Selamat Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia

download Selamat Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia

of 2

description

s

Transcript of Selamat Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia

Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Saya Vegeneswari a/p Kesavan dari unit PJK PISMP semester 3 bersyukur kepada Tuhan yang maha berkuasa dan maha penyayang kerana dengan limpah kurnianya dapat menjayakan tugasan Gimnastik PJM 3072. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya, En.Jalil Bin Osman yang telah telah banyak tunjuk ajar dan menjadi fasilitor untuk menyiapkan tugasan ini. Tajuk tugasan kerja kursus ini ialah kemahiran asas gimnastik jenis aktiviti dan keselamatan semasa aktiviti dijalankan.

Kerja kursus ini dibahagikan kepada dua iaitu mandapatkan maklumat berkaitan tajuk pola pergerakan yang dipilih dengan menggunakan dalam aktiviti gimnastik. Saya telah mencari kepentingan kemahiran asas gimnastik, jenis aktiviti dan pergerakan yang sangat baik. Tugasan ini adalah tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Secara berkumpulan kami menyediakan buku skrap yang menunjukkan kefasihan aktiviti yang betul dan tepat. Pada awalnya, tugasan ini amat sukar dan saya berasa takut. Namun begitu, setelah mendengar penerangan daripada pensyarah saya En.Jalil Bin Osman saya lega dan yakin untuk menyiapakan kerja kursus ini.Seterusnya, untuk tugasan ini saya juga mengambil kesempatan seperti berbincang dengan rakan sekumpulan saya. Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mencari bahan di pusat sumber, artikel dan internet. Pencarian bahan bahan yang berkaitan kemahiran asas gimnastik i agak tepat dan jelas. Oleh sebab itu, saya telah memastikan aktiviti yang saya telah cari betul dan tepat. Saya telah semak dengan pensyarah subjek ini.Saya telah mendapatkan maklumat tentang merancang Rancangan Pengajaran Harian RPH berdasarkan aktiviti dari panduan pengajaran KSSRTahun 4. Saya menyediakan RPH mengikut format yang ditetapkan.Oleh itu, saya mengambil masa untuk analisis ansur maju bagi kemahiran yang saya telah dipilihnya. Walau bagaimanapun, pengalaman saya yang pernah mengajar di sekolah selama empat tahun dan ini membantu saya untuk mendapatkan gambaran tentang hujah yang bernas bagi menyokong setiap pernyataan.

Saya juga mengambil masa yang panjang bagi menghasilkan bahan keseluruhan jenis kemahiran gimnastik yang sesuai untuk sekolah rendah. Saya mengambil masa untuk memilih tajuk untuk bina aktiviti yang sesuai dan menepati kehendah standard pembelajaran yang dinyatakan secara kritis dan kreatif. Saya juga telah mendapatkan idea idea bukan sahaja dari rakan sekumpulan malah rakan rakan seunit. Disamping itu, saya mencari ideaidea dalam internet dan buku-buku yang berkenaan. Selain itu, kami sekumpulan telah mencipta buku skrap dan menghasilkan kemahiran senaman lantai dan lombol. Rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat tambahan. Mereka membantu kami untuk membuat kerja kursus ini dengan lebih mudah. Semasa membuat bahan ini kami, mendapatkan lagi bukti-bukti yang kukuh, terperinci. Sebagai seorang guru harus saya mengaplikasikan gimnastik artistik di kalangan murid-murid sekolah rendah supaya mereka dapat gambaran terhadap Pendidikan Jasmani dan kesihatan,

Akhirnya, saya ingin menyatakan di sini bahawa tugasan ini memberi input yang banyak dalam diri saya. Tugasan ini membantu untuk menilai dan memperbaiki diri saya. Selain itu, saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu untuk menjayakan tugasan kumpulan menyediakan buku skrap ini dengan baik. Saya turut juga sangat berterima kasih kepada pensyarah saya yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan serta menjayakan kerja kursus pendek ini dengan baik. Senyum selalu Sekian, terima kasih.

[Type text]Page 1