Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

36
Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah. Dibawa kepada anda oleh Disokong oleh

Transcript of Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

Page 1: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

Sem

ua yang and

a perlu tahu ketika and

a melaw

an barah

.

Dibawa kepada anda oleh

Disokong oleh

Page 2: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

PENDAHULUAN

Tahniah kepada Persatuan Barah Singapura (SCS) sempena Jubli Emas anda!

Anda telah memainkan peranan yang penting, menemani pesakit barah dan keluarga mereka, menyokong mereka dari segi kewangan dan emosi. Mereka yang di bawah jagaan anda tahu bahawa mereka tidak keseorangan.

Kita nampak semakin banyak kes barah di Singapura, seiring dengan meningkatnya umur penduduk kita. Namun diagnosis barah tidak

bermakna maut yang pasti. Pelbagai bentuk penyakit ini boleh dirawat dengan baik, terutama

yang masih pada peringkat awal. Walaupun barah tidak boleh diubati, rawatan yang betul biasanya boleh

memanjangkan usia dan meningkatkan mutu hidup.

Saya menyeru kepada semua orang agar sama-sama memerangi barah. Buat pemeriksaan secara teratur. Jika anda sedang berjuang melawan barah, kuatkan semangat - anda bukan menghadapinya seorang diri.

Selama 50 tahun, SCS telah berkembang menjadi pertubuhan kebajikan sukarela terbesar yang berkhidmat kepada pesakit barah dan keluarga mereka daripada semua lapisan masyarakat. Terima kasih kepada para pemimpin, sukarelawan dan penderma. Saya mengharapkan SCS memainkan peranan yang lebih besar pada masa akan datang, dalam mengurangkan seberapa boleh kesan barah di Singapura.

Lee Hsien LoongPerdana MenteriRepublik Singapura

I

Page 3: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

KANDUNGAN

III

PENDAHULUAN I

MENGENAI KIT INI V

PENGHARGAAN VI

MENGENAI PERSATUAN BARAH SINGAPURA VII

MESEJ VIII

APAKAH YANG SAYA TAHU MENGENAI BARAH? 01

Apa Itu Barah? 02

Apakah yang Menyebabkan Barah? 03

Jenis-jenis Barah yang Lazim di Singapura 07

Ketahui Istilah-istilah Barah 08

Mitos Barah dan Fakta Sebenar 09

BARAH & SAYA 13

Apakah yang Saya Perlu Buat Setelah Diagnosis? 14

Siapakah yang Terlibat Dalam Rawatan Saya? 16

Apakah Pilihan Rawatan yang Saya Ada? 18

Bagaimanakah Cara Mengatasi Kesan Sampingan? 22

Bagaimanakah Cara Mengatasi Emosi Saya? 25

BARAH & KELUARGA SAYA 27

Apakah Kesan Barah Terhadap Keluarga Saya? 28

Berkomunikasi Dengan Ahli Keluarga Anda 29

Mendapatkan Bantuan Mengatasi Kemurungan 33

Mendapat Sokongan Daripada Persatuan 34 Barah Singapura

Page 4: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

Kit penjagaan barah ini menyediakan maklumat perubatan, kewangan dan psikososial yang mudah dibaca untuk menyokong pesakit yang baru didiagnosis dan keluarga mereka dalam membuat keputusan yang bijak untuk kehidupan mereka menghidap barah.

Diagnosis barah boleh jadi menakutkan dan mengelirukan. Kebanyakan orang mungkin akan menghadapi pelbagai emosi seperti marah, kebimbangan dan tidak percaya. Setiap orang menunjukkan emosi dan cara menanganinya secara berlainan.

Di samping itu, kita sering takutkan perkara yang belum pernah dialami dan masa depan yang tidak pasti. Kami harap kit ini boleh menangani sebahagian daripada ketakutan dan kebimbangan ini.

Kit ini dibawa kepada anda oleh Persatuan Barah Singapura, disokong oleh Pusat Barah Nasional Singapura, Institut Barah Universiti Nasional, Singapura dan Hospital Tan Tock Seng.

MENGENAI KIT INI

V IV

BARAH & KEWANGAN SAYA 35

Bagaimanakah Cara Membiayai Rawatan Barah Saya? 36

Bagaimanakah Persatuan Barah Singapura 39 Boleh Membantu

BARAH & PERSEKITARAN KERJA SAYA 41

Apakah Kesan Barah Terhadap Pekerjaan Saya? 42

Membuat Keputusan Mengenai Kerja 43

Berbincang Dengan Majikan Anda 44

Menukar Pekerjaan 46

Bercakap Dengan Bakal Majikan Anda 46

HIDUP SAYA SELEPAS BARAH 47

Pemulihan Selepas Barah 48

Cara Anda Boleh Membantu 49

Merancang Masa Hadapan - Perubatan & Perundangan 50

Perkhidmatan Penjagaan Paliatif 53

PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI 55

RUJUKAN 56

GLOSARI 57

Page 5: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

LEMBAGA PENGARAH

Dr Ang Peng TiamAnggotai Majlis, Persatuan Barah Singapura

Pengarah Perubatan, Parkway Cancer Centre

Encik Albert L H ChingKetua Pegawai Eksekutif,

Persatuan Barah Singapura

SEKRETARIAT

Encik David Matthew Fong Ketua Pegawai Operasi

Cik Gloria Tan Shu Ling Pengurus, Kerjasama Kemasyarakatan

Cik Jayne Chiara Leong Karyawan Kesihatan Rohani,

Khidmat Kebajikan

Encik Andrew Joseph Ng Spiritual Care Professional, Welfare Services

Dr Rina Nga Ketua - Khidmat Perubatan, Penjagaan Hospis

Cik Susan Leen Pengurus Kanan, Pusat Pemulihan Barah

PERIHAL

Persatuan Barah Singapura

PENGHARGAAN

Di Persatuan Barah Singapura (SCS), kami percaya kehidupan adalah bernilai dan

patut diperjuangkan. Sesiapa pun tidak patut berjuang melawan barah seorang diri. Bersama-sama para rakan kerja,

sukarelawan, penderma dan masyarakat, SCS membantu orang ramai memerangi barah melalui pendidikan, pemeriksaan, perkhidmatan

pesakit serta bantuan kewangan dan psikososial.

Persatuan ini mendekati rakyat Singapura di kawasan perumahan, sekolah-sekolah dan tempat kerja untuk mengurangkan kesan barah, bukan hanya untuk mengurangkan kejadian barah, bahkan mewujudkan kembali rasa normal ke dalam kehidupan pesakit barah dan ahli keluarga mereka.

VI VII

Terima kasih kepada rakan-rakan kerja kami kerana bersama-sama membantu menghasilkan kit ini. Kami ingin memberi penghargaan kepada Cik Dewani Abbas, Sub-Editor Eksekutif Kanan daripada Berita Harian / Berita Minggu atas sumbangannya kepada kit ini.

Semua petikan kata-kata di dalam kit ini telah diterbitkan semula dengan pengetahuan dan persetujuan terlebih dahulu oleh mereka yang mengatakannya. Semua imej diambil daripada foto stok. Potret yang dipaparkan hanya gambaran dan bukan orang sebenar

untuk melindungi identiti mereka.

PASUKAN BERTINDAK KIT PENJAGAAN BARAH

PengerusiDr Yeo Wee Lee

Anggota, Rawatan Barah SCS Jawatankuasa Dana

Konsultan, Onkologi Perubatan,

Hospital Tan Tock Seng

PenyuntingCik Eveline Gan Shuwen

PenyumbangDr Angela Pang

Konsultan Bersekutu, Onkologi Perubatan,Institut Barah Universiti Nasional, Singapura

Dr Tan Wu MengKonsultan Bersekutu, Onkologi Perubatan,

Pusat Barah Nasional, Singapura

Cik Eleanor WongJururawat Onkologi,

Institut Barah Universiti Nasional, Singapura

Cik Terina TanPegawai Sosial Perubatan,Hospital Universiti Nasional

Cik Yong Lee LingPegawai Sosial Perubatan,Hospital Universiti Nasional

Page 6: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

APAKAH YANG SAYA TAHU MENGENAI BARAH?

MESEJ

Kawan, jiran, rakan sekerja, bahkan orang tersayang. Dengan 33 orang rakyat Singapura didiagnosis menghidap barah setiap hari, sesiapa sahaja dalam hidup anda boleh terjejas oleh penyakit ini.

Satu dalam tiga kematian di Singapura adalah disebabkan oleh barah. Statistik ini mungkin akan melemahkan semangat anda. Walau bagaimanapun, diagnosis barah tidak semestinya petanda nasib malang dan suram.

Dengan pengesanan dan campur tangan awal, satu pertiga daripada barah boleh dirawat dengan berkesan. Kemajuan dalam rawatan perubatan juga telah meningkatkan peluang pesakit hidup lebih lama setelah mendapat barah.

Setelah menerajui perjuangan menentang barah di Singapura sejak 50 tahun yang lalu, SCS yakin bahawa setiap nyawa adalah bernilai dan perlu diperjuangkan.

Selama bertahun-tahun, persatuan ini telah berhubung dengan pesakit barah dari semua lapisan masyarakat untuk membantu mengurangkan kesan penyakit ini.

Sokongan kami juga meliputi ahli keluarga dan penjaga mereka. Melalui kempen dan perkhidmatan pemeriksaan barah percuma, kami telah meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pengesanan awal barah secara aktif.

Kit penjagaan barah ini merupakan komitmen terbaru kami untuk menyokong rakyat Singapura yang baru sahaja didiagnosis menghidap barah serta keluarga dan penjaga mereka.

Ia mengandungi maklumat perubatan yang mudah dibaca tentang diagnosis barah, rawatan dan kesan-kesan sampingan serta cara menangani penyakit ini.

Anda juga akan mendapat maklumat tentang khidmat sokongan kewangan yang boleh membantu meringankan beban kewangan akibat barah. Bagi mereka yang telah sembuh daripada barah, buku ini menawarkan wawasan berkenaan hidup selepas rawatan barah.

Akhir sekali, melalui anekdot berinspirasi daripada mereka yang berjaya mengharungi barah, pesakit dan penjaga mereka, kit ini juga boleh dijadikan sumber harapan dan dorongan kepada mereka yang menghidap barah.

Jadikan kit ini panduan dan rakan anda sambil anda mengemudi pengembaraan anda menempuh barah. Sesiapa pun tidak patut menghadapi barah seorang diri.

Choo Eng Chuan

Pengerusi

Persatuan Barah Singapura

Unsur-unsur utama untuk menang perjuangan melawan barah ialah Masa, Kasih Sayang dan Ilmu. Setiap pesakit barah memerlukan Masa untuk menerima dan menyesuaikan diri, Kasih Sayang untuk menguatkan semangat dan Ilmu untuk memahami. Mulakan kehidupan baru dengan barah - ia memberi peluang kedua untuk menghargai kehidupan dan orang-orang di sekeliling anda.

Dr Angela PangKonsultan Bersekutu, Onkologi Perubatan, Institut Barah Universiti Nasional, Singapura

VIII

Page 7: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

03

APA ITU BARAH?

1. Cara barah bermula

Badan anda terdiri daripada bertrilion-trilion sel hidup. Di dalam setiap sel ada gen yang mengawal dan mengarah fungsi sel.

Sel-sel normal terus berkembang dan membahagi. Setelah beberapa lama ia mati dan diganti oleh sel-sel baru.

Dalam kebanyakan manusia, pertumbuhan sel semula jadi ini berlaku secara tersusun dan teratur.

Bagaimanapun, kadang-kadang proses ini menjadi bercelaru. Berbeza daripada sel-sel sihat, sel barah tidak mati. Sebaliknya, ia terus tumbuh dan membahagi secara tidak terkawal. Sel-sel liar yang berlebihan ini membentuk jisim tisu yang dikenali sebagai tumor.

2. Memahami tumor

Tumor boleh jadi benigna (tidak berbarah) atau maligna (berbarah).

Tumor yang kekal di satu lokasi dan tidak merebak ke bahagian-bahagian badan lain dianggap sebagai benigna. Ia bukan barah dan jarang mengancam nyawa walaupun ia kadang-kadang boleh menyebabkan masalah, terutama apabila ia tumbuh terlalu besar.

Sebaliknya, tumor maligna boleh memusnahkan dan menyerang tisu-tisu normal lain dalam badan anda, menjadikan anda sangat sakit.

Walau bagaimanapun, bukan semua jenis barah menghasilkan tumor. Contohnya, tumor jarang berlaku dalam leukemia. Ini jenis barah yang biasanya bermula di dalam sumsum tulang dan memasuki aliran darah.

3. Apabila barah merebak

Sel-sel barah boleh merebak apabila ia berhijrah ke bahagian-bahagian badan yang lain melalui sistem darah dan limfa, membentuk tumor baru. Proses ini dikenali sebagai metastasis.

Walaupun setelah barah merebak, ia sentiasa dinamakan berdasarkan tempat ia bermula. Contohnya, barah yang bermula di dalam payu dara dipanggil barah payu dara. Jika ia merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain, seperti hati atau tulang, ia dipanggil barah payu dara metastatik.

Dengan begitu banyak jenis barah, adalah penting anda tahu jenis barah yang anda ada, agar anda dapat diberi rawatan yang betul.

Istilah barah merujuk kepada beberapa jenis penyakit. Walaupun terdapat lebih daripada 100 jenis barah, semua barah bercirikan pertumbuhan sel yang tidak normal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, penyakit ini boleh membawa maut.

02

APAKAH YANG MENYEBABKAN BARAH?

TAHUKAH ANDA?

Satu dalam tiga orang di Singapura meninggal dunia akibat barah. Anda boleh mengurangkan risiko barah anda dengan menjalani gaya hidup yang sihat

Anda mungkin akan terdorong untuk menyalahkan satu punca semata-mata seperti gen, merokok atau minum alkohol berlebihan sebagai punca barah. Hakikatnya, barah tidak terjadi akibat satu sebab sahaja.

Seperti kebanyakan penyakit, barah boleh berlaku akibat gabungan beberapa sebab yang berbeza. Berikut beberapa penyebab barah yang diketahui.

1. Asal-usul Genetik Anda

Jika sesuatu jenis barah lazim berlaku dalam keluarga anda, anda mungkin dilahirkan dengan mutasi genetik yang meninggikan risiko anda menghidap barah tertentu. Sesetengah jenis barah seperti barah payu dara dan barah kolorektal cenderung dihidapi secara turun-temurun. Perlu diingat bahawa mewarisi mutasi genetik tidak bermakna anda pasti akan menghidap barah pada kemudian hari. Kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada semua jenis barah disebabkan secara langsung oleh mutasi genetik yang diwarisi.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang terbukti menghidap barah, cuba berbincang dengan doktor anda. Ujian genetik mungkin berguna untuk memeriksa jika anda mewarisi mutasi genetik yang boleh meningkatkan risiko barah anda. Walau bagaimanapun, ujian ini tidak disyorkan kepada semua orang. Doktor anda akan dapat menasihati anda.

Page 8: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

04 05

2. Merokok

Tahukah anda asap tembakau mengandungi sekurang-kurangnya 69 jenis karsinogen berbeza? Merokok meningkatkan risiko anda mendapat barah tertentu seperti barah paru-paru dan mulut, serta barah perut, buah pinggang dan pundi kencing. Menghisap sebarang jenis rokok tembakau adalah berbahaya kepada kesihatan anda. Kajian mendapati walaupun merokok hanya satu hingga empat batang rokok sehari boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Asap rokok pihak kedua sama bahayanya kepada kesihatan anda. Apabila anda menyalakan rokok, kira-kira 90 peratus daripada asap rokok dilepaskan ke udara dan menjadi asap rokok pihak kedua. Walaupun anda tidak merokok, menyedut asap orang lain boleh meningkatkan risiko barah paru-paru.

Asap rokok bukan sahaja membahayakan anda, malah meningkatkan risiko orang tersayang mendapat barah paru-paru.

3. Pendedahan Kepada Matahari dan UV

Kebanyakan orang mengaitkan kulit tubuh yang terdedah kepada matahari dengan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, pendedahan langsung yang kerap kepada sinar ultraviolet (UV) - sama ada akibat berjemur di bawah matahari atau daripada sumber tiruan seperti tanning bed - boleh merosakkan kulit anda dan meningkatkan risiko anda mendapat barah kulit.

Selaran matahari bermaksud tindak balas kulit anda kepada cahaya UV yang berlebihan. Jika anda berkulit cerah, risiko anda lebih tinggi mendapat barah kulit berbanding seseorang yang berkulit gelap. Ini kerana kulit pucat kurang melanin, pigmen yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan.

Singapura adalah antara negara-negara di dunia yang mendapat pendedahan UV tertinggi. Menurut Agensi Sekitaran Nasional, adalah perkara biasa sinaran UV di Singapura mencapai tahap sangat tinggi antara 11 pagi dengan 3 petang, pada hari- hari yang kurang berawan.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Cegah selaran matahari dan elakkan terlalu banyak terdedah kepada matahari. Berlindung di tempat teduh jika boleh. Apabila keluar di bawah sinaran matahari, gunakan pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 15 pada bahagian badan anda yang terdedah. Pakai topi yang luas bibirnya dan cermin mata hitam dengan perlindungan UV. Jika anda terdedah kepada sumber sinaran UV tiruan di tempat kerja, sentiasa patuhi peraturan keselamatan.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Padamkan api rokok. Jika anda mendapati berhenti terus terlalu sukar, cuba kurangkan bilangan rokok yang anda hisap setiap hari secara beransur-ansur. Dapatkan bantuan pakar profesional untuk berhenti merokok, atau minta bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk menyokong anda. Lungsuri laman web Quit4life di www.hpb.gov.sg/smokefree untuk maklumat dan bantuan lanjut.

Page 9: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

06 07

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Semasa ujian imbasan, anda boleh mel indungi d i r i anda dar ipada pendedahan sinaran yang tidak diperlukan dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti menggunakan apron plumbum. Berbincang dengan doktor anda mengenai kebimbangan anda.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Berbincang dengan doktor anda mengenai kebimbangan anda. Jika anda pernah menjalani rawatan barah, penjagaan susulan adalah penting.

5. Rawatan Barah Terdahulu

Kemajuan dalam rawatan barah seperti kemoterapi dan radioterapi telah membantu ramai pesakit barah hidup lebih lama. Tetapi ia juga boleh meningkatkan risiko barah dihidapi semula pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun ini agak jarang berlaku. Ingat, adalah penting untuk merawat barah anda dahulu. Untuk sesetengah jenis barah, radioterapi dan kemoterapi mungkin pilihan rawatan yang terbaik.

Perempuan

Payu dara 29%

Kolo-rektum 13%

Paru-paru 8%

Corpus uteri 6% (rahim)

Ovari, dll. 5%

Kulit, termasuk 4% melanoma

Limfoid 4% neoplasma

Perut 4%

Tiroid 4%

Uteri serviks (pangkal rahim)

Lelaki

Kolo-rektum 17%

Paru-paru 15%

Prostat 12%

Hati 7%

Limfoid 7% neoplasma

Kulit, termasuk 6% melanoma

Perut 5%

Nasofarinks 4%

Buah Pinggang & 4% Sistem Kencing Lain*

Neoplasma mieloid 3%

JENIS-JENIS BARAH YANG LAZIM DI SINGAPURA

Di Singapura, kira-kira 33 orang disahkan menghidap barah setiap hari. Mujurlah dengan pengesanan dan rawatan awal, anda boleh mencegah penyakit ini.

* Sistem kencing lain merujuk kepada pelvis renal, ureter, uretra dan lain-lain.

# Sumber: Daftar Barah Singapura, Laporan Daftar Tahunan Sementara, Trend Insiden Barah di

Singapura, 2009-2013.

4. Pendedahan Radiasi

Setiap hari, kita terdedah kepada radiasi, termasuk unsur-unsur semula jadi daripada bumi dan matahari. Sinaran juga boleh berpunca daripada prosedur imbasan perubatan yang digunakan untuk X-ray dan imbasan CT. Terlalu banyak pendedahan kepada radiasi boleh menyebabkan sel-sel dalam badan mengalami perubahan. Ini boleh meningkatkan kemungkinan anda mendapat barah.

Kadang-kadang, imbasan X-ray atau CT diperlukan untuk membantu doktor mendiagnosis keadaan perubatan anda. Pendedahan radiasi daripada sumber yang berbeza boleh terkumpul dari masa ke masa, tetapi ujian sekali tidak mungkin akan meningkatkan risiko barah.

Page 10: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

08 09

Barah kolo-rektum barah yang bermula di dalam usus besar (kolon atau rektum)

Barah payu darabarah yang bermula di dalam tisu payu dara. Ini barah jenis yang paling lazim di Singapura

Barah paru-parubarah yang bermula dari dalam tisu paru-paru, biasanya di dalam sel-sel yang melapisi saluran udara

Barah hatibarah yang bermula dari dalam tisu hati yang dikenali sebagai barah hati primer. Barah hati sekunder merujuk kepada barah yang merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain ke hati

Barah prostatbarah yang bermula dari dalam tisu prostat, kelenjar yang terdapat pada orang lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum

Barah kulit barah yang bermula di lapisan luar kulit. Barah ini juga boleh terbentuk di dalam tahi lalat (melanoma kulit)

Barah perutbarah yang bermula dari dalam lapisan perut. Ia juga dikenali sebagai barah gastrik

Barah nasofarinks barah yang bermula di bahagian atas tekak dan belakang hidung

Barah buah pinggang dan sistem kencing lain

barah yang bermula di dalam tisu buah pinggang, atau lain-lain struktur kencing seperti pelvis renal dan saluran kencing

Barah rahimbarah yang bermula di lapisan dalam rahim (endometrium) atau lapisan tisu otot luar (myometrium) rahim

Barah Ovaribarah ovari yang bermula dari ovari iaitu kelenjar reproduktif wanita

Barah serviks barah yang bermula dari dalam serviks yang terletak di pangkal rahim

Barah tiroidbarah yang bermula di dalam kelenjar tiroid, kelenjar yang berbentuk rama-rama di bahagian depan leher

Neoplasma limfoid barah yang bermula dari barah nod limfa neoplasma Mieloid yang bermula daripada sel darah

Neoplasma Mieloid barah yang bermula daripada sel darah

MITOS BARAH DAN FAKTA SEBENAR

KETAHUI ISTILAH-ISTILAH BARAH

Mitos dan salah faham tentang barah boleh menyebabkan anda bimbang keterlaluan tentang kesihatan anda. Maklumat yang salah juga boleh mempengaruhi cara anda mencegah atau membuat keputusan untuk merawat penyakit anda. Di sini, kami paparkan mitos-mitos barah yang lazim.

MITOS 1 Barah pasti membawa maut.

FAKTA Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis barah boleh disembuhkan, jika ia dikesan dan dirawat awal. Itulah sebabnya pemeriksaan kesihatan dan saringan yang berkala adalah penting.

Hari ini, kira-kira 9 daripada 10 pesakit barah tertentu seperti barah payu dara, prostat dan tiroid, hidup sekurang-kurangnya lima tahun selepas barah mereka didiagnosis. Rawatan barah baru juga bermakna lebih ramai pesakit barah peringkat lanjut boleh hidup lebih lama.

Page 11: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

10 11

MITOS 4 Fikiran dan sikap yang negatif akan menyebabkan saya mendapat barah atau mati akibat barah.

FAKTA Tiada bukti saintifik yang menunjukkan anda boleh meningkatkan risiko mendapat barah atau mati daripadanya akibat sikap yang negatif atau sebaliknya. Jika anda telah didiagnosis dengan barah, anda mungkin mengalami pelbagai emosi. Anda mungkin berasa sedih, marah, takut atau kecewa. Apabila keadaan semakin sukar, sikap yang positif boleh membantu anda menangani lebih baik diagnosis barah atau kesan sampingan rawatan.

MITOS 5 Pembedahan atau biopsi tumor akan menyebabkan barah merebak.

FAKTA Boleh jadi, tetapi kemungkinannya sangat rendah. Pakar bedah anda mengikut beberapa prosedur yang ketat dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ketika melakukan biopsi atau pembedahan untuk membuang tumor.

MITOS 6 Jika seseorang dalam keluarga saya menghidap barah, saya mungkin menghidapinya juga.

FAKTA Anda tidak semestinya mendapat barah walaupun sejarah keluarga yang kuat dengan penyakit ini bermakna anda berisiko tinggi. Hanya kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada barah berpunca daripada mutasi genetik yang diwarisi daripada ibu bapa anda. Walaupun ini berlaku, tidak semestinya anda akan mendapat barah pada kemudian hari. Barah boleh terjadi akibat faktor- faktor lain juga seperti penuaan, merokok dan radiasi.

MITOS 2 Barah boleh berjangkit.

FAKTA Anda tidak boleh terkena barah daripada orang lain yang menghidapinya. Meluangkan masa dengan orang tersayang yang menghidap barah tidak akan menyebabkan anda dijangkiti. Jarang sekali seseorang yang menjalani pemindahan organ atau tisu terkena barah daripada penderma yang pernah menghidap barah.

Walaupun barah itu sendiri tidak merebak kepada orang lain, virus-virus tertentu boleh meningkatkan risiko anda terkena barah.

Contoh virus ini termasuk:

Human papillomavirus (HPV): Ini jangkitan melalui hubungan seks yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat barah serviks.

Hepatitis B atau C: Merebak melalui hubungan seks atau jarum yang tercemar, jangkitan Hepatitis B atau C meningkatkan risiko anda mendapat barah hati.

MITOS 3 Pengambilan gula akan menjadikan barah membesar lebih cepat.

FAKTA Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sel barah menyerap lebih banyak gula berbanding sel-sel normal. Tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa mengambil gula atau makanan manis akan menjadikan barah lebih teruk. Walau bagaimanapun, diet yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan anda gemuk dan meningkatkan risiko kencing manis. Orang yang obes atau menghidap kencing manis berisiko tinggi mendapat barah tertentu.

Page 12: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

12

MITOS 7 Saya selamat daripada barah kerana tiada siapa dalam keluarga saya menghidap barah.

FAKTA Kira-kira dua daripada lima orang akan didiagnosis menghidap barah sepanjang hayat mereka. Barah disebabkan oleh mutasi genetik yang berlaku di dalam sel. Anda mungkin telah mewarisi mutasi gen ini daripada ibu bapa anda.

Bagaimanapun, mutasi gen juga boleh berlaku akibat faktor-faktor seperti pendedahan kepada asap rokok, radiasi, lain-lain bahan penyebab barah, malahan virus. Faktor-faktor risiko yang lain seperti kegemukan dan kencing manis juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat barah.

MITOS 8 Saya boleh mendapat barah akibat mewarnakan rambut saya.

FAKTA Pada masa ini, tiada bukti konklusif bahawa pewarna rambut meningkatkan risiko barah. Ada kajian menunjukkan orang yang kerap terdedah kepada pewarna rambut, seperti pendandan dan penggaya rambut, mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat barah. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sebanyak mana pewarna rambut boleh meningkatkan risiko ini.

MITOS 9 Rawatan barah akan membuat saya muflis.

FAKTA Selain menghadapi kenyataan diagnosis barah, anda mungkin akan bimbang tentang kos rawatan. Mujurlah, bantuan dan sumber-sumber kewangan sedia ada untuk membantu anda menempuh tempoh yang sukar ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan SCS, rujuk kepada Barah dan Kewangan Saya..

BARAH DAN SAYA

Pada mulanya, saya sungguh tertekan mengetahui saya menghidap barah prostat. Bagaimanapun, saya berhenti bersikap negatif setelah menyertai kumpulan sokongan barah prostat Persatuan Barah Singapura (Walnut Warrior). Mereka yang berjaya meneruskan hidup berkongsi pengalaman dan semangat juang mereka memberi saya harapan. Bukan sekadar mendapat sokongan psikologi dan emosi, saya juga mendapat petua praktikal tentang cara untuk hidup dan makan dengan baik melalui aktiviti kumpulan sokongan. Sekarang saya membalas dengan berkongsi perjalanan barah saya dengan pesakit-pesakit yang baru didiagnosis.

Encik Vincent Lien PesaraEncik Lien didiagnosis dengan barah prostat pada 2012 dan sejak itu menjalani terapi radiasi dan hormon.

Page 13: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

15

APAKAH YANG SAYA PERLU BUAT SETELAH DIAGNOSIS?

Pertimbangkan tip-tip berikut untuk membantu anda menghadapi diagnosis barah anda.

1. Dapatkan fakta yang betul

Huraikan kemelut dengan menulis segala soalan anda sebelum janji temu doktor. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai barah daripada Internet, pastikan anda memeriksa kembali maklumat tersebut dengan doktor kerana bukan semua kandungan dalam talian boleh dipercayai.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Antara soalan-soalan yang anda patut bertanya kepada doktor anda ialah:

• Apakah jenis barah yang saya ada dan di manakah ia?

• Adakah barah saya telah merebak?

• Apakah ujian seterusnya yang saya perlukan?

• Apakah pilihan rawatan yang saya ada?

• Apakah prognosis saya (peluang saya pulih)?

2. Cari doktor Dapatkan rujukan daripada doktor penjagaan utama atau ahli keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja yang berpengalaman. Anda juga mungkin ingin mendapatkan pandangan kedua daripada doktor lain untuk mendapatkan maklumat lanjut.

3. Dapatkan maklumat lanjut tentang rawatan perubatan yang ada bagi barah anda Doktor anda mungkin menasihatkan anda menjalani gabungan pelbagai kaedah rawatan untuk hasil yang terbaik. Ujian klinikal juga mungkin ada sebagai salah satu pilihan rawatan anda.

4. Rancang dengan rapi Cari cara yang berkesan untuk mendapatkan maklumat seperti janji temu perubatan, keputusan ujian makmal, kesan sampingan rawatan, maklumat insurans dan kewangan. Wujudkan sistem fail yang mudah menggunakan folder dan lembaran untuk merekodkan maklumat penting.

14

Doktor baru sahaja memberitahu anda bahawa anda menghidap barah. Sambil anda berhadapan dengan kemelut pelbagai emosi termasuk terkejut, gerun, takut dan tidak percaya, anda mungkin tertanya-tanya: Apakah yang saya perlu buat sekarang?

5. Dapatkan sokongan ketika menghadapi cabaran

Ingat, anda bukan bersendirian. Jangan asingkan diri, dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, karyawan kesihatan atau masyarakat untuk membantu diri anda melalui masa yang mencabar ini.

Berikut beberapa cadangan menghadapi barah.

Sokongan emosi

• Bercakap mengenainya – Sertai kumpulan sokongan, dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, berbincang dengan pasukan penjagaan barah anda atau dapatkan kaunseling profesional.

• Buat sesuatu untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan - Anda boleh menyimpan jurnal perjalanan rawatan anda atau libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan termasuk melukis, mendengar muzik, membaca atau meditasi.

Sokongan praktikal

• Rancang lebih awal – Tanya doktor anda perkara yang dijangka semasa rawatan anda: Bolehkah saya meneruskan rutin biasa dan tanggungjawab saya? Berapakah hari cuti perubatan yang dijangka? Maklumat ini akan membantu anda membuat perancangan awal.

• Belajar terima bantuan – Ini masanya untuk anda menerima bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga. Bantuan boleh jadi dalam bentuk perbuatan mudah seperti menghantar anak ke sekolah atau menjaga mereka ketika anda menghadiri janji temu perubatan anda.

Sokongan kewangan

• Buat anggaran belanjawan – Tanya doktor dan pasukan penjagaan barah anda mengenai anggaran kos rawatan barah serta perbelanjaan tidak dijangka

lain untuk pengangkutan, imbasan atau aksesori dan perkakas perubatan. Mengetahui lebih awal perkara yang perlu

dijangka boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih berkesan.

• Dapatkan nasihat kewangan – Penyedia khidmat jagaan kesihatan, pengurus kes atau pekerja sosial boleh menawarkan nasihat mengenai pilihan kewangan. Dapatkan bantuan apabila ragu-ragu. Maklumat lanjut mengenai aspek kewangan barah boleh didapati di

Barah dan Kewangan Saya.

Page 14: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

16 17

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM RAWATAN SAYA

Mendiagnosis dan merawat barah biasanya melibatkan sepasukan karyawan kesihatan yang akan memastikan anda mendapat penjagaan yang terbaik. Kenali kumpulan orang yang mungkin akan menjaga anda

Ini hanyalah panduan kasar. Bergantung pada jenis dan rawatan barah, karyawan kesihatan bagi penyakit barah anda mungkin berbeza.

1. Doktor

Doktor yang merawat pesakit barah dikenali sebagai pakar onkologi. Sepanjang rawatan barah, anda mungkin akan berjumpa dengan pakar-pakar onkologi jenis berikut:

• Pakar Onkologi Perubatan – pakar mendiagnosis dan merawat barah dengan kemoterapi dan ubat-ubatan lain

• Pakar bedah – melakukan pembedahan untuk merawat barah

• Pakar Onkologi Radiasi – pakar menggunakan radiasi untuk merawat barah

3. Pegawai Sosial

Jika anda memerlukan bantuan untuk mendapatkan sumber-sumber bantuan kemasyarakatan dan perkhidmatan sokongan, pekerja sosial boleh membimbing anda. Beliau juga boleh memberi kaunseling dan sokongan emosi.

4. Pakar Pemakanan

Karyawan kesihatan bersekutu ini akan membantu anda membuat pilihan pemakanan yang lebih baik agar anda berasa lebih selesa sepanjang rawatan barah anda. Anda juga boleh mendapatkan tip untuk menambah selera makan dan melawan gejala seperti loya dan pedih ulu hati daripada mereka.

5. Pakar Pemulihan

Karyawan kesihatan bersekutu ini yang termasuk pakar terapi fizikal, pekerjaan, pertuturan atau riadah, akan membantu anda untuk pulih dari segi fizikal selepas barah.

6. Pakar Penjagaan Paliatif

Mereka terdiri daripada doktor, jururawat, pakar kesakitan dan karyawan kesihatan lain lain yang boleh membantu anda menguruskan gejala menyedihkan akibat barah seperti sakit, loya atau letih, agar anda dapat membaiki mutu hidup anda. Pakar penjagaan paliatif boleh membantu anda pada mana-mana peringkat barah, daripada masa anda didiagnosis hingga ke akhir hayat.

7. Karyawan Penjagaan Rohani

Ketika sedang sakit, rasa kehilangan dan sedih, anda mungkin memerlukan lebih daripada sekadar penjagaan fizikal untuk membantu anda. Seorang karyawan penjagaan kerohanian menyediakan penjagaan rohani dan sokongan untuk membantu anda menemui makna dan tujuan sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan 2. Pasukan Jururawat, tanpa mengira bangsa, budaya, sistem kepercayaan atau jantina.

2. Pasukan Jururawat

Mereka adalah orang yang yang doktor anda mungkin akan bekerja paling rapat semasa merawat anda. Jururawat anda memainkan banyak peranan - daripada melaksanakan rancangan rawatan dan penjagaan yang doktor sediakan untuk anda, memberi ubat, memantau kesan sampingan hingga menyelaraskan proses penjagaan anda.

Page 15: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

18 19

APAKAH PILIHAN RAWATAN YANG SAYA ADA?

1. Pembedahan

Kebanyakan pesakit barah akan menjalani sesuatu jenis pembedahan. Doktor mungkin mencadangkan pembedahan untuk mendiagnosis barah, memeriksa jika ia telah merebak atau membuang tisu barah.

Dalam barah peringkat awal yang belum merebak, pembedahan biasanya dilakukan untuk membuang tumor. Ia juga boleh dilakukan bagi barah peringkat lanjut yang telah merebak dan menyerang organ-organ dan tisu-tisu yang berhampiran. Dalam keadaan ini, hanya sebahagian daripada tumor tersebut mungkin dibuang agar tidak merosakkan organ-organ atau tisu kritikal berdekatan. Barah yang tinggal kemudian dirawat dengan kaedah lain seperti terapi radiasi dan kemoterapi.

Kadang-kadang, pembedahan digunakan untuk mencegah atau mengurangkan risiko barah daripada berulang. Contohnya, seseorang yang mewarisi gen barah payu dara boleh memilih untuk menjalani pembedahan membuang payu daranya sebelum barah terjadi sebagai langkah pencegahan.

TAHUKAH ANDA?

Kemajuan terkini dalam teknik pembedahan gangguan minimum bermakna masa pemulihan kini lebih pendek dan lebih ringan. Berbincanglah dengan doktor anda.

Dalam bab ini, anda akan mengetahui tentang rawatan-rawatan barah yang lazim dan cara ia berfungsi.

Ingat, tiada satu pelan rawatan barah yang sama untuk semua pesakit

Pilihan rawatan anda bergantung pada jenis barah yang anda hidapi dan juga faktor-faktor lain seperti sama ada barah telah merebak, pilihan anda, usia dan tahap kesihatan am anda. Berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

2. Kemoterapi

Kemoterapi ialah penggunaan ubat yang kuat untuk memusnahkan sel-sel barah. Hari ini, terdapat lebih 100 jenis ubat kemoterapi.

Kebanyakannya dilakukan melalui suntikan ke dalam urat atau otot. Ubat ini kadang-kadang diambil melalui mulut dalam bentuk pil atau cecair, diletakkan ke dalam tulang belakang, dada, abdomen atau disapu pada kulit. Apabila ubat-ubatan ini memasuki aliran darah anda, ia akan merosakkan sel-sel yang membahagi dengan cepat. Sel-sel barah lebih terdedah kepada ubat kemoterapi daripada sel-sel normal kerana pertumbuhannya yang luar biasa aktif.

TAHUKAH ANDA?

Ubat kemoterapi boleh merosakkan se l -se l s ihat yang normal , menyebabkan kesan sampingan sementara seperti keguguran rambut, keletihan, loya dan muntah-muntah. Ubat-ubatan dan kaedah lain tersedia untuk membantu melegakan kesan-kesan sampingan sementara ini.

3. Terapi Radiasi

Terapi radiasi menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel barah, melambatkan atau mengecutkan pertumbuhan barah. Berbeza daripada kemoterapi yang menjejas seluruh badan, terapi radiasi adalah rawatan yang menjeja hanya bahagian badan yang sedang dirawat.

Semasa proses rawatan anda, dos radiasi yang tinggi boleh menjejas sel-sel normal tertentu berhampiran tumor. Anda mungkin akan mengalami kesan sampingan umpamanya perubahan kulit seperti ruam atau kemerahan, hilang selera makan atau keletihan. Ketidakselesaan ini hanya sementara dan biasanya akan hilang secara beransur-ansur sebaik sahaja anda selesai rawatan.

TAHUKAH ANDA?

Terdapat had dos radiasi yang anda boleh jalani seumur hidup. Semasa rawatan, doktor anda dapat menilai jumlah radiasi yang anda boleh terima tanpa menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan. Berbincang dengan doktor anda mengenai kebimbangan anda.

Page 16: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

20 21

4. Lain-lain Terapi Barah

• Terapi bersasaran – Berbeza daripada kemoterapi konvensional, generasi baru ubat barah ini berfungsi dengan menyasarkan mutasi tertentu di dalam sel barah. Sesetengah ubat ini bertindak dengan mengganggu laluan yang terlibat dalam pertumbuhan barah. Ket ika memusnahkan sel-sel barah, ia kurang cenderung untuk memusnahkan sel-sel normal.

• Terapi Laser – Dalam terapi laser, sinaran cahaya intensiti tinggi ditumpukan dan diarahkan kepada kawasan tertentu. Laser b o l e h d i g u n a k a n untuk membakar tumor atau ketumbuhan, serta melegakan gejala-gejala seperti pendarahan. Ia biasanya digunakan dalam rawatan barah yang terdapat pada permukaan badan, seperti barah kulit sel basal, atau pada barah peringkat awal.

• Pemindahan Sel Tunjang – Pemindahan sel tunjang, juga ada kala dikenali sebagai pemindahan sumsum tulang, kadang-kadang disyorkan kepada pesakit barah tertentu seperti leukemia, multiple myeloma dan sesetengah jenis limfoma. Prosedur ini melibatkan penggantian sumsum tulang yang rosak (tisu lembut di dalam tulang besar) dengan sel tunjang yang sihat.

• Imunoterapi – Juga dikenali sebagai terapi biologi, imunoterapi menggunakan sistem semula jadi daya ketahanan tubuh untuk melawan barah.

• Terapi Fotodinamik – Ia satu kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ejen sensitif cahaya, dan cahaya, untuk membunuh sel-sel barah. Diaktifkan hanya dengan jenis cahaya tertentu, ejen sensitif cahaya ini disuntik ke dalam aliran darah melalui urat atau diletakkan pada kulit. Apabila ubat ini diserap oleh sel barah, cahaya diarahkan ke bahagian ini untuk memusnahkan sel tersebut.

• Derma dan Pemindahan Produk Darah – Pesakit barah tertentu boleh mengalami pendarahan dalaman, kiraan darah yang rendah dan memerlukan pemindahan darah untuk membantu mereka menggantikan darah buat sementara waktu. Pemindahan darah juga diberi kepada mereka yang telah menjalani rawatan barah yang boleh membawa kepada kehilangan darah atau kiraan darah yang rendah.

Page 17: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

22 23

BAGAIMANAKAH CARA MENGATASI KESAN SAMPINGAN?

Tanya doktor anda untuk

mendapatkan nasihat

Apabila anda berasa lebih sihat, anda mungkin akan dapat menghadapi rawatan barah dengan lebih mudah. Tanya pasukan penjagaan barah anda untuk mendapatkan nasihat mengenai cara menguruskan kesan-kesan sampingan. Adalah penting anda turut memaklumkan doktor anda, jika anda melihat gejala baru atau perubahan gejala.

Semasa rawatan barah, anda mungkin akan mengalami pelbagai kesan sampingan. Atasinya dengan panduan ini.

1. Loya dan muntah

Ubat melawan loya dan muntah boleh membantu anda. Loya dan muntah jarang mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, muntah berulang-ulang dan berpanjangan boleh menyebabkan anda kekurangan air yang boleh menjadi masalah serius jika anda tidak berbuat apa-apa. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda asyik kehilangan cecair dan tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang anda perlukan.

2. Keletihan

Tukar gaya hidup dan diet anda. Contohnya, anda mungkin akan rasa lebih sihat jika anda mengurangkan beban kerja anda, makan diet yang berkhasiat, atau tidur, rehat dan melakukan senaman ringan dengan cukup (tanya doktor anda jika senaman adalah selamat untuk anda). Aktiviti menghilangkan kebosanan seperti membaca buku, mendengar muzik atau meditasi juga boleh membantu anda.

3. Kesakitan

Dalam kebanyakan kes, kesakitan akibat barah boleh dikawal melalui ubat-ubatan. Cara terbaik untuk mengawal kesakitan berkaitan barah adalah dengan mengelakkan ia daripada menjadi lebih teruk. Ambil ubat sakit anda sebagaimana yang ditetapkan. Anda juga boleh diberikan dos tambahan sekiranya anda mengalami sakit berbisa iaitu kesakitan yang tiba-tiba semakin teruk walaupun dirawat.

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mendapati kesakitan semakin teruk atau menjadi tidak tertanggung. Ia mungkin petanda bagi keadaan yang lebih serius. Doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar pengurusan kesakitan.

4. Isu kesuburan dan seksualiti

Jika anda belum selesai merancang keluarga, berbincang dengan doktor anda tentang kebimbangan anda sebelum memulakan rawatan. Sesetengah rawatan barah boleh menjejaskan keupayaan anda untuk mempunyai anak. Doktor anda boleh mencadangkan cara-cara untuk melindungi kesuburan anda.

Tanya doktor anda jika adalah selamat untuk meneruskan hubungan seks dan langkah-langkah keselamatan yang anda perlu ambil. Anda juga perlu berbincang secara terbuka tentang topik tersebut dengan pasangan anda. Biasanya tiada alasan perubatan untuk menghentikan hubungan seks sepanjang rawatan barah.

5. Hilang Selera Makan

Menguruskan gejala-gejala seperti loya, muntah, sakit dan keletihan boleh membantu meningkatkan selera makan anda. Cuba makan beberapa hidangan kecil penuh zatt sepanjang hari, minum kurang cecair pada waktu makan (ini boleh membuat anda berasa kenyang) dan makan di dalam persekitaran yang menyenangkan.

Pakar pemakanan juga boleh memberi nasihat tentang cara untuk merancang makanan anda dan mengesyorkan pemakanan tambahan jika perlu.

Page 18: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

24 25

BAGAIMANAKAH CARA MENANGANI EMOSI SAYA?

Tanpa mengira usia, hidup dengan barah merupakan pengalaman yang mengubah hidup. Ia mungkin sukar pada mulanya, tetapi anda masih boleh mencari semula kedamaian dan kegembiraan dalam hidup anda. Berikut beberapa tip untuk membantu anda menangani emosi.

1. Kawal diri anda

Ketahui tentang penyakit anda dengan mempelajari tentang jenis barah anda, pilihan rawatan, perkara yang dijangkakan semasa dan selepas rawatan dan cara menangani keadaan. Anda tidak akan rasa begitu bimbang jika anda tahu perkara yang perlu dijangkakan.

2. Jejak perasaan anda

Menulis jurnal atau merakam emosi anda melalui fotografi, lakaran, lukisan dan muzik boleh menyenangkan hati.

3. Suarakan perasaan anda

Jangan pendam perasaan anda, kongsi emosi anda dengan keluarga dan rakan-rakan. Jika anda mendapati sukar untuk bercakap dengan orang yang rapat dengan anda, dapatkan sokongan alternatif. Anda boleh berbincang dengan doktor atau jururawat tentang perasaan anda. Mereka akan dapat merujuk anda kepada sumber-sumber bantuan lain seperti kaunselor, pekerja kebajikan, pakar psikologi atau penjaga kesihatan profesional lain.

6. Keguguran Rambut

Ceritakan perasaan anda kepada ahli keluarga atau rakan yang dipercayai, atau kaunselor. Cuba beralih kepada gaya rambut pendek sebelum rawatan dimulakan agar peralihan tidak begitu dramatik. Anda juga boleh memakai topi, rambut palsu atau tudung untuk menutup keguguran rambut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara praktikal menguruskan perubahan fizikal, sertai Program Look Good and Feel Better. Untuk maklumat lanjut, hubungi 6499 9132.

7. Kekeringan Mulut

Ubat-ubatan untuk membantu meningkatkan pengeluaran air liur dan mencegah jangkitan mulut boleh didapati - tanya doktor anda. Menjaga kebersihan gigi juga penting. Kumur-kumur setiap beberapa jam, terutama selepas makan, dengan larutan campuran garam dan baking soda untuk mengelakkan jangkitan. Campurkan satu sudu teh garam dan satu sudu teh baking soda ke dalam secawan air suam. Hirup air dengan kerap dan elakkan minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi seperti kopi dan alkohol.

8. Sembelit

Minum lebih banyak air dan lakukan senaman ringan jika boleh. Jika anda tidak aktif secara fizikal itu boleh meningkatkan risiko sembelit. Masukkan lebih banyak makanan berserat tinggi ke dalam diet anda seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kismis dan prun. Walau bagaimanapun, makanan berserat tinggi mungkin tidak sesuai jika anda baru menjalani pembedahan usus atau tumor yang menyempitkan usus anda. Tanya doktor anda untuk mendapatkan nasihat

Walaupun anda rasa tidak selesa, jangan sekali-kali menggunakan julap atau pelembut najis tanpa mendapat kebenaran daripada doktor anda.

Page 19: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

26

4. Sertai kumpulan sokongan

Berjumpa pesakit lain dan penjaga yang mengalami situasi yang sama boleh membantu anda berasa tidak keseorangan dalam menghadapi barah. SCS menyediakan program kumpulan sokongan untuk pesakit, bekas pesakit dan penjaga barah.

5. Dapatkan sokongan kerohanian

Memenuhi keperluan rohani anda boleh membantu anda mencari kekuatan dan ketenangan ketika sakit dan mengalami kesukaran. Latihan rohani, ibadat, muhasabah dan meditasi telah diperhatikan membantu ramai pesakit barah. Sesetengah kemudahan jagaan kesihatan menyediakan sokongan rohani. Tanyalah pasukan jagaan kesihatan anda untuk memastikan jika mereka boleh merujuk anda kepada karyawan jagaan kerohanian.

6. Luangkan masa dan ruang peribadi untuk diri anda

Di tengah-tengah jadual rawatan anda yang sibuk, luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang anda suka setiap hari seperti mendengar muzik, membaca buku kegemaran, berjalan-jalan di taman atau melakukan senaman ringan. Pastikan anda bertanya dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman.

Saya sedang belajar di Boston apabila saya disahkan menghidap barah ovari. Keluarga saya datang dari jauh untuk memastikan saya berasa seperti di rumah sendiri semasa pembedahan dan rawatan barah saya. Ibu saya memasak dan saudara perempuan saya bergilir-gilir mengambil cuti untuk melawat, sementara ayah saya tidak kisah mengeluarkan belanja agar kami semua dapat bersama-sama sebagai sebuah keluarga sepanjang tempoh sukar itu. Beliau tunggak kekuatan dan semangat, walaupun pada masa yang paling sukar.

Daphne KhooPenyanyi & Penulis Lagu

BARAH DAN KELUARGA SAYA

Kepercayaan kita memberikan ketenangan dan keupayaan untuk mengatasi cabaran. P e n d e r i t a a n D a p h n e mengeratkan keluarganya dan kini kita sedar agar tidak mensia-siakan hidup kita. Setiap hari adalah bonus dan kita ingin hidup sejahtera.

Madam Denise AngPengurus

Page 20: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

29

1. Komunikasi Walaupun sesetengah keluarga mudah berkongsi perasaan dan kebimbangan mereka, keluarga lain mungkin berasa sukar untuk bercakap tentang barah. Meneruskan komunikasi secara terbuka dan jujur dengan orang yang anda sayangi adalah penting ketika anda mengemudi perjalanan barah anda.

• Cuba ceritakan kepada ahli keluarga anda perasaan anda. Beritahu mereka juga, jika anda belum bersedia bercakap mengenai aspek-aspek tertentu penyakit anda. • Jika anda tidak sanggup bercakap mengenai barah dengan keluarga anda, cuba dapatkan bantuan daripada rakan kepada keluarga anda, doktor, jururawat, kaunselor atau ketua agama untuk membantu berkomunikasi.

2. Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab anda di rumah mungkin akan berubah.

• Belajar menerima bantuan orang lain. Selain menerima bantuan daripada orang yang rapat dengan anda, pertimbangkan untuk mengupah pembantu untuk meringankan beban anda. Menerima dan diberi bantuan bukanlah petanda kelemahan. Ia sebagai peringatan tentang cinta dan perhatian

yang telah diberikan oleh orang yang kita disayangi pada masa kesusahan. • Buat rancangan yang jelas dan maklumkan kepada ahli keluarga anda jangkaan anda untuk mengelakkan salah faham dan ketegangan yang tidak diingini.

3. Kewangan Rawatan barah boleh memakan belanja yang besar kepada keluarga. Bergantung pada jumlah perlindungan insurans kesihatan anda, anda mungkin perlu menampung sebahagian kos tambahan anda sendiri. Kos juga boleh meningkat jika rawatan tidak berjalan seperti yang dirancang, perlu dilanjutkan atau jika barah menyerang semula. • Berbincanglah dengan keluarga anda mengenai kewangan anda.

• Periksa dengan syarikat insurans anda untuk mengetahui kos mana yang diliputi oleh pelan insurans kesihatan anda. • Tanya kaunselor kewangan hospital untuk membantu anda menganggarkan

bayaran rawatan. Jika perlu, beliau boleh membantu anda merujuk kepada program bantuan kewangan.

1. Pasangan • Bersikap jujur adalah yang terbaik – Teruskan komunikasi dua hala, ini penting. Menyatakan keperluan anda dengan jelas boleh membantu mengelakkan salah faham dan konflik. • Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda – Anda mungkin tidak suka membincangkan tentang emosi negatif, tetapi menyembunyikan perasaan anda akan membuat pasangan anda tidak dapat memberikan sokongan tambahan dan keyakinan yang anda perlukan sepanjang perjuangan barah anda. • Dapatkan bantuan profesional apabila perlu – Barah boleh menjejas keintiman seksual. Anda mungkin akan berasa bimbang atau malu untuk membincangkan perkara ini. Dapatkan bantuan daripada kaunselor, ahli terapi atau doktor anda.

2. Anak Apabila bercakap dengan anak-anak mengenai barah, beritahu perkara-perkara asas berikut: • Jenis barah • Lokasi barah di dalam badan • Apa yang akan terjadi ketika rawatan • Perubahan yang dijangka terhadap kehidupan mereka akibat barah dan rawatannya

Patutkah anda merahsiakan penyakit anda daripada anak-anak anda? Anak-anak dapat merasakan kebimbangan anda dan akan menjadi lebih takut jika mereka tidak tahu kisah sebenar. Di samping itu, kepercayaan akan hilang jika mereka mendapat tahu tentang diagnosis barah anda daripada orang lain. Adalah lebih baik mereka tahu daripada anda sendiri.

28

APAKAH KESAN BARAH TERHADAP KELUARGA SAYA?

BERKOMUNIKASI DENGAN AHLI KELUARGA ANDA

Barah bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit. Ia juga memberi kesan kepada keluarga dalam pelbagai cara. Berikut beberapa cara barah boleh menjejas keluarga anda dan cara-cara menangani cabaran tersebut.

Setiap orang menghadapi barah dengan cara yang berbeza. Komunikasi adalah penting dalam memupuk hubungan baik dengan orang yang anda sayangi. Berikut beberapa tip untuk anda berkomunikasi dengan pelbagai ahli keluarga dengan lebih baik sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Page 21: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

30 31

3. Ibu bapa Dapatkan bantuan daripada ahli-ahli keluarga yang lain – Jika anda yang menguruskan janji temu perubatan atau kehidupan harian orang tua anda, kini anda perlu mendapatkan bantuan untuk menjaga mereka. Pertimbangkan perkara ini apabila memberitahu orang tua anda tentang diagnosis barah anda a. Bagaimanakah kesihatan mereka? b. Bolehkah mereka menghadapi berita ini? c. Bolehkah saya mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan apabila saya memberitahu mereka?

Anak berumur sehingga 12 tahun Gunakan kata-kata yang sesuai dengan umur – Contohnya, sebut “ubat” bukannya “kemoterapi”. Bagi anak lebih besar, anda boleh mengibaratkan barah sebagai pertarungan antara “sel baik” dan “sel jahat”, dan rawatan sebagai pembantu untuk mengalahkan sel jahat yang membuat anda jatuh sakit. Anda juga boleh menggunakan buku kanak-kanak untuk menjelaskan makna barah kepada anak anda. Usah hanya beritahu kepada anak lebih besar – Ini boleh menjadi beban emosi yang berat kepada mereka. Persiapkan anak-anak kecil sebelum anda memulakan rawatan – Perubahan penampilan fizikal anda semasa rawatan boleh menakutkan anak-anak keci l . Kurangkan kebimbangan dengan memberitahu mereka terlebih dahulu. Yak inkan anak-anak anda sayangkan mereka – Beritahu mereka bahawa anda tidak selesa atau sedih kerana anda sakit, bukan kerana mereka. Galakkan anak-anak anda berkongsi perasaan mereka – Duduk bersama mereka agar mereka boleh bercerita, dan minta pasangan anda dan ahli keluarga dewasa yang lain berbuat begitu juga.

Anak remaja berumur 13 hingga 19 tahun Jawab soalan-soalan mereka dengan jujur - Pada usia ini, remaja mungkin lebih faham tentang barah dan ada lebih banyak soalan.

Jangan bebani anak remaja anda dengan tanggungjawab – Walaupun anak remaja anda mungkin sanggup membantu, mengharapkan terlalu banyak daripada mereka boleh menyebabkan tekanan tambahan. Kerap perhatikan anak remaja anda – Perhatikan perubahan tingkah lakunya seperti perubahan kelakonan akademik, menjauhkan diri daripada kegiatan yang biasa dilakukan serta kawan-kawannya, perubahan mood, penggunaan dadah atau alkohol. Tanda-tanda ini boleh bermakna anak remaja anda mungkin perlukan sokongan tambahan untuk menangani keadaannya.

Page 22: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

32 33

Kemurungan berlaku dalam kira-kira 1 daripada setiap 4 orang yang menghidap barah. Jika anda mengalami kemurungan, anda mungkin akan berasa sukar untuk melakukan aktiviti harian anda dan mengikuti pelan rawatan. Dapatkan bantuan perubatan, jangan menderita senyap-senyap.

MENDAPATKAN BANTUAN MENGATASI KEMURUNGAN

Belajar mengenal pasti tanda amaran kemurungan. Berjumpa doktor jika anda alami lima atau lebih gejala berikut yang berpanjangan selama dua minggu atau lebih, atau ia cukup berat sehingga menjejas aktiviti normal harian.

• Kesedihan atau rasa kekosongan hampir setiap hari pada kebanyakan masa dalam sehari

• Hilang minat untuk melakukan aktiviti

• Masalah pemakanan (hilang selera atau makan berlebihan) termasuk susut atau bertambah berat badan*

• Perubahan corak tidur (tidak dapat tidur, bangun awal atau terlebih tidur)*

• Keletihan atau susut tenaga hampir setiap hari*

• Orang lain perasan anda resah atau mula “memperlahankan rentak”

• Perasaan bersalah, tidak berguna dan tidak berdaya

• Susah menumpukan perhatian atau membuat keputusan

• Berfikir mengenai kematian atau membunuh diri, atau cubaan membunuh diri

• Perubahan mood mendadak daripada murung menjadi cepat marah dan bersemangat

*Sila ambil perhatian bahawa masalah fizikal seperti keletihan, kurang selera makan dan perubahan tidur mungkin kesan sampingan rawatan barah. Berbincanglah dengan doktor anda.

4. Penjaga Bina pasukan yang utuh – Penjaga anda memerlukan bantuan dan sokongan untuk mengelakkan keletihan diri mereka sendiri. Bersiap sedia dengan beberapa orang penjaga agar anda tidak perlu bergantung hanya pada seorang. Galakkan penjaga anda berehat. Sampaikan maklumat kepada penjaga – Berikan mereka maklumat terkini mengenai rawatan dan penjagaan barah anda, nombor kecemasan, ubat-ubatan dan dokumen. Jangan lupa ucapkan “terima kasih” – lambang penghargaan ringkas ini sangat membantu.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Tingkatkan semangat anda. Berseloroh,

pelukan dan sokongan padu daripada

orang tersayang akan dapat membantu

menguruskan cabaran barah.

Page 23: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

34

BARAH DAN KEWANGAN SAYA

Saya telah menghadapi masalah kewangan sejak saya disahkan menghidap barah tekak Peringkat 4 dan terpaksa berhenti kerja untuk menjalani terapi radiasi intensif. Mujurlah bil rawatan saya dilindungi oleh Medifund dan simpanan Medisave saya. Tabung Bantuan Kebajikan Persatuan Barah Singapura, Tabung Rawatan Barah dan Skim Pengangkutan Hospital juga memberi bantuan kewangan ketika saya menjalani rawatan.

Encik Christopher s/o Victor ManuelTidak bekerja Encik Christopher, yang menghidap barah tekak peringkat lanjut, bersyukur dengan bantuan kewangan yang beliau terima untuk menampung perbelanjaan perubatannya.

Persatuan Barah Singapura menyediakan khidmat sokongan pemulihan untuk membantu pesakit barah mengorak langkah pertama ke arah pemulihan. Kumpulan sokongan dan program-program untuk pesakit, bekas pesakit dan penjaga kanser ialah:

Kumpulan Sokongan Keterangan MasaBishana untuk pesakit barah wanita dan juga wanita yang

telah didiagnosis dengan apa jua jenis barah dan sedang menjalani rawatan.

Hari Jumaat ketiga setiap bulan6.30 petang – 8.30 petang

Kumpulan Sokongan Kolorektal

untuk pesakit dan bekas pesakit barah kolorektal. Program ini juga bertujuan membantu ostomat yang baru menjalani pembedahan menyesuaikan diri secara fizikal dan psikologi dengan gaya hidup baru. Ostomat ialah mereka yang telah menjalani ostomi, yakni pembedahan membuat lubang pada badan untuk membuang sisa daripada tubuh badan.

Hari Sabtu keempat setiap bulan2.00 petang – 5.00 petang

Kelab Suara Baru untuk pesakit dan bekas pesakit barah Laringektomi. Ia menawarkan sokongan untuk pesakit yang telah dibuang peti suara mereka.

Setiap hari Selasa12.00 tengah hari – 2.00 petang

Hulur Bantuan untuk membantu pesakit dan bekas pesakit barah payu dara menghadapi cabaran barah payu dara dan rawatannya.

Hari Sabtu keempat setiap bulan10.30 pagi – 12.30 petang

Pahlawan Kacang untuk membantu pesakit dan bekas pesakit barah prostat menghadapi cabaran akibat barah prostat dan rawatannya.

Hari Sabtu kedua setiap bulan2.00 petang – 5.00 petang

Program Sihat dan Cantik

untuk membantu pesakit barah wanita yang sedang menjalani kemoterapi atau radioterapi menguruskan perubahan fizikal akibat rawatan barah dengan lebih baik.

Bengkel amali diadakan di kebanyakan hospital awam di Singapura.• Hospital Besar Changi: 6850 3656• Pusat Barah Nasional Singapura: 6436 8643• Hospital Gleneagles: 6738 9333• Hospital Raffles: 6311 2337• Hospital Universiti Nasional: 6772 3027

Program Duta Pesakit SCS

program ini bertujuan untuk mempromosikan kesejahteraan fizikal dan psiko-emosi pesakit kanser melalui sokongan daripada bekas pesakit barah melalui lawatan ke hospital/rumah, panggilan telefon dan pertemuan bersemuka.

Melalui rujukan oleh hospital/pusat jagaan

SCS menjalankan pelbagai program pengayaan minda percuma: kesihatan dan pemakanan, kecergasan dan gaya hidup, apresiasi muzik dan tarian, seni & kraf dan kelas bahasa untuk ahli-ahli kumpulan sokongan setiap hari dengan jadual berstruktur. Melalui aktiviti-aktiviti riadah sosial ini, pesakit barah dan bekas pesakit dapat mempelajari kemahiran baru bersama-sama dan menjalin hubungan antara satu sama lain. Untuk maklumat mengenai kumpulan sokongan barah, hubungi 6499 9132 dan untuk pertanyaan mengenai program pengayaan, hubungi 6499 9147

SCS juga mempunyai sepasukan pekerja sosial terlatih, kaunselor, dan karyawan jagaan kerohanian yang akan dapat menyediakan kaunseling serta sokongan emosi dan rohani apabila perlu. Jika anda ingin bercakap dengan seseorang daripada pasukan khidmat psikososial, sila hubungi 6421 5877 atau 6421 5878

MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PERSATUAN

BARAH SINGAPURA

Page 24: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

37

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Dapatkan nasihat daripada penyedia jagaan kesihatan, pengurus kes atau pekerja soaial. Mereka akan dapat memberikan gambaran lebih baik berkenaan anggaran kos rawatan dan membantu anda menguruskan kewangan anda. Jika perlu, mereka juga boleh membantu menentukan jenis bantuan kewangan yang anda layak terima.

36

BAGAIMANAKAH CARA MEMBIAYAI RAWATAN BARAH SAYA?

Kos rawatan adalah salah satu daripada kebimbangan yang mendesak selepas diagnosis barah. Selain bimbang tentang kesihatan anda, anda juga akan prihatin dengan status kewangan anda. Adakah saya mempunyai perlindungan insurans kesihatan yang cukup untuk menampung kos rawatan? Apakah kos-kos tersembunyi lain? Bolehkah keluarga saya menghadapi masalah kewangan jika saya terpaksa berhenti kerja? Ini beberapa soalan yang mungkin bermain di fikiran anda.

Sebelum anda memulakan rawatan, anda patut berfikir tentang pelbagai kos yang boleh meningkat semasa proses rawatan dan pemulihan anda. Ini akan membantu anda menjejak kewangan anda, memberikan anda masa untuk mencari sokongan dan bantuan kewangan jika perlu. Sesetengah kos lazim bagi penjagaan berkaitan barah termasuk kos pesakit luar, ubat-ubatan, bayaran pengangkutan dan perbelanjaan keluarga, dan lain-lain.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan kewangan sedia ada yang disediakan untuk pesakit barah.

1. Insurans Kesihatan Perlindungan insurans kesihatan anda memainkan peranan dalam menentukan jumlah kos tambahan yang anda perlu bayar daripada saku anda sendiri. Jika anda mempunyai pelan insurans kesihatan, pastikan anda memeriksa dengan syarikat insurans anda sebelum memulakan rawatan untuk mengetahui kos perubatan yang dilindungi.

Memahami cara polisi insurans anda digunakan dan sekatan yang ada boleh menimbulkan cabaran. Itulah sebabnya penting untuk berbincang dengan ejen insurans anda dan mengenal pasti liputan pelan anda dan apa yang perlu untuk membuat tuntutan.

2. Skim dan Subsidi Pemerintah Semua rakyat Singapura dilindungi oleh subsidi pemerintah yang banyak, sehingga 80 peratus daripada jumlah bil di wad akut hospital awam. Tahap-tahap lain perlindungan jagaan kesihatan disediakan oleh skim-skim pemerintah berikut.

Medisave – Skim simpanan perubatan wajib ini membantu rakyat Singapura yang bekerja memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan mereka untuk perbelanjaan perubatan pada masa depan. Anda boleh menggunakan simpanan daripada akaun Medisave anda untuk membayar rawatan hospital peribadi atau ahli keluarga terdekat anda, pembedahan hari dan perbelanjaan pesakit luar tertentu. Anda juga boleh menggunakan Medisave anda untuk siasatan berkaitan barah tertentu. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk maklumat terkini mengenai had pengeluaran Medisave.

MediShield – MediShield ialah skim insurans perubatan yang direka untuk membantu menampung bil hospital yang besar, yang tidak dapat dilindungi dengan cukup oleh Medisave. Ia meliputi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan rawatan pesakit luar tertentu yang diluluskan, seperti kemoterapi dan radioterapi untuk barah. MediShield dikendalikan oleh Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Lungsuri www.cpf.gov.sg untuk mengetahui tentang had pengeluaran.

Medifund – Ini jaring keselamatan perubatan yang ditubuhkan oleh Pemerintah untuk membantu rakyat Singapura yang tidak dapat

menampung bil perubatan subsidi mereka, walaupun mempunyai perlindungan Medisave dan MediShield.

Jika anda atau keluarga anda menghadapi masalah membayar bil perubatan, anda boleh

bertanya kepada pekerja sosial perubatan di institusi-institusi yang diluluskan Medifund untuk bantuan. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut.

Page 25: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

38 39

Medifund – Ini jaring keselamatan perubatan yang ditubuhkan oleh Pemerintah untuk membantu rakyat Singapura yang tidak dapat menampung bil perubatan subsidi mereka, walaupun mempunyai perlindungan Medisave dan MediShield. Jika anda atau keluarga anda menghadapi masalah membayar bil perubatan, anda boleh bertanya kepada pekerja sosial perubatan di institusi-institusi yang diluluskan Medifund untuk bantuan. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut.

Medication Assistance Fund – Di bawah skim ini, pesakit Singapura yang layak akan menerima subsidi untuk membayar ubat mahal yang tidak dilindungi di dalam Senarai Ubat Standard tetapi telah dinilai sebagai perlu dari segi klinikal. Ambil perhatian bahawa sesetengah ubat-ubatan diberikan subsidi hanya untuk keadaan perubatan tertentu dan ada atau tidak ubat itu berbeza di setiap institusi jagaan kesihatan awam. Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk skim ini, pastikan dengan pasukan jagaan kesihatan anda. Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut.

Prinsip Persatuan Barah Singapura (SCS) ialah sesiapa pun tidak patut menghadapi barah seorang diri akibat masalah kewangan. Sepanjang 50 tahun yang lalu, SCS telah membantu pesakit yang memerlukan di Singapura melalui skim-skim kewangan dan kebajikan berikut.

CARA PERSATUAN BARAH SINGAPURA BOLEH MEMBANTU

Persatuan Barah Singapura ialah sebuah pertubuhan kebajikan sukarela. Program dan perkhidmatannya dibiayai oleh sumbangan orang ramai. Untuk pertanyaan mengenai skim kewangan dan kebajikan SCS, sila hubungi 6421 5877 atau 6421 5878 atau e-mel kepada [email protected].

1. Tabung Penjagaan Barah SCS

Sambil anda cuba menghadapi diagnosis barah anda, anda juga mungkin bimbang dengan keadaan kewangan anda. Perbelanjaan di luar jangkaan, wang dari sakut untuk tambang pengangkutan dan perbelanjaan harian lain boleh menjejas kewangan anda dan menambah kebimbangan anda.

Untuk melengkapkan skim kewangan dan kebajikan semasa, SCS memperkenalkan Dana Penjagaan Barah. Skim kewangan sekali sahaja yang baru ini membantu pesakit barah yang baru didiagnosis mengharungi hari-hari permulaan yang sukar dengan meringankan beban kewangan mereka supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada rawatan.

Page 26: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

40

BARAH DAN PERSEKITARAN KERJA SAYA

Dari awal hingga akhir, tiada apa yang saya ingin sembunyikan daripada bos dan rakan-rakan sekerja. Apabila saya kembali bekerja selepas mendapatkan semula kekuatan, rakan-rakan membantu bagi memudahkan saya kembali ke tugas biasa saya secara beransur-ansur. Saya percaya komunikasi terbuka adalah sangat penting dalam mengekalkan hubungan baik ketika mengharungi barah. Ingat, anda bukan bersendirian menghadapinya. Berbaik-baiklah dengan orang di sekeliling anda.

Cik Teoh Hooi LengGuru

2. Tabung Rawatan Barah SCS Ditubuhkan pada tahun 2005, Tabung Rawatan Barah SCS menawarkan bantuan kewangan kepada pesakit barah yang memerlukan dengan memberi subsidi bagi sebahagian kos ubat-ubatan kemoterapi dan IMRT (Intensity Modulated Radiation Therapy). Walaupun tabung ini tidak dapat memenuhi semua keperluan setiap pesakit barah yang memerlukan wang, ia telah menangani kebimbangan ramai pesakit yang sukar membayar belanja perubatan mereka. Sehingga kini, lebih $12 juta telah diserahkan untuk membantu lebih 3,000 pesakit barah. Pada masa ini, tabung ini membantu pesakit-pesakit barah yang memerlukan dari Pusat Barah Nasional Singapura, Hospital Besar Singapura, Hospital Universiti Nasional, Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK dan Hospital Tan Tock Seng.

3. Tabung Bantuan Kebajikan SCS Sejak tahun 1967, SCS telah menyediakan bantuan kewangan dan pengangkutan percuma kepada pesakit barah yang memerlukan. Skim kewangan ini menyediakan bantuan kewangan sementara dan/atau bekalan perubatan seperti makanan susu dan beg kolostomi kepada pesakit-pesakit daripada keluarga berpendapatan rendah. Tanya pekerja kebajikan perubatan daripada hospital, hospis atau pejabat khidmat kebajikan untuk mengetahui jika anda layak menerima bantuan kewangan. Proses permohonan dan kelulusan untuk kes-kes bantuan kebajikan adalah tertakluk pada kriteria kelayakan dan penilaian kewangan, yang akan dikaji oleh Jawatankuasa Bantuan Kebajikan.

4. Skim Pengangkutan Hospital SCS Skim pengangkutan percuma SCS membantu pesakit yang memerlukan bantuan kewangan untuk perjalanan dari rumah mereka ke hospital yang disusun semula untuk mendapatkan rawatan. Pada masa ini, khidmat ini disediakan melalui van penumpang kami dan pemandu sukarela. Pemilihan bagi khidmat ini adalah berdasarkan saranan pekerja kebajikan perubatan setiap hospital dan bergantung kepada sama ada ia disediakan atau tidak. Sila hubungi pekerja kebajikan perubatan anda atau SCS jika anda memerlukan khidmat ini.

5. Program Membantu Kanak-kanak dan Belia SCS Program membantu kanak-kanak dan belia SCS (HCYP) cuba membantu kanak- kanak dan remaja yang pernah mengalami kesan barah, sama ada secara langsung sebagai pesakit atau tidak langsung seperti orang yang disayangi mereka adalah pesakit. Mengharungi barah sangat mencabar – dari segi kewangan, emosi, psikologi dan rohani – kepada kanak-kanak dan remaja ketika mereka berjuang mencari makna dan tujuan kehidupan dalam kesulitan mereka. Melalui aktiviti-aktiviti yang bermakna, golongan muda diberi kuasa dengan alat-alat yang diperlukan untuk mengharungi kehidupan sambil menghadapi kesan barah. Program ini terdiri daripada 5 komponen berikut:

• Skim Bantuan Kewangan Pendidikan • Program Tuisyen

• Penglibatan Belia dan Perkhemahan• Penglibatan Keluarga• Penyampaian Hadiah Buku

Page 27: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

43 42

APAKAH KESAN BARAH TERHADAP PEKERJAAN SAYA?

Walaupun sesetengah orang tiada masalah meneruskan kerja, sesetengah yang lain menghadapi kesukaran. Ada beberapa keadaan barah yang boleh memberi kesan kepada dunia pekerjaan anda.

1. Ia boleh menjejaskan anda dari segi fizikal

Barah boleh memenatkan anda. Kesan-kesan sampingan daripada rawatan seperti sakit, letih, muntah dan sesak nafas boleh menjejas produktiviti kerja, ingatan dan penumpuan anda. Anda juga mungkin akan mudah mendapat jangkitan, jika anda menggunakan ubat kemoterapi tertentu.

2. Ia boleh memberi kesan secara emosi

Semasa menghadapi barah, anda mungkin akan mengalami pelbagai emosi negatif yang boleh menjejas kehidupan kerja anda. Kebanyakan pesakit mengalami satu-satu tahap kemurungan dan kebimbangan semasa menghidap barah.

3. Ia boleh menyebabkan isu-isu praktikal di tempat kerja

Kemungkinan besar anda perlu mengambil cuti untuk rawatan atau pemeriksaan. Masalah praktikal mungkin timbul jika majikan anda tidak menyokong atau menghadapi kesukaran memindahkan tanggungjawab kerja anda.

1. Berapa banyak kerja yang saya perlu kurangkan buat sementara waktu?

2. Apakah kesan rawatan barah terhadap cara saya bekerja, dan berapa banyak rehat yang saya perlu ambil dalam tempoh ini?

3. Siapakah yang boleh membantu saya?

4. Apakah status kewangan saya ketika ini dan adakah saya memerlukan bantuan kewangan tambahan sepanjang tempoh ini?

5. Jika saya tidak bekerja, dari manakah saya boleh mendapatkan bantuan kewangan tambahan?

6. Sejauh manakah selamat untuk saya dan untuk orang lain, jika saya terus bekerja sepanjang rawatan?

Membuat keputusan untuk berhenti atau meneruskan kerja semasa rawatan anda bergantung pada banyak faktor. Berikut beberapa soalan untuk difikirkan mengenai aturan kerja anda.

MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENAI KERJA

Page 28: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

44 45

TALK TO YOUR EMPLOYER

1. Perlukah saya memberitahu kepada majikan bahawa saya menghidap barah?

Walaupun anda tidak perlu memberikan butiran khusus tentang barah anda, anda patut memberitahu majikan jika penyakit anda boleh membahayakan keselamatan diri sendiri atau orang lain di tempat kerja. Dengan berterus terang mengenai penyakit anda, anda dapat membincangkan soal penyesuaian dan sokongan yang anda mungkin perlukan di tempat kerja.

2. Adakah saya berhak untuk merahsiakan daripada rakan-rakan sekerja saya?

Majikan anda perlu kebenaran anda untuk berkongsi maklumat mengenai penyakit anda.

3. Berapa banyakkah yang saya perlu dedahkan kepada majikan saya?

Anda tidak perlu menceritakan segala- galanya. Sebaliknya beri tumpuan kepada kesan barah terhadap prestasi kerja anda atau risiko keselamatan tertentu. Anda juga patut memberitahu majikan anda jika anda tidak mahu menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda.

4. Bagaimanakah majikan saya boleh menyokong saya?

Tanyalah majikan atau jabatan HR anda tentang jumlah cuti bergaji dan tanpa gaji yang anda layak. Di bawah Akta Pekerjaan Singapura, anda layak mendapat kedua-dua cuti pesakit luar dan cuti rawatan di hospital jika anda telah bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan dengan majikan anda. Cuti sakit anda hendaklah disahkan oleh doktor syarikat atau pemerintah. Pastikan anda memberi notis yang mencukupi kepada majikan anda apabila anda perlu mengambil cuti, agar mereka boleh membuat aturan kerja.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

• Ketidakpastian mengenai rawatan barah dan kesan-kesan sampingannya boleh menyukarkan anda merancang tugas kerja terlebih dahulu. Pastikan anda bertanya kepada doktor bagaimana rawatan akan menjejas anda dan jika anda boleh meneruskan kerja.

• Berbincang secara terbuka dengan majikan anda untuk merancang tindakan seterusnya. Sebagai contoh, rancang untuk mengurangkan beban kerja atau bekerja dari rumah. Perkara-perkara kecil seperti rehat pendek ketika waktu kerja boleh membantu.

• Rancang dan atur. Buat log kerja mesyuarat, tugas, cuti yang diambil dan janji temu. Failkan dokumen penting seperti kontrak kerja dan sijil cuti sakit ke dalam folder yang berasingan.

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Berceritalah kepada rakan-rakan sekerja anda. Terpulang kepada anda jika tidak ingin memberitahu rakan-rakan sekerja mengenai diagnosis barah anda. Bagaimanapun pesakit barah akan gembira dengan galakan dan sokongan praktikal rakan sekerja mereka. Cuba beritahu mereka yang anda fikir boleh menyokong anda. Jika anda berasa tidak selesa memberitahu mereka secara langsung, anda boleh meminta penyelia atau pengurus anda berbuat demikian.

5. Apakah yang saya boleh lakukan jika majikan melayan saya secara tidak adil?

Majikan yang beroperasi di Singapura harus mematuhi Garis Panduan Tiga Pihak, termasuk garis panduan mengenai diskriminasi pekerjaan.

Jika anda rasa anda telah dilayan secara tidak adil, hubungi Perikatan Tiga Pihak ke Arah Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif (TAFEP) untuk mendapatkan nasihat.

Page 29: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

46

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Jika anda rasa anda telah dilayan secara tidak adil, anda boleh hubungi Perikatan Tiga Pihak ke Arah Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif (TAFEP) untuk mendapatkan nasihat.

MENUKAR PEKERJAAN

1. Apakah kemahiran yang saya boleh pindahkan kepada pekerjaan baru saya?

2. Adakah saya memerlukan latihan tambahan?

3. Apakah penyesuaian yang perlu dibuat dalam pekerjaan baru saya?

4. Bagaimanakah cara saya membuat penyesuaian?

Walaupun rawatan barah boleh menjejas kesihatan anda, ia tidak akan membuat anda kurang layak untuk bekerja. Pastikan dengan doktor anda jika ada keterbatasan anda untuk berfungsi dalam pekerjaan baru.

Bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat kembali kepada pekerjaan yang sama selepas rawatan barah. Berikut beberapa soalan yang perlu difikirkan sebelum anda bertukar kerja.

1. Apakah yang saya perlu beritahu bakal majikan saya? Walaupun anda tidak perlu menceritakan secara terperinci tentang barah anda, anda perlu memberitahu bakal majikan anda tentang penyakit anda untuk tujuan insurans seperti yang ditentukan oleh Kementerian Tenaga Manusia.

2. Apakah yang saya perlu buat sekiranya didiskriminasi? Anda tidak boleh ditolak daripada bekerja atas dasar diagnosis atau rawatan barah yang lalu.

BERBINCANG DENGAN BAKAL MAJIKAN ANDA

HIDUP SAYA SELEPAS BARAH

Hidup dengan barah tidak semestinya sentiasa gelap dan suram. Kami banyak ketawa sepanjang masa anak lelaki saya menghidap barah. Sehingga akhir hayatnya, Chris sentiasa dapat mengawal keadaan, disokong oleh pasukan hospis di rumah yang merawatnya dengan menjaga harga dirinya dan rasa hormat. Dengan bantuan mereka, Chris nikmati kepuasan hidup dengan barah, bukan meninggal dunia akibatnya.

Cik Pat HawkesTutor Pendidikan Khas Anak Cik Hawk, Christopher, yang berusia 28 tahun,meninggal dunia pada Ogos 2014 selepas empat tahun berjuang melawan barah kepala dan leher.

Page 30: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

49 48

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Pertimbangkan pemulihan profesional jika anda:

rasa lebih lemah sekarang daripada ketika anda baru didiagnosis

sukar bercakap atau menelan

berasa sakit

berasa lebih letih sekarang berbanding sebelum diagnosis

mengalami masalah otot atau ortopedik

sukar melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini

tidak pasti jumlah dan jenis senaman yang anda perlukan

sukar menumpukan perhatian atau mengingat sesuatu

menghadapi kesukaran emosi, psikologi, vokasional, rohani malah cabaran sosial

PEMULIHAN SELEPAS BARAH

Anda akhirnya menyudahkan rawatan barah anda dan bersedia untuk kehidupan baru. Walau bagaimanapun, barah dan rawatannya sering menyebabkan masalah fizikal dan praktikal seperti keletihan dan kelemahan otot. Gejala-gejala ini boleh menyukarkan anda ‘kembali seperti sediakala’ dan bergiat semula dalam masyarakat.

Pemulihan profesional boleh membantu fizik dan emosi anda pulih semula. Ini boleh amat membantu bekas pesakit yang ingin kembali bekerja selepas barah. Pemulihan barah awal memberi manfaat kepada semua pesakit kerana ia bukan sekadar membantu membina kekuatan dan stamina, bahkan menangani isu-isu psikososial. Berbincanglah dengan pasukan jagaan kesihatan anda atau Persatuan Barah Singapura (SCS) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khidmat pemulihan barah yang tersedia.

CARA ANDA BOLEH MEMBANTU

Berita Terbaru

Pesakit dan bekas pesakit barah yang hampir berjaya pulih boleh menikmati sokongan pemulihan tambahan menjelang suku ketiga tahun 2015 apabila Pusat Pemulihan Barah SCS yang pertama dibuka.

Pusat ini adalah komitmen terbaru SCS untuk merapatkan jurang penjagaan barah di kalangan masyarakat setempat. Khidmat dan program pelbagai disipl in yang menyeluruh yang ditawarkan oleh Pusat Pemulihan Barah SCS memberi tumpuan bukan sekadar kepada kesihatan fizikal pesakit. Ia juga menangani emosi, psikologi, sosial, keperluan kewangan dan kerohanian. Tunggu berita lanjut terkini.

Sokongan daripada sukarelawan adalah sebahagian daripada usaha SCS untuk mengurangkan seberapa boleh kesan barah di Singapura.

Bekas pesakit barah boleh membantu dengan menyertai SCS sebagai duta pesakit untuk menawarkan sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga yang menderita akibat barah. Kelayakan yang anda perlukan hanyalah semangat dan keinginan untuk membantu. Jika anda ingin menjadi sukarelawan, sila hubungi SCS di 6499 9132.

Page 31: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

50 51

2. Arahan Perubatan Awal

Arahan Perubatan Awal (AMD) ialah dokumen undang-undang yang anda tandatangani terlebih dahulu untuk memberitahu doktor anda bahawa anda tidak berhasrat menggunakan sebarang rawatan luar biasa penerus hidup untuk memanjangkan hayat anda, jika berlaku penyakit terminal atau anda tidak sedarkan diri.

Lungsuri www.moh.gov.sg untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AMD

Anda perlu memenuhi kriteria berikut jika ingin membuat AMD:

Anda mesti berumur 21 tahun dan waras.

Tiga orang doktor (termasuk doktor hospital anda) semuanya perlu mengesahkan bahawa anda menghidap penyakit terminal. Dua orang daripada doktor tersebut mestilah pakar.

Jika terdapat percanggahan pendapat antara doktor, doktor yang bertanggungjawab boleh menyemaknya. Jika masih tiada kata sepakat, Kementerian Kesihatan akan melantik tiga orang pakar tambahan untuk menyemak kes anda. Jika ketiga-tiga pakar yang dilantik masih tidak dapat mengesahkan bahawa anda berpenyakit terminal, AMD tidak boleh dikuatkuasakan.

Anda perlu mengisi dan menandatangani borang AMD di hadapan dua orang saksi – doktor dan seseorang yang berusia melebihi 21 tahun. Kedua-dua orang saksi tidak boleh mendapat apa-apa ganjaran daripada kematian anda.

TAHUKAH ANDA?

Anda boleh membatalkan AMD bila-bila masa dengan mengisi borang atau menulis surat kepada Pendaftar AMD. Anda akan memerlukan seorang saksi.

MERANCANG MASA HADAPAN - PERUBATAN & PERUNDANGAN

Tidak kira umur atau status kesihatan anda ketika ini, membuat rancangan penjagaan kesihatan dan perundangan yang kukuh boleh memberi ketenangan fikiran kepada diri anda dan orang yang anda sayangi. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan awal perancangan perubatan dan perundangan yang tersedia.

1. Perancangan Penjagaan Awal

Bayangkan senario ini: Anda begitu sakit hinggakan anda tidak dapat berbicara untuk diri sendiri. Siapakah yang akan merancang dan menyuarakan pilihan penjagaan anda kepada pasukan perubatan? Perancangan Penjagaan Awal (ACP) merupakan siri perbincangan sukarela yang membolehkan anda mendokumentasi dan berkongsi keputusan mengenai penjagaan kesihatan masa depan anda dengan pasukan penjagaan kesihatan anda dan ahli-ahli keluarga. Rancang lebih awal dengan ACP agar orang-orang yang anda sayangi dan penjaga dapat mengetahui dengan jelas apakah hajat anda sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan tentang penjagaan kesihatan untuk diri anda sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ACP, lungsuri laman Living Matters di www.livingmatters.sg atau Agensi bagi Penjagaan Bersepadu (AIC) di aic.sg

Mulakan ACP anda dengan langkah-langkah mudah berikut:

Mulakan ACP anda dengan langkah-langkah mudah berikut:

Buat janji temu dengan fasilitator ACP yang terlatih. Anda boleh meminta pihak jagaan kesihatan anda merujukkan anda kepada salah seorang daripada mereka.

Berbincang dengan fasilitator ACP dan orang tersayang hasrat anda tentang maksud hidup sejahtera bagi anda.

Pilih pengganti (atau proksi) yang boleh membuat keputusan untuk menjadi suara anda apabila anda tidak dapat bercakap untuk diri sendiri. Ingat, pembuat keputusan proksi anda mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun. Anda boleh memilih saudara, rakan baik atau sesiapa sahaja yang anda fikir akan bertindak selaras dengan kehendak anda apabila anda tidak lagi dapat berbuat demikian.

Dokumenkan pilihan anda dengan bantuan fasilitator ACP anda.

Kaji semula dokumen ACP anda apabila kesihatan atau keadaan hidup anda berubah.

TAHUKAH ANDA?

Anda tidak perlukan peguam untuk Perancangan Penjagaan Awal (ACP). Fasilitator ACP terlatih boleh membimbing anda melalui langkah-langkah yang perlu. Anda juga boleh menukar fikiran selepas perbincangan.

Page 32: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

52 53

TAHUKAH ANDA?

Jika anda meninggal dunia tanpa Wasiat, harta anda akan diagihkan berdasarkan Akta Pewarisan Antara Negara. Oleh itu, harta anda mungkin tidak akan diagihkan kepada orang-orang yang anda ingin berikan selepas kematian anda.

4. Merancang Wasiat

Wasiat memastikan orang-orang yang anda sayangi mendapat habuan mengikut kehendak anda selepas anda meninggal dunia. Kandungan dokumen undang-undang ini menerangkan harta pusaka anda (merujuk kepada semua wang, simpanan dan aset anda) dan cara ia akan diagihkan kepada waris-waris anda selepas kematian anda.

Arahan mengenai isu-isu lain seperti penjagaan anak-anak kecil dan anak yang ada keperluan khas, serta pembentukan dana amanah juga boleh diliputi di dalam Wasiat anda.

Wasiat yang dibuat di Singapura dikawal oleh Akta Wasiat. Walaupun anda tidak perlukan peguam untuk membuat Wasiat, ramai orang mendapatkan nasihat undang-undang untuk mengelakkan isu-isu yang boleh menyebabkan Wasiat yang mereka buat sendiri tidak sah.

Cuba lawat klinik guaman percuma untuk mengetahui lebih lanjut. Untuk senarai klinik guaman percuma di Singapura, lungsuri legalclinics.sg

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai membuat Wasiat, lungsuri www.lawsociety.org.sg

Semasa rawatan anda, doktor anda mungkin berpendapat bahawa anda akan meraih manfaat daripada penjagaan hospis. Khidmat dikenali sebagai penjagaan paliatif ini adalah satu konsep penjagaan yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu hidup dengan melegakan kesakitan dan gejala-gejala lain yang menyusahkan. Ia juga menawarkan sokongan praktikal dan psikososial kepada ahli-ahli keluarga dan penjaga.

Mitos penjagaan paliatif dan fakta sebenar:Menjalani penjagaan hospis atau paliatif tidak semestinya bermakna anda hanya menunggu kematian. Ada pesakit yang hidup dengan gembira selepas keadaan mereka stabil. Jika anda rasa penjagaan paliatif boleh membantu anda, tanya doktor anda untuk mendapatkan nasihat.

PERKHIDMATAN PENJAGAAN PALIATIF

3. Surat Kuasa Wakil Kekal

Melalui Surat Kuasa Wakil Kekal (LPA), anda boleh melantik seseorang yang anda percaya untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihak anda, jika anda hilang keupayaan mental untuk membuat keputusan-keputusan ini sendiri pada masa akan datang. Kehilangan keupayaan mental boleh berlaku akibat strok, penyakit mental atau kemalangan.

Anda boleh melantik lebih daripada seorang sebagai ‘donee’ atau penerima tugas untuk menguruskan ehwal anda. Beliau hendaklah berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak muflis jika anda melantiknya untuk urusan harta dan ehwal anda.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai membuat LPA, lawat www.publicguardian.gov.sg

‘Donee’ boleh membantu anda bertindak dalam bidang-bidang berikut:

Kebajikan peribadi anda

Harta dan hal ehwal anda

Kedua-dua kebajikan peribadi serta harta dan hal ehwal anda

Anda perlu memenuhi kriteria berikut jika ingin membuat LPA:

Anda hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.

Anda mesti mempunyai keupayaan mental untuk membuat LPA anda sendiri.

Anda bukan muflis jika anda melantik ‘donee’ harta dan hal ehwal anda.

Anda perlu mendaftar LPA anda dengan Office of Public Guardian untuk menjadikannya sah di sisi undang-undang.

TAHUKAH ANDA?

LPA hanya boleh digunakan apabila anda disahkan tidak berupaya menguruskan hal ehwal anda sendiri. Sekiranya keupayaan mental anda pulih semula, ‘donee’ anda hendaklah mengundur diri untuk membolehkan anda menguruskan halehwal anda sendiri.

Page 33: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

54 55

Penjagaan Hospis Persatuan Barah Singapura (SCS)

Pasukan Hospis SCS menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

Penilaian klinikal dan rawatan semasa lawatan di rumah Pasukan ini akan mengajar pesakit dan penjaga cara menguruskan gejala-gejala seperti sakit dan sesak nafas.

Pemulihan di rumah Pakar terapi akan membimbing pesakit melakukan latihan fizikal untuk mengekalkan kekuatan dan fungsi pesakit, serta memberi nasihat mengenai ubah suai yang perlu dilakukan di rumah serta latihan untuk penjaga.

Khidmat psikososial Pasukan ini menawarkan bantuan kewangan, sokongan psikososial, emosi dan rohani kepada pesakit dan penjaga. Sokongan semasa berkabung juga disediakan untuk ahli-ahli keluarga dan penjaga dalam bulan-bulan selepas kematian pesakit.

Pinjaman peralatan SCS meminjamkan peralatan seperti pemadat oksigen dan ‘syringe driver’ iaitu sejenis pam untuk memasukkan cecair serta peralatan pemulihan seperti kerusi roda, komod dan alat bantuan berjalan kepada pesakit.

SCS menerima pesakit melalui rujukan hospital atau klinik. Untuk maklumat lanjut, hubungi 6421 5832 atau e-mel kepada [email protected]

Penjagaan hospis bercirikan “prihatin dan kasih sayang”. Ia mengutamakan kepentingan mutu hidup. Tumpuannya ialah melegakan kesakitan dan gejala menyusahkan lain, di samping memastikan sokongan emosi, rohani dan praktikal kepada pesakit dan keluarga.

– Majlis Hospis Singapura

Perancangan Penjagaan AwalPejabat Nasional – Agensi bagi Penjagaan Bersepadu

Telefon: 6603 6800E-mel: [email protected] web: http://aic.sg

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Pusat Hubungan

Telefon: 6438 5122Laman web: http://www.mom.gov.sg/

Pusat BarahNasionalTalian Bantuan Barah Singapura

Telefon: 6225 5655E-mel: [email protected] web: http://www.nccs.com.sg

Institut BarahUniversiti Nasional, Singapura CancerLine

Telefon: 9722 0569E-mel: [email protected] web: http://www.ncis.com.sg

Majlis Hospis SingapuraTelefon: 6538 2231E-mel: [email protected] web: http://www.singaporehospice.org.sg

Samaritans of SingaporeTelefon: 1800-221-4444E-mel: [email protected] web: https://www.sos.org.sg

Singapore Silver LineTelefon: 1800 650 6060Laman web: https://www.silverpages.sg

Perikatan Tiga Pihak ke Arah Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif (Tripartite Alliance for Fair and Progressive Employment Practices)

Telefon: 6838 0969Laman web: http://www.tafep.sg/

PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI

Page 34: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.

56 57

Persatuan Barah American http://www.cancer.org

Persatuan Barah Canada http://www.cancer.ca

CancerCare http://www.cancercare.org

Majlis Barah Australia http://www.cancer.org.au

Majlis Barah SA http://www.cancersa.org.au

Cancer.Net http://www.cancer.net

Tabung Simpanan Pekerja (CPF) http://mycpf.cpf.gov.sg

Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB)

http://www.hpb.gov.sg

Living Matters: Perancangan Penjagaan Awal

https://www.primarycarepages.sg/livingmatters/

Yayasan LIVESTRONG http://www.livestrong.org

Macmillan Cancer Support http://www.macmillan.org.uk

Kementerian Tenaga Manusia http://www.mom.gov.sg

Kementerian Kesihatan, Fakta Kesihatan Singapura, Punca-Punca Utama Kematian

http://www.moh.gov.sg

Institut Barah Nasional http://www.cancer.gov

Agensi Sekitaran Nasional http://app2.nea.gov.sg

Singapore Cancer RegistryLaporan Sementara Daftar Barah Singapura, Trend Insiden Barah di Singapura 2009-2013

Klinik Guaman Percuma Singapura http://legalclinics.sg/

Majlis Hospis Singapura http://www.singaporehospice.org.sg/

Persa tuan Undang-undang Singapura

http://www.lawsociety.org.sg

Perikatan Tiga Pihak ke Arah Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif

http://www.tafep.sg

Tumor benigna ketumbuhan bukan barah di dalam badan yang kekal di satu lokasi dan tidak merebak ke bahagian-bahagian badan lain

Biopsi prosedur perubatan yang melibatkan pengambilan sampel tisu kecil dan memeriksanya di bawah mikroskop

Kiraan darah merujuk kepada kiraan sel di dalam sampel darah tertentu

Karsinogen bahan yang boleh menyebabkan barah

Ujian klinikal kajian penyelidikan yang menggunakan sukarelawan manusia untuk menguji ubat-ubatan atau rawatan baru

Rawatan luar biasa penyambung nyawa

merujuk kepada rawatan perubatan yang memanjangkan nyawa pesakit terminal tanpa mengubati penyakit tersebut

Mutasi genetik perubahan gen tidak normal

Ujian genetik sejenis ujian yang dijalankan untuk memeriksa mutasi gen seseorang yang boleh meningkatkan risiko barah

Tumor maligna ketumbuhan barah di dalam badan yang boleh menyerang tisu-tisu berhampiran dan merebak ke bahagian badan yang lain

Kapasiti mental ertinya tidak dapat membuat keputusan sendiri

Pakar onkologi doktor yang pakar dalam merawat pesakit barah

Penjagaan paliatif

juga dikenali sebagai penjagaan hospis, konsep penjagaan ini ialah memberi tumpuan kepada meningkatkan mutu hidup dengan melegakan gejala-gejala lain yang menyusahkan yang dialami oleh pesakit serius. Ia juga menawarkan sokongan praktikal dan psikososial kepada ahli-ahli keluarga dan penjaga.

Prognosis ramalan perjalanan penyakit atau anggaran jangka hayat

Pemulihan program yang membantu memaksimumkan pemulihan selepas penyakit atau kecederaan yang serius

Tumor gumpalan atau ketumbuhan di dalam bahagian tubuh yang terbentuk daripada sel-sel yang tidak normal. Tumor boleh jadi benigna atau maligna

RUJUKAN GLOSARI

57

Page 35: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.
Page 36: Semua yang anda perlu tahu ketika anda melawan barah.