Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

download Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

of 12

Transcript of Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    1/12

    SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

    Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang

    berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan

    sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

    Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

    Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai

    rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud

    sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini

    adalah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam

    kalangan rakyat.

    Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

    Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir daripada

    semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar budaya namun

    rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

    Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin). Dalam hal ini,

    1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing.

    Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa

    Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    2/12

    Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersama-

    sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

    Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan kejayaan negara.

    Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

    Sidang intelektual sekalian,

    Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran

    negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing

    mengenali rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi.

    Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut

    laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita

    mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.

    Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama

    tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat nasionalisme,

    negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yangdicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk

    perpaduan dan semangat nasionalisme.

    Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    3/12

    Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan

    dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang diteruskan

    dalam 1Malaysia.

    Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria dan

    Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan sengsara.

    Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar.

    Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-anak pasca merdeka

    dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan

    sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.

    Disediakan oleh,

    Puan Hajah Norliza bt Sam Zakaria

    SK. Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban.

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    4/12

    Mac 2012

    Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

    Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham

    Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah,

    lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri

    Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kridibeliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau

    diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak

    pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa

    zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah

    pun mewarnai diri Rasulullah....

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

    Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi

    dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi,seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

    Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

    Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir

    saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua

    bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja,menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh.

    Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi

    merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki

    suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa

    kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan

    yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras

    dalam wawasan 2020.

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    5/12

    Sidang saksi yang bervisi,

    Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata Remaja berintelek, penjana wawasan Negara.

    Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara.

    Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi

    acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah

    berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan

    adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset

    terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih

    menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun

    Dr. Mahathir Muhamad jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang.

    Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

    Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh

    besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah

    bin Nafi dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat

    kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh

    perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun

    usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabilakonstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah,

    sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi.

    Sidang dewan yang penuh santun,

    Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara

    maju. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatanfizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki

    kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah

    dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus

    menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan

    Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel

    yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    6/12

    dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan

    tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan

    akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh

    nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan.

    Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

    Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara, menjadi kata kunci saya yang keempat.

    Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan

    dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka,

    kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan

    islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah

    rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam menitikehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam

    mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai

    wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri

    remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.

    Hadirin yang penuh santun,

    Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan

    remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup

    remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan

    insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti Mat Rempit, Mat Gian, Samseng

    Jalanan, bosiah, bohjan, kaki lepak perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan

    memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia

    mengharumkan nama Negara.

    Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

    MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    7/12

    Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya

    Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia

    sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua duduk sama rendah,

    berdiri sama tinggi. Fikir-fikirkan...

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan

    berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik

    budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

    Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.

    Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin

    untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara

    bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada

    aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di AsiaTenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat

    berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang luas di muka

    bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam

    iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran

    keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada

    ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan

    paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.

    Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

    Di bawah lembayung kata Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh menjadi hujah saya yang pertama.

    Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad

    yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang

    melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun,

    kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan

    tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan

    pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan

    wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh,

    menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.

    Sidang hadirin yang budiman,

    Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci politik di Malaysia lambang keamanan dunia.

    Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang

    melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni

    Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya

    semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    8/12

    bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu

    mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di

    bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik

    kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.

    Sidang hadirin yang santun budi,

    Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara

    kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan.

    Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains

    dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu

    mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan

    bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar

    Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu

    kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam

    perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negarayang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap

    teguh di belakang Dr.

    Sidang hadirin yang penuh intelektual,

    Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan.

    Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan

    China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit

    jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata

    dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat

    dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain

    skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan,

    itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena

    baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan

    kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat

    sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.

    Sidang pendengar yang setia

    Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang

    ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya

    mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk

    merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah

    diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri.

    Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor

    di mata dunia.

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    9/12

    Teks Pidato : Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

    Bahasa Melayu indah nan santun,

    Mekar-megah di pentas dunia,

    Jari sepuluh kemas kususun,

    Mohon bicara nan menyusun kata.

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

    Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,

    Barisan panel penghakiman penuh berkarisma,

    Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah tonggak negara.

    Sidang hadirin yang dihormati,

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    10/12

    Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat luas pengertiannya, bahasa

    tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik semata-mata, tetapi bahasa juga citra budaya

    bangsa Malaysia dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial dalam masyarakat.

    Menurut Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa merupakan citra masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau rohsesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu

    bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu

    kebudayaan. Sebagai warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan

    sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada

    bahasanya . Pada bahasa itulah tergambar etos atau semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu

    lingkungan tanah air yang dipunyai secara bersama.

    Bicara saya yang pertama,

    Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia

    Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa Malaysia. Sesungguhnya,

    apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan

    dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu bukan lagi

    menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh

    warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat

    menyatupadukan kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu

    bahasa. Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika kaum Melayu hanya

    dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya,

    dan kaum India pula dengan bahasa Tamil nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia

    dapat direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul

    mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan

    keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1 Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkanbahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri

    kita sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - 1

    bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan wawasan 2020.

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    11/12

    Hadirin hadirat sekalian,

    Bicara saya yang kedua,

    Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

    Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk mewujudkan satu

    bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa dalam konteks pembinaan bangsa

    Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada

    bahasa kebangsaan, bukannya bahasa-bahasa asing. Walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai

    bahasa global, namun kita tidak seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa

    asing. Cuba kita teladani , Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa di benua

    Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina

    bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing . Nah , sewajarnya kita

    menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden. Justeru, akan

    tercapailah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita sebagai rakyat Malaysia

    tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri, siapa lagi?

    Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius untuk mewujudkan bangsa

    Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

    Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga

    Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia

    Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri sesuatu

    bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan

    kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untukkita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita

    sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata

    .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini?

    Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja

    yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera Sudahkah kita betul-

    betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika

  • 5/25/2018 Semangat 1malaysia Teras Kejayaan

    12/12

    tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam

    bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya selera.

    Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa Melayu dengan betul

    daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan

    nilai bahasa asing secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mestiterus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi

    bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.

    Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa kita sebagai satu

    bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar

    daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa

    kebangsaan kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita sebagaibangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.

    Akhir kata;

    Yang kurik itu kendi,

    Yang merah itu saga,

    Yang baik itu budi,

    Yang indah itu bahasa

    Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah matullahiwabarakatu.