Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

6
Sugumar ganesan/sem8/EDU3108 SEJAUH MANAKAH PROFESION KEGURUAN DIKATAKAN SEBAGAI SATU PROFESION YANG PROFESSIONAL Pada pandangan saya, profesion perguruan adalah satu profesion yang profesinal. Ini adalah kerana profesion ini merupakan satu profesion yang memerlukan kepakaran yang teliti dan penuh dengan cabaran. Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas sebagai contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai ‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’. Kerjaya guru juga dikatakan sebagai satu profesion sebab seseorang guru mesti mempunyai kelulusan dan latihan yang berkualiti. Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Ijazah Perguruan atau Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Latihan guru telah ditukarkan dari 3 tahun ke 5 ½ tahun untuk melahirkan seseorang guru dengan ciri-ciri keguruan yang profesion. Ini membantu para guru pelatih untuk mengembangkan minda mereka dan juga menimba ilmu yang lebih luas

description

edu

Transcript of Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

Page 1: Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

Sugumar ganesan/sem8/EDU3108

SEJAUH MANAKAH PROFESION KEGURUAN DIKATAKAN SEBAGAI SATU

PROFESION YANG PROFESSIONAL

Pada pandangan saya, profesion perguruan adalah satu profesion yang

profesinal. Ini adalah kerana profesion ini merupakan satu profesion yang memerlukan

kepakaran yang teliti dan penuh dengan cabaran.

Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas

sebagai contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Menurut Mok

Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai ‘Suatu

pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan

latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan

bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang

ditentukan oleh organisasinya’. Kerjaya guru juga dikatakan sebagai satu profesion

sebab seseorang guru mesti mempunyai kelulusan dan latihan yang berkualiti. Sebagai

contoh, seorang guru mesti mempunyai Ijazah Perguruan atau Diploma Perguruan

yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana

sekolah kerajaan. Latihan guru telah ditukarkan dari 3 tahun ke 5 ½ tahun untuk

melahirkan seseorang guru dengan ciri-ciri keguruan yang profesion. Ini membantu

para guru pelatih untuk mengembangkan minda mereka dan juga menimba ilmu yang

lebih luas lagi. Secara tidak langsung ia mendorong ke arah guru yang penuh

kemahiran dan intelektual.

Ciri-ciri guru yang profesional ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar

dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah,

kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Kemahiran yang penting dalam profesion

perguruan ini terbahagi kepada beberapa aspek. Antara aspek–aspek yang penting

ialah, kemahiran mengajar, kemahiran mendisiplinkan murid-murid, kemahiran

memahami masalah murid-murid , kemahiran menangani masalah. Ini hanyalah antara

beberapa aspek keguruan. Guru perlulah menjadi seorang yang serba tahu.

Masyarakat juga memandang tinggi terhadap profession ini. Guru dijadikan sebagai

Page 2: Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

Sugumar ganesan/sem8/EDU3108

‘role model’ bukan sahaja dalam kalangan murid tetapi dalam kalangan masyarakat

juga.

Selain itu, profesion perguruan ini dikatakan professional kerana ia berdasarkan

pada kod etika keguruan. Etika perguruan bermaksud, tingkah laku ataupun

tanggungjawab guru terhadap Negara, masyarakat, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa

pelajar (Syed Ismail, 1010). Seseorang guru harus menghormati dan mematuhi kod

etika yang ditetapkan dengan bertingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah

yang diberikan. Ini akan membantu memartabatkan profesion perguruan. Nilai yang

betul, penggerak kearah kebaikan, berdisiplin dan beradap, menghargai dan

bertanggungjawab hasil usaha organisasi serta niat yang betul merupakan antara

prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru untuk menjayakan Etika Perguruan.

Namun demikian, ada juga khabar mengatakan bahawa guru tidak beretika. Ini

adalah kerana segelintir yang tidak mengamalkan apa yang diterapkan dalan kod etika

keguruan. Kita juga boleh baca dalam surat khabar tentang kes-kes dimana guru-guru

pecah manah di sekolah. Antara kes pecah amanah ialah, seorang guru PJ

diamanahkan untuk membelikan paralatan sukan di sekolahnya. Beliau juga yang

merupakan setiausaha sukan sekolah diberikan semua wang peruntukan sukan

sekolah oleh guru besar. Tetapi beliau telah menggunakan wang tersebut untuk

kegunaan sendiri. Apabila guru besar mendesak untuk memberi kira-kira perbelanjaan

guru tersebut berpakat dengan penjual peralatan dan memberi resit belian yang palsu.

Selain itu, bagi menutup perbuatannya guru tersebut membeli beberapa peralatan yang

murah dan berkualiti rendah. Ini adalah kes kejadian yang benar berlaku di sekolah di

daerah Kuala Selangor. Kes ini terbongkar apabila peralatan yang dibelinya cepat

rosak dan guru besar serta pihak PIBG telah mengetahui hai ini. Ini menunjukan guru

tersebut telah melanggar kod etika guru yang menjadi asas kepada seorang guru. Oleh

itu, semua guru harus mematuhi peraturan dan juga kod etika guru.

Profesion perguruan ini bukan sahaja suatu profesion yang khusus untuk

pengajaran sahaja. Malah guru juga menjadi pemudah cara dalam bidang

keguruan ini. Pemudah cara dalam aspek peranan bagi seorang guru adalah

Page 3: Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

Sugumar ganesan/sem8/EDU3108

melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam

bilik darjah. Guru akan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi bagi konteks

pemudah cara, guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik

dan berkesan dalam bilik darjah. Seorang guru mempunyai tanggungjawab bukan

sekadar mengajar tetapi seorang guru akan memastikan pengajaran dan

pembelajaran berkesan. Guru perlu memberi bimbingan dan mengerakkan murid

dalam kelas supaya mereka lebih bercakap. Bimbingan tidaklah hanya dbuat oleh

kaunselor malah guru juga boleh menjadi kaunselor yang baik. Ini juga

menunjukkan profesion keguruan ini sebagai suatu profesion yang professional.

Guru perlu menjadi role model kepada murid-murid. Guru mempunyai sifat

dan kualiti peribadi, professional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik yang sempurna. Imej juga dapat diperlihatkan

melalui peribadi yang baik, ini termasuk cara berbahasa, cara berhubung, tingkah

laku, tatasusila yang tinggi, baik hati, ramah tamah, boleh dipercayai, berpendirian

yang tetap, ikhlas dalam pengajaran dan sebagainya. Golongan guru adalah

golongan yang menjadi perhatian dan ikutan murid serta masyarakat melalui imej

positif yang ditunjukkan oleh para guru itu sendiri. Selain itu imej luaran bagi

seseorang guru juga memainkan peranan yang penting untuk membolehkannya

dianggap sebagai “role model”, iaitu melalui cara berpakaian yang baik, sopan,

berpatutan dan sentiasa kemas kerana cara berpakaian ini juga mencerminkan

keperibadian bagi seorang guru. Oleh yang demikian segala yang dilakukan oleh

guru menjadi suatu yang amat bermakna kepada murid-murid, masyarakat dan

juga Negara.

Seorang guru yang berprofesional juga mempunyai kemahiran mengurus

bilik darjah. Guru harus menyelesaikan tanggungjawabnya dengan sempurna. Guru

harus menguruskan dan menyediakan peraturan-peraturan yang perlu terdapat

dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlu menyediakan suasana yang kondusif

untuk murid-murid. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), persekitaran fizikal

bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran

Page 4: Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

Sugumar ganesan/sem8/EDU3108

guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah

yang menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-

perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot

dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu

diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk

pembelajaran. Oleh itu, murid-murid dapat menimba ilmu dengan suasana yang

tenang dan ceria. Contohnya menyediakan peraturan, jadual waktu, jadual tugas,

gambar-gambar menarik yang berkaitan dengan sukatan. Guru yang berprofesional

akan memberi ganjaran kepada murid-murid.

Secara kesimpulanya, dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan,

kita sebagai gurulah sebenarnya yang mempunyai peranan yang besar kerana ilmu

dan amalan guru adalah menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan.

Oleh kerana sistem pendidikan negara sentiasa berubah mengikut arus pemodenan

dunia, maka kita sebagai guru juga semestinya sentiasa bermahasabah diri agar kualiti

diri dan perkhidmatan kita adalah yang terbaik dan akan kekal sehingga tamat tempoh

perkhidmatan kita. Oleh itu, profesion keguruan dapat dibuktikan sebagai ia adalah satu

profesion yang professional.

Page 5: Sejauh Manakah Profesion Keguruan Dikatakan Sebagai Satu Profesion Yang Professional

Sugumar ganesan/sem8/EDU3108