Semangat Kejiranan (Angela Pau)

download Semangat Kejiranan (Angela Pau)

of 3

description

Semangat kejiranan

Transcript of Semangat Kejiranan (Angela Pau)

Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulis sepucuk surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.Mengikut Kamus Dewan, jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga. Manakala, semangat kejiranan pula merujuk kepada tahap keakraban dalam hubungan sesama jiran. Macapada ini, semangat kejiranan amat jelas kelihatan dalam masyarakat luar bandar bagai aur dengan tebing jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Hal ini disebabkan pihak kerajaan sangat menekankan pembinaan semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana semangat kejiranan amat membantu kerajaan menyemai perpaduan dalam halakah anak watan yang berbilang kaum. Perpaduan yang terjalin juga membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni dan sejahtera. Sedawarsa ini, apabila rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai, maka mudahlah pihak karajaan merancang program yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya dapat memajukan negara. Sebenarnya, banyak kemaslahatan yang boleh diperoleh jika kita mengamalkan semangat kejiranan.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengamalan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat boleh mencegah berlakunya gejala negatif di tempat tinggal kita. Sebagai jiran yang baik, mereka nescaya akan mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak melaukukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraan jiran. Menurut At-Tamri, Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik, kata-kata hikmat ini memberitahu kita bahawa betapanya penting ibu bapa mengajar anak tentang ketentraman kehidupan. Antara kelakuan negative tersebut ialah memasang radio dengan suara yang kuat, bermain mercun api pada musim perayaan, membakar sampah dan berlumba haram. Tambahan pula, jiran juga perlu menasihati anak mereka agar tidak berlumba motor, terutamanya dalam kawasan tempat tinggal. Hal ini demikian disebabkan aktiviti berlumba boleh membawa kemalangan jalan raya yang boleh menyusahkan jiran dan juga menganggu ketenteraman jiran.

Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Contohnya, jika ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran nescaya akan menghubungi kita melalui telefon. Jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian, dan lain-lain lagi. Selain itu, jika kita pulang ke kampong atau menziarahi rumah saudara-mara, jiran turut akan membantu menjaga rumah kita. Oleh yang demikian, kita harus saling membantu sebagai jiran dan segeralah menghulurkan tangan dengan memantu mengangkat barang masuk ke rumah mereka.Satu lagi kepentingan yang tidak kurang pentingnya ialah kita akan mudah mendapat bantuan apabila menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum, kita tidak mengetahui bahawa masa sesuatu kemalangan yang akan berlaku kerana malang tidak berbau. Antara perkara luar duga yang boleh terjadi ialah kebakaran, kemalangan, kecurian, kematian, dan lain-lain lagi. Misalnya ,jika kita menghadapi sesuatu kecemasan seperti kebakaran rumah, jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Hal ini demikian kerana jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian,dan sebagainya. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan piak-pihak berwajib atau sanak saudara.Selain itu, pihak kerajaan boleh melaksanakan program-program yang melibatkan semuakaum di setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Hal ini demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian program sepertiRumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengannilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat kata pepatah,serumpun bagai serai, seikat bagai sirih, sedencing bagai besi. Hal ini dikuatkan lagi dengankajian dari Universiti Sains Malaysia, menunjukkan keberhasilan penganjuran program RumahTerbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buahkawasan perumahan di sekitar negara. Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.Di samping itu, pihak media turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangatkejiranan. Sarwajagat mengetahui, media merangkumi media cetak dan media elektronik.Sehubungan dengan itu, pelbagai kaedah boleh diusahakan bagi menyuburkan semangat kejiranan. Media cetak misalnya boleh memaparkan artikel-artikel mengenai kepentingan semangat kejiranan manakala media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan yang menarik dan menekankan peri pentingnya semangat kejiranan. Usaha Majalah 3 yang menyiarkan Colours of Malaysian, sebuah dokumentari mengenai semangat kejiranan dan perpaduan di Malaysia wajar disokong. Justeru, semangat hati gajah sama dilapah, hatikuman sama dicecah. ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.Seterusnya, persatuan-persatuan penduduk juga perlu peka akan masalah ini. Bagi memupuk semangat kejiranan semula, persatuan ini seperti Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program bersesuaian demi kemaslahatan penduduk. Sebagai contoh,kegiatan rewang dan Hari Keluarga dapat dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturahimantara penduduk. Sepakat membawa berkat, begitulah kata-kata filsuf silam. Malahan,menurut laporan majalah The Times di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan diMalaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Pengiktirafan sebegini menunjukkan bahawa perpaduan yang dijana melalui aktiviti kemasyarakatan sememangnya merupakan jalan yangterbaik bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.Walhasilnya, semangat kejiranan mendatangkan seribu satu maslahat kepada diri sendiri, penduduk setempat dan masyarakat. Dalam era globalisasi ini, sikap nafsi dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah melayu bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk-pucuk masing-masing. Ada juga pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.