SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan...

5
SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI KELANTAN 2015 KOTA BARU, 20 OKTOBER 2015 PENGENALAN Program ini adalah siri ketiga anjuran Pejabat SPAN Wilayah Timur. Sesi di Kuala Terengganu dan Kuantan telah diadakan masing-masing pada 20 Oktober 2014 dan 25 Mei 2015. Cetusan mengadakan program ini bermula dari arahan Ibupejabat SPAN bahawa tukang paip perlu menduduki ujian ulangan untuk memasti dan meningkatkan malar kecekapan mereka sebagai pihak yang penting dalam rantaian industri pembinaan khususnya dalam perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Program kali ini dibuat dalam skop yang lebih luas dan merangkumi kontraktor dari pelbagai bidang kerja dan tidak terhad hanya pada tukang paip kerana notis keperluan kursus ulangan telah dihantar kepada setiap tukang paip Negeri Kelantan pada bulan Julai 2015 yang lalu. OBJEKTIF Program ini dilaksanakan untuk mencapai empat objektif utama: 1. Memberi penjelasan akan keperluan semasa di bawah akta-akta, kaedah dan peraturan yang berkaitan dengan pembinaan, khususnya dalam industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan, 2. Menyediakan platform untuk pelbagai agensi, kontraktor dan tukang paip untuk bertemu dan bertanya secara langsung dengan agensi kawalselia dan jabatan kerajaan seperti SPAN, CIDB, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk mengurai isu dan kemusykilan mereka, 3. Meminimakan kes pelanggaran di bawah Akta 655 melalui program berbentuk penerangan dan edukatif sebegini, dan

Transcript of SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan...

Page 1: SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan tukang paip mula ... 10.00pg Sesi khas bersama MC dari AKSB. ... tidak termasuk tuntutan

SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI KELANTAN 2015

KOTA BARU, 20 OKTOBER 2015

PENGENALAN

Program ini adalah siri ketiga anjuran Pejabat SPAN Wilayah Timur. Sesi di Kuala

Terengganu dan Kuantan telah diadakan masing-masing pada 20 Oktober

2014 dan 25 Mei 2015.

Cetusan mengadakan program ini bermula dari arahan Ibupejabat SPAN

bahawa tukang paip perlu menduduki ujian ulangan untuk memasti dan

meningkatkan malar kecekapan mereka sebagai pihak yang penting dalam

rantaian industri pembinaan khususnya dalam perkhidmatan bekalan air dan

pembetungan.

Program kali ini dibuat dalam skop yang lebih luas dan merangkumi kontraktor

dari pelbagai bidang kerja dan tidak terhad hanya pada tukang paip kerana

notis keperluan kursus ulangan telah dihantar kepada setiap tukang paip

Negeri Kelantan pada bulan Julai 2015 yang lalu.

OBJEKTIF

Program ini dilaksanakan untuk mencapai empat objektif utama:

1. Memberi penjelasan akan keperluan semasa di bawah akta-akta,

kaedah dan peraturan yang berkaitan dengan pembinaan, khususnya

dalam industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan,

2. Menyediakan platform untuk pelbagai agensi, kontraktor dan tukang

paip untuk bertemu dan bertanya secara langsung dengan agensi

kawalselia dan jabatan kerajaan seperti SPAN, CIDB, dan Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk mengurai isu dan

kemusykilan mereka,

3. Meminimakan kes pelanggaran di bawah Akta 655 melalui program

berbentuk penerangan dan edukatif sebegini, dan

Page 2: SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan tukang paip mula ... 10.00pg Sesi khas bersama MC dari AKSB. ... tidak termasuk tuntutan

4. Meningkatkan ilmu pengetahuan peserta, seterusnya meningkatkan mutu

kerja sektor pembinaan, khasnya yang bersangkutan dengan industri

perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.

JEMPUTAN

Peserta utama bagi program ini ialah dari kalangan kontraktor dan tukang paip

Negeri Kelantan. Setiap peserta dikenakan fi bayaran sebanyak RM100.00.

Dalam memastikan pengisian program ini dapat dimanfaatkan bersama, pihak

Urusetia juga menjemput sama Majaari Services, Persatuan Pemaju Hartanah

dan Perumahan (REHDA), persatuan perunding, institut latihan vokesional, Pihak

Berkuasa Tempatan, dan lain-lain lagi untuk menyertai seminar ini sebagai

jemputan khas (tanpa bayaran fi penyertaan).

KERTAS PEMBENTANGAN

Sebanyak enam kertas pembentangan telah dipilih dan dijemput untuk mengisi

program ini, iaitu terdiri dari:

1. Pejabat SPAN Wilayah Timur: ‘Keperluan di Bawah Akta 655 Berkaitan

Pembinaan’, penekanan keperluan di dalam perkhidmatan bekalan air

dan pembetungan.

2. SPAN Ibupejabat: Disyorkan ‘Wang Sumbangan Modal Bekalan Air’, atau

tajuk yang sesuai dipilih oleh HQ/JKA.

3. AKSB: ‘Air Tidak Berhasil (NRW) – Peranan Kontraktor dan Tukang Paip’

4. CIDB: ‘Pendaftaran dan Prosedur Terkini CIDB’

5. ABM: ‘Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh ABM dan Kaedah

Permohonan Menjalani Latihan di ABM’

6. JKKP (DOSH): ‘Pengurusan Risiko Kemalangan di Tempat Kerja’.

Page 3: SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan tukang paip mula ... 10.00pg Sesi khas bersama MC dari AKSB. ... tidak termasuk tuntutan

TALIAN MASA DAN AKTIVITI

16 Ogos 2015, Ahad

10.00pg Mesyuarat #1 - ‘kick-off’ dan percambahan fikiran

mengenai konsep dan persediaan asas program.

27 Ogos 2015, Khamis

11.00pg Mesyuarat #2 – susulan, semakan ke atas penugasan dan

pengumpulan info oleh setiap agensi, dan lawatan penilaian

ke venue yang dicadangkan (Kompleks Kebudayaan,

Jabatan Kebudayaan dan Pelancungan Negeri Kelantan).

15 September 2015, Khamis

Surat pemakluman kepada kontraktor dan tukang paip mula diedarkan.

CIDB ‘blasting’ info jemputan pada semua kontraktor di Kelantan untuk

penyertaan.

20 September 2015, Ahad

Surat jemputan pada agensi dan pembentang dihantar.

01 Oktober 2014, Khamis

11.00pg Mesyuarat #3 – susulan, semakan ke atas progress

persediaan terakhir.

10.00pg Sesi khas bersama MC dari AKSB.

08 Oktober 2015, Khamis

Pembentang menghantar ‘slide presentation’ untuk dikumpul oleh Urusetia di

SPAN Wilayah Timur dan dihantar pd ABM.

19 Oktober 2015, Isnin

11.00pg; Mesyuarat #4 – rumusan akhir.

3.00ptg; Raptai.

Page 4: SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan tukang paip mula ... 10.00pg Sesi khas bersama MC dari AKSB. ... tidak termasuk tuntutan

20 Oktober 2015, Selasa

08.00pg – Pendaftaran peserta

08.45pg – Ketibaan Tetamu dan KPE SPAN

09.00pg – Majlis Perasmian bermula dengan lagu Negaraku dan

bacaan doa

09.10pg - Ucapan aluan oleh Pengarah CIDB Kelantan

09.20pg – Perasmian oleh KPE SPAN

09.30pg - Peserta rehat untuk persegeran pagi

09.40pg – Sidang Media

09.50pg - Peserta memasuki auditorium

10.00pg - Lawatan VIP ke ‘booths’ pameran

10.00pg - Pembentangan pertama oleh CIDB

10.30pg - VIP bergerak ke ruang persegaran pagi

10.40pg - Pembentangan kedua oleh ABM

11.00pg - VIP bersurai, KPE SPAN bergerak ke Airport

11.20pg - Pembentangan ke-3 oleh AKSB

12.00t/hari - Pembentangan ke-4 oleh SPAN Wilayah Timur

12.45 t/hari - Rehat, makan t/hari dan solat

2.00ptg - Peserta memasuki auditorium

2.15ptg - Pembentangan ke-5 oleh JKKP (DOSH)

3.00ptg - Pembentangan ke-6 oleh SPAN HQ

3.40ptg - Q&A

4.00ptg – Pembahagian sijil.

4.30ptg – Bersurai.

KOS DAN TANGGUNGAN

Kos utama untuk menjayakan program ini diurus-tanggung oleh ABM; mereka

mengeluarkan perbelanjaan duluan dan mengutip fi (RM100 dari setiap

peserta) yang dibayar oleh peserta program ini.

Anggaran kos untuk menjayakan program ini adalah sebagaimana berikut:

1. Sewa tempat dan kemudahan RM5,000.00

2. Makan-minum (pagi, t/hari & petang) RM15,000.00

3. Cenderahati penceramah RM1,000.00

4. Penyediaan sijil, kain rentang, bunting RM3,000.00

5. Lain-lain kos kontigensi RM1,000.00

Anggaran Jumlah RM25,000.00

Page 5: SEMINAR KONTRAKTOR DAN TUKANG PAIP NEGERI · PDF fileSurat pemakluman kepada kontraktor dan tukang paip mula ... 10.00pg Sesi khas bersama MC dari AKSB. ... tidak termasuk tuntutan

Agensi-agensi lain yang terlibat, khasnya SPAN, hanya mengeluarkan

‘perbelanjaan pentadbiran’ seperti pengeposan surat jemputan, makan minum

semasa mesyuarat dan seumpama. Anggaran kos yang ditanggung SPAN,

tidak termasuk tuntutan perjalanan dan okomodasi, ialah di sekitar RM600.00.

Sasaran peserta yang bakal menyertai program ini ialah seramai 500 orang.

Pengesahan akhir mengenai bilangan kehadiran hanya dapat diketahui

selepas 15 Oktober 2015 berdasarkan ‘first pay first serve’ setelah CIDB Kelantan

mendapat maklumbalas selepas melakukan ‘info blasting’ kepada lebih dari

3,000 orang kontraktor yang berdaftar di Negeri Kelantan.

JEMPUTAN DALAMAN

1. Tuan KPE adalah dijemput untuk merasmikan program ini.

2. Puan ED JKES dan Tuan Haji ED JKA dijemput untuk hadir bersama

menyempurnakan program ini.

3. Puan Pengarah UKK, sebagai penyelaras media dan teks ucapan

perasmian KPE, dijemput hadir menjayakan program ini. UKK dijemput

untuk mengambil bahagian dalam pameran.

4. Wakil dari JKA dimohon untuk menyampaikan pembentangan mengenai

‘Wang Sumbangan Modal Bekalan Air’, atau tajuk lain yang sesuai dipilih

oleh HQ/JKA.

5. Wakil dari Bhgn. Pelesenan diminta hadir untuk menjayakan program ini,

terutama dalam menyantuni soalan-soalan dari peserta berkaitan

dengan permit SPAN.

Pejabat ini memohon kerjasama dan penglibatan dari semua yang

berkenaan dalam menjayakan program ini, dan amat menghargainya.

Mohamad Nasir Mahmood

Pejabat SPAN Wilayah Timur