Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

7
Seksyen 181(1) Mana-mana ahli atau pemegang debenture syarikat atau dalam kes syrikat yang diisytiharkan di bawah Bahagian IX, boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah di bawah seksyen ini atas alas an- alasan berikut: a) Bahawa hal ehwal syrikat adalah dikendalikan atau kuasa pengarah adalah dijalankan dengan cara yang menindas kepada satu atau lebih ahli atau pemegang debenture termasuk dirinya sendiri atau dengan tidak mengambilkira dirinya atau kepentingan mereka sebagi ahli, pemegang saham atau pemegang debenture syarikat atau b) Bahawa beberapa jumlah tindakan syarikat telah dibuat atau diugut atau bahawa beberapa resolusi ahli, pemegang debenture atau mana-mana kelas darinya telah diluluskan atau dicadangkan yang mana didiskriminasikan secara tidak adil atau selainnya prejudis pada satu atau lebih ahli atau pemegang debenture(termasuk dirinya). Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa salah satu daripada alasaan-alasan di atas telah dibuktikan, maka mahkamah boleh mengeluarkan apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai menurut seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 untuk mengakhiri atau meremedikan perkara-perkara yang diadukan. Seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 181(2) Jika di atas permohonan Mahkamah berpendapat bahawa sama ada salah satu dari alas an telah dibuktikan, Mahkamah boleh dengan pandangan bahawa untuk mengakhiri atau meremedi perkara- perkara yang diadukan, membuat apa-apa perintah yang difikirkan sesuai dan tanpa prejudis pada kehendak umum, perintah itu seterusnya boleh: a) Mengarahkan atau menghalang apa-apa perbuatan untuk membatalkan atau mengubah apa-apa transaksi atau resolusi

Transcript of Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

Page 1: Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

Seksyen 181(1)

Mana-mana ahli atau pemegang debenture syarikat atau dalam kes syrikat yang diisytiharkan di bawah Bahagian IX, boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah di bawah seksyen ini atas alas an-alasan berikut:

a) Bahawa hal ehwal syrikat adalah dikendalikan atau kuasa pengarah adalah dijalankan dengan cara yang menindas kepada satu atau lebih ahli atau pemegang debenture termasuk dirinya sendiri atau dengan tidak mengambilkira dirinya atau kepentingan mereka sebagi ahli, pemegang saham atau pemegang debenture syarikat atau

b) Bahawa beberapa jumlah tindakan syarikat telah dibuat atau diugut atau bahawa beberapa resolusi ahli, pemegang debenture atau mana-mana kelas darinya telah diluluskan atau dicadangkan yang mana didiskriminasikan secara tidak adil atau selainnya prejudis pada satu atau lebih ahli atau pemegang debenture(termasuk dirinya).

Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa salah satu daripada alasaan-alasan di atas telah dibuktikan, maka mahkamah boleh mengeluarkan apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai menurut seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 untuk mengakhiri atau meremedikan perkara-perkara yang diadukan.

Seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan:

181(2) Jika di atas permohonan Mahkamah berpendapat bahawa sama ada salah satu dari alas an telah dibuktikan, Mahkamah boleh dengan pandangan bahawa untuk mengakhiri atau meremedi perkara-perkara yang diadukan, membuat apa-apa perintah yang difikirkan sesuai dan tanpa prejudis pada kehendak umum, perintah itu seterusnya boleh:

a) Mengarahkan atau menghalang apa-apa perbuatan untuk membatalkan atau mengubah apa-apa transaksi atau resolusi

b) Mengatur tindakan hal ehwal syarikat pada masa hadapanc) Memperuntukan untuk membeli syer atau debenture syarikat atau oleh syarikat itu

sendirid) Dalam kes pembelian syer oleh syarikat, memperuntukkan untuk pemotongan kerana

itu terhadap modal syarikat ataue) Memperuntukkan supaya syarikat digulungkan

Perkataan penindasan telah ditakrifkan oleh Viscount Simonds dalam kes Scottish Co. Operative Wholesale Society Ltd lwn Meyer (1959) AC 324 sebagai bebanan, salahlaku dan kasar.Kuckley LJ’s dalam kes Re Jerman Turkish Baths Ltd menyatakan bahawa penindasan berlaku apabila pemegang syer mempunyai kuasa istimewa dalam syarikat sama ada:

Page 2: Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

i) “Telah menjalankan kuasanya yang telah mengakibatkan sesuatu yang telah dijalankan atau tidak dijalankan dalam perhubungannya dengan syarikat” atau

ii) “Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kuasanya bahawa sesuatu tidak dilakukan dalam hal ehwal syarikat dan bilamana perbuatan itu tidak adil dilakukan kepada ahli-ahli syarikat atau sebahagian dari mereka”.

KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNAAN SEKSYEN 181(1) AKTA SYARIKAT 1965

1. Remedi boleh dituntut mengikut peruntukan seksyen ini terhadap seseorang individu yang menpunyai kuasa dominan di dalam syarikat.

Kebiasaannya, kita menagtakan seseorang itu mempunyai kuasa dominan jika dia menguasai undi mejoriti. Ini boleh berlaku contohnya apabila dia memegang syer yang banyak. Walaubagaimanapun, seseorang itu mungkin mempunyai kuasa dominan di dalam syarikat walaupun dia tidak menguasai undi majoriti. Perkara ini boleh berlaku contohnya apabila kuasa dominan ini diperolehi melalui peruntukan artikel.

2. Perbuatan yang didakwa itu mestilah melebihi daripada dakwaan bahawa pihak yang dominan tersebut telah menjalankan kuasa pengundian majoritinya.

Ini bermakna dakwaan itu mestilah serius dan melibatkan berlakunya unsur-unsur penindasan. Jika ianya hanya dakwaan yang mengatakan bahawa pihak dominan telah menjalankan kuasa pengundian majoriti mereka, remedy tidak layak dipohon. Ketidaksefahaman berkenaan dengan polisi atau pengurusan syarikat tidak melayakkan seseorang ahli memohon remedy di bawah seksyen 181 Akta Syarikat 1965.

Dalam kes Re Kong Thai Sawmills (Miri) Sdn. Bhd, syarikat Kong Thai Sawmills dimiliki oleh enam orang adik beradik. Salah seorang daripada mereka iaitu Ling Beng Sung memegang 2.5 peratus saham syarikat. Sementara Beng Siew dan Beng Siong memegang saham yang berjumlah 63.5 peratus. Beng Siew merupakan pengerusi lembaga pengarah dan Beng Siong merupakan pengarah syarikat. Ling Beng Sung merupakan bekas pengarah syarikat. Dalam kes ini, Ling Beng Sung telah membuat dakwaan terhadap dua saudaranya iaitu Beng Siew dan Beng Siong serta syarikat atas alasan berlakunya penindasan terhadap beliau. Di antara dakwaan berlakunya penindasan ialah:

i) Pinjaman kepada Harun Ariffin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak tidak mendapat persetujuan minoriti

ii) Pembelian dan pengubahsuaian kapal oleh sayrikat tidak member faedah kepada pihak minoriti

iii) Derma yang dikeluarkan untuk parti politik tertentu tidak mendapat persetujuan minoriti

Page 3: Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

iv) Pengeluaran wang syarikat oleh Beng Siew dan Beng Siong adalah merupakan penyalahgunaan wang syarikat dan

v) Pendahuluan dan pelaburan dibuat dalam beberapa syarikat usahasama.

Mahkamah memutuskan hanya isu (iv) sahaja yang menunjukkan berlakunya penindasan, iaitu bilamana wang syarikat dikeluarkan untuk kepetingan sendiri dan bukan kepentingan syarikat.

3. Tindakan yang didakwakan itu mestilah member keasn kepada ahli tersebut di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli.

Sekiranya tindakan yang dipertikaikan itu meberi keasn kepada ahli di dalam kedudukannya yang selain daripada ahli, misalnya sebagai seorang pengarah, maka seksyen 181(1) tidak terpakai. Contohnya, seorang pengarah yang merasakan pengarah-pengarah lain telah mengenepikannya daripada pengurusan syarikat secara tidak adil. Sekiranya keadaan ini berlaku, pengarah tersebut tidak layak untuk memohon remedy di bawah seksyen 181 Akta Syarikat 1965. Walau bagaimanapun, jika seseoarang itu ditindas di dalam kedudukannya sebagai seoarang ahli, dia mungkin juga akan mendapat remedi daripada tindakan tersebut yang mungkin memberi kesan kepadanya di dalam kedudukannya yang lain juga.

Dalam kes Re Chi Liung & Sons Ltd, pemohon memohon remedy di atas dua sebab, iaitu pengenepian jawatan sebagai pengarah syarikat dan pemindahan sebahagian daripada saham kepada responden. Syarikat telah diperbadankan oleh Chi Liung yang telah mengendalikan syarikat tersebut sehingga ke akhir hayatnya. Beliau mempunyai kuasa untuk melantik pengarah syarikat dan telah melantik pemohon untuk jawatan itu. Semasa kematian Chi Liung, pertelingkahan telah berlaku. Ini adalah kerana beliau telah melantik kedua-dua pemohon dan responden sebagai pengarah urusan di dalam wasiat yang berbeza. Semasa masalah itu belum selesai, satu resolusi telah diluluskan untuk melantik responden sebagai pengarah urusan syarikat menggantikan tempat pemohon. Pemohon membuat bantahan atas tindakan ini. Pemohon juga mendakwa responden telah memindahkan saham pemohon kepada responden secara tidak sah. Responden sendiri telah mendapatkan pengesahan pemindahan tersebut daripada pengarah melalui resolusi. Responden pula mendakwa bahawa pemohon tidak layak mendapat remedy kerana kedudukan beliau sebagai pengarah. Mahkamah telah memutuskan yang pemohon adalah ahli dan juga pengarah syarikat. Maka remedy boleh dipohon atas kedua-dua bantahan oleh pemohon.

4. Tindakan berlanjutan sehingga petisyen dibuat

Apabila petisyen dibuat atas alas an penindasan atau pengabaian terhadap kepentingan ahli, maka tindakan yang dipertikaikan itu mestilah berupa tindakan yang berlanjutan sehingga petisyen itu dibuat. Seorang ahli tidak berhak memdapat remedi daripada suatu tindakan

Page 4: Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

penindasan yang telah tamat. Sila rujuk ke Re Kong Thai Sawmills (Miri) Sdn. Bhd. Yang telah dibincangkan sebelum ini.

5. Merencanakan untuk kepentingan mereka atau orang yang mereka pilih dengan menyebabkan kerugian.

Remedi di bawah seksyen ini mungkin boleh diperolehi apabila ahli-ahli yang dominan di dalam syarikat melakukan sesuatu yang mereka telah rencanakan untuk kepentingan mereka atau kepentingan orang-orang lain yang mereka pilih dengan menyebabkan kerugian kepada pemegang syer yang lain.

Dalam kes Re Bright Pine Mills Ltd, syarikat ini menjalankan perniagaan papan. Pemegang saham dalam syarikat ini ialah Denton, Swallow dan Bolitho. Denton merupakan pengarah bagi syarikat ini tetapi beliau telah digantikan oleh Bolitho. Swallow pula merupakan pemegang saham majority syarikat. Syarikat kemudiannya meluaskan perniagaannya kepada dua jenis, iaitu perusahaan serbuk kayu dan papan lapis. Swallow telah menubuhkan satu subsidiary (di mana adalah pemegang sahamnya) untuk mengendalikan perniagaan papan lapis tersebut. Sementara itu, operasi perniagaan sebuk kayu dijalankan oleh sebuah perkongsian (yang mana dia merupakan rakan kongsi). Denton telah diketepikan daripada perkongsian dan subsidiary tersebut. Menurut beliau kedua-dua perniagaan tersebut sepatutnya dijalankan oleh syarikat tetapi Swallow tidak membenarkannya. Mahkamah telah memutuskan bahawa tindkaan Swallow itu adalah disengajakan dan direncanakan untuk menghalang Denton daripada berkongsi keuntungan dalam kedua-dua perniagaan. Ini merupakan satu penindasan kepada Denton dan mahkamah memerintahkan pemegang saham lain untuk membeli saham Swallow.

6. Pihak dominan menguruskan sayrikat seolah-olah syarikat tersebut adalah miliknya sendiri.

Remedi juga mungkin diperolehi apabila pihak dominan di dalam syarikat telah menguruskan syarikat seolah-olah syarikat tersebut adalah miliknya, dengan tidak mempedulikan hak dan kepentingan ahli-ahli yang lain.

Dalam kes Re HR Harmer Ltd., Harmer telah membuka syarikat persendirian dan beliau mempunyai hak sepenuhnya untuk mengundi walaupun anak-anak lelakinya juga merupakan ahli dan pengarah dalam syarikat tersebut. Dia telah menjalankan perniagaan tersebut seolah-olah syarikat itu miliknya seorang dan mengenepikan resolusi yang diputuskan oleh ahli-ahli lain. Beliau melakukan perkara-perkara berikut, iaitu:

i) Membuka cawangan syarikat baru syarikat tanpa memberitahu ahli dan penagarah lain.

ii) Memecat pengarah dengan sesuka hati dan

Page 5: Seksyen 181 Akta Syarikat 1965

iii) Mengeluarkan wang syarikat untuk kegunaan sendiri.

Anak lelakinya memohon remedi dari mahkamah atas alas an berlakunya penindasan. Mahkamah memutuskan bahawa penindasan berlaku dan remedi telah diberikan kepada pemohon.

7. Penyalahgunaan kuasa undi untuk tujuan yang tidak baik.

Apabila majoriti pemegang syer atau pengarah-pengarah syarikat telah mengundi dengan menyalahgunakan kuasa undi untuk tujuan yang tidak baik, remedi di bawah seksyen 181 Akta Syarikat 1965 juga boleh dipohon.

8. Cubaan untuk menyalahgunakan harta-harta ahli.

Percubaan untuk menyalahgunakan harta-harta ahli dengan menggunakan kuasa majoriti yang mana mungkin akan menyebabkan layanan yang tidak adil terhadap mereka membolehkan seksyen 181(1) terpakai.

9. Dihalang dari menyertai pengurusan syarikat

Seseorang ahli yang mempunyai perjanjian seacra nyata atau tersirat yang membenarkannya turut menyertai di dalam pengurusan syarikat, sekiranya tidak diberi peluang untuk berbuat demikian boleh membuat petisyen di bawah seksyen ini. Perlulah dipastikan di sini bahawa pemohon adalah seorang yang layak untuk menguruskan syarikat tetapi telah dinafikan haknya.

10. Ahli ynag ditindas hendaklah membuat petisyen secepat mungkin.

Tempoh penangguhan yang tidak munasabah mungkin akan menyebabkan mahkamah beranggapan yang ahli itu membenarkan tindakan tersebut. Sekiranya keadaan ini berlaku, pemohon mungkin gagal untuk mendapatkan remedy tersebut.