Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor...

15
PERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk Pengerusi SPR muka 10 Pastikan rakyat Selangor dapat saham air muka 7 30,000 sambut kesyukuran kemenangan Pakatan Rakyat Selangor JUNJUNG AMANAH… Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14 daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang Oleh SIRAJ ZAINI dan NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - DYMM Sultan Sela- ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memberi perkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang. Abdul Khalid mengangkat sum- pah dan membaca ikrar aku janji di Balai Rong Seri Ista- na tersebut di hada- pan DYMM Sultan Se- langor dengan diha- diri kerabat diraja dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri. Abdul Khalid yang menjadi Menteri Be- sar ke-14 Selangor turut memberitahu media selepas itu ba- hawa antara tumpuan pertamanya adalah menstruktur semula industri air Selangor. Pada istiadat itu Abdul Khalid melafazkan 10 aku jan- ji jawatan Menteri Besar untuk dilak- sanakan sepanjang tempoh perkhid- matannya. Aku janji itu termasuk menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, meme- lihara dan melindungi kesucian ser- ta keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan mematuhi kedaulatan Institusi Raja. Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji untuk memeli- hara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tu- buh Kerajaan 1959. Istiadat itu turut disaksikan Ha- kim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta dihadiri isteri Abdul Kha- lid, Puan Sri Salbiah Tunut dan Se- tiausaha Kerajaan Ne- geri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi. Pada sidang akh- bar selepas maj- lis angkat sumpah tersebut, Abdul Kha- lid menjelaskan ran- cangannya untuk meneruskan usaha menstruktur semula industri air Selangor dengan mengambil alih operasi rawatan air daripada syarikat swasta. “Saya menyedia- kan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat ber- harap beliau akan memberi tindak ba- las positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA. “Selangor memberi komitmen ba- hawa projek Langat 2 akan dirang- kumkan bersama proses penstruk- turan semula industri air supaya ia tidak dikendali secara berasingan,” kata Abdul Khalid. Abdul Khalid dilantik MB untuk penggal kedua Saya menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA - ABDUL KHALID Menteri Besar

Transcript of Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor...

Page 1: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

PERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

muka 6

NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk Pengerusi SPR

muka 10

Pastikan rakyat Selangordapat saham air

muka 7

30,000 sambut kesyukuran kemenangan Pakatan Rakyat Selangor

JUNJUNG AMANAH… Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14 daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang

Oleh Siraj Zaini dan naZli ibrahim

Shah alam - DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memberi perkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang.

Abdul Khalid mengangkat sum-pah dan membaca ikrar aku janji di Balai Rong Seri Ista-na tersebut di hada-pan DYMM Sultan Se- langor dengan diha- diri kerabat diraja dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid yang menjadi Menteri Be-sar ke-14 Selangor turut memberitahu media selepas itu ba-hawa antara tumpuan pertamanya adalah menstruktur semula industri air Selangor.

Pada istiadat itu Abdul Khalid melafazkan 10 aku jan-ji jawatan Menteri Besar untuk dilak-sanakan sepanjang tempoh perkhid-matannya.

Aku janji itu termasuk menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, meme-lihara dan melindungi kesucian ser-ta keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan mematuhi kedaulatan Institusi Raja.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan

Klang itu turut berjanji untuk memeli-hara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tu-buh Kerajaan 1959.

Istiadat itu turut disaksikan Ha-kim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta dihadiri isteri Abdul Kha-lid, Puan Sri Salbiah Tunut dan Se-

tiausaha Kerajaan Ne- geri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Pada sidang akh-b a r s e l e p a s m a j -lis angkat sumpah tersebut, Abdul Kha-lid menjelaskan ran-cangannya untuk meneruskan usaha menstruktur semula industri air Selangor dengan mengambil alih operasi rawatan air daripada syarikat swasta.

“Saya menyedia-kan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat ber-harap beliau akan memberi tindak ba-las positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.

“Selangor memberi komitmen ba-hawa projek Langat 2 akan dirang-kumkan bersama proses penstruk-turan semula industri air supaya ia tidak dikendali secara berasingan,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid dilantik MB untuk penggal kedua

Saya menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA

- ABDUL KHALIDMenteri Besar

Page 2: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

2 UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sul-tan Selangor telah memberi perkenan

melantik Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim sebagai Dato' Men-teri Besar Selangor selepas Pili-han Raya Umum Ke-13. DYMM Sultan Selangor berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim sebagai Dato' Men-teri Besar Selangor atas alasan-alasan berikut.1. Ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR telah mengemukakan hanya satu nama, iaitu Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim sebagai calon Menteri Besar yang baru.2. Tan Sri Abdul Khalid bin Ibra-him telah memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi ja-watan Menteri Besar Selangor seperti mana yang telah dipe-runtukkan di bawah Undang

Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, 1959.3. Tan Sri Abdul Khalid bin Ibra-him pernah menjadi Dato' Men-teri Besar Selangor sebelum ini dan pengalamannya seba-

gai Dato' Menteri Besar boleh membantu melicinkan pentad- biran Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam pada itu kelewatan dalam melantik Dato' Menteri Besar Selangor adalah ke-

rana DYMM Sultan Selangor menunggu calon-calon Menteri Besar untuk dikemukakan oleh ketiga-tiga parti komponen Pa-katan Rakyat.

Di samping itu, Datuk Seri Dr

Wan Azizah Wan Ismail, Presi-den PKR pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon Dato' Menteri Besar tidak semestinya Tan Sri Abdul Kha-lid bin Ibrahim apabila Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Justeru itu DYMM Sultan Se-langor telah menunggu parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan calon Dato' Men- teri Besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon sahaja yang dikemukakan.

Sekian untuk makluman Terima kasih

Dato' Haji Mohamad Munir bin BaniDATO' LELA BAKTI SETIAUSAHA SULIT KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR 14 MEI 2013

Oleh Siraj mOhD Zaini

Shah alam - Pemimpin DAP dan PAS berharap Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim terus ber-jaya menjadikan Selangor se-bagai sebuah negeri yang maju untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, Selangor perlu terus mengamalkan dasar yang lebih mesra rakyat dan memperbaiki kelemahan terutama aspek penyampaian maklumat kepada rakyat di negeri ini.

"Saya ucapkan tahniah ke-pada Tan Sri Abdul Khalid yang dilantik sebagai Menteri Besar bagi tempoh penggal kedua.

"Saya harap kita perbaiki beberapa kelemahan yang ada, dan kita juga harus mendengar kritikan dan sungutan orang ramai tentang pentadbiran kita dan cuba mengatasi kese-mua masalah mereka dengan secepat mungkin," katanya ke-pada Selangor Kini.

Sebelum ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh juga bersetuju bersama pim-pinan PR yang lain untuk me-

milih Abdul Khalid sebagai calon Menteri Besar bagi peng-gal kedua.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor, Khalid Samad berkata, prestasi pengurusan kewangan yang baik di bawah pentadbiran Ab-dul Khalid menjadikan Sela-ngor akan terus maju di masa hadapan.

"Saya harap bahawa presta-si yang ditunjukkan sebelum ini dikekalkan dari sudut ke-cemerlangan pentadbiran ke- wangan dan penggunaan wang secara berhemah," ka-tanya.

Dalam pada itu, Khalid tu-rut mengharapkan pentadbir-

an Abdul Khalid memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, Abdul Khalid per-lu mengamalkan sikap keter-bukaan, termasuk menerima cadangan dan teguran dari-pada seluruh jentera pimpin-an PR untuk menjamin lebih keberkesanan dalam pentad-biran.

"Diharap dapat diperting-katkan lagi dari sudut kele-mahan-kelemahan yang pasti ada di mana-mana pentadbir-an dan dapat dipertingkatkan melalui keterlibatan yang le-bih daripada semua pihak," ka-tanya.

Shah alam - Rakyat di negeri ini menyambut baik keputusan pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi penggal ke dua.

Rata-rata mereka menaruh harapan tinggi kepada Abdul Kha-lid supaya dapat menerus-kan kecemerlangannya pada penggal yang lalu.

Pengarah sebuah sya-rikat swasta, Cheah Eeke-ong, 58, berkata, sebagai rakyat negeri itu beliau berbangga dengan pelan-tikan Abdul Khalid itu.

Katanya, berdasarkan pencapaian yang ditujuk-kan oleh Menteri Besar itu sebelum ini membuat-kan rakyat yakin beliau sememangnya mampu mentadbir negeri dengan lebih baik.

"Apa yang beliau (Ab-dul Khalid) tunjukkan sebelum ini, saya sangat berpuas hati. Saya harap beliau masih mengekalkan pentadbiran de-ngan baik dan tidak ada sebarang korupsi. Minta kali ini beliau juga fokus kepada pembangunan in-frastuktur negeri," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, S. Sreehari, 54, dari Balakong berkata, Abdul Kha-lid seorang pemimpin yang sangat

bekerja keras dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

"Saya gembira beliau menjadi Menteri Besar untuk sepenggal lagi, apa yang saya lihat bukan mudah untuk seseorang Menteri Besar mengendalikan Selangor

ini, tetapi cabaran itu mampu dilaksanakan dengan baik oleh beliau.

"Beliau mampu men-jaga kebajikan dan pem-bangunan rakyat Sela-ngor dengan baik tidak mengira bangsa dan agama, itu yang kaum In-dia seperti saya suka de- ngan pencapaiannya. Saya meminta rakyat di negeri ini sentiasa me-nyokong beliau," kata-nya.

Bagi Kakitangan Awam, Farah Kornin, 29, berkata, Menteri Besar seorang pemimpin yang

sangat profesional. Program-pro-gram kebajikan seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor, ia perlu dikekalkan kerana rakyat sangat memerlukan," katanya.

Manakala, bagi Fatihah Muah, 24, mahu kepimpinan Abdul Kha-lid mengekalkan kebajikan rakyat dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan golongan belia negeri itu.

Kenyataan Akhbar Oleh Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor

Rakyat minta MB teruskan kecemerlangan

Terus pacu Selangor jadi negeri maju

Cheah Eekeong

Farah Kornin

Teresa Kok Khalid Samad

Page 3: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

3UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Oleh liZawati maDfa

Shah alam - Tanpa majoriti dua pertiga dan gagal meme-nangi undi popular, BN makin terhimpit untuk mengalih per-hatian rakyat dengan berterus-an mengapi-apikan sentimen perkauman.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sentimen itu ditujukan khas-nya kepada Pakatan Rakyat (PR) di mana PAS yang di-dominasi golongan Melayu Is-lam dilabel sebagai pengkhi-anat bangsa, DAP pula sebagai ‘chauvinist’ bangsa Cina se-mentara PKR terus dimomok-kan sebagai musuh utama negara.

“Justeru, tiada pilihan lain, mereka (BN) cuba mengalih-kan tumpuan daripada peni-puan tersebut dengan mena-

bur elemen hasutan kebencian bangsa dan perkauman,” tegas Anwar dalam satu kenyataan media.

Ekoran kerancakan senti-men perkauman yang terus dimainkan, Anwar berkata, menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia menolak pro-paganda jahat BN dalam me-nyulam benang kebencian da-lam sanubari setiap rakyat.

“Saya menyeru semuanya tidak kira anda Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan atau et-nik lain untuk menolak BN.

“Lebih lama lagi bersama BN, ini bermakna lebih la-malah kita akan bersama parti yang akan membawa negara ini ke arah kemusnahan,” tam-bahnya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) lalu, BN me-menangi 133 berbanding 222

kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi kepada PR yang berjaya menawan 89 kerusi parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas keputusan PRU-13, mengelu-arkan kenyataan kontroversi apabila mengganggap pilihan raya kali ini adalah ‘tsunami Cina’.

Kenyataan itu disokong pula paparan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang mengeluarkan artikel mempersoalkan ‘Apalagi Cina Mahu?’.

Manakala bekas Hakim Mah-kamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mendakwa orang Cina mengkhianati ika-tan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.

Anwar: Hilang sokongan BN main isu perkauman

KlanG - Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor di-jangka dapat dilaksanakan minggu depan selepas proses pemilihan selesai dijalankan dan mendapat perkenan perkenan DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him, sementara itu pihaknya juga menolak spekulasi ber-hubung calon yang bakal menduduki jawatan Exco itu demi menghormati Baginda Sultan Selangor.

“Berkenaan isu pelantikan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco), proses pemi-lihan sudah pun bermula dan akan diumumkan selepas mendapat perkenan DYMM Sultan,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di Istana Alam Shah.

Sebelum itu, Baginda Sul-tan Selangor berkenan be-rangkat bagi mengurniakan surat cara pelantikkan dalam

Majlis Angkat Sumpah Serta Ikrar Akujanji Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Sela-ngor bagi penggal ke dua.

Abdul Khalid mula menyan-dang jawatan Menteri Besar kali pertama selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya memben-tuk Kerajaan Negeri selepas mengalahkan Umno-BN da-lam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 lalu.

Exco akan dilantik dalam masa seminggu

PR sedia berdepan SPR PEtalinG jaYa - Pakatan Rakyat (PR) bersedia ber-depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mengemukakan dakwaan salah laku Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak ada sebarang masalah untuk menerima cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mahu PR berdepan dengan Ab-dul Aziz.

Tambah Saifuddin, sekiranya Abdul Aziz enggan bertemu, beliau berharap Ahmad dapat membantu PR untuk bertemu Pengerusi SPR itu.

“Majlis Setiausaha PR bersetuju menjemput Tan Sri Aziz dalam masa terdekat ini bagi berdepan PR untuk kita membangkitkan satu per satu perkara-perkara yang berkaitan salah laku pilihan raya,” katanya da-lam satu sidang media.

Beliau percaya Abdul Aziz tidak keberatan untuk bertemu PR memandangkan PRU-13 baru sahaja ber-langsung seminggu lalu.

Ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) se-dang mengumpul bukti berhubung salah laku pilihan raya. PKR diketuai Rafizi Ramli, DAP oleh Ong Kian Ming manakala PAS oleh peguam Asmuni Awi.Majlis setiausaha Pakatan Rakyat sedia berjumpa SPR untuk dapatkan penjelasan PRU -13

Berkenaan isu pelantikan barisan Ahli Majlis Kera-jaan Negeri (Exco), proses pemilihan sudah pun bermula dan akan diumumkan selepas mendapat perkenan DYMM Sultan

- ABDul KhAliDMenteri Besar

Page 4: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

4 UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

batU Kawan - Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Su-ruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab segala penipuan yang berlaku dalam Plilhan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menyifatkan ia sebagai ibu segala penipuan, Anwar mem-beritahu situasi sekarang me-nimbulkan kekeliruan terha-dap rakyat kerana Pakatan Rakyat (PR) mendapat undi popular lebih daripada BN.

“SPR cuai. Penipuan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat yang mendapat undi popular dikira sebagai kalah. BN yang ternyata tidak berjaya menga-tasi Pakatan Rakyat diisytihar-kan sebagai pemenang.

“Bagi mengekalkan keme-nangan, BN dan SPR sanggup menipu sehingga ada pengundi diragui berani masuk ke pusat pengundian.

“SPR mesti jawab segera se-gala pembohongan yang me- reka lakukan,” kata Anwar Ibrahim di hadapan lebih 100,000 hadirin dalam himpu-nan ‘Tolak Penipuan PRU-13’ di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Memetik Keadilan daily, te-gas Anwar, hak rakyat memi- lih pemerintah bukan saja di-cabul oleh SPR dan BN, malah di-tipu dengan cara jijik dan kotor, termasuk menyerang Pakatan Rakyat melalui media arus perdana untuk mengekalkan kuasa

“Selepas pembubaran Parli-

men, semua media yang ada da-lam negara tidak lagi mendapat kebebasan. Semuanya diperku-da oleh mereka untuk mengi-kut telunjuk BN supaya rakyat yakin perbuatan mereka.

“Himpunan ini mesej jelas kepada BN dan SPR bahawa rakyat tidak setuju dengan pe-nipuan yang mereka lakukan.

“Oleh kerana itu, rakyat ne- gara ini akan terus bangkit membuktikan hak mereka ter-nyata ditipu dan dinafikan oleh BN dan SPR dalam pilhan raya umum 5 Mei lalu,” kata Anwar.

PEtalinG jaYa - Pasukan siasatan penipuan dan pe-nyelewengan pilihan raya, #Siasat PRU-13 akan menum-pukan perhatian kepada pro-ses pengundian di 27 kawasan parlimen.

Ketua kumpulan siasatan, Rafizi Ramli berkata tumpuan terhadap kawasan ini kera-na memenuhi empat kriteria di mana penipuan didakwa berlaku semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU ke-13).

Empat kriteria tersebut adalah keputusan majoriti ti-pis bawah lima peratus, undi rosak mengatasi majoriti tipis, peratusan serta pola pengundi pos dan pengundi awal men-gatasi majoriti dari pengundi biasa.

Pasukan yang dianggotai 67 sukarelawan itu, turut mem-beri perhatian kepada kerusi-kerusi di mana terdapat lapo-

Fokus siasat keputusan 27 Parlimen meragukan

ran polis daripada pengundi berkenaan penipuan pilihan raya.

“Kriteria ini digunapakai untuk menetapkan kerusi-kerusi parlimen dan DUN yang

Anwar: SPR mesti jawab ibu segala penipuan PRU-13

akan disiasat dengan lebih mendalam.

“Siasat PRU-13 akan men-dedahkan bukti yang dikum-pul dalam tempoh seminggu dari sekarang, setelah saksi-

Siasat PRu-13 akan mendedahkan bukti yang dikumpul dalam tempoh seminggu dari sekarang, setelah saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterang-an lanjut

- RAFiZi RAMliAhli Parlimen Pandan

saksi dipanggil untuk mem-beri keterangan lanjut,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Rafizi yang juga Ahli Parli-men Pandan berkata pasukan-nya turut meneliti setiap vi- deo dan foto yang memapar-kan perbuatan penyelewengan dan penipuan pilihan raya bagi menjejaki individu terlibat.

Sebelum ini, PKR mengu-mumkan penubuhan pasukan siasatannya dengan kerjasama PAS dan DAP ekoran terdapat pelbagai dakwaan penyele-wengan dan penipuan yang berlaku sepanjang tempoh pi-lihan raya berlangsung.

Hasil siasatan itu akan di-gunakan sebagai bukti ketika memfailkan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas SPR mengazetkan keputusan PRU-13 yang dijangka akan berlaku pada minggu ini.

Anwar bersama (kanan) Dr Mansor Othman, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, menyanyikan lagu Negraku

Kerusi Parlimen yang akan disiasat

P89 Bentong P96 Kuala SelangorP220 BaramP93 Sungai BesarP159 Pasir GudangP142 LabisP29 MachangP26 KeterehP118 TitiwangsaP158 TebrauP58 Bagan SeraiP168 Kota MaruduP177 BeaufordP118 SetiawangsaP140 SegamatP144 LedangP53 Balik PulauP18 Kulim Bandar BahruP161 PulaiP67 Kuala KangsarP146 MuarP11 Pendang P94 Hulu SelangorP92 Sabak BernamP14 MerbokP182 Pensiangan P205 Saratok

Himpunan ‘Tolak Penipuan PRU-13’

Page 5: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

5UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Oleh mOhD EZli maShUt

KlanG - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memperti-kaikan kredibiliti polis yang menjalankan siasatan terha-dap enam orang berhubung insiden penahanan dua bas dipercayai membawa warga asing ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Tegasnya, polis dan Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu profesional dalam men-jalankan tugasnya dan ber-tindak terhadap keseluruhan maklumat yang diberikan un-tuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan.

Katanya, polis tidak wajar bersikap membuat dakwaan se-cara selektif dengan menangkap enam orang itu sedangkan da-lam masa yang sama tiada pe-nangkapan dan dakwaan kepada pengundi yang diragui itu.

“Mengapa dalam tempoh 24 jam itu polis menahan ketiga-tiga orang yang menahan pe- ngundi diragui itu, tetapi da-lam masa yang sama melepas-kan pekerja asing itu.

“Pihak polis sepatutnya ber-

PEtalinG jaYa - Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) menceri-takan bagaimana mereka menahan warga asing yang cuba mengguna-kan kad pengenalan palsu untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Petugas, Tan Ooi Ngak mendakwa, beliau dan petugas lain di pusat me-ngundi SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah, berjaya menge-san warga Pakistan yang cuba mem-buang undi.

Tan berkata, warga Pakistan itu ditahan selepas tengah hari ketika dia menghampiri pusat mengundi.

“Pemeriksaan mendapati dia adalah warga Pakistan. Dia diarah-kan meninggalkan tempat mengun-di dengan segera,” katanya ketika ditemui di Himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ di Stadium Kelana Jaya di sini.

Tan mendedahkan perkara itu sambil menunjukkan gambar warga Pakistan berkenaan.

Manakala petugas PAS Johor, Tajuddin Mohamad mendakwa ber-jaya menghalang warga Myanmar daripada membuang undi di SK Klu-ang Barat, Kluang di dalam DUN Mah-kota pada kira-kira jam 4 petang.

“Bila diperiksa dia menunjukkan MyKad, tetapi bila disuruh menyanyi lagu Negaraku, dia gagal. Kita mem-beri amaran dan mengarahkan dia beredar dari situ,” kata Tajuddin.

Di samping itu, Tajuddin juga ber-kata, proses kiraan undi di Dewan Sul-tan Ibrahim Shah amat mencuriga-kan apabila pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melambatkan pe-ngumuman keputusan setelah calon PR, Khairul Faizi memenangi DUN tersebut dengan majoriti lebih 900 undi.

PEtalinG jaYa - Pasukan siasatan penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (#Siasat PRU-13) PKR mengu-mumkan sehingga kini pasu-kan yang diketuai Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli itu sudah menerima 237 aduan daripada pengundi.

Menurut Rafizi juga, se-takat ini pihaknya dimak-lumkan terdapat sekurang-kurangnya 25 laporan polis sudah dibuat oleh pengundi di seluruh negara.

Selain laporan polis, se-kurang-kurang tiga pengun-di lain turut membuat akuan bersumpah bagi menyokong dakwaan mereka.

Antara laporan polis dan aduan kepada #Siasat PRU-13 itu termasuklah aduan pengun- di sah yang dinafikan hak me-ngundi kerana namanya ter-lebih dahulu digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Proses pengumpulan mak-lumat yang masih berjalan itu turut menumpukan empat lagi jenis kesalahan pilihan raya seperti yang dilaporkan pengundi di seluruh negara.

Antaranya, kewujudan pe-ngundi yang tidak dikenali tetapi didaftarkan di sebuah alamat yang mana penghuni asalnya tidak mengenali pe-ngundi tersebut.

“Kesalahan SPR seperti tin-dakan menandatangani Bo-rang 14 sebelum pengiraan bermula atau tidak memberi-kan salinan Borang 14 seperti yang diperuntukkan oleh un-dang-undang,” kata Rafizi da-lam sidang media di Ibu Peja-bat PKR di sini.

Selain itu, kehadiran pe-ngundi yang disyaki warga-negara asing, diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi turut menjadi tumpuan.

Polis tahan warga tempatan bebas warga asing

sikap adil dan saya juga telah meminta pihak SPR untuk da-tang dan menentukan bahawa 18 orang pengundi ragu itu yang berada di dalam bas itu adalah pengundi ataupun tidak,” kata Charles.

Beliau berkata demikian se-masa sidang media bersama tiga individu yang ditangkap polis itu, Lim Siong Kuan, 32, Liow Mun Ho, 23, Yap Kwee Heng, 37, di sebuah restoran di Pandama-ran di sini.

Katanya, beliau mempunyai bukti bergambar salah seorang daripada 18 individu mempunyai kesan dakwat kekal seraya meng-gesa polis dan SPR membuat siasatan apakah pekerja asing itu mempunyai hak mengundi.

Terima 237 aduan, lebih 25 laporan polis

Warga Pakistan, Myanmar cuba buang undi guna MyKad

BANTAH... Charles bersama individu yang ditangkap polis berhubung insiden penahanan dua bas dipercayai membawa warga asing

BUKTI... Tan menunjukkan wajah warga Pakistan yang cuba membuang undi di SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah

Page 6: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

PENASIHAT: Faekah Husin

Arfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Sheridan Mahavera Mohd Shakir PENGARANG BERITA: Najib Hashim

PENOLONG PENGARANG BERITA: Mohd Ezli Mashut PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afix Redzuan: [email protected], Afeeqa Afeera: [email protected],

Hafizan Taib: [email protected], Norhayati Umor: [email protected]

JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites,

No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Selangor KiniSIDANG PENGARANG

6 Selangorkini 17 - 24 Mei 2013UTAMA

Pastikan rakyat dapat saham airOleh nOrhaYati UmOr

Shah alam - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memas-tikan saham air tetap diberi-kan kepada rakyat negeri Sela-ngor.

Menurutnya, ia kerana per-kara itu sudah dijanjikan ke-pada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

"Saya akan tetap buat kerja sebab saya mahu tunjukkan kepada Selangor, hak untuk rakyat mesti dikembalikan ke-pada rakyat dengan cara yang terbaik.

"Selepas menang PRU-13, setiap malam saya catit dan buat kira-kira untuk saham air ini," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 30,000 pe-nonton yang hadir di Majlis Kesyukuran Kemenangan Pa-katan Rakyat Selangor, di Da-taran Kemerdekaan, di sini.

Abdul Khalid menambah, tindakan itu akan dilakukan-nya demi memastikan rakyat tidak terbeban setiap kali pen-swataan berlaku.

"Tidak ada orang boleh sa-lah gunakan kuasa itu. Saya tidak mahu rakyat terima be-ban setiap kali penswastaan berlaku," katanya.

Balas kepercayaan rakyat dengan khidmat lebih baikShah alam - Pakatan Rak-yat (PR) yang diberi mandat baru bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor di-minta lebih efisien membantu rakyat.

Memasuki peng-gal kedua pentadbir-an, PR juga diminta lebih memperkasa- kan agenda Merak-yatkan Ekonomi Se-

Saya akan tetap buat kerja sebab saya mahu tunjukkan kepada Selangor, hak untuk rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat dengancara yang terbaik

ABDul KhAliDMenteri besar

Anak muda ini tidak melepaskan peluang bergambar dengan Abdul Khalid sewaktu Majlis Kesyukuran Kemenangan Pakatan Selangor

Sementara itu, Abdul Khalid turut menyifatkan kemenang-an Pakatan Rakyat (PR) itu bu-kan dasar nasib baik seperti yang didakwa Umno-BN.

"Oleh itu, kita minta rakyat bersama dengan penjawat awam, pimpinan politik dan rakan-rakan dalam pernia-gaan supaya kita bina Sela-

ngor sebagai satu negeri yang mementingkan rakyat, de- ngan cara itu dana yang kita ada kena salurkan kepada rakyat dengan amanah," katanya.

Dalam PRU-13 baru-baru ini, Abdul Khalid berjaya me-menangi kerusi Parlimen Ban-dar Tun Razak dan kerusi DUN bagi Pelabuhan Klang.

langor (MES) dengan mem-perkenalkan program baru, di samping mengenal pasti

kumpulan sasaran su-paya segala bantuan dinikmati masyarakat lebih menyeluruh.

Ahamd Zakaria Talib, 43, dari Padang Jawa berkata, PR su-dah membuktikan ke-mampuan dan dengan

mandat baru ini, Kerajaan Negeri diminta menyegera-kan segala bantuan kepada rakyat kerana sebelum ini terdapat rungutan yang me-ngatakan ada ban-tuan yang lambat di-terima.

"Kerajaan Negeri diharap memperba-nyakkan aktiviti me-

libatkan go-longan belia supaya me-reka ini lebih aktif dengan pelbagai ak-tiviti bergu-na," katanya kepada Sela-ngor Kini.

Bagi go-longan muda seperti Zulkifli Zahari, 21, kejayaan PR me-ngekalkan mandat di Sela- ngor adalah satu perkembang-an positif kerana apa dirangka

sebelum ini dapat diteruskan mengikut perancangan.

Beliau berharap Kerajaan Negeri bo-leh membantu go-longan muda yang melanjutkan pelaja-ran ke pusat penga-jian tinggi.

"Mengenai kema-sukan ke IPTA dan IPTS, dari segi

yuran IPTS mahal dan IPTA lebih murah tetapi masalah untuk masuk ke IPTA susah kerana bilang-an pelajar yang ramai. IPTS perlu mengenakan bayaran yuran yang lebih fleksibel," katanya.

Manakala Tan Kee Ying, 30, berharap masalah kutipan sampah di Selangor dapat di atasi dengan lebih baik supa-ya rakyat negeri ini menikma-ti kehidupan yang lebih baik.

"Saya berpuas hati dengan Kerajaan Negeri PR kerana

nampak kesungguhan untuk menambah baik perkhidmat-an kepada rakyat.

"Untuk penggal baru ini, semoga wang diagihkan kepa-da rakyat seperti orang mis-kin, dibuat secara betul dan sistematik," ujarnya.

Bagi warga emas, Suraman Mohd Shahir, 65, PR selaku pentadbir Kerajaan Negeri

mesti memberi-kan perkhidmat-an lebih baik kerana rakyat kini lebih perca-ya dengan keu-payaan PR.

"Kali ini ten-tulah PR lebih bersedia dan le-

bih bertanggungjawab untuk membalas kepercayaan rakyat Selangor.

"Perubahan seperti dila-ungkan - 'Ini Kalilah' maka kena berubahkah. Kena tunai-kan segala janji," katanya.

Page 7: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

7UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Shah alam - Kira-kira 30,000 orang ramai hadir memeriahkan sambutan majlis kesyukuran sempena kemenang- an Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ba-ru-baru ini.

Majlis kesyukuran yang dihadiri pimpinan utama PR Selangor sebagai tanda ucapan terima kasih atas ke-percayaan rakyat yang memberi man- dat untuk meneruskan kecemerlangan mentadbir negeri selama sepenggal lagi.

Sementara itu, Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

melahirkan ucapan terima kasih kepada DAP dan PAS yang sepakat menyokong beliau untuk kekal sebagai Menteri Be-sar.

"Saya berterima kasih kepada ke-dua-dua parti. Begitu juga kepada rakyat yang menyokong saya," katanya.

PR Selangor berjaya membentuk ke-rajaan baru selepas memenangi keme-nangan dua pertiga dengan majoriti 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 lalu.

PKR memenangi 14 kerusi negeri ber-banding DAP dan PAS yang masing-mas-ing memenangi 15 kerusi.

30,000 sambut kesyukuran kemenangan PR Selangor

Page 8: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

P102 SERDANGYB ONG KiAN MiNG

N18 hulu KElANGYB SAARi SuNGiB

N32 SERi SETiAYB NiK NAZMi NiK AhMAD

N45 SElAT KElANGYB hAliMAh Ali

N33 TAMAN MEDANYB hANiZA TAlhA

N22 ChEMPAKAYB iSKANDAR SAMAD

Kira-kira 120,000 memenuhi ruang Stadium MBPJ, Kelana Jaya, sewaktu

himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’. himpunan diadakan sebagai tanda protes rakyat terhadap ketidaktelusan dan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan Pilihan Raya umum Ke-13 (PRu-13) pada 5 Mei 2013 lalu.

Sekitar 9 malam, peserta himpunan memenuhi stadium dan sebahagian daripadanya tidak dapat masuk dan hanya berkumpul di luar pekarangan stadium sambil melaungkan perkataan ‘Refomasi’ dan ‘ubah’ sebagai tanda sokongan terhadap himpunan yang berlangsung.

Dalam himpunan tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur, ekoran penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRu-13 lalu.

Page 9: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

10 Selangorkini 17 - 24 Mei 2013UTAMA

Adun Kota Alam Shah janji balas kepercayaan pengundiKlanG - Adun Kota Alam Shah (DAP), V. Ganabatirau berjanji akan membalas kepercayaan tinggi pengundi di kawasan-nya dengan menyelesaikan beberapa permasalahan yang tidak selesai.

Ganabatirau ketika ditemui berkata, akan membantu me-nyelesaikan masalah banjir dan sampah yang menjadi masalah utama kepada pen-

duduk di kawasannya."Apa yang saya nampak, saya

akan utamakan masalah banjir dengan membawa isu di bawah Geran Selangorku dan berbin-cang dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.

"Kedua, masalah dari segi kutipan sampah, kita akan naik taraf kerja-kerja ini dan saya juga akan panggil MPK," katanya.

Beliau turut mengulas kese-sakan lalu lintas di bandar itu turut dalam pemerhatiannya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 baru-baru ini, Ganabati-rau memperolehi 18,971 undi dengan majoriti 13,369 undi me-newaskan Datuk Dennis Mag- lin Dcruz (BN) serta dua calon Bebas.

Apa yang saya nampak, saya akan utamakan masalah banjir dengan membawa isu di bawah Geran Selangorku

V. GanabatirauAdun Kota

Alam Shah

NGO dan mahasiswa hantar 'keranda' untuk pengerusi SPR

Oleh mOhD EZli maShUt

PUtrajaYa - Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertu-buhan mahasiswa mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilih-an Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof agar me-letakkan jawatan segera.

Ia berhubung pelbagai dak-waan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan per-jalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lepas dengan telus dan adil.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pada 18 Mei ini satu himpunan lebih besar rakyat memban-tah penipuan SPR akan diada-kan dalam masa terdekat yang akan diumumkan kemudian.

"Kami menuntut dengan jelas untuk dikembalikan se-mula sistem demokrasi, de-ngan kebangkitan rakyat hari ini kamu tidak berjaya me-lenyapkan suara kami,

"Wahai anak muda, keka- lahan dan kemenangan itu tidak terletak hanya di atas kertas undi, kekalahan adalah apabila kita terus berdiam diri, percayalah apabila kita terus bangkit kemenangan berada di pihak kita dengan negara

ini perlu diselamatkan," kata Badrul Hisham.

Desakan itu dilakukan kira-kira 50 orang daripada pel-bagai NGO dan mahasiswa di hadapan Bangunan SPR di sini dengan kebanyakan mereka memakai baju hitam, simbol matinya demokrasi di negara ini.

Mereka turut membawa dua buah replika keranda berwar-na hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis 'PRU-13 adalah yang paling kotor' mereka turut melaungkan 'Tu-kar SPR' dan 'Anak Muda Ma-hukan Keadilan'.

Turut kelihatan juga ialah kira-kira lebih 20 orang ang-gota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi menga-wal keselamatan.

Che’gu Bard, berucap di hadapan peserta sebelum berarak ke bangunan SPR

Replika keranda berwarna hitam turut diusung di hadapan bangunan SPR di Putrajaya

Safwan Anang dan Adam Adli, bertindak mewakili NGO dan mahasiswa, menyerah memorandum kepada SPR

Page 10: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

11UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Oleh Siraj mOhD Zaini

KlanG - Satu perbincangan khusus akan diadakan dalam masa terdekat bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan polis bagi meningkatkan kese-lamatan di beberapa kawasan Klang.

Menurut Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan de-ngan pemaju perumahan bagi menyelesaikan masalah kesela-matan di Klang.

“Kita mesti cari jalan jangka pendek dan jangka panjang un-tuk mengatasi masalah ini.

“Sehubungan itu, saya ber-cadang minggu hadapan akan berjumpa dengan pemaju pe-rumahan supaya saya dapat mengetahui tentang rancangan projek mereka dan bagaimana untuk melengkapkan kawasan ini supaya tidak berulang lagi kejadian seperti ini.

“Kejadian sedemikian bu-kan hanya memberi kesan bu-ruk kepada penduduk di ka-wasan ini, tetapi keseluruhan daerah Klang,” katanya selepas melawat keluarga Nur Amyli-

Kerjasama MPK dan polis tingkat keselamatanana Shuhada Mohd Noor, yang dirogol dan dibunuh baru-baru ini.

Mayat Nur Amyliana Shuha-da, 11, dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, Klang, kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Sementara itu, jenazah Amy-liana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Selat Klang di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop dipetik sebagai ber-kata, pihaknya menerima la- poran bedah siasat dari Hospi-tal Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Sehingga kini dua lelaki, 19, dan 24, direman selama seming-gu bagi membantu siasatan.

Kematian Nur Amyliana

PRIHATIN... Abdul Khalid, melawat keluarga mangsa rogol dan bunuh di Bukit Tinggi, Klang

Page 11: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

12 Selangorkini 17 - 24 Mei 2013UTAMA

Oleh Siraj mOhD Zaini

Shah alam - Sejumlah RM10.9 juta zakat perniagaan diterima Lembaga Zakat Se-langor (LZS) daripada Lem-baga Tabung Haji (LTH) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menerima zakat berkenaan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Paduka Ismee Ismail da-

DEnGKil - Pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan dari Jenderam Hulu dekat sini tidak meneri-ma bantuan BR1M 2.0 bernilai RM500 sepertimana dijanjikan kerajaan Umno-BN.

Menurut Kamal Abdullah, 44, berkata, mereka menda-pat bantuan BR1M 1.0 dan itu mengesahkan kelayakan un-tuk menerima bantuan sama buat kali kedua.

Beliau mendakwa, sebelum ini sudah merujuk kepada bekas Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, mendapati kuota pemberian automatik ke-pada golongan OKU seperti me-reka dihapuskan.

“Saya dimaklumkan kami akan diberi BR1M 2.0 secara automatik, tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Sedang BR1M 1.0 diadakan dengan majlis khas melibatkan kehadiran lebih 100 orang OKU pada Oktober tahun lalu.

“Saya rasa wujud diskrimi-nasi dalam perkara ini,” ka-tanya yang menyara keluarga dengan bekerja kampung.

Kamal dan isteri, Noraini Salleh, 35, sudah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia dan Per-tubuhan Pembangunan Orang-Orang Buta Malaysia.

Zakat perniagaan Tabung Haji RM41.2 j

Pasangan OKU dinafi hak terima BR1M 2.0

Zakat yang dibayar merupakan jumlah yang tertinggi dibayar oleh lTh berbanding negeri- negeri lain serta tertinggi diterima lTZ setakat ini

lam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, zakat yang dibayar merupakan jumlah yang tertinggi dibayar oleh LTH berbanding negeri-negeri lain serta tertinggi diterima LTZ setakat ini.

Jumlah keseluruhan zakat perniagaan LTH pada tahun ini bagi seluruh negara adalah berjumlah RM41.2 juta.

Upacara penyerahan zakat berkenaan turut dihadiri Pe-ngerusi LZS, Tan Sri Syed An-war Syed Putra Jamalullail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mo-hamad Adzib Mohd Isa.

Turut hadir, Mufti Sela-ngor, Datuk Mohd Tamyes Ab-dul Wahid, Pengarah LTH Se-langor, Mohd Ridza Mat Zain serta Ketua Pengarah Ekse-kutif LZS, Mohamed Izam Mo-hamed Yusof.

Penyelaras DUN Dengkil, Borhan Aman Shah, meneliti aduan yang dibuat oleh Kamal

Sultan Selangor berkenan menerima zakat yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif LTH

Page 12: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

13UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Oleh nOrhaYati UmOr

KlanG - Semua parti politik diminta untuk membersihkan iklan-iklan pi-lihan raya selaras dengan Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya Maj- lis Perbandaran Kelang (MPK) 2007 dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata, selepas tempoh tersebut berakhir, kerja-kerja pem-bersihan akan dilaksanakan dan de-posit iklan akan terlucut hak.

“Iklan dan poster-poster perlu dibersihkan atau diturunkan, yang mana pemegang permit mempunyai masa 14 hari selepas hari mengundi untuk melakukan kerja-kerja berke-naan,” katanya dalam kenyataan me-dia.

Beliau berkata, jika perbelanjaan pembersihan melebihi wang deposit iklan yang sudah dibayar, suatu tun-tutan boleh dituntut melalui pro-ses mahkamah tentang kekurangan tersebut yang menjadi tanggungan pemegang permit.

“Kain rentang dan iklan-iklan yang disita akan dilupuskan mengi-kut prosedur pelupusan MPK (UUK 14 Undang-undang kecil iklan pilihan raya MPK 2007).

“Parti politik yang bertanding di-minta memberi perhatian terhadap perkara ini bagi mengelakkan seba-rang kekeliruan terutama selepas tamat tempoh yang ditetapkan sebe-lum ini,” katanya.

MPK minta parti politik bersihkan iklan pilihan raya

Shah alam - Kempen Rebat Cukai Taksiran, Rumah Mesra Alam Hijau yang dilancarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dilanjutkan sehingga hujung bulan Mei.

Unit Perhubungan Awam MBPJ memaklumkan, inisia-tif itu dilanjutkan berikutan sambutan yang menggalak-kan serta permintaan daripada orang ramai.

Rebat cukai taksiran itu dita-warkan kepada pemilik rumah yang mengambil inisiatif men-jadikan bangunan kediaman mereka mesra alam hijau dari segi aspek tenaga, air, kepelba-gaian biologi, pengurusan sisa buangan, pengangkutan dan inisiatif lain.

Pemilik individu yang layak akan menerima 100 peratus rebat cukai taksiran ataupun RM500, yang mana lebih ren-

MBPJ lanjut tarikh kempen rebat cukai taksiran

iklan dan poster-poster perlu dibersihkan atau diturunkan yang mana pemegang permit mempunyai masa 14 hari selepas hari mengundi untuk melakukan kerja-kerja berkenaan

- EhSAN MuKRiPemangku Yang

Di Pertua MPK

SS 24 Taman Megah (Berhampiran Pasar Pagi)SD 12/1 (Berhampiran McDonald’s dan Mobil) Jalan Cecawi 6/18A PB6 Kota Damansara (Berhampiran McDonald’s dan stesen minyak shell)PJS 3 (Berhampiran Tapak Pasar Malam PJS 3) PJU 10, Damansara Damai (Berhampiran McDonald’s dan stesen minyak Shell)

KAwASAn KAUnTer BergerAK ez-PAy MBPJ

dah dalam bentuk debit kepada akaun cukai mereka bagi tahun 2014.

“Tahun ini merupakan tahun ke-3 penganjuran skim rebat cukai rumah mesra alam hijau yang bertujuan untuk mem-promosikan gaya hidup mesra alam hijau kepada penduduk ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya hijau berkar-bon rendah,” kenyataan media itu dipetik.

Sehubungan itu, dengan ada-nya lanjutan untuk Kempen Re-bat ini, pihak majlis berharap agar lebih ramai pemilik rumah kediaman akan memasukkan ele-men mesra alam hijau dan mam-pan dalam kediaman mereka.

Sebarang penyertaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh terus menghubungi Unit Pusat Setempat (OSC), Tingkat Bawah, Bangunan Annex MBPJ

atau menghubungi talian 03-7960 0835.

Sementara itu, dalam per-kembangan lain, MBPJ memak-lumkan kaunter bergerak ez-pay akan dibuka bermula bulan ini di kawasan-kawasan yang ditetapkan.

“Aktiviti itu merupakan usa-ha dan langkah pihak Majlis un-tuk mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat, terutama pada waktu puncak,” katanya.

Gam

bar h

iasa

n

Kaunter bergerak ez-pay dibuka bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran

Gam

bar h

iasa

n

Page 13: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

14 UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

Oleh liZawati maDfa

Shah alam - Syarikat Tim-bang Dinar Sdn Bhd (TDSB) dari Sekolah Menengah Kebang- saan Jalan Kebun muncul se-bagai Syarikat Terbaik bagi Anugerah Program Usahawan Muda (PUM) Permata Selangor 2012.

Pengarah Urusan TDSB, Adib Farhan Sayuti 17, berka-ta, beliau berserta ahli lemba-ga pengarah menjadikan kri- tikan guru pembimbing seba-gai satu pembakar semangat untuk berusaha mengangkat syarikat yang ditubuhkan pada awal 2012 itu.

"Bukan itu sahaja, malah kami juga berpeluang untuk belajar bagaimana mengurus-

kan sesebuah syarikat dengan baik di samping belajar un-tuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti.

"Semestinya kejayaan men-catatkan keuntungan bersih syarikat melebihi RM40,000 merupakan kenangan manis dan berharga buat kami," jelas Adib.

Terdahulu, bertempat di Pu- sat Konvensyen Shah Alam (SACC), lebih seribu pelajar dengan diiringi guru masing-masing, menghadiri majlis Anugerah Program Usahawan Muda anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Ja-batan Pelajaran Selangor.

Mereka mewakili 49 buah sekolah menengah yang ter-

SMK Jalan Kebun raih anugerah Program Usahawan Muda

pilih menyertai program PUM tahun lepas untuk merebut 11 anugerah utama di sam-ping dua lagi anugerah khas; Anugerah Khas Inspirasi dan Anugerah Khas Pencapaian.

Majlis dirasmikan Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, No-raida Mohd Yusof, selain turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1998, PUM sehingga kini berjaya menubuhkan 632 buah syarikat sendirian berhad di 50 buah sekolah seluruh Se-langor.

Bagi penganjuran seterus-nya, modul tambahan jualan atas talian dijangka akan di-

perkenalkan selain menambah lagi jumlah penyertaan seko-lah jika mempunyai peruntuk-an tambahan dengan kelulus-an jabatan pelajaran.

Kami juga berpeluang untuk belajar bagaimana menguruskan sesebuah syarikat dengan baik di samping belajar untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti

ADiB FARhAN SAYuTiPengarah Urusan TDSB

SMK Jalan Kebun menerima anugerah Syarikat Terbaik bagi Program Usahawan Muda Permata Selangor

KREATIF... salah satu hasil kerja tangan yang dipertandingkan

Page 14: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

15UTAMASelangorkini 17 - 24 Mei 2013

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5521 8740 atau 03-5521 8741, Faks : 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS Rantaian Mesra Sdn Bhd,Tingkat G, Bangunan DarulEhsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel : 03-55103468 /3472, Faks: 03-55103455emel: [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPT Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40503 Shah Alam Tel: 03-55447385 atau 03-55212275 Faks: 03-55104095 atau 03-55110659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, SelangorTel : 03-5518 7735 , Faks : 03-5518 7736 email : [email protected] Laman Web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 40503 Shah AlamTel : 03-5544 7306 atau 03-5512 3618. Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 atau 03-5544 7622. Faks : 5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Berhad, 16th - 17th Floor,Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999. Faks : 03-5510 9977 Emel: [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300Shah Alam, SelangorTel: 03-55413616. Faks: 03-55413617Laman Web http://www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2,Bangunan SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah, 4000,Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-55447104/ 03-55191692/ 03-55212312 Fax : 03-551055829 Laman Web http://www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455 Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, SelangorTel: 03-5544 7480/7481/7482/7543 Faks: 03-55104095/ 55135564/ 55447391Blog http://tuisyenrakyat.blogspot.com

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Shah alam - Rakyat Selangor tan-pa mengira fahaman politik boleh memohon Rumah Mampu Milik (RMM) jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Setinggan, Iskandar Ab-dul Samad berkata, Kerajaan Negeri akan membina RMM kepada rakyat tanpa mengira sama ada kawasan itu diwakili wakil rakyat Umno-BN.

Bahkan, hak milik tanah diberi-kan kepada mereka yang berhak, walaupun kepada penyokong tegar Umno-BN sekalipun.

Iskandar yang juga Adun Chem-paka berkata demikian mengulas ke-luhan rakyat Terengganu yang kini menjadi mangsa balas dendam poli-tik Umno-BN.

Bernama sebelum ini dipetik me-laporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai ber-kata, tiada RMM akan di bina di ka-wasan yang BN kalah di negeri pan-tai timur itu.

"Ini satu pengkhianatan, sebab satu kerajaan sepatutnya mereka

berkhidmat kepada setiap rakyat ke-pada negeri tersebut, tak boleh pilih siapa yang pilih mereka sahaja yang akan diberikan bantuan," katanya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan, pemerintah seharusnya memberikan perkhid-matan yang terbaik dan sama rata kepada rakyat, kerana keseluruhan operasi kerajaan, bahkan gaji Men-teri Besar itu sendiri, sebenarnya di-

tanggung oleh pembayar cukai."Di Selangor, sebagai contoh kita

ada projek Ceria, projek membaik pulih rumah pangsa dan pangsapuri, kita baik pulih di semua DUN tidak kira itu DUN BN ataupun DUN PR," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ni, BN Tereng-ganu hanya memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Tiada diskriminasi Rumah Mampu Milik di Selangor

Shah alam - Ibu tunggal yang ber-tindak menyaman Kerajaan Negeri sebelum ini diseru mendaftar bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai program yang disediakan Kerajaan Negeri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail (gambar) berkata, pendaftaran itu penting bagi memastikan segala prosedur, proses dan syarat-syarat kelayakan dipenuhi sebelum bantuan dapat disalurkan.

"Saya ulangi seruan saya selama ini, sebelum dan selepas kes saman, juga ketika dialog bersama Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 28 Novem-ber tahun lalu untuk mereka tampil

mendaftar."Kita akan ber-

usaha untuk bantu mereka

Pelawa ibu tunggal sertai program Kerajaan Negeri

Di Selangor, sebagai contoh kita ada projek Ceria, projek membaik pulih rumah pangsa dan pangsapuri, kita baik pulih di semua DuN tidak kira itu DuN BN ataupun DuN PR

- iSKANDAR SAMADExco Perumahan, Pengurusan

Bangunan dan Setinggan

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor

17 - 24 mei 20137 - 14 Rejab 1434H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

17 Jumaat 05:31 05:41 07:02 1:12 4:35 7:20 8:3418 Sabtu 05:30 05:40 07:02 1:12 4:35 7:20 8:3419 Ahad 05:30 05:40 07:02 1:12 4:35 7:20 8:3420 Isnin 05:30 05:40 07:01 1:13 4:36 7:20 8:3421 Selasa 05:30 05:40 07:01 1:13 4:36 7:21 8:3522 Rabu 05:30 05:40 07:01 1:13 4:36 7:21 8:3523 Khamis 05:30 05:40 07:02 1:13 4:36 7:21 8:3524 Jumaat 05:30 05:40 07:02 1:13 4:37 7:21 8:35

17 Jumaat 05:32 05:42 07:04 1:14 4:37 7:22 8:3618 Sabtu 05:32 05:42 07:03 1:14 4:37 7:22 8:3619 Ahad 05:32 05:42 07:03 1:14 4:37 7:22 8:3620 Isnin 05:32 05:42 07:03 1:15 4:38 7:23 8:3621 Selasa 05:32 05:42 07:03 1:15 4:38 7:23 8:3722 Rabu 05:32 05:42 07:03 1:15 4:38 7:23 8:3723 Khamis 05:32 05:42 07:03 1:15 4:38 7:23 8:3724 Jumaat 05:32 05:42 07:03 1:15 4:39 7:23 8:37

menerusi pemberian elaun, tetapi me-liputi kursus-kursus kemahiran, skim-skim mikrokredit, pembinaan jati diri, bantuan pembelajaran anak-anak dan lain-lain.

Kesemua bantuan tersebut diil-hamkan untuk membantu ke arah pemberdayaan ibu tunggal dan me-ningkatkan kualiti hidup mereka, anak-anak dan keluarga.

tingkatkan mutu kehidupan dan men-jaga kebajikan mereka sepertimana di-ikrarkan dalam manifesto," tegas Adun Batu Tiga ini dalam satu sidang media.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Pu-trajaya membatalkan saman oleh Mur-tini binti Kasman (Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor) berserta 2,019 yang lain terhadap Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor.

Antara lain, saman tersebut me-nuntut Kerajaan Negeri membayar tunggakan elaun berjumlah RM10.9 juta kepada mereka.

Rodziah juga menjelaskan, Ke-rajaan Negeri secara berfasa ingin merealisasikan konsep 'welfare to workfare' atau kebajikan kepada berpendapatan bagi rakyat yang me-merlukan bantuan.

"Hanya dengan memberikan wang bantuan atau RM (Ringgit Ma-laysia), ia bukan lagi dikira sebagai jalan penyelesaian dalam membasmi

kemiskinan dan kesulitan hidup rakyat untuk jangka

masa panjang," ujar Rodziah.

Bagi golongan ibu tunggal, Kerajaan Negeri

bukan sahaja menawarkan bantuan

Page 15: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini filePERCUMA 17 - 24 Mei 2013, 7 - 14 Rejab 1434 Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini muka 6 NGO dan mahasiswa hantar ‘keranda’ untuk

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Oleh liZawati maDfa

Shah alam - Keputusan Mah-kamah Rayuan Putrajaya yang membatalkan kes saman ibu tunggal terhadap Kerajaan Ne-geri merupakan satu keme- nangan kepada rakyat Selangor.

Menurut Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, beliau mengharapkan keputusan ini menjadi ‘precedent case’ (kes rujukan) untuk kes saman lain yang dihadapi Kerajaan Negeri.

Rodziah yang juga Adun Batu Tiga berkata, keputusan ini membuktikan sebuah manifes-to pilihan raya tidak boleh di-kuatkuasakan secara sah adalah satu kenyataan konkrit dan ber-nas untuk dibawa dalam kes-kes saman yang lain.

“Kita harapkan pengadilan dan hujahan seperti ini adalah konsisten dalam kes-kes seum-

untuk mengetepikan saman berhubung pemberian air per-cuma yang difailkan 711 orang menerusi firma guaman Kama-rudin & Partners.

Pada penghujung bulan itu juga, Kerajaan Negeri terpak-sa berhadapan dengan tindakan saman oleh 1,001 warga emas bagi menuntut caruman Takaful berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, seramai 1,888 ibu bapa turut bertindak mem-failkan saman terhadap Kera-jaan Negeri pada Mac lalu ba-gi menuntut tunggakan RM1.38 juta berhubung bantuan pendi- dikan pra-sekolah.

Untuk rekod, sehingga Mac tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih RM600 juta untuk pembiayaan air per-cuma 20 meter padu kepada mereka yang menggunakan me-ter individu di negeri ini.

Mahkamah Rayuan batal saman ibu tunggal terhadap Kerajaan Negeri

pamanya yang lain (saman ber-hubung janji manifesto).

“Sepertimana hujah peguam A Vishnu Kumar, manifesto bu-kanlah satu perkara ‘legal’ (sah)yang mesti ditunaikan dan bu-kan terikat di sisi undang-un-dang,” ujar Rodziah.

Sehubungan itu, beliau opti-mis kes-kes lain seperti kes sa-

man berhubung pemberian air percuma, bantuan suri rumah dan skim bantuan warga emas yang masih menanti perbica-raan dan rayuan juga akan ber-pihak kepada Kerajaan Negeri.

Pada November tahun lalu Murtini binti Kasman (Pengeru-si Persatuan Ibu Tunggal Se-langor) beserta 2,019 yang lain mengemukakan saman ter-hadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor ke-rana mendakwa gagal menunai-kan janji dalam manifesto untuk membayar RM100 kepada ibu tunggal di negeri ini.

Antara lain, saman terse-but menuntut Kerajaan Nege-ri membayar tunggakan elaun berjumlah RM10.9 juta kepada mereka.

Pada Februari lalu, Kera-jaan Negeri membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Kerajaan Negeri juga dalam tempoh sama telah membelanja-kan lebih RM600,000 untuk Skim Bantuan Tadika (Tunas) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kem-bar) selain peruntukan melebihi RM80 juta untuk program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejak dilancarkan pada tahun 2008.

Sepertimana hujah peguam A Vishnu Kumar, manifesto bukanlah satu perkara ‘legal’ (sah)yang mesti ditunai-kan dan bukan terikat di sisi undang-undang

RODZIAH ISMAILExco Hal Ehwal Wanita

SUARA RAKYAT… Perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, membuktikan bahawa penipuan dalam pilihan raya adalah isu nombor satu negara yang perlu ditangani segera, seperti yang disuarakan lebih 120,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada malam tersebut. Dengan memakai pakaian hitam, rakyat bangkit menunjukkan tanda protes atas ketidaktelusan SPR dalam menangani PRU-13 lalu