Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · masuk Suruhan- jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),...

15
PERCUMA 29 Jun - 6 Julai 2012, 9 - 16 Syaaban 1433 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama PKR dakwa PM campur tangan tender projek LRT muka 4 ‘Trauma’ banjir Kajang bakal berakhir muka 10 Nik Aziz: Hayati undang-undang Allah untuk perangi rasuah muka 5 Oleh HAFIZAN TAIB dan AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Mengikut daf- tar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di dae- rah ini yang didiami sejumlah pengundi. Tetapi apabila diperiksa, ba- ngunan tersebut hanya ada em- pat tingkat. Manakala di Kampung Pandan Ampang, seorang bekas ketua kampung mendakwa rumah yang didiaminya dan empat lagi ahli keluarga, mengandungi 15 penghuni ’hantu’ yang tidak dikenali. Kedua-dua kes di atas me- nunjukkan kepincangan yang berlaku di dalam daftar pemilih SPR di mana jumlah penduduk sebenar Selangor tidak selari dengan jumlah pengundi yang berdaftar. Percanggahan ini adalah an- tara penemuan yang terawal di dalam kempen ‘Selangorku Bersih’ yang dilancarkan Ke- rajaan Negeri Selangor pada bulan April lalu. Program tersebut bagi me- ngenal pasti pengundi Selangor yang sebenar bagi memastikan hanya mereka yang bermastau- tin di Selangor layak menjadi pengundi. Penemuan tersebut akan di- kumpulkan sebelum diserahkan kepada SPR sebagai bukti daftar pemilih sarat dengan keraguan. Ini ekoran pendedahan Ke- rajaan Pakatan Rakyat (PR) Se- langor bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencu- rigakan. Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar se- bagai pengundi di Selangor teta- pi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindah masuk ke Selangor. Sebagai contoh, Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi men- dedahkan di Kuala Langat, aktivis PAS yang menjalankan program tersebut menemui rumah yang tercatit di dalam daftar pemilih yang didiami 20 ke 30 orang. Tetapi apabila rumah tersebut diperiksa, ia diduduki kurang daripada angka tersebut. Di dalam kes di Ampang pula, bekas ketua kampung Arshad Ahamad membuat laporan polis apabila rumah yang didiaminya mengandungi 15 nama individu mengikut daftar pemilih SPR. Berdasarkan semakan Daftar Pemilih 2011, terdapat 19 nama yang didaftarkan dan hanya em- pat daripada mereka merupakan ahli keluarga Arshad di alamat no 10, Lorong C 8, Kampung Pandan. Arshad yang membuat la- poran tersebut khuatir alamat rumahnya digunakan untuk ak- tiviti jenayah. Katanya, 15 individu tidak dikenali melainkan isteri dan ti- ga adik ipar beliau. “Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh diper- tikaikan kerana apabila siasatan dibuat, kita dapati maklumatnya berbeza,” kata Dr Yunus di dalam satu ceramah di Teluk Panglima Garang. “Kita ingin melihat hak me- ngundi ini hanya diberikan kepa- da mereka, iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar,” Dr Yunus berkata di dalam ucapannya. Tingkat hantu di Kuala Langat, penduduk hantu di Ampang DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan pembukaan Pusat Membeli-Belah Setia City Mall, di Setia Alam. Hadir sama MB Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Lend Lease, Rod Leaver serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi S P Setia, Tan Sri Liew Kee Sin. Pusat membeli-belah seluas 65,000 meter persegi itu siap dibina awal tahun ini dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) menelan kos RM5 bilion. Pembangunan baru di Selangor

Transcript of Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · masuk Suruhan- jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),...

PERCUMA 29 Jun - 6 Julai 2012, 9 - 16 Syaaban 1433

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

PKR dakwa PMcampur tangan tender projek LRT

muka 4

‘Trauma’ banjir Kajang bakalberakhir

muka 10

Nik Aziz: Hayati undang-undang Allah untuk perangi rasuah

muka 5

Oleh Hafizan Taib dan afix Redzuan

SHaH aLaM - Mengikut daf-tar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di dae-rah ini yang didiami sejumlah pengundi.

Tetapi apabila diperiksa, ba- ngunan tersebut hanya ada em-pat tingkat.

Manakala di Kampung Pandan Ampang, seorang bekas ketua kampung mendakwa rumah yang didiaminya dan empat lagi ahli keluarga, mengandungi 15 penghuni ’hantu’ yang tidak dikenali.

Kedua-dua kes di atas me-

nunjukkan kepincangan yang berlaku di dalam daftar pemilih SPR di mana jumlah penduduk sebenar Selangor tidak selari dengan jumlah pengundi yang berdaftar.

Percanggahan ini adalah an-tara penemuan yang terawal di dalam kempen ‘Selangorku Bersih’ yang dilancarkan Ke-rajaan Negeri Selangor pada bulan April lalu.

Program tersebut bagi me-ngenal pasti pengundi Selangor yang sebenar bagi memastikan hanya mereka yang bermastau-tin di Selangor layak menjadi pengundi.

Penemuan tersebut akan di-kumpulkan sebelum diserahkan

kepada SPR sebagai bukti daftar pemilih sarat dengan keraguan.

Ini ekoran pendedahan Ke-rajaan Pakatan Rakyat (PR) Se-langor bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencu-rigakan.

Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar se- bagai pengundi di Selangor teta-pi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindah masuk ke Selangor.

Sebagai contoh, Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi men-dedahkan di Kuala Langat, aktivis PAS yang menjalankan program

tersebut menemui rumah yang tercatit di dalam daftar pemilih yang didiami 20 ke 30 orang.

Tetapi apabila rumah tersebut diperiksa, ia diduduki kurang daripada angka tersebut.

Di dalam kes di Ampang pula, bekas ketua kampung Arshad Ahamad membuat laporan polis apabila rumah yang didiaminya mengandungi 15 nama individu mengikut daftar pemilih SPR.

Berdasarkan semakan Daftar Pemilih 2011, terdapat 19 nama yang didaftarkan dan hanya em-pat daripada mereka merupakan ahli keluarga Arshad di alamat no 10, Lorong C 8, Kampung Pandan.

Arshad yang membuat la-

poran tersebut khuatir alamat rumahnya digunakan untuk ak-tiviti jenayah.

Katanya, 15 individu tidak dikenali melainkan isteri dan ti-ga adik ipar beliau.

“Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh diper-tikaikan kerana apabila siasatan dibuat, kita dapati maklumatnya berbeza,” kata Dr Yunus di dalam satu ceramah di Teluk Panglima Garang.

“Kita ingin melihat hak me-ngundi ini hanya diberikan kepa-da mereka, iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar,” Dr Yunus berkata di dalam ucapannya.

Tingkat hantu di Kuala Langat, penduduk hantu di Ampang

DYMM SultanSelangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan pembukaan Pusat Membeli-Belah Setia City Mall, di Setia Alam. Hadir sama MB Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Lend Lease, Rod Leaver serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi S P Setia, Tan Sri Liew Kee Sin. Pusat membeli-belah seluas 65,000 meter persegi itu siap dibina awal tahun ini dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) menelan kos RM5 bilion.

Pembangunan baru di Selangor

SHaH aLaM - Usaha putar be-lit media pro Umno-BN yang cuba menampakkan pentad-biran Kerajaan Selangor kini bermasalah adalah sia-sia.

Sebaliknya menurut Setia-usaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pentadibiran Ke-rajaan Negeri pada ketika ini berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Terangnya, isu peletakan jawa-tan Rafizi Ram-li sebagai Ketua Pengarah Ekse-kutif Pejabat Pe- nasihat Ekonomi Selangor sengaja d iputarbel i tkan p e m b a n g k a n g Umno-BN.

Faekah menjelaskan baha- wa pejabat Menteri Besar itu tidak mempunyai peranan dalam perletakan jawatan Ra fizi, menekankan bahawa be-liau (Rafizi) meninggalkan jawatannya atas kemahuan sendiri.

Manakala Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima peletakan jawatan Rafizi.

“Adakah benar-benar masa-

lah? Pentadbiran negeri ini berjalan dengan lancar. Walau-pun Umno-BN kuat memain-kan isu ini,”katanya.

Rafizi menyerahkan su-rat peletakan jawatan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) berkuat kuasa dari Jun

21 lalu.Dalam perkem-

bangan lain, Fae-kah mencabar pi- hak berkuasa, ter- masuk Suruhan- jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk ja-lankan siasatan ke atas beliau ber- hubung kontro-versi bahawa be-liau mengeluarkan satu surat sokong-

an kepada sebuah firma gua-man.

Faekah, bagaimanapun me-ngulangi bahawa ia bukan satu surat sokongan.

“Hati nurani saya adalah jelas. Ia bukan surat sokongan kerana ia jelas menyatakan ba-hawa (bersetuju) selagi kerana ia tidak melanggar peraturan syarikat.

“Saya bersedia berikan masa untuk disiasat, sama ada oleh polis atau SPRM,” ujarnya.

2 UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

MB: Surat Faekah amalan biasa

Urusan Kerajaan Negeri lancar

SHaH aLaM - Pihak terlibat dalam pertelingkahan melibat-kan Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin disarankan agar segera kembali ke saluran dalaman dan terus fokus kepada usaha menum-bangkan Umno-BN untuk me-nawani Putrajaya.

Demikian menurut Pesuruh-jaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman kepada Selangor Kini.

“Berbeza pendapat adalah lumrah dalam mana-mana par-ti politik, jadi saya harap isu ini dapat diselesaikan segera melalui cara dalaman dan bu-kan cara mempertikaikannya di Facebook, Twiter dan lain-lain media sosial.

“Lebih penting lagi, kita kena terus fokus dengan perjuangan yang lebih besar, iaitu memper-tahankan Selangor dan menum-bangkan Umno-BN.

“Fikirkan perju-angan yang lebih be-sar dan pucuk pim-pinan wajar main peranan selesaikan isu ini,” kata Dr Rani.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Kuala Langat, David Chong pula berka-ta, kenyataan bersi-fat umum daripada pelbagai pihak mesti dihentikan segera bagi mengelakkan isu ini jadi lebih besar.

“Patutnya kenyataan men-desak Faekah undur dihenti-kan sebab akan memburuk-kan keadaan dan BN pula yang bertepuk tangan.

“Selalu saya dengar orang cakap Faekah seorang Setia- usaha Politik yang bagus, gigih berkerja, jalankan tugas de-

ngan amanah, tak ambil projek, tidak amalkan kronisme, jadi kenapa nak pecat dia? Saya sokong dia kekal dijawatannya seka-rang,” ujarnya lagi sambil menegaskan sehingga kini tiada sebab untuk meme-cat Faekah.

Sebelum ini, tiga individu yang berjawatan da-lam Pertubuhan Bukan Kera-jaan (NGO) ProRakyat menyata-kan sokongan terhadap Faekah.

Mereka ialah Setiausaha Agung, Mohd Naquib Carmell Roseli, Ahli Exco, Abdul Halim Abdullah dan Ketua Penerang-an, Ahmad Tarmizi Sulaiman mendakwa rasa terpanggil un-tuk memberi kenyataan tanda sokongan kepada Faekah.

Fokus usaha tumbangkan BN

SAMBUT BAIK… bagi memupuk minat membaca di kalangan rakyat, terutama kanak- kanak, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) meng- anjurkan program ‘15 Minutes Break Reading’ yang diadakan di Pengkalan Batu, Klang. Program yang disertai orang ramai dan para pelajar di peringkat menengah dan rendah itu, dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali. Hadir sama, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Pengarah PPAS, Mastura Mohamad

Oleh nORHayaTi uMOR

SHaH aLaM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan isu pemberian su-rat sokongan daripada Setiau-saha Politiknya, Faekah Husin kepada sebuah firma guaman tidak seharusnya timbul.

Katanya, menjadi amalan bia-sa sekiranya mana-mana sya- rikat lain memintanya menan-datangani surat sokongan se-perti itu.

Beliau berkata, firma gua-man terbabit juga tidak dilantik dalam keputusan pengambilan panel peguam oleh salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan ne-geri (GLC) itu.

“Isu surat sokongan itu tidak timbul, hal itu biasa, kadang-kadang saya pun akan tulis ‘di-panjangkan’ itu sahaja. Syarikat

itu tidak dapat pun... adaka-lanya orang tidak mahu suruh saya tandatangan sebab tidak dapat,” katanya selepas meng-iringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan pembukaan Pusat Membeli-Belah Setia City Mall, di sini.

Abdul Khalid menambah per- kara itu juga tidak menjadi sa-tu kesalahan etika kerana be-liau hanya memanjangkan su-rat itu untuk dipertimbangkan sekiranya perlu.

“Kalau kita kata, sila ambil dia untuk dapatkan perniagaan itu, itu memang salah. Tapi saya panjangkan surat itu untuk di-pertimbangkan jika perlu.

“Jadi kalau orang tulis surat kepada saya, sebagai contoh ‘boleh tidak Menteri Besar beri-kan surat ini kepada PKNS? Apa

Faekah Husin

yang saya akan buat, saya tulis sahaja ‘panjangkan’ maknanya saya tidak ‘melobi’. Sebab saya tahu tujuan dia tulis surat itu kepada saya supaya mendapat perhatian PKNS. Jadi saya pan-jangkanlah... tapi terpulang ke- pada PKNS atau mana-mana syarikat GLC untuk menimbang-kannya.

“Oleh itu juga makin kurang orang tulis surat kepada saya sebab saya hanya tulis panjang-kan saja bukan tulis ‘sila bagi dia bisnes’,” katanya.

Sebelum ini, Faekah seperti mana dilapor akhbar dan blog mesra Umno-BN bahawa beliau didakwa menulis surat sokon-gan kepada firma guaman mi-

lik anak saudaranya agar di-lantik menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Katanya, walaupun beliau menandatangani surat berke-naan, namun ia tidak bermak-sud salah guna kuasa berlaku kerana beliau tidak memberi projek kepada firma berkenaan.

Dr Rani Osman

Foto

sum

ber M

PK

3UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

Unsur penipuan punca wujud dua pelan pembangunan

Oleh LizawaTi Madfa dan afeeqa afeeRa

SHaH aLaM - Jawatankuasa khas SELCAT memulakan siasa-tan ke atas isu kontroversi pem-bangunan sebuah padang di Kelana Jaya yang mencetuskan bantahan penduduk se-tempat.

Pendengaran awam ini bagi meneliti bagaimana dua buah rancangan tempatan diterbitkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang mempunyai maklumat yang bercanggah tentang padang tersebut.

Percanggahan ini menyebab-kan Perbadanan Kemajuan Ne-geri Selangor (PKNS) cuba un-tuk membangunkan padang tersebut di SS7 Kelana Jaya se-bagai pusat komersial.

Pusat itu mempunyai tujuh blok apartmen 35 tingkat, kom-pleks sukan dan pusat perni-agaan 15 tingkat terdiri daripa-da bangunan pejabat dan pusat membeli-belah.

Seorang Ahli Majlis MBPJ, Derek John Fernandez menge-syaki terdapat unsur-unsur pe-nipuan dalam isu ini.

Terdapat percanggahan ce-takan antara Rancangan Tem-patan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang dikeluarkan Jabatan Pe-rancangan Bandar, MBPJ, de-

ngan cetakan yang dibuat Ja-batan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Selangor.

"Ia sangat meragukan kera-na tanah tersebut awalnya di-wartakan sebagai zon padang dan rekreasi sepertimana yang terdapat dalam cetakan RTPJ 2 salinan JPBD.

"Sebaliknya di dalam cetak-an MBPJ ia dikatakan zon ko-mersial dan saya dimaklum- kan oleh seorang pegawai ke-tika ditanya, ia memang sedia untuk dibangunkan 'service apartment'.

"Saya sifatkan perkara ini bukan suatu kesilapan teknikal percetakan dan sebagainya.

“Sebaliknya saya percaya ia adalah satu rancangan peni-puan dan penyelewengan yang pasti memberi keuntungan ke-pada pihak tertentu," tegasnya yang juga seorang peguam.

Derek juga berkata, pindaan demi pindaan yang dilakukan selepas tanah tersebut diwarta-kan sebagai kawasan lapang dan rekreasi amat meragukan.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan draf pertama dan itulah buku yang sah di sisi undang-undang.

"Persoalannya mengapa ia dipinda berulang kali setelah diluluskan tanpa dibentang

Geran Selangorku diurus telusSHaH aLaM - Kerajaan Selangor tidak pernah berselindung berke-naan punca dana Geran Sela- ngorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan untuk di-manfaatkan terus kepada rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Belanjawan 2012 tahun lepas menyatakan geran ini be-rasaskan sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Ia juga diperolehi daripada keuntungan operasi Perbadan-an Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang lapuk Syarikat Talam Corpora-tion serta penstrukturan semu-la projek Canal City.

Faekah berkata, Geran Sela-ngorku diterajui Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Lem-baga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Jawatankuasa ini dianggotai Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), jurutera dan jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas yang di lantik oleh Menteri Besar.

Kesemua projek yang dike-mukakan kepada Jawatankuasa ini kemudiannya diunjurkan oleh Adun, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) dan Jawa-tankuasa Kemajuan dan Kesela-matan Kampung (JKKK).

"Dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Menteri Be-

sar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan peruntukan adalah tidak benar.

"Menteri Besar tidak cam-pur tangan dalam menentukan pemberian peruntukan dan projek kerana tender terbuka diuruskan pihak berkuasa tem-patan serta pejabat tanah dan daerah," katanya.

Sehingga kini menerusi Ge-ran Selangorku, Kerajaan Neg-eri meluluskan sebanyak 362 projek yang berupa pembangu-nan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas se-luruh Selangor termasuk di ka-wasan DUN di bawah BN.

"Semua data, butiran projek serta tatacara Geran Selangorku ini dilaksanakan terbuka untuk semakan di Pejabat MBI.

"Md Zin atau mana-mana ahli Umno yang masih gagal mema-haminya boleh melakukan la-watan ke MBI dan penerangan khusus boleh disediakan," ka-tanya.

semula ke MMKN walaupun selepas diwartakan," ujarnya di hadapan SELCAT, iaitu Ja-watankuasa Pilihan Khas Keu-payaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Selain Derek, turut mem-beri keterangan hari ini ialah Pengarah Jabatan Perancang-an Bandar dan Desa Selangor, Mohd Zaki Ibrahim, Datuk Ban-dar MBPJ, Datuk Roslan Saki-man serta Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abdul Hamid.

Isu air: Menteri perlu henti kenyataan politikSHaH aLaM - Kerajaan Negeri menyeru Men-teri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui supaya berhenti berlindung di sebalik kenyataan politik dan mengambil langkah tegas dalam rundingan penstrukturan semula industri air Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him berkata, sebagai menteri yang diberi kuasa di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA), Peter sepatutnya mampu mem-bantu Kerajaan Negeri mengambil alih per-khidmatan air.

“Kerajaan Negeri juga hairan mengapa men-teri kerap meminta model yang baru daripada Selangor sedangkan model yang terakhir yang dibentangkan selari dengan kehendak WSIA.

“Tambah pula, model holistik menjamin

tarif air tidak akan dinaikkan pada tiga ta-hun pertama dan tidak lebih daripada 12 peratus.

“Berbanding kenaikan 75 peratus dalam per-janjian konsesi yang ternyata memberi keun-tungan kepada konsesi, sementara rakyat pula menanggung kosnya,” jelas Abdul Khalid dalam satu kenyataan medianya.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri juga akan berusaha untuk menurunkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang tinggi di samping mencari sumber air alternatif sebagaimana yang dinya-takan dalam forum air dua minggu lalu.

“Ini membuktikan model Kerajaan Negeri adalah holistik kerana ia menyentuh semua perkara yang berkaitan dengan kecekapan perkhidmatan air,” tegasnya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, memberi penjelasan ketika ditanya panel SELCAT berkenaan isu pembangunan padang di Kelana Jaya

Dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan peruntukan adalah tidak benar

- FAEKAH HUSINSetiausaha Politik

Menteri Besar

4 UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

Oleh MOHd ezLi MaSHuT

SHaH aLaM - PKR mendakwa wujud campur tangan oleh pentadbiran Per-dana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam pemberian tender kerja projek tambahan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.

Projek ini dianugerahkan kepada konsortium yang diterajui George Kent Berhad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ber-kata, perkara berkenaan mengesahkan persepsi masyarakat bahawa ber-laku campur tangan dan penyelewengan yang se-rius melibatkan anuge-rah projek-projek awam di bawah pentadbiran beliau (Najib) yang sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

Rafizi merujuk kepa-da satu laporan yang disiarkan Business Times bertarikh 22 Jun lalu yang menye-but sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Pra-sarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai George Kent akan dianuger-ahkan kontrak bernilai RM960 juta.

"PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianuge-rahkan kepada George Kent.

"Sedangkan beliau pernah berjanji

untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka," kata Rafizi dalam ke-nyataan media.

Rafizi mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang terpi-lih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana.

Hal ini disahkan oleh surat ber-tarikh 12 Disem- ber 2011 daripada Penga- rah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokh-tar, kepada Kementerian Kewangan Malaysia me-maklumkan bahawa Kon-sortium PDA dipilih se-bagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Shahril Mokhtar me-nulis kepada Najib send-iri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan 'Surat Tuju Terima' ke-

pada Konsortium PDA."Perkembangan terbaru seperti

yang dilaporkan oleh 'Business Times', mengesahkan bahawa Najib bertin-dak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat," katanya.

Tegas Rafizi, PKR akan melakukan pendedahan setiap dua hari mengenai skandal yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

PKR dakwa PM campur tangan tender projek LRT

SHaH aLaM - Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan da-lam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Khalid Samad (gambar) baru-baru ini.

Pendedahan video sela-ma 30 saat itu menyaksi-kan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.

"Dalam siri pendedah-an kali ini, Zamil ada me-nyebut tentang rundingan terus kepada PM andai ta-waran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.

"Mereka yang ditawarkan ini boleh-lah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang di-inginkan," beritahu Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenal pasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha mem-beli Ahli Parlimen PKR.

"Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula

untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadi-kan sasaran untuk dibeli.

"Apa gunanya kita bertan-ding dan menang, namun kemu-dian Ahli Parlimen ini dibeli se- terusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai peme-nang.

"Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-

kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan," tegas Khalid.

Sementara itu, ketika ditanya me-ngapa Ahli Parlimen PKR yang dijadi-kan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia se-ngaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru, se-terusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat (PR) secara keseluruhannya.

Najib disebut dalam video beli Ahli Parlimen PKR

SHaH aLaM - Keputusan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Per-modalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya adalah keputusan yang baik demi masa depan Felda.

"Ia satu keputusan yang menggem-birakan dan kita berkeyakinan dengan perkembangan mutakhir ini yang tidak memihak kepada mereka yang hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), saya cukup optimis walaupun 28 Jun ini akan dimuktamad-kan untuk penyenaraian FGVH ia akan menemui kegagalan," kata Mazlan Ali-man.

Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebang-saan (Anak) berkata Isa Samad tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bu-kan kakitangan tetap Felda.

Adalah wajar KPF ini diuruskan oleh kalangan profesional yang berkelayakan dan bukan daripada orang-orang politik yang mempunyai agenda sendiri.

"Bila ada campur tangan politik ber-laku ia akan menyebabkan proses trans-formasi dasar-dasar KPF yang digariskan oleh Lembaga Pengarah sedia ada akan terencat yang akan menyebabkan nanti dasar-dasar ini nanti tidak dapat dilak-sanakan," katanya.

Peningkatan dividen kepada 18 pera-tus pada tahun ini yang diberikan kepa-da pemegang-pemegang saham adalah kejayaan yang perlu dikekalkan tanpa

campur tangan orang-orang politik yang dibimbangi boleh menjejaskan pencapa-ian cemerlang KPF kini.

"Dengan kepimpinan KPF sedia ada, saya percaya mereka mampu melonjak-kan prestasi KPF sebagai peneraju kope-rasi terbaik di Malaysia," ujarnya.

Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dike-hendaki melantik tiga orang calon dari-pada kalangan ahli koperasi untuk meng-anggotai Lembaga KPF.

"Sebab sekarang ini Isa Samad tidak boleh menguasai KPF adalah kerana be-liau dan Lembaga Pengarah KPF sedia ada tidak senada dan sehaluan.

"Kalau Isa Samad dinobatkan sebagai pengerusi KPF, ia akan membawa KPF kepada penyenaraian, kerana itu adalah perancangan beliau," ujar Mazlan.

Sebelum ini, keahlian Isa dibekukan sementara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat me-rit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

KPF tolak Isa keputusan baikSebab sekarang ini Isa Samad tidak boleh menguasai KPF adalah kerana beliau dan Lembaga Pengarah KPF sedia ada tidak senada dan sehaluan

- MAZLAN ALIMANPengerusi ANAKSedangkan beliau

pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka

- RAFIZI RAMLIPengarah Strategi PKR

Keratan akhbar yang mendakwa campur tangan PM dalam tender projek LRT

5UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

Nik Aziz: Hayati undang-undang Allah untuk perangi rasuahOleh LizawaTi Madfa

SHaH aLaM - Undang-undang ciptaan manusia tidak akan se-sekali berjaya memerangi gejala rasuah atau jenayah lain secara mutlak dan menyeluruh.

Sebaliknya, menurut Men-teri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hanya un-dang-undang Allah mampu me- ngubah keadaan tersebut asal-kan setiap umat berpegang te-guh kepada konsep ketakwaan terhadap-Nya.

“Hanya Allah yang mampu menjaga kita menjadi lebih ba-ik. Sama juga dengan lembu, takkan lembu kena jaga lembu memang tidak jadi apa.

“Sebab itu, lembu ada tuan dia yang menjaga, barulah lem-bu dapat mengawal diri, tidak tidur di tengah jalan dan seba-gainya.

“Sama juga dengan kita ma-nusia, perlu ada Tuan kita un-

tuk menjaga dan dalam kes kita ini, Allah yang berkuasa men-jaga kita agar kita selamat du- nia akhirat,” ucap beliau sewaktu menghadiri Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sini.

Sambil mengulangi penting-nya memahami dan menga-malkan cara dan nilai Islam bagi membendung rasuah, be-liau menambah seseorang juga perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Islam.

“Bacalah al-Quran berkali-

kali, pakailah serban, jubah dan sebagainya, tetapi selagi dalam hati tidak percaya tentang apa yang dijanjikan Allah, memang sampai bila-bila pun kita tidak akan ikut Islam.

“Janji Allah, setiap yang hi-dup pasti akan mati, begitu juga

dengan amalan, ada dosa ada pahala, jadi kalau kita yakin maka kita akan buat ikut apa yang dianjurkan Islam kerana kita percaya adanya azab yang dijanjikan bagi mereka yang mungkar.

“Samalah jika kita ingin ber-buat jenayah seperti rasuah, an-dai kata kita beriman dan per-caya akhirat, maka kita tidak akan berani memberi dan men-erima rasuah. Apa saja perkara segalanya akan berbalik pada keimanan kita,” ujarnya di ha-dapan kira-kira 200 tetamu yang hadir.

Program tersebut turut me-nyelitkan sesi forum antara Senator Dr Syed Husin Ali, Pro-fesor Sharil Md Zain dan Sena-tor Syed Shahir Syed Mohamud yang berdiskusi mengenai ge-jala rasuah berdasarkan buku bertajuk Rasuah yang ditulis oleh Allahyarham Syed Hussein Al-Attas.

Dr Rani: Tiada arahan kuasai masjid, surauSHaH aLaM - PAS Selangor tidak pernah keluarkan arah-an untuk menjadikan masjid dan surau di seluruh negeri sebagai tapak ceramah poli-tik sepanjang Ramadan akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah terhadap parti tersebut yang tidak mempunyai kuasa terha-dap pentadbiran masjid dan surau. Kuasa tersebut ter-letak di bawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Ja-batan Agama Islam Selangor (Jais), kata Dr Rani, yang juga Adun Meru.

“Dakwaan itu tidak betul. Sesiapa yang buat tohmahan itu, saya harap tolong beri-tahu siapa yang beritahu, ke-mukakan bukti,” katanya ke-tika dihubungi Selangor Kini.

Jelasnya, Pas turut tidak bersetuju jika terdapat cera-mah-ceramah yang menyebut mengenai parti politik.

“Pada kita, masjid dan surau merupakan tempat

yang neutral dan penting."Kalau mahu bincang pasal

politik itu tidak benar, jika ada mana-mana penceramah yang lebih kepada politik, kita juga tidak galakkannya untuk menyampaikan ceramah be-gitu,” katanya.

Kelmarin, akhbar pro Um-no-BN mendakwa, PAS sedang merangka strategi bagi men-guasai lebih 2,500 masjid dan surau di Selangor untuk dijadi-kan ‘tapak ceramah’ sepan- jang Ramadan.

Selangor contoh pentadbiran unggul PRSHaH aLaM - Pentadbiran Kerajaan Selangor perlu dicon-tohi oleh semua negeri, malah prestasinya tidak dapat ditan-dingi Kerajaan Pusat, kata Ke-rabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan.

Beliau cukup bangga de-ngan Kerajaan Selangor walau-pun terdapat pelbagai tohma-han yang dilemparkan oleh pemimpin Umno-BN di dada akhbar milik mereka.

“Hakikatnya kita semua tahu apa yang rakyat Selangor nikmati sekarang. Saya sebagai rakyat Negeri Sembilan berasa cemburu.

"Saya selalu berkata kepada bakal-bakal calon yang akan bertanding, jika kita menang, kita akan mengikut cara pen-tadbiran negeri ini,” katanya dalam rancangan Terus Terang terbitan TV Selangor.

Oleh kerana itu katanya, Kerajaan Pusat di bawah pim- pinan Umno-BN cukup men-cemburui Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana membuka satu pentadbiran yang telus.

“Dan contoh itu tidak akan dapat dibuat Umno-BN, walau-

pun sekarang mereka sudah mengaku dan insaf dengan perbuatan dahulu.

"Insaf dia insaf orang na-zak dan apabila diberi kuasa balik, mereka akan lebih rakus lagi,” katanya.

Tambahnya, PR mempunyai payung kepada semua kaum dan penyatuan ketiga-tiga par- ti itu membuahkan satu ma-syarakat toleransi.

“Itu sebab saya memilih Pa-

katan Rakyat. Semua kaum memahami agama masing-masing. Semua kaum boleh duduk dalam satu padang un-tuk bermesyuarat.

“Saya harap apabila Paka-tan Rakyat memerintah nanti, janganlah menagih terima ka- sih daripada rakyat seperti Umno-BN, tetapi bersyukur-lah kerana rakyat mengizin-kan mereka ini memimpin,” katanya.

MESRA...Nik Aziz sewaktu sidangmedia selepas menghadiri Wacana Buku Rasuah hasil tulisan Allahyarham Syed Hussein Al-Attas

Tunku Harmy menjadikan Kerajaan Negeri Selangor sebagai model pemerintahan yang telus dan adil

Dakwaan itu tidak betul. Sesiapa yang buat tohmahan itu, saya harap tolong beritahu siapa yang beritahu, kemukakan bukti

-DR RANI OSMANPesuruhjaya PAS Selangor

6 Selangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012UTAMA

Bangunkan Kampung Baru Batu CavesOleh nORHayaTi uMOR

baTu CaVeS - Kerajaan Nege-ri Selangor memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi tu-juan pembangunan kepada Kampung Baru Batu Caves di sini, baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim berkata, peruntukkan itu diberi bagi membantu penduduk supaya membuat perancangan ter-baru agar dapat meningkat-kan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) di kampung mereka.

“Saya mahu tunjukkan ke-pada semua bagaimana jika kita punyai tanah seluas 10 ekar untuk dibangunkan dan apakah perancangan yang perlu kita lakukan.

“Saya sudah beritahu kepa-da pihak Pejabat Daerah dan Yang DiPertua Majlis Daerah Selayang (MDS) berkenaan perkara itu. Saya harap Ketua Kampung dapat datang ber-jumpa YDP MDS untuk berbin-cang,” katanya.

Bahagian perancangan akan dipanggil bagi membin-cangkan tindakan selanjutnya untuk pembangunan itu.

“Beliau (YDP dan Pegawai Daerah) akan tunjukkan pelu-ang bagaimana untuk kita ba-ngunkan, jangan risau beliau

PRIHATIN... Kerajaan Negeri berikan bantuanberjumlah RM50,000 kepada SJK (C) Yuk Chih, Bestari Jaya dalamusaha menambah baik pembangunan pendidikan sekolah tersebut. Cek sumbangan diserahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul KhalidIbrahim kepada guru besar sekolah tersebut,Lau Khim Seng (kiri). Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dengan kira-kira 800 tetamu

PENASIHATFaekah Husin

Arfa’eza Abdul AzizKETUA PENGARANG

Sheridan Mahavera Mohd ShakirPENGARANG BERITA

Najib HashimPEN. PENGARANG BERITA

Mohd Ezli MashutPEMBANTU PENGARANG

Rusidah SalimWARTAWAN

Afix Redzuan: [email protected] Afeeqa Afeera: [email protected]

Hafizan Taib: [email protected] Umor: [email protected]

JURU GAMBAR: Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

GRAFIK & REKALETAKUnit Grafik CCSB

Selangor Kini

Amiruddin Shari (tengah) turut menghulurkan sumbangan

Dr Ali Hamsa mulakan langkah silap sebagai KSNSHaH aLaM - Datuk Dr Ali Hamsa memulakan kariernya sebagai Ketua Setiausaha Nega-ra (KSN) dengan langkah silap apabila memburuk-burukkan parti pembangkang di hadapan kakitangan awam.

Menteri Besar,Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim berkata, se-bagai ketua yang baru kepada 1.4 juta kakitangan awam, be-liau perlu menunjukkan sikap profesional dan bebas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.

Kenyataan Dr Ali itu, agar penjawat awam 'setia kepada kerajaan sekarang dan jangan mempercayai janji pembang-kang', sekali gus menjatuhkan mertabat jawatannya kerana bertentangan dengan Perlem-bagaan Persekutuan.

Jelas Abdul Khalid, Per-aturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) menyatakan, 'setiap pegawai hendaklah pada setiap masa dan setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi pada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan'.

Maka setiap penjawat awam perlu meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi, termasuk ideologi politik yang mereka pilih.

"Jika kita ambil sikap beliau, adakah bermakna penjawat awam sekarang tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri yang tidak sealiran poli-tik dengan Kerajaan Pusat.

"Jika begitu akan menjadi huru-haralah pentadbiran ker-ajaan dan akhirnya rakyat yang akan rugi," kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Abdul Khalid berkata, ada-lah penting untuk kakitangan awam bersikap neutral dan ia penting dalam menguruskan sebuah negara demokrasi.

"Pada waktu seluruh dunia mengambil langkah ke hadap-an untuk membina demokrasi yang lebih berwibawa, ma-langnya di Malaysia, kita mem-punyai seorang KSN yang mem-buat kenyataan seolah-olah ingin membawa negara kita ke belakang," tegas beliau.

Justeru, Abdul Khalid menasi-hatkan KSN yang baru agar lebih berhati-hati pada masa hadapan kerana jika tersilap lagi, ucapan beliau akan disalahertikan seba-gai tanda terima kasih kepada kerajaan BN atas lantikannya se-bagai KSN.

"Apabila itu berlaku, maka martabat penjawat awam akan jatuh sekali lagi akibat pemikiran sempit politik," katanya.

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43,Seksyen 13,

40100, Shah Alam, SelangorTel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856

Emel: [email protected]

tidak melobi mana-mana kon-traktor untuk projek itu.

“Saya harap perkara ini da-pat dilakukan dalam masa dua bulan, jika tidak setuju kita tidak memaksa. Penduduk mesti cari jalan bagaimana bangunkan kawasan untuk generasi akan datang.

Menteri Besar berucap pada Majlis Sambutan 43 tahun Kampung Melayu Batu Caves Selatan di Dataran Hijau Al-Khadra, Balairaya JKKK, di sini.

Saya harap perkara ini dapat dilakukan dalam masa dua bulan, jika tidak setuju kita tidak memaksa. Penduduk mesti cari jalan bagaimana bangun-kan kawasan untuk generasi akan datang

- ABDUL KHALIDMenteri Besar

7UTAMASelangorkini 29 jun - 6 Julai 2012

‘15 Minutes Break Reading’ diperluas seluruh daerah

Oleh Hafizan Taib

KLanG - Program ’15 Minutes Break Reading’ anjuran Kerajaan Negeri dili-hat amat praktikal bagi menyemai minat

membaca di kalangan masyarakat bermula dari usia rendah, kata Hanita Muda (gam-bar) kepada Selangor Kini selepas mengha- diri perasmian pro-gram ini di sini, baru-baru ini.

“Kita dapat lihat ramai yang datang secara berkumpulan dan bersama kelu-arga. Ini perkembangan positif ke arah mewujudkan masyarakat sihat dan ber-ilmu,” katanya yang menyokong penuh agar program anjuran Kerajaan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) ini diperluaskan ke se-luruh daerah di negeri ini.

Beliau berkata, ia banyak memberikan manfaat kepada semua dan rakyat Sela-ngor dapat bergerak maju dan bersaing dalam zaman serba maju ini.

Latifah Sujang, 42, (gambar) dari Pu-lau Indah berharap program itu diada-kan secara berterus-an kerana ia amat menyeronokkan dan menghimpunkan seluruh masyarakat da-lam acara menimba ilmu.

Katanya, dia turut berharap ia diadakan

di kawasan kediamannya di Pulau Indah.“Bagus sangat sebab semua orang ada

turut serta. Saya sendiri datang dengan anak-anak dan kawan-kawan disebabkan program ini menarik. Jadi program ini mendapat sambutan ramai apabila ia di-jalankan,” ujarnya.

Program '15 Minutes Break Reading' yang diadakan di Pengkalan Batu di sini, dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Turut hadir, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Pengarah PPAS, Mastura Mohamad.

Dr Halimah berkata, program '15 Min-utes Break Reading' itu diadakan di daer-ah di seluruh Selangor bagi melahirkan masyarakat berilmu di negeri itu.

Katanya, ia bersesuaian dengan status negari maju bagi Selangor yang memer-lukan rakyat bergerak seiring dengan peredaran zaman yang serba moden dan terkehadapan.

“Ia diadakan bagi menyemai minat membaca di kalangan rakyat supaya da-pat dipupuk dari usia rendah lagi hing-galah ke usia emas," katanya.

Ia diadakan bagi menyemai minat membaca di kalangan rakyat supaya dapat dipupuk dari usia rendah lagi hinggalah ke usia emas

- DR HALIMAH ALIExco Pendidikan, Pendidikan Tinggi

dan Pembangunan Modal Insan,

98Selangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012 Selangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

ALBUM ALBUM

Adun Taman Medan, Haniza Talha, memberikan cenderahati kepada salah seorang penjaja di Kompleks Pasar Dato’ Harun sempena Hari Bapa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para bapa

PRIHATIN... Adun Meru, Dr Rani Osman menyerahkan sendiri baki daripada program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM1500 bagi fasa kedua kepada pewaris

RISIKO...Sudahlah pembinaannya jauh dari tapak asal, dibina pula berhampiran pencawang TNB bervoltan tinggi. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, meluangkan masa melawat sekolah yang didakwa persatuan PIBG SJKT, Sungai Air Tawar, sebagai merbahaya itu

Wanita Ampang tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam ‘Program Mari Memasak’ anjuran JKP 10 Ampang di bawah kelolaan AM Tuan Abdul Latif Shaari dan Wanita Ampang

SUKARELA...Saari Sungib bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Desa Pendidik dan dibantu Skuad Sukarelawan SelangorKu, mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kawasan lapang Jalan AU1C/1, Taman Desa Pendidik

KREATIF...Adun Kajang,

Lee Kim Sin, tertarik menyaksikan

permainan genderang Yayasan Anak Warisan Alam

(YAWA) SMK Damansara Damai 1,

menggunakan bahan-bahan terbuang

seperti botol kaca, tin cat, tong sampah, selepas merasmikan

Karnival Hari Alam Sekitar Sedunia di

Taman Tasik Cempaka, Bangi

TURUN PADANG...Pusat Khidmat

bergerak DUN Kota Anggerik akan berada

di pasar raya sekitar Shah Alam pada setiap

hujung minggu bagi memberi penerangan mengenai Skim Mesra

Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor,

Pinjaman SkimSel dan lain-lain program

Kerajaan Negeri

Azizan Suradi dari MPP Zon 1 Bukit Lanjan, membuat balingan buah kelapa bagi mewakili Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, merasmikan Sukaneka D’Impian anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartmen Impian Damansara Damai

Perasmian Sekolah KAFA Integrasi Al-Mubarak, Seksyen 8, Kota Damansara oleh Dr Shafie Abu Bakar yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, bersama Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan wakil Jais, selaku penyumbang kepada pembinaan Sekolah KAFA Integrasi Al-Mubarak. Hadir sama Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim (baju merah)

10 Selangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012UTAMA FOKUS BANGI & KAJANG

PenduduK Bandar Kajang yang ‘trauma’ apabila berlaku hujan lebat luar biasa yang menyebab-kan banjir kilat bakal berakhir apabila projek penebatan banjir akan bermula secepat mungkin.

Adun Kajang, Lee Kim Sin berkata, mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), tender un-tuk projek naik taraf jambatan yang menghalang pengaliran air sungai itu di Pasar Kajang sudah dikeluarkan dan dise-rahkan kepada pihak kontrak-tor yang layak.

“Sepatutnya pihak kontrak-tor sudah memulakan kerja di tapak dan pihak Majlis Perban-daran Kajang (MPKj) telah be-runding dengan pihak penjaja yang terlibat sebanyak empat unit gerai untuk dipindahkan sementara bagi kerja-kerja naik

daLaM usaha menyemarakkan budaya ilmu dan menterjemah konsep Bangi se-bagai Bandar Ilmu, Dr Shafie Abu Bakar mengambil pendekatan mesra rakyat dengan mengadakan program ceramah agama di kawasan terbuka dalam usaha mendidik masyarakat.

Bersempena Program Isra’ dan Mikraj, kerjasama diadakan antara Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Bandar Baru Ba- ngi dan juga pihak Adun Bangi bagi men-jayakan program tersebut di pasar lama di sini.

Tradisi ceramah di pasar dan ceramah ini juga bertujuan menambahkan dana Sekolah Agama yang masih memerlukan derma.

Dr Shafie dalam ucapanya melahir-kan harapan, ruang pasar yang kelihatan sempit dapat diperluaskan ke bahagian

Ceramah agama terbuka dekati masyarakat

‘Trauma’ banjir Kajang bakal berakhir

Gelanggang mudah-kan aktiviti futsal

atas untuk meramaikan peniaga dan membanyakkan lagi barang-barang yang dapat ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung.

“Kesedaran tentang ilmu dan pela-jaran begitu tinggi di Bangi, pengajian bukan sahaja di institusi formal seper-ti di universiti, kolej dan pusat-pusat

pengajian, tetapi pesat berkembang, `Pengajian Rakyat` seperti surau dan masjid,” katanya yang juga Adun Bangi.

Dalam program ini orang ramai

yang membeli-be-lah juga berpeluang mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh mereka yang bertauliah.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Per-satuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Ahmad Sufi Munassir, Pengerusi Biro Dakwah Persatuan Penduduk, Tuan Haji Ghazali Abbas dan Ketua Persatuan Pe-niaga-Peniaga Pasar Bandar Baru Bangi, Khadijah Muhammad.

uSaHa Kerajaan Negeri melak-sanakan projek untuk gelang-gang futsal dan riadah di Sek-syen 1, Taman Kajang Utama di sini dengan kos RM200,000 akan membantu golongan muda di kawasan tersebut melaksana-kan aktiviti kesukanan.

Menurut pembantu tadbir Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 22, Abu Khuzaifah Embong berkata, dengan ada-nya gelanggang berkenaan, ia akan memudahkan masyarakat setempat, khususnya golongan muda.

Sebelum ini jika mahu me-lakukan aktiviti sukan dan ria-dah, golongan belia ini terpaksa mencari kawasan riadah lain yang perlu mengeluarkan kos perbelanjaan sendiri.

“Dengan adanya gelanggang ini, maka ia dapat mengelakkan anak-anak muda dalam aktiviti tidak sihat dan lepak,” katanya.

Projek ini memulakan pem-

binaannya pada 18 Jun lepas dan dijangka siap kira-kira da-lam jangkamasa dua bulan.

Projek itu adalah salah satu daripada projek Kerajaan Sela- ngor di bawah Geran Sela-ngorku yang memperuntukkan RM30 juta untuk pembangunan infrastruktur sukan di negeri itu demi membangunkan po-tensi anak muda dan sukan.

Exco Adat Resam Melayu, Be-lia Dan Sukan, Dr Yunus Hairi sebelum ini berkata, sebahagian peruntukan itu adalah untuk pembinaan gelanggang sukan dan dataran anak muda di selu-ruh 56 DUN.

PusAT KHIdmATAduN KAjANgTingkat 1, No. 39 Jalan Mendaling, 43000 Kajang,Tel :03-8737 6979Fax :03-8737 6979Ong Seng Peng 012-213 4858Hana 019 340 4601

PejAbAT duN bANgINo. 8 Jalan 1/4,43650 Bandar Baru Bangi,Tel :03-8925 0891Fax :03-8925 0891 Nabila 016-516 0459 Shahrum 016-235 2180

Ceramah di tempat terbuka memberi ruang kepada masyarakat dekati pemimpin

Tanah yang sedang diratakan bagi pembinaan gelanggang futsal

Sungai Jelok akan diselenggara selepas kerja-kerja menaik taraf jambatan dan pembentungan selesai

taraf jambatan itu,” katanya.Jelas beliau, kos projek itu

dijangka kurang daripada RM500,000.

“Jangkamasa projek ini un-tuk disiapkan ialah dalam masa dua bulan, iaitu pada Septem-ber ini akan siap jambatan ba- ru yang akan ditinggikan satu meter daripada paras tanah dan dijangka pengaliran air ti- dak akan tersekat seperti dahu-lu,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi pro-jek menaik taraf pembentung di bawah landasan kereta api yang dilaksanakan oleh Keretapi Ta-nah Melayu (KTM) sedang di-jalankan, iaitu pelebaran muara Sungai Jelok dan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Selepas kedua-dua projek ini siap maka keberangkalian untuk berlakunya banjir di Pusat Ban-

dar Kajang ini akan dikurangkan pada tahap minima,” jelasnya.

Ujar beliau, naik taraf ba-hagian Sungai Jelok di bandar Kajang yang melibatkan kos RM1.5 juta akan bermula sebaik kedua-dua projek ini siap.

“Aktiviti pembuangan sampah ke sungai perlu dipantau pihak berkuasa tempatan agar kejadi-an banjir yang disebabkan aliran tersekat tidak berlaku.

“MPKj juga perlu memantau penyelenggaraan kolam takung-an air di dua tapak pembinaan di sebelah hulu Sungai Jelok,” katanya.

Pada Disember 2011, Kajang dilanda banjir kilat yang luar bi-asa sehingga menenggelamkan kira-kira 200 buah kereta serta disifatkan terburuk sejak 1971 apabila tiga perempat bandar itu ditenggelami banjir.

Jangkamasa projek ini untuk disiapkan ialah dalam masa dua bulan, iaitu pada September ini akan siap jambatan baru yang akan ditinggi- kan satu meter dari-pada paras tanah dan dijangka pengaliran air tidak akan tersekat seperti dahulu

- LEE KIM SINAdun Kajang

Selangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

UTAMA 11FOKUS TAMAN MEDAN & PUTRAJAYA

PenduduK di Putrajaya di-nasihatkan supaya berhati-ha-ti terhadap kontraktor binaan dan penyelenggaraan rumah tidak sah yang ditawarkan di sekitar bandaraya tersebut.

Ketua Cabang PKR Putra-jaya, Onn Abu Bakar berka-ta, kebanyakan kontraktor yang menawarkan khidmat penyelenggaraan didapati tidak memi-liki lesen sah dan seringkali mengenakan bayaran tinggi.

M e n u r u t -nya, kontrak-tor berkenaan menawarkan perkhidmatan mereka melalui risalah yang ditampal di tiang-tiang elek-trik di sekitar kawasan peru-mahan.

“Kebanyakan kontrak-tor berkenaan bukan sa-haja mengenakan caj tinggi, malah kerja-kerja binaan dan penyelenggaraan yang

dibuat juga tidak berkualiti. Ramai penduduk di sini yang telah tertipu dengan perkh-idmatan kontraktor berke-naan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pernah diberi amaran sebe-lum ini oleh pihak berkuasa, namun kontraktor terbabit masih berdegil dan tetap

meneruskan khidmat me-reka di Putra-jaya.

“ M e r e k a (kontraktor) ini susah un-tuk dikawal w a l a u p u n berkali-kali diberi ama-

ran oleh perbandaran. Jus-teru itu, saya berharap ma-syarakat lebih berhati-hati dalam memilih kontraktor ini supaya tidak lagi tertipu.

“Siasat dulu kontraktor ini sama ada mereka memi-liki lesen sah ataupun tidak,” jelasnya.

Oleh afeeqa afeeRa

SeORanG ibu tunggal melahirkan kesyukuran apabila kesusahan hidup-nya mendapat perhatian DUN Taman Medan dengan menerima bantuan kewangan sejumlah RM500.

Suri rumah, Julieza Yahya, 41, ber-kata, beliau hanya bergantung pada upah menjahit yang diusahakan di rumah bagi menyara empat orang anaknya selepas kematian suami aki-bat sakit beberapa tahun lalu.

Malah katanya, bantuan RM300 se- bulan daripada Jabatan Khidmat Ma-syarakat (JKM) untuk menyara keluar- ga juga tidak mencukupi memandang-kan kos sara hidup kini semakin tinggi.

“Saya perlu bekerja keras bagi me-nanggung keluarga dan juga perbe-lanjaan rumah. Setelah kematian sua-mi, segala beban dan tanggungjawab perlu digalas, apatah lagi anak-anak masih bersekolah,” katanya.

Menurutnya, beliau sama sekali tidak menyangka permohonannya untuk mendapatkan bantuan dilulus-kan DUN dalam masa singkat.

Tambahnya, selain bantuan ke-wangan, DUN Taman Medan turut memberi bantuan cermin mata ke-pada salah seorang anaknya.

“Saya berasa terkejut dan sangat terharu apabila DUN memberi saya bantuan ini. Walaupun nilainya ke-cil, tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban. Saya amat berbesar hati,” ujarnya.

Sementara itu, Adun Taman Me-dan, Haniza Talha berkata, pemberian bantuan yang diserahkan kepada ke-luarga kurang bernasib baik itu ada-lah berdasarkan kepada permohonan yang diterima.

Selain bantuan kewangan katanya, DUN turut membantu insan kurang bernasib baik mendapatkan bantuan kebajikan lain sekiranya ia diperlukan dan ada keperluan mendesak.

“DUN memang ada menyediakan peruntukan kepada golongan kurang bernasib baik terutama ibu tunggal. Ini menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) benar-benar prihatin pada rakyat yang kurang bernasib baik,” jelasnya.

PRiHaTin dengan kemudah-an riadah dan sukan golongan remaja, Majlis Bandaraya Pet-aling Jaya (MBPJ) mengambil inisiatif menaik taraf kawasan lapang di Jalan PJS4/19, di sini untuk kegunaan penduduk se-tempat.

Proses naik taraf yang mene-lan kos sebanyak RM80,000 itu merangkumi taman permainan kanak-kanak, pembinaan ge-langgang badminton, meja dan bangku, tapak refleksologi serta

laluan pejalan kaki.Menurut Arkitek Jabatan

Lanskap MBPJ, Fadzely Jailani, penyediaan kemudahan riadah itu dibuat atas permintaan pen-duduk setempat dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

“Kita lakukan kerja-kerja na-ik taraf berdasarkan keperluan penduduk, di mana satu kajian dilakukan untuk tahu apa yang mereka inginkan di tapak ria-dah ini. Terdapat kemudahan

Naik taraf kawasan jadi tapak riadah

Ibu tunggal terharu terima bantuan

Penduduk diminta berhati-hati dengan kontraktor tidak sah

yang tidak perlu diganti, cuma dibaiki sahaja dan ada juga yang dibina baru,” jelasnya.

Tambahnya, proses naik ta-raf itu kebiasaannya dilaksa-nakan MBPJ setiap lima tahun sekali mengikut keperluan dan kehendak penduduk.

Sementara itu, Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, penyediaan kemudahan riadah ini akan menggalakkan golong-an muda untuk melakukan ak-tiviti sihat, sekali gus terhindar daripada gejala sosial.

Beliau berkata, pihak DUN dan MBPJ akan bersama-sama mengenal pasti beberapa lokasi lain lagi di sekitar Taman Me-dan untuk dibangunkan seba-gai pusat riadah bagi kegunaan masyarakat.

“Saya harap penduduk dapat menjaga dengan baik kemudah-an yang disediakan. Saya turut berharap taman riadah ini da-pat dimanfaatkan sebaik mung-kin oleh anak muda dengan melakukan aktiviti berfaedah,” ujarnya.

PusAT KHIdmAT duN TAmAN medANNo. 25 Jalan Pjs 1/32,Taman Medan Pejasa, 46150, Petaling Jaya,Tel :03-7781 2151Fax :03-7781 8704Fauziah 012-603 3949Yuslan 017-278 8722

PusAT KHIdmAT PARLImeN PuTRAjAYANo.41-1, Jalan Dwi Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: +603 9172 4200/[email protected]

PRIHATIN... Julieza terharu dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan

Tanah lapang yang dinaik taraf menjadi pusat riadah

12 UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

Oleh nazLi ibRaHiM

aMPanG - Kewujudan wakaf komuniti yang menelan kos RM20,000 di Taman Dagang di-harap akan meningkatkan lagi hubungan sesama penduduk di sini.

Demikian menurut Exco Pe-rumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad ketika meras-mikan Wakaf Rakyat Taman Da-gang, baru-baru ini.

“Dengan adanya wakaf ini, saya percaya pelbagai kegiatan dapat dijalankan di sini, sekali gus dapat lebih menceriakan dan mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk.

“Pembinaan wakaf ini adalah sebahagian daripada usaha Kera-jaan Negeri untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Sela-

ngor, termasuklah bagi masya-rakat yang mendiami pangsa-puri,” ujar beliau.

Menurut Iskandar, program ‘Bersih, Ceria dan Harmoni’ ini akan diteruskan di seluruh Se-langor.

Selain fokus untuk pembinaan wakaf, program ini turut menye-diakan peruntukan untuk sudut belajar, membaca dan pejabat yang lebih selesa untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) un-tuk mentadbir.

Sementara itu, beberapa pen-duduk yang ditemui berharap wakaf yang siap pembinaannya pada Mei lalu, dapat dimanfaat-kan oleh semua lapisan penduduk Taman Dagang.

Aziz Ismail pula berkata, wakaf ini turut sesuai dijadikan tempat untuk beristirehat setelah letih seharian bekerja.

Wakaf mampu tingkat hubungan masyarakat

Iskandar sewaktu merasmikan Wakaf Rakyat Taman Dagang

Oleh SiRaj MOHd zaini

SeRdanG - Penduduk Ser-dang Raya kini boleh menarik nafas lega selepas kerja-kerja menurap jalan-jalan di kawasan itu selesai dan kini boleh digu-nakan.

Seorang penduduk, Eng Teck Hock, 51, ketika ditemui mela-hirkan perasaan gembira kera-na jalan ini merupakan laluan utama bagi penduduk di sini untuk ke jalan utama.

“Kami sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri serta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana mengotakan janji untuk menurap jalan yang ber-masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Nege-ri memperuntukkan sebanyak RM400,000 di bawah Geran Se- langorku bagi kerja-kerja me-nurap jalan di kawasan ini.

Katanya, jalan ini rosak dan tidak diturap selama hampir 10 tahun dan tentunya menyukar-kan pengguna serta penduduk di sini melakukan aktiviti harian.

“Sebelum ini jika terdapat kerosakan atau jalan berlubang, tindakan yang diambil hanya-lah menampal dan ianya tidak mampu bertahan lama,” kata-nya yang juga Exco Pembangun- an Kampung Baru dan Penyele-saian Kilang Haram.

Manakala seorang lagi pe-niaga runcit di kawasan ini, Sin Lean Fatt, 48, berkata, jalan yang diturap ini memudahkan urusan peniaga dan juga pem-beli kerana jalannya luas dan selesa.

“Sebelum ini keadaan jalan ini sesak kerana jalan berlopak-lopak dan ketiadaan parkir yang selesa bagi penduduk di kawasan ini,” katanya yang su-dah tujuh tahun menjalankan perniagaan di sini.

Selain itu, Ean turut menya-takan terdapat 21 jalan kese-muanya di kawasan ini yang perlu diturap semula di bawah peruntukan Geran Selangorku pada tahun ini.

Penduduk Serdang Raya gembira jalan sudah diturap

Ean Yong (dua kiri), bersama Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, melawat jalan yang diturap sambil menghulurkan sumbangan

13UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor? Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera

mAjLIs PeRbANdARAN AmPANg jAYATel : 03-4296 8000; Hotline : 1 -800-22-8100

mAjLIs dAeRAH HuLu seLANgoR Tel : 03-6064 1331 SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888

mAjLIs PeRbANdARAN KLANgwww.mpklang.gov.myKutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)

mAjLIs dAeRAH KuALA LANgATwww.mdkl.gov.my Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.

mAjLIs dAeRAH KuALA seLANgoRwww.mdks.gov.my Tel: 03-3289 1439

mAjLIs dAeRAH sAbAK beRNAmwww.mdsb.gov.my Tel: 03-3224 1655 / 1000

mAjLIs PeRbANdARAN seLAYANgwww.mps.gov.myBebas tol: 1800-22-2677 Tel: 03 - 6120 8953

mAjLIs PeRbANdARAN sePANg www.mpsepang.gov.my Tel: 03-8319 0200 / 0300

mAjLIs bANdARAYA sHAH ALAmwww.mbsa.gov.myTel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878

mAjLIs PeRbANdARAN subANg jAYAwww.mpsj.gov.my Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545

mAjLIs bANdARAYA PeTALINg jAYAwww.mbpj.gov.my

Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213

Talian Hotline Kutipan Sampah

Kemajuan Petaling Jaya seiring kemajuan Selangor

Oleh Hafizan Taib

PeTaLinG jaya - Kerajaan Negeri berbangga dengan Pe-taling Jaya yang mencapai ta-hap kemajuan pesat seiring pembangunan Selangor seba-gai negeri maju di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan pe- rancangan teliti demi pemba-ngunan Petaling Jaya hingga berjaya mewujudkan perseki-taran harmoni, sekali gus men-

jadikan bandaraya ini sesuai diduduki dan menjadi pilihan majoriti masyarakat.

Katanya, Petaling Jaya ber-kembang sebagai bandaraya il-mu berikutan segala kemudahan lengkap yang wujud di kawasan kendalian MBPJ itu bagi me-

menuhi keperluan masyarakat yang mendiaminya.

“Konsep bandaraya kelu-arga amat sesuai bagi Petaling Jaya kerana ia memenuhi ke-perluan semua peringkat usia dan golongan dengan segala kemudahan yang ada.

"Ia membangun secara pe-sat dengan pertambahan pen-duduk yang membanggakan. Semuanya ada di sini dengan kemudahan tempat bersukan, tempat mewujudkan pernia-gaan, tempat menuntut ilmu dengan sekolah, kolej hingga universiti dan sebagainya. Se-suai untuk semua.

“Perkembangan ini amat membanggakan kerana dari se- buah bandar kecil, dalam ma-

sa singkat Petaling Jaya ber-kembang menjadi bandaraya contoh dengan pertumbuhan ekonomi mampan.

"Belanjawan bagi Petaling Jaya sebanyak RM281 juta da-lam tahun ini juga melebihi Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya ketika berucap dalam majlis Kenduri Rakyat sempena sambutan Ulangtahun ke enam anjuran MBPJ di Dataran Peta-ling Jaya di sini, baru-baru ini.

Tindakan tegas tampal iklan haramSHaH aLaM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan ker-jasama orang ramai menjalan-kan operasi menanggal iklan tanpa kebenaran di Seksyen 10 dan 11 di sini, dalam usaha menjaga kebersihan dan sekali gus menghindarkan kawasan bandaraya dengan pemandang-an yang mencacatkan.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya serius dan komited untuk memerangi masalah iklan tanpa kebenaran ini yang turut menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya.

“Operasi ini adalah inisiatif MBSA dengan penduduk tem-patan bagi mendidik masyarakat

supaya menyayangi bandaraya ini dan turut sama berperanan menjaga kebersihan kawasan sekitar.

“Melalui kerjasama secara menang-menang ini dapat erat-kan lagi hubungan silaturahim dan mendekatkan masyarakat setempat bersama MBSA selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi dijalankan itu tu-rut disertai Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan bersa-ma warga kerja MBSA dari pel-

bagai jabatan dan penduduk di kawasan seksyen berkenaan.

Shahrin selanjutnya berkata, dari Januari hingga Mei lalu, se-banyak 31,267 iklan tanpa ke-benaran seperti kain rentang, poster, bunting dan papan pan-du arah ditanggal melalui ope-rasi di seluruh bandaraya itu.

“Majlis ingin memaklumkan, tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menampal iklan tanpa kebe-naran akan diambil melalui Un-dan-Undang Kecil Iklan MBSA 2007,” katanya.

CEMERLANG... Menteri Besar dengan ditemani Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman dan pemimpin KerajaanNegeri, merasmikan Sambutan Ulangtahun ke enam MBPJ

Datuk Bandar, turun padang bersama-sama warga MBSA mengikis dan menanggalkan iklan haram

INFo

Pihak yang ingin mempromosikan perkhidmatan, program, produk atau barangan kepada orang awam, sila dapatkan kebenaran jabatan Pelesenan dan Penjaja, mbsA. Talian 03-55105133 sambungan 408 / 485 / 303.

14 UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5521 8740 atau 03-5521 8741, Faks : 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS Rantaian Mesra Sdn Bhd,Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel : 03-55103468 /3472, Faks: 03-55103455emel: [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPT Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40503 Shah Alam Tel: 03-55447385 atau 03-55212275 Faks: 03-55104095 atau 03-55110659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, SelangorTel : 03-5518 7735 , Faks : 03-5518 7736 email : [email protected] Web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 40503 Shah AlamTel : 03-5544 7306 atau 03-5512 3618. Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 atau 03-5544 7622. Faks : 5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Berhad, 16th - 17th Floor, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999. Faks : 03-5510 9977 Emel: [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, SelangorTel: 03-55413616. Faks: 03-55413617Laman Web http://www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2, Bangunan SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah, 4000, Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-55447104/ 03-55191692/ 03-55212312 Fax : 03-551055829Laman Web http://www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455 Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000Shah Alam, SelangorTel: 03-5544 7480/7481/7482/7543 Faks: 03-55104095/ 55135564/ 55447391Blog http://tuisyenrakyat.blogspot.com

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Oleh SiRaj MOHd zaini

SHaH aLaM - Berbekalkan hasil keuntungan jualan me-lebihi RM60,000, melayak-kan Sekolah Menengah Ke-bangsaan Perempuan Kapar meraih pelbagai anugerah di Konvensyen Program Usaha-wan Muda (PUM) Permata Se-langor 2011.

Sekolah ini meraih anuge-rah berkenaan anjuran Perba- danan Kemajuan Negeri Sela-ngor (PKNS) melalui syari- kat Aurora Progresif Sdn Bhd yang dianggotai pelajar dan guru sekolah.

Antara anugerah yang di-terima ialah Anugerah Produk Terbaik, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Pengetua Terbaik, Anugerah Sekolah Terbaik, Anugerah Syarikat Terbaik serta Anugerah Per-sembahan Syarikat Terbaik.

Pengetuanya, Meriam Hu-sin berkata, semua warga se-kolah memberikan sokongan padu serta menyediakan pel-bagai bantuan seperti modal dan motivasi supaya syarikat yang ditubuhkan berjaya da-lam perniagaan.

“Dengan moto ‘SMK(P) Ka-par Juara, SMK(P) Mara’, se-mua warga sekolah memberi-

kan apa yang terdaya kepada para pelajar ini untuk berja-ya,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, sekolah ini turut mencatat sejarah kera-na berjaya meraih hasil jualan tertinggi sejak PUM ini dilan-carkan pada tahun 1997, iaitu sebanyak RM263,356.

PUM ini turut mendapat kejasama Kementerian Perda-gangan dan Industri (MITI) ser-ta Jabatan Pelajaran Selangor.

Pengurus Besar PKNS, Oth-man Omar dalam ucapannya berkata, pelajar tingkatan dua dan empat di sekolah terpilih di Selangor berpeluang me-nubuhkan syarikat Sendirian Berhad dengan diberi lesen perniagaan oleh PKNS.

“Syarikat-syarikat ini akan menjual produk dan perkhid-matan di lokasi-lokasi terpilih, selain dapat menjalani kursus-kursus berkaitan perjalan sya- rikat serta latihan keusaha-wanan dan perniagaan secara praktikal,” katanya ketika pe-rasmian konvensyen itu di Pu-sat Konvensyen Shah Alam, baru-baru ini.

Katanya, setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai 25 orang pemegang saham dan lima daripadanya adalah ahli lembaga pengarah.

Turut hadir di majlis ini adalah Ketua Sektor Pemba-ngunan Kemanusiaan Jabat-an Pelajaran Selangor, Abdul Khalid Jaafar serta Penolong Pengarah Institut Keusaha-wanan Negara, Mohd Idzwan Abdullah.

Selain itu, Othman berkata, PUM berjaya menerapkan bu-daya keusahawanan kepada 15,925 orang pelajar sepan-jang program ini dilaksana-kan.

“Bermula dengan pengliba-tan sebanyak 10 buah sekolah di peringkat awal dan hanya diberikan modal sebanyak RM- 450, PUM membantu pelajar-pelajar ini belajar untuk ber-niaga,” katanya lagi.

SMK(P) Kapar raih enam anugerah

Program Usahawan Muda Permata Negeri Selangor

BANGGA... Suzila Sahari (dua kiri) tersenyum bersama sijil dan anugerah yang diterima

Dengan moto ‘SMK(P) Kapar Juara, SMK(P) Mara’ semua warga sekolah memberikan apa yang terdaya kepada para pelajar ini untuk berjaya

- MERIAM HUSINPengetua

15UTAMASelangorkini 29 Jun - 6 Julai 2012

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTUSOLATSelangor

29 Jun - 6 Julai 20129 - 16 SYAABAN 1433

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

DapatKanSelangor Kini

Pejabat Penyelaras DUN Masjid Semasa Solat Jumaat

Pejabat Penghulu Surau -

surau terpilih

Pejabat Adun /Pusat Khidmat Wakil Pakatan Rakyat

E-paperSelangor Kini boleh

dibaca di www.selangorku.com

Caption

Insentif bakar semangat juang atlet Sukma

Pindah Klinik 1Malaysia bazir wang rakyat

Oleh nORHayaTi uMOR

TanjOnG KaRanG - Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong kesal dengan tindakan Datuk Seri Noh Omar yang bertindak mengarahkan Klinik 1Malaysia yang menunggu masa untuk beroperasi dipindahkan kerana terletak di bahagian bawah pejabat PAS Kawasan Tanjong Karang.

Klinik 1Malaysia itu siap diubah suai pada Januari 2012 dan tidak beroperasi, namun sejak Mac lepas kelihatan papan tanda yang diletakkan sebelum ini su-dah dicabut menandakan klinik tersebut tidak akan beroperasi di kawasan ini.

Penyelaras DUN Sungai Burong, Mo-hammad Judi Sarjo berkata, pihaknya difahamkan Noh yang juga Ahli Par-limen Tanjong Karang mengarahkan klinik itu dipindahkan ke satu tempat lain, bagaimanapun sehingga kini loka-si sebenar masih menjadi tanda tanya.

"Setakat ini, masih tiada Klinik 1Ma-laysia di DUN ini, kenapa pindahkannya sedangkan ia sudah siap sepenuhnya.

"Adakah kerana klinik itu terletak

di pejabat PAS jadi ia dipindahkan? Ka-wasan ini strategik kerana ia berham-piran hospital dan kawasan sekitar yang tidak sibuk," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, hal ini menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Soalnya siapa yang merancang un-tuk membina klinik 1Malaysia di bawah Pejabat PAS Tanjong Karang tersebut dan mengapa apabila sudah siap tidak jadi untuk beroperasi.

"Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat, siapa yang mendapat keuntung-an daripada projek tersebut ?

"Mungkin klinik tersebut dibuat di situ bertujuan untuk menjejaskan kedudukan PAS Tanjong Karang, me-mandangkan klinik tersebut di bawah Pejabat PAS Kawasan. Sedangkan di barisan yang sama masih terdapat ba-nyak lagi kekosongan," katanya.

Judi berkata, rakyat Tanjong Karang boleh melihat sendiri pembaziran wang rakyat yang dibuat oleh Umno-BN dan tidak memberi sebarang faedah, ak-hirnya menjadi projek gajah putih.

5:34 5:44 7:07 1:20 4:45 7:29 8:44 5:34 5:44 7:08 1:20 4:45 7:29 8:44 5:34 5:44 7:08 1:20 4:46 7:29 8:44 5:35 5:45 7:08 1:20 4:46 7:29 8:44 5:35 5:45 7:08 1:20 4:46 7:29 8:45 5:35 5:45 7:08 1:20 4:46 7:29 8:45 5:36 5:46 7:09 1:21 4:46 7:29 8:45 5:36 5:46 7:09 1:21 4:46 7:30 8:45

29 Jumaat 30 Sabtu 1 Ahad 2 Isnin 3 Selasa 4 Rabu 5 Khamis 6 Jumaat

5:36 5:46 7:09 1:22 4:47 7:31 8:46 5:36 5:46 7:10 1:22 4:47 7:31 8:46 5:36 5:46 7:10 1:22 4:48 7:31 8:46 5:36 5:47 7:10 1:22 4:48 7:31 8:47 5:37 5:47 7:10 1:22 4:48 7:31 8:47 5:37 5:47 7:10 1:22 4:48 7:31 8:47 5:37 5:47 7:11 1:23 4:48 7:32 8:47 5:38 5:48 7:11 1:23 4:48 7:32 8:47

29 Jumaat 30 Sabtu 1 Ahad 2 Isnin 3 Selasa 4 Rabu 5 Khamis 6 Jumaat

gambar yang sepatutnya tersiar pada halaman lima keluaran lepas ialah shariful Noor Abd ghaffar, Pengerusi badan Pengurusan bersama (jmb)

RaLat

SHaH aLaM - Kerajaan Selangor akan memberi insentif sebanyak RM3,500 kepada atlet yang berjaya memperolehi pingat emas dalam Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan ber-langsung di Pahang.

Manakala Atlet yang berjaya me-mecahkan rekod kejohanan Sukma akan menerima insentif berjumlah RM2,000, manakala RM4,000 kepada atlet yang memecahkan rekod kebangsaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lebih RM200,000 dipe-runtukkan sebagai persediaan kontinjen

Selangor menghadapi Sukma kali ini."Ini membuktikan Selangor berse-

dia membina atlet bukan sahaja se-bagai pemain, malah sebagai wakil kepada rakyat Selangor," kata Abdul Khalid semasa penyerahan bendera kepada Kontinjen Selangor di Kom-pleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 di sini.

Selangor akan menghantar 518 wa- kil yang terdiri daripada atlet, pengurus pasukan, jurulatih dan urus setia kon-tinjen kejohanan bagi menyertai 24 aca- ra sukan yang dipertandingkan.

"Bawalah bendera Selangor dengan megah dan kita akan berjuang sedaya upaya demi kemenangan yang adil," kata Abdul Khalid.

Kontinjen Selangor akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi dan dibantu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arf Abd Rahman selaku Timbalan Kontinjen.

Selangor mensasarkan untuk mem-perolehi 50 pingat emas dalam kejo-hanan Sukma yang akan berlangsung antara 7 - 16 Julai ini.

Klinik 1Malaysia dipindahkan kerana terletak di bawah Pejabat PAS

KAMI JUARA! Kontinjen Selangor mensasarkan 50 pingat emas pada Sukma ke-15 yang akan berlangsung di Pahang

5 dari Mitib menerima sumbangan bia-siswa yang keseluruhannya berjumlah RM 172,000.

Namun, setiap pelajar menerima jum-lah berbeza bergantung kepada penda-patan per kapita keluarga pelajar.

Mitib ditubuhkan Kerajaan Negeri pada 2008 untuk mendidik dan membentuk ge-nerasi al-Quran dan ia bergantung sepe-nuhnya kepada peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk kos operasinya.

Selangor Kini Hubungi TalianBebas Tol

1-800-88-2824

masalahsampah ?

BERITA/ ARTIKEL/ VIDEO

http://www.selangorku.com/?feed=rss2http://twitter.com/#!/mediaselangorku/http://www.facebook.com/MediaSelangorku

Layari www.selangorku.comUntuk informasi & berita terkini

dIHARgAI… Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (Mitib) pada Majlis Penyerahan Biasiswa Yayasan Selangor di Auditorium As-Syatibi Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi, Istana Bandar, Jugra, Banting

223 pelajar tahfiz terima biasiswa Yayasan Selangor

Oleh LizawaTi Madfa banTinG - Usaha Kerajaan Negeri mela-lui Yayasan Selangor menghulurkan bia-siswa kepada pelajar maahad tahfiz dili-hat sebagai tanggungjawab murni yang ada pada kerajaan Pakatan Rakyat (PR)Selangor.

Bantuan ini bukan sahaja mampu me-ningkatkan tahap kecemerlangan akade-mik pelajar, malah dapat membentuk sahsiah yang baik kepada pelajar yang mengikuti aliran pelajaran agama di ne-geri ini khususnya.

Perkara ini dinyatakan Pengetua Maa-had Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (Mitib), Anas Ayob dalam satu Majlis Pe-nyerahan Biasiswa Yayasan Selangor ke-pada 223 pelajarnya di sini.

“Usaha ini menunjukkan komitmen yang baik daripada Kerajaan Negeri ke-pada anak-anak tahfiz.

“Semoga dengan bantuan sebegini, golongan pelajar yang berlatarbelakang-kan pendidikan al-Quran mampu menjadi golongan profesional pada masa akan datang, seterusnya dapat menjelmakan mimpi kami menjadi nyata,” ujar Anas.

Dimaklumkan sehingga kini Yayasan Selangor memperuntukkan sejumlah RM3 juta bagi menampung biasiswa kepada 2,516 pelajar tahfiz di seluruh Selangor.

“Dengan bantuan seperti ini, diharap pelajar dapat memacu kecemerlangan akademik dan sahsiah diri mereka bagi membentuk generasi masa depan yang lebih berketerampilan.

“Susulan daripada biasiswa ini juga, insyaAllah kita akan merangka satu kem motivasi bina semangat bagi pelajar-pelajar Mitib yang akan dianjurkan dalam semester ini juga,” ujar Pengurus Kanan Yayasan Selangor, Baharudin Ali Masrom ketika merasmikan majlis.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali yang turut hadir merasmi-

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

kan majlis berkata, Kerajaan PR komited untuk membantu setiap golongan pelajar yang berpotensi tanpa mengamalkan se-barang sikap prejudis.

“Sebab itu kita meminta agar Yayasan Selangor melakukan penjenamaan semu-la dan jangan hanya fokus pada sekolah-sekolah aliran utama sahaja, sebaliknya pandanglah sekali pelajar-pelajar sekolah tahfiz ini yang mana kesemua mereka ini adalah pelajar cemerlang, terpilih dan terbukti terbaik,” jelas Dr Halimah.

Penyerahan biasiswa ini merupakan sebahagian daripada program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) yang dilancarkan pada tahun ini.

Mitib juga bertuah apabila dipilih seba-gai sekolah pertama yang akan menerima kemudahan seperti biasiswa, tajaan kelas bimbingan, program akademik dan pem-bangunan sahsiah di bawah program ter-sebut.

Seramai 223 pelajar Tingkatan 3, 4 dan

DIaLOG BaJEt SELanGOR

SELanGOR pEnERaJU EKOnOMI MaLaYSIa2-3 JULAI 2012

HOTEL GRAND DORSETT, SUBANG Dirasmikan Oleh:

Y.A.B. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIMDATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

URUSETIA: PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR http://pwn.selangor.gov.my