SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena...

22
Daulat Tuanku SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J. SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2018 Bersamaan 3 Rabiulakhir 1440H Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2018 PERCUMA 13 - 19 Disember 2018, 5 - 11 Rabi'ulakhir 1440 MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my EDARAN DIGITAL SELANGOR KINI

Transcript of SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena...

Page 1: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Daulat TuankuSEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSANSERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap SelamatSempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-73

Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorPada 11 Disember 2018 Bersamaan 3 Rabiulakhir 1440H

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang

Tahun Hari Keputeraan ke-73

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

pada 11 Disember 2018

PERCUMA 13 - 19 Disember 2018, 5 - 11 Rabi'ulakhir 1440

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 2: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

2 SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 3: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Utama3SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Titah ucapan DYMM Sultan Sharafuddin

Kekalkan hidup aman dan harmoniOLEH AFIX REDZUAN

KLANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasi-hati semua rakyat khususnya ahli politik supaya tidak mengambil kesempatan membangkitkan isu perkauman dan keagamaan demi kepentingan politik serta parti masing-masing.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda inginkan rakyat teruta-ma di Selangor dapat hidup de-ngan aman dan harmoni selain menasihatkan semua pihak men-jaga perasaan antara kaum serta tidak mengeluarkan tutur kata menyakiti mana-mana pihak.

“Masyarakat seharusnya sedar bahawa isu berkaitan dengan kaum dan agama amat sensitif dalam kalangan masyarakat kita.

“Jika kita ingin memberi se-suatu pandangan, maka perlu dilakukan secara berhemah dan berperaturan tanpa perlu mem-persoalkan apa yang sudah di-persetujui serta termaktub, di dalam Perlembagaan Persekutu-an,” titah baginda.

Baginda menzahirkan rasa du-kacita terhadap peristiwa rusu-han di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, yang me-ngakibatkan kecederaan teruk berlaku kepada seorang anggota bomba serta orang awam.

“Titah ucapan ini bukan ber-tujuan mencampuri urusan ke-rajaan, namun sekadar memberi nasihat kepada semua pihak atas dasar tanggungjawab sebagai seorang raja yang mempunyai

peranan, di dalam sistem peme-rintahan Raja Berperlembagaan.

“Janganlah kita rosakkan segala yang sudah dibina ber-sama-sama selama ini dengan menimbulkan pelbagai keke-liruan dan syak wasangka anta-ra kaum serta fahaman agama yang wujud, di dalam masyara-kat kita.

“Untuk membina sebuah negara, ia memakan masa begi-tu lama untuk dibentuk seperti pepatah Inggeris menyatakan ‘Rome was not built in a day’, na-mun jika kita tidak berhati-hati dan bermusuhan antara satu sama lain, maka negara akan musnah dan hancur, di dalam sekelip mata,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Majlis Jamuan Hi-Tea Diraja sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-73 bagin-

da, di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, di sini.

Baginda menegaskan, seja-rah pembentukan kontrak so-sial iaitu satu bentuk persetu-juan dan persefahaman antara pelbagai kaum ketika pemben-tukan negara untuk mencapai kemerdekaan menyebabkan ia menjadi teras serta elemen ter-penting yang tercatat, di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Akibat tidak mengambil be-rat untuk mengetahui dan me-mahami sejarah negara secara mendalam selain sejarah pem-bentukan kontrak sosial ini, maka timbul pelbagai isu serta syak wasangka antara kaum juga agama sejak kebelaka- ngan ini. Ia sedikit sebanyak menggugat keharmonian dan perpaduan masyarakat Malay-sia,” titah baginda.

Bangga pencapaian ekonomi negeriKLANG - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah, amat ber-bangga dengan pembangunan pesat ekonomi dicapai Sela-ngor dan infrastruktur sehing-ga menjadi negeri termaju.

Baginda percaya, kejayaan dicapai itu adalah hasil usaha cemerlang kerajaan, penjawat awam serta sumbangan rakyat yang bekerja di Selangor se-cara berterusan.

“Beta amat berharap, se-gala kemajuan dan kemakmu-ran dicapai Selangor ini dapat berterusan selain pemimpin juga masyarakat semua pering-kat dapat bekerjasama men-jalankan tugas dengan penuh jujur serta keikhlasan.

“Pemimpin negeri serta penjawat awam perlu sentiasa menitik beratkan etika kerja berlandaskan nilai murni dan kejujuran tinggi ketika men-jalankan tugas diamanahkan kepada mereka,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Majlis Jamuan Hi-Tea Diraja sempena me-nyambut Ulang Tahun Kepute-raan ke-73 baginda, di Padang Mahkota, Istana Alam Shah.

Baginda turut menasihat-kan pemimpin serta penjawat awam menjauhkan diri dari-

pada terbabit dengan gejala rasuah.

“Gejala rasuah tidak boleh diambil mudah dan perlu di-tangani hingga ke akar umbi. Gejala rasuah bukan sahaja membabitkan mereka yang menerima rasuah, malahan golongan yang memberi ra-suah juga perlu ditangani su-paya tidak menjadi satu buda-ya buruk yang menjadi amalan.

“Tiada erti kemajuan bagi sesebuah negara jika sikap pe-mimpin dan penjawat awam ti-dak amanah serta jujur dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menasihatkan Kera-jaan Negeri supaya dapat men-jamin kehijauan alam semula-jadi terus terpelihara.

Baginda bertitah supaya Ke-rajaan Negeri dengan kerjasa-ma Jabatan Perhutanan dapat terus memelihara dan me-ngawal kawasan hutan simpan supaya tidak dicerobohi serta tidak dimusnahkan untuk pem-bangunan.

“Dengan mengawal dan mengekalkan kawasan hijau, beta percaya ia dapat menja-min persekitaran yang sihat, bersih serta segar,” titah ba-ginda.

APA KATA MEREKARakyat bertuah punyai sultan prihatin

Saya bukan berasal dari Selangor, namun rakyat negeri ini cukup bertuah kerana mempunyai sultan yang sangat prihatin dan sentiasa mencemar duli menghadiri majlis mendekati rakyat. Di kesempatan ini, saya mengucapkan sembah tahniah dan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-73 kepada DYMM Sultan Sharafuddin, semoga Allah SWT melanjutkan usia dan merahmati pemerintahan tuanku.Ain Rodziatul Amnah Ngassri, penjawat awam

Saya mengucapkan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-73. Semoga Selangor sentiasa aman sejahtera di bawah pemerintahan baginda.Safahanis Azman, penjawat awam

Sifat diserlahkan baginda dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor,

Tengku Amir Shah terhadap sukan bola sepak amat disenangi rakyat terutama peminat tegar sukan berkenaan. Daulat tuanku, merafak sembah setinggi-tinggi

tahniah. Semoga DYMM Sultan Selangor dilanjutkan usia dan sentiasa

dalam rahmat Allah SWT.Daniyal Mat Jusoh, penjawat awam

Komited pastikan Selangor sentosaKLANG - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pi-haknya dan pentadbiran negeri akan memastikan rakyat berbi-lang kaum terus hidup secara aman serta sentosa.

Beliau berkata, Kerajaan Se-langor tidak akan sesekali ber-tolak ansur dengan sebarang anasir yang mahu menggugat ketenteraman dan keamanan dikecapi rakyat.

“Patik dan pentadbiran ne-geri akan memastikan kesento-saan negeri buat sekalian rak-yat.

“Segala bentuk 'cauvinisme' kaum atau agama tidak punya tempat di Selangor yang kos-mopolitan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika mempersembahkan Ucapan Sembah Taat Setia sambil diapit dua EXCO negeri iaitu Hee Loy Sian mewakili kaum Cina dan V Ganabatirau mewakili kaum In-dia sempena Istiadat Pengurnia- an Darjah dan Bintang Kebesa-ran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Kepute- raan Ke-73 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Balai Rungseri, Istana Alam Shah.

Turut berangkat DYMM Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Pada masa sama, Amirudin

berkata, Selangor terus mencatat kejayaan apabila terus menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dengan kadar 23 peratus pada 2017 memperlihatkan peningka-tan daripada 22.7 peratus, pada tahun sebelumnya.

Katanya, pencapaian itu dido-rong oleh kedudukan kewangan yang kukuh selain Selangor men-jadi destinasi tumpuan pelabur dalam dan luar negara.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat membuka sebuah galeri seni yang bakal menem-patkan karya seniman tersohor dari rantau Asia Tenggara selain memberi ruang kepada seniman tempatan.

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 4: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

4Utama

SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-73

Sultan Sharafuddin hadiri majlis bacaan YasinOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berke-nan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada 7 Disember lalu.

Baginda tiba di perkarangan masjid sekitar jam 12.25 tengah hari disambut Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Muf-ti Selangor, Dato’ Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid.

Mohd Tamyes mengetuai ba-caan Yasin dan tahlil doa sela-mat yang berakhir sekitar jam 1.05 tengah hari disusuli solat Jumaat.

Imam Masjid Negeri, Mu-hammad Farhan Wijaya selaku khatib bertugas menyampaikan

khutbah bertajuk ‘Perpaduan Ummah Asas Kestabilan Insti-tusi Raja’.

Khatib dalam khutbahnya mengingatkan semua pihak su-paya bersikap terbuka, berla-pang dada, berbaik sangka ser-ta saling menghormati untuk mengekalkan konsep perpa- duan ummah seperti terkan-dung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sesungguhnya, perpa- duan boleh mendatangkan ba-nyak manfaat. Peribahasa Mela-yu mengatakan dengan perpa- duan, gunung yang tinggi dapat diratakan, begitu juga bersatu teguh bercerai roboh dan bu-lat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

“Ini semua menunjukkan ba-hawa perpaduan mampu me-nyebabkan kerja yang berat menjadi ringan dan masalah rumit akan berjaya dirungkai,” katanya.

Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis bacaan Yasin dan menunaikan solat Jumaat bersama-sama rakyat

Kagum dan puji sifat prihatin SHAH ALAM - Sifat keprihatinan dimiliki Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah, dipuji Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor.

ADN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ia terbukti melalui ke-prihatinan baginda terhadap ma-salah rakyat dan pembangunan, di Selangor.

"Baginda amat menitikberat-kan warisan dan sejarah Kesul-tanan Selangor, malahan seorang raja yang menjadi payung kepa-da rakyat berbilang kaum serta sentiasa menjaga keharmonian masyarakat.

"Oleh itu, saya mengambil ke-sempatan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-73. Semoga dilanjutkan usia

tuanku," katanya kepada Sela-ngorKini.

Sementara itu, ADN Per-matang, Rozana Zainal Abidin berkata, baginda kerap mence-mar duli untuk turun bertemu rakyat, di setiap pelosok negeri.

"Baginda juga sentiasa me-nyeru ke arah perpaduan, ke-harmonian dan prihatin terha-dap apa sahaja masalah rakyat terutama berkenaan kemiskinan serta agama.

"Menjunjung kasih kepada baginda, semoga dilanjutkan usia tuanku dalam keafiatan dan sentiasa dilindungiNya. Peme-rintahan di bawah tuanku mem-bolehkan rakyat berbilang kaum, bangsa, agama di negeri ini hi-dup penuh harmoni serta saling

hormat-menghormati," katanya.ADN Dusun Tua, Edry Faizal

Yusof pula berkata, pengala-man sepanjang mengikuti maj-lis bersama Sultan Sharafuddin membuktikan baginda mampu menyuntik rasa kagum atas ke-daulatan institusi Kesultanan Me-layu.

"Jika majlis santai seperti ma-kan malam, baginda mampu membuatkan rakyat rasa dekat dengan institusi kesultanan wa-laupun baginda kurang berkata-kata.

"Mengambil kesempatan ini, saya ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke bawah Sultan Sharafuddin. Semoga tu-anku dan Selangor sentiasa diber-kati serta dirahmati," katanya.

Tengku Permaisuri Norashikin lambang kesantunan wanita SHAH ALAM - Lambang kes-antunan wanita, itulah yang di-pandang pada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Sela-ngor, Tengku Permaisuri Nora-shikin.

Ahli Dewan Negeri Bukit Mela- wati, Juwairiya Zulkifli berkata, keperibadian dan kesantunan tinggi baginda amat mene-nangkan serta menjadi contoh tauladan kepada rakyat jelata.

"Sifat baginda yang amat

menyayangi haiwan juga dipuji rakyat. Kita dapat melihatnya melalui kenyataan Tengku Per-maisuri Norashikin yang sebe-lum ini kecewa dengan pende-raan dilakukan terhadap kucing.

"Sememangnya, Selangor bertuah mempunyai permaisuri yang sangat prihatin dengan situasi semasa," katanya.

Beliau berkata, baginda turut berkesempatan mencemar duli melawat Sky Mirror yang men-

jadi lokasi tarikan pelancong, di Kuala Selangor.

Katanya, keberangkatan itu membuktikan Tengku Permai-suri Norashikin menghargai keindahan dan aset pelanco-ngan tempatan serta menyo-kong usaha memajukan sektor pelancongan tempatan.

"Saya gembira apabila bagin-da memilih Kuala Selangor dan kelihatan teruja melawat tempat paling unik itu," katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 5: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

5SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 6: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

6Utama

SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

Rai Ahli Jawatankuasa TSSC ����KUALA LUMPUR - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Sela- ngor, Tengku Amir Shah, berke-nan berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Pe-nyampaian Sijil Penghargaan ‘The Sultan Of Selangor’s Cup’ (TSSC), di Hotel Concorde, pada 4 Disember lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari, selaku Penasihat TSSC 2018 diwakili Pengarah Projek Nirvana Group Berhad, Zainol Abidin Mohamed, mendahului

senarai 47 penerima sijil peng-hargaan bersama Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir diikuti Pe- ngurus dan Pengerusi TSSC 2018, Tan Sri Abd Karim Munisar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun me-ngetuai senarai penerima bagi Ahli Jawatankuasa Induk ber-sama 14 yang lain diikuti 14 Ahli Jawatankuasa Kerja.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama mengetuai senarai pene-

rima penerima penghargaan bagi penaja TSSC 2018 yang diwakili Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar disusuli 14 wakil lain.

Hadir sama pemain pasukan veteran Selangor, pilihan Sela-ngor dan bawah 16 tahun (B16) Selangor yang berjaya melakar kejuaraan penuh pada edisi ke-17, di Stadium Shah Alam, pada 25 Ogos lalu.

Secara keseluruhan, TSSC 2018 menerima tajaan hampir RM1.2 juta.

Tengku Amir Shah berkenan serah sumbanganSHAH ALAM - Duli Yang Tera-mat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan menyampaikan sumbangan pro-gram ‘Back To School’ kepada 500 kanak-kanak dari 12 rumah anak yatim, di sekitar negeri itu.

Program anjuran Yayasan Is-lam Darul Ehsan (YIDE) itu mem-peruntukkan RM60,000 termasuk pengagihan 500 pakaian sekolah, kasut, stokin dan beg sekolah ser-ta RM100 turut diberikan kepada setiap anak yatim.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban pen-jaga rumah anak yatim ter-babit dalam menyediakan keperluan asas persekolahan.

“Program ‘Back To School’ dia-dakan setiap hujung tahun dan kini sudah masuk tahun kedua penganjuran selepas ‘pilot pro-ject’ bersama-sama Pemerbada-nan Menteri Besar Selangor yang berjaya dilaksanakan, tahun lalu.

“Julung kalinya pada tahun ini, kita bekerjasama dengan Sela- ngor Youth Community dan Star Villion bertujuan membantu anak yatim berdaftar dengan

‘Back To School’

Anugerah cetus semangat Hafizh KLANG - Pelumba MotoGP ne-gara, Hafizh Syahrin Abdullah, merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, atas perkenan baginda menga-nugerahkan Bintang Kecemer-langan Sukan Selangor (BKS).

Katanya, anugerah itu bakal menjadi pemangkin semangat buatnya untuk beraksi lebih cemerlang selepas ini selain

memberikan tunjuk ajar kepa-da anak muda Selangor mence-buri bidang sukan permotoran.

“Syukur alhamdulillah di atas penganugerahan BKS dan saya ingin mengucapkan sela-mat menyambut Ulang Tahun Keputeraan ke-73 buat DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Anugerah ini memberikan semangat untuk meneruskan karier sebagai wakil Selangor. Saya akan sentiasa berikan 100

peratus dan semangat kepada anak muda Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bera-khirnya Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Kepute-raan ke-73 DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Balai Rungseri, Istana Alam Shah.

Mengulas berhubung perse-

diaan musim hadapan, anak kelahiran Ampang itu ber-kata, beliau akan kembali menjalani latihan Januari ini sebagai persediaan mengha-dapi musim 2019 yang bermula pada Mac, di Qatar.

Buat masa ini, beliau lebih menumpukan aktiviti sukan sepanjang tempoh rehat dua bulan bagi menjaga stami-na dan kesihatan, menjelang pembukaan musim baharu.

kami,” katanya.Beliau berkata demikian

selepas Majlis Sumbangan Pro-gram ‘Back To School’ yang dia-dakan di Star Villion Seksyen 7, di sini, pada 3 Disember lalu.

Antara 12 rumah anak yatim

terbabit adalah Pertubuan Ke-bajikan Ehsan Ash Shakur, Per-tubuhan Al-Khadeem; Pertubu-han Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan, Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah dan Rumah Baitul Kasih.

Selain itu, Rumah Aman Shah Alam, Persatuan Rumah Anak Yatim dan Miskin Wawasan Ce-merlang Selangor, Rumah Bakti Dato’ Harun, Rahoma Darul Fa-kir, Rumah Kasih Harmoni dan Rumah Anak Yatim Dan Hidayah

Al Hijrah.Pada masa sama, YIDE tu-

rut membuka peluang kepada agensi korporat lain untuk ber-sama menyalurkan sumbangan dalam membantu masyarakat, di Selangor khususnya.EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 7: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

7SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 8: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

8 SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorPada 11 Disember 2018 Bersamaan 3 Rabiulakhir 1440H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Dan KakitanganMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYASerta Seluruh Warga Petaling Jaya

DAULAT TUANKUSEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKU

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 9: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

9SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 10: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

10 SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 11: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

11SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

Utama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG - Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Nor Zehan ibni Almarhum Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah, mendahului senarai 118 penerima anugerah Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Sela-ngor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-73 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah.

Baginda menerima anugerah tertinggi Selangor iaitu Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK II) pada istiadat yang ber-langsung, di Balai Rungseri, Ista-na Alam Shah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zai-nal Abidin pula dianugerahkan darjah kelas pertama iaitu Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada lelaki dan Datin Paduka Seri kepada wanita.

Turut menerima SPMS ialah Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah Be T Loth Khan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Darjah Kebesaran Datuk Se-tia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Dato’ Setia kepada lelaki dan Da-tin Paduka Setia kepada wanita dianugerahkan kepada Teng-ku Puan Indera Setia Selangor, Tunku Irinah Tuanku Jaafar; Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk

Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan

Tengku Puteri Nor Zehan dahului senarai penerima pingat

Salehuddin Saidin dan Pro Can-selor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Lim Ah Lek @ Lim Mok Siang.

Seramai sembilan penerima dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’ bagi lelaki dan Datin Padu-ka bagi wanita.

Mereka ialah Hakim Mahka-mah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah; Panglima Tentera Laut Diraja Ma-laysia (TLDM), Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany; Panglima 11 Briged ATM, Briged Jeneral Dr Mohd Radzi Abdul Hamid; Ke-tua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dan Pengarah Touch Group Holdings Sdn Bhd, Tengku Datuk Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin @ Tengku Sri Aria Raja.

Turut dianugerahkan DPMS adalah Pegawai Daerah Peta-ling, Roslinah Md Jani; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor, Muhammad Ridzuan Arshad; Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Sayuthi Bakar serta Profe-sor Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Prof Dr Mohd Ali Hassan.

Penerima Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa ge-laran Dato’ bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita dimulakan dengan Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM, Laksamana Pertama Anuar Alias; Pengerusi Antara Holiday Villas Sdn Bhd, Tan Sri Azman Shah Haron; Ketua

Eksekutif Cancer Research Ma-laysia, Prof Dr Teo Soo Hwang; Dekan Fakulti Perubatan Veterina UPM, Prof Dr Mohd Hair Bejo dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Tra- vel & Services Sdn Bhd, Dato’ Mohd Khalid Mohd Noordin.

Penerima DSIS lain ialah YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd Hamid Hussain; Ketua Delegasi Pasukan Singapura (Pia- la Sultan Selangor), Teo Hock Seng; Dekan Fakulti Komunikasi HELP University, Dr Khairuddin Othman; Ketua Pegawai Ekse-kutif Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sunway, Dr Lee Weng Keng dan Pengarah Eksekutif Teknikal dan Penge-luaran Nestle Philippines, Adnan Hisham Pawanteh.

Baginda turut berkenan meng-anugerahkan Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (AKS) kepada lima atlet negara iaitu atlet bow-ling padang, Sarjan Emma Firy-ana Saroji; Farhan Adam (sepak takraw); Amy Kwan Dict Weng (gimrama); Muhammad Faizul M Nasir (pencak silat) dan Siti Safi-yah Amirah Abdul Rahman (ten-pin bowling).

Sementara itu, seramai 15 penerima dianugerahkan Darjah Kebesaran-Setia Mahkota Sela-ngor (SMS) dan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Idris Shah (SIS).

Seramai 22 penerima dia-nugerahkan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS), 21 penerima Darjah Kebesaran Ah-li-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS), tiga penerima Bintang Ke- gemilangan Sukan Selangor (BKS) serta tujuh penerima bagi

Bintang Perkhidmatan Cemer-lang (BPC).

Sultan Sharifuddin Idris Shah sebelum itu berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kehor-mat TLDM disusuli 21 das letupan meriam, manakala Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, turut me-nyampaikan Ucapan Sembah Taat Setia sambil diapit dua EXCO negeri iaitu Hee Loy Sian mewaki-li kaum Cina dan V Ganabatirau mewakili kaum India.

Ia disusuli Ucapan Sembah Taat Setia oleh YAM Tengku In-

dera Setia Selangor bagi me-wakili Waris-waris dan Kerabat-kerabat Diraja, Ahli-ahli Dewan di-Raja, Orang-orang Besar Istana dan Orang-orang Besar Daerah sambil diapit Yang Amat Dihor-mati Tengku Seri Wangsa Diraja dan Yang Dimuliakan Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat.

Istiadat berakhir pada jam 11.50 pagi dengan bacaan doa Dato’ Mufti Negeri Selangor, Dato’ Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid.

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 12: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 13: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

14Rencana

SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

Raja berjiwa rakyat! Itu gam-baran tepat bagi meng-gambarkan perihal diri

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah, yang sering mendampingi rakyat seadanya tanpa membataskan diri dengan protokol selaku kerabat diraja Se-langor.

Dalam pemerintahan baginda sebagai Sultan Selangor, lawatan ke seluruh daerah sering dilaku-kan bagi mendekati kehidupan rakyat dan mengikuti perkem-bangan semasa serta kemajuan dilaksanakan, di negeri itu.

Sultan Sharafuddin memang dikenali individu yang suka mendampingi rakyat dan sering melakukannya seperti saban ta-hun mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama serta meng- hulurkan sumbangan Aidilfitri kepada golongan memerlukan, di seluruh Selangor.

Baginda juga seorang yang peka dalam perkembangan semasa dan sering berkongsi idea bagi mengatasi masalah kemanusiaan. Selaku ketua aga-ma Islam negeri, baginda juga sentiasa menasihati rakyat ber-

Dampingi masyarakat tanpa batas

Sultan Sharafuddin raja berjiwa rakyat

pegang teguh pada ajaran Islam.

Sukan lasak dan lukisan jadi pilihan

Sultan Sharafuddin amat memi-nati sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, me-mandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y. JUGRA.

Baginda turut mencatat pen-capaian tertinggi di dalam ke-giatan sukan lasak dengan men-catat nama di dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘The First To Sail Around The World’ dan ‘The First To Complete Peking-Paris Mo-tor Challenge’, pada 1998.

Pada 9 November 1998, ba-ginda berjaya melancarkan buku pertamanya berjudul ‘Peking to Paris’.

Selain itu, Sultan Sharafud-din juga meminati seni lukis dan mempunyai koleksi lukisan potret diri baginda juga susur galur keluarga, malahan turut ge-mar melakar setiap apa yang ber-laku sama ada peristiwa berse-jarah atau pengalaman baginda sendiri diabadikan, dalam bentuk lukisan.

Minat luar biasa baginda ter-hadap seni itu dikongsi bersa-ma rakyat di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang dibuka kepada umum, sejak 19 Oktober 2007.

Baginda pernah dilantik se-bagai Pengerusi Galeri Shah Alam dan Pengerusi Lembaga Ama-nah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan, pada 1991. Baginda juga seorang yang minat membaca, seni fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama serta mengumpul ‘vintage cars’ dan senjata tradisi orang Melayu.

Dimasyhur sebagai Sultan Selangor pada 2001

Sultan Sharafuddin Idris Shah dimasyhurkan sebagai Sul-tan Selangor kesembilan pada 22 November 2001 ekoran ke-mangkatan ayahanda baginda, Almarhum DYMM Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001 dengan maj- lis pertabalan dijalankan, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan, pada 8 Mac 2003.

Baginda yang diisytihar se-

bagai Raja Muda Selangor ke-tika berusia 15 tahun pada 1960 adalah putera sulung Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan DYMM Paduka Bonda Raja Sela-ngor, Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah serta diputerakan di Istana Jemaah, Klang, yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sul-tan Alam Shah, Klang, pada 24 Disember 1945.

Kini, kehidupan Sultan Shara-fuddin dilimpahi kebahagiaan dengan kehadiran suri hati ba-ginda iaitu DYMM Tengku Perma-suri Selangor, Tengku Permaisuri

Norashikin yang dinikahi bagin-da, pada 31 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, baginda dikurniakan seorang putera, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta dua puteri, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Zerafina dan YAM Tengku Zatashah.

Sempena ulang tahun hari keputeraan ke-73 tahun ini, dii-ringi doa semoga pemerintahan baginda terus dilimpahi rahmat dan Selangor kekal makmur sela-manya.

Daulat Tuanku!

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 14: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

15SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 15: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

16Rencana

SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

Hari Sabtu tanggal 8 Disember 2018 tentunya menjadi hari yang tidak dapat dilupakan Norasyikin Abd Latip, 43 tahun.

Beliau menyifatkan tempoh singkat iaitu kira-kira hanya satu jam 10 minit di-laluinya pada acara Larian Menjunjung Kasih 2018 sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-73 di Shah Alam itu sebagai detik bermakna yang tidak dapat dilupakan, dalam sejarah lariannya.

Masakan tidak, Norasyikin yang me-nganggap dirinya orang 'biasa-biasa' sa-haja tanpa diduga berpeluang beramah mesra dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, sekali gus melihat sifat sebenar baginda.

Segalanya bermula apabila pada pagi itu apabila tiba-tiba, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, me-minta Norasyikin menyertai larian bersa-ma baginda dan isteri Dato' Menteri Besar, Masdiana Muhamad.

"Yang Berhormat (YB) Khairuddin beri-tahu saya, nampak lebih manis jika la- rian baginda dan isteri Dato' Menteri Besar diiringi wanita berbanding YB sendiri,"

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin

kata Norasyikin yang juga Pegawai Khas Mohd Khairuddin.

Pada awalnya, Norasyikin menjangka-kan tentu agak sukar untuk mendekati Tengku Permaisuri Norashikin disebabkan kawalan pengawal peribadi yang sentiasa mengiringi baginda.

Bagaimanapun, telahannya meleset be-laka apabila pengawal peribadi baginda sentiasa memberi ruang untuknya bera-mah mesra dengan Tengku Permaisuri Norashikin dengan lebih dekat.

Norasyikin yang pada awalnya agak ma-lu-malu tetapi dengan segera dapat me-nyesuaikan diri lantaran sifat baginda sen-

diri yang mampu membuatkan sesiapa di sekeliling baginda merasa selesa.

Sangat 'natural’

Apabila ditanya apakah ungka-pan paling tepat bagi menggam-barkan diri baginda, tanpa ter-agak-agak Norasyikin menjawab, baginda sangat 'natural', mesra, bersopan santun, menghormati orang, pandai bergurau dan semes-tinya kecantikan semula jadi ba- ginda yang menjadi idaman wanita.

Bagi Norasyikin, baginda seme-mangnya mampu menyesuaikan diri untuk bergaul dengan semua lapisan rakyat tanpa rasa janggal.Norasyikin turut mengimbau kem-

bali reaksi baginda ketika terserempak dengan bangkai seekor kucing yang di-percayai mati dilanggar kenderaan.

"Ketika kami berlari, baginda terke-jut ternampak bangkai kucing mati di-langgar kenderaan dan wajah baginda sedikit berubah seperti ada kesayuan bermain, di fikiran baginda.

"Tak jauh dari situ, terjumpa pula bangkai ular. Baginda terus peluk ta-ngan saya, rasa 'sweet' sangat dan itu antara sebab saya kata baginda cukup 'natural'," katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, Norasyikin juga tidak dapat melupakan ungkapan 'The Nora-shikins' oleh baginda yang merujuk ke-pada persamaan nama Norasyikin dan

baginda. Norasyikin seorang yang aktif dalam

aktiviti lasak berkata, selain memiliki

keperibadian mengagumkan, bagin-da juga seorang yang cergas apabila mampu menamatkan larian sejauh lima kilometer dan menolak menggu-nakan keistimewaannya sebagai Tengku Permaisuri Selangor.

Sebaik tamat larian, Norasyikin seka-li lagi tidak menyangka apabila baginda mempelawa beliau masuk ke khemah dira-ja untuk berehat sebelum acara seterusnya.

"Sebagai rakyat Selangor, memang ada perasaan sayang dan kagum dengan ba-ginda. Selepas berpeluang beramah mes-ra dengan baginda menyebabkan saya rasa kerendahan diri baginda menye-babkan baginda disayangi rakyat," ka-tanya sebelum mengakhiri perbualan.

Demikianlah sedikit kisah Tengku Permaisuri Norashikin di mata rakyat bia-sa yang berpeluang mendekati baginda, pada acara larian itu.

Prihatin isu kemanusiaan, moral dan kekeluargaan

Selain sifat yang diceritakan Norasyikin, baginda juga sangat perihatin dengan isu membabitkan hal kemanusiaan, moral dan kekeluargaan.

Pernah suatu ketika, Tengku Permaisuri Norashikin membuat lawatan mengejut ke Wad Bersalin, Hospital Shah Alam, selepas mengetahui kejadian seorang bayi lelaki dit-inggalkan, di hadapan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, pada Janua- ri lalu.

“Beta merasakan ibu bapa, keluarga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan institusi kekeluar-gaan, sekali gus mengelakkan anak terje-rumus ke arah melakukan perkara negatif.

“Beta amat sedih melihat bayi tidak berdosa ini menjadi mangsa di atas kesila-pan pertimbangan individu tertentu yang mungkin belum matang dalam berfikir dan membuat keputusan,” titah baginda.

Kasihkan haiwan

Selain itu, baginda juga diketahui se-bagai seorang yang memiliki sifat penya-yang kepada haiwan khasnya kucing, sejak zaman kanak-kanak lagi.

Sehingga pada satu tahap, Tengku Per-

maisuri Norashikin, pernah memelihara lebih 10 kucing jalanan yang diselamatkan-nya dari pasar, tepi jalan dan restoran yang sering dikunjungi baginda.

Walaupun selepas bergelar status diraja, baginda tetap meneruskan usaha menyela-matkan haiwan jalanan termasuk anjing.

Lebih manis, kecintaan Tengku Permai-suri Norashikin terhadap haiwan itu tu-rut dizahirkan apabila baginda berkenan menaungi pertubuhan badan bukan kera-jaan, SPCA Selangor, sebagai Penaung Di-raja pertubuhan itu.

“Marilah kita semua bersatu tenaga un-tuk menjadikan Selangor sebagai negeri bebas haiwan jalanan.

“Beta berharap, kempen Stray Free Se-langor (SFS) menjadi sebuah landasan pe-mangkin bagi Malaysia menjadi negara bebas haiwan jalanan, pada masa akan datang,” titah Tengku Permaisuri Norashikin sempena pelancaran Kempen SFS, pada Mac tahun lalu.

Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyempurnakan peras-mian Pusat Sehenti Kucing Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018), baru-baru ini.

Sayang bertambah sayang

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 16: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

17SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 17: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

18Rencana

SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

OLEH AFIX REDZUAN

Duli Yang Teramat Mu-lia, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafud-din Idris Shah dimasy-

hurkan sebagai Raja Muda Se-langor pada 8 Oktober 2016 dalam sebuah Istiadat Pemasy-huran Gelaran yang penuh tradisi, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Baginda meng- angkat sum-pah gelaran Raja Muda Se-langor di ha-dapan ayah- anda ba- ginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tengku Amir Shah yang kini berusia 27 ta-hun diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat, adalah anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan Sultan Shara-fuddin dan Puan Nur Lisa Idris Abdullah.

Baginda mendapat pendidi-kan awal iaitu sekolah rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran di Wel-lington College, United King-dom (UK) dari 2004 hingga pe-ringkat A-Level, pada 2009.

Baginda kemudian melanjut-kan pengajian ke peringkat Sar-

jana Muda Ekologi dan Biologi Alam Sekitar, di Leeds Universi-ty, UK, pada 2014.

Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan yang rapi di Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sem-bilan, dari 23 September hingga

5 Disember 2014.Selepas itu, baginda

meneruskan latihan ketente- raan 'Commissioning Course In-take 152' sebelum mendaftar diri di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, UK,, dari 3 Mei 2015 hingga 15 April lalu.

Ditauliah Leftenan Muda

Rentetan daripada kejayaan itu, baginda ditauliahkan se-bagai pegawai tentera berpang-kat Leftenan Muda di Batalion

Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upaca-ra, di Kem Terendak, Melaka, pada 19 Julai lalu.

Pada 15 Mac lalu, Tengku Amir Shah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Pe-nerjunan Kehormat 10 Briged Para oleh Angkatan Tentera

Malaysia (ATM).Anugerah iu di-

berikan berdasar-kan komitmen, keazaman, ke-tabahan dan keyaki-nan serta sifat kepimpinan yang ditunjukkan baginda sepanjang mengikuti kur-

sus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) siri 2/2016.

Baginda turut terkenal de-ngan sifat berjiwa rakyat apa-bila sering meluangkan masa memenuhi undangan dan majlis keraian serta menjadi penaung diraja bagi beberapa pertubu-han bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif membantu rakyat bagi meningkatkan taraf kehidupan.

Antara NGO yang dinaungi baginda ialah Yayasan Raja Muda Selangor, Pertubuhan Kebajikan Selangor Cheshire Home, Make a Wish Malaysia dan Selangor Youth Community.

Baginda turut menggemari sukan lasak seperti menung-gang kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV), berbasikal dan bola sepak.

Asas 'Selangor Champions League'

Tengku Amir Shah turut meng-asaskan 'Selangor Champions League' pada tahun 2016 untuk menaikkan 'standard' bola sepak peringkat amatur di Selangor dan memperagakan bakat bola sepak, di peringkat komuniti.

Cinta baginda terhadap sukan bola sepak khususnya skuad 'Red Giants' menjadi kenyataan apabila dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) secara rasmi pada 3 Julai lalu menerusi satu Kongres Luar Biasa FAS.

Semangat perubahan yang mahu dibawa baginda turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri dan Dato' Menteri Be-sar, Amirudin Shari yang me-rakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah selain keberangkatan Tengku Amir Shah mencemar duli bertemu pemain Selangor

ketika sesi lati-han menjelang perlawanan akhir Shopee Piala Malaysia 2018, di Stadiun Nasional Bukit Jalil, pada 6 Julai lalu.

Walaupun berdepan cabaran daripada kumpulan tidak ber-tanggungjawab, baginda tenang mengemudi bahtera FAS dan mendapat sokongan daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang me-nitipkan nasihat supaya tidak ter-pedaya dan mudah tunduk de-ngan 'jerung-jerung' yang cuba mengambil kesempatan di atas dasar peribadi, dalam persatuan.

Malah, sokongan Kerajaan Negeri terus dizahirkan menerusi peruntukan RM12 juta bagi mem-biayai pasukan bola sepak Sela-ngor, pasukan bola sepak PKNS serta pasukan Selangor United yang akan bertanding di Liga Per-dana buat pertama kali seperti diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2019 (Belanjawan'19).

Pimpinan Raja Muda Selangor

Kebangkitan baru dimensi bola sepak

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 18: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

19SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 19: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

20 SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 20: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

21SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Pada 11 Disember 2018 Bersamaan 3 Rabiulakhir 1440H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA DAN MERAHMATI PEMERINTAHAN TUANKUDAULAT TUANKU

Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Dan Kakitangan MAJLIS PERBANDARAN SEPANG Serta Seluruh Warga Sepang

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 21: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

22Rencana

SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

OLEH AFIX REDZUAN

Larian Menjunjung Kasih antara simbolik keceriaan rakyat terhadap institusi raja sempena Hari Ke-

puteraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan pertambahan jumlah peserta saban tahun sejak mula diperke-nalkan, pada 2015.

Edisi pertama penganjuran di Klang menyaksikan penyertaan lebih 3,000 peserta yang turut diserikan dengan keberangka-tan Sultan Sharafuddin dan ia diteruskan dengan penganjuran kedua setahun kemudian, di Da-taran Kemerdekaan Shah Alam.

Jumlah peserta kian mening-kat pada edisi ketiga dengan lebih 6,000 penyertaan, di sam-ping keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang berkenan mencemar duli memeriahkan penganjuran, di Jambatan Ketiga Klang iaitu Jambatan Raja Muda Nala.

Bagi sambutan Hari Kepute-raan DYMM Sultan Selangor ke-73 tahun ini, giliran DYMM Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyeri-kan program larian edisi keem-

Larian Menjunjung Kasih

Ikatan mesra rakyatdan institusi raja

pat yang terus mendapat sam-butan menggalakkan dengan penyertaan lebih 7,000 peserta, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada 8 Disember lalu.

Tengku Permaisuri Norashi-kin yang tiba sekitar jam 7.15 pagi berkenan mencemar duli untuk melakukan ‘flag-off’ lari-an bagi kategori kategori lelaki dan wanita terbuka 15 kilometer (km),pada jam 7.30 pagi.

Disusuli kategori pelajar le-laki juga wanita 10km dan bag-inda kemudian menyertai larian ‘Fa-mily Fun Run’ 5km ditemani

isteri Dato’ Men-teri Besar, Mas-diana Muhamad, b e r s a m a - s a m a ka-tegori pe-lajar lelaki dan wanita 5km yang dilepaskan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, pada jam 7.45 pagi.

Peserta turut mengambil ke-sempatan mer-akam gambar kenangan ber-sama Tengku Permaisuri Nora-shikin yang sele-sai menamatkan larian pada jam 8.30 pagi dan Masdiana kemu-diannya menga-lungkan pingat kepada baginda.

Pupuk amalan hidup sihat

Larian Menjun-jung Kasih 2018 dianjurkan bertu-

juan memupuk masyara-kat untuk mengamalkan cara hidup sihat serta se-mangat perpaduan dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian.

Penganjuran program sebegini turut memberi peluang kepada pen-duduk tempatan teru-tama remaja dan be-lia di Selangor untuk menceburi sukan itu se-terusnya secara tidak langsung menghidupkan rasa kasih serta peduli kepada institusi kesultan-an Selangor.

Edisi kali ini turut memperke-nalkan jarak baharu sejauh 15km dan antara kategori dipertand-ingkan adalah 15km lelaki/wani-ta terbuka Malaysia (18 tahun ke atas), 10km lelaki/wanita (18 tahun ke atas), 10km pelajar ter-buka lelaki/wanita (13-27 tahun), 5km pelajar terbuka lelaki/wanita (13-27 tahun) serta 5km ‘Family Fun Run’.

Bahkan, peserta turut berpe-luang memenangi hadiah cabu-tan bertuah dengan tawaran hampir 100 hadiah menarik bo-leh dimenangi seperti motosikal, skuter elektrik, basikal, televi- syen, telefon bimbit dan bara-ngan elektrik.

Keselamatan peserta aspek penting penganjuran

Pemangku Pengarah Ekseku-tif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi, yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran kali ini yang terus mendapat sambutan dan men-junjung kasih atas keberangka-tan Tengku Permaisuri Norashi-kin ke Larian Menjunjung Kasih 2018.

“Kita sudah menilai dan men-jangka segala masalah, dari ta-hun ke tahun. Segala masalah yang timbul akan cuba diperbai-ki, dari semasa ke semasa.

“Paling penting, keselamatan peserta supaya mereka tidak mengalami kemalan-gan atau kecederaan selain memastikan semua kemudahan memenuhi kehen-dak mereka,” ka-tanya.

Beliau berkata, penganjuran kali per-tama kategori terbuka 15km menyaksikan penyertaan meng-galakkan dan men-jangka penyerta- an lebih ramai, ta-hun hadapan.

Beberapa peser-ta larian yang dite-mui turut gembira den-gan penganjuran kali ini terutama berkaitan jarak larian, ‘check-point’ dan kawalan ke-selamatan, sepanjang tempoh program.

Noreha Othman, 37, dari Shah Alam berkata, ia adalah penyer-taan pertama beliau dalam acara Larian Menjunjung Kasih bagi kategori ‘Fun Run’ dan menyifat-kan penganjuran kali ini sangat

menggalakkan dengan pembab-itan peserta daripada pelbagai peringkat usia serta keluarga.

“Sebagai rakyat Selangor, saya ingin mengucapkan selamat me-nyambut hari keputeraan buat

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,

yang ke-73. Diharap-kan, baginda dipan-jangkan usia dan diberikan kesihat-an yang baik untuk terus memerintah

Selangor,” katanya.Pandangan sama

turut dikemukakan Zamroszita Buang, 37,

yang menyifatkan acara larian itu me-riah serta berpuas hari dengan pen-gurusan program

terutama jarak lar-ian.“Acara larian ini me-

riah walaupun kali pertama menyertainya. Pihak penguru-san sangat menjaga soal kesela-matan peserta, kedudukan ‘water station’ yang bagus serta corak cantik baju pertandingan.

“Jarak larian juga bagus dan menepati jarak ditetapkan. Jika boleh, jarak lari-an biar lebih jauh sedikit, pada masa akan datang,” katanya.

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

13 - 19 Disember 20185 - 11 Rabiulakhir 1440H

13 Khamis 5:38 5:48 7:07 1:10 4:33 7:07 8:22 14 Jumaat 5:39 5:49 7:08 1:11 4:33 7:08 8:22 15 Sabtu 5:39 5:49 7:08 1:11 4:34 7:08 8:23 16 Ahad 5:40 5:50 7:09 1:11 4:34 7:09 8:23 17 Isnin 5:40 5:50 7:09 1:12 4:35 7:09 8:24 18 Selasa 5:41 5:51 7:10 1:12 4:35 7:09 8:24 19 Rabu 5:41 5:51 7:10 1:13 4:36 7:10 8:25

13 Khamis 5:41 5:51 7:09 1:12 4:35 7:08 8:23 14 Jumaat 5:41 5:51 7:10 1:13 4:35 7:09 8:24 15 Sabtu 5:42 5:52 7:10 1:13 4:36 7:09 8:24 16 Ahad 5:42 5:52 7:11 1:14 4:36 7:10 8:25 17 Isnin 5:43 5:53 7:11 1:14 4:37 7:10 8:25 18 Selasa 5:43 5:53 7:12 1:15 4:37 7:11 8:26 19 Rabu 5:44 5:54 7:12 1:15 4:38 7:11 8:26

13 Khamis 5:38 5:48 7:08 1:11 4:34 7:08 8:23 14 Jumaat 5:38 5:48 7:09 1:11 4:34 7:08 8:23 15 Sabtu 5:38 5:48 7:09 1:12 4:35 7:09 8:24 16 Ahad 5:39 5:49 7:10 1:12 4:35 7:09 8:24 17 Isnin 5:39 5:49 7:10 1:12 4:36 7:10 8:25 18 Selasa 5:40 5:50 7:11 1:13 4:36 7:10 8:25 19 Rabu 5:40 5:50 7:11 1:13 4:36 7:11 8:26

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI

Page 22: SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU Sultan Selangor … · Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun Kepu-teraan ke-73 baginda, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

23SelangorKini 13 - 19 Disember 2018

EDARAN DIGITAL

SELANGOR KINI