Senarai Gaya Bahasa KOMSAS PMR/SPM

download Senarai Gaya Bahasa KOMSAS PMR/SPM

of 4

description

Dipetik dan diubahsai daripada laman web Cikgu Tan CL Klik untuk artikel asal : http://cikgutancl.blogspot.com/2009/03/senarai-gaha-bahasa-komsas-nada-dalam.htmlDiubahsai dan ditambah info oleh : Maxis Jaisi

Transcript of Senarai Gaya Bahasa KOMSAS PMR/SPM

Senarai

Gaya Bahasa KOMSAS PMR / SPMBahasa MelayuDigubal oleh : Cikgu Tan Modifikasi/Penambahan info oleh : Maxis Jaisi

Senarai Gaya Bahasa KOMSAS1. Anafora -Pengulangan kata pada awal baris Terbang kenanga terbang pohon Terbang burung sering dipohon 2. Responsi -Pengulangan kata pada tengah-tengah baris Sayang indah pergi Johor Dia yang kupinta pergi datang 3. Epifora -Pengulangan kata pada akhir baris Sayang Salmah hatinya pedih Teruja sakitnya hati pedih 4. Repitasi / Repitisi -Pengulangan kata pada baris yang sama Pergilah sayang pergi jauh Hati ini hati yang dilukai 5. Simplok -Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama Sayang seribu kali sayang Hanya aku yang kau kenali 6. Sinkof / Sinkope -Penggunaan singkatan kata Ku, mu, mau, tak, nak, mak 7. Metafora -Perbandingan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak. Bukit-bukit harapan *Bukit ( unsur konkrit) *harapan ( unsur abstrak) Hatinya mengalir sungai duka *sungai (unsur konkrit) *duka (unsur abstrak) 8. Simile -Perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama , bagaikan , dan sebagainya Seperti kolek terdampar di pasir Bagai buih kecil di air

9. Personifikasi -Penggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia Kebosanan menggigit pangkal rasa *kebosanan bukan manusia, kebosanan tidak boleh menggigit. 10. Hiperbola -Penggunaan unsur yang melampau Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungaan *manusia tak mungkin dapat cinta akan berjuta-juta bunga Sekarang Kumpulkan tenaga raksasa *manusia tak mungkin dapat mengumpulkan tenaga seperti raksasa Seribu tahun kembali juga *manusia tak mungkin berjumpa selepas seribu tahun 11. Hybrid-Penyatuan dua kata menjadi satu kata Bertanggungjawab *Tanggung + jawab Ketidakpastian *Tidak + pasti 12. Inversi / Penyongsangan- Pembalikan kata Aduhai adinda berpesan adik *Sepatutnya ditulis Aduhai adinda adik berpesan 13. Paradoks -Penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi Menangis dalam kegembiraan *Menangis unsur negatif *Kegembiraan unsur positif 14. Asonansi -Pengulangan bunyi vokal Aduhai malang Pak Kaduk *pengulangan huruf vokal "a" 15. Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan Ayamnya menang kampung tergadai *Pengulangan huruf konsonan "m" 16. Imejan -Penggunaan unsur alam Sungai, laut, bukit, tasik,embun,laut,ombak,kabut,merpati,kumbang,mawar

Nada dalam sajakMelankolik Sedih/hiba Patriotisme/Patriotik - Cinta akan negara Sinis - Mengejek / menyindir Romantis/Romantik - Kegembiraan / kebahagiaan Protes - Membangkang Ironi - Keadaan yang menunjukkan penentangan Ode / Oda - Memuji atau menyanjung

Rima akhirSajak -Bebas Syair -a,a,a,a Pantun -a,b,a,b

Bentuk dalam sajakDistikhon -----Dua baris setiap rangkap Terzina -----Tiga baris setiap rangkap Kuatren -----Empat baris setiap rangkap Kuantren -----Lima baris setiap rangkap Sestet -----Enam baris setiap rangkap Septet -----Tujuh baris setiap rangkap Oktaf -----Lapan baris setiap rangkap Soneta -----Empat belas baris setiap rangkap

Perlambangan warnaPutih suci , bersih , harapan Hitam bidam durjana , bahaya Biru cinta, kasih , rindu