SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK ... KOMPONE…SENARAI KOMPONEN LATIHAN...
-
Upload
truonghanh -
Category
Documents
-
view
237 -
download
4
Transcript of SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK ... KOMPONE…SENARAI KOMPONEN LATIHAN...
-
1
SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK
PEMBERIAN MATA BAGI PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL BERTERUSAN
KAUNSELOR BERDAFTAR
A) Komponen Umum
1. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
a) Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang
merentasi kehidupan sepanjang hayat.
b) Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.
c) Tingkah laku manusia merangkumi kefahaman tentang perkembangan,
krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam sekeliling dan situasi yang
mempengaruhi tingkahlaku normal dan bilazim.
d) Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang hayat.
2. Perhubungan Menolong
a) Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses kaunseling dan
perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras, tingkahlaku lisan dan
bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran kaunselor.
b) Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat mewujudkan
perhubungan terapeutik untuk membina matlamat kaunseling yang
sesuai, mengkonseptualisasi kes, merangka strategi tindakan, menilai hasil
kaunseling dan menamatkan perhubungan kaunseling dengan berkesan.
-
2
c) Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model yang tekal
untuk memahami masalah klien dan memilih tindakan kaunseling yang
sesuai. Pengalaman yang diperolehi pelajar hendaklah meliputi sejarah
perkembangan teori kaunseling, dan penerokaan teori afektif, kognitif dan
tingkahlaku. Pelajar wajar diberikan peluang untuk menerapkan teori
tersebut dalam kajian kes di samping didedahkan kepada model
kaunseling mutakhir berdasarkan penyelidikan dan amalan terkini serta
digalakkan membina model kaunseling sendiri.
d) Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem keluarga dan
teori sistem yang lain serta model utama intervensi keluarga dan intervensi
yang berkaitan. Pelajar juga hendaklah didedahkan kepada rasional
memilih teori keluarga dan teori sistem lain sebagai modaliti yang sesuai
untuk penaksiran dan kaunseling keluarga.
e) Penyediaan kerangka umum untuk memahami dan mengamalkan
perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki meneliti sejarah
perkembangan perundingan, penerokaan peringkat dan model utama
perundingan dan menerapkan teori dalm pembentangan kes. Pelajar
digalakkan membina model perundingannya sendiri.
f) Pengintegrasian strategi teknologi serta penggunaannya dalam proses
kaunseling dan perundingan.
3. Kepelbagaian Sosial dan Budaya
a) Tren pelbagai budaya dan masyarakat majmuk seperti ciri dan kepekaan
sesuatu kumpulan dan antara kumpulan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
-
3
b) Sikap,kepercayaan, kefahaman dan pengalaman seperti aktiviti
pembelajaran melalui pengalaman khusus berkaitan faktor budaya,etnik,
keturunan, umur, gender,orientasi seksual, ciri mental dan fizikal,
pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan, status sosio-
ekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga, dan komuniti.
c) Teori kaunseling pelbagai budaya, pembangunan identiti dan keadilan
sosial.
d) Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan dan
komuniti dalam masyarakat majmuk.
e) Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi dan resolusi
konflik, kesedaran swadiri dalam konteks budaya. Juga, peranan kaunselor
dalam menangani sifat prejudis, proses penindasan serta diskriminasi yang
disengaja dan tidak disengajakan serta tingkah laku lain yang didukungi
oleh budaya yang merugikan perkembanagn semangat, fikiran atau
jasmani manusia.
4. Kerja Kelompok
a) Prinsip dinamika kelompok, termasuk tahap proses kelompok, teori tahap
perkembangan, peranan dan tingkahlaku ahli kelompok dan faktor
terapeutik dalam kelompok.
b) Cara gaya dan pendekatan kepemimpinan kelompok termasuk pelbagai
jenis pemimpin kelompok dan gaya kepemimpinan.
-
4
c) Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan aspek yang
membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan bahan bacaan yang
berkaitan.
d) Kaedah kaunseling kelompok termasuk orientasi dan tingkahlaku
pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli serta cara menilai
keberkesanan kelompok.
e) Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain termasuk
kelompok petugas, kelompok terfokus, kelompok sokongan, kelompok
pencegahan, kelompok psiko-pendidikan dan kelompok terapi.
f) Piawai latihan pemimpin kelompok.
5. Pengujian dan Pengukuran Psikologi
a) Perspektif sejarah berkaitan sifat dan makna penaksiran.
b) Konsep asas berkaitan piawaian dan bukan piawaian alat ukuran dan
teknik penaksiran lain termasuk penaksiran rujukannorma dan rujukan
kriteria, penaksiran persekitaran, penaksiran prestasi, kaedah inventori dan
ujian individu dan kelompok, pemerhatian tingkahlaku dan kaedah yang
diurus dan dibantu komputer.
c) Konsep statistik termasuk skala pengukuran, pengukuran kecederungan
memusat, penanda variabiliti, bentuk dan jenis taburan dan korelasi.
d) Kebolehpercayaan:Teori keralatan pengukuran, model
kebolehpercayaan dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.
-
5
e) Kesahan: Bahan bukti kesahan, jenis kesahan dan hubungan antara
kebolehpercayaan dan kesahan.
f) Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa,
ketidakupayaan, budaya, spiritualiti, dan faktor lain berkaitan penaksiran
dan penilaian individu, kelompok dan populasi tertentu.
g) Strategi untuk memilih, mengendali, dan menginterpretasi alat penaksiran
dan penilaian serta teknik dalam kaunseling. Penggunaan bahan
penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan ujian atau inventori yang
piawaian dan telah diterima pakai secara sejagat mengikut piawaian
akademik dan diterbitkan di dalam jurnal berwasit yang diiktiraf dalam
bidang berkaitan.
h) Kefahaman mengenai prinsip umum dan kaedah membuat
pengkonsepsian kes, penaksiran, dan/atau membuat diagnosis status
mental dan emosi.
6. Penyelidikan dan Penilaian Program
a) Kepentingan penyelidikan dalam memajukan profesion kaunseling.
b) Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian kes,
penyelidikan tindakan dan penyelidikan menguji keberkesanan.
c) Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan
penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis perisian
statistik.
-
6
d) Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan, penilaian program dan
penggunaan dapatan kajian untuk pengubahsuaian program.
e) Penggunaan penyelidikan untuk menunjukkan amalan berdasarkan bukti.
7. Identiti Profesional
a) Sejarah dan falsafah profesion kaunseling.
b) Peranan, fungsi dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan
kemanusiaan yang lain.
c) Kemahiran asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan kaunseling.
d) Kepentingan dan fungsi lembaga kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998
(Akta 580). Peranan dan kepentingan organisasi profesional berkaitan
amalan kaunseling.
e) Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan perlesenan,
amalan pengakreditasian, kepiawaian dan kesan polisi awam ke atas isu
ini. Penekanan diberikan terhadap peranan Lembaga Kaunselor.
f) Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor profesional
dalam menjaga kewibawaan profesion.
g) Proses membantu klien dan pengamal yang menghadapi halangan
institusi dan sosial daripada memperolehi perkhidmatan, kejayaan, dan
kemajuan.
h) Piawaian etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi
pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.
-
7
B) Komponen Pengkhususan
1. Kaunseling Ketagihan
1.1 Pengetahuan Asas
a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling
ketagihan.
b) Memahami pertimbangan-pertimbangan etika dan undang-
undang khususnya yang berkaitan dengan amalan kaunseling
ketagihan.
c) Mengetahui peranan, fungsi dan persekitaran kaunselor
ketagihan, serta hubungan antara kaunselor-kaunselor ketagihan
dengan profesional kesihatan mental yang lain.
d) Mengetahui organisasi profesional, kecekapan, piawai
persediaan, dan kelayakan yang berkaitan dengan amalan
kaunseling ketagihan.
e) Memahami pelbagai model dan teori ketagihan yang berkait
dengan penggunaan bahan dan ketagihan-ketagihan lain.
f) Mengetahui tingkah-laku, psikologi, kesihatan fizikal, dan kesan
sosial bahan psikoaktif serta gangguan ketagihan terhadap
pengguna dan orang-orang terdekat.
g) Mengenali potensi gangguan ketagihan yang menyamai
pelbagai gangguan psikologi dan perubatan serta potensi
-
8
pelbagai gangguan psikologi dan perubatan untuk wujud
bersama-sama dengan ketagihan dan penyalahgunaan bahan.
h) Memahami faktor yang meningkatkan kemungkinan seseorang
individu, ahli masyarakat, atau kumpulan menghadapi risiko atau
berupaya bertahan daripada gangguan psikoaktif lantaran
penggunaan bahan.
i) Memahami kesan krisis, bencana, dan peristiwa-peristiwa
penyebab trauma kepada orang yang ketagihan.
j) Memahami operasi sistem pengurusan kecemasan dalam
agensi-agensi ketagihan dalam masyarakat.
k) Menguasai kemahiran menggunakan dan mematuhi piawai
etika dan undang-undang dalam kaunseling ketagihan.
l) Menggunakan pengetahuan dasar penyalahgunaan bahan,
pembiayaan, dan proses pengawalan bagi menambah baik
perkhidmatan dalam kaunseling ketagihan.
1.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervensi
a) Mengetahui prinsip-prinsip ketagihan, pencegahan, intervensi,
dan perundingan.
b) Mengetahui model rawatan, pencegahan, pemulihan,
pencegahan relaps, dan penjagaan berterusan bagi gangguan
ketagihan serta masalah-masalah yang berkaitan.
-
9
c) Mengenali pentingannya keluarga, jaringan sosial, dan sistem
komuniti dalam proses rawatan dan pemulihan.
d) Memahami peranan kerohanian dalam proses pemulihan.
e) Mengetahui pelbagai strategi bantuan bagi mengurangkan
kesan negatif penggunaan, penyalahgunaan, kebergantungan,
dan gangguan ketagihan bahan.
f) Memahami prinsip dan falsafah program bantu mandiri yang
berkait dengan ketagihan.
g) Memahami isu-isu profesional yang berkaitan dengan amalan
kaunseling ketagihan.
h) Memahami prinsip-prinsip intervensi orang yang ketagihan
semasa krisis, bencana, dan peristiwa-peristiwa penyebab
trauma.
i) Menggunakan prinsip-prinsip dan amalan diagnosis, rawatan,
dan rujukan ketagihan serta gangguan emosi dan mental yang
lain bagi memulakan, mengekalkan dan menamatkan
kaunseling.
j) Melaksanakan strategi bantuan dan model rawatan bagi setiap
klien menurut tahap kebergantungan, perubahan, atau
pemulihan secara individu.
k) Menyediakan strategi kaunseling yang sesuai semasa bekerja
dengan klien yang mengalami ketagihan dan gangguan.
-
10
l) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur bagi
menilai dan mengurus risiko bunuh diri.
m) Mempamerkan kemampuan bagi menyediakan kaunseling dan
pendidikan tentang gangguan ketagihan kepada keluarga dan
orang lain yang terkesan dengan ketagihan klien.
n) Mempamerkan kemampuan untuk menyediakan rujukan bagi
bantu mandiri dan kumpulan-kumpulan sokongan yang lain
apabila sesuai.
o) Mempamerkan kemampuan bagi menyediakan program
pendidikan yang relevan mengikut budaya yang dapat
meningkatkan kesedaran dan menyokong pencegahan
ketagihan dan penyalahgunaan bahan serta proses pemulihan.
p) Menggunakan piawaian simpan rekod semasa yang berkait
dengan kaunseling ketagihan.
q) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan
sendiri sebagai kaunselor ketagihan serta mendapatkan
penyeliaan atau merujukkan klien apabila sesuai.
1.3 Kepelbagaian dan Sokongan
a) Memahami bagaimana kehidupan dalam masyarakat berbilang
budaya menjejaskan klien yang mengalami ketagihan.
-
11
b) Memahami literatur semasa yang menggariskan teori,
pendekatan, strategi, dan teknik yang terbukti berkesan apabila
bekerja dengan populasi atau klien yang spesifik yang
mengalami ketagihan.
c) Mengetahui dasar awam di peringkat tempatan, negeri, dan
negara yang memberi kesan kepada kualiti dan akses kepada
perkhidmatan ketagihan.
d) Memahami strategi yang berkesan yang membantu sokongan
klien dan mempengaruhi dasar awam serta hubungan kerajaan
di peringkat tempatan, negeri, dan negara bagi meningkatkan
ekuiti, dan pembiayaan, serta menggalakkan program-program
yang menjalankan kaunseling ketagihan.
e) Menyenggara maklumat berkaitan sumber-sumber komuniti bagi
tujuan membuat rujukan yang sesuai bagi klien yang ketagihan.
f) Menyokong dasar, program, dan/atau perkhidmatan yang
saksama dan responsif untuk keperluan unik klien yang ketagihan.
g) Mempamerkan kemampuan untuk mengubahsuai sistem, teori,
teknik, dan intervensi kaunseling agar sesuai mengikut budaya
bagi pelbagai populasi klien yang ketagihan.
1.4 Penilaian
a) Memahami pelbagai model dan pendekatan penilaian klinikal
gangguan ketagihan dan kesesuaian penggunaannya,
-
12
termasuk saringan dan penilaian ketagihan, temu bual diagnosis,
pemeriksaan status mental, inventori simptom, dan penilaian
personaliti.
b) Mengetahui pendekatan penilaian yang khusus bagi
menentukan tahap penjagaan yang sesuai bagi gangguan
ketagihan serta masalah-masalah yang berkaitan.
c) Memahami penilaian sejarah bio-psikososial dan kerohanian.
d) Memahami klasifikasi asas, indikasi, dan kontraindikasi ubat-
ubatan psikofarmakologi yang biasa diberi agar kesan
sampingan ubat-ubatan tersebut dapat dikenal pasti.
e) Memilih penilaian yang komprehensif, intervensi yang sesuai bagi
membantu diagnosis dan perancangan rawatan, dengan
kesedaran tentang bias budaya dalam melaksanakan dan
menginterpretasi protokol penilaian.
f) Mempamerkan kemahiran melaksanakan temu bual
pengambilan, penilaian status mental, sejarah bio-psikososial,
sejarah kesihatan mental, dan penilaian psikologi bagi
rancangan rawatan dan pengurusan kes.
g) Menyaring ketoksikan bahan psikoaktif, kemabukan, simptom
sarak/gian; keagresifan atau tingkah laku yang membahayakan
orang lain; berpotensi memudaratkan diri sendiri atau membunuh
diri.
-
13
h) Membantu klien mengenal pasti kesan ketagihan ke atas
masalah kehidupan dan bahaya akibat penggunaan atau
penyalahgunaan yang berterusan.
i) Menggunakan penilaian gangguan ketagihan klien untuk tahap-
tahap kebergantungan, perubahan atau pemulihan bagi
menentukan model rawatan dan kriteria penempatan yang
sesuai dalam kontinum penjagaan.
1.5 Penyelidikan dan Penilaian
a) Memahami cara-cara untuk menilai penyelidikan yang berkaitan
dengan amalan kaunseling ketagihan secara kritis.
b) Mengetahui model-model program penilaian bagi rawatan
kaunseling ketagihan dan program-program pencegahan.
c) Mengetahui rawatan yang berasaskan bukti serta strategi asas
bagi menilai hasil kaunseling dalam kaunseling ketagihan.
d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi
menerangkan amalan kaunseling ketagihan.
e) Menggunakan hasil penyelidikan yang dapat diukur bagi
membangunkan program-program kaunseling ketagihan,
intervensi dan rawatan.
f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan
keberkesanan program-program kaunseling ketagihan.
-
14
1.6 Diagnosis
a) Mengetahui prinsip proses diagnosis dan penggunaan alat
diagnostik terkini, seperti Diagnostic and Statistical Manual of
Mental Disorders (DSM).
b) Mengetahui kesan serentak gangguan ketagihan ke atas
gangguan perubatan dan psikologi.
c) Memahami diagnostik yang ditetapkan dan kriteria klinikal bagi
gangguan ketagihan dan menerangkan model rawatan serta
kriteria penempatan dalam kontinum penjagaan.
d) Memahami hubungan dan potensi bias budaya bagi alat
diagnostik yang biasa digunakan untuk klien yang mengalami
gangguan ketagihan dalam populasi berbilang budaya.
e) Memupukkan kemahiran penggunaan alat diagnostik yang
sesuai, termasuk edisi terkini DSM, bagi menerangkan simptom
klinikal klien yang mengalami gangguan ketagihan dan mental
serta gangguan emosi.
f) Berupaya mengkonseptualisasi diagnosis gangguan berbilang
paksi dengan tepat yang ditunjukkan oleh klien dan berbincang
dengan rakan profesional.
-
15
2. Kaunseling Kerjaya
2.1 Pengetahuan Asas
a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling
kerjaya.
b) Memahami pertimbangan-pertimbangan etika dan undang-
undang khususnya yang berkaitan dengan amalan kaunseling
kerjaya.
c) Mengetahui peranan, fungsi dan persekitaran kaunselor kerjaya,
termasuk agensi dan institusi swasta dan awam.
d) Mengetahui organisasi profesional, kecekapan, piawaian
persediaan, dan kelayakan yang berkaitan dengan amalan
kaunseling kerjaya serta program pembangunan kerjaya.
e) Memahami pelbagai model dan teori kaunseling dan
pembangunan kerjaya.
f) Memahami dasar, undang-undang, dan peraturan yang
berkaitan dengan kaunseling kerjaya dan program
pembangunan kerjaya.
g) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi
piawaian etika dan undang-undang dalam kaunseling kerjaya.
-
16
h) Mempamerkan kemampuan untuk menjelaskan pembangunan
kerjaya sebagai subset yang penting dalam pembangunan
manusia.
i) Falsafah teori perkembangan kerjaya dan model membuat
keputusan kerjaya.
j) Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh,
media visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya
berasaskan komputer, dan media elektronik lain.
k) Program perancangan kemajuan kerjaya dan pendidikan,
perkembangan, pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan,
penempatan, susulan, dan penilaian kerjaya.
l) Perhubungan antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan,
peranan kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian
gender berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
m) Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan
dan penilaian.
n) Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan dalam membuat
perancangan dan keputusan kerjaya.
o) Strategi, aplikasi dan perkembangan kerjaya berasaskan
teknologi termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya
berkomputer dan cara melayari laman web yang berkaitan
dengan kerjaya.
-
17
p) Proses, teknik dan sumber kaunseling kerjaya, termasuk yang
boleh diaplikasikan kepada populasi yang khusus.
q) Kefahaman tentang perkembangan semasa sosioekonomi
negara dan dunia termasuklah kefahaman tentang rancangan
Malaysia.
2.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervensi
a) Memahami teknik pembangunan kerjaya, kaunseling kerjaya,
pilihan kerjaya, pemprograman kerjaya, serta penghantaran
maklumat yang berkaitan.
b) Memahami teori, strategi, dan model kaunseling yang berkaitan
dengan kaunseling kerjaya.
c) Memahami kesan krisis, kecemasan, dan bencana, kepada
perancangan dan pembangunan kerjaya seseorang.
d) Mempamerkan kemampuan untuk mengenal pasti dan
memahami ciri-ciri peribadi, keluarga, dan budaya klien yang
berkaitan dengan pembangunan kerjaya mereka.
e) Mempamerkan kemampuan untuk mengenal pasti dan
memahami sikap klien terhadap pekerjaan dan pekerja, serta
proses membuat keputusan kerjaya mereka.
-
18
f) Mempamerkan kemampuan bagi menyokong dan mencabar
klien menyediakan serta memulakan peralihan peranan kerja-
hidup, termasuk yang berikut:
i. Mencari, memperoleh, dan menginterpretasi sumber
maklumat dan pengalaman kerjaya yang berkaitan;
ii. Mendapatkan kemahiran yang diperlukan dalam peralihan
peranan kerja dan kehidupan.
iii. Meneliti peranan kerja-kehidupan, termasuk
menyeimbangkan kerja, senggang, keluarga, dan komuniti
dalam kerjaya mereka.
g) Mempamerkan kemampuan membantu klien mendapatkan
suatu set kebolehgajian dan mencari pekerjaan.
h) Mempamerkan kemampuan untuk membina dan memelihara
perhubungan perundingan dengan orang yang dapat
mempengaruhi kerjaya klien.
i) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan
sendiri sebagai kaunselor kerjaya dan mendapatkan penyeliaan
atau merujukkan klien apabila sesuai.
2.3 Kepelbagaian dan Sokongan
a) Memahami peranan isu-isu kepelbagaian budaya dalam
kaunseling kerjaya.
-
19
b) Memahami kesan perkauman, diskriminasi, kuasa, keistimewaan,
dan penindasan dalam kehidupan dan kerjaya seseorang serta
klien.
c) Memahami kuasa sosiopolitik dan sosioekonomi yang memberi
kesan kepada peluang kerjaya etnik dan budaya minoriti, seperti
imigresen, perkauman, dan pengstereotaipan.
d) Memahami perubahan peranan dan tanggungjawab wanita
dan lelaki, dan implikasi perubahan ini terhadap pekerjaan,
pendidikan, keluarga dan kesenggangan.
e) Memahami kesan globalisasi terhadap peranan hidup, kerjaya
dan tempat kerja.
f) Mempamerkan kemampuan menyesuaikan keperluan kerjaya
dalam budaya dan populasi yang pelbagai, seperti berikut:
i. Mengenal pasti pendekatan alternatif bagi memenuhi
keperluan perancangan kerjaya klien;
ii. Mereka bentuk dan melaksanakan program-program dan
bahan-bahan pembangunan kerjaya kepada populasi yang
sukar di hampiri; dan
iii. Mempamerkan kemampuan menyokong pembangunan
kerjaya dan pekerjaan klien.
g) Mempamerkan kemampuan membantu anggota pekerja,
profesional, dan anggota masyarakat memahami keperluan/ciri-
ciri unik pelbagai budaya dan populasi yang berkaitan dengan
-
20
penerokaan kerjaya, harapan pekerjaan, dan isu-isu
ekonomi/sosial.
h) Mempamerkan kemampuan untuk menerangkan, menyatakan,
dan menyokong kepentingan kaunseling kerjaya, pembangunan
kerjaya, perancangan kerja-hidup, dan perancangan tenaga
kerja terhadap penggubal undang-undang, pembuat dasar
dan/atau orang ramai.
2.4 Penilaian
a) Memahami strategi penilaian untuk program-program
pembangunan kerjaya dan kaunseling kerjaya.
b) Memahami bagaimana untuk memilih alat dan tenik penilaian
kerjaya yang sesuai.
c) Memahami bias dalam penilaian dan interpretasi kerjaya
(termasuk budaya dan ciri-ciri linguistik klien).
d) Mempamerkan kemampuan untuk mengenal pasti, memilih, dan
menyediakan alat penilaian kerjaya yang sesuai untuk klien.
e) Mempamerkan kemampuan untuk mengendalikan, skor, dan
melaporkan hasil laporan daripada instrumen penilaian kerjaya
yang melibatkan isu seperti minat kesenggangan, gaya
pembelajaran, peranan dalam kehidupan, konsep kendiri,
kematangan kerjaya, identiti vokasional, kebimbangan kerjaya,
-
21
keutamaan persekitaran kerja [contoh: kepuasan bekerja], dan
isu-isu pembangunan kerjaya-hidup yang berkaitan.
f) Mempamerkan kemampuan untuk menilai keadaan
persekitaran kerja [contoh: tugas, jangkaan, norma, kualiti fizikal
dan aspek persekitaran kerja].
2.5 Penyelidikan dan Penilaian
a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang
berkaitan terhadap amalan kaunseling kerjaya dan
pembangunan kerjaya secara kritis.
b) Mengetahui model-model program penilaian bagi program
pembangunan dan kaunseling kerjaya.
c) Mengetahui strategi asas untuk menilai hasil kaunseling dalam
kaunseling kerjaya.
d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi
menjelaskan tentang amalan kaunseling kerjaya.
e) Menggunakan hasil penyelidikan bagi membangunkan
program-program kaunseling kerjaya.
f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan
keberkesanan program kaunseling kerjaya dan intervensi.
-
22
g) Mempamerkan penggunaan pelbagai jenis reka bentuk
penyelidikan yang sesuai bagi kaunseling kerjaya dan
pembangunan penyelidikan.
2.6 Promosi, Pengurusan, dan Perlaksanaan Program
a) Memahami teori-teori organisasi, tingkah laku, perancangan,
komunikasi, dan pengurusan yang berguna dalam
melaksanakan dan mentadbir program pembangunan kerjaya.
b) Memahami sumber-sumber yang dapat digunakan dalam
membuat ramalan pekerjaan, merancang, menganalisis dasar,
dan peruntukan sumber.
c) Memahami teori dan pendekatan kepimpinan bagi penilaian
dan maklum balas, perubahan organisasi, membuat keputusan,
dan penyelesaian konflik.
d) Mengambil bahagian dalam merancang dan menubuhkan
pusat sumber kerjaya yang lengkap.
e) Mempamerkan kemampuan untuk melaksanakan program
pembangunan kerjaya dengan kerjasama pihak-pihak lain.
f) Mempamerkan kemampuan menggunakan teknologi yang
sesuai bagi maklumat dan rancangan kerjaya.
g) Mempamerkan kemampuan untuk menyediakan penyeliaan
yang berkesan kepada fasilitator pembangunan kerjaya.
-
23
h) Mempamerkan kemampuan untuk memulakan dan
melaksanakan kempen pemasaran dan perhubungan awam
bagi pihak aktiviti dan perkhidmatan pembangunan kerjaya.
2.7 Sumber Maklumat
a) Memahami pendidikan, latihan, dan trend pekerjaan serta
tenaga buruh, maklumat pasaran dan sumber-sumber yang
menyediakan maklumat tentang tugas kerja, fungsi, gaji,
keperluan, dan tinjauan masa depan yang berkaitan dengan
bidang-bidang pekerjaan yang luas dan pekerjaan individu.
b) Memahami sumber dan kemahiran yang digunakan klien dalam
perancangan dan pengurusan kerjaya-kehidupan.
c) Mengetahui sumber-sumber komuniti/profesional yang ada
dalam membantu klien merancang kerjaya, termasuk pencarian
kerja.
d) Mempamerkan kemampuan untuk mengurus sumber maklumat
kerjaya, pendidikan dan peribadi-sosial.
e) Mempamerkan kemampuan untuk menilai dan menyebarkan
maklumat kerjaya dan pendidikan.
-
24
3. Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal
3.1 Pengetahuan Asas
a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling
kesihatan mental klinikal.
b) Memahami etika dan undang-undang yang berkaitan dengan
amalan kaunseling kesihatan mental klinikal.
c) Memahami peranan dan fungsi kaunselor kesihatan mental
klinikal dalam pelbagai persekitaran amalan dan kepentingan
hubungan antara kaunselor dan profesional lain, termasuk
pasukan rawatan pelbagai disiplin.
d) Mengetahui organisasi profesional, piawai persediaan, dan
kelayakan yang berkaitan dengan amalan kaunseling kesihatan
mental klinikal.
e) Memahami pelbagai model dan teori yang berkait dengan
kaunseling kesihatan mental klinikal termasuk kaedah, model,
dan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal.
f) Mengenali potensi gangguan penggunaan bahan yang
menyamai dan hadir bersama-sama dengan pelbagai
gangguan perubatan dan psikologi.
g) Sedar terhadap isu-isu profesional yang memberi kesan kepada
kaunselor kesihatan mental klinikal (cth., status pembekal utama,
-
25
status saksi pakar, akses dan keistimewaan amalan dalam sistem
jagaan yang diuruskan).
h) Memahami pengurusan perkhidmatan dan program kesihatan
mental, termasuk bidang-bidang seperti pentadbiran, kewangan
dan akauntibiliti.
i) Memahami kesan krisis, bencana, dan peristiwa penyebab
trauma kepada orang.
j) Memahami operasi sistem pengurusan kecemasan dalam agensi
kesihatan mental klinikal dan dalam komuniti.
k) Mempamerkan kemampuan mematuhi piawai etika dan
undang-undang dalam kaunseling kesihatan mental klinikal.
l) Menggunakan pengetahuan dasar kesihatan mental awam,
pembiayaan, dan proses kawal selia bagi meningkatkan
perkhidmatan dalam kaunseling kesihatan mental klinikal.
3.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervensi
a) Menerangkan prinsip-prinsip kesihatan mental, termasuk
pencegahan, perundingan, pendidikan, dan sokongan, serta
operasi program dan jaringan bagi menggalakkan kesihatan
mental dalam masyarakat pelbagai budaya.
b) Mengetahui etiologi, proses diagnostik dan tatanama, rawatan,
rujukan, dan pencegahan gangguan mental dan emosi.
-
26
c) Mengetahui model, kaedah, dan prinsip pembangunan program
dan penyampaian perkhidmatan (cth., kumpulan sokongan,
latihan rakan sebaya, pendidikan ibu bapa, bantuan swadiri).
d) Mengetahui konsep penyakit dan etiologi pendidikan dan
gangguan berlaku-serempak.
e) Memahami pelbagai khidmat kesihatan mental yang disediakan-
misalnya pesakit dalam, pesakit luar, rawatan sebahagian dan
jagaan lanjutan-serta jaringan khidmat kaunseling kesihatan
mental klinikal.
f) Memahami prinsip intervensi krisis semasa orang sedang
menghadapi krisis, bencana, dan peristiwa penyebab trauma.
g) Mengetahui prinsip, model, dan format dokumentasi sistem
biopsikososial bagi pengkonseptualisasi kes.
h) Mengakui kepentingan keluarga, jaringan sosial, dan sistem
komuniti dalam rawatan mental dan gangguan emosi.
i) Memahami isu-isu profesional yang berkaitan dengan amalan
kaunseling kesihatan mental klinikal.
j) Menggunakan prinsip dan amalan diagnosis, rawatan, rujukan,
dan pencegahan gangguan mental dan emosi bagi
memulakan, mengekalkan, dan menamatkan kaunseling.
-
27
k) Menggunakan kecekapan berbilang budaya bagi kaunseling
kesihatan mental klinikal termasuk pengkonseptualisasi kes,
diagnosis, rawatan, rujukan, dan pencegahan gangguan mental
dan emosi.
l) Menggalakkan pembangunan manusia yang optimum,
kesejahteraan, dan kesihatan mental melalui pencegahan,
pendidikan, dan aktiviti sokongan.
m) Menggunakan strategi yang berkesan bagi menggalakkan
kefahaman klien dan akses kepada pelbagai sumber komuniti.
n) Mempamerkan penggunaan individu yang responsif di segi
budaya, pasangan, keluarga, kumpulan, dan sistem model yang
bersesuaian bagi memulakan, mengekalkan, dan menamatkan
kaunseling.
o) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur bagi
menilai dan mengurus risiko bunuh diri.
p) Menggunakan piawaian menyimpan rekod semasa yang
berkaitan dengan kaunseling kesihatan mental klinikal.
q) Menyediakan strategi kaunseling yang bersesuaian semasa
bekerja dengan klien yang ketagihan dan gangguan berlaku-
serempak.
r) Mempamerkan kemampuan mengenal pasti kemampuan
sendiri sebagai kaunselor kesihatan mental klinikal dan
mendapatkan penyeliaan atau merujukkan klien apabila sesuai.
-
28
3.3 Kepelbagaian dan Sokongan
a) Memahami bagaimana kehidupan dalam masyarakat pelbagai
budaya memberi kesan kepada klien yang ingin mendapatkan
khidmat kaunseling kesihatan mental klinikal.
b) Memahami kesan perkauman, diskriminasi, seksime, kuasa,
keistimewaan, dan penindasan dalam kehidupan dan kerjaya
seseorang serta klien.
c) Memahami literatur semasa yang menggariskan teori,
pendekatan, strategi, dan teknik yang terbukti berkesan semasa
bekerja dengan populasi atau klien yang spesifik yang
mengalami gangguan mental dan emosi.
d) Memahami strategi yang berkesan bagi membantu sokongan
klien dan mempengaruhi dasar awam serta hubungan kerajaan
di peringkat tempatan, negeri, dan negara bagi meningkatkan
ekuiti, meningkatkan pembiayaan, dan menggalakkan program-
program yang menjalankan kaunseling kesihatan mental klinikal.
e) Memahami implikasi konsep-konsep seperti internalisasikan
penindasan, perkauman yang berakar umbi, serta sejarah dan
iklim politik semasa yang berkaitan dengan imigresen, kemiskinan
dan kebajikan.
f) Mengetahui dasar awam di peringkat tempatan, negeri, dan
negara yang memberi kesan kepada kualiti dan akses
perkhidmatan kesihatan mental.
-
29
g) Mengekalkan maklumat yang berkaitan sumber komuniti bagi
tujuan rujukan yang sesuai.
h) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan yang saksama
dan responsif bagi keperluan unik klien.
i) Mempamerkan kemampuan mengubahsuai sistem kaunseling,
teori, teknik, dan intervensi agar sesuai mengikut budaya bagi
populasi yang pelbagai.
3.4 Penilaian
a) Mengetahui prinsip dan model penilaian, pengkonseptualisasi
kes, teori pembangunan manusia, dan konsep kenormalan serta
psikopatologi bagi memulakan diagnosis dan merancang
rawatan yang sesuai.
b) Memahami pelbagai model dan pendekatan penilaian klinikal
dan kesesuaian penggunaannya, termasuk, temu bual diagnosis,
pemeriksaan status mental, inventori simptom, dan penilaian
pendidikan-psiko serta personaliti.
c) Memahami klasifikasi asas, indikasi, dan kontraindikasi ubat-
ubatan psikofarmakologi yang biasa diberi agar kesan
sampingan ubat-ubatan tersebut dapat dikenal pasti.
d) Mengenal pasti penyaringan piawai dan instrumen penilaian
untuk gangguan penggunaan bahan serta proses ketagihan.
-
30
e) Memilih penilaian yang komprehensif dan yang sesuai bagi
membantu diagnosis dan rancangan rawatan, serta sedar akan
bias budaya dalam melaksanakan dan menginterpretasi
protokol penilaian.
f) Mempamerkan kemahiran melaksanakan temu bual
pengambilan, penilaian status mental, sejarah bio-psikososial,
sejarah kesihatan mental, dan penilaian psikologi bagi
rancangan rawatan dan pengurusan beban kes.
g) Menyaring ketagihan, keagresifan, dan bahaya kepada diri
sendiri dan/ atau orang lain serta gangguan mental yang berlaku
serentak.
h) Menggunakan penilaian tahap kebergantungan klien,
perubahan, atau pemulihan bagi menentukan model rawatan
serta kriteria penempatan yang sesuai dalam kontinum
penjagaan.
3.5 Penyelidikan dan Penilaian
a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang
berkaitan dengan amalan kaunseling kesihatan mental dan
klinikal secara kritis.
b) Mengetahui model-model program penilaian bagi rawatan
kaunseling kesihatan mental dan klinikal.
-
31
c) Mengetahui rawatan yang berasaskan bukti serta strategi asas
bagi menilai hasil kaunseling dalam kaunseling kesihatan mental
dan klinikal.
d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi
menerangkan amalan kaunseling kesihatan mental klinikal.
e) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi program-program
kaunseling kesihatan mental klinikal, intervensi dan rawatan.
f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan
keberkesanan intervensi dan program-program kaunseling
kesihatan mental klinikal.
3.6 Diagnosis
a) Mengetahui prinsip proses diagnosis, termasuk diagnosis
pembezaan, dan penggunaan alat diagnostik semasa, seperti
Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) dan
International Classification of Diseases.
b) Memahami kriteria diagnostik yang ditetapkan bagi gangguan
mental dan emosi, serta menerangkan model rawatan dan
kriteria penempatan dalam kontinum penjagaan.
c) Mengetahui kesan gangguan penggunaan bahan ke atas
gangguan perubatan dan psikologi.
-
32
d) Memahami hubungan dan potensi bias alat diagnostik yang
biasa digunakan dalam populasi pelbagai budaya.
e) Memahami kesesuaian penggunaan diagnosis semasa berlaku
krisis, bencana, atau peristiwa penyebab trauma.
f) Mempamerkan kesesuaian penggunaan alat diagnostik,
termasuk edisi semasa DSM, bagi menerangkan simptom klinikal
klien yang mengalami kecacatan mental serta emosi.
g) Berupaya mengkonseptualisasikan diagnosis gangguan
berbilang paksi dengan tepat yang dinyatakan oleh klien dan
membincangkan dengan rakan profesional.
h) Membezakan antara diagnosis yang sesuai apabila berlaku krisis,
bencana, dan peristiwa penyebab trauma.
4. Kaunseling Perkahwinan Dan Keluarga
4.1 Pengetahuan Asas
a) Mengetahui sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling
perkahwinan dan keluarga.
b) Memahami pertimbangan etika dan undang-undang khususnya
yang berkaitan dengan amalan kaunseling perkahwinan dan
keluarga.
-
33
c) Mengetahui peranan dan fungsi kaunselor perkahwinan dan
keluarga dalam pelbagai persekitaran amalan yang berkaitan
dengan profesional lain yang membantu.
d) Mengetahui organisasi professional dan kelayakan yang
berkaitan dengan amalan kaunseling perkahwinan dan
keluarga.
e) Memahami pelbagai model dan teori kaunseling perkahwinan
dan keluarga.
f) Memahami pembangunan keluarga dan kitaran hidup, sosiologi
keluarga, fenomenologi keluarga, keluarga semasa,
kesejahteraan keluarga, keluarga dan budaya, isu keluarga dan
penuaan, keganasan keluarga dan yang berkaitan
kebimbangan keluarga.
g) Memahami kesan krisis, bencana, dan peristiwa penyebab
trauma terhadap perkahwinan, keluarga dan isi rumah.
h) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi
piawai etika dan undang-undang dalam kaunseling
perkahwinan dan keluarga.
i) Mempamerkan kemampuan untuk memilih model atau teknik
yang sesuai.
-
34
4.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervens
a) Memahami isu perkahwinan dan kedinamikan kitaran hidup
keluarga; fungsi keluarga sihat; struktur keluarga dan asal-usul
keluarga serta pengaruh antara generasi dalam masyarakat
pelbagai budaya.
b) Mengenali masalah khusus (cth., tingkah laku ketagihan,
keganasan rumah tangga, risiko bunuh diri, imigresen) dan
intervensi yang dapat meningkatkan fungsi keluarga.
c) Memahami seksualiti manusia (cth., gender, fungsi seksual,
orientasi seksual) dan kesannya ke atas fungsi keluarga.
d) Memahami isu-isu profesional yang berkaitan dengan amalan
kaunseling perkahwinan dan keluarga.
e) Menggunakan pendekatan pencegahan, pembangunan dan
kesejahteraan semasa mengendalikan kaunseling dengan
individu, keluarga, dan dengan sistem lain seperti kaunseling
praperkahwinan, latihan kemahiran keibubapaan dan
peningkatan hubungan.
f) Menggunakan teori sistem bagi mengkonseptualisasi isu-isu
dalam kaunseling perkahwinan dan keluarga.
g) Menggunakan teori sistem untuk melaksanakan strategi rawatan,
rancangan dan intervensi.
-
35
h) Mempamerkan kemampuan untuk menggunakan prosedur bagi
menilai dan mengurus risiko bunuh diri.
i) Mematuhi tanggungjawab kerahsiaan, tanggungjawab undang-
undang dan liabiliti amalan dan penyelidikan klinikal, undang-
undang keluarga, menyimpan rekod dan pembayaran balik.
j) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan
sendiri sebagai kaunselor perkahwinan, pasangan, dan keluarga
serta mendapatkan penyeliaan atau merujukkan klien apabila
sesuai.
4.3 Kepelbagaian dan Sokongan
a) Memahami bagaimana kehidupan dalam masyarakat pelbagai
budaya memberi kesan kepada keluarga.
b) Mengenali trend masyarakat dan isu rawatan yang berkaitan
dalam pengendalian sistem keluarga yang berbeza-beza dan
pelbagai budaya (cth., keluarga dalam peralihan, pasangan
dwi-kerjaya, keluarga gabungan/blended family).
c) Memahami literatur semasa yang menggariskan teori,
pendekatan, strategi, dan teknik yang terbukti berkesan dalam
menangani sistem keluarga yang pelbagai.
d) Memahami kesan perkauman, diskriminasi, seksime, kuasa,
keistimewaan, dan penindasan ke atas kehidupan seseorang
serta klien.
-
36
e) Memahami kesan dasar, program, dan perkhidmatan tempatan,
negeri, dan negara ke atas sistem keluarga yang pelbagai.
f) Mempamerkan kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan
yang berkesan kepada klien dalam masyarakat pelbagai
budaya.
g) Menyimpan maklumat yang berkaitan sumber komuniti bagi
tujuan rujukan yang sesuai.
h) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan yang saksama
dan responsif bagi keperluan unik pasangan dan keluarga.
i) Mempamerkan kemampuan mengubahsuai sistem kaunseling,
teori, teknik, dan intervensi agar sesuai mengikut budaya bagi
keluarga yang pelbagai.
4.4 Penilaian
a) Mengetahui prinsip dan model penilaian, serta
pengkonseptualisasian kes, daripada perspektif sistem, termasuk
temu bual diagnostik, pemeriksaan status diagnostik mental,
inventori simptom, dan penilaian psiko-pendidikan dan
personaliti.
b) Memahami alat penilaian berkaitan perkahwinan dan
kekeluargaan yang sesuai bagi keperluan klien dalam
masyarakat pelbagai budaya.
-
37
c) Memahami kesan ketagihan, trauma, psikofarmakologi,
kesihatan fizikal dan mental, kesejahteraan dan penyakit ke atas
fungsi perkahwinan dan keluarga.
d) Menggunakan kemahiran dalam temu bual, penilaian dan
pengurusan kes semasa bekerja dengan individu dan keluarga
daripada perspektif sistem.
e) Menggunakan model dan prosedur penilaian sistem bagi menilai
fungsi keluarga.
f) Menentukan anggota sesebuah sistem keluarga yang patut
terlibat dalam rawatan.
4.5 Penyelidikan dan Penilaian
a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang
berkaitan dengan amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga
secara kritis.
b) Mengetahui model-model program penilaian yang berkaitan
bagi amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga.
c) Mengetahui rawatan yang berasaskan bukti dan strategi asas
bagi menilai hasil kaunseling perkahwinan dan keluarga.
d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi
memaklumkan amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga.
-
38
e) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi program-program
kaunseling perkahwinan dan keluarga, intervensi dan rawatan.
f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan
keberkesanan intervensi dan program-program kaunseling
perkahwinan dan keluarga.
5. KAUNSELING SEKOLAH
5.1 Pengetahuan Asas
a) Mengetahui sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling
sekolah dan sistem pendidikan.
b) Memahami etika dan undang-undang yang berkaitan dengan
amalan kaunseling sekolah.
c) Mengetahui peranan, fungsi, persekitaran dan identiti profesional
kaunselor sekolah yang berkaitan dengan hubungan peranan
pegawai sokongan dan profesional lain di sekolah.
d) Mengetahui organisasi profesional, piawai persediaan, dan
kelayakan yang berkaitan dengan amalan kaunseling sekolah.
e) Memahami model semasa program kaunseling sekolah dan
hubungan erat mereka dengan seluruh program pendidikan.
f) Memahami kesan (a) pertumbuhan dan perkembangan atipikal,
(b) kesihatan dan kesejahteraan, (c) bahasa, (d) tahap
-
39
kebolehan, (e) isu-isu pelbagai budaya dan (f) faktor resilien
pembangunan dan pembelajaran pelajar.
g) Memahami operasi rancangan dan peranan pengurusan
kecemasan sekolah serta tanggungjawab kaunselor sekolah
semasa krisis, bencana dan peristiwa penyebab trauma.
h) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi
piawai etika dan undang-undang dalam kaunseling sekolah.
i) Mempamerkan kemampuan untuk menyatakan, membentuk
dan menyokong identiti dan program kaunseling sekolah yang
sesuai.
5.2 Kaunseling, Pencegahan dan Intervensi
a) Mengetahui teori dan proses kaunseling yang berkesan dan
kesejahteraan program bagi pelajar-pelajar secara individu dan
berkumpulan.
b) Mengetahui bagaimana untuk membentuk, melaksanakan,
mengurus dan menilai program bagi meningkatkan
pembangunan akademik, kerjaya dan peribadi/sosial pelajar.
c) Mengetahui strategi bagi membantu pelajar mengenal pasti
kekuatan dan mengatasi masalah persekitaran dan
pembangunan.
-
40
d) Mengetahui bagaimana untuk membentuk, melaksanakan,
mengurus, dan menilai program peralihan, termasuk sekolah-ke-
bekerja, kaunseling rancangan lepasan sekolah menengah dan
kemasukan ke kolej/universiti.
e) Memahami kedinamikan kumpulan termasuk kaunseling, psiko-
pendidikan, tugas, dan kumpulan bantuan rakan sebaya, dan
pemudahan pasukan bagi membolehkan pelajar mengatasi
halangan dan rintangan pembelajaran.
f) Memahami potensi kesan krisis, kecemasan dan bencana ke atas
pelajar, pendidik dan sekolah serta mengetahui kemahiran yang
diperlukan untuk intervensi krisis.
g) Mempamerkan kesedaran diri, kepekaan terhadap orang lain
dan kemahiran yang diperlukan untuk berhubung dengan
pelbagai individu, kumpulan dan bilik darjah.
h) Menyediakan kaunseling individu dan kumpulan serta panduan
bilik darjah bagi menggalakkan pembangunan akademik,
kerjaya, dan peribadi/sosial pelajar.
i) Merekabentuk dan melaksanakan rancangan pencegahan dan
intervensi yang berkait dengan kesan (a) pertumbuhan dan
perkembangan atipikal, (b) kesihatan dan kesejahteraan, (c)
bahasa, (d) tahap kebolehan, (e) isu-isu pelbagai budaya dan (f)
faktor resilien pembangunan dan pembelajaran pelajar.
-
41
j) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur bagi
menilai dan mengurus risiko bunuh diri.
k) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan
sendiri sebagai kaunselor sekolah dan mendapatkan penyeliaan
atau merujuk klien apabila sesuai.
5.3 Kepelbagaian dan Sokongan
a) Memahami isu-isu budaya, etika, ekonomi, undang-undang dan
politik yang berkaitan dengan kepelbagaian, kesaksamaan,
kecemerlangan pembelajaran pelajar.
b) Mengenal pasti peluang komuniti, persekitaran, institusi yang
meningkatkan dan menghalang pembangunan akademik,
kerjaya, peribadi/sosial pelajar.
c) Memahami bahawa dasar, program, dan amalan pendidikan
dapat dibangunkan, diadaptasi dan diubahsuai agar lebih
sesuai dengan keperluan pelajar dan keluarga mereka mengikut
budaya.
d) Memahami isu kaunseling pelbagai budaya, juga kesan tahap
kemampuan, pengstereotaipan, keluarga, status ekonomi sosial,
gender, dan identiti seksual serta kesannya terhadap
pencapaian pelajar.
-
42
e) Mempamerkan kecekapan berbilang budaya dan kaitannya
dengan kepelbagaian, kesaksamaan, dan peluang
pembangunan dan pembelajaran pelajar.
f) Menyokong pembelajaran dan pengalaman akademik yang
diperlukan bagi menggalakkan pembangunan akademik,
kerjaya, peribadi/sosial pelajar.
g) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan sekolah yang
meningkatkan iklim sekolah yang positif dan saksama serta
responsif terhadap populasi pelajar berbilang budaya.
h) Melibatkan ibu bapa, penjaga dan keluarga bagi memajukan
tahap akademik, kerjaya dan peribadi, atau perkembangan
pelajar.
5.4 Penilaian
a) Memahami pengaruh pelbagai faktor (cth.,penderaan,
keganasan, kecelaruan makan, gangguan kurang
tumpuan/hiperaktif, kemurungan kanak-kanak) yang mungkin
memberi kesan kepada peribadi, sosial dan pemfungsian
akademik pelajar.
b) Mengetahui tanda dan simptom yang disebabkan oleh bahan
pada kanak-kanak dan remaja serta tanda dan simptom berada
di rumah di mana penyalahgunaan bahan berlaku.
-
43
c) Mengenal pasti pelbagai bentuk keperluan penilaian
pembangunan akademik, kerjaya dan peribadi/sosial.
d) Menilai dan menginterpretasi kekuatan dan keperluan pelajar,
serta menerima keunikan budaya, bahasa, nilai, latar belakang
dan kemampuan.
e) Memilih strategi penilaian yang sesuai yang dapat digunakan
untuk menilai pembangunan akademik, kerjaya, dan peribadi/
sosial pelajar.
f) Menganalisis maklumat penilaian yang dapat menghasilkan
inferens yang sah dan menilai keperluan pelajar secara individu
serta menilai keberkesanan program pendidikan.
g) Membuat rujukan kepada sumber sekolah dan masyarakat
mengikut kesesuaian.
h) Menilai rintangan yang menghalang perkembangan akademik,
kerjaya dan peribadi sosial pelajar.
5.5 Penyelidikan dan Penilaian
a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang
berkaitan dengan amalan kaunseling sekolah secara kritis.
b) Mengetahui model-model program penilaian bagi program
kaunseling sekolah.
-
44
c) Mengetahui strategi asas bagi menilai hasil kaunseling dalam
kaunseling sekolah (cth.,pemerhatian tingkah laku, penilaian
program).
d) Mengetahui kaedah semasa dalam menggunakan data untuk
membuat keputusan secara akauntabiliti (cth.,rancangan
pembaikan sekolah, kad laporan sekolah).
e) Memahami hasil data penyelidikan dan amalan terbaik yang
dikenal pasti dalam sorotan kajian kaunseling sekolah.
f) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi
menjelaskan amalan kaunseling sekolah.
g) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi program, aktiviti,
intervensi dan pengalaman kaunseling sekolah.
h) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan
program-program kaunseling sekolah.
5.6 Pembangunan Akademik
a) Memahami kaitan program kaunseling sekolah dengan misi
akademik sekolah.
b) Memahami konsep, strategi asas, program dan amalan yang
direka bentuk untuk mengurangkan jurang pencapaian,
menggalakkan kejayaan akademik pelajar dan mengelakkan
pelajar tercicir daripada sekolah.
-
45
c) Memahami reka bentuk kurikulum, pembangunan rancangan
pengajaran, strategi pengurusan bilik darjah dan strategi
pengajaran yang berbeza bagi kaunseling pengajaran dan
panduan bahan yang berkaitan.
d) Menjalankan program yang direka bentuk untuk meningkatkan
pembangunan akademik pelajar.
e) Melaksanakan strategi dan aktiviti bagi menyediakan pelajar
dengan pilihan dan peluang lepasan sekolah menengah yang
lebih luas.
f) Melaksanakan strategi pengajaran yang berbeza yang menjurus
kepada pengetahuan dan kemahiran terhadap bahan
pelajaran dan kandungan pedagogi bagi meningkatkan
pencapaian pelajar
5.7 Kerjasama dan Perundingan
a) Memahami pembangunan pelajar, kesejahteraan, dan
pembelajaran dapat ditingkatkan oleh kerjasama keluarga-
sekolah-komuniti.
b) Mengetahui strategi untuk menggalakkan, membangunkan,
meningkatkan kerja pasukan yang berkesan di sekolah dan di
dalam komuniti.
-
46
c) Mengetahui bagaimana untuk membina pasukan bekerja yang
berkesan yang terdiri daripada staf sekolah, ibu bapa dan
anggota masyarakat untuk meningkatkan pembangunan
akademik, kerjaya, dan peribadi / sosial.
d) Memahami teori, model, dan proses sistem perundingan, dalam
sistem sekolah.
e) Mengetahui strategi dan kaedah bekerja dengan ibu bapa,
penjaga, keluarga dan masyarakat bagi memperkasakan
mereka untuk bertindak bagi pihak anak-anak.
f) Memahami pelbagai program intervensi rakan sebaya
(cth.,meditasi rakan sebaya, pementoran rakan sebaya, tunjuk
ajar rakan sebaya) dan bagaimana untuk menyelaraskan
mereka.
g) Mengetahui model kerjasama sekolah dan komuniti bagi
kesediaan dan tindak balas krisis/ bencana.
h) Bekerja bersama-sama dengan ibu bapa, penjaga dan keluarga
yang bertindak bagi pihak anak-anak mereka bagi menangani
masalah yang memberi kesan pada kejayaan pelajar di sekolah.
i) Mengesan sumber dalam komuniti yang dapat digunakan di
sekolah untuk memperbaiki pencapaian dan kejayaan pelajar.
-
47
j) Berunding dengan guru, staf dan organisasi komuniti bagi
meningkatkan pembangunan akademik, kerjaya dan peribadi /
sosial pelajar.
k) Menggunakan strategi bantuan rakan sebaya dalam program
kaunseling sekolah.
l) Menggunakan prosedur rujukan dengan bantuan agen dalam
komuniti (cth.,pusat kesihatan mental, badan perniagaan,
kumpulan pekhidmatan) untuk mendapatkan bantuan bagi
pelajar dan keluarga mereka.
5.8 Kepemimpinan
a) Mengetahui kualiti, prinsip, kemahiran dan gaya kepemimpinan
yang berkesan.
b) Mengetahui strategi reka bentuk kepemimpinan bagi
meningkatkan persekitaran pembelajaran di sekolah.
c) Mengetahui bagaimana untuk membentuk, melaksanakan,
mengurus, dan menilai program kaunseling sekolah yang
menyeluruh.
d) Memahami peranan penting kaunselor sekolah sebagai agen
perubahan sistem.
-
48
e) Memahami peranan kaunselor sekolah dalam membantu
program kepemimpinan sekolah, kurikulum dan mesyuarat
penasihatan.
f) Turut serta dalam membentuk, melaksana, mengurus, dan
menilai pembangunan program kaunseling sekolah yang
menyeluruh.
g) Merancang dan membentangkan program pendidikan yang
berkait dengan kaunseling sekolah untuk kegunaan ibu bapa
dan guru (cth., bahan program pendidikan ibu bapa untuk
digunakan sebagai panduan dalam bilik darjah dan program
penasihat/nasihat untuk guru-guru.)
6. Kaunseling Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
6.1 Pengetahuan Asas
a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling hal
ehwal pelajar kolej dan universiti.
b) Memahami pertimbangan etika dan undang-undang khususnya
yang berkaitan dengan amalan kaunseling hal ehwal pelajar
kolej dan universiti.
c) Memahami hubungan peranan pendidikan, peribadi / sosial dan
kerjaya dan tanggungjawab pelajar dan entiti lain dalam
komuniti pembelajaran.
-
49
d) Mengetahui pelbagai peranan, fungsi dan persekitaran
profesional dan kaunselor hal ehwal pelajar yang bekerja dalam
pendidikan institusi pengajian tinggi.
e) Mengetahui piawaian penyediaan organisasi profesional, dan
kelayakan yang berkaitan dengan amalan kaunseling hal ehwal
pelajar institusi pengajian tinggi.
f) Memahami teori pembangunan pelajar termasuk kesejahteraan
holistik dan penyelidikan yang berkaitan terhadap pembelajaran
pelajar dan pembangunan peribadi.
g) Mengiktiraf trend semasa di pendidikan tinggi dan kepelbagaian
ciri serta pendidikan dan persekitaran institusi pengajian tinggi.
h) Memahami teori dan amalan organisasi, pengurusan dan
kepemimpinan.
i) Memahami strategi dan kepemimpinan diperlukan untuk
perkhidmatan yang terangkum dalam pembangunan pelajar
kolej dan universiti dalam aspek kemasukan, kewangan,
bantuan, penasihatan akademik, khidmat kehakiman, sukan
rekreasi, khidmat ketakupayaan, hal ehwal antarabangsa dan
khidmat kesihatan.
j) Biasa dengan konsep budaya organisasi, belanjawan dan
kewangan serta amalan kakitangan dalam pendidikan di
peringkat institusi pengajian tinggi.
-
50
k) Memahami kesan krisis, bencana dan peristiwa penyebab
trauma ke atas komuniti pendidikan peringkat institusi pengajian
tinggi.
l) Memahami operasi institusi kecemasan, pelan pengurusan, dan
peranan kaunselor dan profesional hal ehwal pelajar dalam
pendidikan institusi pengajian tinggi semasa krisis, bencana dan
peristiwa penyebab trauma.
m) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi
piawaian etika dan undang-undang dalam kaunseling hal ehwal
pelajar di institusi pengajian tinggi.
n) Mempamerkan kefahaman tentang saling hubungan dalam
peranan pendidikan, peribadi/ sosial dan kerjaya serta
tanggungjawab pelajar dan pihak-pihak lain dalam komuniti
pembelajaran.
o) Mempamerkan kemampuan untuk memahami bantuan dan
menyokong pembangunan dan pembelajaran pelajar di institusi
pengajian tinggi.
p) Menggunakan pengetahuan tentang isu-isu yang memberi
kesan amalan hal ehwal pelajar (cth., dasar awam tadbir urus
kewangan, budaya, konteks, persefahaman global pendidikan
antarabangsa).
-
51
q) Mempamerkan kefahaman tentang kepemimpinan, amalan
organisasi dan pengurusan yang membantu institusi mencapai
misinya.
r) Turut serta membentuk, melaksanakan pengurusan dan
penilaian bagi program hal ehwal pelajar, dan sedar bahawa
kepelbagaian sistem dan konteks persekitaran memberi kesan
kepada peserta.
s) Mempamerkan dan memahami kesan krisis, bencana dan
peristiwa penyebab trauma terhadap psikologi pelajar di institusi
pengajian tinggi.
6.2 Kaunseling, Pencegahan dan Intervensi
a) Mengenal pasti faktor-faktor khusus yang berkait dengan
pembangunan dan perancangan peribadi, sosial, pendidikan,
dan kerjaya yang sesuai bagi pendidikan pelajar di institusi
pengajian tinggi.
b) Memahami kedinamikan individu dan kumpulan dalam
penasihatan, kaunseling, pengajaran, perantaraan, dan
memudahkan peluang pelajar dalam pendidikan di institusi
pengajian tinggi.
c) Mengetahui prinsip-prinsip intervensi ketagihan, perundingan,
pendidikan, dan bantuan pelajar dalam pendidikan di institusi
pengajian tinggi.
-
52
d) Memahami prinsip-prinsip intervensi bagi mereka yang berada di
dalam komuniti pembelajaran semasa krisis, dan bencana dalam
pendidikan di institusi pengajian tinggi.
e) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan
sendiri sebagai kaunselor kolej dan universiti atau profesional hal
ehwal pelajar dan mendapatkan penyeliaan atau merujukkan
klien apabila sesuai.
f) Menggunakan kecekapan pelbagai budaya terhadap amalan
kaunseling di sekolah, kolej dan universiti.
g) Mempamerkan kemahiran yang perlu bagi membantu kejayaan
akademik, sosial dan kerjaya pelajar di institusi pengajian tinggi.
h) Mempamerkan kemahiran dalam membantu pelajar di institusi
pengajian tinggi mengatasi masalah peribadi dan antara
perseorangan, serta kemahiran dalam intervensi krisis dalam krisis
peribadi, pendidikan dan komuniti.
i) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur yang
sesuai untuk menilai dan mengurus risiko bunuh diri.
j) Mempamerkan pemahaman umum prinsip dan model penilaian
biopsikososial dan pengkonseptualisasi kes yang membawa
kepada kaunseling yang bersesuaian bagi pelajar pendidikan di
institusi pengajian tinggi.
-
53
k) Turut serta dalam membentuk, melaksana dan menilai program-
program yang menggalakkan kesejahteraan serta perkhidmatan
pencegahan dan intervensi bagi pelajar dalam pendidikan di
institusi pengajian tinggi.
6.3 Kepelbagaian dan Sokongan
a) Memahami pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi
dalam masyarkat pelbagai budaya termasuk ciri-ciri seperti status
imigran, ketakupayaan, kemampuan atau bakat ekstrim, latar
belakang budaya, kerohanian dan situasi keluarga.
b) Memahami gaya pembelajaran serta rintangan institusi, sistemik,
dan antara perseorangan terhadap pembelajaran pendidikan di
institusi pengajian tinggi.
c) Mengetahui kuasa utama sosiopolitik dan sosioekonomi yang
memberi kesan kepada semua pelajar.
d) Memahami kesan diskriminasi dan penindasan dalam pendidikan
di institusi pengajian tinggi.
e) Mengenali keperluan khusus pelajar dalam pendidikan di institusi
pengajian tinggi, termasuk penduduk, pelajar jarak jauh, pelajar
kurang upaya, pelajar dewasa dan pelajar atlet.
f) Memahami isu-isu budaya, etika, ekonomi, undang-undang dan
politik yang berkait dengan kepelbagaian, kesaksamaan dan
kecemerlangan pembelajaran pelajar.
-
54
g) Mempamerkan bagaimana peluang pembelajaran pelajar
dipengaruhi oleh ciri-ciri yang ada pada pelajar dan persekitaran
di institusi pengajian tinggi.
h) Menganalisis keperluan pelajar di institusi pengajian tinggi bagi
peluang pembangunan dan pembelajaran yang sesuai.
i) Bekerjasama dengan komuniti di institusi pengajian tinggi bagi
membantu warga pelajar lain menggunakan sumber komuniti
untuk memperbaiki pembangunan dan pembelajaran mereka.
j) Menggunakan kecekapan berbilang budaya untuk berkhidmat
kepada pelbagai populasi pelajar di institusi pengajian tinggi.
k) Menangani isu-isu kaunseling berbilang budaya kerana ia berkait
dengan pembangunan dan kemajuan pelajar pendidikan di
institusi pengajian tinggi (cth., diskriminasi, kuasa, keistimewaan,
penindasan, nilai).
l) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan yang saksama
dan responsif dengan keperluan unik pelajar di institusi pengajian
tinggi.
6.4 Penilaian
a) Mengetahui prinsip dan model penilaian bagi pembangunan
pelajar lepasan menengah, pengkonseptualisasi kes, teori
pembangunan manusia, dan konsep kenormalan serta
-
55
psikopatologi yang membawa kepada rujukan atau
pembangunan rancangan rawatan kaunseling yang sesuai.
b) Mengetahui teori dan kaedah semasa dalam menggunakan
data penilaian, khususnya program penilaian dan model
penilaian persekitaran, untuk menyokong pembuatan keputusan
berdasarkan data/maklumat.
c) Menilai dan menginterpretasi keperluan pelajar di institusi
pengajian tinggi, menerima keunikan budaya, bahasa, nilai, latar
belakang dan kemampuan.
d) Menganalisis dan menggunakan pelbagai sumber data,
termasuk data institusi, bagi membuat keputusan dalam
memperbaiki program pelajar yang berbeza-beza.
6.5 Penyelidikan dan Penilaian
a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang
berkaitan dalam amalan kaunseling hal ehwal pelajar di kolej
dan universiti secara kritis.
b) Mengetahui model program penilaian bagi kaunseling hal ehwal
pelajar di kolej dan universiti termasuk ukuran bagi proses dan
hasil pembelajaran serta penilaian organisasi dan persekitaran di
institusi pengajian tinggi.
-
56
c) Mengetahui strategi asas untuk menilai hasil kaunseling dan /
atau hasil program kaunseling hal ehwal pelajar kolej dan
universiti.
d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan untuk
menjelaskan amalan kaunseling hal ehwal pelajar di kolej dan
universiti.
e) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi aktiviti
pembangunan kaunseling pelajar kolej dan universiti.
f) Menganalisis dan menggunakan data bagi meningkatkan
program kaunseling hal ehwal pelajar kolej dan universiti.
g) Mempamerkan kemampuan menyediakan cadangan
penyelidikan untuk penilaian.