Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

8
Kehidupan peribadi Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar , Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin , Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara , seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand . Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah . Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid , telah pun berumur 30 tahun ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Pendidikan Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris . Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid . Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid , abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School . Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin . Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet . Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge . Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United

description

9888080

Transcript of Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Page 1: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali

sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang

kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.

Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah

gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai

daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau

bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni

Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak

adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah

membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan

melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan

Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa

Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk

mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan

bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau

belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk

menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan

belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku

pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya

ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau

menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah

untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge.

Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United

Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan

tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih

diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada

Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England,

tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya

menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England,

Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap

dengantengkolok.

Page 2: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor

Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada

jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan

kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di

Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda

Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama

daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang

di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan

keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-

undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas

sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun

1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun

berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton,

Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai

Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan

Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani

telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk

menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji

Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita

bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah,

ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak

membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri

daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia,

Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al

Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat

dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku

Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya

sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor

Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya

diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal

pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai

Jajahan Kulimtetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah

menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Page 3: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947.

Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih

sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang

berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai

"Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga

berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya

dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah

Tunku layak menjadi peguam.[1]

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak

antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun

berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola

Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-

Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau

dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku

Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi

penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan

rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang

Serai, Singapuraialah Syed Ahmad al Sagoff.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.

Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian

berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh

yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya diEngland,

pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama

dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun,

mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku

juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan

rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama

Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk

bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian

meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa

Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan

kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh

Page 4: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Britain.Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan

Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO

memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku

dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan

Fail:TunkuandDonaldMacGillivray

Tunku bersama Tuanku Abdul Rahman dan Sir Donald MacGillivray semasa Pilihan

Raya Umum 1955.

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk

memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak

berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama

diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO

dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik

sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili

kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding

tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31

Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun

di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk

menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik,

dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai

sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti

Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan

1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada

pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya,

Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan

Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16

September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau

menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan

Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%.

Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan

Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang

radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi

kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di

Page 5: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee

mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di

Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat

demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku

yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala

Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan

Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih

untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak

mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah

yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan

Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang

memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian

digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara

Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.

Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu

mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-

pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara

pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat,

mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22

September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di

tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada

penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu

kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Page 6: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

Dengan pakaian rasmi.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku

mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan

untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru.

Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum

kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran

Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan

daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri

yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian

menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di

dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia

Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Kehidupan kemudian

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah

syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi

pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan

"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan

pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini

menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana

Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO

Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan

UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan

serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen

Page 7: Sejarah Tahun 5 Ainur Balqis

dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu

itu, kesihatannya telah merosot.

Meninggal dunia

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau

Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau

meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke

kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja

Langgar, Alor Star.