Sejarah SKTJ 2013

5
SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN, TRONG BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2014 SEJARAH SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN TRONG TRONG SK Toh Johan, Trong telah ditubuhkan pada tahun 1895 bertempat di atas tanah seorang kenamaan di zaman itu yang terkenal iaitu Penghulu Deraman. Tapak asal sekolah ini letaknya di seberang Sungai Trong iaitu jalan ke Kampung Sungai Hantu, Kuala Trong. Sekolah tersebut telah dikenali dengan nama Sekolah Melayu Laki-Laki Trong, yang mana sekolah ini telah dikhaskan hanya untuk murid-murid lelaki sahaja. Pada tahun 1899, Penghulu Deraman telah mendirikan sebuah lagi sekolah bagi menampung murid-murid perempuan iaitu terletak kira- kira suku batu ke selatan sekolah laki-laki, di atas tanah seorang dermawan yang bernama Uda Mahat. Kedudukan sekolah ini adalah di sebelah kiri jalan ke Kuala Trong. Sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Perempuan Trong. Menurutnya ceritanya, Penghulu Deramanlah yang menjadi pengasas sekolah ini dan anak lelaki beliau yang bernama Cik Ain bin Kerani Deraman telah menjadi Guru Besar yang pertama di Sekolah Melayu Laki-Laki Trong, manakala menantunya iaitu isteri kepada Cik Ain yang bernama Che Su sebagai guru yang ulung dan tunggal di Sekolah Melayu Perempuan Trong itu. Kira-kira dalam tahun 1906, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil alih sekolah ini dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di atas tanah lot no. 703 seluas 2r. 27p. di jalan Kuala Trong itu juga. Bangunan yang berukuran 80 kaki x 25 kaki ini walau bagaimanapun telah dirobohkan kerana rosak dan tidak boleh digunakan lagi beberapa tahun kemudiannya.. Seperti sekolah-sekolah Melayu yang lain, SK Toh Johan di awal penubuhannya menjalankan pendidikan tidak formal iaitu hanya menekankan Pengajian Al-Quran dan hal-hal keagamaan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya dan berpengetahuan Islam. Kemudian, setelah diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri, Pihak Inggeris telah memperkenalkan kurikulum asas iaitu pelajaran bacaan, mengarang, ejaan, menulis, Ilmu Kira-Kira, Ilmu Alam dan Pendidikan Jasmani. Selepas itu, pihak Inggeris juga memperkenalkan kurikulum tambahan untuk orang Melayu seperti perkebunan, anyaman dan penternakan. Oleh kerana perkembangan murid kian bertambah kepada 208 orang dengan 6 orang guru, maka pada tahun 1950, sebuah bangunan jangka pendek yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina secara kilat dan telah siap pada 3 April 1951. Bangunan tersebut akhirnya terpaksa dirobohkan pada tahun 1968 kerana terlalu uzur dan tidak digunakan lagi. 7

description

sejaah

Transcript of Sejarah SKTJ 2013

Page 1: Sejarah SKTJ 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN, TRONGBUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2014

SEJARAHSEJARAHSEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHANSEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN

TRONGTRONG SK Toh Johan, Trong telah ditubuhkan pada tahun 1895 bertempat di atas tanah seorang kenamaan di zaman itu yang terkenal iaitu Penghulu Deraman. Tapak asal sekolah ini letaknya di seberang Sungai Trong iaitu jalan ke Kampung Sungai Hantu, Kuala Trong. Sekolah tersebut telah dikenali dengan nama Sekolah Melayu Laki-Laki Trong, yang mana sekolah ini telah dikhaskan hanya untuk murid-murid lelaki sahaja.

Pada tahun 1899, Penghulu Deraman telah mendirikan sebuah lagi sekolah bagi menampung murid-murid perempuan iaitu terletak kira-kira suku batu ke selatan sekolah laki-laki, di atas tanah seorang dermawan yang bernama Uda Mahat. Kedudukan sekolah ini adalah di sebelah kiri jalan ke Kuala Trong. Sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Perempuan Trong.

Menurutnya ceritanya, Penghulu Deramanlah yang menjadi pengasas sekolah ini dan anak lelaki beliau yang bernama Cik Ain bin Kerani Deraman telah menjadi Guru Besar yang pertama di Sekolah Melayu Laki-Laki Trong, manakala menantunya iaitu isteri kepada Cik Ain yang bernama Che Su sebagai guru yang ulung dan tunggal di Sekolah Melayu Perempuan Trong itu.

Kira-kira dalam tahun 1906, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil alih sekolah ini dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di atas tanah lot no. 703 seluas 2r. 27p. di jalan Kuala Trong itu juga. Bangunan yang berukuran 80 kaki x 25 kaki ini walau bagaimanapun telah dirobohkan kerana rosak dan tidak boleh digunakan lagi beberapa tahun kemudiannya.. Seperti sekolah-sekolah Melayu yang lain, SK Toh Johan di awal penubuhannya menjalankan pendidikan tidak formal iaitu hanya menekankan Pengajian Al-Quran dan hal-hal keagamaan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya dan berpengetahuan Islam. Kemudian, setelah diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri, Pihak Inggeris telah memperkenalkan kurikulum asas iaitu pelajaran bacaan, mengarang, ejaan, menulis, Ilmu Kira-Kira, Ilmu Alam dan Pendidikan Jasmani. Selepas itu, pihak Inggeris juga memperkenalkan kurikulum tambahan untuk orang Melayu seperti perkebunan, anyaman dan penternakan.

Oleh kerana perkembangan murid kian bertambah kepada 208 orang dengan 6 orang guru, maka pada tahun 1950, sebuah bangunan jangka pendek yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina secara kilat dan telah siap pada 3 April 1951. Bangunan tersebut akhirnya terpaksa dirobohkan pada tahun 1968 kerana terlalu uzur dan tidak digunakan lagi.

Pertambahan murid yang begitu pesat dari tahun ke setahun dan tapak sekolah asal yang terlalu sempit sudah tidak mampu untuk menampung pembinaan bangunan

7

Page 2: Sejarah SKTJ 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN, TRONGBUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2014

tambahan maka pada tahun 1960 SK Toh Johan telah dipindahkan ke Lot. 3661 Mukim Bukit Gantang seluas 6e. 2r. 7p. iaitu kira-kira 2 batu jaraknya dari tapak sekolah asal. Sebuah bangunan tambahan sementara (KP. 3181) yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah didirikan. Dalam tahun 1963, murid-murid telah berkembang dengan pesatnya iaitu seramai 401 orang dengan 14 orang guru. Pada tahun 1968, sebuah lagi bangunan tambahan separuh kekal (JKR 142) yang mengandungi 3 buah bilik darjah telah dibina di tapak baru itu.

Sempena pengasas pekan kecil Trong ini seorang bangsawan terkenal dengan nama Toh Johan semasa zaman pemerintahan kerajaan Beruas, maka Ahli Jawatankuasa PIBG dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah telah mengambil persetujuan supaya sekolah ini diberikan nama ‘Sekolah Kebangsaan Toh Johan’. Nama ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Perak menurut Bil. (54) dlm. J.Pel. Pk. Pend. M.293 (II) bertarikh 12 Ogos 1978. Pada tahun 1982, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru yang mengandungi 7 buiah bilik darjah, sebuah bilik TV Pendidikan, tandas dan kantin dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Khalil Yaakub, DSAP., SMP., JSM., Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 14 November 1982.

Walaupun mendapat bangunan baru namun ianya tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin ramai dan oleh kerana itu sekolah terpaksa mengadakan sesi pembelajaran pagi dan petang. Pada tahun 1990, Pusat Kegiatan Guru bagi Zon Trong telah di tempatkan di SK Toh Johan. Oleh kerana tiada bangunan khas disediakan maka PKG Trong terpaksa menumpang bangunan di SK Toh Johan. Pada tahun 1991 pula, SK Toh Johan telah dipilih untuk mengadakan program perintis bagi kelas Prasekolah. Selaras dengan kemajuan ICT maka pada tahun 2001 telah dibina sebuah makmal komputer lengkap dengan 22 buah komputer untuk kegunaan guru dan murid bagi memperkembangkan ilmu ICT.

Pada tahun 2003 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi bilik pejabat, makmal sains, makmal kemahiran hidup dan 3 buah bilik darjah. Oleh kerana bilik darjah yang telah mencukupi maka pada tahun 2004 sekolah ini memulakan sesi persekolahan satu sesi sahaja. Dengan mengikuti setiap perubahan kurikulum yang berlaku sejak selepas kemerdekaan, SK Toh Johan sentiasa bergerak maju ke hadapan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaupun majoriti penduduk di kawasan ini adalah petani, buruh dan nelayan namun pencapaian akademik mereka adalah menggalakkan. Dengan kepimpinan serta tenaga pengajar yang ada sekarang tidak mustahil sekolah ini akan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah seperti yang nyatakan dalam visi sekolah.

8

Page 3: Sejarah SKTJ 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN, TRONGBUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2014

ANTARA NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI SK TOH JOHAN,TRONG

1. Encik Abd. Rahman b. Ismail - mulai tahun 1950 - 1958

2. Encik Abdulah b. Abd. Rahman - mulai tahun 1958 – 1971

3. Encik Basir b. Udoh - mulai tahun 1972 – 1973

4. Encik Yahya b. Shafie - mulai tahun 1973 – 1978

5. Encik Abd. Hafiz b. Mat Zain - mulai tahun 1978 – 1983

6. Tuan Haji Salleh b. Samad - mulai tahun 1984 - 1985

7. Encik Ahmad Bedawi b. Yaakub - mulai Mei 1985 – Nov. 1987

8. Tuan Haji Md. Arshad b. Md. Ariffin - mulai Nov.1987 – Feb.1990

9. Encik Abdullah b. Mohd. Karim - mulai Julai 1990 – Jun 1992

10. Encik Mohd. Yusoff b. Ahmad - mulai Sept.1992 – Julai 1994

11. Encik Abu Kassim b. Alias - mulai April 1995 – Jun 1995

12. Encik Abdul Habib b. Alapitchay (memangku) mulai Jun 1995 – Mei 1996

13. Encik Zamani b. Abu Bakar - mulai Jun 1996 – Mei 1998

14. Tuan Haji Abdullah b. Yahaya - mulai Mei 1998 – Mei 1999

15. Encik Yatim b. Musa - mulai Mei 1999 – Okt. 2003

16. Encik. Zulhaimee b. Hashim - mulai Dis. 2003 – 02/10/2011

17. Encik Abdul Halim b. Mat Isa - mulai 03/10/2011 – 15/10/2012

18. Tuan Haji Ishak b. Abu Hassan - mulai 16/10/2012 – 01/11/2013

19. Encik Badrul Manan bin Mohamad - mulai 01/11/2013 – sekarang

9