Self Study Module 2

4
Jabatan Ukur Bahan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia ______________________________________________________________________________ ______ SBQ 3722 Amalan Ikhtisas III Modul: 2 Tajuk: Penyediaan Senarai Kuantiti dan Dokumen Tender Tarikh Edaran: 31hb Oktober 2014 Tarikh Hantar: 7hb November 2014 Markah: 5 markah Soalan 1. Apakah itu senarai kuantiti? 2. Apakah tujuan senarai kuantiti? 3. Jelaskan bagaimana senarai kuantiti secara elemen disediakan. 4. Huraikan bagaimana bulk checking dilakukan bagi menyemak ketepatan senarai kuantiti. 5. Apakah perbezaan antara dokumen tender dan dokumen meja tender? Format Jawapan 1. Maksimum 3 muka surat bertaip. 2. Jenis tulisan Calibri, saiz 11, Langkau 1. 3. Pastikan nama pelajar dan no metrik dicatatkan pada helaian pertama jawapan. 4. Nama fail PDF/ms word yang dihantar hendaklah ditulis seperti berikut:- Modul 2 BQ [nama pelajar] sebagai contohnya Modul 2 BQ Abdul Wahid . Disediakan oleh: PM SR. ABDUL WAHID KAMARULZAMAN 1. Apakah itu senarai kuantiti? Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat

description

Penyediaan Senarai Kuantiti dan Dokumen Tender

Transcript of Self Study Module 2

Page 1: Self Study Module 2

Jabatan Ukur BahanFakulti Alam BinaUniversiti Teknologi Malaysia____________________________________________________________________________________

SBQ 3722 Amalan Ikhtisas III

Modul: 2

Tajuk: Penyediaan Senarai Kuantiti dan Dokumen Tender

Tarikh Edaran: 31hb Oktober 2014

Tarikh Hantar: 7hb November 2014

Markah: 5 markah

Soalan

1. Apakah itu senarai kuantiti?

2. Apakah tujuan senarai kuantiti?

3. Jelaskan bagaimana senarai kuantiti secara elemen disediakan.

4. Huraikan bagaimana “bulk checking” dilakukan bagi menyemak ketepatan senarai kuantiti.

5. Apakah perbezaan antara dokumen tender dan dokumen meja tender?

Format Jawapan

1. Maksimum 3 muka surat bertaip.

2. Jenis tulisan Calibri, saiz 11, Langkau 1.

3. Pastikan nama pelajar dan no metrik dicatatkan pada helaian pertama jawapan.

4. Nama fail PDF/ms word yang dihantar hendaklah ditulis seperti berikut:-

Modul 2 BQ [nama pelajar] sebagai contohnya “Modul 2 BQ Abdul Wahid”.

Disediakan oleh:

PM SR. ABDUL WAHID KAMARULZAMAN

Page 2: Self Study Module 2

1. Apakah itu senarai kuantiti?

Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam.Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti 'Kerja-kerja Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain.

2. Apakah tujuan senarai kuantiti?

Tujuan asas penyediaan senarai kuantiti ialah untuk membuat anggaran kos sesebuah projek binaan. Selain dari itu senarai kuantiti digunakan untuk:1. Mempelawa Tender2. Menyediakan Bayaran Kemajuan / Bayaran Interim3. Menilai Pindaan Kerja4. Memesan dan Membeli Bahan-bahan Binaan5. Data KosTerdapat beberapa kegunaan hasil daripada Senarai Kuantiti (BQ) yang dihasilkan

oleh Juruukur Bahan (QS) yang diringkaskan seperti berikut:

Berfungsi sebagai dokumen tender Berfungsi sebagai dokumen kontrak Menjadi asas penyediaan perakuan interim Menjadi asas penilaian kerja perubahan (VO) Membantu pengurusan kerja Kontraktor Menjadi asas maklum balas kepada Kontraktor Menjadi punca data kos kepada Juruukur Bahan (QS)

3. Jelaskan bagaimana senarai kuantiti secara elemen disediakan.

Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaeda tertentu untuk mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan dan mengalakkan kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor, arkitek dan jurutera, juruukur bahan menyediakan senarai kuantiti berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Methad of Measurement- SMM). SMM adalah dokumen yang mengandungi butir-butir dan penerangan-penerangan mengenai cara mengambil ukuran, menulis huraian dan menyenaraikan item-item binaan.

4. Huraikan bagaimana “bulk checking” dilakukan bagi menyemak ketepatan senarai kuantiti.

“Bulk Checking” atau semakan pukal digunakan dalam menyemak ketepatan senarai kuantiti apabila pembinaan ditapak telah siap dilakukan. Seperti contoh, pembinaan pile cap.Sebelum msuk tender,pengukuran awal mesti dilakukan , akan tetapi kuantitinya tidak akan sama selepas pembinaan sebenar. Oleh itu, pengukuran semula di tapak bina selepas pembinaan siap , pengukuran semula mengikut lukisan pelan yang baru hendaklah diambil kira semula.Maka itu, pengukuran semula adalah penting dalam menyemak semula pengukuran kuantiti.

Page 3: Self Study Module 2

5. Apakah perbezaan antara dokumen tender dan dokumen meja tender?

Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asa seperti berikut:-

i. Peruntukan-peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu kontrak yang boleh di laksanakan, kontraktor itu tidak boleh di kehendaki melaksanakan sesuatu yang mustahil.

ii. Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah mengambarkan perolehan mengikut tatacara yang diluluskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasar–dasar kerajaan yang terbaru.

iii. Kerja yang di tentukan mestilah memenuhi kehendak –kehendak daripada segi standard rekabentuk dan pembinaan.

Dokumen tender

a. Kontrak berdasarkan senarai kuantitii . surat pelawaan menender kepada pretenderii. senarai semakan mengemukakan tenderiii. borang tender JKR 203B-Pin 2/2002iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan

organisasi kontraktor. Butir –butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan yang sedang dilaksanakan.

v. Spesifikasivi. Senarai kuantitivii Lukisan-lukisan

b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

i. surat pelawaanii senarai semakan mengemukakan tenderiii. borang tender JKR 203C- Pin 2/2002iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan organisasi kontraktor. Butir –butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan yang sedang dilaksanakanv spesifikasivi. ringkasan tendervii. jadual kadar hargaviii. lukisan-lukisan

Page 4: Self Study Module 2

Dokumen Meja Tender.

Dokumen meja tender mengandungi dokumen tender dan dokumen lain mengikut susunan iaitu:-

a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti

i. surat pelawaan menender kepada petenderii. senarai semakan mengemukakan tenderiii. perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat serta lampiran-lampiran berkembar (JKR 203A –

sem 10/83)iv. borang tender JKR 203B – Pin 2/2002v borang maklumat mengenai pendaftaran petendervi. surat setuju terima JKR 203D – sem 4/2002vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaanviii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluanix. spesifikasix senarai kuantitixi. lukisan –lukisan

b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

i surat pelawaan menender kepada petenderii. senarai semakan mengemukakan tenderiii. perkara –perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak, serta lampiran berkembar(JKR 203A – sem 10/83)iv. borang tender JKR 203C – Pin 2/2002v borang maklumat mengenai pendaftaran petendervi. borang maklumat mengenai pendaftaran petendervii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaanviii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluanix. spesifikasix ringkasan tenderxi. jadual kadar hargaxii. lukisan –lukisan