Sektor pertanian

36
SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur, dan tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian. MUHAMMAD FAHMI BIN MUSA AZIMAN BIN ABDUL ALI SYAFIQ BIN SHIKIR

description

Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Transcript of Sektor pertanian

Page 1: Sektor pertanian

SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN

“Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur, dan tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.”

MUHAMMAD FAHMI BIN MUSAAZIMAN BIN ABDUL ALI

SYAFIQ BIN SHIKIR

Page 2: Sektor pertanian

PERTANIAN DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

Pertanian secara umumnya adalah satubidang yang luas dan ianya bersifat dualisme iaitu:

a. Pertanian secara kecil-kecilan (sektor pekebun kecil).

b. Pertanian secara komersial dan intensif (sektor estet).

Page 3: Sektor pertanian

a. Pertanian secara kecil-kecilan (sektor pekebun kecil).

melibatkan petani kecil-kecilan yang bertani dalam kawasan kecil dan mengeluarkan produk untuk diri dan keluarga sendiri. terdiri daripada petani yang mempunyai modal yang lebih kecil dan sesetengah petani tergolong dalam kumpulan miskin. juga dikenali pertanian sara diri.

Page 4: Sektor pertanian

b. Pertanian secara komersial dan intensif (sektor estet).

Dijalankan oleh golongan penjajah British terhadap rakyat. Melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar

jumlahnya, memerlukan bahan yang banyak (benih, racun, baja, pekerja dsb) dan tahap kejenteraan yang tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja.

Merupakan sektor yang bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik.

Operasinya selalu dikaitkan dengan operasi untuk memaksimakan keuntungan kewangan dari hasil jualan produk pengusaha tersebut.

Contoh tanaman ialah getah untuk tujuan eksport.

Page 5: Sektor pertanian

KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA MALAYSIA

1. Membekalkan sumber makanan utama seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging ternakan, telur dan susu.

2. Membekalkan bahan mentah kepada industri perkilangan untuk diproses menjadi barang siap dan barang separuh siap.

3. Sumber pendapatan negara melalui pengeksportan hasil tanaman saka seperti kelapa sawit, getah dan koko.

4. Menyediakan peluang pekerjaan pada banyak peringkat pengeluaran hasil pertanian.

Page 6: Sektor pertanian

PENGENALAN• Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh

aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.

• Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Page 7: Sektor pertanian

• Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.

Page 8: Sektor pertanian

PERKEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)

2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

3. RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

Page 9: Sektor pertanian

1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)

Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar expansionary (perluasan/pengembangan) yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko.

Dengan kedudukan tanah dan tenaga buruh pertanian yang baik, melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.

Page 10: Sektor pertanian

• Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha meluaskan kawasan penanamannya.

• Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambilkira kedudukan kekangan tanah, tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah.

• Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.

Page 11: Sektor pertanian

Pendekatan DPN

Dua pendekatan utama diberi tumpuan:1. Pendekatan Perhutanan Tani

(Agroforestry Approach) 2. Pendekatan Berasaskan Produk

(Product-Based Approach)

Page 12: Sektor pertanian

i. Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach)

Pendekatan ini akan menghasilkan:a. menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh

meningkatkan pulangan pelaburan perhutanan tani.

b. membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.

Page 13: Sektor pertanian

Samb:

c. menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis perhutanan bersama tanaman industri sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah.

d. menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

Page 14: Sektor pertanian

ii. Pendekatan Berasaskan Produk (Product-Based Approach)

Pendekatan ini menghasilkan:a. dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri

pertanian kerana ia berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna.

b. menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian.

c. menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.

Page 15: Sektor pertanian

Samb….

d. meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan.

e. menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan di

peringkat ladang, yang secara tak langsung dapat meninggikan pendapatan ladang.

Page 16: Sektor pertanian

TERAS DAN STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARA

- akan memfokuskan kepada usaha menangani isu yang berkaitan dengan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Isu-isu adalah seperti berikut:-(i)     keselamatan makanan (food security)

dan inflasi;(ii)    produktiviti pertanian;(iii)   penglibatan sektor swasta;(iv)   eksport pertanian;

Page 17: Sektor pertanian

2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

• Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.

• Menetapkan langkah permulaan ke arah membolahkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju menjelang 2020.

• Maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Page 18: Sektor pertanian

Samb….

• Kemajuan sepenuhnya akan dicapai dari segi perpaduan negara dan perpaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri.

Page 19: Sektor pertanian

FOKUS Dasar Pembangunan Nasional (DPN):

i. Membasmi golongan miskin ii. Menyusun semula masyarakat

Page 20: Sektor pertanian

PROGRAM DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

i. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

ii. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek

iii. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologiiv. Menerapkan nilia sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar.v. Meningkatkan peluang dan kemudahan

pendidikan

Page 21: Sektor pertanian

3. RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

• Memperkasa pertanian dan industri berasaskan pertanian.

• Pembangunan sektor pertanian dalam RMKe-9 akan ditumpukan kepada pembangunan Pertanian Baru.

• Pendekatan ini melibatkan perkembangan pertanian komersil berskala besar yang meluas dan penerokaan aktiviti pengeluaran dan pemprosesan berkualiti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi.

Page 22: Sektor pertanian

Samb….

• Produktiviti, kecekapan serta potensi dalam penjanaan pendapatan dan kekayaan akan dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah pertanian moden dan ICT, pengukuhan R&D dan inovasi, peningkatan keupayaan pemasaran dan penggalakan penyertaan meluas sektor swasta termasuk usahawan tani dan tenaga kerja mahir.

• Penggunaan tanah secara optimum serta penyatuan dan pemulihan tanah akan diberi keutamaan.

• Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar tahunan purata yang lebih tinggi sebanyak 5.0 peratus. Kadar pertumbuhan industri berasaskan pertanian, dijangka meningkat kepada 5.2 peratus.

Page 23: Sektor pertanian

Samb…

• Isu berkaitan kewujudan kelompok kemiskinan di kalangan petani kecil, proses penukaran daripada kebun kecil kepada ladang moden yang perlahan dan kekangan tanah pertanian akan juga ditangani.

Page 24: Sektor pertanian

TERAS DASAR RM KE 9:

Berusaha mengorientasikan semula sektor ini ke arah pengkomersilan yang lebih meluas dan

melahirkan petani berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar termasuk pelaburan asing.

Teras dasar adalah seperti yang berikut: i. meningkatkan pengeluaran pertanian

termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.

ii. mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian

produk.

Page 25: Sektor pertanian

Samb….

iii. memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global.

iv. meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan.

v. menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Page 26: Sektor pertanian

SEKTOR PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN

• SYAFIQ SHIKIR• AZIMAN ABD ALI

• MUHD FAHMI MUSA

Page 27: Sektor pertanian

Perkhidmatan sebelum merdeka

• Hanya kaum Melayu diberi peluang sebagai pegawai perkhidmatan di pejabat kerajaan di bawah pentadbiran penjajah British.

• Inggeris hanya memberi kuasa Jaksa Pendamai atau Majistret, tetapi masih di sanjung sebagai raja oleh orang Melayu, menggantikan jawatan Sultan yang sudah pupus di bumi Melaka.

Page 28: Sektor pertanian

• Sebelum itu, kapitan Melayu Melaka sebagai ketua orang Melayu pada zaman penjajahan Portugis dan Belanda, tetapi berubah fungsinya oleh tindak-tanduk Inggeris.

• Kapitan Melayu ini bukan sahaja bertindak ibarat sebagai ketua orang Melayu di Melaka, tetapi juga sebagai ketua agama untuk mempertahan akidah kaum melayu daripada pengaruh penjajah dengan membina Masjid Kampung Ulu di Melaka

Page 29: Sektor pertanian

Pengenalan • Secara umumnya, sektor perkhidmatan boleh

dibahagikan kepada enam subsektor.1.Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan2.Perdagangan borong dan runcit, hotel dan

restoran3.Kewangan, insurans, hartanah dan

perkhidmatan perniagaan4.Perkhidmatan kerajaan5.Elektrik,gas dan air6.Lain-lain

Page 30: Sektor pertanian

Perkembangan Selepas Merdeka• Sumbangan sektor perkhidmatan kepada

KDNK mencatatkan kadar paling tinggi pada 1976, iaitu sebanyak 49.4 peratus.

• Nisbah yang tinggi ini yang berlaku sejak awal 1970an adalah disebabkan oleh pertambahan yang besar dalam subsektor perkhidmatan kerajaan.

• Perkembangan ini dikaitkan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Page 31: Sektor pertanian

• Mulai pertengahan 1980an, haluan perkembangan sektor perkhidmatan berubah kerana perkembangannya mulai menurun.

• Hal ini disebabkan kemelesetan ekonomi yang melanda sektor pembinaan,khususnya dan halangan atas pengembangan sektor kerajaan.

• Tetapi,berlaku peningkatan pada 1990 ekoran pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 telah membantu meningkatkan lagi pengembangan keluaran seperti perdangangan borong dan runcit, hotel dan restoran.

Page 32: Sektor pertanian

• Mengikut Laporan Tahunan Bank Negara 1994, Malaysia telah mengikuti haluan yang telah dilalui oleh negara maju yang sektor perkhidmatannya menyumbangkan antara 60 peratus hingga 70 peratus daripada KDNK keseluruhan.

• Perkembangan sektor perkhidmatan yang sihat ini telah meningkatkan peluang pekerjaan.

• Boleh dikatakan pertumbuhan peluang pekerjaan dalam sektor ini hampir sama dengan pertumbuhan jumlah pekerjaan

Page 33: Sektor pertanian

• Walaupun subsektor perkhimatan kerajaan meningkat sejak 1970 akibat DEB, pertumbuhannya agak sederhana.

• Kesederhanaan ini adalah akibat penswastaan agensi-agensi utama kerajaan sejak pertengahan 1980an.

• Contoh perkhidmatan awam yang diswastakan ialah telekomunikasi dan elektrik seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad.

Page 34: Sektor pertanian

• Secara tidak langsung, penswastaan menyebabkan sumbangan subsektor perkhidmatan kerajaan kepada KDNK menurun dengan ketara, terutamanya sejak tahun 1988.

• Di antara subsektor perkhidmatan, sektor perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran merupakan penyumbang terbesar dalam mewujudkan peluang pekerjaan.

• Secara keseluruhannya sektor ini telah mewujudkan 2.2 Juta peluang pekerjaan atau 26.4 peratus daripada keseluruhan tenaga.

Page 35: Sektor pertanian

BIBLIOGRAFIBUKU RUJUKAN

1.Mohd.Rosli Mohamad dan Mohamed Aslam Gulam Hassan, (2003), Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2.Malaysia Kita, (2007), International Law Book Services, Selangor.

Page 36: Sektor pertanian

Sekian,

“Berharganya sesuatu itu apabila kita tahu menghargainya dan berharganya kita apabila ada orang tahu menghargai kelebihan yang kita ada. Oleh itu hargai lah akal kerana buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"