Sejarah SPM Kertas Ramalan

download Sejarah SPM Kertas Ramalan

of 13

Transcript of Sejarah SPM Kertas Ramalan

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    1/13

    1

    Kertas soalan ini mengandungi40 soalan. Jawab semua soalan.

    Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhurufA, B, C dan D. Pilih satu yang terbaik bagitiap-tiap soalan.

    Masa: 1 jamKERTAS 1

    1 Gambar berikut berkaitan dengan susun lapis

    masyarakat tamadun Indus.

    Apakah X ?A Buruh C HambaB Pendeta D Artisan

    2 Bandar berikut wujud semasa kegemilangantamadun Hwang Ho.

    Anyang

    Antara yang berikut, yang manakah merupakanlokasi bandar tersebut?A Hilir Sungai Hwang HoB Tanah tinggi Sungai HuanC Lembangan SzechwanD Pedalaman Loyang

    3 Bentuk pentadbiran berikut diamalkan olehtamadun Yunani di Athens.

    Oligarki

    Pentadbiran tersebut diketuai olehA konsul C pendetaB bangsawan D raja

    4 Jadual berikut merujuk kepada peristiwa yang

    berlaku di India semasa penguasaan empayarMaurya.

    Tahun Peristiwa

    261 S.M. Meletusnya Perang Kalinga

    Apakah kesan peperangan tersebut terhadappemimpin Maurya?A Kedamaian C KekuatanB Kekayaan D Kesatuan

    5 Artifak berikut telah ditemui di Vietnam Utara.

    Apakah Zaman Prasejarah yang menghasilkanartifak tersebut?A Logam

    B NeolitikC MesolitikD Paleolitik

    6 Hubungan perdagangan antara Rom dengankawasan petempatan Asia Tenggara telah lamawujud.Apakah buktinya?A Persamaan artifak manik di Muar, JohorB Penemuan kapak gangsa di Kuala Selinsing,

    PerakC Penemuan mangkuk purba di Jenderam Hilir,

    SelangorD Persamaan mata wang di Kuala Merbok, Kedah

    SEJARAH

    Kertas Ramalan SPM

    X

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    2/13

    2

    7 Rajah berikut merujuk kepada perubahan bentukkerajaan Funan di Asia Tenggara.

    Agraria Maritim

    Perubahan tersebut dipengaruhi oleh faktorA kedudukan C kekuatan

    B kekayaan D keselamatan

    8 Tokoh-tokoh berikut dilahirkan sebelum kerasulanNabi Muhammad s.a.w.

    Abdullah bin Jahsh Umaiyah bin Abi Salt Waraqah bin Naufal

    Apakah agama yang dianuti oleh mereka?A Yahudi C AnimismeB Nasrani D Hanif

    9 Apakah faktor yang membawa kepada meletusnyapeperangan al-Basus?A Ahli Bani Nadhir menangkap pemimpin Bani

    BakarB Ahli Bani Quraizah membunuh ketua Bani

    TaghlibC Ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani TaghlibD Ahli Bani Taghlib merampas kuasa

    10 Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinahturut dibantu oleh beberapa orang tokoh.Apakah sumbangan Abdullah bin Abu Bakarsemasa penghijrahan tersebut?A Menjadi pengintipB Membekalkan makananC Menggembala kambingD Menjadi jurupandu

    11 Maklumat berikut merupakan sebahagian daripadakandungan Piagam Madinah.

    Tidak diperkenankan, segolongan orangberiman membuat perjanjian tanpa disertaisegolongan lain di dalamnya suatu peperangandi jalan Allah kecuali atas dasar persamaan dan

    adil antara mereka.FasalX

    Maklumat tersebut berkaitan denganA Fasal 1 C Fasal 17B Fasal 2 D Fasal 19

    12 Pernyataan berikut merujuk kepada cara pelantikankhalifah semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

    Pemilihan daripada beberapa orang calon

    Antara yang berikut, siapakah khalifah yang dipilihsecara demikian?

    A Abu Bakar al-Siddiq C Ali bin Abu TalibB Uthman bin Affan D Umar bin al-Khattab

    13 Mengapakah Khalifah Umar bin Al-Khattabmenghantar Abu Sufyan ke kawasan pedalamansemasa pemerintahan beliau?A Membuka kawasan pertanian

    B Mengajar masyarakat BadwiC Mengelakkan salah lakuD Melaksanakan hukuman Islam

    14 Apakah teori yang sesuai dikaitkan denganmaklumat berikut?

    Pada tahun 1953, sepasang batu nisan yangmempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran dankalimah Arab bertarikh 1028 M telah ditemui diKampung Permatang Pasir, Pulau Tambun,Pekan, Pahang.

    A Islam disebarkan ke Tanah Melayu dari IndiaB Islam disebarkan ke Tanah Melayu dari ArabC Islam disebarkan ke Tanah Melayu dari ChinaD Islam disebarkan ke Tanah Melayu dari Pattani

    15 Istilah berikut merujuk kepada cara penyebaranIslam di Asia Tenggara.

    Mahmudah

    Apakah maksudnya?A Ikhlas C SempurnaB Tertinggi D Pengorbanan

    16 Pendidikan tidak formal masyarakat Melayudiberikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.Apakah unsur yang diberikan penekanan?A Pengetahuan C PemulihanB Pengajaran D Penceritaan

    17 Orang Melayu juga prihatin terhadap kesenianepigrafi.Apakah bukti yang sesuai dikaitkan dengankesenian tersebut?

    A Batu nisan C Seni tenunanB Tulisan khat D Kubah masjid

    18 Tokoh berikut bertanggungjawab memanjangkanidea yang telah diperkenalkan oleh NicholasCopernicus (14731543).

    Galileo Galilie

    Apakah idea tersebut?A Matahari ialah pusat alamB Bumi ialah pusat alamC Bulan mengelilingi bumiD Matahari mengelilingi bulan

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    3/13

    3

    19 Gerakan reformation dikatakan bermula di Jerman.Apakah faktor yang membantu perkembangangerakan tersebut?A Penghapusan sijilindulgencesB Perkembangan mesin cetakC Pembinaan banyak gerejaD Pemulihan sistem feudal

    20 Mengapakah pemodal Eropah berupaya menyaingipemodal Cina dalam perlombongan bijih timahpada abad ke-20?A Mempunyai kepakaran dalam bidang

    perlombonganB Mempunyai modal dan teknologi tinggiC Mendapat kerjasama daripada kaum MelayuD Mempunyai kemudahan mengeksport bijih timah

    21 Maklumat berikut merujuk kepada kedatanganimigran ke Tanah Melayu.

    Pegawai akan dihantar ke negara asal imigran Tambang dan perbelanjaan buruh akan

    dibiayai majikan Pegawai bertanggungjawab mengiringi buruh-

    buruh sehingga sampai di tempat majikan

    Maklumat tersebut berkaitan denganA sistem kontrakB sistem tiket kreditC sistem pengambilan kakitanganD sistem pengambilan rumah kongsi

    22 Apakah yang menjadi lambang kekuatan dankekayaan kuasa Barat pada awal abad ke-19?A Kemudahan di pelabuhanB Kepelbagaian baranganC Keluasan tanah jajahanD Kemajuan penduduk

    23 Tokoh-tokoh berikut menentang penjajahan Britishdi Tanah Melayu.

    Tok Janggut Haji Abdul Rahman Limbong

    Apakah iktibar yang boleh dicontohi daripadaperjuangan mereka?

    A Berwaspada terhadap kuasa asingB Bersatu menentang musuh negaraC Berani mengadakan pakatan tenteraD Bertolak ansur dengan penjajah

    24 Apakah majalah yang membangkitkan isu berikut diTanah Melayu pada tahun 1940-an?

    MajalahXMendorong wanita menjagakesopanan dengan nilai-nilaiIslam dan budaya Timur

    A Majalah Guru C Keris MelakaB Pengasuh D Bulan Melayu

    25 Maklumat berikut berkaitan dengan sistempentadbiran yang diamalkan oleh negeri-negeriMelayu.

    X

    Mewarisi takhta kerajaan sekiranya sultan tidakmempunyai putera

    Apakah X ?A Abang lelaki sultan C Anak angkat sultanB Adik lelaki sultan D Anak saudara sultan

    26 Gambar berikut merujuk kepada muka hadapanKitab Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

    Apakah nilai yang boleh dicontohi daripadapengenalan undang-undang tersebut?A Kesetiaan C KegagahanB Kebijaksanaan D Kekayaan

    27 Maklumat berikut berkaitan dengan parti politik

    yang menyokong pelaksanaan Malayan Union.

    PartiX

    Dianggotai oleh bekas ahli Kesatuan MelayuMuda

    Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 diIpoh, Perak

    Apakah parti X?A Barisan Tani Malaya (BATAS)B Angkatan Pemuda Insaf (API)C Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)D Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya

    (AMCJA)

    28 Maklumat berikut merujuk kepada tindakan yangtelah dilakukan oleh British di Sabah.

    Menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan Britishpada tahun 1946

    Mengapakah British bertindak demikian?A Menghapuskan penentangan kaum peribumiB Masyarakat tempatan tidak menentangC Menyatukan Sabah dengan SarawakD Melaksanakan dasar dekolonisasi

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    4/13

    4

    29 Majlis Raja-Raja Melayu dianggotai oleh Raja-rajaMelayu di Tanah Melayu.Antara yang berikut, berapakah bilangan Raja-rajaMelayu yang menyertai majlis tersebut?A Tujuh C SembilanB Lapan D Dua belas

    30 Suruhanjaya Reid bertanggungjawab menyusunperlembagaan di negara kita.Apakah isu yang menjadi panduan suruhanjayatersebut?I Pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan

    Sabah dan SarawakII Pewujudan bangsa Persekutuan Tanah MelayuIII Kedudukan Raja-raja MelayuIV Kerakyatan secara jus soliA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

    31 Tokoh berikut banyak memberikan sumbangankepada negeri Sarawak.

    Stephen Kalong Ningkan

    Apakah parti yang dipimpin oleh beliau?A BARJASA C PANASB PESAKA D SNAP

    32 Dialog berikut mungkin diucapkan oleh pemimpinParti Perikatan Sabah dan Sarawak semasacadangan gagasan Malaysia.

    Pemimpin X: Kami bersetuju dengan cadanganpembentukan Malaysia. Walaubagaimanapun, kami membuattuntutan yang mengandungi 20syarat.

    Pemimpin Y: Ya. Kami pun membuat tuntutanyang sama.

    Apakah kandungan 20 syarat tersebut?A Isu pelajaranB Senarai BersamaC Tanah simpananD Kerusi parlimen

    33 Rajah berikut merujuk kepada reaksi Filipinaterhadap pembentukan Malaysia.

    22 Januari 1958PembentukanMAPHILINDO

    Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?A Indonesia menamatkan konfrontasiB Penamatan perjanjian pertahanan AMDAC Malaysia mengisytiharkan dasar ZOPFAND Filipina mengiktiraf pembentukan Malaysia

    34 Maklumat berikut merujuk kepada PerlembagaanMalaysia.

    PerkaraX

    Seseorang yang mempunyai kerakyatan negaralain akan dilucutkan kewarganegaraannya.

    Apakah perkara X?A Perkara 21B Perkara 22C Perkara 23D Perkara 24

    35 Rajah berikut berkaitan dengan proses meluluskanundang-undang di Parlimen Malaysia.

    Cadangan PenggubalanPembacaan

    pertama

    Antara yang berikut, siapakah yang

    bertanggungjawab menggubal undang-undangtersebut?A Dewan RakyatB Jabatan Peguam NegaraC Jabatan Perdana MenteriD Dewan Negara

    36 Berdasarkan jadual berikut, apakah kesimpulanyang dapat anda buat berhubung dengan matlamatpenubuhan AMCJA?

    Tarikh Peristiwa

    September 1946Penubuhan MajlisTindakan Bersama TanahMelayu (AMCJA)

    I Menentang Perlembagaan Tanah MelayuII Menuntut persamaan kewarganegaraanIII Menentang keganasan komunisIV Menentang Malayan UnionA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

    37 Apakah faktor yang mempengaruhi penubuhan

    agensi Permodalan Nasional Berhad (PERNAS)?A Menggiatkan penyertaan bumiputera dalamsektor perusahaan

    B Meningkatkan hasil keluaran pertanian pekebunkecil

    C Membantu petani memasarkan hasil pertanianD Memajukan kawasan perlombongan terbiar

    38 Apakah penekanan yang diberikan dalamRancangan Malaysia Kelima?A Bidang penyelidikanB Pengenalan tanaman komersialC Pembukaan tanah secara besar-besaranD Bidang pendidikan

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    5/13

    5

    39 Imperialisme Baru berlaku pada penghujung abadke-19 dan awal abad ke-20.Apakah kesannya?A Persaingan bahan mentahB Penghasilan teknologi baruC Pemulihan pentadbiran feudalD Pembentukan negara dan bangsa

    40 Pernyataan berikut merujuk kepada peristiwa yangberlaku pada tahun 1945.

    Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalahdi Eropah

    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah masalahyang dimaksudkan?

    A Menamatkan pemerintahan berajaB Menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    BersatuC Menyekat perkembangan kuasa komunisD Menewaskan negara Jerman

    1 Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepadapeningkatan dalam bidang-bidang lain.(a) Apakah matlamat sistem pendidikan di

    Athens

    (1 markah)

    Sparta

    (i)

    (ii)

    (iii)

    (3 markah)(b) Senaraikan dua bidang yang diberikan penekanan dalam sistem pendidikan di Athens.

    (i)

    (ii)(2 markah)

    (c) Nyatakan dua kesan sistem pendidikan yang diamalkan oleh tamadun Rom.

    (i)

    (ii)(2 markah)

    (d) Sebagai warganegara yang patriotik, apakah peranan anda untuk membina masyarakat yang maju dansaintifik?

    (i)

    (ii)(2 markah)

    2 Rajah berikut merujuk kepada jangka masa Zaman Jahiliah.

    300 M (Pecahnya

    empangan Maarib)

    610 M (Turunnya wahyu kepada

    Nabi Muhammad s.a.w.)

    Zaman Jahiliah

    Arahan: Jawab semua soalan.

    Masa: 2 jam 30 minitBahagian A: Soalan Struktur (40 markah)KERTAS 2

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    6/13

    6

    (a) Apakah faktor yang mempengaruhi keruntuhan empangan Maarib?

    (i)

    (ii)(2markah)

    (b) Jelaskan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi Sosial

    (i)

    (ii)(2markah)

    Ekonomi

    (i)

    (ii)(2markah)

    Kepercayaan beragama

    (i)

    (ii)(2markah)

    (c) Pada pandangan anda, mengapakah ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dikatakan boleh menghalangkehidupan masyarakat bermoral?

    (i)

    (ii)(2markah)

    3 Rajah berikut menunjukkan sistem pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu.

    (a) ApakahX danY?

    X:

    Y:(2markah)

    (b) Nyatakan prinsip kerakyatan jus solisepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malayan Union.

    (i)

    (ii)(2markah)

    (c) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemimpin-pemimpin berikut menandatangani persetujuan MalayanUnion.(i) Sultan Kedah

    X

    Y

    Majlis Eksekutif Malayan Union Majlis Undangan Malayan Union Majlis Raja-Raja Melayu

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    7/13

    7

    (ii) Sultan Selangor

    (2 markah)

    (d) Senaraikan dua buah pertubuhan yang menyokong pelaksanaan Malayan Union.

    (i)

    (ii)(2 markah)

    (e) Sekiranya anda berada ketika itu, apakah yang akan anda lakukan untuk menentang Malayan Union?

    (i)

    (ii)(2 markah)

    4 Rajah berikut berkaitan dengan cabaran masa depan negara.

    Cabaran masa depan

    K-ekonomi

    K-masyarakat

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan k-ekonomi?

    (1 markah)

    (b) Jelaskan ukuran kemajuan dan kekayaan sesebuah negara sebelum k-ekonomi diperkenalkan.

    (i)

    (ii)(2 markah)

    (c) Nyatakan faedah yang boleh diperoleh daripada kemajuan teknologi dan industri pada era k-ekonomi.

    (i)

    (ii)(2 markah)

    (d) Bagaimanakah modal intelek boleh dihasilkan oleh sesebuah negara?

    (i)

    (ii)(2 markah)

    (e) Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membangun dan memajukan sistem pendidikan dinegara ini melalui k-masyarakat.Buktikan pernyataan tersebut.

    (i)

    (ii)

    (iii)(3 markah)

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    8/13

    8

    5 Kewujudan Dinasti Shang telah dapat dibuktikan melalui melalui jumpaan arkeologi yang menandakanpermulaannya pada sekitar tahun 17661050 S.M.(a) Terangkan organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang. (8 markah)

    (b) Jelaskan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Shang. (6 markah)(c) Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kecemerlangan sesebuah

    tamadun? (6 markah)

    6 Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 628 M bersamaan 6 H.(a) Jelaskan

    (i) Peristiwa-peristiwa penting ke arah termeterainya perjanjian tersebut. (4markah)(ii) Kandungan Perjanjian Hudaibiyah. (4markah)

    (b) Terangkan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada umat Islam. (8 markah)(c) Mengapakah sifat kepimpinan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. perlu dicontohi oleh generasi pada hari

    ini? (4 markah)

    7 Kedudukan Asia Tenggara yang strategik telah menarik minat imperialis Barat untuk menguasainya.(a) Terangkan sistem pentadbiran(i) Perancis di IndoChina (5markah)(ii) British di Tanah Melayu (5markah)

    (b) Terangkan perubahan yang telah dilakukan oleh pemimpin Thailand untuk mengekalkan kemerdekaannyasemasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. (6 markah)

    (c) Apakah iktibar yang boleh dicontohi daripada peristiwa penjajahan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara?(4 markah)

    8 Rajah berikut berkaitan dengan pembangunan dan perpaduan bangsa.

    Rukun Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Sukan untuk Perpaduan

    Pembangunan dan

    Perpaduan Bangsa

    (a) Terangkan prinsip-prinsip Rukun Negara. (8 markah)(b) Terangkan Dasar Pendidikan Kebangsaan daripada tahun 19651982. (8 markah)(c) Sukan boleh memainkan peranan sebagai alat perpaduan negara.

    Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. (4 markah)

    9 (a) Terangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Perang Dunia Pertama. (8 markah)(b) Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama. (6 markah)(c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sesebuah negara untuk mengelakkan peperangan.

    (6markah)

    Arahan: Jawab tiga soalan sahaja.

    Bahagian B: Soalan Esei (60 markah)

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    9/13

    9

    JAWAPAN

    Kertas 1

    1 A 2 B 3 A 4 A 5 A6 A 7 A 8 D 9 C 10 A

    11 C 12 B 13 B 14 C 15 A16 B 17 A 18 A 19 B 20 B21 C 22 C 23 B 24 D 25 B26 B 27 C 28 B 29 C 30 C31 D 32 A 33 D 34 D 35 B36 A 37 A 38 A 39 A 40 D

    Kertas 2

    Bahagian A: Soalan Struktur1 (a) Athens

    F1-Melahirkan manusia yang seimbangpencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani

    SpartaF1-Melahirkan warganegara tentera yangsempurnaF2-GagahF3-Setia kepada negara kota

    (b) F1-SukanF2-MuzikF3-KesusasteraanF4-Seni berpidatoF5-Membaca

    F6-MenghafalF7-Menulis(c) F1-Melahirkan jurutera

    F2-Melahirkan ahli falsafahF3-Melahirkan ahli sejarawan

    (d) F1-Menguasai ilmu pengetahuanF2-Bersikap inovatifF3-KreatifF4-Berfikiran terbukaF5-Menguasai teknologiF6-Sanggup menghadapi cabaranF7-Sanggup menerima perubahan

    2 (a) F1-Berlakunya banjir besarF2-Kelalaian pemimpin Sabak untukmembaikinya

    (b) SosialF1-Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoralF2-Kedudukan wanita dalam masyarakat adalahrendahF3-Menanam bayi perempuan hidup-hidupF4-Seseorang lelaki boleh mengahwini beberapaorang wanita sekali gus

    EkonomiF1-Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskanriba

    F2-Berasaskan penindasan

    F3-Pedagang mementingkan keuntungan dankekayaan semata-mataF4-Kegiatan merompak dan merampasbarangan daripada kafilah di padang pasirmerupakan punca mata pencarianF5-Eksploitasi golongan kaya terhadap golonganmiskin

    Kepercayaan beragamaF1-Agama Wathani (menyembah berhala)F2-Animisme (memuja alam seperti pokok)F3-Agama Samawi (Kristian dan Yahudi)F4-Kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir danmempercayai roh orang mati menjadi burung)

    (c) F1-Tiada peraturan dalam kehidupanF2-Penindasan dalam perniagaanF3-Amalan menanam bayi perempuan hidup-hidupF4-Perebutan kuasaF5-Kemunculan semangat assabiah/kesukuanyang melampauF6-Melakukan maksiatF7-Tidak menghormati kaum wanitaF8-Tiada peraturan dalam perkahwinanF9-Pegangan agama yang tidak kuat

    3 (a) X-Parlimen British

    Y-Gabenor Malayan Union(b) F1-Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu

    dan SingapuraF2-Berumur 18 tahun dan ke atas sertabermastautin selama 10 hingga 15 tahunF3-Berumur kurang daripada 18 tahun danmerupakan anak warganegaraF4-Semua rakyat British daripada tanah jajahantakluknya

    (c) F1-Ugutan Sir Harold MacMichaelF2-Dasar setia kawan

    (d) F1-Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

    F2-Angkatan Pemuda Insaf (API)F3-Angkatan Wanita Sedar (AWAS)F4-Barisan Tani Malaya (BATAS)

    (e) F1-Menyuarakan bantahan melalui akhbarF2-Mengadakan demonstrasiF3-Menghidupkan semula persatuan-persatuanMelayuF4-Menyertai kongresF5-Mengadakan rapat umumF6-Menyokong tindakan Raja-raja Melayuberkumpul di Kuala Kangsar untuk menyuarakanbantahan

    4 (a) F1-Ekonomi berlandaskan pengetahuan(knowledge-based economy)

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    10/13

    10

    F2-Keupayaan seseorang untuk menggunakanilmu pengetahuan

    (b) F1-Jumlah simpanan emasF2-Pemilikan tanah jajahan yang luasF3-Sumber semula jadi

    (c) F1-Menjana keuntunganF2-Kemajuan perniagaan

    F3-Peluang pekerjaanF4-Perkongsian pintar(d) F1-Kekayaan pengetahuan

    F2-SemangatF3-Daya saing yang tinggi

    (e) F1-Sekolah wawasanF2-Sekolah bestariF3-Mengubah suai kurikulumMana-mana jawapan yang munasabah diterima

    Bahagian B: Soalan Esei5 (a) F1-Raja menduduki lapisan yang paling atas 1

    H1a-Dibantu oleh golongan pembesar 1H1b-Memiliki tentera 1H1c-Memiliki senjata gangsa 1H1d-Menundukkan golongan bawahan 1F2-Golongan petani 1H2a-Membentuk sebahagian besar penduduk 1H2b-Mendiami kawasan di luar bandar/disekeliling negara kota 1F3-Golongan artisan 1H3a-Menguasai teknologi gangsa 1H3b-Menghasilkan senjata, perisai dan hiasanpada kereta kuda 1H3c-Digunakan oleh tentera 1

    H3d-Peralatan untuk upacara keagamaan 1F4-Golongan hamba 1H4a-Golongan yang paling bawah 1H4b-Merupakan satu ciri utama dalam DinastiShang 1

    (Maksimum=8 markah)

    (b) F1-Kepercayaan animisme 1F2-Kepercayaan politiesme 1F3-Penyembahan roh nenek-moyang 1F4-Menyembah tuhan syurga (Shang-ti) 1F5-Menyembah tuhan bumi (Tu) 1

    F6-Menyembah sungai 1F7-Menyembah bukit 1F8-Menyembah gunung 1F9-Percaya kepada penilikan tulang oracle 1

    (Maksimum=6 markah)

    (c) F1-Peningkatan teknologi 1F2-Peningkatan ilmu pengetahuan 1F3-Bersikap positif 1F4-Tidak berputus asa 1F5-Bersikap inovatif dan kreatif 1F6-Meningkatkan ekonomi 1F7-Kekuatan pertahanan 1F8-Pemimpin yang berwibawa 1

    F9-Menyokong pemimpin 1Mana-mana jawapan yang munasabahditerima

    (Maksimum=6 markah)

    6 (a) (i) F1-Tahun 628 M, orang Islam bercadangmenunaikan umrah di Makkah 1F2-Rombongan mereka disekat di

    Hudaibiyah 1F3-Nabi Muhammad s.a.w. menghantarUthman bin Affan untuk menerangkantujuan kedatangan mereka 1F4-Orang Islam terdengar khabar anginkematian Saidina Uthman 1F5-Orang Islam bersumpah setia/Baiahal-Ridwan 1F6-Orang Arab Quraisy berasa bimbang 1F7-Arab Quraisy menemui Nabi Muhammads.a.w. 1F8-Nabi Muhammad s.a.w. bersedia

    mengadakan perjanjian 1F9-Diadakan antara Nabi Muhammad s.a.w.dengan Suhail bin Amru (Quraisy) 1

    (Maksimum=4 markah)(ii) F1-Gencatan senjata selama 10 tahun 1

    F2-Kabilah Arab yang lain bebas memihaksama ada kepada orang Islam Madinah atauorang Quraisy Makkah 1F3-Orang Islam Madinah yang memihak keMakkah tanpa kebenaran penjaganya tidakperlu dipulangkan 1F4-Orang Quraisy Makkah yang memihak ke

    Madinah tanpa kebenaran penjaganya perludipulangkan semula 1F5-Umat Islam hanya boleh mengerjakanumrah pada tahun berikutnya (7 H) 1

    (Maksimum=4 markah)

    (b) F1-Orang Islam berpeluang menunaikan hajipada tahun berikutnya (629 M/7 H) 1H1a-Memberikan kebebasan kepada orangIslam memasuki Makkah 1H1b-Beribadat di Kaabah pada bila-bila masa 1F2-Membolehkan Nabi merangka programdakwah Islamiah 1H2a-Secara aman ke seluruh SemenanjungTanah Arab 1H2b-Suku Arab boleh menganut sebarangagama yang mereka sukai 1H2c-Islam dapat berkembang dengan meluas 1H2d-Bilangan penganut Islam bertambah 1F3-Menggambarkan Islam disebarkan secaraaman 1H3a-Orang Islam memperoleh keuntungan darisegi jangka panjang 1H3b-Pengislaman tokoh Islam yang berpengaruh

    1

    H3c-Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    11/13

    11

    Uthman bin Talhah 1F4-Melambangkan ketokohan NabiMuhammmad s.a.w. sebagai pemimpin yangunggul 1H4a-Pemimpin yang dikagumi 1H4b-Tindakan yang dilakukan oleh Nabi bukansecara terburu-buru 1

    H4c-Baginda melihatnya secara menyeluruh,terperinci dan berwawasan 1H4d-Patut dicontohi oleh bakal pemimpin 1F5-Orang Quraisy mengiktiraf kerajaan IslamMadinah 1H5a-Sebelum ini tidak mahu bekerjasamadengan orang Islam 1H5b-Sentiasa mencari jalan menentang Islam 1

    (Maksimum=8 markah)(c) F1-Pemimpin hendaklah bijaksana 1

    F2-Pemimpin hendaklah berani 1F3-Mempunyai perancangan yang baik dan

    jelas 1F4-Tidak bersikap terburu-buru 1F5-Melihat sesuatu perkara secara menyeluruh 1F6-Melihat sesuatu perkara secara terperinci 1F7-Melihat sesuatu perkara secara berwawasan 1F8-Berilmu pengetahuan 1F9-Mengutamakan perdamaian 1Mana-mana jawapan yang munasabah diterima

    (Maksimum=4 markah)

    7 (a) (i) F1-Perancis menguasai pentadbiran 1H1a-Gabenor Jeneral mengetuaipentadbiran 1

    H1b-Bertanggungjawab terus kepadaKementerian Tanah Jajahan di Paris 1H1c-Dibantu oleh Leftenan Gabenor 1H1d-Pemerintah wilayah jajahan/naungan 1H1e-Dibantu oleh Residen Jeneral 1H1f-Dibantu oleh Residen Wilayah 1F2-Membentuk sebuah kerajaan pusat 1H2a-Menubuhkan Union Indochinoise 1H2b-Merupakan Persekutuan IndoChina 1H2c-Terdiri daripada Vietnam dan Kemboja 1H2d-Disertai oleh Laos pada tahun 1904 1F3-Semua rang undang-undang diluluskan

    oleh Parlimen Perancis 1H3a-Pentadbiran tempatan tidak dicampurioleh kerajaan pusat 1H3b-Perlu membayar cukai 1H3c-Menyediakan kerahan tenaga 1

    (Maksimum=5 markah)(ii) F1-Membentuk Negeri-Negeri Selat 1

    H1a-Terdiri daripada negeri Melaka, PulauPinang dan Singapura 1H1b-Gabenor merupakan pemerintahtertinggi 1H1c-Dibantu oleh Residen Kaunselor 1H1d-Pentadbiran penghulu di peringkatkampung dikekalkan 1

    F2-Membentuk Negeri-Negeri MelayuBersekutu 1H2a-Terdiri daripada negeri Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang 1H2b-Memperkenalkan Sistem Residen 1F3-Memperkenalkan Negeri-Negeri MelayuTidak Bersekutu 1

    H3a-Terdiri daripada Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor 1H3b-Melaksanakan Sistem Penasihat 1H3c-Gabenor dan Residen diletakkan dibawah Gabenor Negeri-Negeri Selat 1H3d-Tugas utama adalah menasihati sultandalam semua perkara 1H3e-Kecuali dalam hal ehwal agama Islamdan adat istiadat Melayu 1F4-Melaksanakan pelbagai perubahan 1H4a-Sistem kehakiman Barat 1H4b-Pelaksanaan sistem pungutan cukai 1H4c-Pembahagian negeri kepada beberapadaerah 1H4d- Penubuhan balai polis 1

    (Maksimum=5 markah)

    (b) Raja Mongkut 1F1-Melantik 80 orang penasihat Barat 1H1a-Mengetuai pelbagai jabatan 1H1b-Melatih pegawai-pegawai tempatan 1H1c-Penasihat kewangan, pelabuhan dan polisdibawa dari Britain 1H1d-Penasihat kastam daripada AmerikaSyarikat 1

    H1e-Penasihat ketenteraan daripada Perancis 1 Raja Chulalongkorn 1

    F2-Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah,Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri 1H2a-Melantik juruaudit dari Britain 1H2b-Berkhidmat dalam perbendaharaanNegara 1F3-Kemunculan golongan baru 1H3a-Terdiri daripada pentadbir yang mempunyaikedudukan dalam birokrasi moden 1H3b-Berdasarkan tahap pendidikan mereka 1

    (Maksimum=6 markah)

    (c) F1-Pemimpin mestilah berwibawa 1F2-Rakyat mestilah bersatu padu 1F3-Mempunyai ilmu pengetahuan 1F4-Kekuatan pertahanan 1F5-Berdisiplin 1F6-Sanggup menghadapi cabaran 1F7-Berani mempertahankan tanah air 1F8-Bersikap patriotisme 1F9-Mematuhi ajaran agama 1F10-Mengamalkan gaya hidup sihat 1Mana-mana jawapan yang munasabah diterima

    (Maksimum=4 markah)

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    12/13

    12

    8 (a) F1-Kepercayaan kepada Tuhan 1H1a-Agama merupakan pegangan paling utamarakyat Malaysia 1H1b-Rakyat yang beragama mudah diurus 1H1c-Menjadi warganegara yang baik 1H1d-Warganegara yang bertanggungjawab 1

    H1e-Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkanbahawa Islam ialah agama rasmi 1H1f-Agama lain bebas diamalkan 1F2-Kesetiaan kepada raja dan negara 1H2a-Menuntut semua rakyat Malaysiamemberikan kesetiaan kepada raja dannegara 1H2b-Yang di-Pertuan Agong merupakan ketuanegara 1H2c-Raja Melayu merupakan ketua negeri 1H2d-Raja sebagai simbol penyatuan rakyat 1H2e-Pelindung hak istimewa peribumi 1H2f-Penderhakaan kepada raja bermaksudpenderhakaan kepada negara 1F3-Keluhuran perlembagaan 1H3a-Undang-undang utama sesebuah negara 1H3b-Dianggap luhur, unggul dan suci 1H3c-Menuntut semua rakyat menerima,mematuhi, menyanjung danmempertahankannya 1F4-Kedaulatan undang-undang 1H4a-Menuntut rakyat Malaysia menghormatiundang-undang 1H4b-Tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang 1

    H4c-Rakyat akan dapat hidup aman damaiapabila kedaulatan undang-undang terpelihara 1H4d-Kita bertanggungjawab memastikanundang-undang negara sentiasa didaulatkan 1H4e-Tidak dicabar oleh mana-mana pihak 1F5-Kesopanan dan kesusilaan 1H5a-Menuntut semua rakyat Malaysia bersopandan bertatasusila 1H5b-Merupakan nilai-nilai murni 1H5c-Melambangkan keperibadian seseorangindividu 1H5d-Menjamin kehidupan rakyat yang harmoni,

    penyayang dan saling menghormati 1(Maksimum=8 markah)

    (b) F1-Kajian Aminuddin Baki 1H1a-Memperkenalkan sistem persekolahananeka jurusan 1H1b-Menampung pelajar-pelajar yang gagalmemasuki sekolah menengah akademik 1H1c-Bermatlamat menyediakan pelajaran padaperingkat menengah sehingga berusia 15tahun 1H1d-Memberikan pelbagai kursus kemahiran 1

    H1e-Melahirkan tenaga kerja mahir 1

    H1f-Persediaan untuk pasaran kerja 1H1g-Mengajar kursus kemahiran pilihan sepertiperdagangan, sains rumah tangga, seniperusahaan dan sains pertanian 1H1h-Mata pelajaran wajib adalah sepertimanayang diajar di sekolah menengah 1F2-Jawatankuasa Kabinet 1974 1

    H2a-Mengkaji semula pelaksanaan sistempelajaran kebangsaan 1H2b-Melahirkan sumber tenaga manusia yangdiperlukan oleh negara 1H2c-Melahirkan masyarakat yang bersatu padu,berdisiplin dan terlatih 1H2d-Penekanan terhadap penguasaankemahiran membaca, menulis dan mengira(3 M) 1H2e-Kenaikan darjah secara automatik 1H2f-Penekanan terhadap sekolah vokasional 1H2g-Sukatan pelajaran sekolah swasta 1H2h-Bahasa Melayu sebagai mata pelajaranwajib dalam peperiksaan 1H2i-Penekanan terhadap kokurikulum 1H2j-Disiplin sebagai asas perpaduan 1F3-Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1H3a-Diperkenalkan pada tahun 1982 1H3b-Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet1979 1H3c-Menekankan perkembangan diri pelajar darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek 1

    (Maksimum=8 markah)

    (c) F1-Tidak mengehadkan penyertaan kepada

    sesuatu kaum 1F2-Dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa yangberminat 1F3-Tidak mengira ideologi 1F4-Dapat menyemarakkan semangat patriotikdalam kalangan masyarakat 1F5-Aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkandi peringkat sekolah 1F6-Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-sekolah diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan 1F7-Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yangdiadakan dua tahun sekali mengeratkan

    perpaduan antara kaum 1F8-Mengeratkan hubungan antara negeri 1Mana-mana jawapan yang munasabah diterima

    (Maksimum=4 markah)

    9 (a) F1-Kemunculan nasionalisme 1H1a-Penghujung abad ke-19, negara-negarakecil di Eropah telah bersatu 1H1b-Membentuk sebuah negara bangsa yanglebih besar seperti Jerman dan Itali 1H1c-Menyertai kuasa besar Eropah yang lain 1H1d-Berusaha mendapatkan tanah jajahan 1H1e-Kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang 1H1f-Membuktikan kekuasaan masing-masing 1

  • 8/6/2019 Sejarah SPM Kertas Ramalan

    13/13

    13

    H1g-Wujud Imperialisme Baru di Eropah 1F3-Persaingan bagi membentuk lingkunganpengaruh masing-masing 1H3a-Mendapatkan bahan mentah 1H3b-Memasarkan barangan siap 1F4-Kewujudan dua pakatan 1H4a-Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan

    Bertiga 1H4b-Pakatan Kuasa Tengah dibentuk tahun1882 1H4c-Dianggotai negara Jerman, Austria-Hungarydan Itali 1H4d-Turut disertai oleh Turki dan Bulgaria 1H4e-Pakatan Bertiga terdiri daripada Britain,Perancis dan Rusia 1H4f-Dibentuk pada tahun 1907 1H4g-Kemudiannya disertai oleh Itali dan Jepun 1H4h-Persaingan kedua pakatan mengancamperimbangan kuasa dunia 1F5-Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand danisterinya 1H5a-Pewaris takhta Austria-Hungary 1H5b-Dibunuh oleh pengganas Serbia pada 28Jun 1914 1H5c-Austria mengisytiharkan perang terhadapSerbia pada 28 Julai 1914 1H5d-Disokong oleh Jerman 1H5e-Jerman menyerang Perancis melalui negaraberkecuali Belgium 1H5f-Menimbulkan kemarahan Britain 1H5g-Britain yang sememangnya bermusuhandengan Jerman campur tangan dalam

    peperangan 1H5h-Britain meminta bantuan Amerika Syarikat 1H5i-Serangan Jerman terhadap kapal dagangAmerika Syarikat telah melibatkannya dalampeperangan 1

    (Maksimum=8 markah)

    (b) F1-Menamatkan pemerintahan beraja diEropah 1

    F2-Pemeteraian Perjanjian Versailles 1F3-Mengubah peta Eropah 1F4-Membentuk beberapa buah negara baru 1F5-Pembentukan Liga Bangsa 1F6-Negara-negara yang berperang mengalamiinflasi 1F7-Mengalami hutang peperangan yang tinggi 1F8-Perbelanjaan perang yang besar 1

    F9-Berlaku pengangguran 1F10-Pasaran dunia diambil alih oleh AmerikaSyarikat dan Jepun 1F11-Britain kehilangan satu per tiga daripadaperdagangan luarnya 1F12-Kehilangan nyawa yang ramai 1F13-Kemusnahan harta benda 1

    (Maksimum=6 markah)

    (c) F1-Menghormati hak/kedaulatan negara lain 1F2-Tidak menimbulkan isu-isu sensitif negaralain 1

    F3-Mengutamakan perdamaian 1F4-Mengharamkan penggunaan senjata nuklear 1F5-Menentang penggunaan kuasa veto/pembatal 1F6-Menyokong usaha menentang keganasan 1F7-Mengutamakan semangat kejiranan/persahabatan 1F8-Mengutamakan musyawarah/perundingan 1F9-Mengelakkan perlumbaan senjata 1F10-Menjalinkan hubungan baik dengan negaralain 1F11-Menggunakan PBB menyelesaikan

    masalah 1F12-Mengamalkan dasar berkecuali 1F13-Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa 1F14-Tidak mencampuri urusan negara lain 1F15-Meningkatkan kemajuan taraf hidup rakyat 1

    (Maksimum=6 markah)Mana-mana jawapan yang munasabahditerima