Semarak Ramadhan Langit Ilahi

download Semarak Ramadhan Langit Ilahi

of 63

Transcript of Semarak Ramadhan Langit Ilahi

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    1/63

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    2/63

    lhamdulillah. Segala puji itu kita panjatkan kepada Allah SWT, selawat

    dan salam itu kita utuskan ke atas Rasulullah SAW, dan tidak lupa

    kepada sahabat-sahabat yang berjuang di sisi baginda mengangkatagama Allah SWT, juga mereka yang mengikuti mereka dari masa ke

    semasa hingga ke hari kiamat.

    Alhamdulillah. Akhirnya terealisasi juga hajat saya ingin membuat buku

    ringkas dalam bentuk ebook, berformat PDF ini, yang mengumpulkan sekitar 10

    artikel ringkas berkenaan Ramadhan. Ya, Ramadhan. Sebab saya fikir, adalahbaik sekiranya artikel-artikel yang pernah saya tulis berkenaan Ramadhan selama

    ini dibukukan. Hajatnya sebenarnya ingin membuat buku yang lebih tebal, dan

    diterbitkan di alam realiti. Namun, saya dikekang masa, dapat berbuat yang ini

    sahaja sudah saya rasa gembira. Tambahan, buku Semarak Ramadhan Langit

    Ilahi ini PERCUMA. Kalau terbit di alam realiti, pembaca perlu bayar pula. ^^

    Buku ini, bukanlah buku menerangkan fadhilat-fadhilat Ramadhan. Jauh

    sekali buku untuk membahaskan permasalahan fiqh di dalam Ramadhan. Tidak

    dan tidak. Buku ini lebih berbentuk Chicken Soup for The Soul sahaja.

    Membincangkan perihal mentaliti kita terhadap Ramadhan, dan berharap agar

    buku ini mampu membuatkan kita memandang Ramadhan dari satu dimensi baru.

    Ramadhan sering dianggap sebagai adat oleh masyarakat kita. Ramadhan

    sering dilayan sebagai second class yang mana Syawal adalah yang mendapatlayanan first classnya. Ramadhan sering dilayan sebagai tempat melambak

    amalan soleh, dan amalan soleh itu tidak pula berterusan pada 11 bulan

    selepasnya. Ramadhan sering sahaja dilihat memenatkan, menyusahkan, danmeletihkan, dari dilihat sebagai tempat perubahan diri dan peningkatan jiwa. Ada

    pula yang melayan Ramadhan sebagai Tuhan, dan akhirnya di bulan lain tidak

    pula giat beribadah sebagaimana di dalam Ramadhan.

    A

    MUKADDIMAH:Semarak Ramadhan Langit Ilahi

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    3/63

    Maka dengan buku ringkas ini, saya berhajat mengubah persepsi itu.

    Ramadhan adalah medan perubahan. Ramadhan adalah tanda cinta Tuhan.

    Ramadhan adalah teduhan di dalam kehidupan. Ramadhan adalah kem untuk

    melakukan peningkatan. Ramadhan adalah madrasah tarbiyah. Ramadhan adalah

    untuk kita, hamba-hamba Allah SWT mendapatkan bekalan.

    Saya berhajat agar Ramadhan benar-benar menjadi satu tempat untuk melakukan

    perubahan. Baik buat diri saya, mahupun buat diri masyarakat. Agar Ramadhan

    tidak lagi dilayan dengan sambil lewa. Dan agar nanti, bila masyarakat masuk ke

    dalam Ramadhan, masyarakat keluar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

    Itu harapan saya.

    Maka saya persembahkan buku yang ringkas ini. Buat tatapan semua. Buat

    jiwa saya dan jiwa kita. Agar kita benar-benar mampu menjadi hambaNya.

    Ayuh, Mari Menjadi Hamba!

    Semarak Ramadhan Langit Ilahi. Ini buku kita.

    ~ seorang hamba

    Hilal Asyraf

    0159,

    050811,5 Ramadhan 1432

    Irbid, Jordan

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    4/63

    Bab 1:Seorang Pendosa yangmemasuki Ramadhan.

    Oh pendosa itu tidak sedarBetapa Tuhan masih cintakan dia

    Diberikan Ramadhan bulan keampunanTetapi dia masih tidak menyedarinya

    Apakah yang lebih diharapkan seorang pendosaSelain keampunan Tuhan kepadanya?Maka pendosa manakah yang bersyukur,

    Dan berlumba keluar menggapai keredhaanNya?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    5/63

    Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah

    diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri

    ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas danmenitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran

    bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

    Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan

    kepadanya.

    Apakah perasaan?

    Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya,

    diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-

    amat mulia ini.

    Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:

    Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.

    Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih mahu pendosa ini

    memasuki syurgaNya.

    Ramadhan yang mahal buat pendosa.

    Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya

    orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa

    mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

    Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran.

    Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah

    lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

    Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah

    bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepadasembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antarakeduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apaantara keduanya... Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    6/63

    Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.Wbersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa

    dosanya yang telah lalu. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, AbuDaud, Nasaie,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

    Mengapa peluang keampunan itu mahal?

    Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

    Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan

    dosa-dosanya?

    Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

    Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan

    peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH

    MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembangdengan perkara ini?

    Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang

    kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah

    dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti SangPemberi punya rasa belas.

    Tidakkah kita rasa bertuah, dibelas kasihankan Allah SWT?Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit

    dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah

    yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya

    kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

    Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita

    yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli.

    Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat

    bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

    Apakah yang lebih besar dari perasaan Allah Masih Memandang Aku.

    Allah Masih Sayang Aku. Ini?

    Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluangRamadhan ini

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    7/63

    Allah masih sayangkan kita.

    Kita. Pendosa.

    Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini,

    berubahlah.

    Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.

    Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia

    akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk

    dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

    Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan

    bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikankita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang

    yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

    Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum

    Ramadhan.

    Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.

    Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

    Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur,

    dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini

    medan perubahan kita.

    Ayuh!

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    8/63

    Bab 2:

    Ramadhan adat,Ramadhan ibadat.Selama ini kita memandang Ramadhan sebagai apa?

    Adat?

    Ibadat?Rutinan tahunan yang dilaksanakan Ibu Ayah Kaum kerabat?Atau medan latihan Tuhan agar hamba memahami bahawa hidup

    medan ibadat?Salah pandang salah jalan

    Salah faham terkeluar dari objektif asalBerpuasa tidak mendapat apa-apa

    Rugi dia setahun lamanya

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    9/63

    Ramadhan. Ramadhan. Ramadhan.

    Kita melihatnya bagaimana?

    Adat atau ibadat?

    Adakah kita selama ini melalui Ramadhan sekadar untuk merasaikemanisan berhari raya, atau kita melaluinya kerana memahami bahawa

    Ramadhan adalah mekanisme untuk mempertingkatkan diri menjadi hamba

    Ilahi?

    Hakikatnya, silap melihat Ramadhan, merupakan satu perkara yangfatal kepada perjalanan diri menjadi hamba Ilahi. Hal ini kerana, Ramadhan

    disediakan, bermatlamatkan bantuan kepada manusia agar benar-benar tunduk

    kepadaNya.

    Bukan saja-saja diberikan kesusahan di dalamnya

    Sedikit sukar di dalam Ramadhan. Apabila tidak boleh makan minum suka

    hati. Ada waktunya, ada masanya. Hampir 12 jam perlu berlapar dan menjauhi

    makanan dan minuman. Tidak cukup dengan itu, diwujudkan lagi beberapa

    had seperti tidak boleh bersetubuh, tidak boleh memasukkan sesuatu ke dalam

    rongga.

    Perlu taat. Kadang-kadang diri sampai kehairanan. Takkan korek hidung

    pun batal? Apa logiknya? Bukan makan pun?

    Tambah pula apabila diri ini perlu menjaga pelbagai lagi pantang larang

    yang selama ini memang wujud di bulan lain, cuma lebih terasa di bulanRamadhan kerana hendak menjaga apa yang dinamakan sebagai pahala

    puasa. Sukar bertambah-tambah.

    Solat tarawih pula lagi. Berdiri lama. Baca panjang.

    Letih-letih. Susah. Banyak kerja.

    Mengapa? Ini adalah latihan.

    Adakah senang menjadi seorang Islam yang taat kepada Allah SWT

    24/7?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    10/63

    Maka kekuatan itu dipertingkatkan dengan latihan.

    Namun sekiranya kesusahan ini sekadar dilihat sebagai adat, maka

    kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan penat.

    Manifestasi makna ibadah sebenar

    Bukanlah puasa itu satu-satunya ibadah yang wujud di dalam Ramadhan.

    Ramadhan itu sendiri merupakan satu ibadah. Tinggal yang wajib di dalamnya

    hanyalah berpuasa. Namun di dalamnya, punya 1001 lagi perkara sunat yang

    boleh dilakukan, bahkan diganda-gandakan pahalanya.

    Memandang Ramadhan, ia hakikatnya merupakan ibadah terpanjang di

    dalam Islam. Sebulan.

    Maka jadilah sepanjang Ramadhan, 24 jam sehari tanpa henti, adalah

    ibadah. Bagaimana kita melaluinya, begitulah Allah menilainya. Ibadah

    Ramadhan berjalan sepajang bulannya. Berhenti berpuasa selepas Maghrib,diteruskan pula dengan pelbagai ibadah lain seperti membaca Al-Quran, Solat

    Tarawih, qiam dan sebagainya.

    Begitulah sebenarnya kehidupan kita di 11 bulan yang lain pun.

    Seluruh kehidupan adalah ibadah. Menjaga pantang larang yang Allahtetapkan adalah setiap masa. Berusaha menjadi hamba Allah SWT yang

    terbaik adalah sepanjang masa. Tiada rehat. Tiada henti. Tiada waktu yang kita

    bukan hambaNya.

    Ramadhan memprodus suasana agar kita terasa akan hakikat ibadahyang sebenarnya.

    24 jam 7 hari hamba Ilahi, beribadah tanpa henti.

    Itulah kebenaran hakiki yang perlu kita rasai.

    Ramadhan punya matlamat.

    Maka Ramadhan perlu kita lalui dengan serius dan bersungguh-sungguh.

    Bukan hanya kerana terpaksa dan menganggapnya satu kitaran biasa.

    Ramadhan punya matlamatnya yang jelas.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    11/63

    Membina taqwa. Taqwa akan membimbing manusia ke jalan kebenaran,menjauhi larangan Allah dan mentaati perintahNya.

    Maka ia perlu dilalui dengan penghayatan dan kefahaman yang jelas.

    Bukanlah kita melakukan amal-amal di dalam Ramadhan semata-mata

    untuk mengaut pahala. Tetapi kita perlu melihat ia sebagai satu cara untukmeningkatkan kekuatan diri dalam menjadi hamba Ilahi.

    Itulah dia matlamat Ramadhan.

    Penutup: Memecahkan Ramadhan adat, kepada Ramadhan pembina

    Ummat

    Maka perlulah kita memecahkan kefahaman atau perasaan di dalam jiwa ini

    yang memandang Ramadhan semata-mata satu adat, atau satu acara tahunan

    kitaran yang berulang-ulang.

    Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia semata. Semua perkara

    yang Allah arahkan, suruh, pasti mempunyai makna yang besar dan membawa

    1001 kebaikan kepada kita.

    Begitulah Ramadhan. Tidak akan wujud perintah agar dijalankanRamadhan itu sebulan, sekiranya Ramadhan itu sekadar adat semata. Makakita perlu fokus dan serius. Memperbaharui semula niat.

    Memahami semula akan matlamat. Lantas memperbaharui semangat

    diri dalam bergerak menggapai apa yang Allah mahu berikan kepada kita di

    dalam Ramadhan.

    Bukan sekadar pahala.

    Tetapi peningkatan diri sebagai hamba kepadaNya.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    12/63

    Bab 3:Dan berkira-kiraBagaimana Ramadhan ini kita lalui?

    Apakah dengan mengharap kepada Ilahi?atau sekadar menganggapnya satu tradisi?

    Adakah kita berkira-kira?Berstrategi dan merancang amalan kita?

    Atau sekadar bersambil lewa,Tidak pernah serius dan peduli apa.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    13/63

    Ramadhan hakikatnya adalah ibarat tetamu. Resmi tetamu adalah dilayan.Tambahan, Ramadhan bukan sebarang tetamu. Ramadhan adalah tetamu yang

    membawa pelbagai hadiah yang mahal dan berharga.

    Persoalan yang menarik untuk kitsa sama-sama perhatikan apabila

    menyebut hal Ramadhan sebagai tetamu adalah:

    Bagaimanakah layanan kita terhadap Ramadhan?

    Apakah kita telah bersungguh-sungguh?

    Di sinilah kita perlu melihat akan seruan Rasulullah SAW, yang seringkita ulang-ulangi apabila Ramadhan menjengah.

    Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dengan penuhkeimanan dan berkira-kira, maka Allah akan mengampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah lalu. Hadith Muttafaqun Alaih.

    Apakah yang dimaksudkan dengan berkira-kira di dalam hadith ini?

    Hakikatnya, berkira-kira di dalam hadith ini membawa satu maksud.

    Dan maksud itulah yang menterjemahkan layanan sebenar, untuk

    Ramadhan, yang kita sering sahaja alpakan.

    Hadith ihtisaba

    Ada tiga riwayat yang menyatakan akan hadith berkenaan ihtisaba atau

    berkira-kira yang bersangkutan dengan Ramadhan.

    1. Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh

    keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segaladosanya yang terdahulu.

    2. Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan danberkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yangterdahulu.

    3.Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanandan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang

    terdahulu.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    14/63

    Makna ihtisaba pada asalnya adalah berkira-kira. Ia berasal dari kata akarhisab yang bermaksud hitung. Justeru berkira-kira di sini bukanlah

    bermaksud teragak-agak sebagaimana yang biasa kita gunakan.

    Berkira-kira di dalam hadith ini adalah membawa maksud:

    Menghitung-hitung apakah lagi amalan yang masih belum kitalaksanakan di bulan Ramadhan? Apakah lagi perkara yang perlu dilakukan

    bagi mendapat keredhaan Allah? Apakah lagi yang mesti dilakukan untuk

    Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik?

    Menghitung-hitung ini juga boleh membawa maksud kepada berharap.Yakni, kita mengira-ngira berapa amalan yang telah kita lakukan, dan kita

    berharap agar Allah menerima semua amalan kita tersebut. Kita akan sering

    mengira amal kita, dan bertanya kepada diri: Allah terima tak aku baca Al-

    Quran tadi?, Allah terima tak puasa aku hari ini?, Allah terima tak solat

    tarawih aku tadi? dan sebagainya. Sekaligus memacu kita untuk melakukan

    yang lebih baik dari hari ke hari.

    Dan persoalan-persoalan ini hanya akan muncul bagi mereka yang

    bersungguh-sungguh dalam melayani Ramadhan.

    Begitulah.

    Layanan maksimas

    Melihat Ramadhan yang berlalu hari demi hari, apakah kita hakikatnya telah

    melayani Ramadhan dengan semaksima mungkin?

    Ramadhan hadir dengan 1001 ganjaran dan anugerah, datang membawa

    keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT untuk insan kerdil seperti kita

    yang banyak dosa, bahkan Ramadhan menjadi kem untuk kita meningkatkandiri agar mampu kekal menjadi hamba Allah SWT untuk 11 bulan yang lain.

    Namun bagaimanakah kita telah melayaninya?

    Apakah dengan bersungguh-sungguh?

    Atau dengan layanan sambil lewa sahaja?

    Alah, tahun depan Ramadhan datang lagi. Adakah itu yang keluar dari

    mulut kita?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    15/63

    Jika kita lihat semula, kesungguhan yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ini juga hakikatnya membawa kepada pembumian realiti 11 bulan yang lain.

    Apakah kita ini, dalam seluruh kehidupan kita, merasa bersungguh-sungguh

    dalam memenuhi tuntutan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya?

    Jika di dalam Ramadhan kita ada ganjaran bahawa amalan semuanya

    akan digandakan, sedangkan di luar Ramadhan juga wujud ganjaran seperti barangsiapa yang berjuang menegakkan agama Allah maka baginya syurga,

    apakah kita mengusahakannya?

    Ramadhan madrasah tarbiyah

    Ramadhan jika kita lihat kembali hakikatnya adalah sebuat madrasah atau

    sekolah untuk mendidik jiwa-jiwa mumin agar terus hidup pada bulan-bulan

    yang lainnya. Banyaknya ganjaran pada bulan ini adalah untuk melatih

    mansuia itu kuat mengejar ganjaran-ganjaran yang selama ini memang telah

    Allah janjikan pada bulan-bulan yang lain juga.

    Allah menyatakan siapa yang membantu agamaNya, maka Allah akan

    membantuNya.

    Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah

    nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkantapak pendirian kamu. Surah Muhammad ayat 7.

    Allah menjanjikan syurga bagi sesiapa yang berjuang di atas jalanNya.

    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu

    perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidakterperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamuberjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan

    diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendakmengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akanmengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu

    di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn . Itulah kemenanganyang besar. Surah As-Saff ayat 10-12.

    Allah menjadikan jalan keluar bagi siapa yang bertaqwa dan bertawakkal

    kepadaNya.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    16/63

    ..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akanmengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang

    menyusahkannya), Surah At-Talaq ayat 2.

    Apakah kita mengejar semua ini?

    Bagaimanakah kita melayan kebaikan Allah SWT kepada kita selama ini

    yang menawarkan kita ganjaran-ganjaran ini?

    Dan di dalam Ramadhan inilah, seruan melayan Ramadhan dengan penuh

    kesungguhan, dengan penuh mengharap, itu datang untuk melatih kita menjadimanusia yang sepanjang tahun bersungguh-sungguh mengejar janji-janji Allah

    SWT, sepanjang tahun berharapkan kepadaNya.

    Tidakkah kita mula sedar dan melihat?

    Penutup: Apakah yang telah kita lakukan?

    Persoalan utama dalam layanan kita adalah apa yang telah kita lakukan?

    Ini sepatutnya menjadi soalan wajib saban malam sebelum tidur. Agar

    kita bermuhasabah dan meracang dengan lebih baik untuk keesokan harinya.

    Untuk melayan Ramadhan semaksima mungkin, maka wajiblah kita

    mewujudkan planning dan strategi. Bukan sekadar melaluinya dengan

    lenggang kangkung tanpa perancangan. Perancangan, menyatakan bersungguh

    -sungguhnya kita dalam melayani Ramadhan.

    Perlulah kita ini hakikatnya, memahami akan hikmah dan hakikat

    kewujudan Ramadhan. Barulah kita akan mampu memenarakan peribadi

    mukmin yang sebenar, di luar Ramadhan.

    Ramadhan hanyalah wasilah tarbiyah, untuk kita menjadi hamba Allah

    SWT yang sebenar.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    17/63

    Bab 4:Apakah Ramadhan iniakan sama?

    Ramadhan ini, Allah telah beri kita peluang.Apakah kita telah menghargai?

    Atau kita sekadar melayaninya dengan layanan yang sama?Rutin tahunan yang hampir sahaja tidak bermakna

    Atau kita berjaya menjadikan Ramadhan ini medan perubahan jiwa?Persoalan untuk manusia yang sedar

    Dan khas buat mereka para pengejar Syurga.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    18/63

    Allah SWT memberikan kita Ramadhan pada kali ini. Dan belum tentu AllahSWT memberikan kita Ramadhan lagi pada tahun hadapan nanti.

    Justeru, satu perkara yang saya takuti adalah, repetensi Ramadhan yanglepas. Apakah akan sama Ramadhan kali ini dengan Ramadhan tahun lepas?

    Apakah maksudnya sama?

    Yakni kita keluar Ramadhan, tetapi tidak mengalami tranformasi yang

    sepatutnya.

    Ramadhan kita akhirnya hanya menjadi Ramadhan adat. Yang kita jalanisebulan semata-mata untuk sampai kepada Aidulfitri. Bukan Ramadhan untuk

    meningkatkan diri agar menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik pada 11

    bulan yang lain.

    Ramadhan kita pada kali ini mengulangi kekurangan-kekurangan

    Ramadhan yang lepas. Kita tidak pun melakukan peningkatan. Kita tidak punmelakukan perubahan di dalam amal. Kita sekadar bermalas-malas dan

    bersambil lewa. Seakan-akan Ramadhan itu adalah perkara enteng di dalam

    hidup kita.

    Saya takut demikian.

    Apakah Ramadhan kali ini, akan mengalami nasib yang sama?

    Syuur Ramadhan yang dipadamkan suasana

    Satu perkara yang amat saya terkilan dengan suasana di Malaysia adalah,keadaan di sini membunuh syuur Ramadhan yang ada.

    Bayangkan, pada hari ke-tiga Ramadhan, sudah didendangkan denganlagu-lagu raya. Promosi jualan-jualan mega, rancangan-rancangan drama,

    serta dendangan-dendangan lagu di radio, telah memenuhi waktu-waktu

    Ramadhan kita.

    Itu belum dikira dengan anak-anak yang terbiar bermain mercun dan

    meriam buluh. Tidak disediakan program yang baik buat mereka. Belum lagi

    dikira orang-orang tua yang mungkin sibuk dengan hal masing-masing. Yang

    ibu-ibunya dengan kumpulannya, yang bapa-bapanya dengan kumpulannya,

    yang remaja-remajanya dengan kumpulannya. Tidak dapat dipastikan apakah

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    19/63

    semua golongan ini bergerak membangunkan syuur Ramadhan, atau sekadar

    melalui Ramadhan seperti hari-hari kebiasaan yang dipenuhi kemungkaran,

    kemaksiatan, dosa-dosa kecil dan besar, sebagaimana bulan-bulan biasa.

    Ini yang pada akhirnya meragut peluang perubahan kita hakikatnya.

    Inilah dia penjara yang saya ingin nyatakan.

    Kita terperangkap dalam pertembungan antara nafsu dan tuntutan Allah

    SWT.

    Kita terperangkap pada garis perpisahan antara kepayahan menjalani

    perubahan, dengan kesenangan kekal di takuk lama tanpa perlu melakukan apa

    -apa.

    Dan kebanyakan kita, tersungkur pada pilihan untuk berdiam diri dan

    buat tidak tahu sahaja.

    Lebih buruk, dengan kegagalan ini, kita telah persiakan Ramadhan yang

    Allah beri pada kita kali ini. Menjadikan Ramadhan ini, sama seperti

    Ramadhan yang lepas.

    Sepatutnya kita merasa takut

    Terdapat satu hadith Rasulullah SAW yang apabila saya ingat-ingatkan danmuhasabah semula, menimbulkan satu kegerunan yang amat dasyat kepada

    diri saya sendiri.

    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu juga, bahawasanya Rasulullah

    Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah naik mimbar seraya berkata :

    "Amin.. Amin.. Amin.."

    Para sahabat bertanya kepada Baginda : "Ya Rasulullah, engkau naik

    mimbar kemudian mengucapkan amin, amin, amin..?"

    Sabda Baginda: "Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dan diaberkata :

    "Barangsiapa yang datang kepadanya Ramadhan tapi tidak diampunidosanya maka akan dimasukkan neraka dan akan Allah menjauhinya,katakanlah "Amin", maka aku pun mengucapkan Amin...."

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    20/63

    Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 danAl-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat

    dalam Shahih Muslim 4/1978.

    Tiga perkara penting di sini.

    Datang kepadanya Ramadhan, tetapi tidak diampuni dosa-dosanya.

    Akan dimasukkan ke dalam neraka.

    Dan Allah akan menjauhinya.

    Tidakkah ini menggerunkan?

    Tanda hamba tidak bersyukur

    Memang kalau diikutkan, kita tidak mengetahui apakah kita mendapat

    keampunan atau tidak. Tetapi satu perkara yang boleh kita jadikan kayu ukuruntuk menilai diri kita adalah, sejauh manakah usaha kita dalam mendapatkan

    keampunan Allah SWT di dalam Ramadhan ini?

    Sejauh manakah kita telah berusaha untuk mengubah diri dalam

    Ramadhan ini?

    Sejauh manakah kita telah berusaha untuk melakukan peningkatan

    terhadap diri kita pada Ramadhan kali ini?

    Kita tahu bahawa Ramadhan adalah bulan mulia penuh barakah, di

    dalamnya penuh tarbiyah dan ganjaran, didikan dan asuhan Ramadhan amatmahal dan tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain. Tetapi sejauh manakah

    telah kita gunakannya?

    Maka di sinilah kita boleh dapat mengira-ngira, apakah kita akan

    mendapatkan keampunan Allah SWT atau tidak?

    Ya, mungkin akan ada yang berkata kepada saya: Mana tahu, yang solat

    taubat dua rakaat sekali aku buat itulah yang Allah terima.

    Dan saya akan berkata semula: Mana kamu tahu, yang solat taubat dua

    rakaat yang sekali kamu buat itulah yang Allah terima?

    Kita tidak tahu Allah nak terima yang mana. Sebab itu usaha perlu dengan

    kesungguhan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    21/63

    Persoalannya, apakah kita telah bersungguh-sungguh di dalam Ramadhankali ini?

    Tepuk dada, tanya diri.

    Dan bukankah kita ini hamba yang tidak bersyukur jika kita tidak

    bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan, sedangkan Ramadhan telah Allahsediakan di dalamnya 1001 peluang dan 1001 ganjaran? Sedangkan kita ini,

    seorang pendosa ini, Allah masih izinkan masuk ke dalam RamadhanNya

    tanda Dia masih membuka peluang kepada kita?

    Maka adalah logik manusia yang tidak reti bersyukur sebegini, Allah jauhi dan masukkan ke dalam neraka. Sudah diberi peluang, lagi tidak

    menggunakannya.

    Dan ingatlah ketika Rabb kamu megumumkan: Sekiranya kamubersyukur maka akan Aku tambahkan (nikmat kamu), tetapi sekiranya kamukufur, maka sesungguhnya azab Aku amatlah pedihSurah Ibrahim ayat 7.

    Tetapi sekiranya kamu kufur, atau dalam erti kata lain, tidak bersyukur,

    maka sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih.

    Tidakkah kita takut?

    Penutup: Ayuh. Perubahan. Jangan ditangguh lagi.

    Maka apakah yang kita tunggu lagi? Maka apakah yang kita nantikan?

    Apakah hendak menunggu sehingga Ramadhan berakhir, kemudian baru

    sibuk-sibuk menyatakan penyesalan? Apakah hendak menunggu sehingga kitatidak lagi Allah izinkan mampu merasai Ramadhan, baru kita sibuk-sibuk

    menerbitkan kekecewaan akan sikap kita hari ini?

    Jangan dan jangan.

    Ayuh. Perubahan. Lakukan sekarang. Jangan jadikan Ramadhan kali ini

    sama dengan Ramadhan kita yang lepas. Mari. Sama-sama berubah.

    Jadikan Ramadhan kita kali ini Ramadhan yang terbaik.

    Kita hargainya dengan perancangan, strategi, dan kita laksanakan

    perancangan dan strategi kita itu. Ayuh!

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    22/63

    Bab 5:Apakah yang telahkamu lakukan?

    Dan hari-hari itu berlalu tanpa terbelaDan setelah Allah memberikan peluang kepadamu dan kau persiaSungguh kita ini hambaNya yang tidak punya malu lagi hina

    Apa yang telah kita lakukan dengan anugerahNya?Sungguh kita pendosa lupa

    Sungguh kita manusia yang tidak tahu erti bersyukur kepadaNyaDan apakah kita akan mengulangi perkara yang sama?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    23/63

    Ramadhan tahun 2009. Saya masih ingat salah seorang guru saya diUniversity of Yarmouk, Irbid, Jordan menjadi khatib Jumaat pada hari

    ketujuhRamadhan.

    Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari, itulah namanya. Pakar hadith

    di Yarmouk. Seorang yang berjambang panjang hitam pekat, tinggi dan tegap,

    namun orangnya amat tawadhu dan sering tersenyum.

    Khutbahnya pada ketika itu menyentuh hati dan jiwa saya.

    Saya masih ingat bagaimana bulu roma saya meremang ketika

    mendengar bicaranya.

    7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah,apakah yang telah kamu lakukan di dalam Ramadhan kali ini?

    Ya. Kadangkala kita sebagai hamba ini terlupa. Ramadhan ini adalah

    hadiah dan peluang daripada Allah SWT, untuk pendosa seperti kita. Namun, bila memasuki Ramadhan, kita mempersia-siakannya. Hari-hari berlalu di

    dalam Ramadhan, tanpa kita menghargainya.

    Bila mendengar Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari berbicara

    ketika itu, meremanglah bulu roma saya. Sungguh, sedikit dari kalanganhambaNya yang benar-benar bersyukur.

    Apakah yang telah kamu lakukan dengan harta?

    Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:

    Allah telah memberikan kamu harta. Harta kamu adalah milik Allah

    SWT. Bukan kepunyaan kamu, bukan kepunyaan bapa kamu atau datuk kamu.

    Maka wahai hamba Allah, apakah yang kamu telah lakukan terhadap hartakamu dalam Ramadhan kamu ini?

    Apakah yang telah kita lakukan dengannya?

    Biasanya kesenangan membuatkan kita lupa. Wang hanya kita lihatsebagai untuk menyeronokkan diri kita sahaja. Menyedekahkannya kelihatan

    satu kerugian, memberikannya kepada yang memerlukan dilihat seakan satu

    kekurangan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    24/63

    Ramadhan berjalan sebagai peluang daripada Allah SWT. Dan sedekah adalahantara amalan yang disukai, zakat adalah antara amalan yang wajib, maka

    apakah yang telah kita lakukan dengan harta kita sepanjang Ramadhan yang

    berjalan?

    Pernahkah kita merancang untuk bersedekah berapa dan berapa dalam

    sehari, dalam seminggu di bulan Ramadhan? Pernahkah kita merancang betul-betul kepada siapa dan kepada siapa duit kita hendak diberikan?

    Atau sebenarnya, harta kita habis pada kuih-muih, langsir, sofa, dan

    persiapan hari raya semata-mata?

    Sedang bulan Ramadhan yang mulia ini Allah janjikan pelbagai ganjaran

    bagi mereka yang beramal. Dan salah satu amal yang boleh diusahakan adalah

    sedekah.

    Apakah kita telah sedekahkan sepanjang Ramadhan yang berjalan?

    Atau peluang besar beramal dalam Ramadhan ini kita persiakan?

    Atau peluang membersihkan diri dari dosa ini kita persiakan?

    Apakah yang telah kamu lakukan terhadap makanan?

    Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:

    Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu makanan. Kamu makan.Tapi adakah kamu berkongsikan makanan kamu itu dengan orang lain?

    Apakah yang telah kamu lakukan dengan makanan kamu pada bulan ini?

    Di Jordan, tiada bazar Ramadhan. Yang ada hanya jualan kecil-kecilan

    sahaja di tepi jalan, dan rata-rata menjual perkara yang sama. Dua bendatradisi ketika Ramadhan di Jordan. Qutayif(sejenis kuih seperti apam balik

    tetapi tanpa isinya), dan tamar hindi. Itulah yang dijualnya oleh semua

    peniaga.

    Sederhana. Jadi saya tidak terbiasa di Jordan makan sehingga kembung

    perut. Makan ala kadar sahaja. Sama seperti makan malam biasa.

    Tetapi tidak jika di Malaysia. Bazar Ramadhan membunuh kita

    sebenarnya. Mengajak kepada pembaziran. Di tengah Ramadhan kita akhirnyamenjadi pembazir, sedang pembazir itu adalah saudara syaitan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    25/63

    Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepadaTuhannya. Surah Al-Israa ayat 27.

    Kita beli itu ini, berdasarkan kelaparan yang menguji, tetapi tidak habismakanan-makanan yang kita beli. Atau jika habis pun, makanan-makanan itu

    tidak menjana kekuatan untuk bangkit berdiri solat beramal ibadat. Bahkan

    melemahkan.

    Jangan cerita berkenaan memberikannya kepada orang lain.

    Jauh sekali.

    Apa yang telah kita lakukan terhadap makanan-makanan kita di bulan

    Ramadhan yang berjalan?

    Adakah kita hanya menjadi teman syaitan pada bulan keampunan?

    Apakah yang telah kamu lakukan terhadap masa?

    Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:

    Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu

    sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalambulan ini?

    Kita kelaparan, keletihan, dan merasakan kita sudah mati akal hendak

    melakukan apa lagi. Lantas kita memilih untuk menghabiskan masa dengan

    tidur. Lebih teruk lagi, ada kalangan kita mengisi masa dengan bermaksiat

    walaupun di tengah Ramadhan.

    Masa habis dengan bersembang, masa habis di hadapan permainan

    komputer/video, masa habis menonton drama dan movie, dan begitulah masa-masa berlalu.

    Sedangkan Ramadhan ini rahmat Allah mencurah-curah setiap saat.

    Apakah yang telah kita lakukan terhadap masa kita di bulan Ramadhan

    ini sepanjang 11 hari ini?

    Apakah kita mengisinya dengan baik?

    Atau kita hanya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    26/63

    Sedang kita pendosa, memasuki bulan ini, adalah tanda cintaNya kepadakita masih menyala?

    Dan bagaimanakah kita melayan cintaNya itu?

    Apakah yang telah kamu lakukan dengan amal ibadat?

    Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:

    Wahai hamba Allah, Allah telah memfardhukan kamu solat, makaapakah yang telah kamu lakukan terhadap solat-solat fardhu kamu?

    Ketahuilah bahawa Tarawih itu sunnah, sedang Isya dan Fajar itu adalahwajib. Apakah pantas untuk kamu mendirikan tarawih tetapi melewatkan isyadan mengakhirkan fajar? Ketahuilah bahawa Isya dan Fajr itu datang dahulu

    sebelum tarawih!

    Kadangkala, ada sebahagian kita terlalu teruja melaksanakan ibadah

    sunat di bulan Ramadhan hingga mengenepikan kualiti ibadah fardhu. Kitatersilap kerana memandang Ramadhan sebagai adat. Sebagaimana orang yang

    berhenti merokok di waktu siang tetapi merokok pula di waktu malam. Sedang

    rokok adalah haram 24 jam.

    Kita nampak, kalau tidak tarawih, maka sama macam tidak berpuasa.Sedangkan kalau meninggalkan solat fardhu dengan sengaja, kita merasa tidakmengapa pula.

    Inilah dia celupan yang silap dan kefahaman yang bengkok.

    Justeru apakah kita menjaga dan mempercantikkan amalan kita di dalamRamadhan?

    Atau kita langsung tidak pernah memikirkan akan kualiti ibadah kita?

    Apakah yang telah kamu lakukan terhadap Al-Quran?

    Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi:

    Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hambaAllah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab Rabb kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayatiisinya dalam kehidupan kamu?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    27/63

    Bagaimana kita melayan Al-Quran di dalam Ramadhan? Saat Allah SWTmewujudkan suasana yang indah pada bulan ini untuk kita rajin membacanya,

    apakah yang telah kita lakukan dengan Al-Quran? Adakah sekadar berusaha

    mengkhatamkannya, tetapi tidak memperdulikan tajwidnya?

    Sedang menghabiskan bacaan 30 juzu Al-Quran di dalam bulan

    Ramadhan hanyalah sunat, manakala membacanya dengan bertajwid adalahwajib. Yang manakah kita dahulukan?

    Adakah berlumba-lumba dengan teman kenalan lebih utama dari menjaga

    tajwid dan makhraj bacaan?

    Persoalan yang lebih menarik, apakah kita menyentuh Al-Quran

    sepanjang Ramadhan ini telah berjalan? Atau kita langsung tidak pernah

    membacanya?

    Adakah kita sekadar hendak membacanya hingga habis, tetapi tidak

    mahu mengambil pengajaran darinya walau secebis?

    Perhatikan, perhatikan.

    Apakah yang telah kita lakukan terhadap Al-Quran di dalam bulan yang

    mulia ini?

    Adakah kita sekadar membaca? Adakah kita sekadar menghabiskan?

    Bagaimana pengajaran di dalamnya?

    Bagaimana tajwid di dalamnya?

    Maka apakah maknanya tamat 30 juzu di dalam Ramadhan, untuk

    hasilnya 11 bulan yang kemudian dalam kehidupan kita?

    Penutup: Apakah kita bermuhasabah untuk melayani Ramadhan kita?

    MasyaAllah. Khutbah ini, walaupun dua tahun telah berlalu, masih saya

    ingati. Saya masih ingati bait-bait bicara Sheikh Dr Muhammad Audeh Al-

    Hawari. Saya masih ingat betapa bulu roma saya tertegak ketika itu.

    Bagaimanakah kita melayan Ramadhan?

    Sambil lewa?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    28/63

    Persoalan itu membuatkan jiwa ini tertusuk.

    Jika benar teliti, maka kita akan bermuhasabah akannya. Melihat kembali

    layanan kita kepadanya. Dan berusaha agar esok lebih baik daripada hari ini.

    7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah,apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?

    Aaaah... masih tergiang-giang.

    Moga Allah membenarkan kita melayani Ramadhan sebaiknya.

    Semoga kita berusaha bersungguh-sungguh menghargai Ramadhan yang

    diberikan kepada kita.

    Jangan sesekali kita persiakannya.

    Jangan sesekali kita tidak bersyukur dengan pemberianNya, Ramadhanini, kepada kita.

    Sama-sama kita lihat kembali Ramadhan kita.

    Mari, jadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang terbaik sepanjang

    kehidupan yang pernah kita lalui!

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    29/63

    Bab 6:Ramadhan itu Kem.Ibarat satu tempat khas,

    Memproses diri secara intensif,Ramadhan berperanan sebulan setahun,

    Membentuk peribadi hamba yang sensitif,Dalam menjaga agama Tuhannya,

    Dalam menjadi hamba kepada Rabbnya.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    30/63

    Bab kali ini sekadar membawa satu analogi untuk menambah kesedaran.Kesedaran agar kita mampu bergerak menggembleng lebih banyak tenaga

    untuk mencapai apa yang patut dicapai oleh kita di bulan Ramadhan yang

    mulia.

    Maka di sini ada satu analogi untuk kita sama-sama perhatikan.

    Ramadhan itu sama dengan kem.

    Mungkin kita boleh ambil Kem Ibadah@Kem Jati Diri yang sering kita

    hantar anak-anak, adik-adik atau pelajar-pelajar kita pergi. Atau mungkin, kita

    pernah menghantar diri kita sendiri pergi ke program-program tersebut.

    Dan anda akan melihat sesuatu yang besar daripada analogi ini.

    Kem Ibadah yang kita juga mungkin pernah pergi

    Pernah pergi kem ibadah@jati diri?

    Mungkin pernah. Atau mungkin kita pernah hantar anak-anak kita, adik-

    adik kita, pelajar-pelajar kita ke kem ibadah@jati diri.

    Agak-agak bagaimanakah keadaan sebuah program kem ibadah@Jatidiri?

    Ada tiga perkara penting dalam sesebuah program kem ibadah@jati diri.

    Waktunya terhad.

    Wujud program di dalamnya.

    Untuk mencapai satu matlamat, dan hendak dibawa keluar pencapaian ituke luar kem.

    Ramadhan adalah demikian

    Kalau kita perhatikan, Ramadhan adalah demikian.

    1. Waktu Ramadhan adalah terhad.29@30 hari.

    2. Wujud program di dalam Ramadhan puasa, iftar, sahur, qiam,

    tarawih, sedeqah, Al-Quran dsb

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    31/63

    3. Untuk mencapai satu matlamat dan hendak dibawa keluar pencapaianitu ke luar bulan Ramadhan Taqwa, sebaik-baik bekal untuk

    kehidupan adalah taqwa.

    Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimanadiwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamubertaqwa. Surah Al-Baqarah ayat 183.

    Pembinaan diri di dalam Ramadhan

    Sekiranya kita sekadar melihat Ramadhan sebagai bulan beramal, manakala

    bulan-bulan lain adalah tidak, maka itu adalah satu kesalahan yang besar.

    Hakikatnya, Ramadhan adalah ibarat kem. Kita duduk di dalamnya untuk

    memberikan penekanan kepada diri betapa kita perlu menjadi hamba Allah

    SWT yang baik juga di bulan-bulan yang lain.

    Apakah Allah hanya wujud di dalam bulan Ramadhan? Tidak.

    Apakah Allah hanya memberikan ganjaran di dalam bulan Ramadhan?

    Tidak.

    Allah wujud setiap masa, dan ganjaranNya juga wujud setiap masa.

    Tinggal di dalam Ramadhan, ia diganda-gandakan bagi meningkatkan

    kembali kekuatan orang beriman agar memahami tujuan kehidupannya di atas

    muka bumi.

    Mungkin beberapa program tidak wujud dan beberapa ganjaran

    dihilangkan, tetapi...

    Mungkin beberapa program di dalam bulan Ramadhan, tidak wujud di dalambulan-bulan yang lain seperti Tarawih dan puasa, iftar, sahur 30 hari berturut-

    turut.

    Beberapa ganjaran seperti Solat Fardhu ganjarannya sama seperti 70 solat

    fardhu, solat sunat ganjarannya sama seperti satu solat fardhu, satu malam

    lailatul qadr kebaikannya melebihi 1000 bulan, dan segala amalan akan

    dibalas berganda-ganda, mungkin tiada di bulan-bulan lain.

    Tetapi, bulan-bulan lain tetap wujud tugasan dan tuntutannya.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    32/63

    Kita tetap hamba Allah SWT. Dan Allah SWT tetap wujud bersama kita.

    Mungkin program-program tadi telah tiada, tetapi program ruti seperti

    solat fardhu, menjauhi larangan Allah dan menjalankan perintahNya, berbuatbaik kepada manusia dan menyebarkan kebaikan serta banyak lagi, masih ada

    di bulan-bulan yang lain.

    Mungkin ganjaran tadi telah tiada, tetapi ganjaran syurga tetap terbuka

    pada bulan-bulan yang lain. Ganjaran kasih sayang dan rahmat Allah tetap

    wujud pada bulan-bulan yang lain. Ganjaran pahala tetap ada pada bulan-

    bulan yang lain.

    Dan Ramadhan, adalah untuk melatih kita istiqomah beramal dalam

    bulan-bulan yang lain itu.

    Penutup: Apa guna kem jati diri@kem ibadah?

    Apa guna kem jati diri@kem ibadah?

    Apakah untuk kita bermotivasi selama tiga hari sahaja? Adakah untuk

    kita tahu solat dan ambil wudhu tiga hari sahaja?

    Semestinya bukan.

    Kegunaan kem jati diri@kem ibadah adalah untuk mengasuh peserta-

    persertanya, agar mampu melakukan perkara yang sama, sepanjang mereka

    berada di luar kem.

    Begitulah Ramadhan.

    Sebulan Ramadhan itu, hakikatnya adalah untuk kita bawa ke 11 bulan

    dalam setahun kehidupan kita.

    Tidakkah anda memerhatikannya?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    33/63

    Bab 7:Ramadhan manifestasikeimanan.

    Apakah kau mampu melihat puasa?Pernahkah pula kau melihat iman?

    Tidakkah kau melihat persamaan antara keduanya?Justeru mengapa Ramadhan wujud dalam setahun sebulan?

    Pasti ada yang tersembunyi di dalam kehendakNya.Dan apakah kita hambaNya tidak mahu mendalaminya?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    34/63

    Puasa adalah ibadah yang unik. Berbanding ibadah lain, puasa mempunyaisimilariti paling hampir dengan keimanan.

    Siapa yang boleh melihat puasa?

    Tiada. Kalau kita tak puasa, tak ada siapa yang tahu. Sebab puasa tak

    boleh nampak.

    Itulah dia keimanan.

    Tidak terlihat.

    Maka siapakah yang memandang Ramadhan ini sebagai latihannya

    memperkasakan perkara lutsinar di dalam dirinya?

    Pengkhususan Allah terhadap Puasa.

    Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akandilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratuskali lipat. Allah Taala berfirman (yang artinya) : Kecuali amalan puasa.

    Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akanmembalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan

    karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpadengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi

    Allah daripada bau minyak kasturi. Hadith Riwayat Muslim.

    Setiap amalan lain selain puasa kita mendapat ganjaran 10 700 kali

    lipat. Itulah ketetapan Allah SWT. Namun untuk amalan puasa, Allah tidakmenyatakannya. Berapa kali lipat, berapa kali ganda, Allah tidak

    memberitahukannya. Hal ini kerana, puasa Allah khaskan untukNya, dan Dia

    ada perkiraan istimewa untuk puasa.

    Memandang semula keistimewaan ini, menambahkan betapa pentingnya

    puasa sebagai wadah peningkatan diri kita sebagai hamba Allah SWT.

    Hal ini kerana, untuk menjadi hamba Allah SWT, kita perlu beriman

    kepadaNya.

    Dan puasa, melatih kita menjaga keimanan kita.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    35/63

    Tiada siapa tahu

    Iman adalah rahsia. Tiada siapa tahu iman kita bagaimana. Kadangkala, kita

    sendiri tidak pasti keimanan kita di peringkat mana. Manusia hanya bolehmenilai secara zahir. Ramai sahaja orang pergi solat di masjid, membaca Al-

    Quran, beribadah itu ini, tetapi di dalam jiwanya dia tidak terikat dengan Allah

    SWT. Dia masih ragu-ragu dengan hukum Allah SWT. Dia tidak menjadikanAllah SWT sebagai matlamatnya.

    Namun kita tidak tahu.

    Hatta Saidina Umar RA sendiri tidak tahu siapakah munafik darikalangan pegawainya. Hingga dia bertanya kepada pemegang rahsia

    Rasulullah SAW: Hudzaifah Al-Yamani yang mengetahui siapakah orang yang

    munafik yang berada di kalangan pegawainya. Itupun Hudzaifah Al-Yamani

    tidak mendedahkannya.

    Iman itu unik.

    Tiada siapa mampu menilai iman, kecuali Allah SWT.

    Maka puasa adalah latihan terbaik dalam menjaga keimanan.

    Sebagaimana kita menjaga puasa kita dari terbatal, begitulah kita berusahamenjaga keimanan kita dari terbatal. Kita berusaha mencari ilmu pengetahuanuntuk mengetahui sah batal puasa.

    Tetapi pernahkah kita berusaha untuk mencari akan perkara yang

    membatalkan keimanan kita?

    Sebulan ini adalah tarbiyah

    Hendaklah kembali kita melihat betapa sebulan Ramadhan adalah merupakantarbiyah dan didikan hakikatnya. Bukan semata-mata bulan untuk

    mendapatkan ganjaran.

    Pahala akan terbasmi dengan kemungkaran yang kita lakukan. Maka

    sepatutnya kita memandang Ramadhan dari satu aspek lain. Aspek

    mempertingkatkan kelasakan kita dalam menjadi hamba Allah SWT.

    Tegar melawan nafsu, tegas menjaga iman, tangkas melaksanakan amal.

    Ini semua adalah perkara yang perlu kita lihat.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    36/63

    Kita hamba Allah untuk 365 hari penuh dalam setahun. Bukannya hanya29@30 hari sahaja.

    Maka untuk apa sebulan Ramadhan penuh galakan dan suasana solehahini Allah sediakan?

    Untuk meningkatkan diri.

    Saya ulanguntuk meningkatkan diri.

    Penutup: Kepada yang melihat dan meneliti, maka dia akan mencapai

    kejayaan hakiki

    Ummat Islam lemah kerana tidak melihat dan meneliti.

    Kebanyakan kita hanya mengambil Islam sebagai adat dan tradisi.

    Begitulah juga Ramadhan kita layani.

    Inilah dia apabila kita tidak melihat dengan pandangan yang hakiki.

    Maka marilah kita duduk sebentar dan melihat kembali.

    Apakah sepatutnya kita lakukan untuk menjadi hamba Allah yang sejati.

    Keimanan. Keimanan yang hakiki. Itu yang kita perlukan.

    Persoalannya, apakah daripada Ramadhan ini kita belajar untuk menjaga

    keimanan kita?

    Sebagaimana Puasa yang tidak terlihat, bagaimana kita menjaga

    Keimanan kita dari dirosakkan syaitan yang jahat?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    37/63

    Bab 8:Ramadhan itu bukanTuhan

    Ada manusia silap mengertiDia melayan Ramadhan seperti Ilahi

    Di dalam Ramadhan dia bersungguh mengerah diri mengabdiDi luar Ramadhan seakan-akan Ilahi telah matiDan dia kembali seperti sebelum Ramadhan ini

    Sungguh itu adalah hamba RamadhaniBukan sesekali hamba Rabbani

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    38/63

    Realiti kita lihat pada adat dan kebiasaan masyarakat kita, kita hanyamelakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan, dan

    meninggalkannya selepas Ramadhan usai.

    Tiada penerusan di dalam kehidupannya pada sebelas bulan yang lain,

    seakan-akan Ramadhan itu tidak pernah dilaluinya.

    Kalau di dalam Ramadhan dia sanggup bertarawih hingga 20 rakaat,

    tetapi di luar Ramadhan, solat fardhu pun dilewat-lewatkan. Kalau di dalam

    Ramadhan dia sanggup menghabiskan 30 juzu Al-Quran sebulan, tetapi

    sebelas bulan lain hendak menyentuh Al-Quran pun sukar. Kalau di dalam

    Ramadhan dia sanggup menahan segala perbuatan mungkar dan maksiat,tetapi di dalam sebelas bulan lain seakan tidak pula wujud halal dan haram.

    Seakan-akan, Tuhan kita adalah Ramadhan, bukannya Allah SWT.

    Seakan-akan, kita menyembah Ramadhan, bukannya Allah SWT.

    Sedangkan, Ramadhan tidak sesekali menjadi Tuhan di dalam kehidupan

    kita.

    Melainkan Ramadhan hanyalah alat untuk mencapai ketaqwaan dan

    menjadikan kita hamba Allah SWT yang hakiki.

    Allah kekal wujud walau di luar Ramadhan

    Allah SWT itu hidup dan tidak akan mati. Allah SWT itu tidak mengantuk

    atau terlalai walau sehari. Allah kekal wujud walau Ramadhan telah berakhir

    nanti

    Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap

    hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langitdan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa

    yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangmereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkanapa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah(ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadikeberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah

    Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)Surah Al-Baqarah ayat 255.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    39/63

    Yang kita sembah hanyalah Allah SWT. Kita tidak menyembahRasulullah SAW walaupun baginda adalah manusia yang termulia di dunia.

    Kita juga tidak sesekali menyembah Ramadhan walaupun Ramadhan

    merupakan bulan yang termulia antara bulan-bulan yang ada.

    Maka perlulah kita jelas akan niat kita melakukan segala amalan di dalam

    Ramadhan.

    Untuk apakah? Adakah semata-mata untuk mengumpul banyak pahala,

    kemudian dihabiskan pahala itu dengan dosa-dosa di luar Ramadhan? Maka

    apakah makna Ramadhan?

    Yang memberikan kita pahala atas segala ibadah kita di dalam Ramadhan

    adalah Allah SWT. Allah SWT yang sama jugalah yang memberikan pahala

    atas ketaatan kita kepadaNya di bulan-bulan yang lain. Allah SWT jugalah

    yang menawarkan kita ganjaran itu dan ini di dalam bulan Ramadhan. Allah

    SWT yang sama jugalah yang menawarkan kita syurga sekiranya kita kekal

    hidup dalam ketaatan kepadanya di bulan-bulan lain.

    Tetapi mengapa kita hanya bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan

    sahaja?

    Adakah Allah tidak wujud pada bulan yang lain?

    Ramadhan hanyalah wasilah

    Wasilah bermaksud jalan yang menyampaikan. Kalau kita hendak berjaya di

    dalam pengajian, maka antara wasilahnya adalah studi bersungguh-sungguh.

    Wasilah juga boleh dimaksudkan sebagai alat. Hendak membuka skru,

    maka wasilah kita adalah dengan menggunakan screw driver.

    Wasilah juga boleh dimaksudkan sebagai metod. Hendak mendidik anak

    cepat membaca, maka wasilahnya adalah dengan membiasakannya dengan

    kad-kad huruf semenjak kecil.

    Ramadhan hanyalah wasilah. Bagi memudahkan kita, hamba Allah SWT

    ini mencapai ketaqwaan, dan menjadi hambaNya yang terbaik. Wujudnya

    bulan Ramadhan yang penuh di dalamnya dengan ganjaran, dikurangkan pula

    aura kejahatan di dalamnya, semua itu untuk membuka jalan bagi kita melatih

    diri menjadi hamba Allah SWT yang terbaik.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    40/63

    Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan- syaitan. Hadithriwayat Bukhari.

    Bagi yang memerhati, maka dia akan melihat akan hakikat perkara ini.

    Penutup: Sepatutnya kita gunakan Ramadhan sebagai medan

    peningkatan

    Maka sepatutnya kita kembali membersihkan matlamat dan niat, serta

    menjelaskan kefahaman mengapa kita beribadah di dalam bulan Ramadhan.

    Mengapa kita berusaha menjalaninya dengan baik. Mengapa kita berusahamengejar ganjaran-ganjaran yang ada.

    Hakikatnya adalah untuk menjadikan diri kita kuat. Kuat untuk melalui

    11 bulan yang lain. Hal ini kerana, tuhan kita, Allah, wujud juga pada 11 bulan

    yang lain. Allah bukannya wujud di dalam Ramadhan sahaja.

    Maka jika kita benar-benar hendak menjadi hambaNya, maka kita akan

    menggunakan peluang Ramadhan ini sebaik-baiknya.

    Sepatutnya, demikian.

    Maka apakah kita melaksanakan yang sepatutnya?

    Atau kita telah terlupa bahawa Allah adalah Tuhan?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    41/63

    Bab 9:Ramadhan, didikanuntuk kemerdekaan.

    Apakah itu merdeka?Adakah negara yang tiada penjajah?Tidak. Merdeka yang sebenar adalah,

    Terlepasnya diri dari gari-gari penjajah dan cara hidup merekaKita bebas berdiri dengan cara hidup kita

    Itulah cara hidup Islam yang sebenarnyanyaMaka Ramadhan menyediakan

    Didikan untuk menjadi hamba yang merdekaSiapakah yang memerhatikannya?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    42/63

    Satu perkara besar yang dapat kita perhatikan di dalam Ramadhanadalah, pembebasan manusia dari belenggu hawa nafsu. Di dalam Ramadhan,

    kita terdidik untuk mengawal dan menahan hawa nafsu kita.

    Antara ibadah di dalam Ramadhan adalah berpuasa di siang hari. Ibadah

    ini diangkat ke taraf wajib sepanjang 29@30 hari. Di waktu siang itu, kita

    diwajibkan menahan nafsu makan dan minum serta nafsu syahawat.

    Memerhatikan betapa hakikat Ramadhan adalah untuk dibawa keluar

    manfaatnya ke bulan-bulan lain, membuatkan kita akan melihat betapa

    Ramadhan hakikatnya adalah didikan untuk kemerdekaan yang hakiki.

    Semerdeka mana pun tanah dari dijajah penjajah, belum tentu bermakna

    jika jiwa kekal dijajah nafsu.

    Fitrah berkaitan kehendak

    Jika kita perasan, Allah SWT mengurniakan kepada setiap seorang antara kita peneman bernama kehendak. Kita boleh menamakannya dengan pelbagai

    nama. Orang putih kata desire, dan boleh juga kita panggil makhluk ini

    sebagai nafsu.

    Tiada nafsu, kita tak akan makan. Tak ada nafsu, kita tak akan cari duit. Takada nafsu, kita tak akan melakukan hubungan kelamin. Tak ada nafsu, kita takakan hidup.

    Tetapi, perlu diingati bahawa sekiranya di dunia ini kita sekadar

    mengikut apa yang kita kehendaki, pasti kehidupan akan tunggang langgang.

    Saya bagi contoh mudah:

    1. Kalau ikutkan kita, pastinya kita lebih suka tidur dari bekerja. Tetapi

    kalau kita turutkan kehendak kita untuk meneruskan tidur dan tidak

    pergi kerja, maka hidup kita akan ditimpa kesukaran untuk menyarakehidupan dan sebagainya.

    2. Kalau ikutkan, kita suka aja nak makan segala apa yang kita mahu.

    Tetapi kalau kita turutkan nafsu pemakanan kita itu, kita akan

    menghidap penyakit.

    3. Kalau ikutkan, kita nak borong semua barangan di pasaraya. Tetapi

    kalau kita turutkan perasaan itu, maka kita akan kekurangan wang

    untuk perkara lain yang lebih memerlukan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    43/63

    Itu adalah contoh.

    Maka dapatlah kita fahami di sini bahawa, tidak semestinya semua yang

    nafsu kita kehendaki itu, hajatkan itu, baik untuk kita. Jika dituruti tanpakawalan, maka ia akan memberikan keburukan besar kepada kita.

    Yang disuntik oleh musuh-musuh Allah kepada kita

    Memerhatikan dengan lebih jelas, syaitan hanyalah penghasut sahaja di dalam

    kehidupan kita ini. Bukanlah syaitan yang membuatkan kita melakukan

    kesalahan dan kesilapan. Syaitan hanya pemberi cadangan. Yang membuatkan

    kita terjerumus mengikuti turutan syaitan adalah nafsu kita.

    Maka kalau kita kembali meneliti pergerakan-pergerakan musuh Allah,

    mereka ini menyusup ke dalam kehidupan kita dengan memanipulasikan

    desire kita. Kita disogokkan dengan hiburan, kita diberikan pendedahan

    kepada perkara-perkara syahawat, dan kita juga dibuai dengan kesenangan

    serta kemewahan dunia yang penuh dengan penipuan.

    Sedar atau tidak, kita terpenjara dalam permainan musuh-musuh Allah

    SWT.

    Lihatlah senjata mereka yang paling ampuh, yang wujud pada hampirsetiap rumah kita ~ Televisyen dan internet. Sekarang, orang asli pun adaastro. Dan lihatlah apa yang disediakan di dalam rancangan-rancangan

    televisyen kita.

    Apakah yang diangkat? Bukankah membesarkan nafsu dan mendidik kita

    memanjakannya?

    Ini menjadikan hubungan manusia kepada Allah SWT melemah.

    Sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara-perkara yang dibenci

    oleh nafsu. Manakala neraka pula dihiasi dengan perkara-perkara yag dicintai

    oleh nafsu. Inilah realitinya.

    Kita terperangkap di dalam penjara nafsu ini.

    Jika dibelenggui nafsu

    Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan kita, Dia mengetahui serba serbiberkenaan kita. Dia faham apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    44/63

    Sebab itu, di dalam Islam wujud didikan untuk tidak memanjakan hawanafsu. Islam bukan mendidik untuk menafikan kewujudan nafsu. Tetapi Islam

    mendidik kita untuk mengawalnya.

    Sebab itu Islam tidak melarang untuk ummatnya mengejar kesenangan

    dunia, tetapi pada masa yang sama, ummat Islam dididik agar tidak terlarut

    dengannya.

    Islam tidak menafikan seks, tetapi Islam mendidik cara yang bersih dan

    halal untuknya.

    Islam tidak menafikan nafsu makan, tetapi Islam mendidik cara yangterbaik untuk melayaninya.

    Lihatlah sekiranya perkara-perkara ini tidak dididik untuk dikawal?

    Nafsu mengejar kekayaan membuahkan hasad dengki, persaingan tidak

    sihat dan perbalahan.

    Nafsu seks menyebarkan penyakit HIV, melemahkan akal dan pemikiran

    masyarakat.

    Nafsu makan meyebabkan ummat lemah dan diserang pelbagai penyakitkesihatan.

    Walaupun tanah kita merdeka, apakah kita merdeka sekiranya

    dipengaruhi nafsu sebegini?

    Semestinya tidak.

    Ramadhan hadir mendidik

    Maka perhatikanlah bagaimana Allah menghadirkan Ramadhan sebagai bulan

    tarbiyah untuk kita mendidik nafsu. Sebulan kita dilatih, agar kita membawa

    hasil latihan ini ke sebelas bulan yang lain.

    Sepanjang siang kita diarahkan untuk tidak mengikuti kehendak nafsu

    makan dan minum, nafsu syahawat. Bahkan kita dilarang untuk berkata buruk,

    mengumpat, melihat aurat orang lain, yang mana jika kita lakukan maka puasa

    kita hanya tinggal lapar dan dahaga sahaja. Pada masa yang sama, kerja-kerja

    di bulan lain seperti Solat Fardhu lima waktu tetap diteruskan tanpadiringankan. Dosa-dosa di bulan lain, tetap masih menjadi dosa di bulan

    Ramadhan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    45/63

    Penambahan ini adalah untuk melatih kita menjadi lebih kuat.

    Kita dibenarkan berbuka, makan dan minum apabila menjelang maghrib.

    Tetapi sekiranya kita ingin ibadah kita lancar ketika Isya dan tarawih sertamudah untuk bangun malam, kita perlu makan sedikit sahaja. Lihatlah

    kecantikan ini. Seakan-akan ia hendak menyatakan, sekiranya kamu benar-

    benar hendak menjadi hamba Allah yang sebenar, dunia ini hanya perludicicipi sedikit sahaja.

    Hasilnya, bagi mereka yang benar-benar merasai dan menghayati didikan

    ini, nafsu akan menjadi hamba mereka. Mereka mengawal nafsu dengan

    kesedaran dan keimanan mereka kepada Allah SWT. Bukannya merekamenjadi hamba nafsu, bukannya mereka yang dikawal oleh nafsu.

    Perkara ini, akhirnya akan melahirkan hamba-hamba Allah yang siap

    melaksanakan perintahNya tanpa rungutan, dan menjadi hambaNya yang

    benar-benar taat dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

    Merdeka dengan sebenar-benar kemerdekaan.

    Penutup: Tidak terbelenggu nafsu, jiwa bebas dari tuntutan dunia yang

    mengharu

    Apabila kita berjaya memahami akan hakikat ini, maka dunia akantunduk kepada kita.

    Inilah dia yang dikatakan meletakkan dunia di dalam tangan. Dunia

    sedikit pun tidak terlekat di hati. Maka segala apa berkaitan dunia, adalah

    untuk kita manipulasikan bagi mendapat keredhaan Allah SWT.

    Yang ada di dalam jiwa hanyalah cinta kepadaNya.

    Nafsu yang terpenjara di dalam kawalan kita.

    Sedang jiwa kita bebas daripanya.

    Merdeka, dengan didikan Ramadhan ke arah menjadi hambaNya!

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    46/63

    Bab 10:10 Malam Terakhir.Lailatul Qadr

    Malam yang lebih baik dari 1000 bulanTetapi kadangkala menjadi bencana bagi yang tidak memahami

    Ganjaran pembakar semangatAkhirnya menjadi tuhan

    Hingga terkelambu sebulan RamadhanDan terlepas manusia dari peluang perubahan

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    47/63

    10 Malam Terakhir. Antara sajian lazat di dalam Bulan Ramadhan yang mulia,dan sering sahaja 10 malam terakhir ini diulang-ulang peringatannya, bahkan

    semenjak awal Ramadhan lagi agar tidak disambil lewakan manusia.

    Apakah yang membuatkan 10 malam terakhir begitu mengujakan?

    Yang menjadikan 10 malam terakhir Ramadhan kali ini amat dikejariadalah kewujudan Lailatul Qadr. Satu malam yang istimewanya melebihi 1000

    bulan. Ia bukannya sama dengan seribu bulan. Tetapi jauh lebih baik lagi.

    Allah SWT sendiri mengisytiharkan sedemikian dalam firmanNya:

    Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, danadakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari

    sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril)dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu

    sehingga terbitnya fajar Surah Al-Qadr ayat 1-5.

    Ini menyebabkan ramai yang teruja dengan Lailatul Qadr. Hendak

    ibadahnya dikira seakan-akan dia beribadah lebih dari 1000 bulan. Hendakkan

    dirinya terampun dan sebagainya.

    Tetapi, bila dilihat-lihat kembali, seakan wujud satu lawak di dalam halLailatul Qadr orang kita.

    Lailatul Qadr kamu, Lailatul Qadr aku

    Semalam Lailatul Qadr la.

    Eh, mana ada. Seingat aku dua hari lepas la.

    Ya Allah, sungguh, aku nampak tanda-tandanya.

    Mustahillah. Dua hari lepas tu aku nampak tanda-tandanya, jelas

    sangat.

    Mungkin ini antara perbualan yang anda akan dengari sekiranya anda kaki

    mendengar perbualan orang. Saya apabila mendengar perbualan ini dari rakan-

    rakan saya, saya hanya tersengih sahaja.

    Boleh pula seorang kata lailatul qadr malam ini dan seorang lagi kata duahari lepas. Mengapa ya?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    48/63

    Jawapannya mudah, seorang bangun qiamullail malam tadi, manakalaseorang lagi bangun qiamullail dua hari lepas. Sedangkan pada dua hari lepas,

    yang berqiamullail hari ini tidak bangun, manakala pada hari ini, yang

    berqiamullail dua hari lepas tidak bangun.

    Maka jadilah lailatul qadr kamu, dan lailatul qadr aku.

    Masing-masing nak mengaku dirinya mendapat lailatul qadr, pada hari

    dia bangun.

    Mencari, bukan menunggu

    Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas

    di dalam sabda baginda:

    Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malamterakhir. Hadith Sohih riwayat Bukhari.

    Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: Carilah.

    Tiada perkataan menanti atau menunggu atau mana-mana yang

    sekaum dengannya.

    Bahkan diriwayatkan di dalam hadith yang lain, dari Aisyah RH,katanya: Nabi SAW biasanya apabila tiba sepuluh(yang akhir daripadabulan Ramadhan), baginda akan mengikat sarungnya erat-erat, beliaumenghidupkan malam-malamnya dan beliau kejutkan keluarganya. Hadithsohih Riwayat Bukhari.

    Dan mencari ini adalah bukan dengan menunggu petanda pelik-pelik

    seperti pokok sujud, langit terang, dan sebagainya. Mencari di sini adalah

    dengan kita bersungguh-sungguh mengisi 10 malam terakhir itu denganibadah kepada Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah

    SAW sendiri.

    Sedang Rasulullah sendiri tidak menunggu, bahkan baginda

    mencari, mengapa kita asyik sibuk menanti petanda-petanda pelik?

    Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr

    Apakah hikmahnya Allah SWT menyembunyikan malam yang hebat penuhbarakah ini? Yang Rasulullah SAW sabdakan sebagai:

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    49/63

    Barangsiapa yang mendirikan malam Al-Qadr dengan penuh keimanandan berkira-kira, nescaya akan diampunkan buatnya segala dosanya yangtelah berlalu. Hadith riwayat Bukhari.

    Hikmahnya adalah tersembunyi di dalam ayat berikut:

    Adalah untuk melihat, di manakah antara kamu yang terbaikamalannya Surah Al-Mulk ayat 2.

    Lailatul Qadr bukanlah untuk mereka yang bermalas-malasan dan

    bermain-main dalam beribadah kepada Allah SWT. Bukan untuk mereka yang

    seakan-akan menanti durian runtuh sambil bergoyang kaki, menantikeampunan Allah dengan sambil lewa. Bukan dan bukan.

    Lailatul Qadr adalah rezeki daripada Allah SWT yang diberikan hanya

    kepada mereka yang berusaha.

    Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluhmalam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr?

    Semestinya tidak.

    Tetapi untuk yang lip lap lip lap?

    Banyak lompong untuk Lailatul Qadr bolos dari pelukan mereka.

    Ternyata, Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar

    bersungguh berusaha.

    Jangan bermimpi hendak mendapatkan syurga dengan bermain-main

    Dan perkara ini jelas menunjukkan kepada kita betapa perkara besarseperti keampunan Allah, rahmatNya, syurgaNya, malam yang lebih baik dari

    1000 bulan, bukanlah perkara yang kita boleh dapat dengan bernasib baik

    seakan-akan bermain loteri.

    Tiada orang akan mendapat syurga dengan bermain-main.

    Semua mendapatkannya dengan kesungguhan.

    Begitulah mahalnya Al-Qadr.

    Tidakkah kita memahami?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    50/63

    Dan untuk mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh

    Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam

    lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga.

    Mungkin sebahagian kita memberikan alasan sedemikian rupa.

    Tidak mengapa sebenarnya. Terlepas pun tak mengapa kalau kita sudah

    bersungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh

    dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh.

    Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah

    lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.

    Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang

    berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tidak pernah

    merasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang

    bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah

    akan berikan yang terbaik untuk-Nya.

    Kalau tidak dapat lailatul qadr, tetapi dapat redha Allah, dapat

    pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?

    Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, takikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebihdari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat,

    dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat

    lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu

    kemenangan?

    Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang

    memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.

    Dan kita tidak berRamadhan hanya kerana hendak mendapat Lailatul

    Qadr.

    Kita melalui Ramadhan adalah untuk mengubah diri kita.

    Jadi, apakah yang goyang kaki menunggu Lailatul Qadr itu adalah yang

    telah mengubah keadaan dirinya?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    51/63

    Penutup: Maka bangkitlah. Bersungguh-sungguh!

    Maka, selagi ada waktu, kita sepatutnya memperbaiki kefahamanan ini, dan

    bangkit menjadi manusia yang bersungguh-sungguh sedari mula lagi.

    Kita semarakkan Ramadhan dengan kesungguhan kita. Mengambil

    segenap ruang dan peluang yang ada untuk kita gunakan Ramadhan sebagaimedan perubahan pada diri kita.

    Kita tidak lagi memegang kepercayaan yang biasa. Menanti Ramadhan

    sekali setahun hanya untuk mendapat lesen beraya. Menanti Lailatul Qadr,

    seakan-akan menjadi piala bahawa dia telah menjalani Ramadhan denganbaik. Tidak dan tidak.

    Kita menjalani Ramadhan, adalah untuk mengubah diri kita.

    Ya. Fokus dengan kepercayaan itu.

    Dan bergeraklah!

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    52/63

    Bab 11:

    Kamu tidak layakuntuk Aidilfitri.Apakah kita fikir kita layak,

    Untuk ke majlis orang-orang yang berjaya mencapai ijazah taqwa?Sedang kita selama Ramadhan bersambil lewa?

    Sungguh AidilFitri perayaan kembali kepada fitrah,Maka apakah yang ada untuk manusia yang masih di tempat yang

    sama?Ramadhan dilepaskan begitu sahaja,

    Tiba-tiba Aidilfitri kita yang sibuk berhari-rayaSungguh manusia itu alpa dan lupa

    Tidak sedar akan dirinya siapa

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    53/63

    Apabila Aidilfitri sudah semakin hampir. Bagaimanakah keadaan kita?Ya, pastinya ramai yang bergembira, pastinya ramai yang bersukaria.

    Kadangkala, hingga kita terlupa bahawa Ramadhan hadiah Allah itu sudah

    hendak pergi meninggalkan kita. Kadangkala, hingga kita memberhentikansegala ibadah dan amalan kerana kononnya hendak fokus kepada Aidilfitri

    yang menjelang.

    Saya melihat kepada diri saya sendiri. Satu soalan yang beberapa tahun

    kebelakangan ini saya tanya pada diri.

    Apakah saya adalah seorang yang layak merayakan Aidilfitri?

    Persoalan itu timbul di dalam diri saya.

    Oh ya, sebelum kita pergi jauh kepada persoalan yang ditimbulkan oleh

    saya itu, saya ingin membuka satu lagi persoalan: Apakah kita ini tahu

    sebenarnya Aidilfitri itu untuk siapa?

    Tahukah?

    Adakah kita layak untuk merayakannya sebenarnya?

    Dan bagaimanakah sebenarnya untuk merayakannya?

    Makna Aidilfitri dan hakikatnya

    Perkataan Aid atau (id) pada awal kata Aidulfitri adalah berkmaksud

    perayaan. Perkataan fitri atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di

    dalam bahasa arab, saya sering menyebutnya dengan ejaan begini: idulfitr.Perkataan id + al-fitr.

    Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini?

    Mengapa namanya demikian?

    Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah

    kegunaan Ramadhan?

    Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi,

    pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik,

    maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    54/63

    seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembalikepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.

    Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yangberjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang

    bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk

    kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkanRamadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk

    dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.

    Itulah maknanya Aidilfitri.

    Persoalannya, apakah kita...?

    Persoalannya, apakah kita telah mengisi Ramadhan dengan bersungguh-

    sungguh?

    Persoalannya, apakah kita menghidupkan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh?

    Persoalannya, apakah kita menghargai Ramadhan dengan amalan-amalan

    kita?

    Persoalannya, apakah kita benar-benar mengerah diri untuk menyerapkhasiat Ramadhan?

    Dan kemudian kita bergembira-gembira walaupun Ramadhan belum

    tamat bahkan dalam keadaan sudah hampir hendak pergi meninggalkan kita,

    dalam keadaan kita bersambil lewa dan bermain-main dalam melayaniRamadhan?

    Saya ada rasa sedikit malu pada diri saya. Sebab saya kira, Aidilfitribukan untuk saya.

    Perasan atau tidak, untuk mereka yang bermain-main di dalam

    Ramadhan, yang tidak bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan, Aidilfitri

    jelas sekali bukan satu perayaan untuk mereka.

    Sebab kita tidak berjaya kembali kepada fitrah. Ramadhan kita isi dengan

    drama-drama dan perkara yang melalaikan. Kita tidak bangkit pun qiam. Kita

    tidak banyakkan pun sedekah. Kita tidak rancang apa-apa pun amal untuk

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    55/63

    Ramadhan. Kita tidak pula melayan Ramadhan dengan keimanan dan berkira-kira. Bahkan ada antara kita, di dalam Ramadhan masih bermaksiat, ingkar

    pada Allah, hidup bukan di atas sistemNya, hidup bukan mencari redhaNya.

    Untuk kita yang menyangka Aidilfitri adalah hanya perayaan kita berjaya

    menahan lapar dan dahaga selama 30 hari, adakah Aidilfitri untuk kita? Saya

    rasa malu.

    Perayaan Aidilfitri yang hakiki

    Hakikatnya, yang dinamakan Aidilfitri itu hanyalah pada 1hb Syawal sahaja.

    Sebab itu, pada hari itu diharamkan untuk seluruh ummat Islam berpuasa.

    Hari itu, memang ummat Islam diarahkan bergembira, memakai pakaian

    yang lawa-lawa, memakai bau-bauan yang wangi, dan diarahkan untuk

    berkumpul serta membesarkan Allah SWT sebesar-besarnya untuk

    mensyukuri pengembalian mereka kepada fitrah itu secara beramai-ramai.

    Kemudian pulang dari masjid untuk berziarah-ziarah.

    Tetapi lihatlah, pada 2hb Syawal, kita sudah boleh mula berpuasa enam.

    Tandanya, 2hb Syawal bukanlah hari besar ummat Islam. Jika di Jordan,

    suasana ini saya rasai. Pada hari ke-2, sudah berakhir segala promosi raya.

    Yang ada mungkin hanya ziarah menziarahi sepanjang cuti. Biasanya KerajaanJordan akan memberikan cuti sekitar lima hari.

    Namun kita, dengan tanpa rasa malu, walaupun mengisi Ramadhan

    sekadar sambil lewa sahaja, beraya sampai 30 hari lamanya. Kononnya

    membalas dendam pantang itu ini selama 30 hari di bulan Ramadhan. Bahkan

    ada pula yang merayakan Hari Raya lebih dari 30 hari.

    Tulisan saya ini, bukanlah untuk menyelar mereka yang berziarah

    walaupun selepas 1hb Syawal. Tidak mengapa berziarah. Ziarahlah. Tujuanartikel ini ditulis, adalah untuk menunjukkan, di mana hakikatnya kita perlu

    meletakkan kegembiraan kita yang sebenarnya.

    Hamba-hamba Allah yang sebenar itu, adalah yang mengambil manisan

    dunia sekadarnya sahaja. Bukannya melebih-lebih.

    Saya lihat, sheikh-sheikh saya yang berdiri lama mengabdikan diri

    kepada Allah pada bulan Ramadhan, yang masuk hard mode dalam

    Ramadhan dalam beribadah dan menyebarkan kebaikan, cukup bersederhana

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    56/63

    meraikan Aidilfitri sehari cuma.

    Saya jujurnya, malu pada diri saya sendiri.

    Sebab itu, puisi itu muncul

    Rentetan hal ini, saya ada menulis sebuah puisi setahun yang lalu:

    Aidilfitri belum tiba lagi,

    Tidak perlu ucapkan Selamat Hari Raya untukku tika ini,Sedang Ramadhan kekasihku cintaku hendak bergerak pergi,

    aku tidak berkenan merayakan apa-apa kiniwaktu ini waktuku untuk waktunya sahaja.

    Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja.Aidilfitri belum tiba lagi, dan belum tentu aku layak merayakannya nanti

    Kerna Aidilfitri,Hanyalah perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan

    sesempurna hati

    ~Hilal Asyraf~

    050910

    1005AMRumah, Johor

    Malaysia

    Puisi ini bukanlah hakikatnya untuk menghalang diri kita dari menyebut

    selamat hari raya. Tetapi adalah untuk kita rasa tersindir dengan sikap kita

    yang sebenarnya tidaklah mengisi Ramadhan sesungguh mana pun, namunmenyambut Aidilfitri seakan-akan Aidilfitri itu benar-benar untuk dia.

    Saya amat terkesan dengan sahabat merangkap senior saya: Abang AliIrfan bin Jamaluddin.

    Saya berkata kepadanya tahun lepas ketika beberapa hari sebelum tamat

    Ramadhan: Selamat Hari Raya Abang Ali. Terus dengan pantas dia

    membalas: Ish, Ramadhan belum habis lagi.

    Ya. Saya malu. Saya jadi malu. Saya telah meninggalkan Ramadhan

    hadiah Allah yang sebenarnya, sebelum Ramadhan meninggalkan saya.

    Sepatutnya, saya dakap Ramadhan erat-erat sebelum dia meninggalkan saya.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    57/63

    Sepatutnya, saya terpaksa terpisah dengan Ramadhan. Bukan merelakanperpisahan saya dengannya.

    Sebab Ramadhan adalah hadiah hakiki untuk manusia.

    Sedang Aidilfitri, adalah hadiah kepada mereka yang berjaya melayani

    hadiah Ramadhan dengan baik.

    Barangsiapa yang tidak melayani, menghargai hadiah Ramadhan

    daripada Allah itu dengan baik, hakikatnya Aidilfitri bukanlah untuknya.

    Penutup: Kita patut lihat diri kita semula. Muhasabah agar kita adalah

    yang layak untuk Aidilfitri.

    Kita hakikatnya masih ada waktu lagi untuk kita memasukkan diri kita dalam

    kalangan mereka yang layak merayakan Aidilfitri. Kita masih ada waktu. Kita

    masih ada peluang. Ramadhan yang berjalan ini tidak patut kita sia-siakan.

    Kita sepatutnya melihat semula diri kita. Hari-hari yang telah berlalu,

    apakah yang telah kita lakukan.

    Kemudian perhatikan, apakah kita ini hakikatnya layak merayakan

    Aidilfitri?

    Sama-samalah kita muhasabah.

    Waktu masih ada.

    Jangan jadi hamba yang tidak bersyukur, kemudian celaka.

    Sedang Ramadhan ini Allah berikan sebagai hadiah yang besar buat kita

    para pendosa.

    Apakah tergamak kita membuang Ramadhan ini begitu sahaja?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    58/63

    Penutup:Ramadhan itu hanyatempat berteduh.

    Dan katalah Ramadhan itu telah berlalu,Apakah telah mati Tuhanmu itu?

    Dan katalah Ramadhan itu telah pergi,Apakah dunia ini kehilangan Ilahi?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    59/63

    Bayangkan kita sekarang sudah masuk ke bulan syawal. Sudah beberapa harikita meninggalkan bulan tercinta kita, yakni Ramadhan. Kita tidak lagi berada

    di bulan yang mulia dan dimuliakan itu.

    Saya suka bertanya bagaimana kondisi hati kita sekarang di bulan Syawal

    ini? Bagaimana amal? Bagaimana akhlak? Bagaimana sikap? Adakah kita hari

    ini, telah meninggalkan segala-gala didikan yang kita dapat dalam Ramadhanlalu?

    Duduklah sebentar, lihat pada diri sendiri tanpa menuding kepada orang

    lain. Saat Ramadhan telah terlepas dari gapaian kita. Sedang Ramadhan yang

    akan datang belum tentu ada buat kita. Duduklah sebentar dan fikirkankeadaan ini.

    Apakah perasaan kita?

    Wahai pembaca, ketahuilah bahawa, Ramadhan itu hanya tempat

    berteduh sahaja.

    Tempat berteduh untuk mengambil bekal buat perjalanan yang masih

    panjang.

    Masih ingatkah kita nanti ketika itu?

    Masih ingatkah kita, apabila kita telah menjejak Syawal, bagaimana kita

    bersungguh-sungguh mengisi masa di dalam Ramadhan lalu?

    Adakah jam kita telah berkurang pada bulan lain, menyebabkan kita rasa

    lemah untuk mengekalkan prestasi kita di Ramadhan lalu?

    Masih ingatkah bagaimana kita bersungguh-sungguh menjaga akhlak dan

    perilaku semasa Ramadhan lalu?Apakah kebaikan-kebaikan itu telah tidak dikira, tertutup pada bulan lain,

    menyebabkan kita rasa tidak perlu untuk meneruskan kebaikan itu?

    Masih ingatkah bagaimana kita bersungguh-sungguh mencari keredhaan

    Allah SWT dalam Ramadhan yang lalu?

    Apakah Allah SWT tidur pada bulan lain, atau telah mati pada bulan-

    bulan yang lain, meyebabkan kita merasakan tidak lagi berguna kita

    meneruskan kesungguhan kita itu?

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    60/63

    Ramadhan itu tempat berteduh.

    Wahai pembaca, ketahuilah bahawa Ramadhan itu tempat berteduh sahaja.

    Hanya tempat berteduh untuk orang-orang beriman mengisi semula bekalanmereka. Taqwa, sebaik-baik bekal dalam perjalanan manusia untuk

    menembusi akhirat.

    Maka apakah maknanya andai kita tidak membawa bekalan itu ke bulan-

    bulan yang lain?

    Ramadhan bukan segala-galanya. Maka jangan kita tinggalkan segala-

    galanya di dalam Ramadhan sahaja.

    Sepatutnya apabila kita menjejak Syawal nanti, keluar dari Ramadhan

    nanti, kita ingat kembali kehidupan kita dalam bulan yang mulia ini,

    Ramadhan ini. Malulah kita kepada Allah yang sentiasa hidup dan berjaga,

    jika kita hanya bersungguh di dalam Ramadhan sahaja. Bukankah kita ini

    menyembah Allah, bukannya Ramadhan? Apa yang telah anda lakukan kepadaAllah yang memberikan Ramadhan sebagai hadiah kepada kita?

    Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetaphidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

    Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langitdan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa

    yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangmereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkanapa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah

    (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadikeberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lahYang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

    Surah Al-Baqarah ayat 255.

    Konsep Ramadhan adalah konsep teduhan penuh bekal. Bekalan yang

    hanya mampu diambil dengan didikan. Sekarang adalah masa merealisasikan

    didikan Ramadhan. Kalau sekarang kita meninggalkan kebaikan-kebaikan

    yang kita berjaya lakukan, yang kita dapat buat semasa Ramadhan, maka

    bukankah kita ini hamba yang merugi?

    Jangan sesekali kata: Pahala aku masa Ramadhan telah diganda-

    gandakan. Apa salahnya berehat-rehat di bulan yang lain.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    61/63

    Sesungguhnya kita adalah hamba yang palsu jika befikiran sebegitu.Untuk siapakah anda bersungguh-sungguh dalam Ramadhan? Untuk mencapai

    keredhaan Allah kah, atau semata-mata untuk berbuat dosa lebih banyak pada

    bulan lain? Apakah maknanya ketaatan di bulan Ramadhan jika untukdigadaikan dengan keingkaran di bulan yang lain?

    Ramadhan depan ada lagi. Jika kata-kata itu keluar, anda manusiaterangkuh sekali di alam ini.

    Andakah yang memegang nyawa wahai pembaca? Anda kah? Bagaimana

    anda tahu anda boleh hidup lagi pada Ramadhan akan datang?

    Bagaimana kalau nyawa anda ditarik, di tengah-tengah kealpaan semasa

    mengharungi 11 bulan yang lain?

    Penutup: Dan permusafiran hidup itu perlu diteruskan.

    Ramadhan itu tempat berteduh sahaja. Hanya tempat berteduh, untuk kitamengambil bekal yang disediakan. Bekalan taqwa dan peningkatan keimanan.

    Untuk kita harungi 11 bulan lagi ibarat musafir dalam perjuangan. Sebelum

    Allah izinkan kita kembali semula ke bulan teduhan Ramadhan, mahupun

    Allah menarik kita di tengah perjalanan.

    Hiduplah wahai diri saya dan pembaca. Hiduplah kita dengan kehidupanhamba. Tunduk sepanjang masa tanpa sekalipun mendabik dada kepada Allah

    yang mencintai kita. Muhasabah kembali saat-saat Ramadhan kita yang telah

    dilalui apabila nanti kita telah keluar dari Ramadhan ini.

    Realisasikanlah didikan yang kita perolehi dalam Ramadhan.

    Atau kita sebenarnya hamba-hamba yang merugi.

    Semasa masih mempunyai rezeki hidup di dalam Ramadhan ini, mari kita

    fikir-fikirkan saat Ramadhan ini berlalu pergi nanti. Apakah kita ingin

    Ramadhan ini pergi dalam keadaan kita tidak sempat mengambil bekal? Atau

    kita ingin Ramadhan ini berlalu dalam keadaan kita sempat mengambil bekal

    yang mencukupi?

    Sungguh, selepas Ramadhan masih wujud kehidupan.

    Ramadhan hanyalah teduhan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    62/63

    Manifestasi Taqwa ijazah Ramadhan itu adalah dalam melalui kehidupan,bukan dengan melalui Ramadhan.

  • 8/4/2019 Semarak Ramadhan Langit Ilahi

    63/63

    Layari laman web Langitilahi.com bagi mendapatkan

    pengisian-pengisian yang bermakna dan penuh manfaat

    sepanjang bulan Ramadhan ini!

    Langitilahi.com

    Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan bahan-bahan yang terdapat di sini,namun alamat langitilahi.com hendaklah disertakan bersama untuk

    memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan

    berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh

    diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam

    bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi,