Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Click here to load reader
Transcript of Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Bab 4 : Pembinaan Negara Dan bangsa Malaysia
1.a. Apakah kepentingan Malayan Union kepada Kerajaan British?
1. Malayan Union Melayu sebagai persediaan kpd T.Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
2. Melahirkan pentadbiran yang licin
3. Menjimatkan kos pentadbiran
Ia telah menyatukan pentadbiran 3 unit pentadbiran iaitu NNS, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
( NNMB )dan Negeri-Negeri Melayu tidak Bersekutu ( NNMTB )
4. Sistem pentadbiran yang pelbagaian
menelan kos yg besar
menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang
5. British berhasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan imigran dapat
melupakan negara asal mereka
menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
utk memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi T.M tdk terbantut.
seterusnya British dapat terus menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu
6. Mengurangkan / mengawal kuasa politik orang Melayu.
b. Huraikan sebab-sebab kumpulan orang Melayu radikal dan orang dagang bersuara menerima pembentukan Malayan Union
1. Meyetuju Dasar Penyatuan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik utk melicinkan pentabdiran
2. Dasar sama rata yang terdapat di dalam Malayan Union
menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
3. Kerakyatan terbuka
membolehkan mereka mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
4. Mempercayai janji British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
5. Malayan Union telah mendapat sokongan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM )kerana
pemerintahannya bersifat Barat
menghapuskan sistem feudal Melayu
tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.
Konsep repulik sprti Indonesia dpt dijlnkan
Konsep Melayu Raya akan dapat dilaksanakan
6. PKMM menyokong Malayan Union kerana penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union
Ini akan memudahkan pentadbiran hal-ehwal Islam.
7. Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union kerana British merupakan kuasa besar dan mempunyai
kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu
8. Konsep Melayan Union juga disokong oleh
Angkatan Pemuda Insaf ( API ) [ pimpinan Ahmad Boestamam ]
Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )
Barisan Tani Melaya ( BATAS )
c. Apakah sebenarnya perkembangan yang akan dilihat jikalau rancangan pembentukan Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu.
1. Di bawah Malayan Union ini kuasa Raja-raja Melayu telah terhakis.
Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa dalam pentadbiran
dan hanya dapat membincangkan saol agama Islam
Mereka kehilangan takhta dan kreadibiliti sbg ketua org Melayu
Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
2. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang yang datang ke Tanah Melayu.
Dasar terbuka ini telah mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
Jumlah orang Melayu akan menjadi semakin kecil dengan kemasukan orang dagang .
Keadaan ekonomi dan juga pendidikan org Melayu akan bertambah mundur
3. Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu. 4. Bagi org Melayu,pengenalan M.U akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan Melayu.
2.a. Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union ?
i. Cara Sir Harold MacMichael mengugut rj-rj Melayu bhw akan diturunkan takhta jika tdk menerima M.U.
Sultan Badlishah, Kedah.
ii. Sultan juga tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan Perak.
iii. Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British
Sultan Selangor dan Sultan Johor.
b. Jelaskan bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan union
1. Bantahan disuarakan melalui akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
2. Demontrasi secara damai diadakan semasa Sir Herold MacMichael mendptkan tandatangan Raja-Raja
Melayu di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
3. Beberapa Persatuan Melayu telah dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union
Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
4. 23 Jan 1946, Dato Onn bin Jaafar menyeru orang Melayu untuk berkongres dan menubuhkan United Malays
Organization (U.M.O ) sbg benteng menentang M.U
5. Pada 1 - 4 Mac 1946, Kongres Melayu I tlh diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, K.L.
dihadir oleh 41 buah persatuan dr seluruh Semenanjung T.M
Dalam persidangan tersebut kongres telah bersetuju menubuhkan United Malays National Organization
( UMNO ) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu utk menentang Malayan Union
6. Rapat umum diadakan di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kpd ahli-ahli Parlimen
British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese William.
7. Pada 28 April 1946, raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka
kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
3.a. Terangkan faktor-faktor penubuhan Persekutuan tanah Melayu 1948
1. Ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union di bawah pimpinan Dato, Onn bin Jaafar
2. Perpaduan dlm kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja & rakyat telah mengatasi pihak-
pihak yang menyokong Malayan Union.
3. Keupayaan org Melayu utk memujuk & mendesak British bagi menghidupkan semula dasar perlindungan.
4. Sokongan bebas pegawai British yang pernah berkhidmat di T. M sebelum Perang Dunia Ke-2
spt Sir Frank Swettenham, Sir R.O. Winstedt, Sir George Maxwell & Sir Cecil Clemanti.
Mereka menolak dasar menakluk T.M
5. Sokongan drpd pegawai tinggi British
Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent & L.D Gammans
Membantu org tempatan menggantikan M.U. dgn Persekutuan Tanah Melayu
Org Melayu menggangap belum tiba masanya utk British membuat pembaharuan politik di T.M
Kuasa Raja-raja Melayu terhakis walaupun masih mempunyai kuasa membincangkan soal-soal
agama
zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang.
Dasar terbuka ini mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
Jumlah orang Melayu akan menjadi semakin kecil dengan kemasukan orang dagang ini.
Keadaan ekonomi dan pendidikan org Melayu akan bertambah mundur
Org Melayu akan kehilangan warisan tamadun
Pengenalan M.U akan menghapuskan sejarah yg dibina oleh kerajaan Melayu
6. Orang Melayu mengamalkan sikap politik yang sederhana, iaitu penentangan yg bersifat sederhana, spt
Menulis dlm akhbar
Berdemontrasi
Berkongres
Memujuk raja-raja Melayu utk menyokong penentangan
7. Sikap raja-raja Melayu dan UMNO yang menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
bukannya menuntut kemerdekaan telah menyebabkan British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu.
8. British juga bimbang org Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yg dikuasai oleh golongan
radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS.
9. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) juga telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945
Piagam tersebut tidak menggalakkan penjajahan baru.
Mengikut Piagam tersebut Negara-negera Kolonial diminta utk memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
b. Huraikan Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
F1 Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
F2 Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
F3 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
F4 Perlindungan khas diletakkan di bawah Pesuruhjaya Tinggi British
F5 Konsep raja berperlembagaan diwujudkan
F6 Senarai persekutuan dan senarai negeri telah diwujudkan
4.a. Huraikan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu setelah Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan.
1. Berlaku perkongsian kuasa di peringkat pusat antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi
2. Di peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa untuk melantik Menteri Besar sebagai ketua
pentadbir negeri.
3. Mengasaskan satu sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seterusnya
membawa kepada wujudnya Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
4. Syarat kerakyatan telah diperketatkan,
Prinsip kerakyatan Jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu ( bagi negeri-negeri Melayu ) dan rakyat
British ( bagi NNS spt Melaka dan Pulau Pinang ).
5. Ketuanan Melayu diiktiraf semula oleh British sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yg
telah pun diakui sejak Perjanjian Pangkor pd thn 1874.
6. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukan yang jelas dalam pentadbiran
Setiap negeri Melayu juga mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British.
Perlembagaan tersebut dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri yang digunakan hingga sekarang.
b. Jelaskan penglibatan raja-raja Melayu sebagai penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948
i. Mereka telah membuat tuntutan supaya kuasa raja-raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941.
ii. Mereka juga menuntut agar perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu dikekalkan.
iii. Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut
kuasa mereka dan perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.
5.a.Jelaskan kandungan Perlembagaan Rakyat 1947 yang dikemukakan oleh Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya ( AMCJA )
F1 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
F2 Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
F3 Raja-raja melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
F4 Kedudukan keistimewaan orang Melayu dikembalikan
F5 Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.
F6 Kerakyatan yang sama rata
F7 Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
F8 Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
F9 Pertahanan dan hal-ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu.
F10 Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu
6.a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri-ciri Perlembagaan 1941 di Srawak
F1 Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di negeri Sarawak
F2 Vyner Brooke berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada Sarawak dan kuasa mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri.
F3 Raja Sarawak akan dilantik oleh Ahli-ahli Majlis Negeri
b. Terangkan tindakan yang diambil oleh British untuk menamatkan gerakan anti-penyerahan di Sarawak.
i. Kerajaan British telah mengeluarkan surat pekeliling bil. 9 yang memberikan amaran bahawa tindakan akan
diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat.
ii. Tindakan kerajaan British tersebut telah menyebabkan seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan
jawatan sebagai tanda bantahan.
iii. British akhirnya telah berjaya menangkap Rosli Dhobi dan rakan-rakanya yang lain dan dijatuhkan hukuman
gantung kerana tlh membunuh Sir Duncan Stewart ( Gabenor Sarawak yg baru dilantik )