Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit

13
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT KM.31, JALAN NAKA,06350 POKOK SENA KEDAH DARUL AMAN. PROGRAM BIJAK LINUS 1.0PENDAHULUAN LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas Literasi ( Bahasa Malaysia ) dan kemahiran asas Numerasi ( Matematik ) semasa di tahap 1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid- murid yang mempunyai masalah 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO). Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada). 1

Transcript of Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKITKM.31, JALAN NAKA,06350 POKOK SENAKEDAH DARUL AMAN.

PROGRAM BIJAK LINUS

1.0 PENDAHULUAN

LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas Literasi ( Bahasa Malaysia ) dan kemahiran asas Numerasi ( Matematik ) semasa di tahap 1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO). Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada). Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses Saringan Saringan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan Amalan Pedagogi Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan Menyelia Pemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat Daerah Merupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya. Di peringkat sekolah, semua guru Bahasa Malaysia dan Matematik dilantik sebagai pelaksana bagi menjalankan tanggungjawab bagi menjayakan Program NKRA ini. Menyedari kepentingan di atas maka, pihak sekolah terpanggil untuk melaksanakan pelbagai program bagi membantu murid-murid LINUS. Sehubungan itu, Program Bijak LINUS dirangka bagi memastikan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit berupaya mengurangkan peratus tidak menguasai LINUS dalam saringan yang telah ditetapkan.

2.0 RASIONAL

Program Bijak LINUS ini dilaksanakan bagi membantu mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 12 di samping meningkatkan pencapaian dalam kemahiran membaca dan mengira. PrograM Bijak LINUS dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil.

3.0 MATLAMAT

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira serta mengurangkan jumlah murid yang tidak menguasai dalam Saringan 1. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid LINUS tegar.

4.0 OBJEKTIF

Membantu murid menguasai kemahiran membaca. Membantu murid menguasai konsep asas matematik. Mensifarkan murid tegar dalam Literasi dan Numerasi Mensasarkan pencapaian yang lebih baik untuk melangkah ke tahap dua. Mengenal pasti zon kelemahan murid dalam kedua-dua subjek dan mengambil tindakan susulan.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PdP

Aktiviti yang menyeronokkan Mencabar Latih tubi Bermakna Bermain sambil belajar.

6.0 BAHAN

Kad-kad Perkataan Buku Bacalah Sayang Kit Pembelajaran Lembaran Kerja

7.0 JUSTIFIKASI

1) Tahun Satu Tidak mengenal huruf vocal dan konsonan Menulis hurus secara terbalik. Lambat menerima dan memahami pengajaran guru2) Tahun 2 Tidak mengenal huruf konsonan sepenuhnya. Menulis terbalik. Tidak boleh membaca sukukata tertutup, perkataan digraph, diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung.8.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 1 dan tahun 2

9.0 TEMPAT DAN MASA

Bilik Darjah 1 Cemerlang Bilik Darjah 1 Pintar Bilik Pemulihan Bilik Darjah Tahun 2 Hari : Selasa dan Rabu Masa : 12.45 -1.30 tengah hari

10.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BIJAK LINUS 2014

Pengerusi: Puan Rozinar bt Abdul Hamid ( GB ) Timbalan Pengerusi: Encik Mohd Azhar bin Ahmad ( PK 1 ) Naib Pengerusi 1: Pn. Hasiroh bt Haji Hashim ( PK HEM ) Naib Pengerusi 2: En. Mohd Yusof Haji Yaakob ( PK Ko ) Setiausaha: Pn. Hajah Rashadah Haji Isa Bendahari: Pn. Azizah bt Osman AJK: Pn Maznah bt Shuib: En. Zakaria bin Ismail ( Guru Kaunseling ): En. Abdul Rahman bin Saad ( G.Pemulihan): En. Rosli bin Abdul Rashid ( G.Pem.Khas )

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pn. Hajah Rashadah Bt Haji Isa Pn. Azizah Bt Osman Pn Maznah Bt Shuib ( Guru B.Inggeris ) En. Abdul Rahman bin Saad En. Rosli bin Abdul Rashid Pn. Salmeh Hassan ( Tahun 2 ) Pn. Rahayu Hamzah ( Tahun 2 )

12.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Murid dibahagikan mengikut tahap penguasaan konstruk. Murid dibimbing mengikut strategi pdp yang dirancang.

13.0 PENUTUP

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu yang ditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa, program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan. Pihak sekolah juga berharap agar semua waris dapat menghulurkan tangan bagi menjayakan program ini dari segala segi mengikut kemampuan.Doa dan harapan agar segala perancangan kita diberkati oleh Allah s.w.t seterusnya membuahkan kejayaan untuk anak didik SKKB.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.( PN.HAJAH RASHADAH HJ ISA)Setiausaha Program Bijak LINUS SKKB )

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BIJAK LINUS 2014SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKITKM.31 JALAN NAKA,06350 POKOK SENAKEDAH DARUL AMAN.

PENGERUSI: PN.ROZINAR BT ABDUL HAMID TIMB.PENGERUSI: EN. MOHD AZHAR BIN AHMAD NAIB PENGERUSI 1: PN.HASIROH BT HJ HASHIM NAIB PENGERUSI 2: EN MOHD YUSOF BIN HJ YAAKOB SETIAUSAHA: PN. HAJAH RASHADAH HJ ISA BENDAHARI: PN.AZIZAH BT OSMAN AJK: PN. MAZNAH BT SHUIB: EN. ZAKARIA BIN ISMAIL: EN. ABDUL RAHMAN BIN SAAD: EN. ROSLI BIN ABDUL RASHID: PN. SALMEH BT HASSAN: PN.RAHAYU BT HAMZAH

JAWATANKUASA PELAKSANAPROGRAM BIJAK LINUSTAHUN 1& 2 ( 2014 )

GURU TAHUN 1 CEMERLANG Pn. Hajah Rashadah Haji Isa GURU TAHUN 1 PINTAR Pn. Azizah Bt Osman GURU TAHUN 2 PINTAR Pn. Salmeh Bt Hassan ( BM ) Pn. Rahayu Bt Hamzah ( MT ) GURU BAHASA INGGERIS Pn. Maznah Bt Shuib GURU PEMULIHAN En. Abdul Rahman Bin Saad GURU PEMULIHAN KHAS En. Rosli Bin Abdul Rashid

ANGGARAN PERBELANJAANBILBUTIR PERBELANJAANJUMLAH

1.

1.

2.Saguhati Guru1 orang = RM 10 x 8 kali sebulan = RM 80.004 0rang = RM

Hari Interaksi Warisa).Makan & Minum RM 2.50 x 40 = RM100.00Programa).Bahan /sumber pdp RM 10.00 X 42 = RM 420.00b).Makan & minum murid RM 1.50 X 42 = RM 63.00

RM 100.00

RM 420.00RM 63.00

RM 583.00

Disediakan oleh, disahkan oleh,..( Pn. Hajah Rashadah hj isa )9