Senarai Semak Ketua Pengawas

39
SENARAI SEMAK PETUGAS PEPERIKSAAN: KETUA PENGAWAS NAMA PEGAWAI: …………………………………………………………………… NAMA PUSAT & NO. PUSAT: ……………………………………………………… TARIKH: ……………………………………………………………………………….. BIL PROSES KERJA YA TIDAK A. SEBELUM PEPERIKSAAN 1 Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 2 Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan yang disampaikan oleh Penyelia Kawasan 3 Menyimpan Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan di tempat yang selamat 4 Mengendalikan taklimat pengurusan peperiksaan kepada Timbalan Ketua Pengawas dan Pengawas bawah tanggungjawabnya selewat-lewatnya tiga hari sebelum peperiksaan bermula 5 Mengumpul Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan daripada pengawas bawah seliaannya dan menyerahkannya kepada Penyelia Kawasan 6 Menyediakan Jadual Bertugas Pengawas sebelum, semasa dan selepas peperiksaan 7 Mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan bersama-sama Pengawas satu hari sebelum peperiksaan bermula 7.1 Berbincang dengan Pengetua/Guru Besar sekolah berkaitan pusat peperiksaan 7.2 Bilik/dewan peperiksaan sesuai digunakan 7.3 Almari berkunci, jam dinding, meja kerja Ketua Pengawas disediakan dan alat siar raya (jika perlu) 7.4 Kerusi dan meja sesuai dan disusun mengikut peraturan yang ditetapkan 7.5 Semua gambar, tulisan dan gambar rajah di dinding bilik peperiksaan diturunkan atau 1

Transcript of Senarai Semak Ketua Pengawas

Page 1: Senarai Semak Ketua Pengawas

SENARAI SEMAK PETUGAS PEPERIKSAAN: KETUA PENGAWAS

NAMA PEGAWAI: ……………………………………………………………………

NAMA PUSAT & NO. PUSAT: ………………………………………………………

TARIKH: ………………………………………………………………………………..

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

A. SEBELUM PEPERIKSAAN

1 Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972

2 Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan yang disampaikan oleh Penyelia Kawasan

3 Menyimpan Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan di tempat yang selamat

4 Mengendalikan taklimat pengurusan peperiksaan kepada Timbalan Ketua Pengawas dan Pengawas bawah tanggungjawabnya selewat-lewatnya tiga hari sebelum peperiksaan bermula

5 Mengumpul Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan daripada pengawas bawah seliaannya dan menyerahkannya kepada Penyelia Kawasan

6 Menyediakan Jadual Bertugas Pengawas sebelum, semasa dan selepas peperiksaan

7 Mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan bersama-sama Pengawas satu hari sebelum peperiksaan bermula

7.1 Berbincang dengan Pengetua/Guru Besar sekolah berkaitan pusat peperiksaan

7.2 Bilik/dewan peperiksaan sesuai digunakan

7.3 Almari berkunci, jam dinding, meja kerja Ketua Pengawas disediakan dan alat siar raya (jika perlu)

7.4 Kerusi dan meja sesuai dan disusun mengikut peraturan yang ditetapkan

7.5 Semua gambar, tulisan dan gambar rajah di dinding bilik peperiksaan diturunkan atau ditutup/diterbalikkan

7.6 Jadual Waktu Peperiksaan dan pelan tempat duduk calon telah ditampal di pintu setiap bilik/dewan peperiksaan

7.7 Label meja atau Pernyataan Pendaftaran Calon Peperiksaan ditampal di penjuru atas sebelah kanan meja calon

7.8 Papan tanda KAWASAN LARANGAN dan PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN diletak di bahagian luar dewan dan bilik peperiksaan

1

Page 2: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

7.9 Label KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN ditampal di bahagian luar tandas

7.10 Kemudahan telefon sepanjang masa peperiksaan berjalan disediakan

7.11 Bilik kuarantin disediakan

7.12 Memaklumkan tugas dan tanggungjawab kepada Pengemas Bilik

7.13 Bekalan Bahan Peperiksaan

7.13.1 Menerima bahan peperiksaan daripada Pengetua

7.13.2 Memastikan bekalan bahan peperiksaan disediakan mengikut keperluan mata pelajaran

7.13.3 Melaporkan sebarang ketidakakuran/ketidakcukupan bekalan bahan peperiksaan kepada Penyelia Kawasan

7.14 Calon

7.14.1 Menyemak maklumat calon yang menduduki sesuatu kertas peperiksaan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan

7.14.2 Mendapatkan maklumat calon tercicir/calon menumpang/ calon hospital/calon pusat tahanan/calon pemulihan/calon penjara dan sebagainya daripada Pengetua/Guru Besar

7.14.3 Merujuk Borang Pendaftaran Calon peperiksaan yang asal yang disimpan oleh pihak sekolah untuk mengesahkan maklumat calon cicir

7.14.4 Memastikan kertas peperiksaan untuk calon menumpangdibekalkan

7.14.5 Memastikan keperluan calon berkeperluan khas disediakan

7.15 Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

7.15.1 Menerima kertas JOB dan JOTB yang telah diasingkan mengikut kertas mata pelajaran daripada Pengetua/Guru Besar

7.15.2 Memastikan jumlah kertas JOB dan JOTB mencukupi

7.16 Pelan Bilik/Dewan Peperiksaan

7.16.1 Menerima salinan kedua pelan dewan atau bilik peperiksaan daripada Pengetua atau Guru Besar

7.16.2 Memasukkan salinan kedua pelan dewan/bilik peperiksaan ke dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

7.16.3 Merujuk pelan dewan/bilik peperiksaan bagi memastikan kedudukan setiap calon disusun mengikut angka giliran

2

Page 3: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

7.17 Mendapatkan senarai guru bertugas daripada Pengetua atau Guru Besar

B. HARI PEPERIKSAAN

1 Berada di bilik kebal seawal 6.15 pagi bersama seorang Pengawas untuk proses penerimaan kertas peperiksaan

2 Bersama seorang Pengawas mengambil kertas peperiksaan sesi petang dari bilik kebal pada waktu tengah hari

3 Bersama seorang Pengawas mengambil kertas peperiksaan kedua-dua sesi pada waktu pagi, sekiranya item (2) tidak berkaitan

4 Menerima kertas peperiksaan daripada Penyelia Kawasan dalam kawasan bilik kebal atau balai polis

5 Bersama seorang Pengawas menyemak perkara-perkara berikut

5.1 Sampul kertas peperiksaan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh

5.2 Kod dan nama kertas peperiksaan yang tercatat pada label sampul luar dan pada tingkap sampul adalah betul

5.3 Pastikan tanda tetulang (spinal mark) berada dalam keadaan sebaris

5.4 Bungkusan kertas peperiksaan tersebut adalah untuk kegunaan di pusat peperiksaan pada hari itu

5.5 Bilangan kertas peperiksaan cukup untuk calon di pusatnya berpandukan maklumat yang tercatat dalam Jadual Kedatangandan borang akuan penerimaan

5.6 No. siri mouse tail dicatatkan oleh Penyelia Kawasan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

6 Menandatangani borang akuan penerimaan setelah Proses Kerja Bil. 5 dilaksanakan dan didapati betul

7 Menyerahkan salinan borang akuan penerimaan kepada Penyelia Kawasan

8 Memasukkan bungkusan kertas peperiksaan ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan mouse tail mengikut sesi peperiksaan dan dimasukkan ke dalam ruang bagasi tertutup

9 Bersama Pengawas terus menuju ke pusat peperiksaan tanpa singgah di mana-mana tempat dalam perjalanan

10 Memastikan sampai di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula

11 Penyimpanan Kertas Peperiksaan Sesi Petang

11.1 Menyimpan karung keselamatan yang mengandungi kertas peperiksaan di dalam almari berkunci di bilik utama

3

Page 4: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

11.2 Menyimpan karung kertas peperiksaan sesi petang yang diambil pada sesi pagi di dalam almari besi keselamatan di bilik Pengetua/Guru Besar sekolah kerajaan/sekolah bantuan kerajaan

11.3 Mencatat rekod penyimpanan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

11.4 Menyimpan anak kunci peti besi keselamatan (nombor tatakira disimpan oleh Pengetua/Guru Besar)

12 Memaklumkan Penyelia Kawasan dengan segera jika ada Pengawas yang tidak dapat hadir bertugas

13 Memastikan peperiksaan dijalankan mengikut Jadual Waktu Peperiksaan

14 Kertas Peperiksaan Terlewat Dimulakan

14.1 Mencatat waktu sebenar peperiksaan dimulakan di papan tulisdengan mengikut tempoh masa yang ditetapkan

14.2 Menyelaraskan waktu/jam peperiksaan bagi setiap bilik peperiksaan/dewan peperiksaan

15 Memastikan calon hanya membawa masuk bahan-bahan yang dibenarkan (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan)

16 Calon Yang Tidak Ditempatkan Di Meja Sendiri

16.1 Menyediakan satu pelan baru yang menunjukkan kedudukan calon waktu mengambil peperiksaan bagi kertas itu

16.2 Mencatat tarikh, masa, kertas dan mata pelajaran pada pelan baru

16.3 Memasukkan salinan pelan baru ke dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

17 Memastikan Pengawas mengedarkan helaian tambahan (jika diperlukan) dan bahan-bahan lain peperiksaan kepada calon

18 18 Membaca arahan kepada calon tentang peraturan dan larangan di bilik peperiksaan sebelum memulakan peperiksaan (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan)

19 Arahan Kepada Calon Sebelum Memulakan Setiap Kertas Peperiksaan

19.1 Meminta calon menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan pada tiap-tiap helai kertas jawapan

19.2 Meminta calon jangan melakukan sebarang salah laku seperti meniru, menyamar dan sebagainya

19.3 Meminta calon memeriksa saku atau meja masing-masing dan mengesahkan bahawa tidak ada nota atau bahan bertulis dan bercetak dibawa masuk

4

Page 5: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

19.4 Memberitahu calon masa kertas yang hendak dijawab, misalnya:

Bahasa Melayu Penulisan SK dari 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

(1 jam).

Keterangan ini juga hendaklah ditulis di papan tulis

19.5 Mengingatkan calon supaya meneliti nama dan kod kertas yang diedarkan dan jika didapati ada kesilapan atau jika terdapat kertas peperiksaan yang tidak cukup bilangan muka suratnya atau kurang soalannya, calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta merta

19.6 Memaklumkan kepada calon Arahan Pembetulan, jika ada dan Arahan Pembetulan itu hendaklah dicatatkan dengan jelas di papan tulis atau diedarkan sekiranya dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan

19.7 Melarang calon membawa telefon bimbit ke dalam dewan atau bilik peperiksaan

19.8 Meminta calon menyimpan bahan-bahan yang tidak dibenarkan di luar dewan atau bilik peperiksaan

19.9 Meminta calon duduk di tempat yang diarahkan mengikut pelan yang telah ditetapkan

20 Pengurusan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

20.1 Memastikan Pengawas mengedarkan kertas jawapan JOB/JOTB apabila semua calon telah mengambil tempat di dalam dewan/bilik peperiksaan sebelum kertas peperiksaan diedarkan

20.2 Menggunakan 10 minit yang pertama setiap kali memulakan kertas jenis objektif untuk memberikan arahan kepada calon tentang penggunaan kertas jawapan objektif

20.3 Memastikan calon menggunakan pensel 2B atau BB sahaja untuk mengisi maklumat dan jawapan dalam kertas jawapan objektif

20.4 Memastikan calon menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadam maklumat yang tidak dikehendaki

20.5 Memastikan tidak ada kesan pensel di tempat yang dipadamkan

20.6 Memastikan calon tidak menggunakan pemadam jenis cecair

20.7 Memastikan calon tidak melipat, menggulung atau merenyuk kertas jawapan objektif

20.8 Memastikan calon tidak membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas jawapan objektif

20.9 Memastikan calon menyemak maklumat calon yang telah dicetak pada kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) sebelum peperiksaan bermula

5

Page 6: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

20.10 Memastikan calon tidak meminda maklumat JOB sedia ada

20.11 Bagi calon yang menggunakan kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB), Pengawas hendaklah membacakan arahan supaya calon sendiri dapat melengkapkan maklumat calon sebelum peperiksaan bermula

21 Pengurusan Kertas Jawapan Subjektif

21.1 Mengehadkan pemberian kertas helaian tambahan/kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran kepada dua helai sahaja setiap kali diminta oleh calon

21.2 Menggunakan 10 minit yang pertama setiap kali memulakan kertas jenis subjektif untuk memberikan arahan tentang cara mengisi maklumat calon pada kertas jawapan subjektif atau helaian tambahan

21.3 Memastikan calon mengisi maklumat nombor angka giliran, nombor kad pengenalan atau nombor sijil kelahiran, nama kertas dan kod kertas pada helaian tambahan/kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran/kertas peperiksaan

21.4 Memastikan helaian tambahan yang telah diconteng oleh calon direnyukkan manakala yang tidak digunakan dikutip kembali dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan

22 Pengurusan Calon Bantahan

22.1 Calon bantahan hendaklah mengemukakan bukti bahawa pendaftaran mata pelajaran telah dilakukan di peringkat sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan

22.2 Memastikan calon bantahan mengisi Borang Bantahan (LP/Am 32) dengan selengkapnya dalam 2 salinan dan diserahkan kepada Ketua Pengawas

22.3 Memberitahu calon bantahan bahawa Pengarah Peperiksaan mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan sama ada bantahannya itu diterima atau ditolak

22.4 Memaklumkan kepada calon bantahan bahawa Pengarah Peperiksaan berhak untuk tidak mengeluarkan keputusan peperiksaan sekiranya maklumat yang diberikan palsu

C. SEMASA PEPERIKSAAN

1 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon

1.1 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas menyemak nombor siri mouse tail sama seperti yang telah direkodkan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

1.2 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas memotong pengikat keselamatan karung di hadapan calon dalam dewan atau bilik peperiksaan utama

6

Page 7: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

2

1.3 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas dan Pengawas mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan tersebut tidak dicerobohi dan betul untuk kegunaan pusat peperiksaan itu

1.4 Memastikan sampul yang mengandungi bilangan kertas peperiksaan adalah untuk pusat berkenaan

1.5 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas meminta dua orang calon secara sukarela/dipilih secara rawak untuk memeriksa sampul kertas peperiksaan tersebut di hadapan semua calon dalam dewan atau bilik peperiksaan berkenaan bagi mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan tersebut tidak dicerobohi

1.6 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membuka sampul kertas peperiksaan di hadapan calon dalam dewan/bilik peperiksaan utama

1.7 Menyemak sekali lagi untuk memastikan mata pelajaran dan kertasnya betul dan jumlah kertas peperiksaan mencukupi bagi calon yang berdaftar

1.8 Memastikan tiada kertas peperiksaan bagi mata pelajaran lain yang bercampur ke dalam bekalan berkenaan

1.9 Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas dan calon yang memeriksa sampul dikehendaki menulis nama dan menurunkan tandatangan dalam ruangan yang disediakan pada label bungkusan

1.10 Mengedarkan kertas peperiksaan kepada semua calon dengan muka depan kertas peperiksaan di bahagian atas

1.11 Sebaik sahaja kertas peperiksaan selesai diedarkan, Ketua Pengawas mestilah membuat pengumuman, iaitu jika calon menerima kertas peperiksaan yang salah, atau bilangan halamannya kurang, atau tidak mempunyai soalan pada mana-mana halaman, calon mestilah mengangkat tangan dengan segera dan memberitahu Pengawas tentang hal ini

Pengurusan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOTB)

2.1 Mengenalpasti calon tidak hadir selepas 30 minit peperiksaan dijalankan

2.2 Calon Tidak Hadir

2.2.1 Menghitamkan ruang TIDAK HADIR, menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas pada Bahagian B kertas jawapan objektif

2.2.2 Menyusun kertas jawapan objektif calon bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

7

Page 8: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

2.2.3 Mengambil kira kertas jawapan objektif ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon tidak hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

2.3 Calon Tercicir/Calon Menumpang/Calon Bantahan/Calon Hospital/Calon Tahanan/Calon Pusat Pemulihan/Calon Penjara/Calon Berkeperluan Khas

2.3.1 Menandakan ruang berkenaan pada skrip jawapan objektif

2.3.2 Menyusun skrip jawapan objektif ini bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

2.3.3 Mengambil kira skrip jawapan objektif ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

2.3.4 Melengkapkan maklumat dalam Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif

3 Pengurusan Kertas Jawapan Subjektif

3.1 Mengenal pasti calon tidak hadir selepas 30 minit peperiksaan dijalankan

3.2 Calon Tidak Hadir

3.2.1 Menyediakan helaian tambahan dan mengisi maklumat nombor angka giliran, nombor kad pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran

3.2.2 Menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang, menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas atau Pengawas pada helaian tambahan

3.2.3 Menyusun helaian tambahan ini bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

3.2.4 Mengambil kira helaian tambahan ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon tidak hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12)/(LP/Am 13) dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

3.3 Calon Tercicir/Calon Menumpang/Calon Bantahan/Calon Hospital/Calon Tahanan/Calon Pusat Pemulihan/Calon Penjara/Calon Berkeperluan Khas

8

Page 9: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

3.3.1 Menyediakan helaian tambahan dan mengisi maklumat nombor angka giliran, nombor kad pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran

3.3.2 Menulis perkataan CALON TERCICIR/CALON MENUMPANG/CALON BANTAHAN/CALON HOSPITAL/ CALON TAHANAN/CALON PUSAT PEMULIHAN/CALON PENJARA/CALON BERKEPERLUAN KHAS dengan jelas secara menyilang, menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas atau Pengawas pada helaian tambahan

3.3.3 Menyusun helaian tambahan ini bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

3.3.4 Mengambil kira helaian tambahan ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12)/(LP/Am 13) dan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

3.4 Calon Yang Hadir Tetapi Tidak Menjawab

3.4.1 Membuat catatan perkataan HADIR TETAPI TIDAK MENJAWAB secara menyilang pada helaian tambahan atau kertas peperiksaan calon berkenaan

3.4.2 Menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas pada helaian tambahan atau kertas peperiksaan calon berkenaan

3.5 Memastikan Pengawas mengedarkan benang untuk calon mengikat kertas jawapan

3.6 Mengutip kertas jawapan subjektif calon yang telah siap awal dan tidak mahu menjawab lagi serta ingin menghantar kertas jawapan lebih awal daripada masa sepatutnya

4 Calon Hospital/Calon Pusat Tahanan/Calon Pusat Pemulihan/Calon Penjara

4.1 Memastikan Pengawas calon hospital/calon pusat tahanan/calon pusat pemulihan/calon penjara mengambil kertas peperiksaan dari pusat peperiksaan yang berhampiran

4.2 Memastikan pengawas calon hospital/calon pusat tahanan/calon pusat pemulihan/calon penjara hanya boleh mengambil kertas peperiksaan setelah ianya dibuka di pusat peperiksaan berkenaan

4.3 Memastikan pengawas memasukkan kertas peperiksaan ke dalam sampul khas dan diseal dengan pita pelekat

4.4 Memastikan kertas peperiksaan dibawa oleh dua orang Pengawas dalam beg berkunci ke hospital/pusat tahanan/pusat pemulihan/penjara

4.5 Melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan

9

Page 10: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

(LP/Am 90)

4.6 Mencatatkan perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

Kekurangan Bekalan Kertas Peperiksaan

5.1 Menghubungi Penyelia Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit/serta-merta

5.2 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera dan diseal dengan pita pelekat

5.3 Menyimpan sampul kertas peperiksaan dalam almari berkunci atau di tempat yang selamat

5.4 Memastikan calon dikuarantin sehingga bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk semua calon

5.5 Menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon dan meminta bertenang dan bersabar

5.6 Tidak membenarkan calon keluar dari dewan atau bilik peperiksaan tanpa ditemani oleh Pengawas

5.7 Memastikan tidak ada orang luar menghampiri dewan atau bilik peperiksaan

5.8 Mendapatkan kerjasama guru bertugas untuk menguruskan makan, minum dan kebajikan calon jika kuarantin itu terlalu lama

5.9 Menunggu bekalan kertas peperiksaan yang dibawa oleh Penyelia Kawasan atau Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

5.10 Membuat salinan kertas peperiksaan, jika diarahkan

5.11 Membuat salinan kertas peperiksaan di sekolah kerajaan atau premis lain kerajaan

5.12 Membuat catatan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

5.13 Melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90)

5.14 Menyediakan laporan kekurangan bekalan kertas peperiksaan dan diserah kepada Penyelia Kawasan pada hari kes berlaku

6 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan

6.1 Menghubungi Penyelia Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit/ serta merta

6.2 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera

6.3 Menutup bahagian sampul yang telah dipotong dan diseal dengan pita pelekat

6.4 Menyimpan sampul kertas peperiksaan dalam almari berkunci atau

10

5

Page 11: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

di tempat yang selamat

6.5 Memulangkan kertas peperiksaan yang tersalah buka kepada Penyelia Kawasan untuk disimpan di bilik kebal

6.6 Mengarahkan Pengawas mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga ke suatu masa yang ditetapkan

6.7 Calon diminta duduk di tempat masing-masing dalam keadaan bertenang dan bersabar

6.8 Membuat catatan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

6.9 Melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90)

6.10 Menyediakan laporan kekurangan bekalan kertas peperiksaan dan diserahkan kepada Penyelia Kawasan pada hari kes berlaku

7 Kertas Peperiksaan Rosak atau Bilangan Halamannya Kurang atau Tidak Mempunyai Soalan Pada Mana-Mana Halaman

7.1 Menghubungi Penyelia Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit/ serta-merta

7.2 Mengambil dan menyimpan kertas peperiksaan yang tersilap atau rosak dalam almari berkunci dan membekalkan kertas peperiksaan yang betul serta lengkap

7.3 Mencatat perkara ini dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

7.4 Menyediakan laporan menggunakan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90)

7.5 Menyerahkan laporan dan kertas peperiksaan yang tersilap atau rosak kepada Penyelia Kawasan pada hari kes itu berlaku

8 Pusat Peperiksaan Menerima Lebih Sampul Kertas Peperiksaan untuk Sesuatu Kertas Mata Pelajaran

8.1 Menghubungi Penyelia Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit/ serta-merta

8.2 Memastikan sampul kertas peperiksaan yang lebih tidak dibuka

8.3 Menyerahkan semua sampul kertas peperiksaan yang lebih kepada Penyelia Kawasan

8.4 Membuat catatan di dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

8.5 Menyediakan laporan menggunakan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90)

8.6 Menyerahkan laporan kepada Penyelia Kawasan pada hari kes itu berlaku

9 Memulakan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan

11

Page 12: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

10 Memastikan tiada pengumuman semasa peperiksaan sedang dijalankan

kecuali pengumuman penting yang tidak dapat dielakkan

11 Memastikan pengumuman hanya boleh dibuat 10 minit sebelum peperiksaan tamat

12 Pengurusan Jadual Kedatangan (JK)

12.1 Menyemak dan menanda kehadiran calon dalam Jadual Kedatangan 30 minit selepas peperiksaan bermula

12.2 Menanda JK mengikut panduan yang ditetapkan

12.3 Memastikan kehadiran calon ditanda berpandukan angka giliran calon daripada skrip jawapan peperiksaan dan dokumen pengenalan diri calon

12.4 Memastikan maklumat yang sedia ada dalam JK tidak boleh dipinda sama sekali dan salinannya tidak boleh diasingkan sebelum tamat peperiksaan

12.5 Menanda JK seperti yang berikut:

Tanda Maksud Warna Dakwat

√ calon hadir hitam atau biru

T calon tidak hadir merah

H calon hospital/ merah

calon tahanan/

calon pusat pemulihan/

calon penjara

12.6 Memastikan bahawa kehadiran yang menggunakan tanda (√) dan (H) dikira sebagai calon yang hadir

12.7 Memastikan bahawa jumlah calon yang hadir dan tidak hadir bagi sesebuah pusat peperiksaan dikira berdasarkan rekod calon yang dicetak dalam JK pusat berkenaan

12.8 Memastikan Jumlah Calon Yang Hadir dan Jumlah Calon Yang Tidak Hadir dikira mengikut rekod calon yang dicetak dalam JK pusat peperiksaan berkenaan sahaja

12.9 Menceraikan dan menyusunnya mengikut aturan asal dan mengokot JK sebaik sahaja tamat peperiksaan

12.10 Menyerahkan kesemua salinan JK tersebut kepada Penyelia Kawasan setelah tamat peperiksaan

12.11 Pengurusan Jadual Kedatangan Bagi Calon Tercicir

12.11.1 Menggunakan pen dakwat merah bagi menulis butiran calon tercicir dalam ruangan kosong pada Jadual Kedatangan

12

Page 13: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

12.11.2 Memberikan angka giliran baru kepada calon tercicir, iaitu angka selepas angka giliran calon terakhir dalam JK atau menggunakan angka giliran yang diperoleh semasa calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan di pusat berkenaan

12.11.3 Mencatat kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran

12.11.4 Menandakan (√) di sebelah kotak TERCICIR pada ruangan CATATAN

12.12 Pengurusan Jadual Kedatangan Bagi Calon Menumpang

12.12.1 Menggunakan pen dakwat merah bagi menulis butiran calon menumpang dalam ruangan kosong pada Jadual Kedatangan

12.12.2 Mencatat angka giliran asal calon

12.12.3 Mencatat kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran

12.12.4 Menandakan (√) di sebelah kotak MENUMPANG pada ruangan CATATAN

12.13 Pengurusan Jadual Kedatangan (JK) Calon Bantahan

12.13.1 Menggunakan pen dakwat merah bagi menulis butiran calon bantahan dalam ruangan kosong pada Jadual Kedatangan

12.13.2 Mencatat kod mata pelajaran dan kod kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran

12.13.3 Menandakan (√) di sebelah kotak BANTAHAN pada ruangan CATATAN

13 Penyemakan Dokumen Pengenalan Diri Calon

13.1 Menyemak dokumen pengenalan diri calon dan angka giliran calon pada skrip jawapan peperiksaan semasa menandakan Jadual Kedatangan

13.2 Memastikan calon meletakkan dokumen pengenalan diri di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang tempoh peperiksaan

13.3 Menerima dokumen berikut sebagai dokumen pengenalan diri calon

13.3.1 Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) atau Tentera atau Polis

13.3.2 Kad atau Surat Akuan bergambar yang dikeluarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan

13

Page 14: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

13.3.3 Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

13.3.4 Pasport Antarabangsa

13.3.5 Lesen memandu

13.3.6 Borang Perakuan Calon yang disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar

13.4 Mengambil dan menyimpan cap jari dan tandatangan calon dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan untuk tindakan susulan bagi dokumen yang diragui kesahihannya

13.5 Memeriksa dokumen pengenalan diri calon semasa peperiksaan bagi setiap kertas

13.6 Memastikan butiran dokumen pengenalan diri calon bertepatan dengan butiran yang tercatat pada skrip jawapan peperiksaan, label meja dan Jadual Kedatangan

14 Calon Yang Tiba Di Dewan/Bilik Peperiksaan Lebih Daripada 30 Minit Setelah Peperiksaan Bermula

14.1 Memastikan calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa alasan munasabah

14.2 Memastikan jika calon dibenarkan menduduki peperiksaan tidak diberi masa gantian

15 Pengurusan Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

15.1 Memastikan maklumat Buku Rekod Pengawasan Peperiksaandilengkapkan

15.1.1 Nama petugas peperiksaan

15.1.2 Jadual giliran mengikut bilik/dewan peperiksaan direkod dan ditandatangani oleh petugas peperiksaan

15.1.3 Tarikh dan masa peperiksaan

15.1.4 Bilangan kertas peperiksaan diterima dan bakinya

15.1.5 Bilangan calon yang berdaftar dan yang hadir

15.1.6 Bilangan dan angka giliran calon tidak hadir, menumpang, bantahan dan tercicir

15.1.7 Rekod penghantaran skrip jawapan peperiksaan secara pos atau serahan tangan

15.1.8 Catatan Arahan Pembetulan dan kes luar jangkaan

15.1.9 Catatan maklumat calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon berkeperluan khas, kes kecemasan, calon hospital, calon tahanan, calon pusat pemulihan, calon penjara dan kes salah laku

14

Page 15: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

15.1.10 Rekod semakan karung keselamatan

15.1.11 Catatan pelawat rasmi

15.1.12 Rekod bahan peperiksaan yang dibekalkan atau dibeli serta baki selepas digunakan

15.1.13 Salinan pelan tempat duduk calon bagi sesuatu kertas mata pelajaran

15.1.14 Rekod maklumat penghantaran skrip jawapan kertas subjektif

15.1.15 Laporan ringkas pengendalian peperiksaan

15.2 Memastikan petugas pengawasan melengkapkan butiran peribadi dengan tulisan sendiri

15.3 Memastikan Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan disimpan di tempat yang selamat

15.4 Menyerahkan Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan yang lengkap kepada Penyelia Kawasan pada hari akhir peperiksaan

16 Pengurusan Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)

16.1 Memastikan maklumat Borang Mengesan Pergerakan Calon

(LP/Am 29) diisi dengan lengkap

16.1.1 Calon hadir

16.1.2 Calon tidak hadir

16.1.3 Calon tercicir

16.1.4 Calon menumpang

16.1.5 Calon bantahan

16.1.6 Calon berkeperluan khas (buta, rabun, peka spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Down Syndrome/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), disleksia, cacat anggota)

16.1.7 Calon hospital/calon tahanan/calon pusat pemulihan/calon penjara

16.2 Meletakkan salinan pertama Borang LP/Am 29 di bahagian atas skrip jawapan peperiksaan bagi setiap kertas mata pelajaran sebelum dibungkus

16.3 Menyerahkan dua salinan Borang LP/Am 29 yang telah diasingkan kepada Penyelia Kawasan setelah tamat peperiksaan

17 Mengutip lebihan kertas peperiksaan setelah calon mula menjawab dan kertas peperiksaan itu hendaklah dimasukkan semula ke dalam sampul lutsinar dan disimpan di dalam almari yang berkunci

15

Page 16: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

18 Memastikan tiada sesiapapun di antara Pengawas yang membaca atau menyimpan kertas peperiksaan yang sedang dijawab atau membenarkan kertas peperiksaan yang sedang dijawab dibawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan

19 Memastikan calon yang meninggalkan dewan/bilik peperiksaan sebelum tamat peperiksaan bagi sesuatu kertas tidak membawa keluar kertas peperiksaan

20 Mengisi butiran yang dikehendaki pada Pembalut Skrip (LP/Am 12) atau (LP/Am 13)

21 Memastikan pengawasan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan memastikan tidak ada peluang untuk calon melakukan salah laku

22 Tidak membenarkan calon keluar dalam tempoh 10 minit terakhir masa peperiksaan

23 Memastikan membuat pengumuman “Masa ada 10 minit lagi. Calon tidak dibenarkan keluar.”

D. SELEPAS PEPERIKSAAN

1 Pengurusan Kertas Peperiksaan Tertutup

1.1 Memastikan kertas peperiksaan tertutup dikutip terlebih dahulu

1.2 Memastikan bilangannya akur dengan bilangan kertas peperiksaan yang tercatat pada sampul

1.3 Memasukkan kertas peperiksaan tertutup ke dalam sampul, dibungkus dan diseal dengan pita pelekat

1.4 Melengkapkan borang Bahan Kena Musnah (BKM) kertas peperiksaan tertutup (LP/Am 51) dalam dua (2) salinan semasa menyerahkan kertas peperiksaan tertutup kepada Penyelia Kawasan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh Ketua Pengawas

1.5 Menyerahkan bungkusan skrip bersama borang BKM yang telah dilengkapkan kepada Penyelia Kawasan di bilik kebal sebaik sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan

2 Arahan Sebelum Membenarkan Calon Keluar Dari Dewan atau Bilik Peperiksaan

2.1 Mengarahkan calon memastikan skrip jawapan peperiksaannya telah dikutip

2.2 Mengarahkan calon membawa keluar kertas peperiksaan yang telah dijalankan kecuali kertas peperiksaan tertutup

2.3 Melarang calon membawa keluar helaian tambahan dan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran

2.4 Mengingatkan calon tentang mata pelajaran dan waktu peperiksaan berikutnya

16

Page 17: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

2.5 Mengarahkan calon keluar dengan tertib

3 Mengingatkan Pengawas bahawa helaian tambahan dan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran yang belum atau sudah digunakan TIDAK BOLEH ditinggalkan di dalam bilik atau dewan peperiksaan, dan kertas-kertas ini hendaklah dipungut dan disimpan sebelum dimusnahkan selepas tamat peperiksaan

4 Pengurusan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

4.1 Mengingatkan calon supaya tidak keluar dari dewan/bilik peperiksaan sehingga diberi arahan

4.2 Memastikan Pengawas mengutip kertas jawapan objektif mengikut urutan kedudukan calon dalam dewan/bilik peperiksaan dan menyusun mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

4.3 Memastikan jumlah kertas jawapan objektif yang dikutip akur dengan jumlah calon yang hadir dalam Jadual Kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar

4.4 Pembungkusan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

4.4.1 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membungkus kertas jawapan objektif bagi calon tidak hadir bersama kertas jawapan objektif calon yang hadir dan disusun mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

4.4.2 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membungkus kertas jawapan objektif calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang Khas Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)dibungkus bersama dengan skrip jawapan peperiksaan yang lain

4.4.3 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas melapik kertas jawapan objektif dengan kad pelapik yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan dan dibalut dengan Pembalut Skrip (LP/Am 12)

4.4.4 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas memasukkan kertas jawapan objektif ke dalam plastik pembungkus skrip bersaiz kecil

4.4.5 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas melekatkan lakri keselamatan dengan cara

(i) buka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru

(ii) rapatkannya dengan menekan bahagian yang berpelekat dengan plastik pembungkus dan memastikan kedua-dua permukaan bertutup rapat

17

Page 18: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

4.4.6 Menampal label alamat Lembaga Peperiksaan

4.4.7 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas mengikat bungkusan skrip jawapan peperiksaan dengan kemas dan kuat

5 Pengurusan Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

5.1 Mengisi borang kawalan kertas jawapan objektif menggunakan pensel 2B atau BB sahaja

5.2 Mengisi atau menghitamkan ruang dalam borang kawalan kertas jawapan objektif dengan butiran berikut

5.2.1 Nombor pusat

5.2.2 Kod mata pelajaran

5.2.3 Jumlah calon yang hadir

5.2.4 Jumlah calon yang tidak hadir

5.2.5 Nama dan alamat pusat peperiksaan

5.2.6 Nama dan kod mata pelajaran

5.2.7 Bilangan skrip calon hadir, tidak hadir (mengikut Jadual Kedatangan asal) dan skrip tambahan (untuk calon tercicir, calon menumpang dan calon bantahan)

5.2.8 Tandatangan

5.3 Meletakkan borang kawalan kertas jawapan objektif di bahagian atas skrip jawapan objektif bagi setiap kertas mata pelajaran sebelum dibungkus.

6 Penghantaran Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)

6.1 Menghantar bungkusan skrip jawapan peperiksaan bersama seorang Pengawas kepada Penyelia Kawasan pada hari yang sama

6.2 Memastikan Penyelia Kawasan menandatangani akuan penerimaan skrip jawapan peperiksaan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

7 Pengurusan Kertas Jawapan Subjektif

7.1 Memastikan Pengawas mengingatkan calon supaya menyemak butiran yang ditulis, menyusun kertas jawapan mengikut tertib nombor soalan dan mengikatnya dengan kemas dan kuat, calon juga diarahkan supaya mengikat skrip jawapan peperiksaan walaupun sehelai

7.2 Memastikan Pengawas mengutip kertas jawapan subjektif mengikut urutan kedudukan calon dalam dewan atau bilik peperiksaan dan

18

Page 19: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

menyusunnya mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

7.3 Memastikan jumlah kertas jawapan subjektif yang dikutip akur dengan jumlah calon yang hadir dalam Jadual Kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar

7.4 Pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan

7.4.1 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membungkus kertas jawapan objektif bagi calon tidak hadir bersama kertas jawapan objektif calon yang hadir dan disusun mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan

7.4.2 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membungkus Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) bersama dengan skrip jawapan peperiksaan

7.4.3 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membungkus 100 skrip jawapan dalam satu bungkusan yang beratnya tidak melebihi 20 kilogram dan sekiranya berat melebihi 20 kilogram, maka skrip jawapan peperiksaan tersebut dijadikan dua atau lebih bungkusan

7.4.4 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas membalut skrip jawapan peperiksaan dengan Pembalut Skrip (LP/Am 12 atau LP/Am 13)

7.4.5. Memastikan Timbalan Ketua Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan ke dalam plastik pembungkus

(i) bersaiz kecil untuk skrip jawapan peperiksaan dalam bilangan yang kurang daripada 50 naskhah

(ii) bersaiz besar untuk skrip jawapan peperiksaan yang bilangannya melebihi 50 naskhah

7.4.6 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas melekatkan lakri keselamatan dengan cara

(i) membuka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru

(ii) menekan bahagian yang berpelekat dengan bahagian plastik pembungkus supaya kedua-dua permukaan bertutup rapat

7.4.7 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas menulis nombor bungkusan pada bahagian depan di penjuru atas sebelah kanan pada setiap bungkusan sekiranya terdapat lebih daripada satu bungkusan. Contohnya jika 2 bungkusan catatkan

(i) (1/2) pada bungkusan pertama

(ii) (2/2) pada bungkusan kedua

19

Page 20: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

7.5 Merujuk Jadual Pengiriman skrip jawapan peperiksaan bagi tujuan menghantar skrip jawapan peperiksaan kepada pemeriksa

7.6 Menulis alamat penerima skrip jawapan peperiksaan berpandukan Jadual Pengiriman menggunakan pena mata bulat pada bahagian hadapan, tepi kiri dan kanan

7.7 Memastikan Timbalan Ketua Pengawas mengikat bungkusan skrip jawapan peperiksaan dengan kemas dan kuat

8. Penghantaran Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan

8.1 Menggunakan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin.1/2009) untuk tujuan mengepos skrip jawapan peperiksaan kepada pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan

8.2 Mendapatkan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) daripada Pejabat Pos yang ditetapkan dan sah dipergunakan semasa peperiksaan

8.3 Melengkapkan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) untuk setiap bungkusan. Catatkan nombor bungkusan tambahan di ruang Pengirim. Contohnya jika dua bungkusan catatkan

8.3.1 (1/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin.1/2009) bungkusan pertama

8.3.2 (2/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) bungkusan kedua

8.4 Memastikan Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) ditampal pada bungkusan yang betul oleh petugas pos

8.5 Bersama seorang Pengawas mengepos skrip jawapan peperiksaan kepada penerima seperti yang tercatat dalam Jadual Pengiriman pada hari peperiksaan berkenaan

8.6 Menghantar bungkusan skrip jawapan peperiksaan yang beralamat Lembaga Peperiksaan kepada Penyelia Kawasan sebaik sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan

8.7 Menyerahkan salinan pengirim Borang Kiriman Domestik

(Pos KL1A Pin. 1/2009) kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan

8.8 Menjaga keselamatan bungkusan skrip jawapan peperiksaan

8.9 Menyimpan bungkusan skrip jawapan peperiksaan sesi pagi yang tidak sempat dipos atau diserahkan kepada Penyelia Kawasan pada waktu rehat tengah hari dalam peti/almari besi keselamatan di bilik Pengetua/Guru Besar

8.10 Menghantar bungkusan skrip jawapan peperiksaan yang tidak sempat diposkan kepada Penyelia Kawasan untuk disimpan di dalam bilik kebal atau balai polis dan urusan penyerahan dan

20

Page 21: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

penerimaan direkodkan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

8.11 Bungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan Disimpan Di Balai Polis

8.11.1 Memastikan bungkusan skrip jawapan peperiksaan dimasukkan ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan mouse tail

8.11.2 Menyimpan karung keselamatan ke dalam peti atau almari besi keselamatan dalam lokap

8.11.3 Merekod dalam buku log maklumat berkaitan personel yang terlibat dalam penyerahan karung keselamatan

8.11.4 Mengambil karung keselamatan yang berisi bungkusan skrip jawapan peperiksaan daripada Ketua Polis Balai untuk tujuan pengeposan dan direkod dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

8.12 Menyimpan skrip jawapan peperiksaan dalam peti/almari besi keselamatan di bilik Pengetua/Guru Besar pusat peperiksaan (sekiranya tidak ada bilik kebal atau balai polis berhampiran)

8.13 Mencatat nombor siri bungkusan dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

8.14 Mengepos skrip pada keesokan harinya

E. PENGURUSAN CALON BERKEPERLUAN KHAS

1 Calon Buta

1.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

1.2 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mestilah berkemahiran dalam Braille

1.3 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mestilah boleh membaca ayat al-Quran dan Hadis bagi kertas Pendidikan Islam

1.4 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mahir dalam Bahasa Inggeris bagi kertas Sains dan Matematik

1.5 Pengawas memeriksa mesin Braille, peralatan dan perisian khas pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan

1.6 Pengawas menulis perkataan yang dikehendaki atau disebut oleh calon di sebelah atas perkataan yang salah dibraillekan dan menandatangani di ruang tepi sebelah kiri skrip jawapan peperiksaan

1.7 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

21

Page 22: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

1.8 Pengawas memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip jawapan peperiksaannya

1.9 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

1.10 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon mengikut mata pelajaran ke dalam kotak berasingan

1.11 Pengawas memasukkan kotak skrip jawapan peperiksaan ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

1.12 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan

2 Calon Rabun

2.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

2.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

2.3 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

2.4 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

2.5 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon rabun kepada Penyelia Kawasan

3 Calon Pekak

3.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi mereka

3.2 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik berkemahiran dalam bahasa isyarat

3.3 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

3.4 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

3.5 Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

3.6 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon pekak kepada Penyelia Kawasan

4 Calon Spastik atau Cerebral Palsy

4.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

4.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

22

Page 23: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

4.3 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

4.4 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

4.5 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan

5 Calon Autisme atau Down Syndrome atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau Attention Deficit Disorder (ADD)

5.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi mereka

5.2 Ketua Pengawas membenarkan kehadiran guru pendamping di luar bilik atau dewan peperiksaan sekiranya ada keperluan

5.3 Ketua Pengawas membenarkan calon membawa keperluan khas atau peralatan khusus atas nasihat guru pendamping

5.4 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

5.5 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

5.6 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan

6 Calon Disleksia

6.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai

6.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

6.3 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik memahami disleksia dan Pengawas juga boleh ditugaskan sebagai pembaca sekiranya dipohon

6.4 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

6.5 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon disleksia ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

6.6 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan

7 Calon Cacat Anggota

7.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi mereka

7.2 Pengawas memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas

23

Page 24: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

7.3 Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon cacat anggota ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

7.4 Menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan

F. PENGURUSAN KES KECEMASAN/KES KHAS

1 Calon Sakit Secara Tiba-tiba

1.1 Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Pengawas

1.2 Menyimpan kertas peperiksaan dan skrip jawapan peperiksaan calon tersebut disimpan dalam almari berkunci (Jika kertas peperiksaan telah diberi kepada calon)

1.3 Mencatat kejadian dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

1.4 Menghubungi pihak sekolah untuk tindakan segera bagi memulihkan calon

1.5 Memberikan masa gantian (pada hari yang sama) bagi masa yang belum digunakan oleh calon (Jika calon boleh meneruskan peperiksaannya)

1.6 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon secara berasingan daripada skrip jawapan peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan

1.7 Melaporkan kes kepada Penyelia Kawasan

2 Penyakit Berjangkit

2.1 Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Pengawas

2.2 Memohon Pengawas tambahan untuk mengawas calon tersebut (sekiranya perlu)

2.3 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon secara berasingan daripada skrip jawapan peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan dan dibungkus bersama dengan skrip jawapan kes khas yang lain

2.4 Melaporkan kes kepada Penyelia Kawasan

3 Pengurusan Calon Hospital/CalonTahanan/Calon Pusat Pemulihan/Calon Penjara

3.1 Mengarahkan Pengawas yang telah dilantik untuk mengawasi calon

3.2 Menghitamkan ruang HOSPITAL di Bahagian C kertas jawapan objektif di pusat asal calon

3.3 TIDAK menghitamkan ruang ’Tidak Hadir' di Bahagian B kertas jawapan objektif berkenaan

3.4 Memastikan Pengawas mendapatkan kertas peperiksaan daripada pusat peperiksaan yang berhampiran

24

Page 25: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

3.5 Pengawas menggunakan budi bicaranya untuk memberi kemudahan kepada calon mengikut keadaan dengan mematuhi prosedur pengurusan dan keselamatan peperiksaan

3.6 Pengawas memastikan calon mendapat masa gantian untuk menduduki peperiksaan mengikut tempoh masa yang diperuntukkan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran berkenaan jika peperiksaan tidak dimulakan mengikut jadual waktu yang ditetapkan

3.7 Memastikan Pengawas memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

3.8 Memastikan Pengawas menghantar skrip jawapan peperiksaan kepada Penyelia Kawasan

4 Pengurusan Kes Salah Laku

4.1 Mengambil eviden salah laku seperti nota/catatan/telefon bimbit/ buku/sebarang peranti lain untuk disimpan

4.2 Membenarkan calon terus menjawab hingga tamat masa peperiksaan

4.3 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon tersebut bersama dengan skrip jawapan peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan

4.4 Memastikan calon mengisi Borang Pengakuan Calon Kes Salah Laku Peperiksaan (LP/Am 31) dengan selengkapnya dan jika calon enggan berbuat demikian, sila catatkan

4.5 Mengisi Borang Laporan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan (LP/Am 30) dengan menyertakan dokumen-dokumen berkaitan

4.6 Menghantar laporan dan dokumen sokongan kepada Penyelia Kawasan

5 Pengurusan Kes Luar Jangkaan

5.1 Cuti Khas: Menerima arahan Pengarah Peperiksaan daripada Penyelia Kawasan tentang perjalanan peperiksaan jika kerajaan pusat mengisytiharkan cuti khas

5.2 Keadaan Darurat dan Perintah Berkurung: Menerima arahan Pengarah Peperiksaan daripada Penyelia Kawasan tentang perjalanan peperiksaan jika kerajaan pusat mengisytiharkan keadaan darurat dan perintah berkurung

5.3 Banjir

5.3.1 Menerima senarai nama dan alamat penuh calon yang mengambil peperiksaan

5.3.2 Menentukan keselamatan kertas peperiksaan sentiasa terjamin dan disimpan dengan selamat

25

Page 26: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

5.3.3 Mengenal pasti bilik kebal dan balai polis yang menempatkan kertas peperiksaan selamat dan tidak dinaiki air

5.3.4 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Banjir Tempatan, polis,Pejabat Daerah, PPD, JPN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjamin kebajikan calon

5.3.5 Menyediakan senarai guru (mengikut keperluan) di daerah/kawasan berkenaan yang boleh membantu dalam hal urusan peperiksaan dan alamat penuh mereka hendaklah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Banjir Tempatan, PPD, JPN, polis dan Pejabat Daerah supaya pihak berkenaandapat menghubungi mereka jika perlu

5.3.6 Menyimpan senarai nama dan alamat semua pengawas

5.3.7 Menentukan pusat-pusat peperiksaan alternatif bagi pusat- pusat peperiksaan yang dilanda banjir

5.3.8 Menentukan semua peralatan dan alat tulis peperiksaan mencukupi

5.3.9 Melaporkan sesuatu kejadian dan perkembangan kepada Penyelia Kawasan pada setiap masa

5.3.10 Menentukan peperiksaan dapat berjalan dengan licin dan sempurna

5.3.11 Bersedia untuk tinggal di pusat peperiksaan yang terlibat

5.3.12 Melaporkan diri ke pusat yang berkenaan

5.3.13 Mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada Jawatankuasa Banjir Tempatan bagi memastikan urusan peperiksaan berjalan lancar

5.3.14 Bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menghubungi dan mendapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Banjir Tempatan untuk menyediakan pengangkutan kepada calon yang menghadiri peperiksaan pada hari berkenaan

5.3.15 Memastikan kertas peperiksaan diedarkan dengan selamat dan sempurna

5.3.16 Menentukan bahawa kertas jawapan dikumpul/disimpan/dikirim dengan selamat dan sempurna

5.3.17 Memberitahu atau mendapat arahan daripada Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing tentang sebarang langkah yang diambil atau tindakan yang perlu diambil bagi melicinkan perjalanan peperiksaan

5.4 Ancaman Bom

5.4.1 Jika kertas peperiksaan belum diedarkan kepada calon

26

Page 27: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

(i) Segera memasukkan semua kertas peperiksaan ke dalam sampulnya dan diseal dengan pita pelekat

(ii) Mengawasi dewan/bilik peperiksaan supaya tenteram dan memastikan calon keluar dari dewan/bilik peperiksaan dengan teratur ke tempat selamat

(iii) Memastikan kertas peperiksaan, jadual kedatangan dan lain-lain dokumen peperiksaan dibawa bersama ke tempat yang selamat dan semak kehadiran calon

(iv) Memastikan semua calon berada di tempat yang selamat dan semak kehadiran calon

(v) Memaklumkan kepada Penyelia Kawasan atau SPP JPN dengan segera

(vi) Calon dikuarantin di tempat selamat sehingga mendapat arahan seterusnya daripada Pengarah Peperiksaan/Pengarah Pelajaran/PPD/Penyelia Kawasan atas nasihat pihak berkuasa keselamatan (Prosedur Kuarantin dikuatkuasakan)

5.4.2 Jika kertas peperiksaan telah diedarkan kepada calon

(i) Mengarahkan calon berhenti menjawab dan meninggalkan kertas peperiksaan dan skrip jawapan di atas meja calon dan kertas peperiksaan sesi berikutnya jika ada, jadual kedatangan dan dokumen-dokumen lain peperiksaan dibawa bersama ke tempat selamat

(ii) Mengawasi dewan/bilik peperiksaan supaya tenteram dan memastikan calon keluar dari dewan/bilik peperiksaan dengan teratur ke tempat selamat

(iii) Memastikan semua calon berada di tempat yang selamat dan semak kehadiran calon

(iv) Memaklumkan kepada Penyelia Kawasan atau SPP JPN dengan segera

(v) Calon dikuarantin di tempat selamat sehingga mendapat arahan seterusnya daripada Pengarah Peperiksaan/Pengarah Pelajaran/PPD/Penyelia Kawasan

5.5 Jerebu

5.5.1 Menerima senarai nama dan alamat penuh calon yang mengambil peperiksaan

5.5.2 Menentukan keselamatan kertas peperiksaan sentiasa terjamin dan disimpan dengan selamat

27

Page 28: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

5.5.3 Mengenal pasti lebih awal bilik kebal dan balai polis yang boleh menempatkan kertas peperiksaan dengan selamat

5.5.4 Bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Pejabat Pegawai Keselamatan, Bahagian Keselamatan Kerajaan Cawangan Negeri, Pegawai Daerah, PPD, JPN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjamin kebajikan calon

5.5.5 Menyimpan senarai nama dan alamat semua Pengawas

5.5.6 Menentukan pusat-pusat peperiksaan alternatif bagi pusat-pusat peperiksaan yang dilanda jerebu sekiranya membabitkan bilangan calon yang kecil

5.5.7 Menentukan semua peralatan dan alat tulis peperiksaan mencukupi

5.5.8 Melaporkan sesuatu kejadian dan perkembangannya kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri pada setiap masa

5.5.9 Menentukan peperiksaan dapat berjalan dengan licin dan sempurna

5.5.10 Bersedia untuk tinggal di pusat peperiksaan yang terlibat

5.5.11 Memberi arahan yang jelas kepada calon mengenai pusat peperiksaan yang dikenal pasti dan pengangkutan yang disediakan

5.5.12 Melaporkan diri ke pusat berkenaan

5.5.13 Mendapatkan bantuan dan kerjasama jawatankuasa bencana alam tempatan untuk menyediakan pengangkutan, bekalan makanan, minuman, perubatan dan keperluan-keperluan lain untuk pusat yang terlibat

5.5.14 Memastikan kertas peperiksaan diedarkan kepada Ketua Pengawas dari bilik kebal asal dengan selamat dan sempurna

5.5.15 Memastikan bilangan pengawas mencukupi untuk mengawas calon hospital dan menggantikan pengawas yang tidak dapat hadir

5.5.16 Memastikan jadual kedatangan diisi dengan lengkap dan sempurna

5.5.17 Menyimpan rekod kehadiran calon yang lengkap untuk dihantar kepada Sektor Penilaian Peperiksaan, JPN

5.5.18 Menentukan bahawa kertas jawapan dikumpul, disimpan dan dikirim dengan selamat dan sempurna

28

Page 29: Senarai Semak Ketua Pengawas

BIL PROSES KERJA YA TIDAK

5.5.19 Memberitahu atau mendapatkan arahan daripada Pengarah Pelajaran (JPN) masing-masing tentang sebarang langkah atau tindakan yang perlu diambil bagi melicinkan perjalanan peperiksaan

5.6 Situasi Pintu Bilik Kebal Yang Tidak Boleh Dibuka Yang Boleh Menjejaskan Perjalanan Peperiksaan

5.6.1 Menghubungi Timbalan Ketua Pengawas di pusat peperiksaan supaya memaklumkan kepada Pengetua/Guru Besar mengenai tindakan selanjutnya

5.6.2 Berada di tempat kejadian sehingga operasi selesai

5.6.3 Membantu Penyelia Kawasan mengeluarkan semua kertas soalan bagi hari tersebut

5.6.4 Membuat laporan lengkap kepada Penyelia Kawasan

G. SELEPAS PEPERIKSAAN

1 Menyerahkan kepada Penyelia Kawasan dokumen peperiksaan berikut

1.1 Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan Arahan Lampiran B

1.2 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) – salinan

kedua dan ketiga

1.3 Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan

1.4 Pelan dewan/bilik peperiksaan

1.5 Jadual Kedatangan (JK)

1.6 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JP)

1.7 Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) – salinan pengirim

1.8 Borang tuntutan pengawasan dan perjalanan (LP/Am 17,

LP/Am 17A)

1.9 Laporan Salah Laku (Jika Ada)

1.10 Borang lain yang berkaitan (nyatakan)

2 Menyerahkan bahan peperiksaan dan alat tulis yang berlebihan kepada Penyelia Kawasan

3 Menyerahkan semua sampul kosong kertas peperiksaan kepada Penyelia Kawasan

4 Menyerahkan lebihan/baki kertas peperiksaan kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan

5 Menghantar Buku Jawapan dan Helaian Tambahan yang telah digunakan/rosak kepada Penyelia Kawasan mengikut arahan Buku Arahan Keselamatan Kerajaan Malaysia Perkara 8, Fasa 7

29

Page 30: Senarai Semak Ketua Pengawas

Tanda tangan: .............................................................................

Tarikh: .............................................................................

30