Semantik

16
MASLAN BINTI SALLEH Pengenalan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini , penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. 2. Definisi Semantik Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti . Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang . Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-

Transcript of Semantik

Page 1: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Pengenalan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.

Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan

menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang

dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna

atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini,

menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan

sempurna jika tidak ada unsur makna.

Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini

menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia

rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini , penutur

sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan

menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk

memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang

membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung

menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan

makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

2. Definisi Semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara

ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan

dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari

pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari

aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan

makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang

bererti “tanda” dan “lambang”. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan

sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang

menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.

Page 2: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam

bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood

Musanif).

Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.

Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang

makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia

(O’Grady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)

Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah

bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 – semantik dapat ditakrifkan

sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain

perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.

Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistik

yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau

wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai

maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran oenutur

mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada

pendengar.

Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II –mendefinisikan semantik ialah

kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk

logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya.

Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah

bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan

penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

Sebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik

yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu

bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan

Page 3: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan

makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Konsep dan Makna

Sebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya tetapi

juga makna perkataan yang terbentuk. Pengetahuan kita tentang makna

membolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami ayat-ayat

yang kita dengar atau yang kita baca.

Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga

komponen iaitu:-

i. Komponen kata. Komponen kata merujuk kepada aspek dalam bentuk

bunyi atau tulisan.

ii. Komponen makna . Komponen makna ialah dalam bentuk aspek

tergambar dalam fikiran manusia.

iii. Komponen rujukan. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat

dilihat.

Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata

dengan benda yang dirujuk ( rujukan), iaitu kata yang diertikan dan kata yang

dimengertikan. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure

dan pendapat Ogden dan Richards dalam buku Bahasa Malaysia kertas 1.

Menurut Ferdinand de Saussure, (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1)

setiap kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur ,iaitu “yang diertikan” dan “

yang mengertikan”. “Yang diertikan” bermaksud konsep atau makna yang didukung

oleh kata” manakala “yang mengertikan” ialah “kata yang terbentuk daripada fonem-

fonem bahasa berkenaan”.

Ferdinand de Saussure, berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antara

kata ( dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut beliau,

apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata. Secara psikologi dia menggambarkan

benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Contohnya apabila

seseorang itu menyebut kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan

terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu.

Page 4: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Ogden dan Richard (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1 ) pula

menunjukkan hubungan antara kata, konsep dan benda yang dirujuk (rujukan)

nelalui segi tiga semantik seperti yang berikut:

Dalam rajah 1 di atas, kata atau leksem kucing melambangkan konsep makna

“sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus”. Konsep atau makna kucing yang

bersifat umum ini mempunyai rujukan haiwan kucing sebenarnya secara khusus di

dunia nyata. Hal ini ditunjukkan oleh garis merah yang menghubungkan kata

dengan rujukan.

Selain itu, hubungan antara kata dengan makna serta benda yang dirujuk bersifat

arbitari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta benda

yang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi

[haus] membawa makna yang berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penutur

bahasa inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata yang berbunyi [haus] bermakna

“dahaga” atau “berkurangan tebalnya” sedangkan [haus] bagi penutur bahasa

Inggeris bermaksud”rumah”.

Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung. Begitu juga hubungan

antara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya hubungan antara kata dengan

benda yang dirujuk bersifat tidak lansung.

Konsep/Makna( referens)

Kata/leksem

kucing

Rujukan /referen

Benda yang dirujuk

Rajah 1

Page 5: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Jenis-jenis makna

Makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:-

i. Makna denotatif/ tersurat

ii. Makna konotatif/tersirat

iii. Makna afektif

iv. Makna emotif

v. Makna luas

vi. Makna sempit

vii. Makna gaya

viii. Makna tekanan

i.Makna denotatif/ tersurat

Makna denotatif ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau makna

kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau

pemerhatian alat indera atau makna yang nyata.

Contoh ayat-

- Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.

Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air,

tetapi boleh juga naik ke darat.

ii.Makna Konotatif

Makna konotatif ialah makna tersirat . Lebih mengutamakan nilai komunikatif

( rujukan penutur berdasarkan konteks.

Contoh ayat:-

- Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.

Buaya alam ayat tersebut ialah seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu

perempuan.

iii. Makna Efektif

Page 6: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Makna afektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca

terhadap penggunaan kata atau kebalikan daripada apa yang disebutkan.

Contoh:-

Perkataan teratak, pondok, rumah yang sepertinya dalam makna afektif ialah orang

yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

iv.Makna emotif

Makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.

Contohnya perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kajol adalah

makna emotif. Kesemua contoh di atas mendukun erti mati. Penggunaan perkataan

yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza.

v. Makna luas

Makna luas ialah makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luas

dari makna sebenar.

Contoh

Universiti ialah institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu

dan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor,

bilik kuliah, pensyarah dan mahasiswa.

vi. Makna Sempit

Makna sempit ialah makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.

Contoh:-

- Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi.

- Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Aliah yang lain,

hanya pada bahagian siku sahaja.

vii.Makna Gaya

Makna gaya ialah perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang

pengarang dalam karyanya.

Page 7: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Contoh:-

Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar

menggunakan dialek kedah dalam penulisannya.

viii. Makna Tekanan

Makna tekanan

Fitur makna

Satu lagi cara untuk memperlihatkan elemen semantik adalah dengan menganalisa

fitur atau ciri-ciri semantik. Kaedah lazim digunakan bagi melihat kehadiran atau

ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Fitur atau ciri semantik

merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai

ciri-ciri tersendiri.

Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna

perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih

dan ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain.

Walaupun ada dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita

menentukan makna semua fitur yang perlu bagi menentukan makna sesuatu

perkataan itu, tetapi memang para pengkaji makna dapat menyakan makna fitur-fitur

yang dikaji setakat ini.

Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda

tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda +

membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis

maknanya, dan sebaliknya tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai

fitur tersebut. Contohnya kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi

benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa, dan bagi benda seperti batu

kita berikan fitur – bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan semua fitur tersebut

bagi menentukan makna sesuatu perkataan.

Satu kaedah mudah bagi melihat fitur-fitur makna tersebut ialah dengan mengambil

satu peranggu perkataan yang berkaitan. Contohnya adalah seperti berikut:

Page 8: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Lelaki teruna

Perempuan dara

Dalam peranggu perkataan di atas, kita dapat menggunakan fitur semantik berikut,

manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai +

manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan – dewasa.

Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian

perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan

[+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara

[+manusia, -jantan,-dewasa].

Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan

fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[-

manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,-

jantan,-dewasa].

Melalui kaedah ini kita membahagikan makna binatang itu kepada fitur-fitur atau

komponen maknya. Dari sinilah timbulnya istilah analisis komponen. Lihat jadual

dibawah .

Makhluk

Bernyawa Tidak bernyawa

Manusia Binatang

Lelaki Perempuan Jantan Betina

dewasa Anak dewasa Anak Dewasa Anak Dewasa Anak

Page 9: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

Jadual 1

Dalam komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lari. Kita boleh menggunakan

fitur-fitur seperti transitif, objek, dan pelaku. Contohnya, pukul itu transitif, mempunyai

pelaku, menerima objek dan ada gerak. Kata kerja duduk pula adalah tak transitif,

ada pelaku, tidak menerima objek dan tidak bergerak. Kata kerja lari pula tak transitif,

ada pelaku, tidak menerima objek dan ada gerak. Semua fitur-fitue ini diberi tanda +

dan - bagi menunjukkan ada atau tidak ada sesuatu fitur itu dalam mana-mana

perkataan. Ada konteksnya apabila menyatakan fitur-fitur ini ada fitur yang bertindih.

Contohnya fitur transitif tidak perlu disebut apabila fitur berobjek dinyatakan, sebab

kedua-duanya bermaksud sama.

Oleh kerana kita dapat membuat analisis fitur semantik kepada perkataa- perkataan

maka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Sebagai

kesimpulannya, adanya fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan

yang dihasilkan melalui tatabahasa generatif dapat dijana.

Makna Leksikal

Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata

merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang

ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.

Secara umumnya , perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepada

sesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata juga menggambarkan sesuatu konsep

yang bergantung pada pemilihan kata dan semantik lesikal yang digunakan.

Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu

makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus

menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Selain itu kita

juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi

bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan

Page 10: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

kita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaran

yang kita dengar.

Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki

makna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+,

ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan

memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut

digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.

Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa

unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi

sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang

membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap

perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu

makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk

membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan

makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai

tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa

apa-apa makna.

Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan

kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan

yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat.

Dalam kita berbahasa, adakalnya kita tidak menyebut atau menulis beberapa

perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna

yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita

ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan.

Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis

memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun

Page 11: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna

ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut.

Makna Konotatif ( Tersirat)

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis

atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu

kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna

ini lebih mengutamakan nilai komunikatif.

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun

negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat

perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan

perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua

perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai

nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.

Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah membawa

maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh

pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik

atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks

pengguna.

Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan

peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya

satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain,

makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa

itu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah kenasi”, dan “harapkan pagar,

pagar makan padi”.

Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan

kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal

tetapi secara kiasan. Contohnya,

(1) Puteri lilin

(2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak

Page 12: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

(3) Ibarat mencurah air kedaun keladi

(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung

Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna “puteri yang diperbuat daripada lilin”,

tetapi ayat ini membawa maksud “ seorang yang tidak boleh tahan dengan panas “.

Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama

jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk

kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin

menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan

seorang yang lain.

Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati

seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan

seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam

sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti

Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang

tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia.

Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini

tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni

visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen

tidak sama seperti produk yang diilustrasikan.

Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa

dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan

berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau

memberikan pendapat.

Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan kata-

kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara

meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk

menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu

kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang

dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi

dan

Page 13: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus

Dewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.

Makna Tersurat (DENOTATIF)

Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau

makna yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Makna

denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan

pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman

lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan

penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut ‘makna

sebenar’ , ‘makna asal’ , ‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’.

Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul

kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan

ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa

Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut;

(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.

(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.

(3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik

(4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti.

(5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.

(6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan.

Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung

dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , “ mereka-mereka” dalam ayat (1)

merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di

mana ianya tidak diperlukan.

Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu

kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara

itu dalam ayat (3) , perkataan “merasa” membawa makna ‘mengalami sesuatu

menggunakan indera’ dan bukannya ‘ mengalami sesuatu dengan hati’.

Perkataan “berdukun” pada ayat (5) maknanya agak kabur kerana berdukun boleh

Page 14: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

membawa dua makna, iaitu ‘orang yang berubat’ atau orang yang mengubati orang

lain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi “ Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan

kepada saya” atau “ Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan”, kerana dalam ayat

ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.

Selain itu kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasa

Melayu namun jika penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruan

makna. Perhatikan contoh yang berikut:-

(7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.

Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa saya

memhu membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahu

membeli ekor kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:-

(8) Kakak baharu sahaja membeli enam ekor ketam.

Persoalan yang timbul di sini adakah penjodoh bilangan bagi ketam ialah ekor.Jika

penjodoh bilangannya ekor, benarkah ketam mempunyai ekor?. Ini bermakna, jika

sesuatu kata nama tersebut tidak ada penjodoh bilangannya maka penjodoh

bilangan tersebut tidak seharusnya dinyatakan.

Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi

dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Perhatikan contoh yang berikut:-

(1) Adik ke kedai Pak Ali.

Ayat di atas tidak menghadirkan sebarang kata kerja tetapi si penerima ( pendengar

atau pembaca) memahami perbuatan adik ialah pergi. Perhatikan lagi contoh

dibawah:-

(2) Siti di rumah Mak Cik Bibah.

Dalam ayat (2) juga tidak dihadirkan kata kerja, namunm si penerima ( pendengar

atau pembaca) memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Kata

sendi nama ke memberi maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi

Page 15: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

nama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Dengan

demikian, struktur dalam bagi ayat (1) ialah contoh ayat (3) dan struktur dalam bagi

ayat (2) ialah contoh (4).

(3) Adik pergi ke kedai Pak Ali.

(4) Siti ada / berada di rumah mak Cik Bibah.

Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayu

kata sendi memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat.

Perubahan Makna

Pada tempoh tertentu, makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi setelah

beberapa lama makna perkataan boleh berubah. Bahasa sebagai sesuatu yang

dinamik, sentiasa berubah dan fenomena perubahan ini melibatkan makna

perkataan. Umumnya, makna perkataan menjadi luas atau lebih sempit .

Perubahan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti pertemuan idea,

kemajuan Sains dan Teknologi, pengaruh bahasa-bahasa lain dan juga

pertembungan budaya.

Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan telah mengalami perubahan. Di samping

itu, pemindahan(anjakan) makna juga berlaku seperti yang berlaku bagi makna

perkataan dalam peribahasa. Perkataan mungkin mengalami perubahan makna

melalui perkembangan makna, penyempitan makna atau anjakan makna.

Perkembangan Makna

Perkembangan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna

tertentu memiliki makna-makna yang lain.Contoh perkataaan:

Perkataan Makna lesikal Dahulu Cakupan Makna sekarang

1.Pelayaran Mengelilingi lautan dengan

perahu layar.

Mengelilingi lautan dengan

kapal bermesin.

2.Saudara Orang yang sama ayah dan

sama ibu

1.Orang yang ada hubungan

kekeluargaan.

2.Orang yang sama-sama

Page 16: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH

beragama Islam.

3.Orang yang baru dikenali,

kakitangan bawahan atau

setaraf dengan penutur .

4. Rujukan kepada hadirin

dalam sesuatu majlis untuk

menimbulkan rasa kemesraan.

Ibu Wanita( ibu kandung) Wanita yang bertaraf lebih

tinggi .

Putera dan

Puteri

Anak raja-raja Anak lelaki dan anak

perempuan.

Rawat Menjaga dan merawat orang

sakit.

merawat sisa kumbahan, pokok

(nurseri).

Tangan salah satu anggota badan ‘menguruskan’, mengendalikan’

sesuatu perkara

Taman kebun bunga’ ‘kawasan perumahan’, kawasan

perindustrian’ dan ‘kawasan

alam semula jadi seperti Taman

Kinabalu’

datuk bapa ayah atau ibu seseorang gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka.

orang gaji pembantu rumah, pelayan pejabat

Penyempitan makna

Page 17: Semantik

MASLAN BINTI SALLEH