Sekapur Sirih Guru Besar-2015

2
Sekapur Sireh Guru Besar SK Raja Chulan Salam Sejahtera kepada semua Alhamdulillah, jutaan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana mengizinkan saya menguntaikan sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Raja Chulan, Ipoh kali ke-13 ini. Tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Dipertua dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama iaitu mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Terima kasih juga kepada semua ibubapa, penjaga dan guru yang menjadi ahli kepada persatuan yang telah bertapak teguh dan menabur budi sejak sekian lamanya di sekolah ini serta sentiasa bekerja keras memberi sumbangan dalam membantu pihak sekolah sehingga mencapai tahap kini seterusnya menapak kearah kecemerlangan demi masa depan anak-anak kita semua. Saya yakin dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sekolah cemerlang. Bukan sahaja cemerlang akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Sekolah mempunyai visi dan misi kehadapan yang ingin dicapai iaitu menjadikan sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Untuk itu, kata pepatah ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’. Kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak kita melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid. Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi menghadiri serta menjayakan mesyuarat kita pada kali ini

description

pibg

Transcript of Sekapur Sirih Guru Besar-2015

Sekapur SirehGuru Besar SK Raja Chulan

Salam Sejahtera kepada semua

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana mengizinkan saya menguntaikan sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Raja Chulan, Ipoh kali ke-13 ini.

Tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Dipertua dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama iaitu mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Terima kasih juga kepada semua ibubapa, penjaga dan guru yang menjadi ahli kepada persatuan yang telah bertapak teguh dan menabur budi sejak sekian lamanya di sekolah ini serta sentiasa bekerja keras memberi sumbangan dalam membantu pihak sekolah sehingga mencapai tahap kini seterusnya menapak kearah kecemerlangan demi masa depan anak-anak kita semua.

Saya yakin dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sekolah cemerlang. Bukan sahaja cemerlang akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Sekolah mempunyai visi dan misi kehadapan yang ingin dicapai iaitu menjadikan sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Untuk itu, kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak kita melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi menghadiri serta menjayakan mesyuarat kita pada kali ini

HAJI SYED MUSA BIN SYED HASHIMGURU BESAR SK RAJA CHULAN31400 IPOH