sekolah bestari dan pendidikan sains
Transcript of sekolah bestari dan pendidikan sains
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
9 SEKOLAH BESTARI DAN PENDIDIKAN SAINS
9.0 Pengenalan
Bab ini menerangkan lima matlamat utama kurikulum sains bestari yang digubal untuk
mencapai Wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat ini disarankan jenis-jenis bahan
pengajaran sains dan tahap teknologi yang terdapat di sekolah. Dalam penyediaan
perisian pendidikan sains diutarakan juga beberapa pendekatan dan reka bentuk yang
sesuai dengan spesifikasi kurikulum dan pemetaan kurikulum sains. Akhir sekali bab ini
membincangkan sistem penilaian , penyediaan serta pengurusan rancangan mengajar
kurikulum sains bestari.
9.1 Objektif Bab
Bab ini bertujuan:
1. Memberi penerangan tentang matlamat kerajaan menwujudkan sekolah bestari dan
melaksanakan kurikulum sains bestari.
2. Mengenal pasti jenis-jenis dan tahap teknologi dalam pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran sains bestari.
3. Menerangkan perbezaan antara pedagogi dan pedagogi konvensional.
4. Memberi pengetahuan tentang organisasi kandungan dan kurikulum sains.
5. Menerangkan proses pelaksanaan pengujian dan penilaian pelajar mengikut sistem
Sekolah Bestari.
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
9.2 Sekolah Bestari dan Wawasan 2020
Malaysia sedang menuju ke arah membentuk masyarakat maju berteknologi
maklumat, matang dan kaya ilmu pengetahuan menjelang tahun 2020. Dalam Wawasan
2020 kerajaan menyarankan pembinaan persekitaran yang menggalakkan bagi penyertaan
yang inovatif dalam projek Koridor Raya Multimedia (KRM) (Multimedia Super
Corridor, MSC). Terdapat tujuh aplikasi ‘flagship’ di bawah KRM, dan salah satu
‘flagship’ ialah Sekolah Bestari. Objektif Sekolah Bestari ialah merevolusikan
pendidikan menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan pencapaian individu
pelajar dan ketrampilan diri menghadapi alaf baru. Suatu persekitaran teknologi
maklumat yang kondusif perlu diwujudkan untuk mencapai proses pembelajaran dan
pengajaran berkesan. Teknologi dapat membantu mengubah peranan guru dan pelajar
secara positif dengan bekerja secara koperatif supaya pelajar dapat mengawal dan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran yang mereka pilih (Walker and Rockman
1997).
Pada peringkat percubaan, kurikulum sains bestari dilaksanakan di 90 buah sekolah
di seluruh Malaysia. Melalui kurikulum sains bestari guru dapat menyediakan peluang
pembelajaran dan pengajaran untuk pelajar yang berbeza pencapaian, keperluan dan
kebolehan dalam kelas yang besar bilangannya. Kurikulum sains bestari digubal
berpandukan PEMETAAN KURIKULUM yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun 1997. Pendekatan ini bersifat persekitaran pembelajaran
berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai peringkat
pencapaian dan kebolehan. Matlamat ini dicapai melalui perancangan perisian komputer
yang rapi dan model pembelajaran berstrategi untuk kumpulan pelajar yang heterogenus
(Means Olsen 1995). Aktiviti dan penilaian diolah untuk memenuhi keperluan tiga
kumpulan pelajar yang berbeza iaitu kumpulan lemah (P1), sederhana (P2), dan
cemerlang (P3). Motivasi dan tumpuan pelajar mempelajari sains lebih tinggi apabila
belajar menggunakan teknologi kerana kepelbagaian pilihan pendekatan pembelajaran
disarankan kepada mereka (Mehlinger 1996).
160
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
9.3 Matlamat Kurikulum Sains Bestari
Kurikulum sains bestari digubal untuk mencapai lima matlamat utama yang
disarankan oleh Kementerian Pendidikan (1997). Dalam merangka kurikulum ini, faktor
kemanusian sebagai pengguna dan mesin komputer sebagai alat untuk mencapai ilmu
pengetahuan diharmonikan dengan sebaik mungkin untuk memenuhi matlamat berikut:
i. Membentuk Individu yang Seimbang dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
Matlamat ini boleh tercapai melalui kurikulum sains berbentuk
bersepadu secara menegak dan mendatar serta multidisiplin dan
interdisiplin. Dengan bantuan teknologi maklumat dirangka satu
proses pengajaran dan pembelajaran sains berasaskan teknologi
multimedia yang bersifat interaktif.
ii. Menyediakan Peluang untuk Meningkatkan Kekuatan dan Kebolehan Individu
Kemampuan seorang guru untuk mengikuti perkembangan, pencapaian, kebolehan dan
perbezaan setiap individu pelajar di dalam kelas yang besar adalah terbatas. Matlamat ini
dapat dicapai melalui penggunaan teknologi maklumat dengan mengambil kira faktor
perbezaan individu yang berbeza-beza kekuatan, kebolehan dan gaya menguasai sesuatu
unit pembelajaran.
iii. Mewujudkan Masyarakat Berfikir dan Celik Teknologi
Matlamat ini boleh dicapai melalui penglibatan semua lapisan masyarakat. Menghadiri
kelas komputer bukan lagi aktiviti tambahan atau minat semata-mata, tetapi menjadi satu
keperluan. Ini disebabkan pelajar, guru, ibu bapa, dan pentadbir pendidikan perlu celik-
teknologi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran anak-
anak di sekolah, berkomunikasi antara satu sama lain melalui Intenet dan mendapat
maklumat tentang aktiviti sekolah.
iv. Pendemokrasian Pendidikan
161
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Dalam sistem pendidikan sekarang, pendidikan sekolah rendah dan menengah bermula
pada umur 7 tahun hingga 17-18 tahun dan seterusnya ke peringkat pendidikan tinggi
mengikut kelayakan pelajar. Dalam sistem Sekolah Bestari pendemokrasian pendidikan
mengambil kira perbezaan individu, gaya dan tahap pencapaian.
v. Menambahkan Penyertaan Masyarakat dalam Pendidikan
Penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan badan-badan korporat dalam bidang pendidikan
tidak sekadar memberi derma bagi tujuan sukan dan persatuan-persatuan sekolah,
membekal buku dan alat bantu mengajar, tetapi juga mengambil bahagian dalam
pembaharuan pendidikan. Reka bentuk perisian era Sekolah Bestari memerlukan
penglibatan guru, ibu bapa , masyarakat dan kumpulan pendidik dalam menguasai
kemahiran teknologi maklumat.
9.4 Jenis-jenis Bahan Pengajaran Sains dan Tahap Teknologi
Bahagian ini akan membincangkan gabungan jenis-jenis bahan pengajaran
konvensional dan elektronik serta tahap teknologi yang diperlukan untuk pengajaran dan
pembelajaran sains. Bahan pengajaran konvensional ialah bahan bercetak seperti buku
teks, buku kerja, buku cerita, majalah, surat khabar, poster dan gambar, kad permainan,
bahan audio-visual seperti OHP, TV, kaset, radio, video, dan realia seperti organ
binatang, pokok, serangga, tanah dan lain-lain. Bahan elektronik pula ialah perisian
komputer, perisian simulasi, dan Internet Sites, yang diperolehi melalui browser dan
network.
Bagi Sekolah Bestari terdapat dua tahap teknologi, iaitu sekolah tahap A dan
sekolah tahap B. Sekolah tahap A mempunyai kemudahan seperti VCR yang dipusatkan
lengkap dengan peralatan siaran, OHP dan skrin, radio kaset, projektor LCD dan skrin,
papan putih magnetik, sistem pembesar suara, komputer untuk pentadbiran dengan sistem
pengurusan dan Internet, komputer dalam kelas dengan Internet, komputer dalam pusat
sumber dengan Internet, komputer guru dengan Internet, komputer makmal sains dengan
Internet, video konferensing dan bilik server. Sekolah tahap B pula mempunyai semua
162
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
kemudahan pada tahap A kecuali kemudahan VCR yang dipusatkan lengkap dengan
peralatan siaran dan sidang video.
Penyedian bahan pembelajaran dan pengajaran sains adalah untuk sekolah rendah
tahap 4 hingga 6 dan sekolah menengah bawah dan atas, iaitu tingkatan 1 hingga 5.
Jadual 9.1 meringkaskan tahap penggunaan teknologi di Sekolah Menengah Bestari.
Jadual 9.1 Penggunaan Teknologi di Sekolah Menengah Bestari
OHP dan skrin (1 setiap kelas)Bahan bantu mengajar utama untuk menggalakkan perbincangan dan menerangkan proses dan konsep sains.
Projektor LCD dan skrin (2 setiap sekolah)
Kumpulan besar mendapat faedah dan penyertaan dalam simulasi sains.
Komputer di pejabat dengan sistem pengurusan dan Internet (5 setiap sekolah)
Talian hubungan antara kelas, sekolah dan pihak berkuasa pendidikan untuk memantau program pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan pelajar.
Komputer-Internet dalam kelas (7 setiap kelas)
Setiap kelas sains terdapat kumpulan pelajar bekerja secara individu, pasangan dan kumpulan kecil. Penilaian berterusan juga mengguna komputer.
Komputer guru-Internet ( 30 setiap sekolah)
Sepanjang program komputer adalah penting untuk pengurusan kelas termasuk perancangan, pengujian dan pengukuran.
Makmal Komputer-Internet (2 makmal dengan 35 komputer setiap makmal)
Penggunaan perisian komputer untuk pelajar pelbagai aras pencapaian.
Pusat Pembangunan Multimedia-Internet (8 komputer dan asessori)
Guru menggunakan kemudahan untuk mereka cipta grafik sesuai dengan kehendak tempatan. Pelajar menghasilkan bahan pembelajaran.
Video KonferenPerbincangan antara pelajar dengan pakar sains . Sokongan berterusan dalam kurikulum sains dan personel.
9.5 Keperluan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains Bestari
163
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Pengajaran dan pembelajaran sains bestari adalah mengikut perkembangan kognitif
yang disarankan oleh ramai penulis. Mayer (1992), menyatakan bahawa pembelajaran
bestari merupakan pengawalan otak di mana semua maklumat diproses dan disimpan,
kemudian digunakan semula untuk menyelesai masalah. Menurut Woolfolk (1995),
pembelajaran secara penguasaan (mastery learning) melibatkan tiga pendekatan, iaitu
pembelajaran secara INTERAKTIF, BERSEPADU dan TERBIMBING (Guided,
interactive and integrated approach).
Perisian pendidikan sains perlu memenuhi enam kriteria penting, iaitu:
1. Sensitif : Sensitif terhadap perbezaan proses pembelajaran pelajar dan memenuhi
kehendak pelajar yang berbeza.
2. Diagnostik : Perisian mampu menentukan sama ada pelajar telah menguasai
sesuatu kemahiran atau belum. Beberapa siri ujian diagnostik untuk menguji tahap
penguasaan dan kemahiran pelajar disediakan.
3. Pakar : Berupaya memilih pendekatan yang betul, sesuai dan tepat dengan gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza-beza tanpa merencat perkembangan proses
pembelajaran.
4. Anjal : Berupaya mengubahsuai keadaan pembelajaran , dan aktiviti pembelajaran
yang berbeza-beza.
5. Interaktif : Sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan mengikut
kehendak dan kemampuan pelajar menjalankan aktiviti dan menjawab soalan .
6. Bersepadu : Menggabung jalin semua pendekatan seperti belajar secara individu dan
koperatif sambil menanam nilai murni.
9.6 Reka Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains Bestari
Konsep dalam pembelajaran bestari memerlukan interaksi pelajar dengan komputer.
Faktor psikologi perlu diberi perhatian dalam merangka perisian pendidikan sains
Sekolah Bestari. Pembelajaran bestari melibatkan pelajar berinteraksi dengan
persekitaran melalui penggunaan multimedia untuk menyelesaikan masalah, berfikir,
mencipta, menjalankan aktiviti dan berkreatif.
164
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Aspek-aspek yang perlu ada dalam perisian pendidikan sains ialah:
1. Peneguhan (Reinforcement)
Peneguhan merupakan ganjaran positif dalam proses pembelajaran untuk
menggalakkan pelajar bergerak ke aktiviti berikutnya.
2. Bentuk Rekod (Record form)
Kemajuan pelajar direkod dalam bentuk tingkah laku.
3. Latihan yang Positif (Positive Practice)
Respon yang betul sepanjang aktiviti pembelajaran dapat menguji kefahaman.
4. Unsur Tumpuan (Attention)
Unsur kritis, inovatif, jelas, penting dan menarik.
5. Daya Menyimpan maklumat (Retention)
Daya menyimpan, mengingat fakta-fakta penting dan dapat dipersembahkan dalam
pelbagai cara.
6. Hasil (Product)
Mengolah fakta dan menggunakannya untuk menghasilkan sesuatu produk.
7. Motivasi
Ciri memberi motivasi yang tinggi untuk menggalakkan pelajar menguasai
pembelajaran secara berterusan.
8. Pengurusan Diri
Pelajar dapat mengukur, menguji tahap perkembangan ,pencapaian dan kebolehan
sendiri dan memberi peneguhan kepada diri sendiri.
9. Bebas (Independent)
Pelajar bebas belajar mengikut gaya dan kadar sendiri, di samping guru sebagai
fasilitator.
9.7 Pedagogi Bestari Berbanding Pedagogi Konvensional
165
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Terdapat perbezaan yang ketara antara kaedah pengajaran bestari dengan kaedah
pengajaran konvensional (Jadual 9.2).
Jadual 9.2 Perbandingan antara pedagogi bestari dengan pedagogi konvensional
Konteks Kaedah Pedagogi Konvensional
Kaedah Pedagogi Bestari
Pelajar
pembelajaran ditentukan oleh guru
tugasan mudah
kemampuan individu dalam pembelajaran
menentukan sendiri bila, di mana dan bagaimana untuk belajar
berperanan aktif dalam pembelajaran berupaya belajar bersendirian dan
kumpulan tugasan lebih mencabar di mana
memerlukan pemikiran inkuisitif dan provokatif
berusaha untuk mengambil bahagian dan interaktif
Guru perancangan rutin ransangan terbatas
kepada teks persekitaran terkawal
perancangan anjal dan kreatif ransangan beraneka persekitaran terbuka kepada inkuiri guru sebagai fasilitator
Pendekatan
berpusatkan guru berpusatkan kandungan
pelajaran berpusatkan pengajaran berpusatkan hasil strategi terbatas
berpusatkan pelajar berpusatkan kemahiran berfikir berpusatkan pembelajaran berpusatkan proses berbagai strategi
Kelas susunan berstruktur
terbatas dalam kelas
susunan berubah-ubah bergantung kepada aktiviti dan tugasan
kelas tanpa sempadan
Kurikulum berasaskan objektif tumpuan kepada
pengetahuan
berasaskan proses tumpuan kepada pengetahuan,
kemahiran, koperatif dan nilai murni multidisiplin dan tematik kesepaduan ilmu secara menegak dan
mendatar Sumber( OHP, Video, Radio,
Perakam,Komputer,
TV dll)
dipusatkan sukar diperolehi digunakan sebagai
parameter pengajaran teknologi untuk
penerangan dan pemberitahuan
tidak dipusatkan senang diperolehi guna sebagai parameter untuk
pengajaran dan pembelajaran teknologi untuk penerangan ,
menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran
rujukan norma rujukan kriteria
166
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Pengujian kertas dan pensil masa dan tempat
ditetapkan
‘on-line’ atas permintaan
9.7 Spesifikasi Kurikulum untuk Sekolah Bestari
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyediakan maklumat yang terperinci tentang kurikulum sains Sekolah Bestari sekolah
rendah dan menengah, iaitu Spesifikasi Kurikulum untuk Sekolah Bestari : Sains KBSR
(Julai 1997) dan Spesifikasi Kurikulum untuk Sekolah Bestari : Sains KBSM (Julai 1997)
Spesifikasi ini menyerupai Huraian Sukatan Pelajaran sains KBSM.
Spesifikasi kurikulum tersebut mengandungi pemerihalan tentang matlamat dan
objektif pendidikan sains (KBSM), kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap
saintifik dan nilai murni, organisasi kandungan dan skop pengajaran dan pembelajaran
sains tahun 4 hingga tahun enam (sekolah rendah) dan tingkatan satu hingga tingkatan
lima (sekolah menengah).
9.8.1 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Sains Sekolah Bestari
Sukatan mata pelajaran sains (sekolah rendah dan menengah) Sekolah Bestari
sebahagian besarnya terdiri daripada sukatan pelajaran KBSR dan KBSM. Sains sebagai
bidang pengetahuan dibahagikan kepada tiga disiplin, iaitu kimia, fizik dan biologi.
Dalam keseluruhan kurikulum sains yang disediakan untuk sekolah rendah dan
menengah, beberapa tema atau topik telah disusun mengikut setiap disiplin. Jadual 9.3
menunjukkan tema-tema sains bagi sekolah menengah.
Jadual 9.3 Tema Sains mengikut disiplin bagi sekolah menengah
Biologi Fizik Kimia
B1 Manusia dan Kepelbagaian Hidupan
B2 Manusia dan Penyenggaraan Hidupan
F1 MekanikF2 TenagaF3 Elektromagnet dan
ElektronikF4 Teknologi dan
K1 Sumber-sumber Bumi dan Pengurusannya
K2 Kajian tentang Jirim
167
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
B3 Manusia Kesinambungan Hidup
B4 Manusia dan Pengurusan Alam Sekitar
Penerokaan Angkasa Lepas
K3 Interaksi antara Bahan
K4 Penggunaan dan Pengurusan Bahan Sintetik
Setiap tema dalam disiplin seterusnya dibahagikan kepada beberapa bidang
pembelajaran. Pembahagian ini ditunjukkan dalam Jadual 9.4 bagi sekolah menengah.
Jadual 9.4 Bidang pembelajaran mengikut displin
BIOLOGI FIZIK KIMIAB1 Manusia dan Kepelbagaian Hidupan
B1.1 Kepelbagaian Hidupan dan PengelasannyaB1.2 Ciri-ciri Umum HidupanB1.3 Mikroorganisma dan Kesannya kepada Kehidupan
B2 Manusia dan Penyenggaraan Hidup
B2.1 Sel sebagai Unit Asas HidupanB2.2 Organ-organ DeriaB2.3 KordinasiB2.4 Sokongan dan PergerakanB2.5 NutrisiB2.6 Pengeluaran dan Teknologi MakananB2.7 RespirasiB2.8 Peredaran Daran dan PengangkutanB2.9 Pengawalan Persekitaran Dalam
B3 Manusia dan Kesinambungan Hidup
B3.1 PembiakanB3.2 PertumbuhanB3.3 Variasi dan Keturunan
B4 Manusia dan Pengurusan Alam
K1 Sumber Bumi dan Pengurusannya
K1.1 Bahan Semula Jadi dan BuatanK1.2 Sumber Asas BumiK1.3 Udara di Sekeliling KitaK1.4 Pengurusan Sumber AirK1.5 Mineral yang di Lombong
K2 Kajian tentang Jirim
K2.1 JirimK2.2 Jadual Berkala dan Struktur AtomK2.3 Ikatan KimiaK2.4 Sebatian KarbonK2.5 Unsur dan Sebatian
K3 Interaksi antara Bahan
K3.1 Asid, Bes dan GaramK3.2 ElektronikimiaK3.3 Pengoksidan dan PenurunanK3.4 Tenaga dan Perubahan KimiaK3.5 Kadar Tindakan Balas
K4 Penggunaan dan Pengurusan Bahan Sintetik
K4.1 Bahan SintetikK4.2 Bahan Kimia untuk Pertanian
F1 Mekanik
F1.1 KuantitiFizikF1.2 Sifat JirimF1.3 KinematikF1.4 Dinamik
F2 Tenaga
F2.1 Bentuk TenagaF2.2 CahayaF2.3 HabaF2.4 Tenaga MekanikF2.5 GelombangF2.6 Tenaga Atom dan Nuklear
F3 Keelektromagnetan dan Elektronik
F3.1 KemagnetanF3.2 KeelektrikanF3.3 KeelektromagnetanF3.4 Elektronik
F4 Teknologi dan Angkasa Lepas
F4.1 Bumi, Bulan dan MatahariF4.2 Fungsi dan Perkembangan TeknologiF4.3 Mesin RingkasF4.4 AstronomiF4.5 Sains Angkasa LepasF4.6 Mesin Instrumen, Peranti dan Alat
168
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Sekitara
B4.1 Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam SekitarB4.2 Saling Bersandaran dan Interaksi antara Hidupan dan Alam SekitarB4.3 Pengurusan Alam SekitarB4.4 Keseimbangan Alam Semula Jadi
K4.3 Bahan Kimia untuk PenggunaK4.4 Kesan Bahan Sintetik ke atas Alam Sekitar
Bidang-bidang pembelajaran diagihkan kepada tahun pengajian (darjah atau
tingkatan) dan merupakan skop pembelajaran yang perlu dihabiskan dalam tahun
pengajian berkenaan. Agihan bidang-bidang pembelajaran untuk sekolah menengah
(tingkatan 1-5), pembelajaran ditunjukkan dalam Jadual 9.5.
Jadual 9.5 Agihan bidang pembelajaran sains sekolah menengah
Tingkatan Bidang Pembelajaran Biologi
Bidang Pembelajaran
Kimia
Bidang Pembelajaran Fizik
1
B1.1 Kepelbagaian
Hidupan dan
Pengelasan
B2.2 Organ-organ DeriaB2.5 Nutrisi
K1.2 Sumber Asas BumiK1.3 Udara di Sekeliling Kita
F1.1 Kuantiti FizikF2.1 Bentuk TenagaF4.2 Fungsi dan Perkembangan TeknologiF4.3 Mesin Ringkas
2
B2.7 RespirasiB4.1 Pemuliharaan dan Alam SekitarB4.2 Saling
Bersandaran dan Interaksi antara Hidupan dan Alam Sekitar
K1.4 Pengurusan Sumber AirK2.1 Jirim
F1.2 Sifat JirimF3.2 KeelektrikanF4.4 Astronomi
3
B3.1 PembiakanB3.2 PertumbuhanB4.4 Keseimbangan Alam Semula Jadi
K1.5 Mineral yang di Lombong
F1.1 Kuantiti FizikF1.3 KinematikF1.4 DinamikF2.4 Tenaga Mekanik
4
B1.3 Mikroorganisma dan Kesannya kepada Hidupan
B2.5 Nutrisi
K2.2 Jadual Berkala dan Struktur AtomK2.4 Sebatian Karbon
F1.2 Sifat JirimF1.4 DinamikF2.2 CahayaF2.3 Haba
169
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
F2.6 Tenaga Atom dan Nuklear
5
B2.6 Pengeluaran dan Teknologi Makanan
B3.2 PertumbuhanB3.3 Variasi dan KeturunanB4.3 Pengurusan Alam Sekitar
K3.1 Asid Bes dan GaramK4.1 Bahan Sintetik dalam PerindustrianK4.2 Bahan Kimia untuk PertanianK4.3 Bahan Kimia untuk PenggunaK4.4 Kesan Bahan
Sintetik ke atas Alam Sekitar
F2.5 GelombangF3.2 KeelektrikanF3.4 ElektronikF4.6 Mesin, Instrumen dan Alat
Organisasi kandungan sains sekolah rendah juga dilakukan dengan cara yang sama,
iaitu berdasarkan tema-tema mengikut disiplin, bidang pembelajarn serta agihan bidang
pembelajaran kepada tiga tahun pengajian (darjah 4, 5 dan 6). Jadual 9.6 menunjukkan
agihan bidang pembelajaran sains sekolah rendah.
Jadual 9.6 Agihan bidang pembelajaran sains sekolah rendah
Tahun Bidang Pembelajaran I(Fizik)
Bidang Pembelajaran II(Biologi)
Bidang Pembelajaran III(Kimia)
4
F 1.1 Kuantiti Fizik
F 2.2 Cahaya
F 3.3 Kemagnetan
B1.1 Kepelbagaian hidupan dan pengelasannya
B 1.2 Ciri-ciri umum hidupan
K 1.1 Bahan semula jadi dan buatan
5
F 2.1 Bentuk Tenaga
F 2.3 Haba
F 4.1 Bumi, Bulan dan Matahari
B 4.2 Saling bersandaran dan interaksi di antara benda hidup dan alam sekitar.
K 1.4 Pengurusan sumber air
K 3.1 Asid, bes dan garam
6
F 1.1 Kuantiti Fizik
F 3.2 Keelektrikan
F 4.1 Bumi, Bulan dan Matahari
B 2.6 Pengeluaran dan teknologi makanan
B 4.1 Pemuliharaan dan pemeliharaan
K 1.4 Pengurusan sumber air
K 2.5 Unsur dan sebatian
9.8.2 Skop Serta Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
170
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Spesifikasi kurikulum juga memperihalkan tentang skop serta aktiviti pengajaran
dan pembelajaran setiap darjah dan tingkatan. Objektif pengajaran yang terperinci
dinyatakan untuk setiap tahun pengajian.
Setiap bidang pembelajaran mengandungi satu atau lebih objektif umum yang
seterusnya dikembangkan kepada hasil pembelajaran yang dihasratkan. Hasil
pembelajaran yang dihasratkan adalah dalam bentuk objektif kelakua. Hasil pembelajaran
yang dihasratkan mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran skop saintifik dan nilai-
nilai murni.
Setiap hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis berdasarkan aras, iaitu A1, A2
dan A3. L1 adalah aras yang paling asas dan boleh dikuasai oleh semua murid termasuk
yang lemah. L2 adalah aras sederhana yang perlu dikuasai oleh kebanyakan murid. L3
lebih mencabar dan dibina untuk murid pintar. Semua maklumat ini dipersembahkan
dalam bentuk jadual yang terdiri daripada tiga lajur, iaitu Bidang Pembelajaran, Hasil
Pembelajaran Yang Dihasratkan dan Pengalaman Pembelajaran Yang Dirancangkan.
Sebagai contoh, Jadual 9.7 menunjukan petikan daripada Spesifikasi Kurikulum tentang
Nutrisi, iaitu satu bidang pembelajaran tingkatan 1.
Jadual 9.7 Contoh huraian tentang pengajaran dan pembelajaran Nutrisi
Bidang Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Yang Dihasratkan Pengalaman Pembelajaran Yang Dirancangkan
7B2.5Nutrisi
1. Mengetahui kelas-kelas makanan.A1 : Menyatakan kelas-kelas makanan
iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, pelawas dan air.
A2 : Mengenal pasti ujian makanan spesifik bagi kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein, lemak dan vitamin C.
A3 : Mengkaji kehadiran protein, karbohidrat dan lemak dalam pelbagai jenis makanan.
2. Menyedari kepentingan gizi
Mengadakan “Cyberchat” dengan pakar gizi, pakar pemakanan dan personel yang relevan.
Menjalankan ujian makanan untuk kelas makanan tertentu.
171
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
seimbang dan keperluan kalori.
A1 : Menyatakan makna gizi seimbang berdasarkan kandungan dan perkadarannya.
A2 : Mengumpul dan menjadualkan maklumat tentang nilai kalori karbohidrat, protein dan lemak.
Menulis laporan tentang kesan kekurangan nutrien ke atas kesihatan.
Menerangkan keperluan kalori seseorang individu berdasarkan seks, saiz badan, umur dan aktiviti fizikal.
A3 : Menyiasat dan melaporkan tentang nilai dalam sampel makanan tertentu.
Mengumpul maklumat dan menulis laporan ringkas tentang masalah kesihatan yang berkaitan dengan nutrisi seperti kegendutan, anoreksia nervosa, malnutrisi dan kekurangan nutrisi.
Menyelidik dan menuliskan laporan tentang bagaimana gizi makanan yang kaya engan kolesterol, garam atau gula boleh mempengaruhi kesihatan seseorang dan menyebabkan penyakit tertentu. Aspek-aspek seperti simtom-simtom penyakit dan cara-cara mengawal dan mengatasinya perlu disetakan dalam laporan tersebut.
Mengendalikan eksperimen untuk menguji kehadiran protein, karbohidrat dan lemak dalam pelbagai jenis makanan.
Menubuhkan kumpulan dan mengambil bahagian dalam “newsgroup” yang berkaitan dengan nutrisi dan kesihatan.
Melawat “Internet” dan “Intranet”.
(Sumber: Spesifikasi Kurikulum untuk Sekolah Bestari : Sains KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum 1997, hal. 6-7)
9.9 Penilaian Dalam Kurikulum Sains Bestari
Sistem penilaian sains bestari melibatkan empat aspek penting iaitu, kurikulum,
pedagogi, bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian itu sendiri. Ciri-ciri utama
yang perlu terdapat dalam setiap penilaian ditunjukkan dalam Jadual 9.8.
172
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Jadual 9.8 Ciri-ciri utam penilaian sains bestari
KurikulumPedagogiPenilaian CIRI-CIRI
1.Holistik2.Berasaskan Elemen3.Rujukan Kritiria4.Berpusat pelajar5.On-line6.Penilaian berbagai
bentuk7. Pendekatan pelbagai
bentuk dan instrumen8. Berterusan
FAEDAH1. Membantu mencapai
Falsafah Pendidikan Negara
2. Memastikan Kualiti Penilaian
3. Fleksibel dan Mesra-pelajar
4. Mengambarkan pencapaian pelajar yang sebenar, kesediaan pelajar, perkembangan pelajar, aptitud pelajar, gaya pembelajaran dan kebolehan pelajar.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Rajah 9.1 Pendekatan penilaian dalam perisian sains
Penilaian sains perlu mengukur Kesediaan, Perkembangan, Pencapaian dan
Aptitud pelajar (Rajah 9.1). Sebelum memulakan sesuatu topik, tahap kesediaan pelajar
173
Aptitud Kemajuan
Pencapaian Kesediaan
RUJUKANKRITERIA
HOLISTIK
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
dinilai. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tentang konsep
baru yang akan dipelajari. Penilaian perkembangan bertujuan memantau secara
berterusan pelajar yang telah mencapai objektif pengajaran Kekuatan dan kelemahan
pelajar dikenal pasti dan direkodkan. Penilaian pencapaian penting untuk menentukan
sama ada pelajar layak mengikuti bidang pembelajaran yang berikutnya. Penilaian
aptitud setiap pelajar bertujuan mengenal pasti gaya pembelajaran serta tahap kecerdasan
pelajar.
Sebagai contoh, untuk tajuk tingkatan 4, dalam bidang pembelajaran
Mikroorganisma Dan Kesannya Ke Atas Hidupan, terdapat beberapa kemahiran yang
perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran-kemahiran ini dinilai mengikut tiga peringkat
pelajar, dari A1 yang mudah kepada A2 yang sederhana sukar kepada A3 yang sukar.
Jadi pelajar tahap A1 sepatutnya dapat mengklasifikasikan jenis-jenis mikroorganisma,
pelajar tahap A2 dapat membezakan mikroorganisma yang memberi faedah dengan
yang memudaratkan manakala pelajar di tahap A3 seharusnya dapat melaporkan kesan
mikroorganisma ke atas hidupan.
9.10 Penyediaan dan Pengurusan Rancangan Mengajar Sains Bestari
Terdapat tiga jenis penyediaan rancangan mengajar, iaitu:
Rancangan mengajar untuk pelajar peringkat asas (A1)
Rancangan mengajar untuk pelajar peringkat pertengahan (A2)
Rancangan mengajar untuk pelajar peringkat tinggi (A3)
Format rancangan mengajar sains melalui sistem pengurusan ‘server’ adalah seperti
berikut:
FORMAT RANCANGAN MENGAJAR UNTUK PERISIAN SAINS
Tarikh:
Masa:
Tingkatan : 1
174
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Unit: 1
Topik: Kepelbagaian hidupan dan pengelasannya
Kemahiran:
Manipulatif
Berfikir : Membuat inferens
Tujuan:
Peringkat pelajar : Asas
Objektif:
Aktiviti : 1.
2
3
Tugasan:
Bahan pengajaran:
Peringkat pelajar : Pertengahan
Objektif:
Aktiviti : 1
2
3
Tugasan :
Bahan pengajaran:
Tahap pelajar : Tinggi
Objektif :
Aktiviti : 1
2
3
Tugasan:
Bahan pengajaran:
Bab atau bahagian rancangan mengajar dipusatkan pada menu utama. Guru
menggunakan bab ini dengan menyesuaikan rancangan mengajar mengikut tahap pelajar
serta memantau perkembangan pelajar berkenaan.
175
Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
Konsep bab rancangan mengajar ini dapat disambungkan ke pangkalan data untuk
memantau perkembangan pelajar sehingga proses penilaian di akhir setiap unit
pembelajaran.
Interaksi pelajar dengan perisian pendidikan sains melibatkan beberapa langkah.
Mula-mula pelajar memasukkan maklumat diri dan guru memilih bab rancangan
mengajar yang tertera di menu utama untuk pelajar berkenaan. Setelah tajuk dipilih,
pelajar mempelajari mengikut bab yang telah disediakan dalam perisian. Aktiviti dan
tugasan dapat dijalankan pada akhir setiap unit dan pelajar menduduki ujian penilaian dan
keputusannya di rekodkan. Akhir sekali, keputusan ujian dipamerkan untuk makluman
pelajar. Pelajar kembali ke menu utama.
9.11 Rumusan
Bab ini telah membincangkan konsep sekolah bestari dan implikasinya terhadap
pendidikan sains di Malaysia. Pendidikan bestari membawa perubahan kepada semua
aspek pendidikan sains, iaitu kurikulum, pendekatan pengajaran dan pengajaran serta
penilaian. Walaupun tumpuannya adalah kepada penggunaan teknologi maklumat dan
multimedia, namun pendekatan konvensional tetap juga memainkan peranan yang
penting. Oleh sebab pendidikan bestari merupakan satu reformasi pendidikan yang
melibatkan penggunaan teknologi komputer dan teknologi maklumat secara
komprehensif, setiap guru sains perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
mantap dalam kedua-dua aspek berkenaan.
LATIHAN
1. Nyatakan lima matlamat penubuhan dan pelaksanaan Sekolah Bestari.
2. Nyatakan perbezaan di antara pedagogi bestari dengan konvensional.
3. Apakah ciri-ciri dan faedah penilaian dalam sistem penilaian bestari?
176
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 9: Sekolah Bestari dan Pendidikan Sains
4. Lima kriteria utama telah disarankan dalam bab ini untuk menwujudkan perisian
pendidikan sains. Bincangkan kriteria-kriteria ini dalam membina reka bentuk
pengajaran dan pembelajaran sains bestari.
RUJUKAN
Colin, P.R. & Malcom, J.N. 1997. Accelerated learning into the 21st . century: the six-steps plan to unlock your master-mind. New York: Mac Millan Publishing Co.
Eleanot, R.L. & Barbara, L.G. 1995. Constructivism: its foundations and applications. Educational Technology. Volume 14. (Selected Bibliography).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Spesifikasi Kurikulum untuk Sekolah Bestari: Sains KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997 Spesifikasi Kurikulum untuk Sekolah Bestari: Sains KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mayer, R. A. 1992. Hypermedia learning environments : instructional design and integration. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall
Means, D.S. & Olsen, C.B. 1995. Technologies and development of intellectual skill. Boston : Allyn and Bacon
Mehlinger, A.D. 1996. Technology versus traditional classroom . London : Kogan Page
Myron, H.D. 1994. Applying educational psychology in the classroom. New York: Mac Millan Publishing Co.
Pogrow, A.J. 1996. Cognition and technology development. Vanderbilt University, New Jersey: Prentice-Hall.
Walker, D.A & Rockman, F.S. 1997. Technology and heterogeneous students. New York: Mac Millan Publishing Co.
Woolfolk, D.A.1995. Design of cognitive development and learning instruction for multimedia . New York: Mac Millan Publishing Co.
.
177