Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

19
Pengenalan Ombudsman adalah suruhanjaya penyiasat atau orang tengah bebas bagi membolehkan rakyat dapat mengadu pelbagai hal termasuk salah laku termasuk salah guna kuasa. Apakah sebenarnya ombudsman? Apakah kita memahami fungsi sebenar Ombudsman? Dan adakah Institusi Ombudsman ini berkesan kepada sistem pentadbiran di negara kita Malaysia? Menurut kamus Oxford Ombudsman adalah “pegawai yang dilantik secara rasmi untuk menyiasat aduan orang ramai terhadap salah laku dalam pentadbiran terutama pihak berkuasa awam”. Ombudsman bermula di Sweden sejak awal 1800an iaitu jawatan yang diwujudkan ‘sebagai penyiasat aduan awam’. Pegawai ini dianggap sebagai orang yang ‘diakui kemampuan perundangan dan integriti yang berwibawa’, dilantik oleh parlimen untuk berkhidmat selama satu penggal (empat tahun). Pada tahun 1971 Sweden mengadakan pejabat ombudsman untuk melindungi kepentingan para pengguna. Parlimen Eropah pula mengadakan pejabat ombudsman bagi mendedahkan penyelewengan dalam urusan pejabat-pejabat kerajaan Kesatuan Eropah (European Union). Sekarang ini ombudsman atau juga dikenali sebagai ombudsperson di Amerika, bertindak menangani permasalahan yang melibatkan salah guna kuasa 1

description

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Transcript of Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Page 1: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Pengenalan

Ombudsman adalah suruhanjaya penyiasat atau orang tengah bebas bagi

membolehkan rakyat dapat mengadu pelbagai hal termasuk salah laku

termasuk salah guna kuasa. Apakah sebenarnya ombudsman? Apakah kita

memahami fungsi sebenar Ombudsman? Dan adakah Institusi Ombudsman

ini berkesan kepada sistem pentadbiran di negara kita Malaysia? Menurut

kamus Oxford Ombudsman adalah “pegawai yang dilantik secara rasmi

untuk menyiasat aduan orang ramai terhadap salah laku dalam pentadbiran

terutama pihak berkuasa awam”. Ombudsman bermula di Sweden sejak

awal 1800an iaitu jawatan yang diwujudkan ‘sebagai penyiasat aduan awam’.

Pegawai ini dianggap sebagai orang yang ‘diakui kemampuan perundangan

dan integriti yang berwibawa’, dilantik oleh parlimen untuk berkhidmat

selama satu penggal (empat tahun). Pada tahun 1971 Sweden mengadakan

pejabat ombudsman untuk melindungi kepentingan para pengguna. Parlimen

Eropah pula mengadakan pejabat ombudsman bagi mendedahkan

penyelewengan dalam urusan pejabat-pejabat kerajaan Kesatuan Eropah

(European Union).

Sekarang ini ombudsman atau juga dikenali sebagai ombudsperson di

Amerika, bertindak menangani permasalahan yang melibatkan salah guna

kuasa pentadbiran di mana ombudsman ini bertindak sebagai orang tengah

kepada dua pihak yang berselisih untuk meredakan persengketaan di antara

kedua belah pihak tersebut. Ini menuntut ombudsman untuk mempunyai

peribadi yang dipercayai dan neutral tanpa cenderung kepada mana-mana

pihak yang bertindak membantu komunikasi kedua belah pihak untuk

merumuskan penyelesaian supaya masalah yang sama tidak timbul lagi pada

masa akan datang. Kemudiannya sistem ini dicontohi di Britain, Jerman,

New Zealand dan Norway, antara lainnya. Tetapi di Malaysia kerajaan telah

memutuskan institusi Ombudsman yang diwujudkan bagi mendengar dan

menyiasat setiap aduan orang ramai termasuk membabitkan salah guna kuasa

tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

1

Page 2: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Sebelum kita membincangkan apakah relevan sistem Ombudsman ini

dijalankan di Malaysia, kita kupas sedikit apakah sebenarnya peranan

Ombudsman di negara-negara lain khususnya di Barat. Peranan pejabat

ombudsman di Sweden: Ombudsman untuk kanak-kanak yang meliputi hak-

hak dan segala kepentingan mereka, ombudsman untuk orang-orang cacat

yang mengawasi segala hak dan kebajikan mereka dan satu lagi untuk

mengatasi diskriminasi antara kaum dijelaskan.

Di Finland pula, ombudsman dilantik oleh Parlimen dan bertanggungjawab

memastikan bahawa semua pejabat dan pegawai kerajaan bertindak menurut

undang-undang. Ia berkuasa memeriksa segala kemudahan kerajaan, termasuk

segala dokumen dan boleh meminta polis menyiasat jika perlu. Juga

diadakan pejabat ombudsman mengenai hak-hak sama bagi kaum lelaki dan

wanita, hak kanak-kanak dan hak golongan minoriti. Di Ireland pula

ombudsman terletak di bawah kuasa presiden setelah dicalonkan oleh

Parlimen. Ia boleh menerima aduanaduan terhadap jabatan-jabatan kerajaan,

pejabat kesihatan dan juga pejabat pos. Manakala di Britain jawatan

ombudsman juga terletak di Parlimen.

Pada tahun 1971 Sweden mengadakan pejabat ombudsman untuk melindungi

kepentingan para pengguna. Parlimen Eropah pula mengadakan pejabat

ombudsman bagi mendedahkan penyelewengan dalam urusan pejabat-pejabat

kerajaan Kesatuan Eropah (European Union). Pada bulan Mei 2001,

Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan

cadangan setiausaha agung untuk mengadakan sistem ombudsman di

Sekretariat Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menarik perhatian ialah catatan daripada ensiklopedia Wikipedia mengenai

sistem ombudsman pada zaman silam. Lalu disebut mengenai pelbagai

masalah yang berbangkit dalam pemerintahan empayar Rom. Pihak

berkenaan kemudian mengambil iktibar daripada langkah khalifah kedua

2

Page 3: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Islam, Sayidina Umar (634-644) dengan konsep Qadi al-Qadat untuk negara-

negara Islam yang kemudian “mempengaruhi Raja Charles XII di Sweden

yang kembali dari pembuangan di Turki pada tahun 1713, mengadakan

pejabat Tertinggi Ombudsman.”

Tetapi di Malaysia adalah merumitkan bagi pejabat Peguam Negara jika mahu

mewujudkan sistem ombudsman di Malaysia kerana perlu mengkaji sistem di

pelbagai negara. Seperti disebut di beberapa buah negara, keputusan-

keputusan kabinet dan mahkamah tidak tertakluk kepada kuat kuasa

ombudsman. Kerajaan pernah mengumumkan rancangan penubuhan sebuah

badan bebas atau ombudsman bagi menangani dan menyiasat segala tuduhan

membabitkan semua perkhidmatan awam termasuk menteri, tanpa dihadkan

kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata. Ia diumumkan oleh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

suatu ketika dahulu. Penubuhan badan bebas itu yang dikatakan akan

membolehkan kerajaan bersikap adil terhadap rakyat sedang dikaji supaya

sistem pentadbiran kerajaan lebih cekap. Menurut Nazri lagi, “Kewujudan

badan bebas ini kelak akan mengimbangkan laporan penyiasatan dan

mengelak polis dituduh tidak telus atau berat sebelah apabila menyiasat aduan

membabitkan anggota mereka.” Bukan itu sahaja, tegas Nazri lagi, “Badan ini

akan menyiasat tuduhan terhadap semua agensi penguat kuasa kerajaan

termasuk sektor awam sama ada polis, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan,

Badan Pencegah Rasuah, Pejabat Tanah dan Galian atau menteri sekalipun”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok, berkata

bagaimanapun beberapa konsep lain berasaskan Ombudsman sedang

diperhalusi untuk disesuaikan dengan sistem pentadbiran negara.

“Konsep itu akan diguna pakai oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi

menjadikannya organisasi pengurusan aduan awam yang berkesan dan

3

Page 4: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

dipercayai,” katanya ketika menjawab soalan Shim Paw Fatt (BN-Tawau)

mengenai sama ada kerajaan merancang mewujudkan Ombudsman.

Menjawab soalan tambahan daripada Shim yang menegaskan negara

memerlukan institusi seperti Ombudsman yang mempunyai separuh kuasa

kehakiman, Dompok berkata, kerajaan tidak melihat ia mampu

menyelesaikan masalah membabitkan kerajaan.

"Contohnya di Indonesia dan Filipina yang mengamalkan Ombudsman, ia

tidak membantu kerajaannya menyelesaikan masalah," katanya.

Menjawab soalan tambahan Wong Noi Chee (BN-Kota Melaka), Dompok

menegaskan keberkesanan sistem itu di Sweden disebabkan ia dipraktikkan

sejak 1809 dan sesuai dengan sejarah negara itu.

"Di negara kita, perlulah kita sesuaikan sesuatu sistem itu mengikut sejarah

negara kita," katanya.

BERITA HARIAN, 27 JUN 2006

Sebagai seorang Islam, kita perlu melihat dan menyelesaikan setiap masalah

dengan penyelesaian Islam. Dalam isu ini, persoalannya adalah, adakah

ombudsman diperlukan oleh umat Islam di dalam menyelesaikan masalah

yang membabitkan penjawat awam dan orang ramai? Adakah agama Allah ini

tidak lengkap sehingga umat Islam perlu mengambil sistem dari Barat untuk

menyempurnakannya? Adakah Allah menurunkan agama ini tanpa ada

mekanisma untuk mengatur persengketaan yang terjadi di antara manusia

sesamanya? Firman Allah subhanahu wa ta’ala.

“Wahai orang-orang yang beriman, taailah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan

ulil amri di kalangan kamu. Kemudian sekiranya kamu berbantah-bantah pada

4

Page 5: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul(Nya) jika

kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian...”

TMQ An-Nisa’:59

Ayat di atas merupakan petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Allah telah

menurunkan agama ini agar mampu menjawab segala persengketaan yang

terjadi di dalam masyarakat. Ayat yang mulia ini juga menjadi peringatan

yang jelas kepada kita bahawa sekiranya ada apa-apa persengketaan yang

terjadi di antara rakyat dan pemerintah (termasuk orang bawahannya), maka

peneyelesaiannya haruslah dikembalikan kepada Allah dan RasulNya

(bukannya dikembalikan kepada Barat). Apabila Allah memerintahkan untuk

kita kembali kepadaNya dan RasulNya, maka kita sebagai umat Islam yakin

bahawa pasti ada jalan penyelesaian yang telah Allah dan RasulNya

tunjukkan. Ingatlah wahai kaum Muslimin, bahawa Allah telah

menyempurnakan agama ini dan umat Islam tidak memerlukan apa-apa dari

Barat yang kuffar untuk menyelesaikan segala ketidakadilan.

Apa yang jelas wahai saudaraku yang mulia, tanggungjawab pemerintah

adalah untuk menerapkan sistem yang berasal dari wahyu dan bukannya

sistem yang berasal dari Barat, tidak kira apa namanya, sistem ombudsman,

demokrasi, sekularisme, kapitalisme dan sebagainya. Inilah anehnya dengan

para pemerintah kaum Muslimin, demi untuk menerapkan sistem Barat,

mereka bersungguh-sungguh berusaha melakukan kajian, menghabiskan

masa, usaha, wang dan sebagainya demi merealisasikan sistem tersebut.

Malangnya perkara yang sama tidak dilakukan demi untuk menerapkan

hukum yang datang dari Pencipta dirinya, walhal inilah satu-satunya hukum

yang akan mendatangkan keadilan yang hakiki, yang datang dari Zat yang

Maha Adil. Inilah satu-satunya sistem yang, apabila diterapkannya di dunia,

akan menyelamatkannya dari azab Allah di akhirat.

5

Page 6: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Sistem pemerintahan Islam telah datang dengan struktur pengadilan yang

sempurna yang mampu menyelesaikan persengketaan yang terjadi di dalam

masyarakat. Sejak 13 abad yang lalu umat Islam telah menyelesaikan masalah

atau perselisihan yang berlaku di dalam Daulah Islam dengan sistem

pengqadhian ini tanpa membuang masa dan tenaga terjebak di dalam polemik

berpanjangan. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa sistem inilah

yang telah membawa keadilan sejagat kepada hampir 2/3 dunia dan umat

manusia telah menikmatinya selama lebih kurang 1300 tahun.

Qadhi/Hakim/Mahkamah di dalam Islam terdiri dari tiga jenis iaitu, pertama,

Qadhi Khusumat yang menyelesaikan kes-kes umum melibatkan muamalat

dan uqubat. Kedua, Qadhi Muhtasib/Hisbah yang menyelesaikan kes-kes

yang mengancam hak jamaah. Ketiga, Qadhi Mazhalim yang menyelesaikan

kes-kes yang melibatkan persengketan antara rakyat dan negara/pemerintah.

Apa yang pasti, di dalam Islam tidak pernah wujud mahkamah sivil

sebagaimana yang ada pada hari ini di negara-negara umat Islam termasuklah

negara kita. Sejarah perundangan Malaysia menceritakan dengan jelas kepada

kita bahawa sistem mahkamah yang ada sekarang di Malaysia adalah hasil

dari ciptaan British yang telah ’dipaksakan’ ke atas kita semenjak mereka

datang menjajah kita pada awal tahun 1800. Apakah setelah mereka pergi kita

masih dalam keadaan ’terpaksa’ menerapkan sistem ini atau kita telah ’redha’

kepadanya? Na’uzubillah.

Menurut ensiklopedia Wikipedia, penyelesaian pertikaian antara orang ramai

dan pemerintah telah berlaku di zaman Saidina Umar iaitu khalifah kedua

umat Islam pada tahun (634-644M) dengan mewujudkan qadhi qudhat.

Teladan keberkesanan sistem Khilafah Islam telah memberi pengaruh yang

kuat kepada Barat sehingga raja Charles XII telah menubuhkan Pejabat

Ombudsman Tertinggi di Sweden pada tahun 1713 setelah pulang dari

pembuangan di Turki.

6

Page 7: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Sebenarnya jawatan qadhi qudhat (Ketua Qadhi) belum wujud lagi pada

waktu tersebut. Yang ada hanyalah institusi mazhalim yang menangani

persengketaan antara orang ramai dan pemerintah. Walaupun demikian, apa

yang jelas di sini adalah, akibat dari wujudnya sistem pemerintahan Islam,

banyak dari kejayaan sistem yang adil ini telah mempengaruhi Barat dan

rentetan dari itu, mereka telah mewujudkan sistem ombudsman di Barat.

Yang pasti sistem tersebut diwujudkan setelah mereka melihat keberkesanan

perlaksanaan sistem Islam. Inilah yang anehnya dengan umat Islam, mereka

ingin menerapkan sistem ombudsman ini setelah melihat Barat yang

menerapkannya. Segala sesuatu yang berasal dari Barat dilihat dan dinilai

sebagai ’permata’ oleh umat Islam. Fikirkanlah wahai umat Nabi yang mulia,

sampai bilakah kita akan mencontohi Barat dengan sistem yang mereka

pakai? Dari dahulu sehingga sekarang kita tidak pernah henti-henti

mengambil apa yang berasal dari mereka. Adakah kita pada kali ini sekali lagi

akan mencontohi Barat dengan ombudsman atau mencontohi Rasulullah

dengan institusi mazhalim yang telah baginda tunjukkan?

Pada 24 November 2005 lalu Malaysia telah dikejutkan dengan penyebaran

imej wanita bogel dalam tahanan polis pada tahun 2004. Isu yang didedahkan

oleh Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) menyebabkan banyak perbincangan

telah diutarakan di peringkat atasan sehingga ke kedai-kedai kopi. Antara

penyelesaian yang hangat diperkatakan adalah rancangan untuk mewujudkan

Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Perkara ini

mendapat tentangan banyak pihak termasuk Ahli Parlimen sendiri. Menurut

mereka penubuhan suruhanjaya itu hanya akan menjadikan pasukan polis

`lembut' dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) `mandul'. Implikasi penubuhan

suruhanjaya ini sangat berat kerana jika diteruskan, ia akan menganak tirikan

polis kerana realitinya, salah laku bukan hanya terjadi di dalam pasukan polis

tetapi malah ia juga berlaku di banyak institusi kerajaan yang lain. Sekiranya

setiap salahlaku di setiap institusi diambil kira, negara akan dibanjiri dengan

7

Page 8: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

banyak suruhanjaya-suruhanjaya yang akan menyiasat salah laku di institusi

masing-masing.

Sistem ombudsman ini bukan satu perkara yang pelik. Ini merupakan satu

fenomena, satu sistem yang telah pun lama wujud di negara-negara Komawel

lain dan di Australia telah pun wujud sejak tahun 70-an dan juga ia wujud di

Britain, Canada dan negara-negara Scandinavia yang semua ini merupakan

negara-negara maju. Jika kita hanya asyik berbincang denga anjakan

peradigma, gaya perubahan minda dan sebagainya tetapi jika kita tidak

mengadakan atau mewujudkan satu sistem yang boleh membantu kita

mengatasi masalah ini maka kita tidak akan berganjak daripada tempat yang

asal.

Sistem Ombudsman ini haruslah bertanggungjawab kepada Parlimen dan ia

mempunyai kuasa untuk menerima aduan, mempunyai kuasa utuk menyiasat

dan juga mempunyai kuasa untuk membuat cadangan kepada Menteri-menteri

untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika wujudnya penyelewengan

dan wujudnya prestasi yang tidak baik, maka kita sememangnya memerlukan

satu badan satu sistem ombudsman yang bebas di mana boleh mengawal selia

dan memantau sebetul-betulnya apa yang sebenarnya menyebabkan

kegagalan di mana-mana bahagian dalam perkhidmatan awam kita.

Jika diteliti, banyak badan-badan aduan telahpun wujud di negara kita samada

di dalam agensi kerajaan mahupun parti politik. Malaysian Chinese

Association (MCA) umpamanya telah menubuhkan ‘Unit Pengaduan’ untuk

menerima aduan orang ramai. Oleh kerana pertambahan aduan yang drastik

selepas pilihanraya tahun 1990 unit tersebut telah diperbesarkan menjadi

“Biro Perkhidmatan & Pengaduan Pusat MCA” dengan Datuk Tan Chai Ho

sebagai pengerusi. Di bawahnya diwujudkan “Unit Pengaduan Awam” dan

“Unit Hal Ehwal Kerajaan”. Salahlaku yang berleluasa juga telah memaksa

pemuda UMNO mewujudkan ‘Biro Pengaduan Awam dan Pembelaan

8

Page 9: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Masyarakat’ yang dipengerusikan sekarang ini oleh Dato’ Subhan Kamal.

Kredibiliti mahkamah yang banyak dipertikaikan oleh rakyat juga telah

menyebabkan Badan Kehakiman mewujudkan perkara yang sama. Mengikut

Laporan Tahunan Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia 2004/2005,

Badan Kehakiman akan mempertingkatkan tindakan untuk ketelusan dalam

pelaksanaan keadilan di Malaysia. Ini dibuat dengan penubuhan ’Unit

Pengaduan Awam (UPA)’ yang diselia oleh Ketua Pendaftar Mahkamah

Persekutuan Malaysia yang bertanggungjawab terus kepada YAA Ketua

Hakim Negara. Bidangkuasa UPA ini adalah menerima segala aduan

mengenai pentadbiran keadilan Badan Kehakiman di seluruh negara. Objektif

UPA adalah untuk menangani segala pengaduan dari orang awam dengan cara

yang cepat dan berkesan.

Yang pasti, idea tentang mewujudkan sistem ombudsman ini muncul setelah

imej perkhidmatan awam yang dilihat semakin hari semakin tercalar dengan

salahlaku anggota-anggotanya terutama imej pasukan polis yang tak putus-

putus menjadi ‘pisang goreng panas’ dalam isu-isu yang melibatkan

salahlaku. Oleh itu, ombudsman diperkenalkan dengan harapan ia dapat

memperbaiki kelemahan-kelemahan sistem yang sedia ada, yang mana

perlaksanaannya bukan hanya melibatkan PDRM tetapi semua perkhidmatan

awam.

Sektor awam mestilah terus memberi tumpuan kepada usaha

mempertingkatkan akauntabiliti dan keutuhan pengurusan melalui jentera

pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah. Tugas dan keahlian

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan

(JKKMKPK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan tujuan untuk

meningkatkan keutuhan pengurusan dan menggalakkan piawaian tata

kelakuan yang tinggi dalam sektor awam, telah diperluas dan diperkemaskan

dalam tempoh Rancangan. JKKMKPK ditubuhkan bertujuan

memperkukuhkan lagi keberkesanannya sebagai sebahagian daripada

9

Page 10: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

pendekatan yang terancang dan bersepadu ke arah penyeliaan pentadbiran

yang baik. Dalam hal ini, jentera keutuhan pengurusan telah diperluaskan ke

semua peringkat pentadbiran untuk menyalur dan melaksanakan keputusan

JKKMKPK. Pada masa yang sama, jawatankuasa di peringkat agensi telah

dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mendapatkan maklum balas

mengenai pelbagai isu berhubung dengan keutuhan pengurusan. Di samping

itu, tiga pasukan petugas perunding keutuhan pengurusan telah ditubuhkan

untuk memberi tumpuan khususnya kepada dasar, undangundang, peraturan,

sistem dan prosedur; nilai dan etika; serta kawalan dalaman, tindakan

pembetulan dan hukuman.

Konsep ketelusan dalam sesuatu pentadbiran kerajaan bermula dari atas ke bawah

adalah amat penting bagi menjamin tahap rasuah yang berada pada kadar yang

cukup minima. Ini kerana rasuah amat berbahaya sehingga mampu memusnahkan

kedaulatan sesebuah negara merdeka itu.

Sekiranya diperhatikan, dalam sesebuah negara Islam ataupun negara yang sedang

menuju ke arah itu, kepimpinan melalui teladan menjadi satu amalan wajib yang

bukan bersifat retorik sepertimana Perdana Menteri ketika mula memegang

jawatan itu di awal tahun 1981 demi sekadar menunjukkannya sebagai seorang

yang telus.

Ombudsman yang bersifat bebas akan ditubuhkan di dalam sesebuah negara Islam

di bawah pertanggungjawaban Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi

menyiasat segala laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa para

penjawat awam termasuklah perdana menteri sekali.

Peranan dan kuasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) tentunya akan diperluaskan

dengan tidak lagi meletakkannya hanya sebagai satu badan di bawah Jabatan

Perdana Menteri. BPR mampu dipertanggungjawabkannya di bawah Parlimen

demi membebaskannya dari gangguan eksekutif.

10

Page 11: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Penutup

Seterusnya, kuasanya yang sekadar menyiasat itu perlulah dikaji agar ia dapat

sama mendakwa si perasuah yang diberkas. Sekiranya ianya dapat dilaksanakan,

maka kita mampu untuk menangani masalah rasuah dengan menangkap dan

mendakwa perasuah jerung besar.

Realiti sekarang ini di mana tahap bersih rasuah yang sepatutnya dicapai oleh

negara umat Islam sebaliknya dipegang rekodnya oleh negara-negara bukan Islam

seperti Singapura dan Jepun. Negara Islam yang bersifat bebas rasuah akan

memberi ruang kebebasan secukupnya tanpa gangguan badan eksekutif kepada

pihak-pihak yang terbabit demi membersihkannya dari gejala rasuah.

Sistem pengurusan pengendalian aduan awam haruslah terus diperkukuhkan

untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tahap tindak balas sektor

awam. Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam telah mengkaji masalah yang

timbul daripada aduan awam dan membuat cadangan untuk memperbaiki

kelemahan dan mengatasi halangan pentadbiran yang berkenaan. Strategik

utama dalam tempoh Rancangan ialah mengadakan publisiti kepada orang

ramai mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Biro

Pengaduan Awam. Ini telah dilaksanakan melalui kerjasama dengan media

sebaran am seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selain daripada itu, program kaunter bergerak pengaduan awam terus

mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan telah

memberi saluran yang cepat dan berkesan untuk membuat aduan. Selaras

dengan penggunaan ICT yang meluas dalam sektor awam, Biro telah

memperkenalkan sistem pengurusan pengaduan awam berkomputer pada

tahun 2000. Sistem rangkaian berkomputer ini membolehkan orang ramai

membuat aduan melalui laman web Biro serta memantau status aduan

mereka. Biro juga telah berusaha untuk meningkatkan prestasi dan

keupayaannya dengan mengikuti perkembangan mengenai amalan terbaik

11

Page 12: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

menangani aduan melalui hubungan yang diwujudkan dengan ombudsman di

negara lain serta menyertai persidangan ombudsman di peringkat Asia-

Pasifik.

Walaubagaimanapun kerajaan juga boleh menubuhkan satu suruhanjaya yang

hanya mengenal pasti atau mengesahkan apa perkara yang kita sudah pun

tahu selama ini keran apa yang kita perlu lakuakn ialah mengadakan satu

struktur susun atur yang mana satu susun lapis yang kita boleh masukkan

sistem ombudsman dalam negara kita.

12