Sejarah Tanah Melayu

27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. NAMA : SIVANESAN A/L MUNIANDY NO. IC : 940918-08- 6275 KUMPULAN/ UNIT : F2C (SEJARAH) SUBJEK : SEJARAH KURSUS : PPISMP

description

salah satu tugasan tentang sejarah tanah melayu

Transcript of Sejarah Tanah Melayu

Page 1: Sejarah Tanah Melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

NAMA : SIVANESAN A/L MUNIANDY

NO. IC : 940918-08- 6275

KUMPULAN/ UNIT : F2C (SEJARAH)

SUBJEK : SEJARAH

KURSUS : PPISMP

NAMA PENSYARAH : BASKARAN A/L SUBRAMANIAM

TARIKH HANTAR : 3/2/2013

Page 2: Sejarah Tanah Melayu

BIL

PERKARA MUKA SURAT

1 SOALAN

2 PENGHARGAAN

3 PENGENALAN

4 ESEI

5 KESIMPULAN

6 REFLEKSI

7 BIBILIOGRAFI

8 RUJUKAN

9 LAMPIRAN

Page 3: Sejarah Tanah Melayu
Page 4: Sejarah Tanah Melayu

PENGHARGAAN

Saya sivanesan a/l muniandy memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada

pensyarah sejarah saya iaitu Tuan Baskaran a/l Subramaniam dengan tunjuk ajar beliau

yang ikhlas itulah yang membolehkan saya menghabiskan kerja kursus ini dengan

jayanya.Selain itu,beliau juga amat berdedikasi dalam mengajar kami.Beliau sanggup

mengorbankan masa beliau semata-mata untuk memberikan ilmu kepada kami dan

menjadikan kami seseorang insan yang berguna kepada Negara dan keluarga kami.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang turut

membantu saya dalam mengabiskan kerja kursus ini dengan sempurna.Mereka juga

sanggup memberikan tunjuk ajar yang baik agar saya dapat menyiapkan tugas ini dengan

baik sekali.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk terima kasih kepada tuhan kerana-Nya saya

berada disini dengan tubuh badan yang sihat dan penuh bertenaga.Saya berharap agar-Nya

sentiasa merahmati kita semua.

Page 5: Sejarah Tanah Melayu
Page 6: Sejarah Tanah Melayu

REFLEKSI

Terima kasih kepada Tuhan,kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan

tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.Saya

memilih tajuk “Para sejarawan telah menggariskan ekonomi merupakan faktor utama

penjajahan British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak. Nilaikan faktor-faktor lain yang

mendorong kedatangan British ke rantau ini "

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek pendidikan sejarah,saya agak

keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa bimbang dan tercabar untuk menyiapkan

tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang pendidikan sejarah amatlah

sedikit.Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk

cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan

melalui internet. Sewaktu permulaan proses saya berasa amat letih kerana terpaksa berjaga

pada waktu malam semata-mata hendak mengumpul nota dan sumber-sumber yang

dikhendaki dalam menyiapkan kerja kursus ini Selain itu, saya selalu meminta tunjuk ajar

daripada pensyarah saya, En.Baskaran A/L Subramaniam semasa membuat tugasan ini.

Seterusnya, saya juga menghadapi masalah lain seperti kesukaran untuk memahami

ayat-ayat dalam buku sejarah dan masa yang untuk menyiapkan tugasan adalah sangat

terhad. Tambahan lagi, saya juga telah jatuh sakit semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Namun saya berusaha menyiapkan kerja kursus saya walaupun sangat letih. Saya juga

menghadapi kesukaran dalam pencarian sumber kerana sukar mencari nota yang berkaitan

dengan kerja kursus saya. Selain itu, saya juga berasa amat sukar dalam menyiapkan kerja

kursus saya kerana terdapat juga kerja kursus yang lain. Walaupun begitu,dengan bantuan

pensyarah dan rakan-rakan,saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaik

mungkin.Semoga ilmu yang perolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang

berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.

Akhir kata,segala yang baik buruk itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu dari

kelemahan saya sendiri.Sekian terima kasih.

Page 7: Sejarah Tanah Melayu

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdullah .(2000). Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara:

Sebelum Dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

D.J.M. Tate, (1980), Sejarah Pembentukan Asia Tenggara (Jilid Kedua)

Perubahan Ekonomi Dan Sosial. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Kassim Thukim, (2002), Malaysia, Perspektif Sejarah Dan Politik. Johor

Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

Liz Yip Shukye & Jais Bin Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia

Sehingga Awal Abad Ke-20 Bandar Puchong: Perpustakaan

Negara Malaysia

Winstedt, R.O. (1982). A History Of Malaya. Kula Lumpur : Marican &

Sons Sdn. Bhd

RUJUKAN

Http://Www.Amazon.Com/Sejarah-Malaysia-Campur-British Kelantan

diperolehi pada tarikh 24/1/2013

Http://Www.Scribd.Com/Punca-Dan-Faktor-Penjajahan-Di-Tanah-Melayu

diperolehi pada tarikh 23/1/013

Http://Www.Scribd.Com/Campur-Tangan-British-Di-Tanah-Melayu diperolehi

pada tarikh 25/1/2013

Http://Www.Wikipedia.Org/Wiki/Campur_Tangan_British_Di_Tanah_Melayu

diperolehi pada tarikh 26/1/2013

Http://Www.Wikipedia.org/ kedatangan penjajahan Barat di Tanah Melayu

diperolehi pada tarikh 28/1/2013

Page 8: Sejarah Tanah Melayu

PENGENALAN

Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada masa

itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu usaha untuk

mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan. Beberapa perkembangan yang berlaku,

khususnya selepas tahun 1833 telah memaksa British supaya mengkaji semula dasar tidak

campur tangannya di negeri-negeri Melayu. Pada peringkat awal penerokaannya ke dunia

luar,terutamanya di Negara-negara sebelah timur, British inginkan pasaran an pusat-pusat

perniagaan sahaja.Walaupun begitu, selepas Revolusi Perusahaan meletus di Eropah,

keperluan Britain berubah kepada bahan-bahan mentah. Bekalan bahan-bahan mentah

yang banyak dan berterusan hanya terjamin jika pihak British mempunyai tanah jajahan

yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan itu. Secara kebetulan,negeri-negeri Melayu

kaya dengan bahan-bahan mentah dan dapat memenuhi keperluan tersebut.

Selain itu, mereka juga ingin mendapatkan tanah jajahan bagi meningkatkan kepentingan

ekonomi dan politik mereka. Mereka mula bergaduh sesame sendiri untuk mendapatkan

tanah jajahan masing-masing terutamanya negara-negara di Asia Tenggara. Ini telah

membawa kepada dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu mendapatkan kawasan atau

wilayah dengan peperangan. Antara kuasa-kuasa barat yang terlibat ialah British, Perancis,

Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman. Pihak British menggunakan slogan

“beban orang putih bagi mendapatkan tanah jajahan mereka. Mereka mendakwa bahawa

mereka lebih maju dan bertamadun daripada negara lain dan merupakan tanggungjawab

mereka untuk mentamadunkan negara-negara timur. British menggunakan beberapa teknik

ataupun cara untuk mendapatkan tanah jajahan iaitu dengan peperangan, perjanjian dan

juga dengan melalui pengilhakan. Beberapa faktor-faktor yang timbul di tanah melayu telah

mengundang kedatangan British ke tanah melayu. Antaranya ialah faktor ekonomi, agama

dan juga ketidakstabilan politik. Semua fakta-fakta ini telah disenaraikan dengan sebaik-

baiknya oleh Ahmad Jelama Halimi,(2008) dalam bukunya yang berjudul “Sejarah

Tamadun Bangsa Melayu”.

Page 9: Sejarah Tanah Melayu

SOALAN 3 :

Para sejarawan telah menggariskan ekonomi merupakan faktor utama penjajahan British di

Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.

Nilaikan faktor-faktor lain yang mendorong kedatangan British ke rantau ini.

Faktor-faktor lain yang mendorong kedatangan British ke Tanah Melayu ialah

kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa barat yang lain ke Tanah Melayu. Mulai

tahun 1870 keadaan politik antarabangsa telah berubah. Pada zaman inilah berlaku

imperialisme Barat yang telah memperlihatkan banyak kuasa-kuasa Barat seperti British,

Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berebut antara satu sama lain untuk

menguasai dan mendapatkan tanah jajahan demi kepentingan ekonomi negara masing-

masing. Antara kuasa-kuasa barat ini, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas

penyatuannya pada tahun 1871,Jerman melancarkan dasar agresif yang mengancam

kedudukan British. Selain itu, Belanda dan Perancis juga membimbangkan British kerana

pihak Belanda dan Perancis menggunakan slogan “beban orang putih” untuk mendapatkan

tanah jajahan mereka. Mereka juga selalu mendakwa bahawa mereka lebih maju dan

bertamadun daripada negara-negara lain dan telah menjadi tanggungjawab mereka untuk

memimpin orang timur ke arah kehidupan yang lebih sejahratera dan selesa. Perancis pula

menggunakan slogan “tugas menyebarkan tamadun” yang bermaksud orang Perancis

bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang timur. Golongan pemodal menggunakan

alasan kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain untuk menguatkan lagi

tuntutan mereka supaya kerajaan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Jika British

tidak bertindak,mungkin kuasa-kuasa Barat lain akan dijemput. Oleh itu,Pihak British

bercadang terlebih dahulu campur tangan di tanah melayu.

Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong kedatangan British ke rantau ini

ialah perubahan politik dan dasar di Britain. Selepas kerajaan Konservatif di bawah

pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Disraeli meletakkan jawatan pada tahun 1868, puak

Liberal di bawah William Gladstone bersifat anti-imperialis. Kerajaan pimpinan beliau

dikalahkan paa tahun 1874 dan diganti oleh Benjamin Disraeli. Akibat perubahan politik

yang berlaku, Britain mula menimbangankan semula dasarnya terhadap negeri-negeri

Melayu. Lord Kimberley, Setiausaha di Pejabat Tanah Jajahan yang baru mempunyai

pandangan yang berbeza daripads William Gladstone.Perubahan sikap para pegawai di

Pejabat Tanah Jajahan di London jelas kelihatan daripada arahan yang dikeluarkan oleh

Lord Kimberley kepada Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-negeri selat yang baru.Keadaan

Page 10: Sejarah Tanah Melayu

mendesak ini mendorong pihak British menjajah Tanah Melayu. faktor perhubungan dan

teknologi juga salah satu faktor menyebabkan kedatangan Brtish ke tanah melayu. Ini

kerana perkembangan bidang teknologi dan perhubungan di negara-negara Eropah seperti

Terusan Suez dan kapal wap serta pembinaan landasan kereta api. Perkembangan ini telah

memudahkan kuasa-kuasa barat seperti Perancis dan British bertambah kuat. Perkara ini

juga yang mendorong mereka untuk datang ke tanah melayu dan membawa hasil bumi kita

ke negara mereka. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menyebabkan jarak

antara perjalanan dari England ke Tanah Melayu dapat dipendekkan dan masa perjalanan

dikurangkan. Demikian itu, kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan perdagangan

antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan. Kerja-kerja pembinaan terusan telah

dimulakan pada April 1859. Dianggarkan sejumlah 1.5 juta orang buruh terbabit dengan kira-

kira 30,000 orang dikerah bekerja untuk satu-satu masa. Penggunaan buruh paksa dari

kalangan rakyat Mesir ketika itu telah menimbulkan kontroversi yang hangat. Setelah projek

tersebut siap dan dibuka bagi laluan kapal pada November 1879, kosnya telah meningkat

sekali ganda berbanding anggaran awal.

Keadaan semasa pembukaan terusan suez

Perkembangan perhubungan laut khusunya penciptaan kapal berkuasa wap mendorong

dan mempercepatkan penjajahan British di Tanah Melayu. Ini kerana,kapal wap dapat

mempercepatkan perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak. Selain itu, kapal

wap juga boleh mempercepatkan perjalanan.Tambahan lagi, penciptaan alat telegraf juga

telah mempercepatkan lagi urusan perniagaan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat

menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat dan selamat. Maklumat-

maklumat lebih mudah disebarkan walaupun pada jarak yang jauh. Alat telegraf telah

Page 11: Sejarah Tanah Melayu

menjadi satu alat yang sangat penting pada masa itu kerana para pedagang menggunakan

untuk membantu mereka mendapatkan maklumat dari ejen-ejen mereka yang berjauhan.

Gambaran kapal wap

Dalam hah ini,faktor keselamatan Negeri-negeri Selat juga merupakan salah satu faktor

penjajahan British. Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri

Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-

pelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah

Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-

1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara

pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan

tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat. Kennedy pada bukunya “History of Malaya”

menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri Selat yang terjejas akibat kekacauan-

kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British

campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam

bukunya “Nineteen Century Malaya”.Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord

Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat

menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas.

Seterusnya, faktor agama. Winstedt, R.O.(1982), “A History Of Malaya” juga

mengatakan bahawa “keinginan penyebaran agama Kristian telah mendorong kedatangan

kuasa-kuasa barat ke tanah melayu kerana pada masa itu, rakyat di tanah melayu

mengamalkan agama Islam dan animisme”. Pihak British ingin menyebarkan agama Kristian

ke seluruh tanah melayu dan di kalangan peduduk Asia. Ini kerana asalnya pada awal abad

Page 12: Sejarah Tanah Melayu

ke-19 dan ke-20 tanah melayu mengamalkan agama Islam kerana pada masa itu terdapat

banyak pedagang-pedagang yang datang dari negara Arab yang datang berdagang sambil

menyebarkan agama Islam ke suluruh negara Asia. Orang-orang Barat bersungguh-

sungguh untuk menguasai sebanyak tanah jajahan yang boleh dan menyebarkan agama

Kristian. Ini kerana mereka mengamalkan konsep 3G “Gospel,Gold dan Glory”

(menyebarkan agama Kristian, menguasai tanah jajahan dan memperolehi kekayaan).

Faktor kemanusiaan juga boleh dikatakan sebagai faktor penjajahan British di Tanah

Melayu. Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri

Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Beliau menganggap

tanggungjawab orang-orang putih ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan

peraturan serta keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Walau

bagaimanapun, faktor ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan

politik. Malah terdapat ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja

ditonjolkan dengan tujuan untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu

sebab ekonomi dan politik

Keadaan huru- hara di Tanah Melayu juga merupakan salah satu faktor campur tangan

British di Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu pada ketika itu berada dalam keadaan huru-

hara. Raja-raja Melayu tidak berkuasa penuh ke atas para pembesar masing-masing

sehinggakan mereka ini lebih berkuasa dan pengaruh daripada Raja. Mereka mengenakan

cukai yang tinggi. Keadaan ini telah menimbulkan keadaan huru-hara akibat rebutan kuasa

daripada kalangan pembesar Melayu, di samping pergaduhan antara kongsi gelap dan

kegiatan lanun yang berleluasa di Selat Melaka. Keadaan huru-hara juga disebabkan

peperangan saudara yang berlaku di negeri-negeri Melayu seperti di Perak,Pahang, dan

Selangor. Perkembangkan ini mendorong pemodal-pemodal British yang banyak melabur

modal dinegeri-negeri itu mendesak supaya kerajaan British untuk campur tangan bagi

memulihkan keamanan supaya kegiatan perniagaan mereka tidak terganggu.Keputusan

pihak British untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu bukanlah bertujuan untuk

mengembalikan keamanan. Sebaliknya,bagi memastikan kepentingan ekonomi mereka

tidak terancam, akibat keadaan huru-hara yang berlaku.Antara negeri-negeri Melayu yang

campur tangan oleh British ialah Perak, Pahang ,Negeri Sembilan dan Selangor.

Page 13: Sejarah Tanah Melayu

Campur tangan British di Perak

Antara negeri-negeri Melayu Perak merupakan negeri pertama yang melibatkan campur

tangan British di Tanah Melayu. Ini berlaku kerana perak menjadi tempat pergaduhan

Kongsi-kongsi Gelap Cina,khususnya di Larut. Pekerja-pekerja lombong cina yang

dating ke perak kebanyakannya terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. Mereka menjadi

anggota kepada dua buah kumpulan kongsi gelap yang bermusuhan iaitu Ghee Hind dan

Hai San.Walaupun kedua buah kumpulan ini tinggal dalam dua kawasan penempatan yang

berasingan, pembahagian sempadan kawasan masing –masing tidak mutlak. Ada antaranya

orang Ghee Hin yang tinggal di kawasan Hai San dan begitu juga di sebaliknya.Disebabkan

ketiadaan pembahagian kawasan secara mutlak, kedua buah kumpulan kongsi gelap

sentiasa bersaing untuk mendapatkan kawasan bijih timah yang terbaik. Keadaan ini

menimbulkan perselisihan faham dan membawa kepada permusuhan yang mengakibatkan

meletusnya perang Larut pada tahun 1861. Perang ini berlarutan sehingga tahun

1874.Dalam Perang Larut Pertama (1861), puak Ghee Hin telah ditewaskan.Mereka dihalau

dari Larut dan lari ke Puala Pinang. Ketua puak Ghee Hin di Puala Pinang mengadu kepada

kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan meminta ganti rugi bagi pihak orang Ghee Hin

yang terlibat dalam pertikaian tersebut.

Selain itu, Masalah Perebutan takhta kerajaan dan perjanjian Pangkor juga menjadi

punca menjadi punca penjajahan British di Tanah Melayu khususnya Perak. Keadaan di

perak menjadi semakin tegang kerana berlakunya perebutan takhta oleh kerabat diraja

setelah kemangkatan Sultan Ali.Perebutan takhta ini berpunca daripada sistem pewarisan

takhta yang tidak dipatuhi sepenuhnya.Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai

sultan namun pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof. Penentangan ini

berlaku kerana Raja Abdullah(Raja Muda) idak ditabalkan sebagai sultan manakala Raja

Yusof diketepian kerana tidak disukai oleh pembesar Perak. Disebabkan ini, Raja Abdullah

meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan.Ini secara tidak langsung

melibatkan penjajahan British di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor juga menyebabkan

penjajahan British di Tanah Melayu. Andrew Clarke telah mengadakan rundingan dengan

pmbesar-pembesar Melayu serta pemimpin-pemimpin kongsi gelap cina di Pulau Pangkor

untuk menamatkan kekacauan di Perak.Hasilnya Perjanjian Pangkor telah mentandatangani

pada 20 januari 1874 di atas kapal H.B.S, Pluto. Perjanjian Pangkor member peluang

kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran di Perak.

Page 14: Sejarah Tanah Melayu

Campur tangan British di Selangor

Di Selangor pula,British melakukan penjajahan disebabkan Perang Saudara(1866-1873).

Sultan Abdul Samad berkuasa di dearah Langat telah ditabalkan menjadi Sultan Selangor

pada tahun 1857. Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah berada di bawah kuasaan

Raja Sulaiman. Namun setelah Raja Sulaiman mangkat, dearah Klang diserahkan kepada

Raja Abdullah. Penyeraan kuasa tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi

iaitu putera Raja Sulaiman. Raja Abdullah Berjaya memajukan kawasan perlombongan bijih

timah dengan membawa masuk buruh-buruh cina. Kekayaan di dearah Klang ini telah

menjadi rebutan antara pembesar tempatan sehingga mencetuskan Perang Saudara yang

dikenali sebagai Perang Klang. Perang Klang melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah.

Raja Mahadi berusaha untuk mendapatkan daerah Klang daripada Raja Abdullah. Perang

Saudara ini turut melibatkan pelombong-pelombong cina terlibat dalam kongsi gelap cina.

Disebabkan ini perdagangan dan perlombongan bijih timah turut terjejas. Sultan Abdul

Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan perang tetapi pelantikan itu tidak

dipersetujuhi oleh pembesar tempatan termasuk Raja Mahadi. Raja Mahadi menetang

pelantikan tersebut kerana Tengku Kudin bukan anak negeri Selangor. Tengku Kudin pula

telah meminta bantua British untuk menamatkan Perang Saudara yang berlaku di Selangor.

Selepas tamatnya Perang Kelang,kegiatan lanun-lanun di pantai Selangor tetap

meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberikan kesempatan kepada

Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Selangor untuk bertindak di

Selangor. Pada tahun 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-

putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka yang

berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan

rakyat British dibunuh.Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong

Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9

orang melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. Sir Andrew Clarke

memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan

pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.

Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos

1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah

memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham

tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi british. Dalam pada itu Sultan

Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan

meminta supaya Britsh melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan

Okteber 1874, J.G Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai

Page 15: Sejarah Tanah Melayu

penolong Residen. Akuan penerimaan Penasihat British ini telah dinyatakan oleh Sultan

Abdul Samad dalam suratnya yang bertarikh 1 Oktober 1874 kepada Gabenor Andrew

Clarke.

Campur tangan di Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan British campur tangan kerana pertelingkan antara pembesar di

Sungai Ujong. Daerah Sungai Ujong di Negeri Sembilan merupakan kawasan kaya dengan

hasil bijih timah. Persengketaan di Sungai Ujong tercetus antara Dato' Kelana Syed Abdul

Rahman dan Dato' Bandar Kulop Tunggal yang bersaing untuk menegakkan kekuasaan

dearah tersebut. Mereka merebut untuk menguasai Sungai Linggi yang mendatangkan

pendapatan yang lumuyan hasil daripada pungutan cukai.Dato' Kelana merasakan

kedudukanya tergugat kerana Dato' Bandar mendapat sokongan yang kuat daripada

pembesar tempatan dan pelombong-pelombong cina. Untuk mengukuhkan kedudukanya,

Dato' Kelana telah mendapat bantuan British dengan menandatangani perjanjian pada

tahun 1874. Kesan dari perjanjian ini Dato' Kelana diktiraf sebagai pemerintahan di dearah

Sungai Ujong dan British berkuasa untuk memungut cukai di kawasan Sungai Linggi serta

P.J.Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di Dearah Suangai Ujong.

Di samping itu,penyatuan Negeri Sembilan pada tahun(1898) juga membolehkan pihak

British melakukan penjajahan di Negeri Sembilan. Selepas kemangkatan Yamtuan Antah

pada tahun 1888, berlaku satu rebutan kuasa untuk merebut jawatan Yamtuan Seri

Menanti.Adik Al-Marhum Yamtuan Antah, Tengku Muda Chik menuntut jawatan itu.Beliau

membawa tuntutan itu kepada Martin Lister pada ketika itu menjadi Superintenden British di

Negeri Sembilan. Martin Lister kemudiannya merundingkan perkara itu dengan seseorang

pembesar yang berpengaruh di Negeri Sembilan ketika itu ,Dato' Siamang Gagap(nama

sebenarnya kahar). Dato' Siamang Gagap menyataan bahawa beliau tidak bersetuju jika

Tengku Muda Chik dilantik menjadi Yamtuan yang baharu.Menurut beliau, ayahanda

Tengku Muda Chik, iaitu Al-Marhum Yamtuan Radin telah menetapkan bahawa anaknya

harus menjadi Yamtuan Muda Jelebu dan tidak berhak untuk menuntut jawatan Yamtuan

Seri Menanti. Pada tahun 1888 juga,enam orang pembesar di Negeri Sembilan yang

mewakili daerah Johol, Ulu Muar, Jempol,Terachi,Gunung Pasir, dan Inas bersetuju untuk

melantik putera sulung Al-Marhum Yamtuan Seri Menanti Ketujuh. Pelantikan baginda

diumumkan oleh Martin Lister melalui surat perisytiharan yang ditandatangani oleh Sir Cecil

Clementi,Gabenor Negeri-negeri Selat pada bulan Jun 1888. Pada bulan Mac 1889,Tengku

Muhammad selaku Yamtuan Seri Menanti bersama-sama dengan Udang Luak Sungai

Page 16: Sejarah Tanah Melayu

Ujong,Jelebu,Rembau dan Tengku Besar Tampin membuat satu perjanjian dengan Gabenor

British di Singapura. Melalui perjanjian itu, semua luak atau daerah yang berada di Negeri

Sembilan bersetuju bersatu menjadi sebuah negeri yang dikenali sebagai 'Negeri

Sembilan'.Kedudukan Yamtuan sebagai kuasa tertinggi diakui oleh semua pembesar. Pada

bulan April 1889, Tengku Muhammad dilantik menjadi Yamtuan bagi seluruh Negeri

Sembilan.Baginda dan semua Undang Luak bersetuju menerima seorang Residen British di

Negeri Sembilan secara rasmi.Sejak itu,bermulalah campur British secara langsung di

Negeri Sembilan.

Campur Tangan British Di Pahang

Faktor penjajahan British di Tanah Melayu Khususnya di Pahang disebabkan

pembunuhan warganegara British keturunan cina. Pada bulan Februari 1888,seseorang

rakyat British keturunan cina ditemuai mati berhampiran istana Sultan Pahang.Peristiwa

pembunuhan rakyat British dijadikan alasan untuk mendesak Sultan Pahang menerima

penjajahan British sepenuhnya di Pahang.Gabenor Smith, W.A.Pickerig da Frank

Swettenham(Residen Selangor) pergi memenuhi Sultan Ahmad di Pekan pada bulan Jun

1888 untuk menuntut supaya taraf wakil British di Pahang dinaikan dari pegawai konsul ke

Residen. Nasihat Residen British mesti diminta dan dilaksanakan dalam semua hal kecuali

bekaitan dengan agama islam dan adat istiadat Melayu.Sultan Pahang berkeras tidak

menerima Residen British. Walaupun, Pejabat Tanah Jajahan di London memberi

kebenaran untuk menggunakan kerasan atas Sultan Pahang, tetapi Gabenor Smith

berusaha untuk menyelasaikan secara aman. Beliau mendapat bantuan daripada Sultan

Abu Bakar untuk memujuk Sultan Pahang. Selepas menerima nasihat dari Sultan

Johor ,Baginda memutuskan untuk menerima Residen. Sejak itu, bermulalah campur tangan

British secara langsung dalam pemerintahan Pahang.

Faktor Penjajahan British Di Sarawak

British mula berminat terhadap Borneo sejak tahun 1760-an lagi,tetapi selepas gagal

menduduki Balambangan, British membatalkan hasrat itu. Walau bagaimanapun, campur

tangan secara tidak rasmi yang dipelopori oleh pihak persendirian , akhirnya membuka

jalan kepada penjajahan British di wilayah itu. Orang yang bertangungjawab dalam usaha itu

ialah seorang pengembara British yang bernama James Brooke, anak seorang hakim

mahkamah Tinggi di Benares,India.Selepas kematian ayahnya, Brooke yang mewarisi harta

pusaka yang banyak, telah membeli sebuah kapal besar “The Royalist”. Beliau memulakan

pelayaran ke Hindia timur untuk penerokaan dan pengembaraan. Semasa tiba di Singpura

Page 17: Sejarah Tanah Melayu

pada tahun 1839, Brooke diminta oleh Gabenor Negeri-negeri Selat,S.G.Bonham untuk

pergi ke Kuching bagi menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak keajaan British

kepada pangeran Muda Hashim,iaitu pangeran Bendahara Brunei kerana beliau

menyelamatkan pelaut-pelaut British yang karam tidak berapa jauh dari laut pantai

Kuching.Brooke tiba di Sarawak pada bulan Ogos 1839 dan mendapati negeri itu berada

dalam kekacauan,akibat pemberontakan dan kegiatan lanun. Oleh itu, Raja Pengeran Muda

Hashim telah meminta James Brooke untuk selasaikan segala kekacauan di Negeri

Sarawak. Setelah Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Sarawak,

brooke telah dilantik menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh Pangeran

Muda Hashim dan seterusnya pada tahun 1842 Brooke telah menerima surat pelantikan

daripada Sultan Brunei sebagi Raja Sarawak. Brooke telah menjalankan pemerintahan

dinasti di Sarawak, iaitu kuasanya akan diganti oleh keturunannya bagi meneruskan

pemerintahan di Sarawak.

Raja Putih Sarawak telah meningkat sIstem pentadbirannya dengan pentadbiran yang lebih

lengkap dan sistemetik. Brooke telah berusaha memajukan kegiatan perdangan di Sarawak,

hal ini telah menyebabkan British berpandangan bahawa Brooke telah jalan perdangangan

kepada para pedagang British untuk menguasai jalan perdagangan ke benua China. Bagi

melancarkan aktiviti perdangangan, Brooke telah berusaha menghapuskan lanun, hal ini

telah menyebabkan Brooke terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Laut Diraja

British. Angkatan laut ini juga telah membantu Brooke meluaskan kekuasaannya di

Sarawak.Pada masa yang sama Brooke juga meluaskan wilayahnya dengan mengambil

secara paksa atau membelinya daripada kesultanan Brunei. Pada tahun 1853 Brooke telah

diangkat menjadi Gebenor British yang pertama di Pulau Labuan serta telah bertindak

sebagai wakil British ke Brunei. Pemerintahan Brooke di Sarawak sangat memerlukan

pengaruh inggeris kerana bimbang akan kuasa–kuasa eropah lain yang sedang giat

memperluaskan kuasa mereka di sekitar Malaysia. Bagi mengurangkan kebimbangan itu,

British telah mengiktirafkan dengan rasminya kemerdekaan Sarawak bari Brunei pada tahun

1863 dan menghantar seorang pegawai konsul ke Sarawak. Pertalian antara Sarawak

dengan British ini telah memperkuatkan lagi hubungan diantara laut Borneo dan

Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa yang sama British telah mengarahkan agar

Brooke mengubah corak pemerintahannya supaya berkiblatkan Britain.Sehingga Raja

Sarawak yang kedua pernah mengatakan bahawa dimana bendera Sarawak di naikkan, di

situ kepentingan inggeris akan dijungjung, ini menunjukkan bahawa British telah

berpengaruh di Sarawak.

Page 18: Sejarah Tanah Melayu

Faktor Penjajahan British Di Sabah

Sebelum campur tangan British, sabah berada dibawah kesultanan Brunei. Namun begitu

sultan Brunei tidak berminat untuk membangunkan Sabah dan telah memajakkannya

kepada beberapa pelabur asing sehingga ia telah dipajak oleh Alfred Dent yang telah

menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya

di Sabah Dent telah berusaha agar kedudukannya di Sabah diiktirafkan oleh British. Dent

dan rakan-rakannya di London telah berusaha untuk mempengaruhi kerajaan British dengan

menyatakan bahawa ini merupakan puluang yang baik untuk British memperluaskan

kuasanya di Malaysia. Malah ini juga merupakan peluang British untuk mengembangkan

kegiatan perdangannya. Pada tahun 1880 setiausaha rendah pejabat luar negeri, Sir Julian

Pauncefote membuat perakuan yang kerajaan British boleh memberi Piagam Diraja kepada

syarikat tersebut. Kemudian pada tahun 1881 Dent dan rakan-rakannya membuat rayuan

kepada ratu bagi mendapatkan Piagam Diraja. Hal ini sekali gus telah menyebabkan

Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah mendapat pengiktirafan British secara rasmi sebagai

wakil British di Sabah. Dengan ini, british telah berkuasa keatas Syarikat Berpiagam Borneo

Utara. British telah membenarkan syarikat ini meluaskan kawasannya, namun British telah

menetapakan bahawa syarikat tidak dibenarkan memindah milik kepada pihak lain tanpa

kebenaran kerajaan British. Syarikat juga menjalankan pentadbirannya berasaskan

ketetapan yang telah ditetukan oleh kerajaan British.Gabenor Borneo Utara pertama telah

dilantik pada tahun 1881 iaitu William Hood, beliau telah meniru pentadbiran British di

Semenanjung Tanah Melayu dengan memulakan pembetukan jentera karajaan pusat

secara berperingkat-peringkat. Hal ini telah menunjukkan bahawa British sangat

berpengaruh dalam pentadbiran di Sabah.

Page 19: Sejarah Tanah Melayu

RUMUSAN

Berdasarkan pembincangan di atas,bolehlah kita membuat beberapa rumusan berkenaan

apa yang kita kenali sebagai penjajahan. Di segi istilahnya secara umum dapatlah kita

rumuskan bahawa gerakan penjajahan itu sebagai kolonialisme atau imperialisme. Biarpun

begitu, apabila dibincangkan secara khusus kedua-dua istilah kolonialisme dan imperialisme

pada hakikatnya adalah berlainan dari sudut dasar, perlakuan atau aktiviti penjajahan.

Di sudut kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor agama (god), kemegahan

(glory), dan keuntungan atau kekayaan (gold). Imperialisme pula jelas memperlihatkan

aktiviti-aktiviti yang menggambarkan kesinambungan sifat-sifat kolonialisme seperti

kemegahan, kemudiannya dilanjutkan oleh faham nasionalisme yang membawa aktiviti

etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri. Dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa

gerakan penjajahan terutamanya dari barat yang dilaksanakan British di negara ini adalah

merupakan gabungan kedua-kedua dasar yang kita bincangkan itu. Apa yang jelas

ditonjolkan oleh kedua-dua dasar tersebut ke atas negara ini ialah bagaimana ianya telah

mengubah wajah kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi aspek sosial, ekonomi,

atau politik. Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan vernakular, pemecahan ekonomi

mengikut kaum, sistem residen dan dasar pemerintahan berpusat telah mengakibatkan cara

hidup tradisi yang telah dibincang dalam bab sebelum ini terhimpit dan tidak dihiraukan oleh

penjajah British.

Sebuah masyarakat yang tunggal iaitu masyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan

ekonomi tradisi, sara diri juga sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja dan

pembesar dan telah berjaya mengharungi kehidupan ratusan tahun akhirnya hilang sedikit

demi sedikit. Akhirnya satu masyarakat baru muncul iaitu masyarakat majmuk yang terdiri

daripada berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi moden yang mementingkan

keuntungan dan mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang menggantikan kuasa raja

dan pembesar-pembesar. Berdasarkan semua fakta-fakta tersebut, jelas gabungan dasar-

dasar kolonialisme dan imperialisme yang diamalkan British dalam gerakan penjajahannya

di negara ini akhirnya telah mewujudkan Tanah Melayu sebagai negara baru dengan rakyat

dan sistem kehidupan yang baru.

Page 20: Sejarah Tanah Melayu