Selvi 1

download Selvi 1

of 6

Transcript of Selvi 1

  • 8/12/2019 Selvi 1

    1/6

    1

    ULASAN JURNAL 3 - PPSMI

    1. Pendahuluan

    Sejak perlaksanaannya, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) terus hangat diperkatakan

    tentang kebaikan, keburukan, cabaran serta kesannya terhadap sistem

    pendidikan negara baik di peringkat pemimpin tertinggi, para pendidik, ibu-

    bapa maupun di kalangan pelajar itu sendiri. Tidak kurang juga yang

    menjalankan kajian secara ilmiah dan terperinci semenjak ianya masih dalam

    proses perancangan sehinggalah fasa perlaksanaan pada tahun 2003.

    Jurnal Pendidikan 2005, terbitan Universiti Malaya yang bertajuk

    Penggunaan Bahasa Ingg eris dalam Sains dan Matematik: Pelaksanaan

    dan Cabaran, merupakan satu kajian berkaitan PPSMI yang telah dijalankan

    oleh Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan Nor Azmi Noor menerusi

    soal selidik terhadap 120 respoden yang terdiri daripada guru-guru dari

    sekolah menengah dan rendah yang telah menghadiri kursus ETeMS

    (English For Teaching Mathematics And Science) pada tahun 2004.

    Objektif kajian tersebut adalah bagi mendapatkan pandangan sebenar

    guru-guru terhadap perlaksanaan PPSMI serta kesan-kesannya kepada

    murid dan pelajar disamping meneliti tahap keberkesanan kursus ETeMS

    yang telah mereka ikuti. Bagi menyokong dapatan kajian, para penyelidik juga

    turut menganalisa keputusan peperiksaan mata pelajaran sains dan

    matematik tingkatan satu di antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar

    selepas pelaksanaan Dasar PPSMI.

  • 8/12/2019 Selvi 1

    2/6

    2

    2. Ulasan Dapatan Kajian

    Dasar PPSMI telah mendapat kelulusan kabinet dan dilaksanakan oleh

    kerajaan pada tahun 2003 yang membabitkan pelajar tahun 1 di Sekolah

    Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta pelajar

    Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan

    (SMK). Meskipun pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak

    terlibat secara langsung dalam perlaksanaan dasar ini, namun ia

    kemudiannya diperkenalkan secara berperingkat kepada mereka seiring

    dengan penggunaan bahasa ibunda sekolah tersebut.

    Menurut Tan Yao Sua (2008), idea asal perlaksanaan dasar PPSMI

    adalah berikutan kekhuatiran kerajaan terhadap kemerosotan mutu dan tahap

    penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar negara ini yang dibimbangi

    akan menjejaskan kemampuan mereka untuk memperoleh pengetahuan

    dalam bidang sains dan teknologi bagi menghadapi cabaran zaman teknologi

    maklumat dan globalisasi. Setelah pelaksanaan dasar tersebut, pelbagai

    pihak mula menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan dan cabaran

    menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran

    dan pembelajaran subjek matematik dan sains.

    Dapatan kajian oleh Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan Nor

    Azmi Noor menyatakan bahawa 79% daripada 120 orang guru menyokong

    dan bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI. Guru-guru juga bersependapat

    bahawa murid sekolah rendah lebih berminat terhadap pengajaran dan

    pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris berbanding

  • 8/12/2019 Selvi 1

    3/6

    3

    pelajar sekolah menengah. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar yang

    berada pada tahap permulaan lebih mudah menerima dan memahami,

    kerana penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran berkenaan telah

    dilaksanakan di peringkat awal lagi berbanding pelajar sekolah menengah

    yang mana sebelum ini mereka mempelajari mata pelajaran berkenaan dalam

    bahasa Melayu.

    Selain dari itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa, mata pelajaran

    matematik lebih mudah difahami pelajar berbanding mata pelajaran sains

    apabila ia di ajar di dalam bahasa Inggeris. Ini berikutan maklum balas

    daripada guru dan murid yang menyatakan bahawa mata pelajaran sains

    lebih banyak menggunakan istilah saintifik berbanding mata pelajaran

    matematik yang banyak menggunakan nombor dan simbol sahaja. Ini

    terbukti melalui perbandingan keputusan peperiksaan mata pelajaran sains

    dan matematik tingkatan satu di sekolah luar bandar dan bandar sebelum dan

    selepas pelaksanaan PPSMI yang menunjukkan pencapaian matematik

    meningkat sebanyak 17.05% berbanding pencapaian mata pelajaran sains

    yang menunjukkan kemerosotan sebanyak 28.25%.

    Berhubung dengan keberkesanan kursus ETeMS pula, Che Wan Jasimah

    Wan Mohamed Radzi dan NorAzmi Noor mendapati 93% guru-guru yang

    mengajar sains dan matematik menyokong penganjuran kursus tersebut

    kerana ia telah banyak membantu serta memberi pendedahan kepada

    mereka di dalam mengajar mata pelajaran tersebut dengan lebih berkesan

    walaupun kursus ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di

    sekolah terutamanya dalam menghabiskan sukatan mata pelajaran

    berkenaan.

  • 8/12/2019 Selvi 1

    4/6

    4

    3. Rumusan dan Pandangan Peribadi

    Walaupun hasil kajian menunjukkan sebahagian besar guru-guru dan

    murid telah memberi respon yang positif, namun selepas setahun

    perlaksanaannya, PPSMI mula mendapat tentangan serta reaksi negatif di

    kalangan ibu-bapa dan guru-guru berikutan kegagalan pelajar memahami

    mata pelajaran sains dan matematik disebabkan oleh ketidakupayaan

    menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Meraka di katakan gagal dalam

    pelajaran disebabkan oleh kekangan bahasa. Di samping itu, pelaksanaan

    PPSMI juga turut mengundang percanggahan pendirian dan pendapat yang

    begitu hebat di antara golongan intelek Melayu dan pendidik Cina yang

    mempersoalkan kewajaran bahasa Inggeris yang bukan merupakan bahasa

    keluarga itu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran sains dan matematik sehingga meminggirkan bahasa

    ibunda yang digunakan sekian lama.

    Jurang pendapat yang ketara ini berterusan sehingga akhirnya

    mendesak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI pada tahun 2009 dan

    menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan

    Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Menurut Tan Sri Muhyiddin

    Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,

    melalui dasar MBMMBI pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains

    akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada tahun 2016

    manakala untuk sekolah menengah akan dilaksanakan sepenuhnya pada

    tahun 2012 (Kosmo, 5 November 2011).

    Di bawah dasar MBMMBI, kepentingan bahasa Inggeris tidak

    diabaikan malahan pihak Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan

  • 8/12/2019 Selvi 1

    5/6

    5

    pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan

    bahasa Inggeris, misalnya penambahan masa pengajaran dan pembelajaran

    bahasa Inggeris, penambahbaikkan Kurikulum bahasa Inggeris di bawah

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pengambilan penutur jati bagi

    meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris serta penyediaan

    bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan dan digital.

    Secara peribadi, saya sebagai seorang guru berpendapat

    perlaksanaan MBMMBI bagi menggantikan PPSMI merupakan satu langkah

    wajar yang diambil kerajaan memandangkan bahasa ibunda dan bahasa

    Inggeris perlu saling melengkapi sebagai bahasa pengantar untuk

    pembelajaran sains dan matematik, terutamanya pada peringkat pendidikan

    formal. Hal ini adalah kerana keberkesanan pembelajaran menerusi bahasa

    ibunda sudah terbukti kejayaannya. Sementara itu, kepentingan bahasa

    Inggeris sebagai bahasa sains dan teknologi juga tidak boleh dipandang

    remeh. Justeru itu, perlu ada kompromi dalam penggunaan kedua-dua jenis

    bahasa ini sebagai bahasa pengantar untuk mengajar sains dan matematik.

    Adalah menjadi harapan kami sebagai warga pendidik agar dengan

    pemansuhan PPSMI dan perlaksanaan MBMMBI, usaha untuk mendaulatkan

    bahasa ibunda akan mencapai objektif sebenar di samping meningkatkan

    penguasaan Bahasa Inggeris serta ilmu sains dan matematik di kalangan

    pelajar. Kesimpulannya, berjaya atau tidak pelaksanaan sesuatu dasar itu

    adalah bergantung kepada kesungguhan dan kerjasama yang baik dari

    pelbagai pihak termasuk pemimpin tertinggi, guru-guru, ibu bapa dan juga

    pelajar itu sendiri.

  • 8/12/2019 Selvi 1

    6/6

    6

    Rujukan

    Tan Yao Sua. (2008, Oktober-Disember). Generasi pertama menghadapi

    UPSR dalam bahasa Inggeris. Pemikir, 54, 1-13.

    (2011, 5 November). Kerajaan gunakan pendekatan soft landinguntuk

    gantikan PPSMI dengan dasar MBMMBI. Kosmo,hal 3.