SELOKA MAT REMPIT.docx

7
SELOKA MAT REMPIT pantun mat rempit Assalamualaikum pembaca blogku sekalian..harap anda semua enjoy dengan pantun ini.. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Beli motor bapak bayar, Minyak motor emak isi, Kalau ada sumur di ladang, Boleh hamba menumpang mandi, Jangan diharap kami akan pulang, Selagi ada minyak di tangki, Kajang pak malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Rempit kami tak kira tempat, Rempit kami tak kira had laju, Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Dua tiga boleh ku cari, Mana sama minah rempitku seorang, Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Kerana derita pernah berbicara dengan kita, Bukankah sejarah mengajar kita erti derita, Patah tulang cedera parah,

Transcript of SELOKA MAT REMPIT.docx

SELOKA MAT REMPIT

pantun mat rempitAssalamualaikum pembaca blogku sekalian..harap anda semua enjoy dengan pantun ini..

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,Beli motor bapak bayar,Minyak motor emak isi,

Kalau ada sumur di ladang,Boleh hamba menumpang mandi,Jangan diharap kami akan pulang,Selagi ada minyak di tangki,

Kajang pak malau kajang berlipat,Kajang hamba mengkuang layu,Rempit kami tak kira tempat,Rempit kami tak kira had laju,

Dua tiga kucing berlari,Mana nak sama si kucing belang,Dua tiga boleh ku cari,Mana sama minah rempitku seorang,

Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung daik bercabang tiga,Kerana derita pernah berbicara dengan kita,Bukankah sejarah mengajar kita erti derita,

Patah tulang cedera parah,Sudah sembuh merempit juga,

Apa diharap padi seberang,Entahkan masak entahkan tidak,Menjelang pagi tak juga pulang,Entahkan hidup entahkan mati,

Rama-rama sangat cantik,Ikan keli sangat panjang,Depan ada polis trafik,Divider jalan kami seberang,

Gendang gendut,Tali kecapi,Eksiden pecah perut,Tak sempat taubat sudah pun mati..

Innalillahiwainnailaihirajiun..Hasil nukilan sebenar:NusrahBerbalas Pantun Dengan Mat RempitNov 12th, 2010byTehR.

Hari ini ada acara pertandingan berbalas pantun yang dianjurkan oleh AJK kampung. Dewan Orang Ramai penuh dengan kumpulan anak muda Melayu bermotosikal yang datang dari beberapa buah kampung di sekitar dengan berbagai lagak dan gaya. Sebahagiannya terdiri dari gadis belasan tahun.Kumpulan mat rempit ini diwakili oleh ketuanya yang bernama Mat sementara pihak lawan diwakili oleh seorang kontraktor muda yang sebangsa dengan Mat. Selepas dijemput oleh pengacara majlis, Mat menjual pantunnya dengan penuh sopan santun. Jom tengok[Mat]siang dan malam kami dihinalangsung tiada kata memujikalaulah tuan bijak laksanajelaskan di mana salah kamiTepukan yang sangat gemuruh diberikan oleh sekalian mat rempit yang berada di dalam dan di luar dewan. Terdengar juga bunyi hon motosikal beberapa kali. Senyap.[Kontraktor]di jalan raya bukan sedikitmotosikal honda atau yamahadi mana sahaja kamu merempitsangatbahayakepada penggunaSenyap. Tiada tepukan diberikan kepada pemantun. Hanya kelihatan beberapa orang mat rempit mengangkat penumbuk. Rupanya kontraktor berkenaan hanya datang bersama teman wanitanya sahaja. Tak berani dia nak menepuk tangan.[Mat]bertahun tamak menarah bukitbukit gondol hutan pun terangruntuh tanah bukannya sedikitmusnah harta nyawa melayangTepukan lebih gemuruh diberikan. Kali ini disertai dengan bunyi enjin motosikal di samping bunyi hon. Beberapa orang gadis terkinja-kinja melompat memberi sokongan. Senyap lagi.[Kontraktor]kita bukan membuat bangsalkerja kita baik-baik sahajakalauada projek yang gagalbukan saya yang buat kerjaAda yang mati di jalan! Tapi bukan saya yang langgar!. Kedengaran satu suara yang kuat dari pintu dewan. Kemudian bunyi deruan enjin motosikal serta hon hingar bingar tanpa dapat dikawal lagi. Acara meriah ini terpaksa berhenti di situ sahaja kerana pembesar suara tidak dapat mengalahkan bunyi bising di luar dewan.Sekian.

PUISI : INSAFLAH MATREMPIT10 Julai 2010 at 1:12 AM (PUISI)Tags:Isu Semasa,Mat Rempit,Remaja,Tarbiyahjiwa remaja membara dirirakus dijalananmengejar sang mangsa berlari takutsehingga menjadi igauan mimpi malamwahai mat rempitjangan jadi manusia rakussamseng jalanan tiada gunanyasemuanya akan mengadap kematianku tahu jiwamu gagahmenunjukkan kehebatan bukan tempatnyamenjadi cacian masyarakat kinihina dirimu sendiriinsaflah wahai anak bangsajangan lakukan pada yang sia-siausiamu masih mudatenaga remajamu amat perluuntuk membangun sebuah tamadunberpaksikan pada tiang agamaagar kita tidak sesat selamanyasementara waktu masih adamenunggu dirimu kembalikembali pada jalan benarjadilah remaja bergunaingatlahmerempit hanya keseronokanbayangkan dirimu akan mati esokapa bekalan yang dirimu bawauntuk bertemu Sang Pengcipta mutidakkah kau berasa maludengan membawa segalas dosa???nukilan :Abu MusaddadTanjung Manis, SarawakSabtu 01.06 am10 Julai 2010 / 27 Rajab 1431

BALADA MAT REMPIT

OLEH:MAN_ATEK| 6 TAHUN LEPAS |3 KOMEN | 798 BACAAN |RATING:4.5DENGAN 2 PENILAI

pagi subuh lepas sudahmengimbas meraung kencangmelengking menembus heningsang raja jalanan berlaga riasumpah serapah bedebahumpatan haram jadahterhukum lekat di dadaperusak adab jalananayah bunda termangu lesupunya putra takbermututatkala sendiri berkenderaanego lenyap menghunjam rasalirih kolbu sang raja berkatabunda ampuni anandapacuan resmi takmampu kubeli-----