SENAFAS KE BARZAKH MENUJU KEMATIAN YANG … · sehingga nafas terakhir. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab...

2
PROSES & SITUASI DOA BICARAHATI KETIKA MEMANDIKAN/ MEMBASUH ANGGOTA TUBUH JENAZAH Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan segala kotoran dosa dari wajahnya, dari tangannya dan kakinya. Izinkan kakinya jejak di syurgaMu. Lembutkan tubuhnya Ya Latif agar mudah kami menguruskan jenazahnya. Sepertimana gugur air ini dari tubuhnya, gugurkanlah segala dosanya Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab. Sucikanlah rohnya sebersih-bersihnya sepertimana bayi yang baru dilahirkan Ya Quddus Ya Jalil. KETIKA MENGKAFANKAN JENAZAH Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, wangikan rohnya dengan bunga-bungaan cintaMu yang sangat harum. Putih sucikanlah rohnya saat menghadapMu. Permudahkanlah segala soal jawabnya denganMu. Jadikanlah anak-anaknya mahupun keluarganya itu orang yang soleh yang sentiasa mendoakannya. KETIKA MENGHANTAR JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN & DIKEBUMIKAN Dimulai dengan menghadiahkan Umul Kitab Al-Fatihah. Ya Allah, sepertimana hambaMu ini kembali kepadaMu, kami juga akan kembali pulang ke pangkuanMu Ya Muhyi Ya Mumit Ya Mu’id sepertimana arwah _______ yang sedang diuruskan jenazahnya. Ya Allah Ya Baasith Ya Waasi’ lapang luaskanlah kubur buat arwah ini juga kubur kami nanti. Ya Nuur, pancarkan cahayaMu ke dalam kubur yang gelap gelita itu. Temanilah arwah dengan kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud di kuburnya itu. Jadikanlah kuburnya itu taman-taman syurgaMu Ya Fattah Ya Razzak. Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, bersihkanlah rohnya dengan bunga-bungaan cintaMu yang sangat harum. Ya Jami’ Ya Wadud, satukan dan pertemukan kami semua nanti di SyurgaMu. “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan Keadaan Engkau Berpuas hati (dengan segala Nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklahh engkau dalam Kumpulan hamba- hambaKu yang Berbahagia. Dan Masuklah ke dalam Syurga-Ku” Al-Fajr 89 : 27-30 Bicarahati Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid , Ajari kami untuk MengenalMu dan MencintaiMu sepertimana para kekasihMu . Sungguh hanya Redha dan cintaMu yang daku harap-harapkan Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Andai Saat ini atau Suatu masa nanti telah Engkau masukkan Cahaya dan bibit Cinta dalam Hati ini kepadaMu, jangan lah Engkau ambil ia kembali. Ya Baaqi Ya Qareeb, kekalkan ku dalam kedekatan denganMu, Rasa Kasih dan Rindu kepadaMu yang sentiasa dalam Pemerhatian, pemeliharaanMu dan Kasih sayangMu. Sudilah kiranya izinkanku bertemu denganMu melihat keindahanMu di SyurgaMu bersama para kekasihMu juga bersama seluruh keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Aamiin Ya Mujib Ya Rabbal’alamin. SENAFAS KE BARZAKH MENUJU KEMATIAN YANG DIREDHAI ALLAH BICARAHATI MENGURUSKAN JENAZAH JOM INFAQ SET PENGURUSAN JENAZAH BARZAKH OBJEKTIF INFAQ Kempen ini dilaksanakan khusus untuk membantu segelintir besar umat Islam yang kurang berkemampuan terutamanya di Malaysia. Dengan set pengurusan jenazah barzakh yang diinfaqkan ini, InshaaAllah sedikit sebanyak dapat membantu serta memudahkan mereka yang melaksanakan tuntutan fardhu kifayah agar proses pengurusan jenazah sah, mudah dan cepat. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW Bersabda : “Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” Riwayat Muslim UNTUK PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI TEAM BARZAKH : ADMIN 012-2426257

Transcript of SENAFAS KE BARZAKH MENUJU KEMATIAN YANG … · sehingga nafas terakhir. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab...

Page 1: SENAFAS KE BARZAKH MENUJU KEMATIAN YANG … · sehingga nafas terakhir. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, bantulah kami untuk membanyakkan solat, sedekah, ziarah, berjihad, membaca

PROSES & SITUASI DOA BICARAHATI

KETIKA MEMANDIKAN/ MEMBASUH ANGGOTA TUBUH JENAZAH

Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan segala kotoran dosa dari wajahnya, dari tangannya dan kakinya. Izinkan kakinya jejak di syurgaMu. Lembutkan tubuhnya Ya Latif agar mudah kami menguruskan jenazahnya. Sepertimana gugur air ini dari tubuhnya, gugurkanlah segala dosanya Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab. Sucikanlah rohnya sebersih-bersihnya sepertimana bayi yang baru dilahirkan Ya Quddus Ya Jalil.

KETIKA MENGKAFANKAN JENAZAH

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, wangikan rohnya dengan bunga-bungaan cintaMu yang sangat harum. Putih sucikanlah rohnya saat menghadapMu. Permudahkanlah segala soal jawabnya denganMu. Jadikanlah anak-anaknya mahupun keluarganya itu orang yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

KETIKA MENGHANTAR JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN & DIKEBUMIKAN

Dimulai dengan menghadiahkan Umul Kitab Al-Fatihah. Ya Allah, sepertimana hambaMu ini kembali kepadaMu, kami juga akan kembali pulang ke pangkuanMu Ya Muhyi Ya Mumit Ya Mu’id sepertimana arwah _______ yang sedang diuruskan jenazahnya. Ya Allah Ya Baasith Ya Waasi’ lapang luaskanlah kubur buat arwah ini juga kubur kami nanti. Ya Nuur, pancarkan cahayaMu ke dalam kubur yang gelap gelita itu. Temanilah arwah dengan kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud di kuburnya itu. Jadikanlah kuburnya itu taman-taman syurgaMu Ya Fattah Ya Razzak. Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, bersihkanlah rohnya dengan bunga-bungaan cintaMu yang sangat harum. Ya Jami’ Ya Wadud, satukan dan pertemukan kami semua nanti di SyurgaMu.

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan Keadaan Engkau Berpuas hati (dengan segala Nikmat yang

diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklahh engkau dalam Kumpulan hamba-hambaKu yang Berbahagia. Dan Masuklah ke dalam Syurga-Ku”

Al-Fajr 89 : 27-30

BicarahatiAllahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rosyid , Ajari kami untuk MengenalMu dan MencintaiMu

sepertimana para kekasihMu . Sungguh hanya Redha dan cintaMu yang daku harap-harapkan Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Andai Saat ini atau Suatu masa nanti telah Engkau masukkan Cahaya dan bibit Cinta dalam Hati ini kepadaMu, jangan lah Engkau ambil ia kembali. Ya Baaqi Ya Qareeb, kekalkan ku dalam kedekatan denganMu, Rasa Kasih dan Rindu kepadaMu yang sentiasa dalam

Pemerhatian, pemeliharaanMu dan Kasih sayangMu. Sudilah kiranya izinkanku bertemu denganMu melihat keindahanMu di SyurgaMu bersama para kekasihMu juga bersama seluruh keluarga dan

seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Aamiin Ya Mujib Ya Rabbal’alamin.

SENAFAS KE BARZAKH MENUJU KEMATIAN YANG DIREDHAI ALLAH

BICARAHATI MENGURUSKAN JENAZAH

JOM INFAQ SET PENGURUSAN JENAZAH BARZAKH

OBJEKTIF INFAQ Kempen ini dilaksanakan khusus untuk membantu segelintir besar umat Islam yang kurang berkemampuan terutamanya di Malaysia. Dengan set pengurusan jenazah barzakh yang diinfaqkan ini, InshaaAllah sedikit sebanyak dapat membantu serta memudahkan mereka yang melaksanakan tuntutan fardhu kifayah agar proses pengurusan jenazah sah, mudah dan cepat. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW Bersabda : “Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya

melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” Riwayat Muslim

UNTUK PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI TEAM BARZAKH : ADMIN 012-2426257

Page 2: SENAFAS KE BARZAKH MENUJU KEMATIAN YANG … · sehingga nafas terakhir. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, bantulah kami untuk membanyakkan solat, sedekah, ziarah, berjihad, membaca

PROSES & SITUASI DOA BICARAHATIMEMOHON KEKUATAN AGAR MEMPERBANYAKKAN INGAT AKAN KEMATIAN

Allahumma Ya Baari’ Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, agendakanku untuk banyak mengingati akan kematianku agar membakar semangatku untuk beribadah kepadaMu dan membuat persiapan untuk kematian.

MEMOHON DISUCIKAN HATI DAN PANCARAN CAHAYA-NYA

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, suci jernihkan hatiku dari cinta dunia dan perkara yang membuatku lalai kepada kematian. Ya Nuur, pancarkan cahaya ke dalam hatiku agar sentiasa ingat akan kematianku. Jadikan kuburku bercahaya dan kurniakan cahaya cintaMu di akhirat nanti.

MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK KEMATIAN (KHUSUS BAGI 40 TAHUN KE ATAS YANG SUDAH CUKUP 3 TANDA KEMATIAN YAKNI UBAN, MATA RABUN, SAKIT SENDI)

Allahumma Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, Ya Quddus Ya Jalil, Maafi, ampuni segala dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami. Sucikanlah roh kami dari kotoran walau sezarahpun.Ya Baaqi Ya Quddus Ya Jalil, kekalkan kami dalam kesucian roh sehingga nafas terakhir. Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, bantulah kami untuk membanyakkan solat, sedekah, ziarah, berjihad, membaca Al-QuranMu, merenung kalamMu & alam ciptaanMu dengan memuji-mujiMu. Kuatkan iman kami Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Mukmin ketika kami diuji. Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad pasakkan pasak tauhid yang kukuh dalam jiwaku agar daku tetap bergantung padaMu hingga akhir nafas kami dan kekalkan iman kami Ya Baaqi Ya Mukmin.

MEMOHON TAUBAT DENGAN MENGINGATI KEMATIAN YANG SEMAKIN DEKAT

“BAGI SETIAP UMAT ADA AJALNYA, MAKA APABILA DATANG AJALNYA, TIDAK DAPAT MEREKA MELAMBATKANNYA SESAAT PUN, DAN TIDAK JUGA MEREKA MENYEGERAKANNYA” (SURAH YUNUS : AYAT 49)

Allahumma Ya Muhyi Ya Mumit, Engkaulah yang menghidupkan dan mematikan. Engkau Ya Awwal Ya Akhir Mempercepatkan dan Melambatkan kematian hamba-hambaMu. Engkau Ya Mubdi’ yang memulakan penciptaan hambaMu dan Engkau Ya Mu’id mengembalikan setiap hambaMu kepadaMu untuk diberi Hadiah Syurga atas Kebaikan atau siksa neraka atas kejahatan. Semua umat manusia pasti akan bertemu denganMu Ya Hasib Ya Muhsi dihari perhitungan di mahkamahMu dan dihisab dengan Adil Ya Hakam Ya Adl di hari Pengadilan itu. Allahu Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafkanku, ampunkan segala dosa-dosaku sepanjang hidupku samada dosaku yang terang mahupun tersembunyi yang tanpa kusedari. Sebagaimana air yang membersihkan tubuhku itu, Engkau bersihkanlah daku dengan air penyucian taubatku padaMu dan gugurkanlah semua dosa-dosaku terhadapMu. Ya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Sobur, kurniakanku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segala ujian kehidupan. Cukupkan keperluan kami Ya Muqit yakni keperluan di alam dunia, alam Barzakh dan di alam Akhirat nanti. Allahu Ya Rahman Ya Rahim, redhailah setiap saat hidupku ini dan ahli keluargaku. Jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah, pimpinlah kami Ya Nuur Ya Hadi Ya Haq dan waspadakanlah kami dan awasi kami Ya Khobir agar sentiasa berada di atas jalanMu yang lurus.

MEMOHON DIHIDUPKAN HATI YANG MATI DAN LEMAH DENGAN KESEMPATAN YANG MASIH DIMILIKI

“MANFAATKAN 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA. WAKTU MUDAMU SEBELUM TUAMU, WAKTU SIHATMU SEBELUM SAKITMU, MASA KAYAMU SEBELUM KEFAKIRANMU, MASA LUANGMU SEBELUM SIBUKMU DAN HIDUPMU SEBELUM KEMATIANMU” RIWAYAT AL-HAKIM, KITAB AL-MUSTADRAK.

Ya Allah Ya Muhyi, Engkau masih menghidupkanku dengan mendegupkan jantungku yang semakin hari semakin lemah, kudrat yang semakin berkurangan, oandangan mata yang semakin kabur ini. Jadikan kematian sebagai peringatan bagiku bahawasanya saat-saat kematianku semakin mendekat, alam barzakh sudah menunggu kedatanganku, tanah asal jasadku sedang menanti untuk memeluk kembali bahagiannya yang dipinjamkan kepadaku selama ini. Allahumma Ya Muqit, cukupkanlah bekalanku untuk bertemuMu. Seandainya saat ini roh ku mati sebelum jasadku berpisah dengannya, maka Engkau hidupkanlah rohku (hatiku) Ya Muhyi. Seandainya rohku tidur sedangkan hari akhirat semakin dekat, Engkau Ya Baa’its bangkitkanlah rohku. Seandainya rohku sakit sedangkan umur tinggal sedikit, maka Engkau Ya Salam sihat dan sejahterakanlah ia agar dapat beribadah dengan khusyuk kepadaMu. Seandainya roh ku sangat lemah sedangkan amal ibadahku terlalu sedikit maka Engkau Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, perkasakan dan teguhkanlah rohku ini Ya Rouf yang Maha Belas Kasihan. Kurniakanlahku Husnul Khotimah, izinkanlah di akhir nafasku dapatku mengucapkan kalimah Tauhid “Laa ilaa haa ilallah”, Lapang luaskanlah kuburku sekiranya ia sempit lagi menghimpit. Terangkanlah kuburku Ya Nuur sekiranya ia gelap gelita, jika tiada amalan yang menemaniku di kuburku itu, temanilah aku di kuburku yang sunyi sepi itu dengan kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Benarlah Allah, cinta dunia cinta manusia tidak menemaniku, hanya Engkau yang sentiasa menemaniku di alam dunia, alam barzakh juga di alam akhirat.

BICARAHATI MENGINGATI KEMATIAN

www.klinikasmaulhusna.com Klinik Asmaul Husna