Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 PUSAT · PDF filesemester 1 sesi akademik 2016/2017 1 pusat...

3
Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 1 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT PELANTIKAN PENSYARAH 1.0 TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN 1.1 Membuat persediaan pengajaran yang mencukupi berdasarkan rangka kursus yang diluluskan oleh jabatan masing-masing. Satu salinan rangka kursus hendaklah disimpan di dalam fail kursus. 1.2 Menyampaikan kuliah pada masa, tarikh dan hari yang ditetapkan. Jadual waktu kuliah yang diberikan tidak boleh diubah, ditunda atau dibatalkan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Penyelaras Program. 1.3 Menyampaikan sendiri kuliah yang ditetapkan. Pensyarah tidak dibenarkan menghantar wakil bagi menggantikan kuliahnya tanpa mendapat persetujuan daripada Penyelaras Program. 1.4 Pensyarah DIWAJIBKAN menggunakan iFOLIO dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran agar dapat mempertingkatkan prestasi pelajar. 1.5 Sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan pengendalian kuliah (seperti bilik kuliah, pembelajaran & pengajaran, dll) hendaklah dikemukakan kepada Penyelaras Program untuk tindakan pihak PKP seterusnya. 1.6 Kelas boleh dibatalkan sekiranya tidak mencapai jumlah minimum yang telah ditetapkan (Kuala Lumpur-10, Bangi-5) 1.7 Pensyarah yang ingin menarik diri hendaklah memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum menarik diri. 1.8 Pengarah PKP, atas persetujuan fakulti boleh menamatkan perkhidmatan pensyarah yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas. 1.9 Pensyarah tidak dibenarkan mengumumkan sebarang keputusan peperiksaan kepada pelajar. 1.10 Pensyarah TIDAK DIBENARKAN MENUKAR TAJUK BUKU TEKS yang telah dibekalkan DAN permohonan untuk membuat salinan daripada buku teks juga tidak dibenarkan. 1.11 Pensyarah yang ingin mencetak nota diminta menghantar salinan utama 3 hari waktu pejabat sebelum tarikh kuliah.

Transcript of Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 PUSAT · PDF filesemester 1 sesi akademik 2016/2017 1 pusat...

Page 1: Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 PUSAT · PDF filesemester 1 sesi akademik 2016/2017 1 pusat kembangan pendidikan (pkp) universiti kebangsaan malaysia syarat pelantikan pensyarah

Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017

1

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SYARAT PELANTIKAN PENSYARAH

1.0 TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN

1.1 Membuat persediaan pengajaran yang mencukupi berdasarkan rangka kursus yang diluluskan oleh jabatan masing-masing. Satu salinan rangka kursus hendaklah disimpan di dalam fail kursus.

1.2 Menyampaikan kuliah pada masa, tarikh dan hari yang ditetapkan. Jadual

waktu kuliah yang diberikan tidak boleh diubah, ditunda atau dibatalkan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Penyelaras Program.

1.3 Menyampaikan sendiri kuliah yang ditetapkan. Pensyarah tidak dibenarkan

menghantar wakil bagi menggantikan kuliahnya tanpa mendapat persetujuan daripada Penyelaras Program.

1.4 Pensyarah DIWAJIBKAN menggunakan iFOLIO dalam menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran agar dapat mempertingkatkan prestasi pelajar.

1.5 Sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan pengendalian kuliah (seperti bilik kuliah, pembelajaran & pengajaran, dll) hendaklah dikemukakan kepada Penyelaras Program untuk tindakan pihak PKP seterusnya.

1.6 Kelas boleh dibatalkan sekiranya tidak mencapai jumlah minimum yang

telah ditetapkan (Kuala Lumpur-10, Bangi-5)

1.7 Pensyarah yang ingin menarik diri hendaklah memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum menarik diri.

1.8 Pengarah PKP, atas persetujuan fakulti boleh menamatkan perkhidmatan

pensyarah yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas.

1.9 Pensyarah tidak dibenarkan mengumumkan sebarang keputusan

peperiksaan kepada pelajar.

1.10 Pensyarah TIDAK DIBENARKAN MENUKAR TAJUK BUKU TEKS yang telah dibekalkan DAN permohonan untuk membuat salinan daripada buku teks juga tidak dibenarkan.

1.11 Pensyarah yang ingin mencetak nota diminta menghantar salinan utama 3

hari waktu pejabat sebelum tarikh kuliah.

Page 2: Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 PUSAT · PDF filesemester 1 sesi akademik 2016/2017 1 pusat kembangan pendidikan (pkp) universiti kebangsaan malaysia syarat pelantikan pensyarah

Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017

2

1.12 Pensyarah yang ingin membuat kuliah gantian, diminta memaklumkan kepada PKP 7 hari waktu pejabat sebelum kuliah untuk urusan tempahan bilik kuliah.

1.13 Sebarang pembatalan kuliah hendaklah dimaklumkan kepada PKP 7 hari

waktu pejabat sebelum tarikh kuliah.

1.14 Melengkapkan fail kursus pengajaran dan serahkan kepada Penyelaras Program pada akhir semester.

2.0 PEPERIKSAAN

2.1 Menyediakan kertas soalan (termasuk peperiksaan pertengahan semester, akhir semester dan peperiksaan gantian) dan memeriksa kertas jawapan, serta memberi gred akhir pelajar sebelum atau pada tarikh akhir yang telah ditetapkan. Satu salinan soalan peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir semester hendaklah di simpan dalam fail kursus.

2.2 Kertas soalan bagi peperiksaan akhir hendaklah ditaksir oleh Jawatankuasa

Penaksir Fakulti pada tarikh yang telah ditetapkan dan memenuhi keperluan ISO. Kertas soalan yang telah siap ditaksir perlu diserahkan kepada PKP sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

2.3 Mengawas peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir semester.

3.0 TUNTUTAN PENGAJARAN & DENDA 3.1 Tuntutan pengajaran boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan

saguhati PKP (boleh dimuat turun di www.ukm.my/pkp) dan serahkan kepada PKP.

3.2 Pensyarah digalakkan membuat tuntutan saguhati pengajaran setiap bulan.

Semua tuntutan saguhati pengajaran MESTI DISERTAKAN DENGAN SALINAN KEHADIRAN yang ditandatangani oleh pelajar.

3.3 Tuntutan berkaitan pengajaran atau penyeliaan adalah untuk tempoh satu tahun sahaja. Tuntutan melebihi tempoh tersebut tidak akan dibuat pembayaran.

3.4 Denda sebanyak RM200.00 akan dikenakan jika pensyarah gagal menghantar soalan peperiksaan kepada Penyelaras Program pada tarikh yang telah ditetapkan.

Page 3: Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 PUSAT · PDF filesemester 1 sesi akademik 2016/2017 1 pusat kembangan pendidikan (pkp) universiti kebangsaan malaysia syarat pelantikan pensyarah

Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017

3

3.5 Denda sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan jika gred akhir peperiksaan tidak diserahkan kepada Penyelaras Program pada tarikh yang telah ditetapkan.

4.0 LAIN-LAIN

4.1 Mematuhi peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh PKP

dan Fakulti.

BUTIRAN KADAR PEMBAYARAN 1. Pensyarah kampus Kuala Lumpur yang mengajar di Bangi / pensyarah kampus Bangi yang

mengajar di Kuala Lumpur layak membuat tuntutan perbatuan RM60 untuk perkuliahan dan pengawasan peperiksaan akhir.

2. Tuntutan elaun perjalanan di luar Lembah Kelang sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan semasa.

3. Elaun perbatuan RM60 akan dibayar kepada pensyarah sambilan yang mengajar di

Bangi/KL tertakluk kepada lokasi tempat tinggal.

4. Saguhati pengajaran yang akan diterima oleh pensyarah meliputi perkara berikut :-

Penyediaan bahan pengajaran yang mencukupi bagi kuliah dan tutorial.

Pengajaran

Penyediaan 1 atau 2 set soalan peperiksaan pertengahan dan akhir semester/gantian .

Menghadiri sesi penaksiran kertas soalan akhir.

Mengawas peperiksaan pertengahan dan akhir semester.

Menghadiri sesi penyelarasan gred akhir peperiksaan.

Memeriksa skrip jawapan peperiksaan pelajar dan menyerahkan kepada PKP mengikut tarikh yang telah ditetapkan.