Selain Itu

2
Selain itu, kerajaan harus menyediakan perlbagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti- aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah . Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Sebagai sebuah negara beriklim khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadiyang unik dengan deretan pulau yang menawan. Tambahan pula, melancong di dalam negara banyakmendatangkankemaslahatan. Antara faedah melancong dalam negara sendiri ialah merapatkan hubungankekeluargaan. melancong dalam negara juga dapat menanamkan semangat patriotismedalam diri seseorang. Lawatan ke tempat-tempat menarik seperti bangunan-bangunanbersejarah misalnya, Kota A Farmosa di Melaka akan membantu kita untuk lebih mengenali,memahami dan menghayati sejarah negara. Serentak dengan itu, perasaan cinta terhadaptanah air juga akan tersemai secara lahiriah bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.Tuntasnya, perasaan cinta akan negara akan terbit jika kita lebih mengenali keunikan negarasendiri.Di samping itu, perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat seiringdengan pembentukan masyarakat sakinat . Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan. Oleh itu, kita akan dapat memahami budaya dan adat resam pelbagai kaumdi negara kita dengan melancong di dalam negara. Sebagai contoh, Rumah Budaya di Kuching,Sarawak yang menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeritersebut akan mendekatkan kita dengan masyarakat Sarawak. Tegasnya, mengenali kepelbagaian budaya masyakarat di negara kita menjadikan rakyat lebih akrab antara satusama lain Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya

description

kkjlk;lm.

Transcript of Selain Itu

Selain itu, kerajaan harus menyediakan perlbagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarathati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Sebagai sebuah negara beriklim khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadiyang unik dengan deretan pulau yang menawan. Tambahan pula, melancong di dalam negara banyakmendatangkankemaslahatan. Antara faedah melancong dalam negara sendiri ialah merapatkan hubungankekeluargaan. melancong dalam negara juga dapat menanamkan semangat patriotismedalam diri seseorang. Lawatan ke tempat-tempat menarik seperti bangunan-bangunanbersejarah misalnya, Kota A Farmosa di Melaka akan membantu kita untuk lebih mengenali,memahami dan menghayati sejarah negara. Serentak dengan itu, perasaan cinta terhadaptanah air juga akan tersemai secara lahiriah bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.Tuntasnya, perasaan cinta akan negara akan terbit jika kita lebih mengenali keunikan negarasendiri.Di samping itu, perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat seiringdengan pembentukan masyarakat sakinat. Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan. Oleh itu, kita akan dapat memahami budaya dan adat resam pelbagai kaumdi negara kita dengan melancong di dalam negara. Sebagai contoh, Rumah Budaya di Kuching,Sarawak yang menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeritersebut akan mendekatkan kita dengan masyarakat Sarawak. Tegasnya, mengenali kepelbagaian budaya masyakarat di negara kita menjadikan rakyat lebih akrab antara satusama lainMemandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara. .Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.