sekuler

22
SEKULARISME (SATU TINJAUAN SEMULA) Penyelia Tugasan Prof. Madya. Dr. Kamarudin Hj. Salleh FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Oleh: Syah Rizal | P77193 Syed Hashim Bin Syed Abdul Rahman| P78833

description

ok

Transcript of sekuler

  • SEKULARISME (SATU TINJAUAN SEMULA)

    Penyelia TugasanProf. Madya. Dr. Kamarudin Hj. SallehFAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAOleh:Syah Rizal | P77193Syed Hashim Bin Syed Abdul Rahman| P78833

  • Fokus Penulisan

  • Dalam Bhs. Inggris Secular : bersifat duniawi, tidak bersifat spiritual.Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Pelbagai fahaman lain yang bersaskan sekular yaitu; modenisme, rasionalisme, materialisme, liberlisme dsb.

  • SejarahSekularisme pertama kali muncul di Eropa. bersamaan dengan lahirnya revolusi Perancis tahun 1789 M. berkembang merata ke seluruh Eropa pada abad ke-19 M. Pada abad ke-20 M, dibawa oleh penjajah dan missionaris KristianTeori sekular ini juga lahir daripada agama Kristian yang memisashkan daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat

  • Penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan antara faktor terbaik yang merancakkan kelahiran ideologi dan pengembangannya ke seluruh duniaLahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan (zaman pembaharuan Eropah) Sebagai tindak balas rakyat terhadap sikap gerejaIdeologi sekularisme muncul disebabkan perbalahan antara barisan pemimpin yang pro kerajaan dengan para paderi gereja

  • Tokoh Sekularisme dan Prinsipnya:Pendiri sekularisme adalah George Jacob Holyoake kelahiran Birmingham Inggris, anak pekerja kasar. (Juhaya S. Praja, 2010:188). Tiga prinsip penting yang diketengahkan oleh George Holyoake dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk sekular:1. Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan2. Sains adalah panduan hidup manusia3. Apa sahaja yang baik adalah baik untuk dilakukan sama ada mempunyai kebaikan atau tidak

  • Paham Sekuler tentang EtikaSebagai suatu sistem etika yang didasarkan atas prinsip-prinsip moralitas alamiah dan bebas dari agama wahyu atau supranatural.Paham sekuler tentang AgamaAgama dalam pandangan hidup sekularisme adalah sesuatu yang berdiri sendiri. Prinsip sekularisme, dalam hal ini adalah theisme dan atheisme, sama-sama tidak mendapatkan dibuktikan dengan pengalaman.

  • Paham sekuler tentang prinsip-prinsip rasio dan kecerdasan.Prinsip-prinsip dan kecerdasan ini sangat dijungjung tinggi sekularisme karena kebebasan sekularisme sangat bergantung pada prinsip ini, sebagaimana ilmu pengetahuan pun ditopang oleh prinsip ini.Paham sekuler tentang toleransiPandangan sekularisme merupakan salah satu ciri yang sangat penting. Karena ciri ini, kita bisa melihat bahwa penganut sekularisme tidak segan-segan untuk bekerja sama, baik dengan kaum theis maupun atheis

  • Makna tersirat bagi sekular adalah al-Ladiniyah yakni tanpa agama atau al-Laaqidah yakni tanpa aqidah. (Al-Qardhawi, 2006)Sekularisme yang bererti memisahkan agama daripada negara, bagi Islam tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama daripada negara.Hasan Al Banna dalam Majmuah Rasail menegaskan bahwa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkum urusan kehidupan manusia semuanya.

  • Islam hanya ingin mengarahkan seluruh kehidupan dengan hukum dan ajaran-ajarannya, serta mewarnainya dengan warnanya, yaitu dengan ajaran Allah (Al-Qardhawi, 2006)Contoh negara Islam yang diperintah oleh sekularisme. Turki, Attaturk memaksakan penerapan sejumlah konsep Barat didalam seluruh aspek kehidupan, baik didalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan. sehingga terjadilah lautan darah didalam negeri itu .

  • Sekularisme merupakan satu kefahaman yang ditinggalkan oleh penjajah ke dalam dunia umat Islam sebagai satu pembentukan budaya dan kefahaman yang baru.

    Pembuagan dan pengasingan nilai-nilai agama di dalam kehidupan masyarakat dan politik serta telah mengubah kebanyakkan negara dan individu muslim kepada nilai agama yang murni kepada kefahaman barat yang menyeleweng.

  • Pengasingan nilai agama dalam kehiduapan masyarakat muslim telah menjadikan individu tersebut telah kehilangan sumber dan kefahaman Islam dan seterusnya menjadikan mereka hanya boneka dan melahirkan kepercayaan yang memusuhi agamanya sendiri. Inilah kepercayaan sekularisme yang ditinggalkan oleh penjajah dan sebahagian umat Islam yang menafsirkannya.

    Namun tafsiran dan penilai semula terhadap nilai sekularisme pada hari ini telah mendapat tempat bagi kebanyakkan cendiakwan Islam dalam menilai kembali dan mengambil peluang untuk menjadikan ini adalah alat memahami dan menyebar luaskan agama mereka.

  • Fethullah Gulen menyatakan: Ada tiga jenis sekularisme: Pertama yang anti-agama dan menjadikan agama sebagai kambing hitam, Kedua, sekularisme yang hendak melenyapkan peranan agama sama sekali, dan ketiga adalah sekularisme yang menekankan bahawa metod ilmiah adalah satu-satunya jalan memperoleh pengetahuan. (Ahmad Dzakirin, 2012:53)

  • Pembawaan nilai sekularisme yang baru ini, telah meletakkan satu konsep dimana pembahagian tafsiran dan nilai-nilai yang terdapat dalam sekularisme ini boleh menjadi alat bantu kepada perkembangan agama dan budaya Islam secara meluas.

    Penceburan atau penglibatan dalam kuasa politik telah menjadi fobia kepada masayrakat Islam terutama setelah jatuhnya khalifah Uthmaniah, namun dengan tafsiran dan pendekatan baru ini mengubah wajah Turki yang dahulunya menjadi hamba kepada sekularsime, menindas agama dan masyarakat, kini menjadi satu daripada pusat penyebaran agama yang terbesar serta menjamin hak kemanusiaan dan kebebasan inidividu.

  • Sekularisme merupakan konsep yang berkembang (evolving concept) dan bukan menjadi tujuan akhir negara iaitu sekularisme adalah prinsip hukum dan politik, sedangkan agama adalah ekspresi keyakininan individu dan masyarakat yang tidak diganggu gugat. (Ahmad Dzakirin, 2012:78)

  • Pengamalan idea sekularisme ini yang menjadi pegangan oleh masyarakat Amerika sebagai contoh adalah lebih cenderung kepada kebebasan dan tidak berideologi atau menolak mana-mana kepercayaan yang memandang bahawa sekularisme adalah satu bentu kepercayaan atau menjadi satu budaya dalam bertindak sebagai asas dan fondasi kepada sistem politik yang tidak mencampuri hak kebebasan individu dalam beragama, kebudayaan dan sebagainya.

  • Sementara pengamalan sekularisme di negara Perancis adalah bersifat anti-agama yang mengasingkan secara total ajaran agama sama ada dalam politik atau secara individu.

    Sikap kekerasan dan pengasingan yang menjadi amalan bagi negara Perancis telah mengganggu gugat dan menyekat kebebasan individu daripada mengamalkan ajaran beragama kerana dianggap menyalahi prinsip dan anutan negara.

  • Sekularisme difahami adalah sebagai pandangan politik publik tentang negara yang bersifat neutral dan anti-kekerasan kepada warga negaranya iaitu sekularisme adalah sebagai prinsip politik dan hukum dan tidak dianggap sebagai karekteristik dalam individu. (Ahmad Dzakirin, 2012:79).

  • Kefahaman atau pengertian sekularisme dari sudut pandang ini, membawa kepada satu konsep dan pengamalan iaitu sekularisme adalah satu wasilah dalam mengharmonikan negara dalam kepelbagaian masyarakat yang plural atau berbagai agama, bangsa dan budaya, bukannya sebagai kuasa politik yang bersifat mencengkam dan diktaktor yang bersikap anti kepada kepercayaan beragama.

    Sekularisme sesekali tidak menjadi ancaman bagi hak asasi dan kebebasan kepada warganegara, termasuk hak kebebasan untuk bersuara, mengangut dan mengamalkan kepercayaan atau perayaan agama bagi setiap individu.

  • Oleh yang demikian itu, sekularisme sesekali tidak boleh disalahgunakan hanya untuk kepentingan politik semata-mata, bahkan menjadi senjata bagi memerangi aspirasi dan anutan masyarakat. Justeru itu, nilai-nilai yang terdapat dalam pemaknaan sekularisme ini telah menjadi batu loncatan kepada umat Islam dalam sesetengah negara untuk menyebarluaskan lagi agama dan kepercayaan mereka kepada sleuruh masyarakat dunia.

  • Sebagai cabang dari pemikiran filsafat, sekulerisme dalam penggunaan masa kini secara garis besar adalah sebuah ideologi yang menyatakan bahwa sebuah institusi atau badan harus berdiri terpisah dari agama atau kepercayaanBahwa aktivitas dan penentuan manusia, terutama yang politis, harus didasarkan pada apa yang dianggap sebagai bukti konkret dan fakta, dan bukan berdasarkan pengaruh keagamaan.pembebasan tajam antara agama dan ilmu pengetahuan dan memandang ilmu pengetahuan otonom pada dirinya

  • Perkembangannya selanjutnya sekularisme yang terkristalkan dalam paham filsafat, menjadi paham ideologi politik dan sosial, dimana negara dan kehidupan sosial terlepas dari interpensi agama.Islam memandang sekularisme sebagai paham yang kontradiktif dengan ajaran Islam. Dalam sekularisme pendiokotomian seluruh aspek kehidupan dengan agama sangat kontras, karena ia meyakini tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara keduanya