SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1...

21
1 ( The Value Of Time) Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas.” Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancangkan masanya. r SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK La Bruyere

Transcript of SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1...

Page 1: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

1

( The Value Of Time)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas.”

Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang

berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak

akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka

perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu

dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau

melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan.

Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap

individu bagaimana dia merancangkan masanya.

r

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

La Bruyere

Page 2: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

2

Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.

Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian,

masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang

telah lesap. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap

perilaku kita, sama ada rasmi, tidak rasmi atau persendirian. Banyak

petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

budaya juga terdapat kata-kata hikmah yang menyentuh keperihalan

mahalnya masa, contohnya “time and tide wait for no man ".

Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak

membazirkan masa. Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right

the first time", supaya tidak perlu diulangi sekali lagi. Perbincangan kerja

yang teliti juga akan menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan.

Oleh yang demikian, antara nilai yang diutamakan dalam menghargai

masa ialah:

• Segerakan tindakan

• Tepati masa;

• Rancang masa dan tugas; dan

• Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan.

Time = life; therefore,

waste your time and waste of

your life, or master your time and

master your life. Alan Lakein

Page 3: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

3

TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 1 : MENGHARGAI MASA

Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Menepati masa

o Menyegerakan tugas

o Mempunyai perancangan

waktu

o Bijak menguruskan tempoh

masa yang diberi

o Menumpukan masa pada

kerja-kerja yang produktif

dan kreatif

o Menetapkan “target date”

untuk menyiapkan kerja

o Menyelesaikan tugas dalam

masa yang ditetapkan

o Berbual-bual kosong

o Tidak menyegerakan tugas

o Tidak ada “sense of

urgency”

o Tidak merancang pekerjaan

o Tidak ada “priority”

o Melayan tetamu yang tidak

berkenaan

o Tinggalkan pejabat untuk

urusan peribadi

o Berniaga di waktu pejabat

o Membuat kerja yang tidak

mustahak

o Ke kantin dalam waktu

bertugas

o Tidak peka kepada

pembaziran masa

“Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan

mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta

berpesan-pesan dengan sabar.”

Al-Quran, 103:1-3

“ An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”

Chinese Proverb

Page 4: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

4

CONTOH AMALAN POSITIF

Amalan-amalan positif yang menunjukkan seseorang anggota

Perkhidmatan Awam itu menghargai masa ialah:

1. Menepati masa

“ Tepat pada masa” adalah satu tabiat yang mesti dibiasakan bagi

mewujudkan ketinggian maruah diri dan rasa hormat kepada orang lain.

Contohnya, jikalau kita lewat tiba pada sesuatu majlis, mesyuarat atau

temujanji, bermakna kita tidak menghormati masa.

2. Menyegerakan tugas

Setiap pegawai perlu mengetahui cara mengunakan komputer

sekiranya kemudahan ini terdapat di pejabat. Ini akan menyegerakan tugas,

menjimatkan masa dan menambahkan produktiviti dalam menjalankan

tugas-tugas harian.

3. Mempunyai perancangan waktu

Setiap anggota perkhidmatan seharusnya membuat jadual

perancangan masa kerja untuk membolehkan kerja-kerja disiapkan dalam

masa yang ditetapkan.

4. Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi

Setiap anggota perkhidmatan seharusnya pandai membahagikan masa

dalam menjalankan tugas bagi membolehkan urusan kerja dilaksanakan

dengan berkesan.

Page 5: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

5

5. Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif

Produktiviti dan kualiti boleh dipertingkatkan dengan penggunaan

masa yang terencana dan dengan penuh kemahiran. Sesuatu yang boleh

diselesaikan dalam masa dua hari tidak akan menjadi produktif jika

mengambil masa seminggu. Orang yang mahir sudah tentu dapat

menjimatkan masa.

6. Menetapkan “target date” untuk menyiapkan kerja

Dalam menjalankan tugas seseorang anggota perkhidmatan perlu

menetapkan “target date” untuk menyiapkan kerja dan menggelakkan

kerja tertangguh. Menggalakkan penggunaan “time planner”, iaitu jadual

perancangan masa kerja.

7. Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

Seseorang pegawai hendaklah sentiasa peka kepada kehendak masa

oleh itu hendaklah menyiapkan kerja selaras dengan keperluan semasa.

Seorang pegawai tidak boleh melengahkan kerja yang diarahkan. Sekiranya

kerja-kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa sejam, beliau tidak

harusnya mengambil masa sehingga dua hari.

8. Penggunaan masa secara maksimum

Seseorang pegawai memerlukan disiplin diri yang ketat. Caranya ialah

menggunakan catatan penggunaan masa ( time log ) setiap hari. Ini adalah

satu tabiat yang mesti dimulakan dan dikekalkan.

Never let yesterday use up today.

Richard H. Nelson

Page 6: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

6

9. Mengetahui matlamat kerja, bidang kerja dan jangka masa yang

diambil

Seseorang pegawai atasan perlu mengetahui secara menyeluruh

perkara tersebut di atas untuk menjalankan tugas-tugas apabila beliau

memberi arahan kepada pegawai bawahannya. Beliau perlu meminta

supaya kerja-kerja tersebut disiapkan dalam waktu yang munasabah dan

mampu diselesaikan oleh pegawai yang diarahkan itu.

10. Menggunakan kemudahan kenderaan pejabat untuk urusan rasmi

Seseorang pegawai yang menggunakan kemudahan kenderaan pejabat

untuk urusan rasmi perlu memberitahu pemandu jangka masa urusan

tersebut, supaya dapat diputuskan sama ada pegawai tersebut perlu

ditunggu atau tidak. Sekiranya tidak, pemandu tersebut hendaklah pulang

ke pejabat untuk membuat tugas lain dan kembali semula pada masa yang

ditetapkan. Tindakan yang sedemikian dapat menjimatkan masa pemandu

tersebut.

Oleh itu sama-samalah kita menghargai masa kerana mengunakan masa

dengan sepenuhnya, kita akan dapat menyumbang kepada pembangunan

peradaban bangsa dan negara.

Until we can manage time, we can manage nothing else. Peter F. Drucker

Page 7: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

7

CONTOH AMALAN NEGATIF

1. Pengerusi mesyuarat yang tidak merancang masanya dengan cermat

dan tepat akan memanjangkan mesyuarat sehingga meleret-leret. Sesuatu

mesyuarat yang patutnya selesai dalam masa dua jam tetapi terpaksa

mengambil masa empat hingga lima jam dan ini membuang masa.

2. Jika prioriti tidak dikenal pasti semua perkara dianggap sama

pentingnya. Ini merugikan masa, tenaga, wang dan lain-lain. Oleh itu

perkara-perkara yang penting mesti didahulukan. Kriteria prioriti mestilah

ditentukan berdasarkan objektif organisasi dan bukannya berdasarkan

keperluan atau kemahuan individu.

3. Pembaziran masa boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Misalnya,

pembaziran masa kerana leka berbual dan membuat kerja yang sama

berulang-ulang kali.

4. Tabiat berbual-bual terlalu lama sewaktu melayan tetamu adalah

membuang masa. Tetamu juga hendaklah sedar bahawa perbuatan mereka

akan membuang masa orang lain. Demikian juga perbuatan berbual-bual

panjang di telefon tentang hal-hal peribadi dan mengambil kesempatan

semasa percakapan telefon secara rasmi untuk membincangkan hal-hal

peribadi atau perkara yang tidak rasmi.

5. Salah satu sebab kesesakan di kaunter ialah kerana petugas dikaunter

tersebut diberi tugas yang melibatkan kerja-kerja menulis yang banyak dan

pengisian serta penelitian borang tertentu. Ini membazirkan masa para

pelanggan.

Page 8: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

8

6. Tidak menjawab surat daripada pelanggan dengan serta merta akan

membanyakkan bilangan surat yang akan dijawab kelak yang tentunya

akan mengambil masa. Hal yang demikian juga membuang masa pelanggan

kerana dia tentu menunggu jawapan daripada pihak pegawai.

7. Ahli-ahli mesyuarat terpaksa membuang masa untuk mesyuarat

bermula disebabkan kelewatan ahli-ahli penting hadir pada mesyuarat itu.

Kata orang tua, masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula

terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang

bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan

masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah

cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?

Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan

dalam jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa

masa perlu dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka,

mereka yang mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk

menghargai masa dengan baik.

Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat

perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang

menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan

masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan

mematuhinya membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya.

Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut

memberikan satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya.

Page 9: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

9

Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa

depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di rumah.

Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam

hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.

Semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh dilakukan oleh sesiapa

pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah sedar akan

kepentingan masa, kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja.

Don‟t be fooled by the calendar. There are

only as many days in the year as you make

use of. One man gets only a week‟s value out

of a year while another man gets a full year‟s

value out of a week.

Charles Richards

Page 10: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

10

FAEDAH MENEPATI MASA

Menepati masa bermaksud melakukan sesuatu kerja tepat pada waktu yang

telah ditetapkan.

Sikap suka menepati masa dapat membentuk disiplin. Murid dan pekerja

yang sentiasa menepati masa juga tidak akan terlambat ke sekolah atau ke

tempat kerja dan akan sentiasa disenangi oleh guru dan majikan.

Seseorang yang menepati masa juga tidak akan mengalami masalah.

Contohnya, orang awam yang menggunakan pengangkutan awam seperti

bas dan komputer akan ketinggalan sekirannya lambat ke perhentian.

Selain itu, seseorang yang menepati masa pasti akan berjaya dalam hidup.

Setiap saat yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.

Bagi murid yang sentiasa membaca buku, kejayaan sudah pasti berada

dalam genggamannya.

Page 11: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

11

Seseorang yang menepati masa juga akan dipercayai orang. Dia mudah

diberi peluang untuk melakukan kerja penting kerana dia dapat

menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa yang diberikan.

Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali. Oleh itu, kita mesti pandai

memanfaatkan masa. Seseorang yang menepati masa tidak akan kerugian.

If you want to make good use

of your time, you‟ve got to know

what‟s most important and then

give it all you‟ve got.

Lee Iacocca

Page 12: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

12

TIP MENGHARGAI MASA

BANYAK tip boleh digunakan dalam menghargai masa. Kuncinya adalah

jadikan diri pengintip kepada masa. Antaranya:

1. Kesan masa produktif ( “prime time” ) dan „masa-masa penat‟ anda

Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting

dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah

menyiapkan persediaan mengajar dan “prime time” kita ialah waktu pagi.

Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar.

Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-

aktiviti kurang penting boleh dibuat pada „masa-masa penat‟ kita.

2. Kesan musuh masa anda

Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain.

Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual

kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon

secara marathon, melayani „tetamu‟ yang tidak diundang, tidur atau rehat

yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan

membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita

belajar menghormati masa kita, orang lain akan menghormati kita.

3. Tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk sesuatu kerja

Menghadkan masa perbualan telefon. Senaraikan perkara yang hendak

diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah-mesra secara ala-

kadar, kita terus kepada perkara yang hendak disampaikan.

Page 13: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

13

4. Buat “checklist” penggunaan masa

Ketika ingin membeli-belah, senaraikan barang-barang yang diinginkan. Ini

penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah juga seharusnya

dalam „perbelanjaan‟ masa. Kita harus ada “checklist” tentang apa yang

perlu kita buat mengikut keutamaan untuk mengelak daripada pembaziran

masa.

Ingatlah, masa lebih berharga daripada wang ringgit. Sayangnya,

pembaziran masa sukar dirasai berbanding pembaziran wang kerana sifat

masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang

membuat checklist perbelanjaan masa!

Page 14: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

14

PENGURUSAN MASA

Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai

dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa

sama ada memberi keuntungan atau kerugian.

1. Kepentingan Masa

“Masa Adalah Anugerah Tuhan” dan masa terlalu berharga. Pepatah

mengatakan “masa itu emas“. Malahan, masa itu lebih berharga dari emas,

lantaran emas boleh dijual beli dan begitu juga emas yang hilang boleh

ditukar ganti. Tetapi bukan seperti masa, masa yang berlalu tetap berlalu.

Ianya tidak akan berulang lagi.

Masa boleh dibahagikan kepada tiga zaman.

Zaman yang berlalu yang tidak akan kembali dan bukanlah milik kita.

zaman sekarang

Zaman akan datang, belum lagi ada kepastian sama ada kita

berpeluang menikmatinya.

Oleh yang demikian, hargailah masa yang ada, masa yang kita miliki

sekaranglah yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Penggunaan

masa hari ini akan menentukan corak masa depan kita.

The time for action is now. It‟s never too

late to do something.

Carl Sandburg

Page 15: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

15

2. Jangan Suka Bertangguh-tangguh

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan

yang bergelar dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan

negara. Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak

digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.

3. Memanfaatkan Masa Di Dunia

Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman

yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap

segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia.

5. Masa Tidak Akan Di Sia-siakan

Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap

keuntungan berlalu sia-sia dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa

kerugian. Mana-mana ruang kesempatan yang baik, sudah pasti

direbutinya. Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sembahyang, sebelum

tiba lima waktu yang lain iaitu:

i) Masa hidup sebelum mati

ii) Masa sihat sebelum sakit

iii) Masa lapang sebelum sibuk

iv) Masa muda sebelum tua

v) Masa kaya sebelum fakir

The bad news is time flies. The good

news is you‟re the pilot.

Michael Altshuler

Page 16: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

16

Masa itu ialah satu perkara yang sangat utama bagi kita semua untuk

dikendalikan dengan sebijak-bijaknya tanpa membazirkannya dengan

kerja-kerja kurang atau langsung tidak mendatangkan faedah.

Penyalahgunaan masa bukan sahaja merugikan kita di dunia bahkan di

akhirat. Di akhirat, apabila semua manusia dihadapkan di makamah Tuhan,

tiada seorang pun akan dibenarkan bergerak selagi tidak dikemukakan

kepadanya lima persoalan berikut:

Oleh kerana masa tidak dapat ditukar-ganti atau pun diulangi gunakanlah

masa dengan sebijak-bijaknya. Ada eloknya kita tinjau ke dalam kehidupan

seharian kita untuk kita kenal dan pastikan di manakah masa yang bernilai

itu dibuang begitu sahaja.

Page 17: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

17

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PENGURUSAN MASA

BERKESAN

1. Menentukan Matlamat

Apakah matlamat hidup anda?

- Saya ingin menjadi kaya dalam masa 10 tahun.

- Matlamat saya ialah melahirkan anak-anak yang soleh dan berguna.

Apakah matlamat kerja anda?

- Saya akan menduduki jawatan tersebut dalam tempoh 5 tahun dari

sekarang.

Jelas dengan matlamat anda?

Matlamat mestilah logik dan realistik?

2. Mengenalpasti dan Menyenaraikan Keutamaan

- Matlamat mana yang lebih penting

- Matlamat dan keutamaan hidup

3. Menyemak Diri Anda

Bagaimana anda menghabiskan masa di pejabat?

Bagaimana anda menghabiskan masa di rumah?

Berapa jam dalam sehari yang anda peruntukan untuk usaha

mencapai matlamat anda?

***Sediakan log masa.

Page 18: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

18

4. Mengenalpasti dan Mengurangkan Aktiviti Tidak Produktif

Aktiviti mana yang tidak membawa faedah! Ketepikan!

Aktiviti mana yang perlu diutamakan? Tambahkan masa.

5. Merancang Masa Dengan Lebih Bijak

*** Merancang boleh membantu diri dan memperolehi banyak faedah

a) Menjimatkan masa anda sendiri.

b) Matlamat tercapai dengan lebih mudah.

c) Sentiasa sedar tentang tindakan kerana sesuatu tindakan ada

kepentingannya.

d) Mengurangkan tekanan kerana sesuatu tindakan ada

kepentingannya.

e) Lebih bersedia dari segi mental

Senarai Tindakan ( To Do List)

i) Tindakan yang perlu dibuat minggu ini

ii) Tindakan yang perlu dibuat esok

iii) Senaraikan tindakan mengikut keutamaan

(Contoh : mesti buat, tidak mendesak, boleh tangguh)

iv) Merekodkan tugas yang tertunggak, elak terlupa

Mulakan Dengan Fikiran Positif

i) Yakin dengan matlamat anda

ii) Yakin dengan keutamaan anda

iii) Yakin dengan langkah yang diambil

iv) Mulakan pagi anda dengan minda yang positif

Page 19: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

19

Bagaimana dan ke mana Masa Anda Terbuang

i) Kesempurnaan (“Perfectionism”)

ii) Menangguhkan kerja (“Procrastination”)

iii) Tidak “organise”

iv) Terlalu banyak kerja

v) Terlalu banyak kertas kerja

vi) Lencongan

vii) Gangguan

6. Mengenalpasti Waktu Produktif

a) Bilakah waktunya anda merasa paling segar?

b) Bilakah waktunya anda merasa paling tenang?

c) Bilakah waktunya anda merasa paling bertenaga?

d) Bilakah waktunya anda boleh berfikir dengan baik?

7. Kemahiran Yang Diperlukan Bagi Menguruskan Masa Dengan

Berkesan

a) Kemahiran membaca

b) Kemahiran menulis

c) Kemahiran mendengar

d) Kemahiran berkomunikasi

e) Kemahiran merancang

f) Kemahiran menyelesaikan masalah

g) Kemahiran mengendalikan mesyuarat

Page 20: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

20

THE VALUE OF TIME

- To realise the value of one year, ask a student who failed a grade.

- To realise the value of one month, ask a mother who gave birth to a

premature baby.

- To realise the value of one week, ask the editor of a weekly newspaper.

- To realise the value of one hour, ask the lovers who are waiting to meet.

- To realise the value of one second, ask the person who just avoid a

traffic accident.

- To realize the value of one millisecond, ask the person who won an

Olympic medal.

- Time has a value greater than any currency. We may leave our

children the money we don‟t use our own lifetimes, but we cannot give

them one millisecond of time.

PENUTUP

a) Fakta mengenai masa

* 24 jam sehari

* 8,760 jam setahun

* We cannot make more time

b) Time management is all about self discipline and getting your priority

right.

c) Fast depleting resources

Time = Life

Page 21: SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2110/1 MENGHARGAI MA… · petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. Dalam semua

21

Jika ada kesilapan bahasa atau

kata-kata yang menyinggung perasaan.

Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,

mohon ampun dan maaf.

Sekian, terima kasih.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila

hubungi kami :

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

No. Telefon : 05-5015258

No. Fax : 05-5267945

e-mel : 1govuc\khadijah.mohd.moe