Sejarah.docx

download Sejarah.docx

of 2

Transcript of Sejarah.docx

Mengikut kajian Sejarah, permainan ketingting bermula semasa Empayar Rom. Luas petak ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki! Ketingting diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan mereka.Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di medan peperangan.Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan system pemarkahan mereka sendiriPermainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini yang universal ialah petak segi empat dan skil melompat.Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek moyang mereka.

Berikut adalah istilah yang digunakan untuk permainan ketingting di seluruh dunia.Alaska-Alaskan Hopscotch

Argentina-Rayuela

Aruba-Pele

Bolivia-La Thunkuna

India-Ekaria Dukaria

Indonesia-One Leg Jump

Jerman-Templehupfen

Malaysia-Ketingting / Buat Rumah Batu

Netherlands-Hinklebaan

New York-Potsy

Perancis-Marelles / Escargot

Vietnam-Pico