Seminar refleksi

30
1.0 PENGENALAN Tugasan ini merupakan salah satu refleksi pengajaran sepanjang tempoh praktikum dan pengalaman sepanjang musim tersebut. Terlebih dahulu kita berkenalan dengan definisi refleksi. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan pengalaman dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi ini dilakukan bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi pengajaran sepanjang tempoh praktikum. Oleh itu, tugasan ini mengaitkan pengalaman pengajaran dengan mencungkil isu isu yang sering timbul dalam proses pengajaran dengan menambahbaikkan proses pengajarn dengan mencadangkan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian bagi isu isu yang timbul daripada pengalaman mengajar akan melibatkan beberapa model dan teknik teknik yang berkaitan. Dalam tugasan ini, refleksi yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa aspek yang ditumpukan iaitu: i. Permulaan pengajaran ii. Perkembangan pengajaran iii. Pelaksanaan strategi/ kaedah dan kemahiran lain iv. Pengurusan bilik darjah. Seterusnya kita berkenalan dengan sepintas lalu tentang latar belakang sekolah dan juga bilangan, jenis kelas serta subjek yang saya peroleh dalam tempoh pengajaran sepanjang musim praktikum. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syahbandar Raya yang bertempat di daerah Klang, Selangor. Sekitar kawasan sekolah ini merupakan tempat penumpuan pendidikan kerana terdapat banyak sekolah di kawasan ini. Sekolah ini adalah sekolah baru yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan menampung pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sekolah ini melibatkan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi bagi tingkatan tiga hingga enam dan sesi petang bagi tingkatan satu dan dua. Pihak pengurusan sekolah yang menguruskan kedatangan praktikum kami terdiri daripada Pengetua Sekolah iaitu Puan Hajjah Nor Akmal Binti Ismail, Penolong Kanan Sekolah iaitu Puan Hajjah Norhazian Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Muid iaitu Puan Hajjah Junaidah serta Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Tuan Haji Md Sehaimi. Hari pertama di sekolah kami melaporkan diri kepada individu individu ini dengan 1

description

seminar refleksi pengajaran

Transcript of Seminar refleksi

Page 1: Seminar refleksi

1.0 PENGENALAN

Tugasan ini merupakan salah satu refleksi pengajaran sepanjang tempoh praktikum dan

pengalaman sepanjang musim tersebut. Terlebih dahulu kita berkenalan dengan definisi

refleksi. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang

telah dilakukan melalui renungan pengalaman dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran

guru. Refleksi ini dilakukan bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi pengajaran

sepanjang tempoh praktikum.

Oleh itu, tugasan ini mengaitkan pengalaman pengajaran dengan mencungkil isu – isu

yang sering timbul dalam proses pengajaran dengan menambahbaikkan proses pengajarn

dengan mencadangkan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian bagi isu – isu yang timbul

daripada pengalaman mengajar akan melibatkan beberapa model dan teknik – teknik yang

berkaitan. Dalam tugasan ini, refleksi yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa aspek

yang ditumpukan iaitu:

i. Permulaan pengajaran

ii. Perkembangan pengajaran

iii. Pelaksanaan strategi/ kaedah dan kemahiran lain

iv. Pengurusan bilik darjah.

Seterusnya kita berkenalan dengan sepintas lalu tentang latar belakang sekolah dan juga

bilangan, jenis kelas serta subjek yang saya peroleh dalam tempoh pengajaran sepanjang

musim praktikum. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syahbandar

Raya yang bertempat di daerah Klang, Selangor. Sekitar kawasan sekolah ini merupakan

tempat penumpuan pendidikan kerana terdapat banyak sekolah di kawasan ini. Sekolah ini

adalah sekolah baru yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan menampung pelajar daripada

tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sekolah ini melibatkan dua sesi persekolahan iaitu sesi

pagi bagi tingkatan tiga hingga enam dan sesi petang bagi tingkatan satu dan dua.

Pihak pengurusan sekolah yang menguruskan kedatangan praktikum kami terdiri daripada

Pengetua Sekolah iaitu Puan Hajjah Nor Akmal Binti Ismail, Penolong Kanan Sekolah iaitu

Puan Hajjah Norhazian Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Muid iaitu Puan Hajjah

Junaidah serta Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Tuan Haji Md Sehaimi. Hari pertama di

sekolah kami melaporkan diri kepada individu – individu ini dengan memperkenalkan diri

dan memohon kebenaran untuk menjalankan praktikum di sekolah ini.

1

Page 2: Seminar refleksi

Sepanjang di sekolah ini, pada permulaan tempoh praktikum saya diberi tanggungjawab

untuk mengajar tingkatan enam iaitu subjek Pengajian Perniagaan selama empat minggu.

Tetapi disebabkan masalah modul yang baru ditukarkan, saya diarahkan untuk mengajar

tingkatan empat iaitu subjek Perdagangan (4Rigel) dan Prinsip Perakaunan (4Bumi). Kelas

yang saya peroleh merupakan kelas yang kedua daripada sepuluh kelas bagi subjek

perakaunan dan kelas yang terakhir bagi subjek perdagangan. Terdapat pelbagai pengalaman

pahit manis yang saya dapat alami sepanjang di sini. Jadual yang diberi ini adalah jadual yang

disusun oleh penolong kanan sekolah iaitu Puan Hajjah Norhazian.

Dalam tempoh pengajaran pelajar tingkatan enam saya memperoleh guru pembimbing

daripada kalangan guru tingkatan enam iaitu Mrs Gelcheter Kaur A/P Jaswant Singh. Namun

setelah tukar ke aliran tingkatan empat saya diberi guru pembimbing yang baru dari kalangan

guru arus tingkatan empat. Guru pembimbing saya juga merupakan bekas graduan Universiti

Pendidikan Sultan Idris dan telah mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun di

Sekolah Menengah Syahbandaraya ini. Guru pembimbing saya ialah Mrs Ilaweni A/P

Romsamy.

Kita berkenalan pula dengan pensyarah yang menyelia praktikum saya, beliau merupakan

pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi iaitu Dr Abdul Raheem Bin Mohamad Yusof.

Beliau merupakan pensyarah yang menyelia sepanjang prakrikum saya bersama kawan saya.

Sepanjang pratikum, penyelia datang menyelia sebanyak tiga kali iaitu pada awal praktikum,

pertengahan dan akhir praktikum. Kali pertama beliau datang melawat sekolah beliau

mengadakan sesi proses penyeliaan klinikal dan perbincangan iaitu beliau menerangkan

perkara yang akan dinilai dalam seliaan praktikum beliau. Kami turut diberi tip bagi

menjalankan proses pengajaran secara berkesan dan menarik. Seliaan seterusnya adalah

pencerapan proses pengajaran di dalam kelas.

Berikut adalah serba sedikit tentang pengenalan kepada sekolah, pengurusan sekolah,

guru pembimbing dan juga pengenalan kepada tugasan. Tugasan ini merupakan satu

penulisan ilmiah bagi menreflek kembali pengalaman pengajaran dengan mencari isu dan

masalah dalam empat aspek yang diberi. Isu ini akan dibincangkan dalam tugasan ini, serta

jalan penyelesaian bagi memperbaiki proses pengajaran kelak akan dihuraikan dengan

mengaplikasikan teori – teori yang berkait serta dapat membantu dalam mencapai objektif

pengajaran serta menjadikan pengajaran sebagai pengajaran yang berkesan.

2

Page 3: Seminar refleksi

2.0 KEJAYAAN SEMASA LATIHAN MENGAJAR

Sepanjang berada disekolah ini bersama beberapa guru praktikal lain, antara kejayaan yang

dapat dicapai sepanjang tempoh ini adalah:

2.1 Projek Sekolah Penciptaan Mural

Penciptaan mural oleh guru praktikal iaitu seramai empat orang termasuk saya sendiri

mencapai hasil yang sangat membanggakan. Mural ini direka dan dirancang oleh kami

sendiri dan tidak melibatkan penglibatan murid. Kejayaan penciptaan ini mendapat

penghargaan daripada sekolah kerana dapat menjayakan hasil mural yang sangat

membanggakan.

Penciptaan mural ini dibantu oleh guru penolong kanan kokurikulum dengan

mendapatkan khidmat nasihat dan juga cadangan daripada beliau. Kami diberi tembok atau

dinding yang sangat besar untuk mencurahkan idea kreatif kami dalam penghasilan mural ini.

Ternyata pengorbanan kami tidak sia – sia kerana kami diberi sijil penghargaan daripada

pihak sekolah dan juga penghasilan mural kami membantu sekolah mendapat naib johan bagi

pertandingan Lorong PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah).

Lorong PPDa merupakan sub induk PPDa dalam merancang dan membuat tindakan. 

Ianya juga bertindak sebagai laluan atau lorong yang menyampaikan maklumat dan

memberikan kesedaran anti dadah dan rokok. Lorong ini dipenuhi dengan mural dan poster

serta bahan lain yang dipamerkan sepanjang lorong sekolah bagi memberi kesedaran kepada

orang ramai tentang bahayanya dadah. Oleh itu, ianya menyediakan pelbagai rujukan dan

maklumat PPDa yang lengkap berbentuk kempen kepada para pelajar, guru, ibu bapa dan

agensi luar serta komuniti setempat.

Dalam usaha membantu penghasilan

mural ini, kami juga diberi cenderahati daripada

pihak sekolah kerana menyumbangkan tenaga

dalam menghasilkan mural ini. Projek ini

merupakan salah satu kejayaan yang bermakna

bagi kami sebagai guru praktikal di sekolah ini.

Kami turut terasa terharu kerana kerja kami

dihargai oleh pihak sekolah.

3

Page 4: Seminar refleksi

Projek ini mengambil masa yang lama iaitu selama tiga minggu berturut – turut. Hal

ini kerana kami tidak dibenarkan meminta pertolongan pelajar disebabkan pelajar terlibat

dengan peperiksaan pertengahan. Namun penat dan juga pegorbanan kami mendatangkan

hasil yang sangat membanggakan.

Peringkat permulaan penciptaan mural

melibatkan proses memilih gambar yang

sesuai, mengukur tembok atau dinding

dan melakar gambar tersebut. Seterusnya

proses mewarna mural, proses ini

mengambil masa yang agak lama kerana

proses ini melibatkan pewarnaan yang

berlapik dengan melibatkan tona warna

yang berbeza bagi mendapatkan hasil gambaran mural seperti gambaran sebenar.

Kami tumpukan kepada gambar

utama dahulu, seterusnya kami

mewarnakan latar belakang mural kami.

Akhir sekali kami tumpukan kepada

menyampaian kata – kata yang

bermakna dan membawa maksud supaya

dapat memotivasikan serta dapat

mewujudkan kesedaran dalam kalangan

pelajar dengan menyelitkan sajak ‘ Guru Oh Guru’ yang dipetik dari sajak yang dicipta oleh

Osman Awang. Di sini saya sertakan beberapa gambar yang membuktikan kejayaan kami ini.

4

Page 5: Seminar refleksi

2.2 Kendalikan Senamrobik 1 Malaysia

Dalam pengendalian senamrobik 1Murid 1Sukan ini kami menjadi instruktur atau

penunjuk cara kepada pelajar – pelajar di atas pentas. Senamrobik ini diadakan sempena

menyambut pelancaran 1Murid 1Sukan yang diadakan serentak seluruh negara. Senamrobik

ini dijalankan serentak seluruh negara pada 10 julai 2012. Kita berkenalan dengan latar

belakang Senamrobik 1Murid 1Sukan secara ringkasnya. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin

Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah

menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011.

Dasar 1Murid 1Sukan ini

diwujudkan supaya kegiatan

sukan di sekolah disemarak dan

diperkasakan. Sehubungan itu,

pelbagai program telah dan

sedang dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga

ke peringkat kebangsaan.Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai

kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka

akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest

Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan

senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.

Berikut merupakan serba sedikit informasi tentang program yang dijalankan. Dalam

penglibatan kami dalam

mengendalikan senamrobik ini,

sebagai instruktur kami mengambil

masa selama beberapa minggu

untuk berlatih bagi

menyempurnakan tugas kami

5

Page 6: Seminar refleksi

sebagi tunjuk cara kepada pelajar. Kami berjaya mengendalikan senamrobik ini dengan

latihan yang konsisten dan dapat menjalankan tugas dengan baik dalam penglibatan kami ini.

Kami turut diberi sijil perghargaan kerana telah terlibat dan menjayakan program Senamrobik

1Murid 1Sukan tersebut. Kami sangat berbangga kerana berjaya mengendalikan program ini

dengan jayanya.

3.0 ISU DAN PENYELESAIAN

Dalam sub topik ini, isu – isu yang dapat dicungkil daripada pengalaman mengajar sepanjang

tempoh praktikum yang dapat dicungkil akan dibincangkan. Ini merupakan langkah refleksi

dan memberi jalan penyelesaian terhadap isu – isu yang timbul sepanjang pengalaman

praktikum ini.

3.1 Permulaan Pengajaran

Menurut Mook Soon Sang (1992) pemulaan pengajaran atau set induksi merupakan

permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta

menimbulkan minat murid. Bagi Moore (1989) pula, permulaan pengajaran merupakan satu

kreativiti yang dilakukan pada permulaan pengajaran untuk membangkitkan minat pelajar.

Dapat kita ringkaskan di sini bahawa, permulaan pengajaran merupakan apa jua idea yang

mendorong pelajar, menarik minat pelajar untuk memberi perhatian dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Dalam perbincangan permulaan pengajaran ini terdapat dua isu yang sering dihadapai

oleh guru dan juga turut dihadapi oleh saya semasa musim praktikum. Seterusnya jalan

penyelesaian atau kaedah bagi mengatasi isu tersebut. Dari segi definisinya, permulaan

pengajaran dilihat mudah untuk dilaksanankan. Namun bak kata pepatah ‘Rata di Luar,

Runcing di Dalam’ iaitu nampak mudah luarannya tetapi sukar pada kenyataanya bagi

melaksanakan permulaan pengajaran yang berkesan dan mampu menarik perhatian semua

pelajar untuk belajar di dalam kelas. Antara isu yang dihadapi dalam permulaan pengajaran

semasa tempoh praktikum adalah:

i. Permulaan Pengajaran Tidak Berkesan

Isu yang wujud:

Isu ini wujud kerana beberapa faktor yang menyebabkan permulaan pengajaran atau

set induksi menjadi tidak berkesan. Antaranya ialah aktiviti yang dijalankan tidak

6

Page 7: Seminar refleksi

menarik, masa yang tidak mencukupi dan bahan yang digunakan tidak menarik. Dalam

tempoh praktikum, faktor utama yang meyumbang kepada kegagalan permulaan

pengajaran ialah aktiviti dan bahan yang tidak menarik. Kebiasaannya guru di sekolah

akan melakukan set induksi berbentuk mengingat semula tajuk yang dipelajari minggu

lalu.

Hal ini menyebabkan pelajar menjadi tidak tertarik dengan proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Oleh kerana guru sering menggunakan set induksi yang sama

setiap hari, matlamat set induksi tidak akan dapat dicapai. Pelajar akan menjadi bosan,

enggan mendengar dan enggan memberi perhatian serta tidak dapat memahami

pengajaran yang dilakukan pada waktu tersebut. Hal ini sangat bertentangan dengan

tujuan dan matlamat permulaan pengajaran yang dilakukan. Oleh itu, kaedah

penyelesaian sangat diperlukan bagi memperbaiki proses permulaan pengajaran ini.

Kaedah penyelesaian:

Dalam menyelesaikan isu permulaan pengajaran yang tidak berkesan disebabkan

aktiviti dan bahan pengajaran yang tidak menarik, terdapat dua strategi permulaan

pengajaran yang dapat digunakan iaitu ‘strategi untuk memotivasikan atau menfokuskan

pelajar’ serta ‘strategi yang membantu pelajar melihat hubungan antara pembelajaran

dengan pengetahuan dan kemahiran baru’. Namun begitu, strategi pertama adalah lebih

menarik dan lebih berkesan iaitu strategi untuk memotivasikan atau menfokuskan pelajar.

Antara idea dalam strategi ini, adalah menggunakan idea dan aktiviti yang kreatif dalam

set pemerolehan perhatian yang berkait dengan pengajaran untuk mengumpan minat

pelajar dalam mendengar dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Contohnya,

jenaka, cerita, muzik, video, gambar dan lain – lain.

Dalam penyelesaian isu ini, saya menggunakan idea yang kreatif dalam membentuk

aktiviti bagi set induksi. Aktiviti yang saya jalankan melibatkan aktiviti jenaka dengan

menggunakan lukisan. Hal ini untuk menarik perhatian pelajar dan secara langsung

memupuk minat pelajar dan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar. Aktiviti

induksi saya melibatkan lukisan yang dilukis dan teka – teki jenaka dalam pelbagai

bentuk yang dapat menarik minat pelajar. Idea kreatif ini iaitu aktiviti teka – teki jenaka

berbekalkan bahan lukisan, dapat mewujudkan minat dan menggalakkan pelajar untuk

berfikir di luar kotak ataupun berfikiran secara kreatif.

7

Page 8: Seminar refleksi

Seterusnya turut memupuk nilai dalam diri pelajar. Seperti yang telah dibincangkan,

penggunaan aktiviti yang sama iaitu aktiviti mengingat kembali pembelajaran lalu oleh

guru bagi set induksi merupakan punca kegagalan mencapai matlamat set induksi.

Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang berasaskan hafalan dengan menggunakan otak

kiri sahaja. Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang melibatkan

keseimbangan pemikiran dari otak kiri dan otak kanan.

Ornstein (1997) mendapati jika otak kanan dan otak kiri berkerjasama, maka hasilnya

akan memberikan prestasi pemikiran yang lebih baik. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, guru digalakkan untuk menyeimbangkan aktiviti otak kiri dan otak kanan

bagi membantu keberkesanan pengajaran. Berbincang tentang otak dan pemikiran otak

kiri dan kanan, Teori Otak Hoka Hoki dapat membantu menjelaskan tentang pemikiran

otak ini. Menurut Dr. Roger Sperry dalam Teori Hoka Hoki yang diciptanya, otak

manusia terbahagi kepada dua hamisfera iaitu otak kanan dan otak kiri dan mempunyai

pemikiran yang berbeza seperti dalam rajah berikut.

Oleh itu, penggunaan idea dan aktiviti yang kreatif dalam induksi dapat

menyeimbangkan pemikiran otak kiri dan kanan. Pemikiran kreatif ini perlu diterapkan

dalam permulaan pengajaran supaya dapat meningkatkan prestasi pemikiran pelajar.

Secara tidak langsung dapat memupuk minat pelajar dan dapat menarik perhatian pelajar

untuk belajar.

8

Otak Kiri (HOKI) Otak Kanan (HOKA)

Logik analitik Fakta Urutan Lambat Pembelajaran Hafalan

Rawak Kreatif Pantas Visual Rangsangan Intuitif

Page 9: Seminar refleksi

Dalam pembentukan dan penggunaan idea kreatif dalam mewujudkan aktiviti yang

lebih menarik, teori ini sangat berguna untuk meningkatkan prestasi pelajar. Kerana

itulah saya menggunakan teori ini dalam mengaitkan proses permulaan pengajaran yang

kreatif. Seperti yang dinyatakan, aktiviti yang kreatif dapat menarik minat pelajar dan

menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih luas. Walaupun set induksi seperti ini

tidak melibatkan pengajaran atau topik pengajaran lepas, ia mampu menarik minat

pelajar dalam menumpukan perhatian. Contohnya, aktiviti induksi yang kreatif yang saya

gunakan adalah melibatkan gambar dengan jenaka.

Pelajar akan tertarik dengan gambar lukisan yang digunakan dan berasa suka dengan

jenaka yang disampaikan, hal ini secara langsung mewujudkan minat pelajar untuk terus

menumpukan perhatian dalam pelajaran. Seterusnya secara tidak langsung, matlamat set

induksi dapat dicapai dengan jayanya.

ii. Latar Belakang Pelajar Yang Berbeza

Isu yang wujud:

Perbezaan latar belakang yang berbeza dari segi minat, personaliti, kecerdasan,

pengetahuan dan lain – lain menyumbangkan sesuatu proses permulaan pengajaran itu

menjadi tidak mencapai matlamatnya. Faktor utama yang menyebabkan set induksi gagal

mencapai matlamat dalam proses permulaan pengajaran kelas saya semasa praktikum

adalah faktor minat, kecerdasan atau pemikiran dan personaliti.

Hal ini kerana, apabila pelajar mempunyai minat, kecerdasan dan personaliti yang

berbeza, sesuatu aktiviti yang menarik dalam set induksi tidak dapat menarik perhatian

semua bilangan pelajar dalam kelas. Hanya beberapa pelajar yang mempunyai minat dan

kecerdasan personaliti yang sama dengan aktiviti yang dijalankan sahaja akan memberi

tumpuan dan perhatian dalam mencapai matlamat proses permulaan pengajaran. Setiap

pelajar mempunyai minat, personaliti dan pemikiran yang berbeza.

Kaedah penyelesaian:

Dalam kaedah penyelesaiaan isu ini, saya mengaplikasikan Teori Kecerdasan

Pelbagai dalam merancang dan melaksanakan aktiviti induksi yang dapat memenuhi

setiap minat, personaliti dan pemikiran pelajar di dalam kelas. Kita berkenalan dengan

9

Page 10: Seminar refleksi

serba sedikit dengan teori ini. Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh

Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya, Howard Gardner mendapati terdapat lapan

kecerdasan atau pemikiran yang membezakan seseorang individu dengan individu lain

iaitu seperti gambarajah dibawah:

Teori ini menerangkan dan membincangkan tentang kecerdasan yang dimiliki oleh

setiap manusia yang membentuk minat dan personaliti mereka. Secara ringkasnya:

Matematik/logik – seseorang yang berfikiran secara konseptual dan abstrak

Interpersonal – mewujudkan hubungan baik dengan orang luar

Intrapersonal – mengenali kelemahan dan kekuatan diri dengan mendalam

Linguistik – seseorang yang mahir dalam berbahasa

Spasial – berfikir secara gambaran

Naturalis – seseorang yang minat dengan alam semula jadi

Musikal – minat pada muzik, alunan lagu dan tona bunyi

Kinestatik – melibatkan pergerakan badan. Minat bersukan

Oleh itu, saya menggunakan teori ini dalam merancang set induksi dengan

mempelbagaikan aktiviti semasa permulaan pengajaran serta menggabungkan aktiviti

yang berbeza dalam proses permulaan pengajaran bagi memupuk minat pelajar. Sebagai

contoh, menggunakan muzik dengan gambar, gambar dengan pergerakan, pantun dengan

jenaka dan lain – lain. Penggunaan aktiviti dengan mengaplikasikan teori ini sangat

membantu dalam menarik minat pelajar dalam mencapai matlamat set induksi.

3.2 Perkembangan Pengajaran

10

Page 11: Seminar refleksi

Pekembangan pengajaran melibatkan beberapa aspek iaitu penyampaian isi

kandungan, pelaksanaan aktiviti berdasarkan kebolehan murid, menepati hasil pembelajaran

dan tahap penguasaan murid. Aspek ini sangat penting dalam mewujudkan perkembangan

pengajaran yang sempurna bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Dua isu juga yang akan dibincangkan di sini serta kaedah penyelesaian dengan

mengaplikasikan teori, teknik dan model yang berkaitan dan dapat membantu proses

perkembangan pengajaran ini. Isu yang akan dibincangkan adalah melalui pengalaman

sebenar semasa musim praktikum. Oleh itu, ini merupakan refleksi bagi mencari cara untuk

mengatasi masalah yang timbul supaya dapat memperbaiki proses pengajaran di era

pekerjaan sebagai seorang guru kelak.

i. Penyampaian Isi Kandungan Yang Tidak Sampai

Isu yang timbul:

Dalam pengajaran bagi proses perkembangan pengajaran, isu penyampaiaan isi

kandungan tidak sampai kerana pelajar tidak dapat menggambarkan apa yang diterangkan

oleh guru. Walaupun penyampaian dilakukan jelas pelajar masih lagi tidak dapat

memahami dengan mendalam perkara yang diterangkan itu. Sebagai contoh, saya

mengajar subjek prinsip perakaunan bagi tingkatan empat. Penerangan dengan jelas telah

diberikan dalam tajuk mewujudkan akaun untung rugi. Namun pelajar masih tidak dapat

menguasai tajuk yang diajari. Contoh lain, dalam subjek perdagangan, guru menerangkan

tajuk proses perniagaan. Penerangan secara terperinci telah diberikan kepada pelajar,

namun pelajar masih tidak memahami tajuk yang diterangkan. Hal ini merupakan isu

yang dihadapi semasa musim praktikum dalam perkembangan pengajaran.

Kaedah penyelesaian:

Dalam situasi ini kaedah yang sesuai dilakukan adalah dengan mengaplikasikan teori

pembelajaran penemuan yang diasaskan oleh Jerome Bruner (1941). Pembelajaran

penemuan adalah suatu pembelajaran yang berbentuk inkuiri. Ianya melibatkan situasi

penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Mereka akan mengaitkan sendiri

pengalaman mereka yang telah lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan

maklumat baharu yang sedang mereka terokai. Dengan cara ini, meraka akan lebih mudah

memahami dan mengingati sesuatu perkara yang baru dipelajari.

11

Page 12: Seminar refleksi

Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai

kepada murid dengan mengemukakan masalah atau fenomena dan mengawasi aktiviti

murid. Pembelajaran menerusi proses inkuiri membolehkan pembelajaran secara aktif

berlaku kerana pelajar perlu meninjau sendiri masalah yang diberi. Berikut merupakan

penerangan terhadap Teori Pembelajaran Penemuan. Oleh itu, aplikasi berdasarkan teori

ini sangat membantu saya menyelesaikan isu yang wujud ini. Merujuk kepada contoh

sebelumnya, guru menerangkan tentang tajuk proses perniagaan kepada pelajar. Tetapi

pelajar masih tidak memahami.

Dengan merujuk Teori Pembelajaran Penemuan ini, kaedah penyelesaian yang saya

gunakan adalah memberi satu situasi dengan mengaitkan pengajaran dengan pengalaman

mereka dengan meminta pelajar yang berpengalaman berniaga menolong ibu – bapa

mereka untuk menerangkan situasi tersebut atau permasalahan tersebut. Oleh itu, pelajar

akan lebih memahami dan mengingati apabila pengajaran itu sangat berkait rapat dengan

kehidupan atau pengalaman mereka.

Contoh lain adalah, dalam pengajaran prinsip akaun pelajar lebih memahami tajuk

mewujudkan akaun untung rugi setelah saya memberi satu permasalahan dan meminta

mereka untuk menyelesaikannya sendiri dengan bimbingan guru. Kaedah ini adalah

aplikasi daripada teori yang dinyatakan sebentar tadi. Dengan memberi pelajar merasai

pengalaman menyelesaikan permasalahan sendiri dengan usaha sendiri pelajar akan lebih

mudah untuk memahami sesuatu tajuk. Oleh itu, sangat penting bagi seorang guru untuk

memberi pelajar peluang untuk mencuba menyelesaikan permasalahan pelajaran dengan

sendiri dengan bimbingan guru. Hal ini kerana, bak kata peribahasa melayu ‘belum cuba

belum tahu’ iaitu pengalaman tidak boleh dirasai selagi tidak mencubanya.

ii. Aktiviti Tidak Sesuai Dengan Kebolehan Pelajar

Isu yang wujud:

Selain masalah penyampaian, aktiviti juga mewujudkan masalah dalam proses

perkembangan pengajaran ini. Masalah ini melalui aktiviti yang dijalankan didapati tidak

sesuai dengan kebolehan pelajar. Setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza,

serupa juga dalam konteks pelajar setiap pelajar mempunyai kebolehan dan tahap

pemikiran yang berbeza. Oleh itu, terdapat beberapa aktiviti yang tidak mencapai

12

Page 13: Seminar refleksi

kebolehan dan tahap pemikiran pelajar. Hal ini akan menyebabkan proses perkembangan

pengajaran gagal. Aktiviti yang sering tidak mencapai tahap kebolehan pelajar adalah

seperti perbentangan. Aktiviti ini boleh dilakukan tetapi bergantung kepada jenis murid

atau tingkat umur mereka serta kebolehan mereka.

Dalam situasi sebagai guru praktikum di sekolah, saya menghadapi isu ini apabila

saya menjalankan kaedah atau aktiviti ini kepada kelas perdangan saya. Kebolehan

mereka dan pemikiran mereka belum mencapai tahap aktiviti yang dijalankan kerana

kelas ini merupakan kelas yang terakhir di sekolah. Apabila saya berhadapan dengan

situasi ini baru saya sedari bahawa tahap kebolehan mereka tidak mencapai tahap aktiviti

yang saya lakukan. Hanya terdapat beberapa orang murid sahaja yang dapat

melakukannya.

Menceritakan pengalaman ini, apabila saya memanggil pelajar untuk melakukan

perbentangan di hadapan kelas secara berkumpulan, saya amat terperanjat kerana pelajar

saya tidak dapat melakukannya. Terdapat pelajar yang tampil kehadapan dengan tidak

mahu bercakap dan ada juga pelajar yang tampil kehadapan dengan muka yang pucat

ketakutan. Namun, terdapat juga pelajar yang dapat mengatasi masalah gementar tetapi

sayangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk membentangkan atau langkah – langkah

perbentangan di hadapan kelas. Hal ini berlaku kerana tahap dan kebolehan mereka

belum mencapai tahap pelaksanaan aktiviti seperti itu.

Kaedah penyelesaian:

Dalam mengatasi kebolehan pelajar yang berbeza – beza perlu adanya satu kaedah

yang memudahkan pelajar memahami dan mampu untuk mencapai tahap aktiviti yang

tinggi. Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan

dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori

pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu

pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan

mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Oleh itu, penyelesaian isu ini adalah dengan mengaplikasikan Teori Pembelajaran

Ausubel iaitu dalam pembelajaran deduktif. David Ausubel adalah seorang ahli psikologi

pendidikan. Teori Pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang

menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif.

13

Page 14: Seminar refleksi

Dalam teori ini terdapat dua jenis pembelajaran yang dinyatakan oleh Ausubel iaitu

pembelajaran deduktif dan pembelajaran verbal. Dalam situasi perkembangan pengajaran

menyelesaikan isu kebolehan pelajar yang tidak mencapai dengan tahap aktiviti yang

dijalankan, pembelajaran secara deduktif lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam

penyelesaian isu atau masalah ini.

Menurut Ausubel teori ini merupakan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa

manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan

pembelajaran penemuan. Model pembelajaran ini juga dikenali sebagai Model

Pembelajaran Ekspositori atau deduktif.

Teori pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan

penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan

dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan

pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada umum kepada

spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. Tugas guru ialah menyusun konsep dan

prinsip untuk dipersembahkan kepada pelajar.

Dengan mengaplikasikan teori ini kebolehan pelajar dapat ditingkatkan dengan

menjadi penunjuk cara kepada pelajar. Contohnya, Aktiviti seperti pembentangan perlu

diterangkan kaedahnya secara tersusun supaya pelajar mudah memahami dan dapat

melakukan aktiviti ini dengan baik. Oleh itu, saya memberi penerangan yang tersusun

yang mengikut urutan dengan memberi kefahaman kepada pelajar. Contoh cara

pembentangan turut saya pamerkan dan tunjukkan kepada pelajar supaya pelajar dapat

melakukan aktiviti ini dengan baik. Secara tidak langsung proses perkembangan akan

dapat berjalan dengan baik dan jayanya.

3.3 Pelaksanaan Strategi/ Kaedah Dan Kemahiran Lain

Kebanyakkan guru tidak sedar bahawa strategi dan kaedah merupakan perkara yang

berbeza. Guru perlu tahu bahawa kaedah dan strategi sangat berkait rapat seperti aur dan

tebing yang mana tidak dapat dipisahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk

mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan

14

Page 15: Seminar refleksi

satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat

tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi

pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan.

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang

sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran. Ia merupakan satu

prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui

pendekatan. Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang

sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek

sesuatu pelajaran.

i. Strategi Pengajaran yang Sama

Isu yang wujud:

Berpunca daripada kekeliruan guru tentang perbezaan strategi dan kaedah, strategi

sering ditetapkan secara tidak betul ataupun tidak sesuai dengan pengajaran. Dalam

tempoh praktikum strategi pengajaran sering digunakan berkali – kali oleh guru. Hal ini

menyebabkan pelaksanaan strategi menjadi tidak menarik kerana perkara yang sama

sahaja dilakukan setiap hari. Sebagai contoh dalam tempoh pengajaran sepanjang

praktikum, strategi yang sama digunakan berulang kali seperti strategi berpusatkan guru,

berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Hal ini akan mengakibatkan pelaksanaan

strategi menjadi kurang efisyen atau berkesan kepada proses pengajaran.

Kaedah penyelesaian:

Kaedah penyelesaian bagi isu ini adalah kita perlu membuat pendekatan berlandaskan

kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk

mendedahkan diri dengan model, teori, prinsip yang dapat diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Antara pendekatan yang diaplikasikan daripada model,

teori dan prinsip adalah seperti berikut:

Konkrit kepada abstrak

Mudah kepada kompleks

Keseluruhan kepada bahagian

Umum kepada spesifik (deduktif)

15

Page 16: Seminar refleksi

Spesifik kepada umum (induktif)

Dekat kepada jauh

Dengan mendedahkan diri dengan model – model yang berkaitan pelbagai pendekatan

dapat digunakan dalam proses pelaksanaan strategi atau pendekatan dalam proses

pengajaran. Hal ini membantu guru dalam menetapkan pendekatan yang sesuai secara

langsung dapat memperbaiki proses pengajaran dan juga penulisan rancangan pengajaran.

Pendekatan seperti di atas lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding pendekatan yang

lama yang sering digunakan secara berulang kali. Selain itu, pendekatan ini lebih menarik

dan dapat membantu pelajar mudah memahami pengajaran yang disampaikan.

ii. Kaedah Pengajaran Tidak Menarik

Isu yang timbul:

Dalam isu ini, faktor yang menyebabkan kaedah pengajaran menjadi tidak menarik

adalah disebabkan pelaksanaan kaedah tradisional. Kaedah pengajaran tradisional sering

diamalkan oleh guru bagi menjimatkan masa pengajaran. Walaupun masa dapat

dijimatkan, proses pengajaran menjadi tidak menarik jika sering menggunakan kaedah

tradisional seperti syarahan, penyoalan dan lain – lain. Kaedah pengajaran sangat penting

dalam proses pengajaran yang menjadi asas uatama dalam memupuk minat pelajar

terhadap sesuatu subjek pelajaran. Namun, jika kaedah tradisional sering digunakan tanpa

menggunakan kaedah – kaedah yang kreatif, hal ini dapat mengakibatkan perhatian dan

minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajari hilang dalam sekelip mata. Isu yang

terlibat adalah sering menggunakan kaedah pengajaran yang tidak menarik iaitu kaedah

tradisional (chalk and talk).

Kaedah penyelesaian:

Dalam memastikan pelaksanaan kaedah pengajaran dapat memberi kefahaman kepada

pelajar dan memupuk minat pelajar, guru perlu melaksanakan kaedah yang lebih kreatif

dan melibatkan pelajar dan bahan bagi menarik minat tumpuan pelajar. Kaedah

pengajaran seperti ini dapat dirancang dengan mengaplikasikan Model Pengajaran iaitu

Model Projek yang diasaskan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Menurut

William Kilpatrik Model Projek menekankan konsep pembelajaran yang dapat

16

Page 17: Seminar refleksi

menambah minat pelajar ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang.

Dalam model ini, William menyarankan guru melaksanakan pengajaran dengan

melakukan aktiviti yang melibatkan pelajar seperti aktiviti permainan, lawatan, kerja luar

dan lain – lain.

Model ini diaplikasikan semasa pengajaran semasa musim praktikum di mana saya

sering melakukan aktiviti atau kaedah permainan yang melibatkan semua pelajar kelas.

Antara contoh aktiviti yang menggunakan kaedah permainan ini yang pernah saya

laksanakan adalah permainan dam ular, permainan puzzle, teka – teki dan lain – lain lagi.

Ternyata aplikasi daripada Model Projek ini dapat membantu perlaksanaan kaedah

dengan berkesan.

Selain itu, penetapan kaedah pengajaran juga dapat dibuat dengan mengaplikasikan

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983) yang membincangkan lapan

kecerdasan yang berbeza yang dipunyai dalam diri pelajar seperti dibincangkan dalam

bahagian permulaan pengajaran. Penetapan kaedah menggunakan teori ini adalah dengan

mengenalpasti kecerdasan yang paling utama bagi pelajar di dalam kelas serta

menentukan kaedah yang sesuai berdasarkan kecerdasan pelajar tersebut.

Teori Kecerdasan Pelbagai ini sangat membantu dalam menetapkan kaedah dan

memastikan pelaksanaan kaedah tersebut berkesan sepenjang proses pengajaran. Sebagai

contoh, jika kebanyakkan pelajar mempunyai kecerdasan kinestatik, aktiviti atau kaedah

yang sesuai dijalankan adalah permainan yang banyak melibatkan pergerakan seperti

explorace. Jika kebanyakkan pelajar mempunyai kecerdasan musikal, aktiviti seperti

permainan kotak beracun boleh dilakukan dan semestinya dapat menarik minat dan

tumpuan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Masa Yang Tidak Mencukupi

Isu yang timbul:

Bak kata pepatah, masa sering mencemburui kita, begitulah juga dalam pelaksanaan

proses pengajaran. Masalah yang seringkali timbul yang menyebabkan guru tidak mahu

melaksanankan kaedah pengajaran yang menarik adalah kekangan masa. Hal ini kerana,

setiap aktiviti yang menarik mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Oleh itu,

guru sering mengambil keputusan untuk menjalankan kaedah tradisional iaitu syarahan.

17

Page 18: Seminar refleksi

Kaedah penyelesaian:

Kaedah penyelesaian bagi isu ini adalah, guru perlu merancang masa dengan merujuk

masa yang disyorkan dalam melaksanakan kaedah pengajaran. Guru perlu merancang

perjalanan kelas dengan menitikberatkan setiap minit yang berlalu. Perancangan

pengurusan masa dalam bilik darjah, guru tidak digalakkan mengajar banyak topik dalam

satu waktu pengajaran walaupun guru ingin cepat menghabiskan sukatan pelajaran. Hal

ini menyebabkan kaedah pengajaran dan pelaksanaan aktiviti tidak dapat dijalankan. Oleh

itu, guru perlu bijak dalam pengurusan masa dalam bilik darjah dengan melakukan

perancangan dengan teliti dan berkesan dalam melaksanakan kaedah pengajaran dalam

bilik darjah.

Hargailah masa yang dilalui walaupun sesaat kerana bak kata pepatah masa itu emas.

Masa lebih bernilai daripada harta benda kerana sekali masa berlalu, ia tidak boleh

berulang kembali.

3.4 Pengurusan Bilik Darjah

Kebelakangan ini tentunya tiada siapa yang dapat menafikan bahawa kerjaya sebagai

seorang guru banyak dibebani dengan pelbagai tugas yang rencam dan tidak profesional.

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan

dan tanggungjawab. Pengurusan bilik darjah ini didefinisikan sebagai proses untuk

memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa

yang sama berlaku gangguan daripada tingkahlaku murid. Menurut Anderson (1989),

pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada, tingkahlaku yang

menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan

meminimumkan tingkahlaku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta

penggunaan masa pembelajaran yang efisyen.

Dalam perbincangan isu dan penyelesaian pengurusan bilik darjah, pertama sekali guru

perlu mengetahui aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Terdapat dua aspek yang

utama dalam pengurusan kelas ini adalah persekitaran kelas dan kawalan kelas. Dalam

perbincangan ini, akan kita lihat isu atau masalah yang wujud dalam dua aspek ini.

Kegagalan guru mengawal kelas dan menjaga persekitaran kelas dapat mengganggu proses

pembelajaran, malah proses pembelajaran juga mungkin gagal dijalankan sepanjang waktu

pengajaran dan pembelajaran.

18

Page 19: Seminar refleksi

i. Kawalan Kelas Gagal Diwujudkan

Isu yang wujud:

Kawalan kelas atau kawalan bilik darjah melibatkan kawalan disiplin pelajar. Isu yang

sering dihadapi oleh seorang guru dalam pengurusan bilik darjah adalah berhadapan

dengan disiplin pelajar yang teruk. Displin pelajar ini bergantung kepada jenis pelajar dan

kelas yang diajari. Apabila disiplin pelajar adalah teruk, perlakuan sesetengah pelajar

dapat mempengaruhi pelajar lain dengan bertindak di luar kawalan guru. Oleh itu, guru

perlu mencari alternatif bagi mengawal disiplin dan kawalan kelas. Menurut Moskowitz

dan Hayman (1976) sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi

lebih sukar untuk dapat dikawal semula.

Pengalaman pengajaran saya semasa praktikum saya menghadapi masalah untuk

mengawal disiplin pelajar dan mengawal tingkah laku pelajar. Hal ini menyebabkan,

keyakinan dalam diri berkurang. Faktor jenis pelajar menjadi punca kegagalan kawalan

kelas dalam hal saya ini. Hal ini kerana, kelas yang saya peroleh merupakan kelas

terhujung di dalam sekolah atau kelas terakhir. Menceritakan pengalaman menguruskan

kawalan kelas, pelajar tidak mahu mendengar arahan daripada saya dan bertindak di luar

kawalan saya dengan berjalan keluar masuk kelas tanpa menghiraukan kewujudan saya

dihadapan.

Guru-guru pelatih yang menjalani praktikum kerap kali dibiarkan mereka `sink or

swim’ (Renard, 2003) dan ini mengakibatkan berlakunya kekecewaan dan kurang

keyakinan di kalangan guru-guru pelatih dalam menghadapi realiti di bilik darjah. Hal ini

benar dan wujud disebabkan kegagalan kawalan kelas dan perlunya jalan penyelesaiaan

bagi isu kawalan disiplin pelajar ini.

Kaedah penyelesaian:

Dalam penyelesaiaan isu ini, aplikasi pendekatan pengurusan bilik darjah dilakukan

dengan mempelbagaikan pendekatan mengikut situasi kelas dan suasana kelas.

Pendekatan pengurusan bilik darjah terdiri daripada 4 jenis iaitu:

Autirotarian – guru yang berkuasa dalam memberi arahan dan mengawal kelas.

Permisif – guru memberikan kebebesan yang maksimum kepada pelajar

19

Page 20: Seminar refleksi

Modifikasi tingkah laku – mengubah tingkah laku pelajar daripada negatif ke

positif

Pembelajaran positif – memaksimumkan hubungan baik antara guru dan pelajar.

Oleh itu, pendekatan pegurusan bilik darjah ini sangat berguna kepada guru bagi

mengawal kelas dan tingkah laku pelajar. Namun begitu, pendekatan ini harus digunakan

dengan melihat kesesuaikan kepada jenis kelas dan jenis pelajar. Sebagai contoh, bagi

kelas yang bijak pendekatan permisif boleh digunakan, manakala bagi kelas yang kurang

bijak pendekatan ini tdak sesuai digunakan oleh guru dalam menguruskan kawalan kelas.

Selain itu, terdapat model yang sesuai diaplikasikan dengan masalah yang saya hadapi

didalam kelas iaitu Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner (1904-1990) dengan

menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk

meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu:

Peneguhan positif – hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya

(meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)

Peneguhan negatif – majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali

menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Dendaan – pengajaran akibat daripada tingkah laku pelajar

Model ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan kawalan kelas kerana

dapat mengubah tingkah laku pelajar dengan peneguhan yang diberikan oleh guru.

Apabila kawalan kelas dicapai dengan baik, maka proses pengajaran akan berjalan

dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah.

ii. Persekitaran Kelas Yang Tidak Kondusif

Isu yang wujud:

Persekitaran kelas memainkan peranan penting dalam mewujudkan pengajaran yang

berkesan dan sesuai. Persekitaran ini termasuklah keadaan kelas, susun atur tempat duduk

dan lain lagi. Persekitaran kelas kotor dan berselerak atau dipenuhi dengan barangan yang

20

Page 21: Seminar refleksi

tidak diperlukan akan menyebabkan pelajar menjadi rimas dengan persekitarannya.

Pelajar akan menjadi tidak selesa jika proses pengajaran dijalankan dalam keadaan kelas

yang bersepah. Secara langsung persekitaran kelas yang tidak kemas akan mengehadkan

pergerakan pelajar, seterusnya penglibatan pelajar secara maksimum gagal dicapai.

Bukan itu sahaja, malah perhatian atau tumpuan pelajar juga boleh terjejas dengan

persekitaran kelas yang kotor.

Menceritakan pengalaman pengajaran saya masalah persekitaran kelas merupakan

masalah yang sering dihadapi setiap hari pengajaran. Hal ini kerana pelajar tidak mahu

mengemas kelas mereka, supaya pengajaran menjadi lebih selesa. Sebagai guru, perkara

ini tidak boleh dipandang sebelah mata, guru harus menegur dan mengarahkan pelajar

untuk mengemas kelas dengan sebaik mungkin. Namun ramai kalangan guru tidak

mengambil peduli tentang perkara ini kerana berbekalkan alasan tidak cukup masa

menjalankan pembersihan.

Kaedah penyelesaiaan:

Secara penyelesaian model pengurusan persekitaran kelas diaplikasikan bagi

memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan yang menyenangkan dan selesa. Model

tersebut adalah, Model Pengurusan 5S iaitu ‘S’ pertama untuk sisih, seterusnya susun,

sapu, seragam dan sentiasa.

21

Page 22: Seminar refleksi

Berikut merupakan penerangan tentang model pengurusan kelas iaitu Model

Pengurusan 5S. Model ini diwujudkan untuk menguruskan persekitaran bilik darjah

dengan memastikan bilik darjah sentiasa kemas dan bersih. Tujuan utama model ini

adalah untuk memastikan pelajar selesa dalam persekitaran kelas bagi membolehkan

proses pengajaran berlaku dengan berkesan dan secara langsung menggalakkan

penglibatan pelajar dalam proses pengajaran. Pelajar bebas untuk bergerak sepanjang

pelaksanaan aktiviti dalam kelas boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran.

Model pengurusan ini bukan sahaja dijalankan pada waktu kelas malah dijalankan selepas

waktu kelas atau waktu – waktu terluang bagi memastikan persekitaran kelas sentiasa

menarik dan kondusif.

4.0 PERKARA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Perkara atau pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini merupakan pengalaman yang

berharga yang mengajar saya erti berkasih dengan pelajar dengan mewujudkan rasa sayang

dan ambil berat terhadap pelajar dan ingin melihat kejayaan pelajar. Pengalaman ini juga

memberi pengajaran bermakna buat saya sepanjang musim praktikum ini.

22

SISIH Menyisih

dan membuang

bahan lama dan

rosak

SUSUN

Susun atur perabut,

bahan belajar dengan kemas

SAPU

Bersihkan persekitaran bilik darjah dengan rapi

SERAGAM

Pelihara keceriaan

bilik

SENTIASA AMAL

Amalan berterusan

dengan pemantauan

MODEL PENGURUSAN 5S

Page 23: Seminar refleksi

4.1 Menjadi Guru Pengiring

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah menjadi guru pengiring bagi

Program Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil pada tarikh kemerdekaan negara Malaysia.

Kami bertolak dengan tiga biji bas sekolah yang disewa untuk pelajar bagi menyertai

program ini. Apa yang menarik adalah pengalaman menjaga pelajar di luar sekolah adalah

sangat susah kerana terdapat ramai pelajar yang perlu diperhatikan bagi mengelakkan

kejadian yang tidak diingini.

Dalam penglibatan pelajar bagi program ini saya dan rakan guru praktikal diarahkan

untuk menjaga kumpulan pelajar tingkatan enam dan mengiring mereka masuk ke dalam

stadium. Apa yang menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah melalui program

ini saya lebih rapat dengan pelajar dan mengetahui latar belakang pelajar dengan mendalam

dan ini menyebabkan wujud hubungan yang mesra antara saya dan pelajar. Kebetulan pelajar

tingkatan enam yang saya iring ini merupakan kelas tingkatan enam yang sempat saya ajari

selama empat minggu dalam tempoh praktikum. Yang kelakarnya adalah, pelajar saya tidak

mahu dijaga oleh saya atau diiringi oleh saya, tetapi mereka yang mengiringi saya seperti

pengawal peribadi. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat lucu apabila semua

orang guru lain turut ketawa apabila melihat gelagat pelajar saya.

Tidak cukup dengan itu, keesokkan harinya, pelajar kelas tingkatan enam tersebut

menghadiahkan coklat dan kek bagi tanda penghargaan bagi saya kerana mengajar dan

menghiburkan kelas mereka sepanjang tempoh empat minggu itu. Perkara ini membuatkan

saya tersentuh dan mendapat satu sifat sayang kepada pelajar saya. Sehingga kini saya masih

lagi berhubung dengan pelajar kelas tingkatan enam tersebut. Walaupun tempoh pengajaran

saya dengan mereka singkat, tetapi mereka masih menghargai saya sebagi guru mereka.

Pengalaman ini mengajar saya untuk memupuk hubungan baik dengan pelajar dan juga

mengajar saya tentang cara menguruskan pelajar dan menjaga keselamatan pelajar dengan

menjadi guru pengiring yang memegang tanggungjawab yang besar.

4.2 Ditegur Oleh Penolong Kanan

Pengalaman ini adalah pengalaman yang mengajar saya tentang kesilapan yang

dilakukan. Kesilapan yang saya lakukan adalah mendenda pelajar saya dengan membuat

ketuk-ketampi kerana tidak melakukan tugasan yang saya berikan. Kebetulan ketika

berlangsungnya denda tersebut, penolong kanan sekolah lalu di hadapan kelas dan dapat

23

Page 24: Seminar refleksi

melihat gelagat saya bersama pelajar. Yang sebernarnya, saya tidak didedahkan bahawa

denda seperti itu tidak lagi boleh dilakukan kepada pelajar. Hal ini merupakan kesalahan saya

sendiri dengan melakukan denda tanpa bertanya kepada guru – guru yang lain.

Selepas tamat pengajaran saya ditegur oleh penolong kanan yang menyatakan saya

bersalah kerana melakukan denda tersebut kerana dalam perkeliling yang keluar daripada

kementerian, guru dilarang melakukan denda seperti itu. Saya sangat terperanjat dan

memohon maaf kepada penolong kanan kerana tindakan saya tersebut. Saya menjelaskan

kepadanya bahawa saya tidak mengetahui dan tidak didedahkan tentang perkara tersebut.

Saya memohon maaf kepada penolong kanan dan berjanji tidak akan melakukan lagi.

Apa yang menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila penolong kanan

hanya tersenyum melihat muka saya yang serba salah kerana melakukan denda itu kepada

pelajar. Kemudian penolong kanan mengeluarkan kenyataan yang dapat melegakan hati saya

dengan mengatakan ‘tidak apa, cikgu lain pun buat tetapi perlulah kamu tahu tentang

larangan ini’. Kemudian penolong kanan berlalu dengan tersenyum kepada saya. Saya berasa

sangat lega kerana tidak dihukum. Selepas pengalaman yang memberi pengajaran kepada

saya itu, teknik dendaan yang saya lakukan ditukar dengan perkara – perkara yang lebih

berguna dan tidak menyeksa pelajar dan juga menyeronokkan pelajar.

Contohnya, jika pelajar yang tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan saya denda

mereka dengan aktiviti perbentangan, lakonan, nyanyian di hujung waktu pengajaran. Teknik

ini membantu pelajar untuk berseronok dan juga dalam masa yang sama dapat pengajaran

dengan melakukan tugasan lebih dengan melakukan perbentangan, lakonan, nyanyian dalam

bentuk tajuk pengajaran. Disamping pelajar berseronok dengan denda yang dijalankan,

pelajar juga dapat mempelajari topik pengajaran dengan kaedah ini. Berikut merupakan

pengalaman yang mengajar dan memberi kesedaran serta menjadikan saya seorang guru yang

lebih dewasa dan prihatin.

5.0 KOMEN PENYELIA

Dalam sub topik ini saya nyatakan komen penyelia saya iaitu Dr Abdul Raheem Bin Yusof

bagi pencerapan kali yang ketiga iaitu penyeliaan terakhir bagi musim praktikum ini.

Penyeliaan ini dijalankan pada minggu ke-13 praktikum dengan mencerap kelas mata

24

Page 25: Seminar refleksi

pelajaran perdagangan iaitu 4 Rigel iaitu bertarikh 26 September 2012 pada masa 11.30 pagi

hingga 1.00 petang.

5.1 Persediaan

Antara komen yang diberi dari penyeliaan kali terakhir dalam bahagian persediaan adalah

seperti berikut:

1. Objektif P&P jelas, eksplisit dan sesuai dengan sukatan serta kebolehan pelajar

2. Isi kandungan sesuai dengan sukatan

3. Strategi P&P disesuaikan dengan isi pelajaran

4. KBKK, kemahiran berfikir dan nilai yang sesuai dirancang untuk diterapkan.

5. Alat bantu mengajar yang disediakan dapat membantu proses P&P

5.2 Perkembangan

Antara komen yang diberi dalam peringkat perkembangan pula adalah seperti berikut:

1. Berjaya menarik minat pelajar untuk belajar

2. Langkah – langkah P&P berjaya dilaksanakan

3. Strategi P&P berkesan dan dilaksanakan dengan jayanya. KBKK, kemahiran berfikir

dan nilai berjaya diterapkan.

4. Arahan guru dipatuhi dan kawalan kelas yang baik

5. Mutu suara baik dan jelas dan wujud komunikasi pelbagai hala.

6. Objektif P&P tercapai melalui proses P&P

7. Teknik penyoalan berkesan

8. Penguasaan isi kandungan baik

9. Pelajar memahami isi pelajaran nyata

10. Tindak balas pelajar aktif

11. ABM digunakan dengan berkesan dalam proses P&P

12. Penutup lengkap dari kognitif dan sosial.

5.3 Sahsiah

Sahsiah merupakan komen berkenaan pakaian, sifat, keterampilan guru. Antara komen yang

diberi adalah:

25

Page 26: Seminar refleksi

1. Berpakaian kemas dan berbudi bahasa

2. Peka, mesra dan sabar dengan kerenah pelajar

3. Tingkahlaku sesuai sebagai pendidik

4. Persediaan mengajar kemas dan sesuai dengan isi kandungan serta penulisan refleksi

kendiri baik.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, refleksi yang dicurahkan berdasarkan pengalaman sepanjang

praktikum ini banyak mengajar saya cara bagi mejadi guru yang lebih baik dengan mencari

penyelesaian berdasarkan teori, model, pendekatan dan ilmu pedagogi yang telah dipelajarai

sepanjang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.

Pengalaman praktikal ini sangat bermakna dan menjadikan saya lebih berani dan lebih

berfikiran positif serta bersemangat untuk menjejakkan kaki ke alam sekolah sebagai guru

yang baik kelak. Refleksi ini dapat membantu saya untuk mngubah diri saya dalam berusaha

menjadi guru yang terbaik yang dapat memupuk dan mendidik anak bangsa supaya mereka

boleh berjaya sepertimana guru mereka malahan pada pangkat yang lebih tinggi. Kejayaan

pelajar merupakan satu kebanggaan guru yang mencurahkan ilmu sepanjang proses

pengajaran.

Dengan pengalaman mengajar ini baru saya mengerti perasaan menjadi seorang guru.

Hadiah harta benda tidak dapat dibandingkan hadiah kejayaan yang diberikan oleh pelajar

kepada guru. Guru hanya mengharapkan pelajarnya berjaya dan tidak akan melupakan

jasanya. Pengalaman ini membuat saya lebih sayang kepada kerjaya seorang guru ini,

walaupun hakikatnya profesional perguruaan adalah sangat mencabar dari hari ke hari.

Namun saya ingin menjadi guru yang terbaik di era pekerjaan sebagai guru kelak dengan

berbekalkan ilmu pengajaran dan pengalaman di universiti dan pengalaman mengajar di

sekolah. Tidak akan saya sia – siakan ilmu yang saya pelajari sepanjang tempoh sebagai

mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

7.0 BIBLIOGRAFI

26

Page 27: Seminar refleksi

7.1 Sumber Buku

Rohaty Mohd. Majzub, (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti.

Kay M. Price, Karna L.Nelson, (2011). Planning Effective Instruction: diversity rensponsive

method and management (4th Edition). Canada: wadsworth.

Suppiah Nahiapan et all, (2009). Perkembangan Dan Perkembangan Pelajar. Selangor Darul

Ehsan: Oxford Fajar.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, (2003). Multimedia dalam pendidikan. Johor: PTS

Publication.

Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th Edition).Washington:

Wadsworth Publishing Company.

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA:

Allyn & Bacon.

Samri Sainuddin dan Kanthasamy Nallusamy, 2010. Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran.

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ab. Fatah Hasan, (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:

Penerbit UTM.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam

Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis.

Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Manual Kualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Februari). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hall, C.S and Lindzey, (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.

7.2 Sumber Jurnal

Needham (1987) Teaching Strategies for Developing Understanding in Science, Leeds,

Children's Learning in Science Project, University of Leeds

27

Page 28: Seminar refleksi

Hafidzah Ahmad Abbas, (2001). Pelaksanaan Program Pembelajaran Kontekstual Di Negeri

Perak Darul Ridzuan. Jabatan Pendidikan Perak.

Wan Absah bte Wan Kadir (1997). Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Secara

Kontekstual Di Sekolah Menengah Teknik. Persidangan Kebangsaan Tech Prep 18-20

September 1997.

Barbetta, P. M., Norona, K. L. & Bicard, D. F. (2005). Classroom Behavior Management: a

Dozen Common Mistakes and What to Do Instead. Preventing School Failure.

49(3), 11-19.

Rosli Yacob. (2006). 'Sosialisasi guru permulaan'. Kertas kerja dibentangkan dalam

Kolokium Guru Permulaan anjuran Bahagian Pendidikan Guru (Kementerian

Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama Institut Perguruan Ipoh, Perak, Hotel Heritage

Ipoh, 14–16 November.

7.3 Sumber Internet

Siti Sarinah Hj. Kifli dan Noorzainah Hj. Awg Omar, 2011. Strategi dan Pendekatan P&P. Diperoleh pada April 6, 2011 daripada:

http://www.slideshare.net/Dr22s/strategi-pendekatan-pp-272853

(Ausubel Meaningful Learning Model):

http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/2.10.html

28