Sem Ashur Surat

2
Tarikh: 13 Julai 2012 Pengetua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Selangor Puan PERMOHONAN UNTUK MEMBAWA ANAK PULANG BERMALAM KERANA RAWATAN KESIHATAN Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak puan, saya adalah ibu kepada pelajar bernama Nor Afifah Solehah binti Nor Hamdan, Tingkatan 2 Bakti. Saya dapati sejak seminggu ini, anak saya sering mengalami demam panas, terutama di sebelah malam. 3. Keadaan yang sama juga berlaku ketika anak saya pulang bermalam pada hujung minggu yang lepas. Saya sudah mendapatkan rawatan daripada klinik swasta berdekatan dengan rumah saya, dan mengikut doktor yang merawat anak saya, salah satu faktor adalah disebabkan virus infection pada kulit di beberapa bahagian badan yang tertentu. 4. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk membawa anak saya untuk rawatan susulan pada minggu ini disebabkan keadaan beliau yang sering demam disebelah malam. 5. Saya amat berharap agar pihak puan dapat memberi pertimbangan serta kebenaran untuk pulang bermalam bagi membolehkan saya mendapatkan rawatan susulan berkenaan masalah kesihatan anak saya.

description

tfrrrhl

Transcript of Sem Ashur Surat

Tarikh:

13 Julai 2012Pengetua

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)

Hulu Yam Bharu,

44300 Batang Kali, Selangor

Puan

PERMOHONAN UNTUK MEMBAWA ANAK PULANG BERMALAM KERANA RAWATAN KESIHATANPerkara di atas adalah dirujuk.2.Untuk makluman pihak puan, saya adalah ibu kepada pelajar bernama Nor Afifah Solehah binti Nor Hamdan, Tingkatan 2 Bakti. Saya dapati sejak seminggu ini, anak saya sering mengalami demam panas, terutama di sebelah malam.

3.Keadaan yang sama juga berlaku ketika anak saya pulang bermalam pada hujung minggu yang lepas. Saya sudah mendapatkan rawatan daripada klinik swasta berdekatan dengan rumah saya, dan mengikut doktor yang merawat anak saya, salah satu faktor adalah disebabkan virus infection pada kulit di beberapa bahagian badan yang tertentu.4. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk membawa anak saya untuk rawatan susulan pada minggu ini disebabkan keadaan beliau yang sering demam disebelah malam.

5.Saya amat berharap agar pihak puan dapat memberi pertimbangan serta kebenaran untuk pulang bermalam bagi membolehkan saya mendapatkan rawatan susulan berkenaan masalah kesihatan anak saya.Sekian, terima kasih.

Yang benar

NADIAH BINTI ABD HAMID

No 37, Jalan Kristal 7/70A,

Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Selangor