Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

10
Perisian Open Source: Perisian alternatif untuk Perkhidmatan Awam Disediakan oleh Team Nabalux, JPKN Pengenalan Seluruh dunia kini berhadapan dengan kemelut ekonomi yang berlanjutan daripada krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat. Kemelut ini juga secara langsung atau tidak memberi kesan kepada operasi dan program pembangunan kerajaan dan perkhidmatan awam secara khususnya. Kerajaan di seluruh dunia terpaksa bertindak dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk memastikan ekonomi negara masing-masing sentiasa mapan dan dapat mengharungi cabaran ekonomi ini. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi, terutamanya sektor perkhidmatan awam adalah untuk memastikan perbelanjaan operasi yang kos efektif disamping meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat umum. Cabaran tersebut disahut dengan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dan penggunaan ICT dalam sektor awam secara meluas. Namun perkara tersebut masih dilihat sebagai suatu pelaburan kewangan yang agak besar. Satu pendekatan yang diambil oleh kebanyakan perkhidmatan awam dan khususnya perkhidmatan awam Malaysia adalah dengan memperkenalkan penggunaan perisian open source (OSS). Kertas ini bertujuan untuk memberi penerangan ringkas mengenai OSS dan memberi peluang kepada perkhidmatan awam meninjau kebolehlaksanaan perisian OSS sebagai perisian alternatif dan kos efektif. Kertas ini juga akan menerangkan secara ringkas pelaksanaan program OSS di perkhidmatan awam Malaysia berdasarkan usaha yang dilakukan oleh pihak MAMPU dan juga Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PANS). Apa itu Open Source? Pada lazimnya, OSS dikaitkan dengan perisian percuma. Tetapi pada dasarnya ianya bukanlah sentiasa percuma. Sebaliknya dasar yang diperjuangkan oleh Free Software Foundation (FSF) mendefinisi OSS sebagai perisian yang bebas untuk disalin dan disebarkan. Kebebasan yang dinyatakan dibuktikan melalui model perlesenan berteraskan OSS yang membenarkan perisian yang dibangunkan secara open source, disalin dan disebarkan tanpa kos atau opsyen kos yang minima. OSS juga memberi kebenaran kepada sesiapa untuk melakukan perubahan terhadap perisian OSS. Untuk itu, sumber kod perisian perlu didedahkan dan sesiapa sahaja boleh melihatnya. Ini adalah satu daripada ciri-ciri penting Open Source iaitu sumber kod perisian yang terbuka. Ciri keterbukaan ini menyifatkan keempunyaan perisian yang longgar namun pada masa yang sama memberi hak intelek yang mutlak kepada pembangun asal sesuatu perisian OSS. 1

Transcript of Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Page 1: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Perisian Open Source: Perisian alternatif untuk Perkhidmatan AwamDisediakan oleh

Team Nabalux, JPKN

Pengenalan

Seluruh dunia kini berhadapan dengan kemelut ekonomi yang berlanjutan daripada krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat. Kemelut ini juga secara langsung atau tidak memberi kesan kepada operasi dan program pembangunan kerajaan dan perkhidmatan awam secara khususnya. Kerajaan di seluruh dunia terpaksa bertindak dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk memastikan ekonomi negara masing-masing sentiasa mapan dan dapat mengharungi cabaran ekonomi ini.

Salah satu daripada cabaran yang dihadapi, terutamanya sektor perkhidmatan awam adalah untuk memastikan perbelanjaan operasi yang kos efektif disamping meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat umum. Cabaran tersebut disahut dengan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dan penggunaan ICT dalam sektor awam secara meluas. Namun perkara tersebut masih dilihat sebagai suatu pelaburan kewangan yang agak besar. Satu pendekatan yang diambil oleh kebanyakan perkhidmatan awam dan khususnya perkhidmatan awam Malaysia adalah dengan memperkenalkan penggunaan perisian open source (OSS).

Kertas ini bertujuan untuk memberi penerangan ringkas mengenai OSS dan memberi peluang kepada perkhidmatan awam meninjau kebolehlaksanaan perisian OSS sebagai perisian alternatif dan kos efektif. Kertas ini juga akan menerangkan secara ringkas pelaksanaan program OSS di perkhidmatan awam Malaysia berdasarkan usaha yang dilakukan oleh pihak MAMPU dan juga Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PANS).

Apa itu Open Source?

Pada lazimnya, OSS dikaitkan dengan perisian percuma. Tetapi pada dasarnya ianya bukanlah sentiasa percuma. Sebaliknya dasar yang diperjuangkan oleh Free Software Foundation (FSF) mendefinisi OSS sebagai perisian yang bebas untuk disalin dan disebarkan. Kebebasan yang dinyatakan dibuktikan melalui model perlesenan berteraskan OSS yang membenarkan perisian yang dibangunkan secara open source, disalin dan disebarkan tanpa kos atau opsyen kos yang minima.

OSS juga memberi kebenaran kepada sesiapa untuk melakukan perubahan terhadap perisian OSS. Untuk itu, sumber kod perisian perlu didedahkan dan sesiapa sahaja boleh melihatnya. Ini adalah satu daripada ciri-ciri penting Open Source iaitu sumber kod perisian yang terbuka. Ciri keterbukaan ini menyifatkan keempunyaan perisian yang longgar namun pada masa yang sama memberi hak intelek yang mutlak kepada pembangun asal sesuatu perisian OSS.

1

Page 2: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Sifat keterbukaan OSS menggalak kegiatan usaha sama sejagat untuk memperbaiki kelemahan sesuatu perisian OSS dan meningkatkan kematangan serta kualiti perisian OSS tersebut. Kegiatan ini boleh diibaratkan sebagai satu proses “gotong-royong” yang biasanya diamalkan dalam masyarakat kita.

Perbezaan Open Source dan Closed Source

Closed Source (CSS) meliputi produk perisian yang dimiliki secara mutlak (Proprietary Software) oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Model perlesenan CSS adalah ketat dan kos untuk memiliki perisian CSS adalah tinggi. Contoh perisian CSS adalah perisian Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya.

Secara ringkasnya, perbezaan CSS dengan OSS diterangkan dalam jadual berikut:

Closed Source Open SourceHak Harta Intelek Berdasarkan hakcipta Berdasarkan hakciptaLesen kepada Pengguna Ya YaKos Tinggi (berdasarkan

yuran lesen)Rendah/Tiada (biasanya tidak melibatkan yuran lesen)

Sumber Kod Tidak disediakan/Tidak didedahkan

Sedia ada dan terbuka

Pengagihan Terhad (berdasarkan kepada syarat lesen)

Dibenarkan (kadangkala dengan syarat)

Pindaan Perisian Terhad DibenarkanJaminan Terhad Terhad atau TiadaPerlindungan Ganti Rugi Terhad Terhad atau TiadaSokongan Terhad Terhad atau Tiada

2

Page 3: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Kategori Pelaksanaan Perisian Open Source

Pelaksanaan perisian OSS berdasarkan kerangka OSS Sektor Awam boleh dikategorikan kepada enam (6) bidang:

Bidang PeneranganWorkload Consolidation

Penghijrahan aplikasi yang ditempatkan dalam beberapa bilangan server fizikal yang banyak kepada bilangan server fizikal yang kecil untuk mengoptimakan penggunaan infrastruktur dan mengurangkan kos operasi. Contoh: virtualization

High Performance Computing

Menjalankan aplikasi-aplikasi secara serentak dan selari menggunakan beberapa pusat pemprosesan untuk memaksimakan prestasi. Contoh: grid computing

Distributed Enterprise Pemprosesan yang dilakukan pada beberapa server berasingan, terpencil dan terangkai ke satu pusat stor data untuk tujuan penyatuan. Contoh: Groupware

Application Solution Pelaksanaan aplikasi khusus untuk tujuan yang spesifik. Contoh: e-learning, Knowledge Management

Infrastructure Solution Pemasangan aplikasi yang menyokong perkhidmatan asas komputer. Contoh: Database Server, Directory Services

Desktop Solution Penggunaan aplikasi PC untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Contoh: Office Suite, Web browser, email client

3

Page 4: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Manfaat OSS Dalam Perkhidmatan Awam

Manfaat utama penggunaan perisian OSS dalam perkhidmatan awam negeri Sabah (PANS) adalah dari segi kos pemilikan dan sifat keterbukaan perisian.

Faktor kos perisian OSS yang rendah sudah tentu akan memberi kesan positif ke atas perbelanjaan operasi kerajaan negeri. Dengan penggunaan perisian OSS untuk bidang Desktop Solution sahaja, kerajaan negeri dapat mencapai penjimatan yang amat ketara. Pengiraan penjimatan boleh diterangkan dalam jadual berikut:

Desktop Solution

Kos Perolehan Perisian Proprietary

(Berdasarkan 6000 unit komputer)*

Kos Perolehan Perisian OSS

(Berdasarkan 6000 unit komputer)*

Jumlah Penjimatan

Perisian Produktiviti Pejabat (Office Suite)a

RM10,158,000 0a1 - RM10,158,000

Sistem Pengoperasianb

RM3,396,000 0b1 -RM3,396,000

JUMLAH - RM13,554,000

* Bilangan komputer (desktop dan notebook) dalam PANSa P erbandingan kos di antara harga pasaran Microsoft Office 2007 Professional dengan perisian OSS OpenOffice.org 3.1

b Perbandingan kos di antara harga pasaran Microsoft Windows Vista Business dengan perisian OSS Ubuntu Linux 9.04a1,b1 Kos latihan tidak dimasukkan dengan andaian latihan dikendalikan secara dalaman dalaman. Tidak termasuk kos langganan sokongan jika ada kerana ini adalah opsyen. Dalam PANS, sokongan dilakukan secara dalaman.

Dari jadual tersebut, jelas sekali penjimatan kos akan berlaku sekiranya perisian OSS digunakan dalam PANS. Kos perolehan yang rendah dan konsep perlesenan perisian OSS yang longgar menjurus kepada kos keseluruhan pemilikan (Total Cost of Ownership/TCO) untuk desktop solution di PANS.

Perisian OSS pada lazimnya juga tidak memerlukan keperluan sistem komputer yang tinggi dan mampu berfungsi dalam sistem komputer yang lama justeru menambah kepada TCO perisian OSS yang jauh lebih rendah.

Sifat keterbukaan perisian OSS merujuk kepada ciri-ciri proses pembangunan dan sumber kod yang terbuka perisian tersebut. Proses pembangunan yang terbuka memanfaatkan piawaian terbuka (open standards) yang membolehkan keserasian perisian OSS dengan perisian lain yang menggunakan piawaian yang sama. Dengan itu, organisasi yang melaksanakan OSS tidak akan terkekang dengan satu platform produk sahaja. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi menggunakan hanya produk tertutup (proprietary), ia akan berpotensi untuk menghadkan pilihan perisian yang boleh beroperasi dan berkongsi dokumen.

4

Page 5: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Keterbukaan sumber kod perisian OSS berguna dari segi dua perkara iaitu keselamatan dan kedaulatan. Keselamatan perisian OSS berguna untuk memastikan perisian tersebut boleh diyakini untuk digunakan. Perisian OSS yang matang dan diyakini adalah hasil usaha sama komuniti pembangun perisian di seluruh dunia untuk memperbaiki kelemahan yang ditemui termasuk kelemahan yang berkaitan dengan keselamatan.

Perisian OSS yang menggunakan konsep pembangunan terbuka juga memelihara kedaulatan sesebuah organisasi malah sesebuah negara kerana perisian OSS mengurangkan kebergantungan terhadap perisian tertutup.

Program Pelaksanaan Open Source di Sektor Awam

Inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menggunakan perisian OSS telah bermula sejak 2002. MAMPU telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif tersebut. Pelan Induk OSS Sektor Awam Malaysia (OSS Master Plan) telah dilancarkan pada 16 Julai 2004 untuk memberi arah tuju kepada sektor awam melaksanakan program OSS.

Objektif OSS Master Plan adalah seperti berikut:

• Mengurangkan kos keseluruhan pemilikan (TCO)• Meningkatkan kebebasan pilihan penggunaan perisian• Meningkatkan keserasian pengoperasian antara sistem• Meningkatkan pertumbuhan industri ICT• Meningkatkan pertumbuhan industri OSS• Meningkatkan pertumbuhan komuniti pengguna dan pembangun OSS• Meningkatkan perkembangan masyarakat berteraskan pengetahuan• Mengurangkan jurang digital

Prinsip OSS Master Plan berpandukan kepada prinsip berikut:

• Kesesuaian tujuan kegunaan • Gangguan terendah kepada operasi• Kewujudan bersama sistem proprietary yang sedia ada• Menguna pakai kemudahan, perkakasan, perisian dan kemahiran sedia ada• Tidak dipandu atau dikawal oleh pembekal perkasan atau perisian

5

Page 6: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Rangka OSS Perkhidmatan Awam

Gambarajah rangka OSS Perhidmatan awam berperanan untuk menjadi panduan ke arah mencapai visi dan objektif OSS perkhidmatan awam.

Visi OSS adalah untu mewujud dan meningkatkan nilai melalui perisian OSS selaras dengan Rangka OSS Perhidmatan Awam ke arah penyampaian perkhidmatan yang efisien, terjamin dan berkualiti.

Objektif OSS tidak jauh berbeza dengan objektif inisitatif awal kerajaan untuk OSS, iaitu:

• Meningkatkan pilihan penggunan perisian• Meningkatkan keserasian pengoperasian• Meningkatkan keupayaan untuk menyelenggara dan menyokong• Mengurangkan kos keseluruhan pemilikan• Mengurang kekangan pembekal• Meningkatkan keselamatan dan penguatkuasaan kedaulatan

6

Page 7: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Gambarajah berikut menunjukkan pelan pelaksanaan perisian OSS dalam perkhidmatan awam yang ditetapkan oleh pihak MAMPU. Pelan ini bertujuan untuk memaparkan pelaksanaan perisian OSS yang boleh dilakukan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

Pelaksanaan Program OSS di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah(PANS)

Program OSS di PANS dilaksanakan selaras dengan rangka dan arah tuju yang ditetapkan oleh pihak MAMPU. Dalam PANS, Team Nabalux telah ditubuhkan pada 2004 yang terdiri daripada pegawai teknikal Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Team Nabalux merupakan peneraju kepada pelaksanaan OSS untuk Kerajaan Negeri Sabah.

Team Nabalux masa ini hanya mempunyai dua kumpulan iaitu:

• Team Nabalux – Development – bertanggungjawab ke atas pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi Open Source.

• Team Nabalux – Systems – Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan infrastruktur berteraskan teknologi Open Source.

Di samping perbezaan peranan yang dimainkan oleh dua kumpulan tersebut, secara keseluruhan Team Nabalux bertanggungjawab kepada aktiviti promosi dan pelaksanaan perisian OSS di PANS.

7

Page 8: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Berikut adalah pencapaian dan perancangan program OSS di PANS setakat ini:

Bil. Projek Catatan1 Kursus OpenOffice.org Usaha sama Fasilitator

JPKN dengan INSAN

2. Sistem Tuntutan Elaun Kilometer Dibangunkan untuk dilaksanakan melalui JBN

3. Sistem Tuntutan Elaun Luar Kawasan Sedang dibangunkan untuk dilaksanakan melalui JBN

4. Web Sisvot Sedang dibangunkan untuk dilaksanakan melalui JBN bagi menggantikan Sisvot.

5. Pelaksanaan sistem Firewall Menggunakan operasi sistem berteraskan Open Source.

6. Sistem Permohonan Lesen Perniagaan Dibangunkan untuk dilaksanakan melalui KPLB

7. Sistem Lesen Permohonan Permit Hiburan Dibangunkan untuk dilaksanakan melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan

8. Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Bil. 6 Tahun 2009 Dasar Penggunaan Perisian OPENOFFICE.Org Sebagai Perisian Produktiviti Pejabat Rasmi Untuk Kerajaan Negeri - KEW(S):100-10/68 Klt 2

Dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Negeri

9. Roadshow Open Source Sempena Seminar IT Sektor Awam Negeri Peringkat Wilayah

Roadshow bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perisian OSS

8

Page 9: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Cabaran Pelaksanaan Open Source

Walaupun penggunaan perisian OSS membawa banyak manfaat namun terdapat juga beberapa cabaran yang perlu dihadapi.

Kematangan Perisian OSS

Hanya perisian OSS yang mencapai tahap kematangan yang stabil boleh diguna pakai dan dipercayai. Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak perisian OSS untuk pelbagai kegunaan yang tersedia. Tetapi hanya segelintir daripada bilangan tersebut yang mencapai tahap kematangan yang boleh menandingi perisian proprietary yang setara. Tetapi disebabkan proses pembangunan perisian OSS yang terbuka dan giat, perisian-perisian OSS yang terpilih dapat diperbaiki dan dipertingkatkan dengan pantas.

Latihan Penggunaan Perisian OSS

Walaupun kos pemilikan perisian OSS adalah amat rendah jika dibandingkan dengan perisian proprietary, cabaran yang dihadapi adalah kesediaan sumber latihan yang kurang. Ini adalah disebabkan perisian OSS pada lazimnya dianggap kurang mendapat perhatian yang cukup untuk mengekalkan daya maju sesebuah pusat latihan.

Persepsi Pengguna

Kejayaan sesuatu produk perisian tidak kira OSS atau proprietary dijamin oleh pengguna yang menggunakan produk tersebut. Sekiranya produk mempunyai bilangan pengguna yang banyak, maka perseps pengguna terhadap produk tersebut adalah lebih positif dan lebih berdaya maju.

Pengguna yang kian lama menggunakan perisian proprietary juga akan keberatan untuk berubah kepada sesuatu produk yang baru. Keengganan untuk berubah daripada zon keselesaan ini akan mengekang program pelaksanaan perisian OSS.

9

Page 10: Seminar IT Wilayah 2009 - Open source.pdf

Kesimpulan

Perisian OSS sebenarnya telah lama wujud seiringan dengan perkembangan dunia ICT. Meskipun, kewujudan perisian proprietary nampak lebih ketara dan lebih menyerlah disebabkan nilai komersil yang lebih tinggi dan model perniagaan yang berbeza. Perkembangan OSS adalah berdasarkan kepada nilai dan konsep yang berbeza dan tidak seharusnya disamakan dengan model yang digunakan untuk perisian proprietary.

Konsep OSS adalah mengenai kebebasan dan keterbukaan yang membawa kepada konsep pemilikan dan pembangunan perisian OSS yang lebih anjal. Perisian OSS akan sentiasa melalui proses kematangan yang berterusan selaras dengan sifat keterbukaan dalam pembangunan sesuatu produk OSS.

Beberapa manfaat utama yang ketara telah dinyatakan dalam kertas ini iaitu dari segi kos dan konsep keterbukaan perisian OSS. Manfaat tersebut adalah penting untuk membolehkan sesebuah organisasi seperti PANS menilai kesesuaian pelaksanaan demi memastikan penyampaian perkhidmatan diteruskan dengan lebih kos efektif.

Jelas sekali perisian OSS adalah pilihan yang wajar dari segi kos. Namun, penelitian yang terperinci perlu dilakukan selaras dengan dasar OSS sektor awam kebangsaan sebelum sebarang program pelaksanaan OSS bermula.

10