Sejarah Tulisan Rumi

download Sejarah Tulisan Rumi

of 13

description

xoxo

Transcript of Sejarah Tulisan Rumi

Sejarah dan Perkembangan Ejaan Rumi

Sejarah dan Perkembangan Ejaan Rumi1. Kemasukan Tulisan Rumi2. Perkembangan Tulisan Rumi di Zaman BritishPengenalanSistem ejaan rumi yang digunapakai sekarang sebenarnya terbentuk hasil penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia dengan bahasa Indonesia sejak tahun 1967.Pada tahun 1972, Sistem Ejaan Rumi Bharu telah diperkenalkan setelah sistem ejaan rumi sebelum ini menghadapi masalah.Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia ditugaskan untuk menyusun panduan ejaan Rumi di Malaysia.Kemasukan Tulisan RumiKemunculan tulisan Rumi yang awal di Melaka dikesan apabila ahli pelayaran Portugis Bartholomew Diaz berjaya mengelilingi dunia dan melintasi negeri Melaka pada tahun 1487.Lopez de Sequeira telah sampai ke pelabuhan Melaka pada tahun 1497 dan kemuncaknya adalah apabila Alfonso de Albuquerque telah berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.Menurut Amat Juhari Moan (1992) tulisan rumi mula dikesan digunakan oleh David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.Namun kuasa Portugis merosot setelah kedatangan kuasa baharu iaitu Belanda, Sepanyol dan Inggeris.Ejaan Rumi/Latin PigafettaEjaan ini dipelopori oleh Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan pada tahun 1522.Beliau mengikuti ekspedisi Megellan secara sukarela dan bertindak sebagai jurutulis. Tugas beliau sepanjang pelayaran tersebut ialah merakan beberapa perkataan Itali-Melayu sebanyak 426 kata.Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Pigafetta ini sebenarnya berdasarkan sitem ejaan Itali daripada dialek Vicentina iaitu tempat asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim.Ejaan Pigafetta mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden darisegi grafem dan nilai bunyinya.Senarai PigafettaBahasa InggerisEjaan Rumi ModenAllahGodAllahHoran penditaWise manOrang pendetaBapa Father BapaMama, ambuiMother Mama, ibuSaudala BrotherSaudaraHoran Man OrangCudaHorse KudaGullaHoneyGulaRozaDeerRusaEjaan Rumi HoutmanEjaan ini depelopori oleh Cornelius de Houtman, iaitu seorang pelayar Belanda yang telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip tulisan Rumi sewaktu beliau sampai ke Kepulauan Melayu pada tahun 1596.Senarai ini terkumpul semasa beliau di dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III kerana konflik dan kekasaran orang Belanda terhadap Pangeran Mohamad. Senarai HoutmanBahasa InggerisEjaan Rumi ModenBewangdarner To leen bloodBuang DarahTerymechache Thank youTerima kasihBotonuumFoundBertemuBalmary YesterdaySemalamTyngal Remain TinggalEngat RememberIngat Bucky Leg Kaki Benue Kill KakiTsyuka Vinegar CukaChyntaLoveCintaKytabBookKitabEjaan Rumi BowreyDiperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan semua hasilnya telah dijilidkan menerusi kamus pertama bahasa Inggeris-Melayu yang diterbitkan di London.Selain daripada daftar kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk.Senarai Thomas BowreyBahasa InggerisEjaan Rumi ModenKita pooneaMy Kita punyaTuan PooneaYours Tuan punyaDea pooneaHis Dia punya Camee poonea Ours Kami punyaTodohan Accusation TuduhanGochoSlapGocohToolahPunishmentTulahEjaan Rumi ThomsenEjaan Rumi yang terakhir sebelum kemasukan British ialah ejaan yang diperkenalkan oleh C.H. Thomsen yang berjaya menerbitkan buku A Vocabulary of The English and Malayan Languages yang mengandungi hampur 200 patah perkataan dan diterbitkan pada 1820.KesimpulanKebanyakan ejaan Rumi yang terawal sebelum kedatangan Birtish merupakan usaha individu tertentu yang berkepentingan seperti keagamaan, perdagangan dan perhubungan sosial.Justeru banyak kelemahan yang dikesan semasa mendokumentasikan catatan individu yang diperoleh sebelumnya.Walaubagaimanapun masih wujud penambahbaikan sistem antara tempoh berkenaan.