Sembahyang sunat

11
Sembahyang Sunat Qudum Sembahyang sunat Qudum ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba ditempat yang dituju. Adapun sembahyang ini dilakukan sebanyak dua raka'at. Cara melaksanakannya 1. Lafaz dan niatnya ialah seperti berikut: Ushalli sunnatal quduumi rak'ataini lillahita'ala Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunt Qudum dua raka'at kerana Allah ta'ala 2. Bacaan surah selepas Fatihah: Raka'at pertama: Surah Al-Kafiruun Raka'at kedua: Surah Al-Ikhlas. 3. Selepas selesai mengerjakan sembahyang, maka bacalah doa seperti berikut: A'uuzu bikalimaa tillaahit taammaatil latii laa yujaawizuhunna barrun walaa faajirun min syarrimaa khalaq. Allahumma a'thinaa khaira haazal manzili wakhairwamaa fiih, wakfinaa syarrahu wasyarramaa fiih. Rabbi anzilnii munzalan mubaarakan wa-anta khairul munziliin. Sembahyang Sunat Nikah Setelah selesai majlis akad nikah, maka bagi kedua-dua pengantin, terutamanya bagi pengantin lelaki, adalah disunatkan untuk bersembahyang sunat kerana nikah. Ini ialah untuk menandakan syukur kehadrat Allah swt diatas nikmat yang diberikan dan mengingatkan bahawa dengan berkahwin, terpikullah satu amanah Allah yang besar.

Transcript of Sembahyang sunat

Page 1: Sembahyang sunat

Sembahyang Sunat Qudum

Sembahyang sunat Qudum ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba ditempat yang dituju. Adapun sembahyang ini dilakukan sebanyak dua raka'at.

Cara melaksanakannya

1. Lafaz dan niatnya ialah seperti berikut:  

Ushalli sunnatal quduumi rak'ataini lillahita'ala

Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunt Qudum dua raka'at kerana Allah ta'ala

2. Bacaan surah selepas Fatihah:     Raka'at pertama: Surah Al-Kafiruun     Raka'at kedua: Surah Al-Ikhlas.

3. Selepas selesai mengerjakan sembahyang, maka bacalah doa seperti berikut:  

A'uuzu bikalimaa tillaahit taammaatil latii laa yujaawizuhunna barrun walaa faajirun min syarrimaa khalaq. Allahumma a'thinaa khaira haazal manzili wakhairwamaa fiih, wakfinaa syarrahu wasyarramaa fiih. Rabbi anzilnii munzalan mubaarakan wa-anta khairul munziliin.

Sembahyang Sunat Nikah

Setelah selesai majlis akad nikah, maka bagi kedua-dua pengantin, terutamanya bagi pengantin lelaki, adalah disunatkan untuk bersembahyang sunat kerana nikah.

Ini ialah untuk menandakan syukur kehadrat Allah swt diatas nikmat yang diberikan dan mengingatkan bahawa dengan berkahwin, terpikullah satu amanah Allah yang besar.

Cara melaksanakannya

1. Cara melaksanakannya adalah sama dengan sembahynag sunat dua rakaat yang lain, dengan niatnya:    

Page 2: Sembahyang sunat

Ushalli sunnatal "aruusi rak" ataini lillahi taa'la

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sesudah nikah dua rakaat sunat kerana Allah taa'la"

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah :     Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun     Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas

3. Lakukanlah sebagaimana sembahyang sunat yang lain sebanyak dua rakaat.  

Sembahyang Sunat Mutlak

Selain daripada waktu-waktu yang terlarang sembahyang padanya, maka adalah disunatkan untuk sembahyang dua raka'at. Sembahyang sunat ini dinamakan sembahyang sunat Mutlak, iaitu sunat yang tidak bersebab, bukan kerana masuk ke masjid, bukan kerana sembahyang sunat sebelum sembahyan fardhu, bukan untuk sesuatu hajat atau sebagainya. Ia merupakan sembahyang yang dilakukan untuk mengisi waktu lapang dengan amalan yang baik.

Rsulullah saw dan para sahabat, tabiin da para salafussoleh sering mengisi masa lapang mereka dengan sembahyang sunat mutlak ini. Mereka tidak suka membazir masa dengan hiburan yang tidak mendatangkan faedah. Malah kepada mereka sembahyang itulah merupakan hiburan kerana waktu itu mereka dapat bercakap dengan    

SEMBAHYANG KHAWF (KETIKA TAKUT)

* Sembahyang khawf ialah sembahyang fardhu yang didirikan ketika berlaku peperangan. Ia istimewa daripada sembahyang lain disebabkan beberapa rukhsah (kemudahan) yang diberikan terutamanya ketika berjama‘ah.* Sembahyang khawf mempunyai dua keadaan berdasarkan keadaan peperangan yang berlaku, iaitu:

1. Keadaan berjaga-jaga dan peperangan belum tercetus.

2. Ketika peperangan tercetus, saf-saf bertaburan dan suasana membimbangkan.

KEADAAN BERJAGA-JAGA DAN PEPERANGAN BELUM TERCETUS

* Bagi keadaan ini terdapat dua cara yang berbeza dengan sebab perbezaan

Page 3: Sembahyang sunat

kedudukan musuh:

1. Ketika musuh berada dan terkawal pada arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Imam hendaklah menyusun tentera kepada dua saf, empat atau lebih dan bersembahyang bersama-sama dengan mereka. Apabila imam sujud, saf yang berada di belakang imam hendaklah turut sujud bersama dengan imam. Manakala yang baki hendaklah menjaga rakan-rakan mereka yang sedang sujud daripada gerakan musuh. Apabila imam dan saf yang sujud bersamanya bangun, maka saf yang berdiri tadi hendaklah sujud sehingga mereka bersama dengan imam ketika duduk tasyahhud. Selepas itu semuanya memberi salam bersama dengan imam. Inilah cara sembahyang yang dilakukan oleh Rasulullah dalam peperangan Asfan.

2. Ketika musuh bertebaran, bukan berada di arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Cara sembahyang yang disunatkan dalam keadaan tersebut ialah seperti berikut:

a) Tentera yang bersembahyang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama berdiri ke arah musuh kerana mengawal dan menjaga orang-orang Islam dan kumpulan kedua pergi menunaikan sembahyang secara berjama‘ah bersama-sama imam.

b) Imam bersembahyang bersama dengan kumpulan kedua hingga selesai satu raka‘at. Apabila imam berdiri pada raka‘at kedua, para ma’mum hendaklah berniat mufaraqah (bercerai daripada imam) dan mereka menyempurnakan raka‘at kedua secara sendiri. Kemudian mereka pergi ke tempat kumpulan pertama yang sedang berjaga.

c) Kumpulan pertama yang berjaga datang pula mengikut imam dan imam semestinya berdiri lama pada raka‘at kedua sekadar kumpulan pertama sempat berdiri bersamanya. Imam bersembahyang dengan mereka pada raka‘at kedua yang merupakan raka‘at pertama jika dinisbahkan kepada ma’mum. Apabila imam duduk untuk tasyahhud, mereka bangun menyempurnakan raka‘at kedua sehingga mereka duduk dalam keadaan imam masih membaca tasyahhud. Kemudian imam memberi salam bersama-sama mereka.

KETIKA PEPERANGAN TERCETUS, SAF-SAF BERTABURAN DAN SUASANA MEMBIMBANGKAN.

* Apabila berlaku keadaan tersebut, maka tidak ada cara tertentu untuk

Page 4: Sembahyang sunat

ditunaikan sembahyang. Bahkan setiap orang menunaikan sembahyang mengikut keadaan yang mengizinkan mereka mendirikannya sama ada dalam keadaan berdiri, menunggang, berjalan kaki atau berhenti, sama ada menghadap qiblat atau tidak. Ruku‘ dan sujud dilakukan dengan isyarat atau dengan menggerakkan kepalanya sebagai isyarat kepada ruku‘ dan sujud dengan menjadikan sujud lebih rendah daripada ruku‘.

Sunday, 5 April 2009Risalah Solah - 7 Jenis Solat Sunat Posted by hafidz omar on 06:36

Sebagai seorang muslim selain dituntut mengerjakan solat fardhu berjemaah, kita juga perlu mengerjakan solat-solat sunat bagi mencari keredhaan Allah s.w.t disamping menghidupkan sunnah nabi s.a.w. Diantara solat sunat yang afdhal dilakukan dalam seharian ada 7 jenis semuanya. Seperti berikut ;

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

Fadhilat Solat Awwabin

Sabda Nabi saw yang bermaksud:"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Page 5: Sembahyang sunat

SOLAT SUNAT RAWATIBJenis Salat Sunat Rawatib

1. Salat sunat qabliyah / qobliyah adalah sholat sunah yang dilaksanakan

sebelum mengerjakan solat wajib.

2. shalat sunah ba'diyah adalah sholat yang dikerjakan setelah melakukan shalat

wajib.

D. Macam-macam Sholat Sunah Rawatib

1. Salat sunat rawatib muakkad / penting

Adalah sholat sunat rawatib yang dikerjakan pada :

- Sebelum subuh dua rokaat

- Sebelum zuhur dua rokaat

- Sesudah dzuhur dua rokaat

- Sesudah maghrib dua rokaat

- Sesudah isya dua rokaat

2. Salat sunat rawatib ghoiru muakkad / tidak penting

Adalah sholat sunat rawatib yang dikerjakan pada :

- Sebelum zuhur dua rokaat

- Setelah zuhur dua rokaat

- Sebelum ashar empat rokaat

- Sebelum magrib dua rokaat

- Sebelum isya dua rokaat

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya

Page 6: Sembahyang sunat

ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

Rasulullah SAW bersabda,“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.4. Dimudahkan hisab ke atasnya.5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

SOLAT SUNAT ISYRAK

Sesudah Terbitnya matahari kira-kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan sembahyang 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq

Daripada anas bin maliq, rasulullah s.a.w bersabda;

Sesiapa yang bersembahyang subuh berjemaah, kemudian duduk berzikrullah sehinga terbit matahari, kemudian dia bersembahyang sunat 2 rakaat adalah baginya pahala mengerjakan haji dan umrah.(riwayat tarmizi)

SOLAT SUNAT DHUHA

Page 7: Sembahyang sunat

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-

Page 8: Sembahyang sunat

kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

SOLAT TAUBAH

Di dalam Al-Quran Allah berfirman ;

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa yaitu dengan 2 rakaat, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada waktu makruh. Sebaik-baiknya pada waktu 2/3 malam (semasa qiamullail)

Keterangan

*Makruh tahrim - Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1.

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.2.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.3.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun

Page 9: Sembahyang sunat

ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).4.

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.5.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.