Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

40
57 TAHUN MERDEKA, MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Semarak Merdeka

description

“Maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ibni ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu hari bulan Ogos seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya negeri-negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wataala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa”.

Transcript of Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Page 1: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

57 TAHUN MERDEKA, MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Semarak Merdeka31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka

Pencipta lagu: Ahmad Chass Barra

Di Sini LahirnyaSebuah Cinta

Cinta….. Cinta kepada nusaKini dan selamanyaTak berbelah bagi

Cinta bergemaSejarah kebangkitanSemangat bagai pahlawanAlangkah oh bertuahnya

KitaPunya rasa yang dalamPada pertiwi iniKita terus berganding ke mercu

Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCinta yang semarakkan Penyatuan kita semua

Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCurahkan sepenuhnyaJasa dan budi kita

Segala CabaranKita terus tempuhiJangan ada yang lekaTetap berjuang

Ayuhlah berbaktiHingga akhirnya

Lagu: Sharon PaulLirik: Fedtri YahyaArtis: Bob

Page 2: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 2 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

PEMASYHURANKEMERDEKAAN

“Maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

ibni ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan

dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga

puluh satu hari bulan Ogos seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya negeri-negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wataala akan kekal

menjadi sebuah negara demokrasi yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan

sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan

di antara segala bangsa”.

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ini jelas menunjukkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia)

menjadi tanah yang berdaulat di bawah sistem Raja Berperlembagaan berdasarkan cara demokrasi dan

berparlimen bermula 31 Ogos 1957.

Page 3: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 3 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Stadium Merdeka menjadi saksi kepada 7 laungan keramat ‘MERDEKA!’ daripada Bapa Kemerdekaan,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA!

Page 4: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 4 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

KRONOLOGI RINGKAS

MENGENAIKEMERDEKAAN

DAN PENUBUHAN

MALAYSIA

1945Kesatuan Malaya ditubuhkan

oleh kerajaan Imperialis Inggeris yang kononnya bertujuan

membawa Malaya ke arah pembentukan kemerdekaan.

Namun, majoriti rakyat tempatan membuat bantahan

kerana ia menyebabkan pembatalan semua kuasa politik

Sultan di sembilan negeri.

1947Konsep Kesatuan Malaya

ditukar kepada pembentukan sebuah Persekutuan Tanah

Melayu.

1948Malaya diisytiharkan darurat

akibat pemberontakan komunis.

1949Pihak Inggeris mendapatiorang-orang Melayu tidak

mempunyai masalah untuk mewujudkan sebuah negarayang berbilang kaum selepas pilihan raya pertama Malaya dimenangi Parti Perikatan

yang terdiri daripada UMNO (Melayu), MCA (Cina)

dan MIC (India).

1955-1956Tunku Abdul Rahman mengetuai

sekumpulan pemimpin Parti Perikatan ke London untuk berunding mengenai

kemerdekaan Malaya. Ketetapan dipersetujui pada Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi

akan diberikan.

Page 5: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 5 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

1957Kemerdekaan dan

pembentukan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman dengan

bangganya melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh

kali sebagai Perdana Menteri yang pertama.

1960Darurat dimansuhkan untuk

pertama kalinya kerana aktiviti pemberontakan komunis yang

semakin lemah.

1962Perundingan diteruskan

untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah,

Sarawak dan Brunei di antara pemimpin tempatan

dan Inggeris. Pemimpin pembangkang Brunei membantah usaha ini

sehingga mengakibatkan Brunei tidak menyertai

Malaya. Sementara Sabah dan Sarawak bersetuju untuk

menyertai Malaya tetapi mendapat bantahan daripada pihak Filipina dan Indonesia. Filipina mendakwa mereka

berkuasa ke atas Sabah dan Sarawak sementara Indonesia

ingin membentuk sebuah negara Melayu yang luas yang

meliputi Malaya. Sebuah kajian dijalankan

lebih mendalam mengenai Sabah dan Sarawak menerusi Pesuruhjaya Reid dan Cobbold

di mana akhirnya Sabahdan Sarawak menyertai

Malaya.

1963Malaysia dibentuk pada

16 September 1963 yang terdiri daripada sebelas negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

1965Akibat salah faham dan tiada persefahaman di

antara pemimpin kerajaan pusat dan pihak berkuasa

Singapura, Singapura meninggalkan Persekutuan

Malaysia pada 6 Ogos 1965 dan

membentuk sebuah negara yang berasingan.

Page 6: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 6 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

KENALI BAPA KEMERDEKAANSetiap kali membicarakan mengenai kemerdekaan, pastinya satu nama akan sentiasa turut dibicarakan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan pastinya akan sentiasa sinonim dengan peristiwa bersejarah ini.

Usaha dan pengorbanannya dalam membuka jalan bagi Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan pastinya tidak harus dilupakan. Kemerdekaan yang diimpikan oleh seluruh warga Tanah Melayu akhirnya tercapai tanpa setitik darah yang mengalir dengan kebijaksanaan rundingan oleh Tunku Abdul Rahman.

Biodata

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Tarikh lahir : 8 Februari 1903 Tempat lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah.Pendidikan : 1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar 1916 – Penang Free School, Pulau Pinang 1925 – Lulus B.A. dari University Cambridge 1945 – Lulus LLB dari Inner Temple, LondonKerjaya : 1946 – Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai Pegawai Daerah (D.O) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. 1951 – Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 – Dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama. 1970 – Bersara dari dunia politik.Kemangkatan : Tunku mangkat pada 6 Disember 1990 dan disemadikan di Makam Diraja Langgar.

Page 7: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 7 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Pengorbanan Tunku Abdul Rahman dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu tanpa setitik darah yang

mengalir harus terus diperjuangkan.

Page 8: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 8 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajBapa Kemerdekaan1957-1970

Tun Hussein Dato’ OnnBapa Perpaduan1976 -1981

PERJUANGAN YANGTAK PERNAH PUDAR

Perjuangan mereka haruslah terus dikekalkan. Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka dalam memaju dan meningkatkan kemakmuran negara ini.

Tun Abdul Razak Haji Dato’ HusseinBapa Pembangunan1970 -1976

Page 9: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 9 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Tun Dr. Mahathir MohamadBapa Pemodenan1981- 2003

Tun Abdullah Ahmad BadawiBapa Pembangunan Modal Insan2003 - 2009

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakBapa Transformasi2009 - kini

Page 10: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 10 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

JALUR GEMILANG KEBANGGAAN KITA!Jalur Gemilang adalah lambang negara kita yang akan kita bawa dalam jiwa kita. Berbanggalah dengannya kerana ia menjadi bukti bahawa kita menjadi rakyat pada sebuah negarayang bernama Malaysia. Tidak kira di mana punkita berada, lambang Jalur Gemilangharuslah sentiasa disemaidi dalam diri kita.

Page 11: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 11 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Berbanggalah kita wahai anak Malaysia... Bawalah Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan kibarlah Jalur Gemilang kerana kita adalah anak Malaysia.

Page 12: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 12 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

MAJLIS PELANCARAN KIBARKANJALUR GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAANTAHUN 2013Tarikh : 16 Ogos 2013Tempat : Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Page 13: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 13 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 14: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 14 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

PERPADUAN TANPA TITIK SEMPADAN

Page 15: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 15 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Raptai sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56.

Page 16: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 16 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-56Tarikh : 31 Ogos 2013Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Page 17: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 17 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Seramai 20 orang ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Ops Daulat di Lahad Datu turut diberi penghormatan semasa acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56

Page 18: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 18 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

RAGAM PENGUNJUNG, PEMERIAH SUASANASambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56 disambut dengan meriah oleh segenap lapisan masyarakat. Para pelancong juga tidak terkecuali untuk meraikan hari yang bersejarah bagi negara ini.

Page 19: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 19 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Malah, ada yang hadir dengan memakai pakaian yang unik dan tampil dengan gaya yang kreatif.

Masing-masing tidak mahu terkecuali memeriahkan sambutan yang penuh warna-warni ini di samping merasai sendiri semangat patriotik ketika beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan kita semua.

Page 20: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 20 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Kanak-kanak ibarat kain putih. Maka, bimbing dan didiklah mereka dengan menerapkan semangat cintakan negara kerana mereka adalah generasi yang bakal menyambung tampuk pemerintahan negara ini pada masa hadapan.

Page 21: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 21 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 22: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 22 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Page 23: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 23 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 24: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 24 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

SAMBUTAN PERAYAANHARI MALAYSIA KE-50, SABAHTarikh : 16 September 2013Tempat : Taman Philip, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

“Kita berikrar kepada rakyat Sabah yang merupakan sebahagian Malaysia

untuk terus mempertahanankan kemerdekaan Sabah agar setiap

inci bumi bertuah ini akan mencapai kemajuan itu”

Page 25: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 25 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Rakyat Sabah meraikan Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-50 yang bertemakan ‘Perayaan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia’. Seramai 1,500 peserta hadir memeriahkan sambutan tersebut dengan pelbagai persembahan dan pertunjukanyang berwarna-warni.

Page 26: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 26 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

SAMBUTAN PERAYAAN HARI MALAYSIA KE-50, SARAWAKTarikh : 16 September 2013Tempat : Padang Merdeka, Kuching, Sarawak.

Page 27: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 27 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 28: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 28 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Pertandingan Foto Merdeka ke-56 diadakan bermula 1 Ogos 2014 dengan cara memuat naik foto-foto yang berkait rapat dengan kemerdekaan ke-56 bertemakan “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”. Para pemenang telah ditentukan melalui jumlah Likes dan Share yang tertinggi di dalam Facebook. Ia diadili oleh juri awam sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi ditentukan oleh juri profesional.

SEMARAKKAN JIWA MERDEKA: PERTANDINGAN FOTO MERDEKA KE-56

Tempat pertamaMOHD NAZRI SULAIMAN(Lahad Datu, Sabah)

Tema : Merdeka di Bumi Tumpahnya Darahku dan Darah PerwirakuHadiah : Wang tunai RM5,000 dan sijil

Page 29: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 29 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Tempat keduaRUZELY ABDULLAH(Kota Bharu, Kelantan)

Hadiah: Wang tunai RM3,000 dan sijil

Tempat ketigaNUR DALILA SALEHHUDDINHadiah: Wang tunai RM1,000 dan sijil

Sagu hatiANIS FARISSA JAZLANOOI BAN LEELOW YONG SENGTUTY TUTTIESKUMARAN A/L RAJANDRAN(masing-masing menerima wang tunai RM500)

Page 30: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 30 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

PEJUANG NEGARA TAK PERNAH GENTAR

Page 31: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 31 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 32: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 32 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

ERTIMERDEKAKita bukan lagi bangsa terjajahmusuh durjana sudah ternyah.

Erti merdekamaruah kita tertebus sudahbukan lagi bangsa hinaboleh dipermudah.

Erti merdekabeban terpikul di bahupara pemimpin negaramengisi segala kekosongan yang adamajukan negarasenangkan rakyat semuajangan seperti sebelum merdekatentu tiada maknaerti merdeka.

AMRIL SHAHKEMUDI, Shah Alam1 Mei, 2007

Page 33: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 33 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 34: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 34 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

WARISAN NEGARA, PEMBELA BANGSA

Page 35: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 35 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 36: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 36 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

57 TAHUN KEMERDEKAAN, 51 TAHUN PENUBUHAN MALAYSIA31 Ogos 2014, genaplah sambutan kemerdekaan yang ke-57 bagi seluruh warga Semenanjung Malaysia. Penubuhan Malaysia yang menginjak usia 51 tahun juga tidak harus dilupakan kerana inilah peristiwa penting tertubuhnya tiga wilayah iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk menjadi satu negara yang diberi nama Malaysia.

Pelbagai kaum dan etnik digabungkan di bawah satu negara yang sama.

Meskipun hidup berlatar belakangkan budaya dan agama yang berbeza, namun semua mampu hidup sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

Namun begitu, kita tidak harus alpa dengan kemewahan yang kita perolehi pada hari ini. Kita tidak boleh membiarkan diri kita hanyut dibawa arus kemodenan. Sekali sekala, pandanglah ke belakang. Lihatlah pengorbanan para pejuang dan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu mengerah keringat dalam memperjuangkan untuk memerdekakan negara ini daripada cengkaman penjajah. Ia akan mengajar kita untuk belajar mensyukuri dengan nikmat yang dikecapi kini.

Page 37: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 37 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Tema bagi Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-57 tahun 2014.

Page 38: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 38 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Page 39: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

[ 39 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia

Page 40: Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

57 TAHUN MERDEKA, MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Semarak Merdeka31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka

Pencipta lagu: Ahmad Chass Barra

Di Sini LahirnyaSebuah Cinta

Cinta….. Cinta kepada nusaKini dan selamanyaTak berbelah bagi

Cinta bergemaSejarah kebangkitanSemangat bagai pahlawanAlangkah oh bertuahnya

KitaPunya rasa yang dalamPada pertiwi iniKita terus berganding ke mercu

Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCinta yang semarakkan Penyatuan kita semua

Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCurahkan sepenuhnyaJasa dan budi kita

Segala CabaranKita terus tempuhiJangan ada yang lekaTetap berjuang

Ayuhlah berbaktiHingga akhirnya

Lagu: Sharon PaulLirik: Fedtri YahyaArtis: Bob