Senarai Tugas.doc

11
Senarai Tugas / Tanggungjawab GURU MATA PELAJARAN Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan pada masa yang ditetapkan. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan menghantar Rekod Pengajaran Harian untuk disemak oleh Pentadbir sekolah setiap hari Isnin persekolahan. Buku Rekod Pengajaran Guru perlu sentiasa dikemaskini dan diletak dalam bilik guru untuk disemak pada bila-bila masa oleh pentadbir sekolah atau pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan yang melawat ke sekolah. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. Menjalankan Pentaksiran Sekolah (PS) kepada semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 3. Merekod hasil pentaksiran sekolah (PS) secara offline sebelum diisi data tersebut ke dalam perisian pada hujung tahun. Mencetak laporan pentaksiran sekolah dan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 pada hujung tahun Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan khususnya untuk kelas PT3, SPM dan

Transcript of Senarai Tugas.doc

Senarai Tugas / Tanggungjawab GURU MATA PELAJARAN

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata

pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan pada masa yang ditetapkan.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan menghantar Rekod Pengajaran Harian untuk disemak oleh Pentadbir sekolah setiap hari Isnin persekolahan.

Buku Rekod Pengajaran Guru perlu sentiasa dikemaskini dan diletak dalam bilik guru untuk disemak pada bila-bila masa oleh pentadbir sekolah atau pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan yang melawat ke sekolah.

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki.

Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

Menjalankan Pentaksiran Sekolah (PS) kepada semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.

Merekod hasil pentaksiran sekolah (PS) secara offline sebelum diisi data tersebut ke dalam perisian pada hujung tahun. Mencetak laporan pentaksiran sekolah dan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3 pada hujung tahun

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan khususnya untuk kelas PT3, SPM dan STPM

Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran dan PPD.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel KH / Bilik ERT / Sains Pertanian / makmal komputer / pusat sumber serta mengawasi penggunaan peralatan.

Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.

Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

Membantu menguruskan Bank Soalan. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. Bekerja sebagai Team player. GURU TINGKATANPengurusan dan Organisasi Kelas Mewujudkan organisasi kelas yang terdiri daripada :-

Ketua Tingkatan,

Penolong Ketua Tingkatan,

Bendahari,

AJK Kebersihan

(i)Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.

AJK Keceriaan

(i)Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :-

Jadual waktu

Jadual tugas

Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam

diinventorikan

Moto kelas

Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.

Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik

Mengisi Borang Peralatan Kelas dan melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.

Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.

Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut :-

Keceriaan kelas

Kebajikan pelajar

Memastikan kelas berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan selamat pada setiap

masa

Jadual Kedatangan dan kedatangan pelajar

Berada di dalam kelas pada 6.50 pagi setiap hari persekolahan untuk menandakan jadual kedatangan harian dan memantau kerja pembersihan kelas dijalankan. Menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat selewat-lewatnya pada waktu ke-3.

Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.

Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan seperti yang diarahkan :-

Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan (BiIik

Disiplin).

Menjamin keselamatan buku tersebut.

Mengisi Borang Keberadaan Guru (MMI) pada penghujung setiap bulan

Laporan pelajaran, Sijil berhenti, Surat akuan dan SMM

Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.

Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester / penggal.

Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.

Penyelaras SMM.

Menyedia dan mengisi :

Mark Sheet bagi setiap peperiksaan sekolah

SMM

Sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan lulus.Masalah Pembelajaran, Kesihatan diri dan Disiplin Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.

Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah

Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan akademik Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :- Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang Melanggar Peraturan Sekolah yang dapat diperolehi dari Penyelaras Tingkatan atau Bilik Tatasusila.

Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibubapa.

Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.

Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT. Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain danmelaporkan kepada Guru Kebajikan. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

Kutipan yuran dan derma

Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.

Mengutip derma PIBG.

Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.

Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.

Menyerahkan kutipan bayaran sekolah dan Borang Rekod Kutipan Bayaran kelas kepada pegawai yang ditetapkan.

Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

Pendaftaran pelajar baru

Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Darjah / Tingkatan.

Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dan sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa. Menentukan menerima kad kemajuan belajar dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu. Menentukan rumah sukan. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Berpindah Sekolah

Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat.

Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5.

Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

Menentukan buku teks telah dipulangkan. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

Pendaftaran Sukan, Pematauan dan lain-lain

Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan. Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

Guru Kaunselor dan Guru disiplin

Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor.

Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.

Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.

Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem permantauan yang berkesan.

Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.

Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU RUMAHKU supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

Menjalankan rondaan dengan bantuan Guru Bertugas Harian untuk mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pendidikan/PPD.

Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

Mendapat bantuan pihak polis sekira pelajar terlibat dalam kes jenayah.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

GURU DISIPLIN Membantu Guru Besar/Pengetua merangka peraturan sekolah.

Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.

Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar/Pengetua.

Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan pelajar dan guru.

Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku laporan disiplin.

Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.

Menghubungi pihak polis; jika perlu.

Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah [spot check].

Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti:

Penyalahgunaan dadah

Gambar lucah

Video lucah

Majalah lucah

Peras ugut

Kumpulan haram

Bohsia

Bohjan dan lain-lain

Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti:

Hari terakhir peperiksaan awam

Hari Sukan

Hari Keluarga

Majlis-majlis sekolah

PENASIHAT KELAB / PERSATUAN Mengadakan mesyuarat Agung Kelab/Persatuan untuk melantik AJK Kelab/Persatuan berkenaan.

Mengadakan Peraturan/Perlembagaan Kelab/Persatuan.

Merancang kegiatan Kelab/Persatuan untuk satu tahun.

Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Jawatankuasa Gerakerja Kokurikulum seperti Perlembagaan Persatuan, Senarai AJK, Sasaran dan Rancangan Kegiatan Setahun, Anggaran Perbelanjaan dan Keperluan Persatuan. Memastikan setiap itu dijalankan mengikut jadual dan berjalan lancar. Guru Penasihat hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan/kegiatan, kelab/Persatuan, Sukan dan Permainan atau Unit Beruniform.

Mengawal dan mengemaskinikan Papan Kenyataan Kelab/Persatuan, Sukan dan Permainan atau Unit Beruniform.

Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar menyediakan laporan kegiatan mengikut format tertentu selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan dijalankan.

Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya.

Guru Penasihat bertanggungjawab mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam kad.

Mengurus penyertaan ahli Kelab/Persatuan, Sukan dan Permainan atau Unit Beruniform dalam kegiatan atau pertandingan di peringkat daerah/negeri.

Memajukan Kelab/Persatuan dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai.

Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran Kelab/Persatuan atau Unit Beruniform. Guru Penasihat hendaklah menyerahkan wang kepada Penolong Kanan KK. Semua kegiatan lawatan anjuran Kelab/Persatuan, Sukan dan Permaian atau Unit Beruniform hendaklah mendapat kebenaran Pengetua. Bertanggung menyerahkan senarai nama pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan diluar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan H.E.M, Ketua Warden, Penyelia Makanan dan Kewangan.

Bertanggungjawab menempah van/bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.

Memastikan setiap pelajar yang mengikut aktiviti diluar sekolah mempunyai surat kebenaran yang ditandatangani oleh ibu/bapa atau penjaga.

Memastiakan borang pelepasan diisi dengan lengkap dan diedarkan satu salinan kepada PKHEM, PKKK/Sukan, Guru Tingkatan.

Berbincang dengan AJK bagi menyediakan peralatan yang diperlukan dan tatacara untuk melaksanakan aktiviti. Menyediakan laporan lengkap kepada Penolong Kanan KK di akhir tahun.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

GURU RUMAH SUKAN Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.

Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Runah Sukan. Kedatangan dicatat dalam Buku Kehadiran. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan.

Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.

Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.

Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.

Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. JURULATIH SEKOLAH Menentukan sistem latihan yang kemas dan berkesan bagi pasukan.

Memajukan minat pelajar-pelajar dalam pasukan.

Membentuk, membuat pilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka.

Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam permainan.

Menentukan peralatan/gelanggang perasmian sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan.

Menilai prestasi pencapaian pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk meningkatkan prestasi pasukan.

Guru permainan sekolah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Permainan Antara Rumah bagi tiap-tiap jenis permainan.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.