sel haiwan& tumbuhan.ppt

26
PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHAN STRUKTUR SEL

Transcript of sel haiwan& tumbuhan.ppt

  • PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHANSTRUKTUR SEL
  • PENGENALAN

    Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada:-

    - membran sel

    - sitoplasma

    - nukleus

    Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.
  • Sel mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.
  • SEL HAIWAN & SEL TUMBUHAN

    SEL HAIWAN

    SEL TUMBUHAN

  • MEMBRAN PLASMA

    Membran plasma juga dikenali sebagai membran sel. Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.
  • Contoh molekul-molekul kecil ialah:

    - air

    - oksigen

    - karbon dioksida

    Contoh molekul-molekul larut lipid ialah:

    - gliserol

    - asid lemak

    - vitamin- A, D, E, K

    Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melindungi organel-organel di dalam sel.
  • MEMBRAN SEL

  • DINDING SEL

    Lapisan luar tumbuhanBerfungsi sebagai penyokong, pelindung.Terdapat pada tumbuhan, fungi, dan bakteri. Tidak terdapat pada sel haiwan.Strukturnya tersusun atas selulosa sehingga kaku, kuat dan keras.Mengatur keluar masuknya H2O, O2, CO2
  • SITOPLASMA

    Sitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar yang mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimiaSitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel.Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel.
  • Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan komponen-komponen subsel. organel(1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom(4) vesikel (5) jalinan endoplasma kesat (6) jasad Golgi(7)sitorangka(8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion(10) vakuol(11) sitoplasma (12)lisosom(13) sentriol
  • NUKLEUS

    Nukleus sel, pusat kawalan bagi sesebuah sel yang mengandungi DNA kromosom sel.

    Fungsi

    Menyimpan gen dalam kromosom.

    Membuat RNA sebagai protein pengkode (mRNA).

    Memproduksi ribosom di nukleus.

  • NUKLEUS

  • JALINAN ENDOPLASMA

    Jalinan endoplasma merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasmaJalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi sebagai pengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma juga berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.
  • JALINAN ENDOPLASMA

  • JALINAN ENDOPLASMA

  • JASAD GOLGI

    Jasad Golgi merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantung-kantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain.Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah:

    glikoprotein

    karbohidrat

    hormon

  • JASAD GOLGI

  • RIBOSOM

    Ribosom merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma.

    Fungsi

    Sebagai tapak sintesis protein.

    Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon.

    Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

  • LISOSOM

    Merupakan organel yang memakan bahagian sel.Mengandung enzim pencerna.Struktur: bersaiz kecil, dilapisi membran.Fungsi: memecah molekul besar menjadi molekul kecil; menghancurkan organel sel yang sudah tua.
  • LISOSOM

  • MITOKONDRION

    Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:
    1- Membran dalam
    2- Membran luarMitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.
  • MITOKONDRION

  • VAKUOL

    Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.
  • VAKUOL

    Setiap vakuol dikelilingi oleh membran yang dikenali sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel
  • KLOROPLAS

    Organel yang menghasilkan klorofil.Hanya ditemui di sel tumbuhan atau alga.Berwarna hijauBerisi klorofil (pigmen hijau)Berfungsi untuk menyerap tenaga cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.
  • KLOROPLAS