia ilmu Seni silat Seni Gayong dan

mempertahankan diri telah dicurahkan kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian

dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan

dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya

ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di

dalam negara ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat itu juga, lembaga

itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang

Tuah. Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu,

diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sebagai tanda sempurnalah sudah

pengkhataman beliau. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang

yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada

pantang-larang tertentu. Hang Tuah telah mengarahkan Meor Abdul Rahman menghadap

sultan yang memerintah negerinya (Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia serta

mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik.

19

Page 20: Sejarah Silat Seni Gayong

 Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan

pada dirinya, beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.

SITUASI KEDUA

Ketika Meor Abdul Rahman sedang duduk berzikir di atas sebuah batu hitam, tiba-tiba

muncul lima lembaga manusia yang lengkap berpakaian hulubalang zaman dahulu sambil

masing-masing bersenjatakan sebilah keris. Salah satu daripada lembaga tersebut

memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka

yang termasyhur pada zaman dahulu. Hang Tuah mengatakan, bahawa kini tibalah masanya

untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan.

Hang Tuah kemudian telah mengarahkan keempat-empat lembaga yang mengiringinya

supaya menyerang Meor Abdul Rahman secara serentak. Meor Abdul Rahman telah berjuang

bersungguh-sungguh menentang serangan ramai tersebut, biar pun ketika itu diri beliau tidak

bersenjata langsung. Serangan yang datang dari pelbagai arah tersebut dihadapinya dengan

gagah, dan berjaya dipatahkan satu demi satu. Akhirnya, keempat-empat lembaga tersebut

berjaya ditewaskan oleh Meor Abdul Rahman, dan Meor Abdul Rahman berjaya menendang

dan merampas satu daripada keris yang digunakan oleh lembaga-lembaga yang

menyerangnya. Keris yang berada di dalam genggaman Meor Abdul Rahman khabarnya

adalah keris Pendawa Lima yang menjadi miliknya sekarang dan keempat-empat lembaga

tersebut dipercayai sebagai "Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu". Hang

Tuah kemudian meminta agar perlawanan diberhentikan, lalu menyuruh Meor Abdul Rahman

mengangakan mulut. Hang Tuah kemudian meludah ke dalam mulut Meor Abdul Rahman

sambil mengamanahkan ilmu seni silat yang telah dipelajarinya(Seni Gayong) diajar kepada

keseluruhan insan dengan mengikut adat istiadat yang sejati, pada masa-masa yang tertentu.

Hang Tuah juga meminta Meor Abdul Rahman menghadap raja yang memerintah negerinya

untuk menyembahkan taat setia dan berbakti kepada sultan sebagaimana Hang Tuah berbakti

kepada Raja Melaka. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang

yang paling gagah dan tiada seorang pun yang dapat menewaskannya selagi beliau patuh

kepada syarat-syarat yang tertentu. Hang Tuah kemudian menyuruh Meor Abdul Rahman

meninggalkan tempat tersebut menuju ke arah matahari naik.

20

Page 21: Sejarah Silat Seni Gayong

10.7.Melawan Jaguh Tomoi

Selepas peristiwa pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam, bertempat di suatu

kawasan terpencil di sempadan Malaysia-Thai, Meor Abdul Rahman mendapati dirinya

beroleh suatu kekuatan yang amat luar biasa. Misi pengembaraannya untuk mencari "orang

ghaib" sepertimana yang pernah disebut oleh nendanya, Syed Zainal sudah pun berakhir.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman melalui satu kawasan yang

dikenali gelanggang tomoi.

Meor Abdul Rahman pun masuk ke gelanggang Tomoi dan bertarung dengan salah

seorang jaguh tomoi tempatan. Dalam perlawanan tersebut, Meor Abdul Rahman telah

menggunakan kepandaiannya dalam Seni Silat Gayong, sehingga menyebabkan juara tomoi

tersebut tunggang-langgang. Lalu, juara tomoi tersebut meminta perlawanan tersebut

dihentikan.

10.8 Panglima Sendo Perak

Tanpa membocorkan rahsia pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam itu, akhirnya

Meor Abdul Rahman bergegas pulang ke Taiping. Sebelum itu beliau singgah sebentar di

rumah kekandanya di Kuala Nerang. Beliau tetap merahsiakan apa yang telah dialaminya

daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Sebagai mematuhi amanat di dalam mimpinya,

beliau telah meminta izin daripada bondanya Sharifah Aluyah untuk menghadap DYMM

Paduka Seri Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Sultan Alang Iskandar. Sharifah Aluyah

menurut ceritanya pernah dipinang oleh Sultan Alang Iskandar suatu ketika dahulu.

Beliau ditemani oleh beberapa orang rakannya yang menjadi pegawai kerajaan,

dengan berbasikal beramai-ramai menuju ke istana. Ketika tiba di istana, Meor Abdul

Rahman telah diberitahu bahawa Sultan Alang Iskandar telah berangkat ke Manong

menghadiri suatu majlis keramaian. Meor Abdul Rahman dan rakan-rakannya pun bergegas

ke Manong. Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor

Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah

sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja

membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,

21

Page 22: Sejarah Silat Seni Gayong

Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat

Puteh Lawak yang berbadan besar dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh

Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak. Selepas peristiwa itu, baginda

Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu

bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah

menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan

besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 50 orang lelaki (25 di kanan, dan 25 di kiri),

mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari (Setengah bahagian daripada wang

syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang

lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah

disiat kepada dua bahagian), badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan

beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan

pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan

harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam

penabur yang terbesar di istana. Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya

"Panglima Sendo Perak" atau "Orang Kuat Perak".

Sejak hari itu beliau dikenali sebagai "Rahman Sendo". Baginda juga berkenan

mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu, tinggallah Meor Abdul Rahman di

Istana Mercu, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya

(Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau

telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima

Perang Kiri Perak supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam untuk mengelakkan diri

beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.

10.9 Berhijrah ke Singapura 

22

Page 23: Sejarah Silat Seni Gayong

Tentera British Kalah Kepada Jepun

 

Tidak berapa lama setelah keluar dari istana, Meor Abdul Rahman telah mendirikan rumah

tangga bersama Kalsom binti Hj. Kechik, yang merupakan seorang anak tempatan Kedah

yang juga adalah adik angkat kekandanya, Hendon. Setelah berumahtangga, Meor Abdul

Rahman dan isterinya menetap di rumah kekandanya, Hendon di Kuala Nerang. Namun, pada

penghujung tahun 1938, beliau telah berangkat ke Singapura bersama Zainal Abidin iaitu

sepupunya untuk mencari pekerjaan. Oleh kerana beliau adalah lulusan daripada Government

Trade School, beliau telah diterima bekerja sebagai tukang kimpal manakala Zainal Abidin

sebagai mekanik mesin. Mereka bekerja di Naval Base yang baru sahaja dibuka ketika itu.

Setelah enam bulan bekerja, pada pertengahan 1939, Meor Abdul Rahman telah mendapat

pekerjaan di Royal Signal Corps sebagai seorang mekanik. Di Gillman Barrack, Royal Signal

Corps, beliau turut menjadi Guru Kombat (Combat Instructor) yang mengajar ahli-ahli Royal

Signal Corps di mana merupakan tentera British yang ketika itu di bawah Pegawai

Memerintah Lt. Kol. Pope. Juga, pada ketika ini beliau membawa isterinya ke Singapura.

  Pada pertengahan tahun 1941, Meor Abdul Rahman pulang ke Kota Sarang Semut

untuk menghantar isterinya yang sedang mengandung anak mereka yang pertama. Meor

Abdul Rahman singgah di Kg. Pokok Assam untuk melawat kedua-dua orang tuanya semsa

dalam perjalanan pulang ke Singapura. Beliau telah terpikat dengan anak perempuan Nuteh,

Faridah (Anin) semasa menziarahi kekanda sepupunya, Nuteh Alang Abdul Rahman. Tidak

lama selepas itu, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Faridah. Selepas berkahwin,

Meor Abdul Rahman telah membawa isteri keduanya ke Singapura. Mereka menyewa sebuah

bilik di Bushi Park, Prince South Street. Dua bulan kemudian mereka disertai pula oleh isteri

pertama Meor Abdul Rahman bersama anak sulung mereka Fadhilah. Tidak berapa lama

kemudian, mereka sekeluarga berpindah ke Raden Mas dan menyewa sebuah rumah di situ.

Lebih kurang sebulan di Raden Mas, Perang Dunia Kedua pun meletus di Singapura.

Pada 15 Februari 1942 Singapura telah jatuh di bawah tangan tentera Jepun. Meor

Abdul Rahman telah mendapat arahan daripada Lt.Kol. Pope supaya menyelamatkan diri dari

pulau Singapura. Beliau meninggalkan Singapura hanya setelah diarahkan berbuat demikian

oleh pegawai atasannya. Kerana keberaniannya itulah beliau dianugerahkan pingat King

23

Page 24: Sejarah Silat Seni Gayong

George VI daripada kerajaan British pada tahun 1947. Dalam suasana huru-hara, Meor Abdul

Rahman sekeluarga telah berpindah dari Raden Mas ke Batu 5 1/2 Pasir Panjang. Di situ

terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memunggah hasil tangkapan mereka

ke darat. Meor Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perahu yang ditinggalkan di jeti

tersebut. Walaupun tidak pandai berperahu, Meor Abdul Rahman atas daya usahanya sendiri

telah mengemudi perahu tersebut. Beliau sekeluarga terpaksa mengharungi lautan luas di

perairan Singapura yang bergelombang besar dan berapi-api kerana terbakar akibat tumpahan

minyak. Dalam suasana yang sangat mencemaskan itu, mereka terpaksa pula berhadapan

dengan ancaman bom yang digugurkan daripada kapal terbang Jepun.

10.10 Peristiwa di Pulau Sudong

Selepas seharian berkayuh akhirnya beliau sekeluarga mendarat di sebuah pulau yang

kelihatannya agak selamat daripada peluru musuh iaitu Pulau Sadong. Di sana, Meor Abdul

Rahman telah disambut oleh seorang penduduk pulau yang bernama Naning. Untuk

menumpang di pulau tersebut, terdapat syarat yang perlu dilaksanakan iaitu bertarung dengan

seorang jaguh Pulau Sudong, yang bernama Wak Kusang. Wak Kusang ialah seorang yang

berkulit gelap, bertubuh pendek tetapi tegap dan mempunyai lengan sebesar paha orang

dewasa.

Pertarungan antara Wak Kusang dengan Meor Abdul Rahman berlangsung di kawasan

tanah perkuburan, kerana penduduk pulau membina rumah bertiang tinggi di tepi pantai,

manakala bahagian tengah pulau dikhaskan sebagai tanah perkuburan. Pertarungan tersebut

berlangsung dalam suasana yang sangat tegang dan hebat. Dengan berkat ilmu Seni Silat

Gayongnya, maka di akhir pertarungan, Wak Kusang telah dihempas oleh Meor Abdul

Rahman. Darah mula mengalir daripada kepala Wak Kusang kerana kepala beliau telah

terhempas ke batu nesan kubur di situ. Kemenangan Meor Abdul Rahman telah disambut

dengan perasaan gembira oleh ahli keluarga beliau. Penduduk pulau pula telah bersorak

gembira seolah-olah menyaksikan suatu perlawanan sabung haiwan. 

24

Page 25: Sejarah Silat Seni Gayong

Peta Pulau Sudong

Pada suatu malam, lebih kurang setelah seminggu mereka berada di Pulau Sudong,

Meor Abdul Rahman telah bermimpi didatangi satu lembaga yang memberi amaran

kepadanya bahawa suatu bahaya akan menimpa penduduk Pulau Sudong dan menyuruh Meor

Abdul Rahman berusaha menghalang bahaya itu dan ia juga berjanji akan membantu beliau.

Pada keesokan harinya iaitu pagi tanggal 17 Februari 1942, penduduk Pulau Sudong telah

mendapat khabar bahawa tentera Jepun akan mendarat. Berita tentang pendaratan tentera

Jepun telah membimbangkan penduduk pulau kerana mereka banyak mendengar berita

tentang kekejaman tentera Jepun. Seorang nelayan dari pulau berdekatan datang ke Pulau

Sudong memberitahu anak dan isterinya telah dirampas oleh tentera Jepun dan dibawa naik ke

atas kapal perang mereka. Terdapat beratus-ratus kapal perang Jepun yang berlabuh di

hadapan Pulau Bukum. Berita ini telah menggemparkan penduduk Pulau Sudong. Penghulu

dan penduduk pulau telah berkumpul dan mula membincangkan soal keselamatan anak-anak

gadis mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Berbagai-bagai pandangan dikemukakan.

Setelah keadaan menjadi semakin buntu, Meor Abdul Rahman pun memberikan pandangan

beliau. Beliau mencadangkan kepada penduduk kampung untuk mempelajari ilmu yang

dimilikinya dengan syarat hendaklah memasuki Gayong terlebih dahulu.

Penduduk Pulau Sudong kemudian diarah untuk mengisikan air ke dalam tempayan.

Mereka bertanyakan Meor Abdul Rahman di mana mereka boleh mendapatkan air tawar

kerana pada kebiasaannya air tawar diperoleh dari Pulau Senang. Meor Abdul Rahman lalu

berdoa memohon supaya diturunkan hujan. Dengan izin Allah, tidak berapa lama kemudian

langit pun mendung dan hujan mulai turun. Orang-orang kampung lalu mengisikan tempayan

dengan air hujan. Setelah air tempayan itu dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran, Meor 25

Page 26: Sejarah Silat Seni Gayong

Abdul Rahman pun menjiruskan/memperlimaukan tujuh orang pemuda yang sanggup

menentang kemasukan tentera Jepun. Pada 17 haribulan Februari 1942, jam 2.00 petang,

tujuh pemuda yang terdiri daripada Naning bin Mat, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu

bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin

Benggol telah diperlimaukan. Upacara ini berlaku di rumah penghulu Pulau Sudong. Dengan

itu, ini menunjukkan Seni Silat Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak iaitu di Pulau

Sudong, Singapura dan ini merupakan detik permulaan Meor Abdul Rahman dalam

memperkenalkan ilmu Seni Silat Gayong serta adat istiadatnya kepada orang ramai.

  Pada waktu itu laut kelihatan dipenuhi api yang menjulang. Pulau Bukum kelihatan

telah terbakar. Penduduk Pulau Sudong kemudian diminta mengumpulkan periuk belanga dari

tiap-tiap rumah. Buntut periuk tersebut kemudian dikikis untuk diambil arangnya. Ada periuk

yang pecah akibat terlalu kuat dikikis. Selepas itu arang tersebut dicampurkan dengan minyak

kelapa dan dibancuh seperti membancuh simen. Meor Abdul Rahman kemudiannya

mengumpulkan semua perempuan yang berada di Pulau Sudong. Campuran arang dan minyak

kelapa itu pun disuruh sapu ke muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kaum perempuan.

Tepung gandum pula diletak dicelah-celah rambut supaya rambut kelihatan seperti telah

beruban. Perempuan-perempuan muda kemudian disuruh masuk ke dalam rumah Meor Abdul

Rahman dalam kira-kira seramai 200 orang semuanya. Meor Abdul Rahman kemudian

meminta beras kunyit. Setelah dibacakan doa tertentu, beras kunyit tersebut diserahkan

kepada Naning. Naning kemudian mengetuai enam lagi rakannya pun mula bergerak

mengikut gerak hati yang dipimpin oleh semangat beras kunyit tersebut. Apabila sampai di

tepi pantai, Meor Abdul Rahman menyuruh Naning menabur beras kunyit ke laut dan

mengarahkan Naning dan rakan-rakannya meraba-raba atau menggagau di dalam air.

Sebanyak tujuh bilah keris tanpa hulu dan tanpa sarung diperoleh dari dalam air laut di gigi

pantai tersebut. Meor Abdul Rahman mengarahkan Naning dan rakan-rakannya membalut

bahagian hulu keris dengan kain layar buruk serta sedikit kain kuning. Keris-keris tersebut

lalu disorokkan dicelah dinding atap rumah Meor Abdul Rahman.

Apabila Meor Abdul Rahman bertanya kepada ketujuh-tujuh pemuda tadi apakah yang

akan mereka lakukan sekiranya anak isteri mereka dirampas oleh tentera Jepun. Lalu, mereka

menjawab mereka akan melakukan serangan balas dengan membunuh tentera Jepun tersebut.

Seorang daripada penghulu-penghulu pulau telah menyuarakan rasa kebimbangannya, gusar

sekiranya dibunuh tentera Jepun tersebut, Pulau Sudong akan menjadi padang jarak, padang 26

Page 27: Sejarah Silat Seni Gayong

terkukur akibat serangan balas daripada tentera Jepun yang lain. Lalu, mereka bertujuh

menjawab lagi mereka rela mati syahid daripada hidup dayus.Keadaan ini telah membuktikan

bahawa ketujuh-tujuh lelaki tersebut telah naik semangat keberanian. Dari tujuh orang murid

lelaki pertama Gayong ini, hanya empat orang murid sahaja yang berani menawarkan diri

menjadi pengawal di rumah Meor Abdul Rahman. Perempuan-perempuan tua pula disuruh

mengusutmasaikan rambut dan ditempatkan di bawah pokok kelapa yang terdapat di pesisiran

pantai Pulau Sudong.

10.11 Meor Rahman dan Tentera Jepun

Tidak berapa lama kemudian, tentera Jepun pun tiba dengan kapal pendarat tenteranya.

Mereka melepaskan beberapa das tembakan pistol ke udara untuk mengarahkan orang-orang

kampung ke darat. Sebaik sahaja mereka mendarat, mereka melihat hanya perempuan-

perempuan tua sahaja yang kelihatan. Mereka merungut kerana belum berjumpa wanita muda

di pulau tersebut. Tentera Jepun tersebut terus mencari di sekitar pulau. Tidak lama kemudian,

tentera Jepun itu sampai ke rumah Meor Abdul Rahman. Tindakan pemuda-pemuda kampung

yang asyik memandang ke arah rumah Meor Abdul Rahman telah mencurigakan pihak tentera

Jepun. Mereka pun terus naik ke atas rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman yang

berdiri di muka pintu pun terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil terus berdoa.

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, tentera Jepun menjadi begitu terkejut dan ketakutan melihat

betapa hodohnya perempuan-perempuan yang berada di dalam rumah tersebut. Sentuh pun

mereka tidak mahu. Askar-askar Jepun tersebut menjadi gempar ketakutan sambil menjerit-

jerit.

Sebaik sahaja tentera Jepun berundur dari rumah Meor Abdul Rahman, mereka telah

melihat penduduk kampung yang asyik memerhatikan ke arah sebuah tongkang Cina. Mereka

nampak seorang lelaki Cina tua sedang menimba air laut dari geladak tongkangnya. Tentera

Jepun pun terus pergi mendapatkan tongkang tersebut. Setelah memeriksanya, mereka lalu

mengesyaki sesuatu. Tentera Jepun lalu menolak papan besar yang menutup lantai tongkang

tersebut. Sebaik sahaja papan penutup tersebut ditolak, kelihatanlah ramai anak-anak gadis

Cina di dalamnya. Lelaki Cina tua tersebut telah ditolak ke dalam air laut dan ditembak

sehingga mati. Anak-anak gadis Cina tersebut pula telah diangkut ke dalam kapal perang

mereka. Di atas kapal tersebut, anak-anak gadis Cina tersebut telah diperkosa beramai-ramai.

Jerit pekik mereka dikatakan kedengaran sehingga ke Pulau Sudong.27

Page 28: Sejarah Silat Seni Gayong

Selepas tentera Jepun hilang daripada pandangan, maka terselamatlah perempuan-

perempuan di Pulau Sudong. Kemudian, Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan ketujuh-

tujuh bilah keris tanpa hulu tersebut dicampak kembali ke laut. Pada awalnya mereka agak

keberatan untuk membuangnya, kerana mereka berhasrat untuk menyimpannya kerana

percaya keris-keris tersebut membawa tuah. Apabila ditanya oleh Meor Abdul Rahman sama

ada mereka telah mengembalikan semula keris tersebut ke laut, mereka berbohong dan

mengatakan telah membuangnya. Namun Meor Abdul Rahman mengetahui hal yang sebenar

lalu mendesak mereka agar segera membuangkannya ke laut.

Menurut Meor Abdul Rahman, jika keris tersebut tidak dikembalikan semula ke laut,

dikhuatiri suatu perkara buruk akan berlaku, seperti kedatangan ribut dan sebagainya. Dengan

takdir Allah, maka pada hari ketiga daripada berlakunya peristiwa itu, timbullah seekor buaya

putih di tempat di mana keris-keris tersebut dicampakkan Dua minggu kemudiannya, yakni

pada pertengahan 1942, Meor Abdul Rahman dan keluarganya pun meninggalkan Pulau

Sudong untuk pulang ke kampungnya di Taiping, Perak. Penduduk-penduduk pulau itu

dengan sedih telah keluar beramai-ramai mengucapkan selamat jalan kepada beliau

sekeluarga. Meor Abdul Rahman bersama kedua-dua isterinya, anak sulungnya dan ahli

keluarganya yang lain berangkat pulang ke Taiping dengan menumpang sebuah kereta api

barang. Turut berada di dalam gerabak kereta api tersebut ialah askar-askar Jepun yang ingin

bergerak ke Utara.

Pada tahun 1943, Meor Abdul Rahman telah ditangkap dan dipenjarakan oleh

pemerintah tentera Jepun kerana beliau telah membunuh seorang askar Jepun yang cuba

memperkosa isteri pertamanya. Sewaktu dibawa keluar dari penjara untuk menjalani hukuman

mati iaitu hukuman gantung, Meor Abdul Rahman dengan penuh berani dan nekad telah

melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Jepun yang bersenjata api dan

pedang samurai. Dengan berkat ilmu Seni Silat Gayong, perut askar Jepun yang mengawalnya

dirodok dengan hujung jejari tangan hingga terburai isi perut. Walaupun tidak berjaya

melepaskan diri secara sepenuhnya, tindakannya ini dengan kuasa Allah telah menyebabkan

beliau dibebaskan secara bersyarat (atas nasihat jurubahasa Jepun yang berbangsa Melayu).

Tidak lama kemudian, Meor Abdul Rahman telah dipaksa menjadi seorang polis Jepun

(Kempeitai). Seperti askar Jepun yang lain, kepala beliau telah dibotakkan dan diberikan

seragam polis Jepun. Semasa bertugas sebagai polis Jepun, beliau pernah ditugaskan

28

Page 29: Sejarah Silat Seni Gayong

ditugaskan di Ipoh, Perak dan Meor Abdul Rahman pernah beberapa kali menewaskan

beberapa orang ketua Persatuan Komunis Malaya (PKM) yang terkenal handal dan kebal.

10.12 Gayong Tersebar di Nusantara

Apabila pemerintahan Jepun tamat sekitar tahun 1945, Meor Abdul Rahman kembali semula

ke Singapura. Tidak beberapa lama kemudian, beliau telah menjadi Penghulu Besar di Pulau

Sudong dan seterusnya pulau itu menjadi pusat Seni Silat Gayong. Dari Pulau Sudong inilah

Seni Silat Gayong berkembang, sehingga merebak ke pulau-pulau lain seperti Pulau Seking,

Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau

Damar. Apabila berita tentang kehebatan Seni Silat Gayong sampai ke pengetahuan orang-

orang di kepulauan Indonesia, mereka telah menghantar seorang wakil mereka yang bernama

Wak Simong, untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengembangkan Seni Silat Gayong di

sana. Kebetulan pada ketika itu penduduk di sana sedang diancam oleh lanun. Meor Abdul

Rahman pergi ke Pulau Terong dengan empat orang muridnya iaitu Naning, Mersad, Bendol

(penghulu Pulau Sudong selepas Meor Abdul Rahman) dan seorang lagi yang tidak dapat

dipastikan namanya. Maka dengan ini, Seni Silat Gayong pun berkembang dengan pesat di

Pulau Terong, Pulau Geranting dan seterusnya beberapa pulau yang lain, termasuklah di

kepulauan Riau.

Sekitar tahun 1947, kerajaan British telah menawarkan Meor Abdul Rahman jawatan

sebagai pegawai dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (Malayan Secret

Service). Ketua Polis Singapura telah mendapat tahu rahsia akan kehebatan Mahaguru Meor

Abdul Rahman sewaktu beliau berkhidmat sebagai Guru Kombat di Gillman Barrack. Setelah

empat bulan, beliau memohon dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Permohonan

beliau diluluskan dan beliau telah ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan dan

ditugaskan menyiasat sebarang penipuan dalam timbangan. Tidak lama kemudian beliau

ditugaskan pula di bahagian kepolisan yakni di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang

pegawai berpangkat Sarjan.

Pada tahun 1947 juga, atas jasa-jasa beliau menentang keganasan tentera Jepun, beliau

telah dikurniakan pingat keberanian King George VI oleh kerajaan Inggeris. sekitar tahun ini

juga beliau giat mengembangkan ilmu Seni silat Seni Gayong di tanah besar Singapura.

Menjelang tahun 1948, jumlah anak murid Gayong sudah mencapai 100,000 orang, dengan

29

Page 30: Sejarah Silat Seni Gayong

50,000 daripadanya adalah dari kepulauan Indonesia. Seni silat Seni Gayong mula

berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid pertama yang

menjalani upacara Perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan,

Joned Hanim, Hosni Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned Hanim dan Salim merupakan anggota

Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Seni

Silat Gayong dalam tahun 1950an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah. Dalam

tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Gayong di Singapura.

Mereka ialah Che Kalsom bte. Haji Kechik, Paridah bte. Yusope, Asmah (isteri Joned

Hanim), Aisyah ( isteri Mansor Fadal ), Rafeah Fadal, Hendon dan Intan.

10.13 Silat Seni Gayong di Kedah

(Dari Kiri) Dato' Meor Rahman, Sultan Badlishah dan Tengku Kassim

Pada awal tahun 1957, satu rombongan Seni silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin

sendiri oleh Meor Abdul Rahman telah mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul

Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Y.A.M. Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim

Ibni Sultan Badlishah. Pertunjukkan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni

al–Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan

cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Seni silat Seni Gayong di Kedah.

Meor Abdul Rahman telah berunding dengan Sultan Kedah tentang permintaan

baginda Sultan supaya Seni Gayong diajarkan kepada rakyat Kedah. Pada awalnya Meor

30

Page 31: Sejarah Silat Seni Gayong

Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Seni Silat Gayong di Kedah kerana

menghormati pendekar-pendekar seni silat yang telah sedia ada di Kedah. Walaupun beliau

telah mengemukakan pelbagai alasan, akhirnya beliau terpaksa menurut kemahuan Sultan

apabila baginda menghantar anggota Polis untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengajar

di Kedah.

10.14 Bertemu Dato' Onn Jaafar

Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1959, Meor Abdul Rahman bertemu dengan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di

Alexandra, Singapura. Sebelum daripada itu, Meor Abdul Rahman telah mendapat isyarat

daripada bapanya, Daeng Uda Mohd.Hashim menyuruh Meor Abdul Rahman mencari

seorang murid yang tua, yang keningnya telah putih. Menurut Daeng Uda Mohd.Hashim yang

sedang "keturun tok nenek" (diresapi semangat ghaib pahlawan dahulu kala/didatangi

rohaniah nenek moyang) ketika itu, orang itulah yang boleh merebakkan Gayong. Orang

tersebut tinggal di seberang Tambak Johor. Sejak dari itu, Meor Abdul Rahman mula mencari

orang yang dimaksudkan. Pada masa yang sama Dato' Onn juga mendapat firasat untuk

mencari Meor Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Dato' Onn telah berkata sekiranya

betul Meor Abdul Rahman adalah keturunan Raja Bugis, beliau hearuslah boleh menukarkan

bunga melur kepada benda lain.

Meor Abdul Rahman pun membaca sepotong doa lalu dihembuskan kepada bunga

melur tersebut. Dengan takdir Allah, bunga tersebut telah bertukar menjadi batu akik. Dato’

31

Page 32: Sejarah Silat Seni Gayong

Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor

Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Seni Silat Gayong pun didaftarkan di

Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Gayong dengan No. Pendaftaran 361,

Johor Bahru. Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi pengerusi.

Dengan terdaftarnya Seni silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih

bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Seni Silat Gayong telah bertapak di Johor. Di Johor

Bahru, terletak pejabat Gayong iaitu di Jalan Yahya Awal, iaitu di rumah Cikgu Ibrahim. Ahli

jawatan kuasa pusat ketika itu terdiri daripada Cikgu Ibrahim, Hajjah Asmah, Cikgu Kadir

yang merupakan ayahanda Cikgu Abd.Rahman dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang

lain. Gelanggang latihan seni silat yang terawal di Johor ialah di Jalan Puteri, iaitu di

kediaman Dato' Onn Jaafar. Antara murid-murid Gayong Johor yang awal ialah anak-anak

Dato' Onn sendiri iaitu antaranya, Fuzi (berkahwin dengan Jeneral Ghazali Mohd.Seth) dan

Tun Hussein Onn sendiri (Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga).

Dato' Meor Rahman bersama Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1961, Meor Abdul Rahman bersara dari jawatan sebagai mata-mata gelap

dan terus menceburkan dirinya dalam perniagaan. Segala aktiviti Gayong beliau jalankan di

tempat kediamannya di Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Sebuah akademi seni silat

bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan

oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi

mereka yang lulus dalam kursus–kursus yang ditawarkan. Antara tenaga yang pengajar yang

membantu Meor Abdul Rahman ialah Siti Noor Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin

Abdul Rahman, Sidek, Abdul Majid bin Omar, Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. Akademi

ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal

seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Siti Kalsom Meor Abdul

32

Page 33: Sejarah Silat Seni Gayong

Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang Daud dan Ahmad Lazim. Pada 6 Disember 1961, Sharifah

Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning

Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan

Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta

oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri

daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor

ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang

berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.

10.15 Seni silat Gayong di Selangor

Pada awal tahun 1960-an iaitu sekitar tahun 1963, Tony Razman yang merupakan bintang

filem bersama-sama Harun telah pergi ke Singapura untuk menemui Mahaguru Meor Abdul

Rahman. Mereka telah memohon kepada Meor Abdul Rahman agar memperturunkan

pelajaran Gayong kepada sekumpulan murid di Selangor. Mahaguru Meor Abdul Rahman

telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan menaiki sebuah kereta, Mahaguru Meor

Abdul Rahman pun bergerak naik ke Selangor dari Singapura. Ketika Mahaguru Meor Abdul

Rahman sedang mengajar seni silat di Chow Kit, datang beberapa orang samseng yang

diketuai oleh Mat Lodeh bersama-sama dengan Hasyim Teksi dan beberapa orang rakannya

yang lain. Mat Lodeh lalu memperkenalkan diri mereka. Apabila menyedari gertakan mereka

tidak berhasil, maka samseng-samseng tersebut pun berlalu dari situ. Tidak berapa lama

kemudian, tiba sebuah lori yang dipenuhi dengan samseng-samseng lain. Begitu pun,

Mahaguru Meor Abdul Rahman tidak berganjak dari tempatnya. Dengan bersenjatakan kapak,

Mahaguru Meor Abdul Rahman telah memberi amaran kepada samseng-samseng tersebut.

Menyedari amukan Mahaguru Meor Abdul Rahman boleh mengakibatkan banyak

kemalangan jiwa, maka samseng-samseng tersebut sekali lagi terpaksa berlalu pergi.

Beberapa hari kemudian, datang pula beberapa orang ketua samseng menemui Mahaguru

Meor Abdul Rahman. Apabila terasa diri mereka diperkecilkan, samseng-samseng tersebut

tanpa berfikir panjang terus menyerang Mahaguru Meor Abdul Rahman. Serangan-serangan

daripada samseng-samseng tersebut mudah sahaja dipatahkan oleh Mahaguru Meor Abdul

Rahman. Akhirnya, samseng-samseng tersebut mengaku kalah dan meminta maaf malah

telah meminta untuk menjadi murid beliau.

33

Page 34: Sejarah Silat Seni Gayong

Berita kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman menumbangkan kepala samseng di

Kuala Lumpur telah tersebar dengan cepat. Tidak lama kemudian, Mohd.Razali Salleh

(kemudian menjadi Setiausaha PSSGM) tiba di tempat kejadian dan telah memohon kepada

Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk menjadi murid Seni Silat Gayong. Setelah

Mohd.Razali Salleh memasuki Gayong, Seni Silat Gayong telah dikembangkan di Selangor

melalui persatuan belia. Dewan Belia Kampung Pandan menjadi pusat latihan terawal di

Selangor, manakala gelanggang Gayong terawal terletak di Kampung Baru, iaitu di belakang

rumah Mohd.Razali Salleh. Di Selangor, Gayong dikembangkan secara mengadakan

demonstrasi seni silat. Beberapa demonstrasi seni silat telah diadakan di Kampung Pandan,

Damansara (di hadapan adinda Sultan Selangor), di Dewan Belia Kampung Pandan (di

hadapan Datin Paduka Aisyah Ghani, yang juga menjadi ahli Gayong). Apabila Mohd. Razali

Salleh mengambil alih jawatan Setiausaha Agung PSSGM dari En.Hussein yang berasal dari

Kedah, pejabat Gayong telah dipindahkan ke Dewan Belia Kampung Pandan, iaitu pada tahun

1969.

10.16 Penyebaran Silat di Seluruh Dunia

Pada tahun 1962, Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah

untuk mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Beliau telah

mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’ Onn telah

merangka perlembagaan pertubuhan. Pada November 1962, Meor Abdul Rahman membawa

guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh

Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang. Pada bulan seterusnya, Meor Abdul Rahman melantik

Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni

Gayong. Kemudian, pada tahun 1963, beliau bersama rombongan Gayong dari Singapura

melawat ke Kedah. Pada bulan Mac pula, Meor Abdul Rahman membawa lapan orang guru

dari Kedah untuk kembangkan Gayong ke seluruh Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada

Abdul Majid Mat Isa, Ramli Mat Arof, Awang Daud, Ismail Chik, Ibrahim Abdullah, Mohd

Khir Saad, Mohd Desa Din dan Ahmad Lazim. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung

Ayer Kuning, Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan

seterusnya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura. Meor Abdul

Rahman telah memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri

kenduri perkahwinan Fadhilah di Lorong Fatimah, Woodlands.

34

Page 35: Sejarah Silat Seni Gayong

Bersamaan 22 Oktober,1963 Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali

sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361. Pada tahun 1964,

Mesyuarat Agung PSSGM pertama diadakan di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP)

dan Meor Abdul Aziz(NYDP). Ibu pejabat PSSGM juga berpindah ke Kota Sarang Semut dan

Meor Abdul Rahman turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah. Pusat Latihan

Tertinggi Silat Seni Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang

Semut, Kedah. Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping.

Gayong Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan

oleh Sultan Kedah, Sultan Abd.Halim Muadzam Syah. Malangnya, pada 18 Februari 1964,

Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning. Tahun seterusnya,

Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka. Namun, pada 1966, Meor Abdul

Aziz meninggal dunia.

Pada tahun 1967, istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning,

Taiping. Seterusnya, pada hari bersejarah iaitu pada 31 Ogos 1967, iaitu Sambutan

Kemerdekaan ke-10, seramai 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan. Pada tahun

1969, Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping. Dato’ Harun Hj.Idris diisytihar

sebagai Imam Khalifah Selangor. Tiga tahun kemudian, Meor Abdul Rahman bersama

Setiausaha Agung PSSGM dan dua gurulatih Gayong Selangor diundang ke Osaka, Jepun

(mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka ‘70). Balai adat PSSGM

dibentuk di Ayer Kuning.

Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan

Seni Silat Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato' Paduka Chura

Simanja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak,

Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

35

Page 36: Sejarah Silat Seni Gayong

Dato' Paduka Chura Simanja Kini

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman merupakan orang pertama diletakkan keris Taming Sari

di atas kepalanya, iaitu sebelum beliau dikurniakan anugerah darjah kebesaran Dato' Paduka

Chura Simanja Kini oleh Sultan Perak. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman, keris Taming

Sari itu sangat berdaulat kerana sebaik sahaja tamat upacara penganugerahan tersebut dan

apabila beliau kembali semula ke rumahnya, beliau telah diserang seram sejuk yang teramat

sangat sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan bertempik tidak tentu arah. Beliau tidak

pernah mengalami perasaan yang sedemikian sepanjang beliau melibatkan diri dalam Seni

Silat Gayong. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman lagi, keris Taming Sari ini telah

diserahkan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya Raja Muzaffar yang hendak

dirajakan di Perak. Sultan Mahmud juga telah menitahkan Raja Muzaffar supaya menamakan

semula negeri Gangga Negara (nama lama Perak) dengan nama Perak, sempena nama

Bendahara Melaka, Paduka Tun Perak. Pada tahun ini juga, Silat Seni Gayong diperkenalkan

kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi

Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Baginda juga pernah suatu ketika turun takhta kerana

mengambil Tapak Gayong di hadapan Mahaguru Dato’Meor Abdul Rahman. Selepas upacara

tersebut baginda ditabalkan kembali menjadi sultan. Sultan Perak mempunyai hirarki paling

tinggi di dalam Seni Silat Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga

Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah

daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

Pada tahun 1973, Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Malah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menewaskan Bruce Lee di Hong Kong. Tahun

seterusnya, Balai Adat baru dibina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat

pertabalan, penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi. Pada tahun ini juga, Dato’ Meor

Abd.Rahman melawat Sabah, bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah. Tun Datu

Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam.

Pada 6 Mac 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak telah dilantik

menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat Istiadat Seni Silat

Gayong Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman. Dengan

36

Page 37: Sejarah Silat Seni Gayong

perlantikan ini, Perdana Menteri Malaysia (berketurunan Bugis) dengan rasminya telah

menjadi murid kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Istiadat

pertabalan itu telah diadakan di kediaman Tun Abdul Razak iaitu di Seri Taman, dengan

disaksikan oleh kerabat-kerabat Gayong dari Perak, Kedah dan Selangor. Tun Abdul Razak

kemudian mengakui dan berikrar bahawa anggota-anggota Gayong adalah "saudara

segayong". Beliau juga diterima menjadi "anak angkat" kepada Dato' Meor Abdul Rahman

dan menjadi "kekanda angkat" kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah yang menjadi Penaung

Agung Pertubuhan Seni silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Adat istiadat melantik Tun

Abdul Razak ini diselubungi suasana yang mengandungi unsur-unsur ghaib. Menurut

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, beliau mengambil Tun Abdul Razak sebagai anak

angkat kerana berlaku beberapa petanda baik semasa istiadat pertabalan itu dilakukan. Tun

Abdul Razak mempunyai beberapa petanda baik yang dapat dilihat semasa istiadat pertabalan

itu dijalankan dan adalah suatu perkara yang luar biasa dan sukar diperoleh oleh orang lain.

Hadir sama di istiadat itu ialah Imam Khalifah Gayong Selangor, Datuk Harun Idris, Imam

Khalifah Gayong Perak, Datuk Sri Kamaruddin Mat Isa, Imam Khalifah Gayong Pulau

Pinang, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir, Datuk Senu Abdul Rahman (Imam Khalifah

Malaysia), Tan Sri Syed Nasir (Imam Khalifah Malaysia) dan beberapa orang pembesar

negara yang lain.

Pada tahun 1976, Dato’Meor Abd.Rahman dan isteri pertama, Kalsom Hj.Kechik

melawat Sarawak, bertemu dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub yang

merupakan Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu. Seterusnya, pada 11 Disember,1976,

Televisyen BBC London merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia Kampung

Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman. Kemudian, pada Julai, 1977

perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak. Pada bulan seterusnya pula, Cikgu

Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato'

Meor Abdul Rahman. Kemudian pada April, 1978 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong

Malaysia(PSSPGM) ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang. 20-23 Februari, 1985 pula,

Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama untuk menghadap Sultan Brunei.

Kemudian, pada Januari,1986 isteri beliau, Datin Kalsom Hj. Kechik meninggal dunia. Pada

19-21 Mac 1986 Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei buat kali kedua. Pada tahun

yang sama, Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Ahmad Nayan bin Saad melawat

London. Seterusnya, Disember,1987 Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat

37

Page 38: Sejarah Silat Seni Gayong

Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan aktor terkenal Indonesia, Dicky Zulkarnain bahawa

bukan beliau yang menewaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman. Pada Disember,

1989 pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin

Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong Selangor dan akhir sekali pada Mei,1991 adalah

perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abd.Rahman di Port Dickson,

Negeri Sembilan.

10.17 Perginya Pahlawan Melayu

Dato' Meor Abdul Rahman juga sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar

yang berketurunan Raja Bugis. Dato' Meor Abdul Rahman pernah berkereta dengan baginda

Sultan dan sering bertindak sebagai penasihat sultan. Kerana akrabnya hubungan Dato' Meor

Abdul Rahman dengan Sultan Johor, menurut ceritanya, baginda Sultan Johor pernah bertitah

bahawa cuma Dato'Meor Abdul Rahman sahaja yang boleh menasihati baginda. Dato' Meor

Abdul Rahman pernah mempersembahkan berita penemuan makam Daeng Kuning kepada

baginda Sultan Johor. Dato' Onn Jaafar merupakan orang pertama yang dibawa melawat

Makam Daeng Kuning. Sewaktu ditanya tentang lambang Gayong (temuramah di Universiti

Malaya pada tahun 1979), Dato' Meor Abdul Rahman menyatakan,

"Asalnya, lambang Gayong bernaga satu. (Apabila) Dato' balik dari Singapura ke Taiping,

Dato' kasihankan kekanda Dato', Meor Aziz yang banyak tolong Dato'. Meor Aziz tidak

belajar seni silat seni tetapi cukup faham tentang adat-istiadat. Dato' angkat Meor Aziz jadi

Penasihat Tertinggi (Advisor), ketika di Perak. Dato' dua beradik, (jadi) tambah satu naga lagi

pada lambang Gayong. Yang betul cuma seekor naga sahaja lahir di dunia. Dato' lahir ke

dunia dengan seekor ular yang telah pergi ke laut melalui Teluk Kertang di Matang, tempat

orang Cina dan Melayu berperang pasal lombong. Ekor naga mengelilingi dunia bermakna

Gayong akan terkenal ke seluruh dunia..."

Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau (di Taiping pada tahun

1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,

"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak

diturunkan (tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak

mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur

38

Page 39: Sejarah Silat Seni Gayong

mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke

laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk

Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik

semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu

balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato'

tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

Mahaguru Meor Abdul Rahman telah menyahut panggilan Ilahi pada 23 Jun, 1991 bertempat

di Pusat Perubatan Pakar, Ipoh kerana sakit tua. Jenazah beliau telah dikebumikan di tanah

perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping. Beliau telah mewasiatkan selepas

pemergiannya tiada lagi seorang pengganti yang bergelar Mahaguru selepasnya. Silat Seni

Gayong akan ditadbir oleh Lembaga Amanah Silat Seni Gayong, yang dianggotai oleh

mereka yang bersifat amanah dan berpegang kepada perjuangan Silat Seni Gayong. Sebelum

menghembus nafas terakhirnya, Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman telah melantik

anakandanya, Cikgu Siti Kalsom Meor Abdul sebagai Pemegang Amanah I Silat Seni Gayong

Malaysia dan Serantau manakala Cikgu Razali Salleh sebagai Pemegang Amanah II.

11.0 PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG

Selepas merdeka, terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Satu arahan telah

dikeluarkan agar pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan dengan tujuan

untuk membina dan meyusun pengurusan silat menjadi lebih baik. Oleh itu, wujud pelbagai

nama aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan

masing-masing. Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia ketika

itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh

membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983).

Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau

PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai

oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani

Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia. Lain-

lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di

Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia.

39

Page 40: Sejarah Silat Seni Gayong

Pada 11hb Mac, 1980, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah

rasmi ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa dan Jakarta, Indonesia

menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura telah diiktiraf

sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat dikenali sebagai

Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA)

di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura

(PERSISI) di Singapura. Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa

Indonesia. Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai

Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa

Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006. Pada 23hb hingga

24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan

Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat

sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

Kini, Silat seni gayong adalah pertubuhan silat paling popular dan menjadi pemangkin

kepada silat lain, kerana memiliki cawangan PSSGM di seluruh negara, seperti di Amerika

Syarikat, England, Perancis, Sepanyol, Kuwait dan Australia.  Maka cabaran yang dihadapi

pada hari ini, tidak lagi domestik sifatnya, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Dengan

perkembangan ini, pentadbiran pertubuhan perlu berwibawa untuk menangani isu-isu yang

timbul dengan bijak dan berkesan. Malah, selain memiliki cawangan di seluruh negara, Silat

Seni Gayong juga diambil sebagai kurikulum di hampir semua institusi pengajian tinggi

awam (IPTA). Sistem pengajaran dan pembelajaran dijalankan selaras dengan pendidikan

masa kini. Bahkan, seni silat kini bukan sahaja diaplikasikan untuk mempertahankan diri atau

dipelajari di gelanggang-gelanggang tertentu semata-mata, namun seni silat juga dijadikan

sebagai seni persembahan di majlis-majlis keraian tertentu seperti Hari Kemerdekaan, majlis

penyampaian anugerah, perkahwinan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pertandingan-

pertandingan seni silat yang dianjurkan tidak kiralah diperingkat dalam mahupun di luar

negara. Dalam pada itu, sistem organisasi yang teratur dan sistematik melancarkan lagi

pengurusan persatuan Silat Seni Gayong.

11.1.0 Sistem Organisasi Silat Gayong

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar

dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada

40

Page 41: Sejarah Silat Seni Gayong

mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998

(Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui

Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan

hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni

Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk

mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia,

iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan

dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan

Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan

dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan

pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara

langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan.

Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar,

samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran

Silat Seni Gayong Malaysia.  

         Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan

mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi

perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang

kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan

protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang,

melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum

latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-

pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai

kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.

Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan,

badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan

kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu

mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang

mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya

Sukan.

Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan.

Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek 41

Page 42: Sejarah Silat Seni Gayong

penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan

membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong

Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong

Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku

pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah

boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak

berkuasa.

Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah

penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat

kebangsaan telah memohon jasa baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada

badan kebangsaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan

mengguna nama Gayong. Tujuannya ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat

mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani, Pusaka Gayong, Gayong Warisan,

Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan sebagainya. Jumlah yang ada ini pun

telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, terutamanya dari aspek

kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.

11.1.1 Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM

Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM) telah

bermesyuarat  pada 29 Mei 2009 dan tamat pada  31 Mei 2009 bertempat di DPalma Hotel,

Ampang Selangor adalah bagi mewartakan dan mengesahkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Kebangsaan yang pernah diadakan pada 05 Februari 2008 di Kediaman Cikgu Sazali Salleh

bin Dato’Meor Abd Rahman di Air Kuning Taiping, Perak. Pada Mesyuarat kali ini

menyaksikan Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan sebulat suara bersetuju serta memutuskan

bahawa setiap Pengerusi Lembaga Beradat Negeri akan di dilantik menduduki Ahli Majlis

Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Adiwijaya Abdullah, DNS,ANS, BKM selaku

Pemangku Presiden  juga Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan Merangkap Pemangku

Yang DiPertua PSSGM  mengumumkan  keputusan mesyuarat  tersebut seperti berikut:

Pengerusi Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad

Setiausaha Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff  42

Page 43: Sejarah Silat Seni Gayong

Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan sebagai IBU GAYUNG PSSGM

Pengerusi Lembaga Beradat Negeri Negeri adalah :

01. Perlis - Cikgu Nordin bin Abdul Rahman

02. Kedah  - Cikgu Shuib bin Husin

03. Pulau Pinang     - Cikgu Yaakub bin Said

04. Perak       - Datin  Hajjah Faridah bt. Abu Johan

05. Selangor  - Cikgu Selamat bin Mat Raji

06. N.Sembilan - Cikgu Arshad bin Ibrahim

07. Kelantan - Cikgu Haji Mansoor bin Othman

08. Johor - Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad

09. Terengganu - Cikgu Ghazali bin Harun

10. Melaka - Cikgu Haji Mohamed bin Md Nor

11. Pahang - Cikgu Ahmad Tajuddin bin Othman

12. Sarawak - Cikgu Uthman bin Haji Ramli

Barisan Ahli Lembaga Waris Amanah adalah :

01.Perlis         - Cikgu.Nordin bin Abdul Rahman                    

02.Kedah  - Cikgu Adiwijaya bin Haji Abdullah, DNS,ANS, BKM

03.Perak         - Cikgu Sazali Salleh Dato’ Meor Abd Rahman

04.Selangor  - Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT, PJK

05.Selangor     - Cikgu Kahar bin Haji Redha, PJK

06.Melaka     - Cikgu Tuk’ Ismail bin Jantan, DMHL

07.Selangor - Cikgu Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, PJK

Mesyuarat Lembaga Beradat Kebangsaan yang di adakan di Dpalma Hotel, Ampang

adalah rentetan dari tertubuhnya Lembaga Beradat Kebangsaan di Kediaman Pn Siti Kalsom

di Air Kuning Taiping, Perak  pada tahun 2003. Semasa hayat Allahyarham Dato’Meor Abdul

Rahman, surat bertarikh 08/09/1989 ada memaklumkan bahawa Pewarisan bagi  mengekalkan

kesinambungan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau selepas ketiadaan beliau nanti,

maka Pewaris untuk mewarisi ilmu Pelajaran, Adat Istiadat dan Pertubuhan Silat Seni Gayung

Malaysia kepada   anakanda beliau iaitu Allahyarmah Pn. Siti Kalsom dan Allahyarham Dato’

43

Page 44: Sejarah Silat Seni Gayong

Haji  Ahmad bin Lazim, dan kepada  mereka berdua inilah  Allahyarham Dato’ Mahaguru 

amanahkan sebagai pewaris zuriat perjuangan Silat Seni Gayung. Mereka berdua juga telah

diamanahkan membentuk satu Badan Majlis Waris Amanah Tertinggi seramai 7 orang (Tali

Pinggang Pelangi Hitam ) bagi mentadbir dan menyusun segala perkembangan Pertubuhan

Silat Seni Gayung Malaysia pada masa akan datang.

Pada Mesyuarat Agung Kebangsaan pada tarikh 28 Januari 2006 yang berlangsung di

International Hotel K.Lumpur yang lalu, Pn Siti Kalsom selaku Pengerusi Lembaga Beradat

Kebangsaan dan Presiden PSSGM, telah mengumumkan  di dalam Majlis tersebut bahawa

Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Beradat

Kebangsaan dan Cikgu Adiwijaya  Hj Abdullah, DNS,ANS,BKM sebagai  Timbalan

Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan. Selepas  Pn Siti Kalsom bt. Dato’ Meor Abdul

Rahman kembali ke Rahmatullah pada 06 Februari 2007 maka Mesyuarat Majlis Lembaga

Beradat  Kebangsaan diadakan di Kediaman Cikgu Sazali di Air Kuning Taiping, Perak pada

05 Februari 2008. Adiwijaya Abdullah telah mengumumkan perlantikan Cikgu Mustapa

Kamal bin Haji Shariff, PPT,PJK sebagai Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan dan

Cikgu Sulleh bin Udin selaku Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan. 

11.1.2 Majlis Eksekutif PSSGM

Di bawah kuasa Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan, diwujudkan majlis dan

badan yang mempunyai fungsi dan bidangkuasa tertentu bagi mentadbir adat dan istiadat

secara khusus dan tersusun. Majlis dan badan yang dimaksudkan ialah :

a.Majlis Kehakiman Gayong   

 b.Majlis Istiadat   

c. Majlis Perhubungan   

 d. Majlis Kegurulatihan   

e. Majlis Kewangan   

 f.  Majlis Ibu Gayong   

 g.  Lembaga Beradat Negeri   

  h.Badan Penapis Amanah   

  i.  Badan Ibu Gayong

 

44

Page 45: Sejarah Silat Seni Gayong

a. Majlis Kehakiman Gayong

Majlis Kehakiman diketuai seorang Kipas Emas. Majlis ini terdiri daripada dua buah

jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Aduan dan Jawatankuasa Perlimau. Jawatankuasa Aduan

terdiri daripada tidak lebih enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Agung Lembaga

Beradat Kebangsaan. Perlantikan ahli Jawatankuasa Aduan dibuat untuk meneliti dan

membantu Kipas Emas menyelesaikan aduan tertentu. Apabila aduan yang dibuat

diselesaiputuskan maka Jawatankuasa tersebut terbubar dengan sendirinya. Bagaimanapun

ahli daripada Jawatankuasa yang terbubar boleh dilantik semula untuk menangani aduan lain.

Jawatankuasa Perlimau pula terdiri daripada tidak lebih enam orang Ketua Wakil Beradat.

Jawatankuasa ini berkuasa mentadbir hak-hak adat perlimau di seluruh negara. Ketua Wakil

Beradat dilantik oleh Lembaga Waris Amanah bagi tempoh yang ditetapkannya. Ketua Wakil

Beradat boleh menjalankan upacara penerimaan murid Gayong di mana-mana negeri sama

ada atas arahan Lembaga Waris Amanah atau jemputan Lembaga Beradat Negeri tertentu.

Jawatankuasa Perlimau berkuasa ke atas setiap Wakil Beradat yang dilantik oleh Lembaga

Waris Amanah di mana-mana jua. Jawatankuasa ini boleh membuat peraturan atau panduan

bagi meningkatkan imej Wakil Beradat dan pengurusan Jawatankuasa Perlimau.

b..Majlis.Istiadat

Majlis Istiadat dipengerusikan seorang Ketua Khlaifah Besar (Istiadat). Keanggotaannya

dipilh daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau ahli Gayong atas budibicara Pengerusi

Majlis Istiadat. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir

Balai Istiadat dan Muzium Silat Seni Gayong.

c..Majlis.Perhubungan

Majlis Perhubungan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Perhubungan).

Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas

budibicara Pengerusi Majlis Perhubungan. Majlis ini bertanggungjawab untuk mengurus dan

mentadbir Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Sebaran Am atau sebarang

jawatankuasa yang ditubuhkan untuk pembangunan Silat Seni Gayong. Di bawah 45

Page 46: Sejarah Silat Seni Gayong

Jawatankuasa Pendidikan, diwujudkan Institut Kegurulatihan Gayong dan Institut Kefahaman

Gayong sebagai Institusi Pendidikan yang mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah dalam Silat

Seni Gayong.

d..Majlis.Kegurulatihan

Majlis Kegurulatihan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kegurulatihan)

manakala Ketua Pengarah atau Pengarah Gurulatih dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah

Pusat Latihan Tertinggi. Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat

atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kegurulatihan. Majlis ini bertanggungjawab

untuk membangun, mengurus dan mentadbir hal ehwal Pusat Latihan Tertinggi dan Pusat

Latihan Negeri. Perkara yang menyentuh pelajaran dan latihan Silat Seni Gayong adalah di

bawah bidang kuasa Majlis Tertinggi Gurulatih.

e..Majlis.Kewangan

Majlis Kewangan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kewangan).

Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas

budibicara Pengerusi Majlis Kewangan. Majlis ini bertanggungjawab membangun, mengurus

dan mentadbir sumber pendapatan dan wang adat Silat Seni Gayong.

f..Majlis.Ibu.Gayong

Majlis ini dipimpin oleh seorang Pengerusi, masing-masing seorang Setiausaha, Penolong

Setiausaha dan Bendahari serta tidak melebihi daripada 17 orang ahli. Keanggotaannya terdiri

daripada semua Pengerusi Badan Ibu Gayong dan ahli yang dilantik oleh Majlis Ibu Gayong.

Perlantikan ini ditauliahkan untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan. Antara

tugasnya:

   i. Bertanggungjawab secara khusus ke atas hal ehwal murid dan guru wanita

   ii. Membincangkan sebarang perkara yang menyentuh kebajikan dan masa depan ahli ........

.wanita

   iii. Mengusul sebarang ketetapan untuk dibincangkan Lembaga Beradat Kebangsaan.46

Page 47: Sejarah Silat Seni Gayong

g..Lembaga.Beradat.Negeri

Lembaga ini dipimpin oleh seorang Imam Khalifah manakala Pengerusi Lembaga Beradat

Negeri menjalankan urusan pentadbirannya. Pentadbiran organisasinya adalah menurut

kaedah-kaedah yang diputuskan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Perlantikan anggotanya

selain daripada Imam Khalifah (jika berkenaan) atas syor Pengerusi Lembaga Beradat Negeri.

Setiap lantikan adalah untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan daripada masa

ke semasa. Antara tugas dan bidangkuasanya ialah :

i. Menjalankan sebarang polisi dan peraturan yang ditetapkan Majlis Tertinggi

Lembaga BeradatKebangsaan

ii. Bertanggungjawab ke atas urusan adat dan istiadat di dalam negeri masing-masing

iii. Mengawasi perjalanan Majlis Gurulatih dan pentadbiran pertubuhan negeri agar

tidak bercanggah.dengan.agama.dan.adat.

Lembaga Beradat Negeri boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk melicinkan

pentadbirannya. Keanggotaan jawatankuasa kerja ini adalah atas budibicara Waris Beradat.

h..Badan.Penapis.Amanah

Badan Penapis Amanah ditadbir oleh Majlis Kehakiman Gayong. Badan ini dianggotai oleh

panglima-panglima yang dipilih oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.

Fungsinya ialah sebagai Biro Siasatan Gayong. Majlis Kehakiman Gayong berkuasa

mengarahkan ahli Badan Penapis Amanah untuk menyiasat sebarang aduan kesalahan bagi

pihak Kipas Emas yang berlaku di mana-mana sama ada melibatkan individu atau organisasi.

i..Badan.Ibu.Gayong

Badan Ibu Gayong dianggotai oleh ahli Gayong yang dilantik sebagai Imamah.

Keanggotaannya ialah selama tiga tahun dan boleh dipanjangkan atas budibicara Lembaga

Beradat Negeri. Antara tugasnya ialah :

47

Page 48: Sejarah Silat Seni Gayong

i. Menjalankan sebarang tugas yang diputuskan oleh Majlis Ibu Gayong

ii. Memutuskan sebarang masalah, perancangan dan agenda murid dan guru Gayong

wanita di peringkat negeri.

11.2.0 Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas

pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada

Lembaga Waris Amanah. Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu

mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

Sandang.Mahaguru

Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul

Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.

Sandang.Kegurulatihan

Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap

pelajaran dan kebolehan tertentu.

Sandang.Protokol

Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-

pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol

Lembaga Beradat Kebangsaan.

Sandang.Khas

Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara

dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak

sandang ini bergantung kepada pemakainya.

Sandang.Berjawatan

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki

jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat

Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi

Gurulatih.

48

Page 49: Sejarah Silat Seni Gayong

Bersamaan 2 Oktober 2010, menurut akhbar My Metro, pada hari berkenaan  PSSGM

sekali lagi bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila akan menobatkan Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Imam Khalifah Agung melalui penganugerahan

Sandang Kebesaran, Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi. Malah, PSSGM juga

menganugerahkan Seri Mahkota Agung Relang Pelangi yang membawa gelaran Timbalan

Imam Khalifah Agung kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri

Sembilan (Rujuk lampiran 4).

49

Page 50: Sejarah Silat Seni Gayong

50

Page 51: Sejarah Silat Seni Gayong

51

Page 52: Sejarah Silat Seni Gayong

Sandang KehormatSandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.

52

Page 53: Sejarah Silat Seni Gayong

11.3.0 Peringkat Pelajaran

Kini, Silat Seni Gayong telah dijadikan antara matapelajaran dalam kokurikulum di sekolah

dan institusi pengajian tinggi. Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong

dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

i. Tapak.Gayong

Terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan

senaman anak harimau, elakan dan tangkapan kunci mati (21 buah tapak kunci

mati) bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata.

ii. Seni.Tapak.Gayong

Lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar

53

Page 54: Sejarah Silat Seni Gayong

menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak Gayong supaya pesilat berkemampuan

untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini

termasuklah buah tapak kunci hidup (teknik membuka kuncian - 49 buah) di

samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan. Juga merangkumi

pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah

Pukulan (21 buah).

iii. Seni.Keris

Pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi

pelajaran Seni Keris (Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau

(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)

iv. Seni.Simbat

Pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan

parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing. Mengandungi

pelajaran Seni Simbat/Tongkat (kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota

(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung (kunci dan permainan),

Seni Parang Panjang (kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua),

permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai,

permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing (kunci dan permainan), Seni

Anak Tombak (kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

v. Seni.Yoi

Pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang

serangan ramai (21 buah pukulan).

vi. Seni.Belian

Permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan. Juga dikenali

sebagai Serangan Bapak Harimau.

vii. Seni.Cindai

Pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam

Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai

Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai

ialah: Sauk-sauk (21 buah), Tebar (21 buah), Serkap (21 buah), Kain Tudung (21 54

Page 55: Sejarah Silat Seni Gayong

buah), Awang Bodoh (21 buah), Pukat (21 buah), dan Kalung Puteri (21 buah).

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni

Gerak Bayang, Gada-gada(sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni

Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk Beracun, Senjata Api (jarak

dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-

permainan lain lagi. Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat

yang terdapat di alam Melayu ini.

11.4.0 Bengkung

Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung

yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran.

i. Bengkung Kosong

Asas Gerakan 1

    1. Tumbuk Pintal Tali

    2. Pancung Dayung

    3. Tumbuk Pintal Tali Bertapak

    4. Lambung Kemudi

    5. Tolak Lintang

    6. Tebar Jala

    7. Gulungan 10

        1. Lambung Kemudi Kiri

        2. Tebar Jala Kanan

        3. Tolak Lintang Kiri

        4. Pancung Dayung Kiri

        5. Tumbuk Bertapak

        6. Tolak Lintang Kiri

        7. Pancung Dayung Kiri

        8. Tumbuk Bertapak

        9. Tolak Lintang Kiri

        10. Duduk Anak Harimau55

Page 56: Sejarah Silat Seni Gayong

 

Asas Elakan 1

    1. Tangkis Kuak Sisi Dalam

    2. Tangkis Bawah

    3. Tangkis Atas / Sangga Langit

    4. Kilas Dayung Tebar Jala

    5. Masuk Luar Tumbuk Pintal Tali

    6. Elak Dalam

    7. Juring Pelipat Balas Pancung

 Buah Tapak Kunci Mati

    1. Kilas Sawa Berendam

    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat

    3. Kilas Sangga Maut/ Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung

    4. Kacip Emas / Kancing Emas

    5. Patah Dayung / Pasung Emas

    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting

    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung

 

Buah Tapak Kunci Hidup

    1. Pentas 1

    2. Tempur Bebas (1 lawan 1)

 

Lompatan Harimau

    1. Tenggiling hadapan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kanan + Tenggiling

hadapan dengan senjata di tangan kiri + Tenggiling ke belakang + Diakhiri dengan melenting

ulat

    2. Harimau Menghambur Mangsa berhalangan rendah (Anak Kambing 5 halangan)

    3. Harimau Melompat Pagar

ii..Bengkung Awan Putih

56

Page 57: Sejarah Silat Seni Gayong

Asas Gerakan 2    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi    2. Tumbuk Balas Pancung    3. Tumbuk Bertapak Balas Siku Belakang Sambil Tangkis Kuak Sisi Dan Tangkis Bawah    4. Lambung Kemudi Balas Juring    5. Tebar Jala Balas Tolak Lintang    6. Cakar Helang Balas Hentak    7. Gulungan 21 (Bersedia dalam kedudukan harimau menyimpan kuku di rusuk kiri)        11. Tumbuk Balas Pancung        12. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun        13. Cakar Helang Balas Hentak         14. Tendang Lambung Kemudi        15. Pancung Dayung Ke Hadapan        16. Padam Lampu        17. Tolak Lintang        18. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah        19. Tebar Jala        20. Sepak Rajang        21. Duduk Anak Harimau     Asas Elakan 2    1. Tolak Lintang Kiri    2. Tolak Lintang Kanan    3. Tebar Jala Kanan    4. Rimbat Helang Kiri    5. Rimbat Helang Kanan    6. Jala Tebar Kanan    7. Rimbat Relang Balas Juring Kiri Buah Tapak Kunci Mati     1. Kilas Sawa Berendam    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat    3. Kilas Sangga Maut / Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung    4. Kacip Emas / Kancing Emas    5. Patah Dayung / Pasung Emas    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung    8. Pasung Cina    9. Tali Gantung / Malaikul Maut    10. Kilas Dayung Tali Gantung    11. Selak Mati (Buaya Berendam) / Kilas Maut    12. Kilas Tali / Patah Dayung Tali Gantung / Pasak Lintang    13. Tolak Lintang (Kacip Emas) / Pasung Bumi    14. Sekapur Sirih / Selak Dayung Buaya Berendam / Selak Mati    15. Patah Layar Perahu Karam    16. Patah Julang / Patah Dayung Perahu Karam / Patah Selak Dayung    17. Patah Sangga / Selak Mati Patah Gelang Geta / Rangkam Dayung    18. Kilas Biawak / Patah Dayung Selak Mati Buaya Berendam    19. Sangga Kilas Patah Tebu / Patah Tebu Selak Dayung Kacip Emas / Umpil Maut

57

Page 58: Sejarah Silat Seni Gayong

    20. Pasak Mati / Tembi Siku Pasung Emas Patah Dayung / Lintang Mayat    21. Kilas Buaya Berendam / Kuda Gila Lipat Maut Buaya Berendam

Serangan Harimau     1. Patah Dayung Nasi Hangit    2. Patah Dayung Kuda Gila    3. Tarian Kuda Gila    4. Humban Ketam Kawah Pecah    5. Kipas Gayong Selak Gayong    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong Buah Tapak Kunci Hidup    1. Pentas 1    2. Pentas 2    3. Tempur Bebas (1 Lawan 3)

Lompatan Harimau    1. Tengiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (Lenting Pacat) (1 Kali)    3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (7 Halangan)    4. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (5 Halangan)    5. Harimau Melompat Pagar Berhalang  

iii..Bengkung Pelangi Hijau

Asas Gerakan 3    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun    2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Pancung    3. Cakar Helang Balas Hentak Balas Lambung Kemudi    4. Tendang Sula Balas Tendang Kuda    5. Tebar Jala Balas Jala Tebar Kaki Sama    6. Tebar Jala Kanan Balas Jala Tebar Kiri    7. Gulungan 31        22. Simbar Cakar Helang Kanan        23. Simbar Cakar Helang Kiri        24. Timang Puteri        25. Tumbuk Pintal Tali Tiga Kali         26. Tendang Sula Balas Tolak Lintang        27. Pusing Roda        28. Juring Terbang, Jatuh Mengiring        29. Juring Kanan        30. Juring Kiri        31. Duduk Anak Harimau    Asas Elakan 3    1. Elak Dalam Balas Pancung Kanan

58

Page 59: Sejarah Silat Seni Gayong

    2. Elak Luar Balas Pancung Kiri    3. Elak Putar Balas Pancung Kanan    4. Elak Putar Balas Pancung Kiri    5. Patah Tebu Siku    6. Elak Dalam Disusuli Serangan Tombak Todak    7. Hentak Adam Lutut Balas Sepak Penyawa

Pecahan Buah Tapak (7x21)

 Serangan Harimau     1. Patah Dayung Nasi Hangit    2. Patah Dayung Kuda Gila     3. (Tarian) Kuda Gila    4. Humban Ketam Kawah Pecah    5. Kipas Gayong Selak Gayong    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah / Pangku Mayat Pecah Kawah Hentak Kawah    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong    8. Tembi Gayong Pasak Gayong Selak Gayong    9. Lipat Gayong Pangku Kawah Pecah Kawah Kelek Kawah    10. Kawah Sepit Pecah Tebu / Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah     11. Tendang Kuda Kawah Tiarap    12. Tembi Kilas Pangku Mayat Kawah Pecah    13. Gasing Emas Tiarap Kawah    14. Panku Lutut Patah Tebu    15. Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah     16. Pecah Kawah    17. Pikul Kawah Buang Kawah    18. Lambung Kawah Kawah Sepit Patah Tebu    19. Pangku Lutut Patah Tebu    20. Pulas Tebu Buang Kawah Jejak Tebu Patah Pucuk    21. Tarian Kuda Gila Buah Tapak Kunci Hidup    1. Pentas 4    2. Pentas 5    3. Pentas 6    4. Pentas 7    5. Tempur Bebas (1 Lawan 5)

Lompatan Harimau    1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (3 Kali)    3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (9 Halangan)    4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Tinggi (5 Halangan)    5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (7 Halangan)    6. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (3 Halangan)    7. Harimau Menyusur Gelung Api (3 Halangan)     8. Pusingan Roda (3 Kali)

59

Page 60: Sejarah Silat Seni Gayong

iv..Bengkung Pelangi Merah

Asas Gerakan 4    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah    2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah Balas Pancung    3. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah    4. Lambung Kemudi Bertapak    5. Tolak Lintang Bertapak     6. Tebar Jala Bertapak    7. Gulungan 41        32. Serangan Rajawali        33. Balas Hentak        34. Tembi Siku Kiri        35. Tembi Siku Kanan        36. Serangan Rajawali        37. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah        38. Tolak Lintang Kanan        39. Tolak Lintang Kiri        40. Duduk Anak Harimau        41. Tenggiling Ke Hadapan Dan Duduk Anak Harimau

Asas Elakan 4    1. Elak Kuak Sisi Balas Tampar Harimau Balas Padam Lampu    2. Elak Putar Diikuti Tembi Siku    3. Elak Putar Balas Pancung Balas Pecah Gendang, Cengkam Bahu Balas Alu Patah    4. Yoi Kiri Dan Alu Patah Kanan Dan Pancung    5. Elak Dalam Dan Tumbuk Pintal Tali    6. Sepak Rajang    7. Tolak Bahu Dan Bentis Hadapan Lompatan Harimau1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang2. Bangung Melenting Ulat + Harimau Melenting Ke Hadapan + Harimau Melenting Ke Belakang3. Harimau Membaling Angin Tanpa Halangan4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (10 - 15 Halangan)5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (7 Halangan)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)Menghentak Bahagian Sisi Kepala Dengan 3 Keping Genting (Wanita 2 Keping)

Seni Pisau (Pisau 1 dan Pisau 2)1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Pisau (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1-21)

60

Page 61: Sejarah Silat Seni Gayong

v..Bengkung Pelangi Merah Cula 1 

Asas Gerakan 5    1. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Dalam Tapak    2. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Bertapak    3. Siku Layang Balas Pancung Balas Tangkis Kuak Sisi Luar Balas Tangkis Bawah    4. Serangan Rajawali Balas Hentak Balas Tendang Lurus Melangkah    5. Tamparan Harimau Melangkah Balas Sepak Juring    6. Sepak Juring Bersilang Kaki    7. Golongan 51        42. Serangan Rajawali Balas Hentak         43. Lambung Kemudi        44. Simbar Cakar Helang        45. Tolak Lintang Ke Kanan        46. Tolak Lintang Ke Kiri        47. Layang Tembi Siku, Hentak Emas Sepukal Atas Telapak Tangan, Duduk Anak Harimau Dan Timang Puteri        48. Harimau Melenting Hadapan        49. Tenggiling Belakang (Atas Angin Belakang)        50. Melenting Ulat        51. Duduk Anak Harimau        Asas Elakan 5    1. Masuk Luar Dan Tumbuk Kepala    2. Pancung Dayung Kanan Balas Pancung Dayung Kiri    3. Kilas Tangan Penyerang (Penyerang Tertunduk) Sambil Tarik Tapak Ke Belakang    4. Tangkap Silang Dan Rebahkan Penyerang Ke Sisi    5. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka    6. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka Balas Tolak Ke Hadapan Sambil Rimbat Kuda Gila    7. Elak Luar Dan Siku Muka Lompatan Harimau    1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang    3. Harimau Membaling Angin Halangan Rendah (7 Halangan)    4. Harimau Membaling Angin Halangan Tinggi (5 Halangan)    5. Harimau Memusing Roda Dan Melenting Ke Belakang (3 Kali)    Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)Menjurus Ke Bumi Bertatangkan 4 Keping Batu Genting (Wanita 3 Keping)

Seni Keris (Keris 1 dan Keris 2)    1. Asas Gerakan    2. Asas Elakan    3. Kunci Mati Keris (1 - 21)    4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

61

Page 62: Sejarah Silat Seni Gayong

vi..Bengkung Pelangi Merah Cula 2

Asas Gerakan 6Asas Elakan 61. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kiri2. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kanan3. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kiri4. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan5. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri6. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri, Rentap Bahu Balas Alu Patah7. Elak Putar Dan Duduk Melutut Diikuti Tendangan Kuda

Lompatan Harimau1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang2. Bangun  Lenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang + Harimau Membaling Angin Ke Hadapan + Harimau Membaling Angin Ke Belakang3. Harimau Memusing Roda + Harimau Melenting Ke Belakang (2 Kali ) + Harimau Membaling Angin Ke Belakang (1 Kali)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 5 Keping / Wanita 4 Keping)2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)4. Menjurus Dengan Tangan Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)

Seni Simbat / Simbat Suk1. Asas Gerakan2. Asas Elakan 3. Kunci Mati Simbat / Simbat Suk (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

vii..Bengkung Pelangi Merah Cula 3

Asas Gerakan 7Asas Elakan 7Seni Pemecahan Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 7 Keping / Wanita 5 Keping)2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)4. Menendang Juring Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)5. Menghentak Dengan Kepala (Sisi Kepala) (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping) Seni Parang (Parang 1 dan Parang 2)1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Parang (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

62

Page 63: Sejarah Silat Seni Gayong

12.0 PENUTUP

Silat Seni Gayong merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu dengan gerakan-

gerakannya yang estetik di mana pengamalnya dilarang melakukan maksiat, harus taat

beribadat dan dalam amalannya dibacakan doa-doa dari ayat Al-Quran. Silat ini banyak

berkaitan dengan kebatinan. Dengan itu, diharapkan agar Silat Seni Gayong ini akan terus

dipertahankan agar tidak ditelan arus modenasi dan globalisasi. Setiap anak Melayu harus

memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengekalkan Silat Seni Gayong sebagai

salah satu seni mempertahakan diri yang terunggul di mata dunia.

63

Page 64: Sejarah Silat Seni Gayong

LAMPIRAN

Lampiran 1: Carta Organisasi Pentadbiran

64

Page 65: Sejarah Silat Seni Gayong

Lampiran 2: Carta Organisasi Fungsi

65

Page 66: Sejarah Silat Seni Gayong

Yang Dipertua Dato' Adiwijaya Haji Abdullah

Timbalan Yang Dipertua I Dato' Ismail Jantan

Timbalan Yang Dipertua II Sazali Dato' Meor Abdul Rahman

Naib Yang Dipertua I Datin Feridah Abu Johan

Naib Yang Dipertua II Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid

Naib Yang Dipertua III Mohamad Faid Haji Musa

Setiausaha Agung Sulleh bin Udin

Penolong Setiausaha Agung Haji Lamsah bin Arbai

Bendahari Agung Amy Zairy bin Rahmat

Penolong Bendahari Agung Syarizal bin Dato' Maizan

Ahli Jawatankuasa Yaakob Haji Said

Shahsuzanni Abu Bakar

Rasol Haji Abdul Ghani

Mas Sharifah Mismat

Haji Mohd Sani Morni

Mohd Nor Abdul Samad

Abdul Rahim Masrom

Kahar Reza

Mohd Isa Mustaffa

Muhd Kawar Hezazy Uthman

Mariam Bujang

66

Page 67: Sejarah Silat Seni Gayong

Mustapa Kamal Sharif

Meor Badrul Hisham bin Kamaruzaman

Nik Azman bin Nik Par

Rosni bin Mohd Daud

Juru Audit Dalam Hamzah TajuddinIshak Maarif

Lampiran 3: Majlis Jawatankuasa Agung 2010-2011

67