Seni Bina China.pdf

14
SENI BINA CINA Seni Bina Purba China Perkembangan seni bina purba China terbahagi dalam tiga bahagian, iaitu period Dinasti Sui dan Dinasti Tang, Period Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Namun begitu, sejumlah bangunan purba yang bersejarah lama telah musnah di China akibat hakisan dan peperangan. Sejumlah besar bangunan purba China yang dipelihara pada masa ini adalah dibina selepas Dinasti Tang (abad ke-7) China. Dalam seni purba Cina, ia mengutamakan seni bina kayu dari etnik Han dan juga meliputi pembinaan terbaik etnik-etnik minoriti di China dan berkembang seiring dengan perkembangan budaya tradisi China. Dari abad ke-2 sebelum Masihi sehingga pertengahan abad ke-19, sistem seni bina bebas yang tertutup telah terbentuk, ia mempunyai nilai kecantikan dan tahap kesenian yang amat tinggi dan mengandungi erti kemanusiaan yang menlangkau-jauh. Seni purba Cina mempunyai sistem seni unik yang sejarah perkembangannya paling lama, bertaburan paling luas dan gayanya amat menonjol di dunia. Seni purba Cina melahirkan pengaruh langsung terhadap seni bina purba daripada Jepun, Korea, Vietnam dan juga telah memberi pengaruh terhadap seni bina Eropah selepas abad ke-17. Ianya menciptakan seni bina struktur dan gaya seninya yang tidak sama menurut syarat alam dan muka bumi yang tidak sama. Di kawasan aliran Sungai Kuning, di bahagian utara China, penduduk pada zaman semasa itu membina rumah dengan kayu dan tanah kuning, sedangkan di bahagian selatan, buluh dan teberau dan lain-lain telah digunakan sebagai bahan binaan. Struktur rusuk untuk lantai rumah telah digunakan untuk mengelakkan kelembapan dan pengedaran udara.

description

PJM3110

Transcript of Seni Bina China.pdf

Page 1: Seni Bina China.pdf

SENI BINA CINA

Seni Bina Purba China

Perkembangan seni bina purba China terbahagi dalam tiga bahagian, iaitu

– period Dinasti Sui dan Dinasti Tang,

– Period Dinasti Ming dan Dinasti Qing.

Namun begitu, sejumlah bangunan purba yang bersejarah lama telah musnah di

China akibat hakisan dan peperangan. Sejumlah besar bangunan purba China yang

dipelihara pada masa ini adalah dibina selepas Dinasti Tang (abad ke-7) China. Dalam

seni purba Cina, ia mengutamakan seni bina kayu dari etnik Han dan juga meliputi

pembinaan terbaik etnik-etnik minoriti di China dan berkembang seiring dengan

perkembangan budaya tradisi China.

Dari abad ke-2 sebelum Masihi sehingga pertengahan abad ke-19, sistem seni

bina bebas yang tertutup telah terbentuk, ia mempunyai nilai kecantikan dan tahap

kesenian yang amat tinggi dan mengandungi erti kemanusiaan yang menlangkau-jauh.

Seni purba Cina mempunyai sistem seni unik yang sejarah perkembangannya paling

lama, bertaburan paling luas dan gayanya amat menonjol di dunia.

Seni purba Cina melahirkan pengaruh langsung terhadap seni bina purba

daripada Jepun, Korea, Vietnam dan juga telah memberi pengaruh terhadap seni bina

Eropah selepas abad ke-17. Ianya menciptakan seni bina struktur dan gaya seninya

yang tidak sama menurut syarat alam dan muka bumi yang tidak sama. Di kawasan

aliran Sungai Kuning, di bahagian utara China, penduduk pada zaman semasa itu

membina rumah dengan kayu dan tanah kuning, sedangkan di bahagian selatan, buluh

dan teberau dan lain-lain telah digunakan sebagai bahan binaan. Struktur rusuk untuk

lantai rumah telah digunakan untuk mengelakkan kelembapan dan pengedaran udara.

Page 2: Seni Bina China.pdf

Seni Bina China

Terdapat beberapa jenis binaan bangunan yang memaparkan seni bina China dapat

dilihat ialah,

– Istana

– Kuil

– Taman

– Makam

– Pagoda

– Jambatan

– Rumah kediaman

– Pintu gerbang

a) Istana

Istana merupakan bangunan yang besar yang kebanyakannya kelihatan megah

dan berkilau-kilau emas. Tujuan istana ialah memperkukuh pemerintahannya sendiri,

memperlihatkan penghormatan yang mempunyai kuasa mutlak serta memenuhi

keperluan menikmati kehidupan kebudayaan dan etika serta kehidupan kebendaan.

Mulai dari zaman Dinasti Qin, “istana” menjadi tempat kediaman maharaja dan anggota

keluarganya. Bangunan Istana China bercirikan sistem tentang tingkat dan pendokap

yang dimasukan antara ruang atas dengan

– tiang dan alang,

– beratap genting bergelazer kuning emas,

– siling dihias dengan pelbagai lukisan dan ukiran,

– pelantar yang diperbuat daripada batu marmar putih

Dewan Taihe Kota Larangan Beijing merupakan bangunan istana.

Page 3: Seni Bina China.pdf

b) Kuil

Kuil merupakan salah satu bangunan agama Buddha China, berasal dari

bangunan kuil di India dan mulai makmur di China pada zaman Dinasti Wei Utara.

Bangunan itu telah mencerminkan perkembangan kebudayaan masyarakat feudal dan

kemerosotan agama China dan mempunyai nilai sejarah dan nilai kesenian yang

penting.

Pada masa dahulu, orang China mempunyai pandangan dunia tentang feminin

dan maskulin terhadap struktur dan corak bangunan dan menganjurkan penilaian

keindahan bangunan yang seimbang dan dibina rapi dan kukuh. Oleh sebab itu, kuil

China merupakan sekumpulan bangunan berbentuk empat segi, seimbang antara

selatan dan utara di garisan tengah dan sangat kukuh. Selain itu, Kuil Buddha yang

bercorak seni bina taman juga popular di China. Kedua-dua seni bina tersebut

menyebabkan kuil China diselubunyi suasana sunyi sepi.

Reka bentuk kuil China pada masa dahulu, kebanyakannya ialah pintu gerbang

di jalan menuju kuil itu. Di sebelah kiri dan kanan dalam pintu gerbang itu ialah menara

loceng dan menara gendang, Dewan Dewa terletak di tengah-tengannya, terdapat 4

buah patung pahatan vajra dalam dewan itu. Di belakangnya ialah Dewan Daxiong dan

Dewan Untuk Menyimpan Kitab, Rumah Sami dan Ruang makan Sami di kedua-dua

belah di jalan tersebut. Dewan Daxiong merupakan bangunan yang paling penting dan

paling besar di Kuil. “ Daxiong” yang bermakna pengasas agama buddha Sakyamoni.

Kuil Baima Luoyang Kuil Tergantung di Gunung Hengshan

Page 4: Seni Bina China.pdf

c) Makam

Bangunan makam merupakan kompenan yang penting bangunan China pada

zamam silam. Berkonsepkan roh manusia masih kekal selepas kematian orang, orang

China pada zaman silam mementingkan pengebumian selepas kematian. Oleh itu,

rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat membina kubur dengan sungguh-sungguh.

Dalam sejarah yang lama, pembinaan makam China mencapai perkembangan yang

pesat dan terdapat banyak makam maharaja dan permaisuri yang besar dibina pada

zaman silam yang jarang ditemui. Dalam perkembangan sejarah yang lama, bangunan

makam mencerminkan kejayaan pelbagai kesenian yang termasuk seni lukis, kaligrafi,

seni ukir dan lain-lain.

Makam Maharaja Qinshihuang

Terra Cotta dari Zaman Maharaja Qinshihuang yang dikenali sebagai “Keajaiban

ke-8 dunia” merupakan “sepasukan” yang mengawal makam tersebut. Terra Kota iaitu

patung tanah liat berupa kuda dan askar yang diperbuat dengan teknologi yang tinggi

dan disenarikan dalam warisan dunia pada tahun 1987. Suruhanjaya Warisan Dunia

pernah memberi penilaian bahawa terra cotta yang rupanya berlainan di sekitar Makam

Maharaja Qinshihuang bersama dengan kuda, pedati kuda dan senjata, kesemuanya ini

merupakan barang kesenian yang realistik dan juga telah mengekalkan nilai sejarah

yang tinggi.

Terra Cotta- Zaman Maharaja Qinshihuang

d) Taman

Page 5: Seni Bina China.pdf

Pembangunan taman China yang bersejarah lama dan terkenal dalam sejarah

taman dunia. Pada zaman Dinasti Chou pada lebih 3000 tahun yang lalu, taman diraja

merupakan taman yang paling awal dibina di China. Terdapat pelbagai jenis corak

taman di China dan menduduki tempat yang penting dalam 3 jenis taman utama dunia.

Konsep taman China terdiri daripada taman diraja yang besar dan cantik dan taman

persendirian yang kecil, keindahan corak taman tersebut harmonis dengan alam

semula jadi. Antaranya, taman itu dihias dengan bukit buatan, bunga, rumput dan

pokok, halaman, jambatan serta skrol yang ditempelkan di tiang serta papan datar yang

tertulis tulisan yang cantik supaya menghasilkan pemandangan yang indah.

Pemandangan dan corak taman China mencerminkan fahaman Coinfusius China

yang lebih mementingkan unsur taman sebenar, nilai sosial yang tinggi, mementingkan

etika moral dan pentadbiran negara yang berkaitan urusan politik dan mencerminkan

kepercayaan agama Tao China tentang alam dewa yang sunyi dan unsur peristirehatan

serta memperlihatkan gaya dan perasaan pemilik Taman tersebut. Yuanminyuan iaitu

istana maharaja pada musim Panas yang terkenal di China, Kuil Agama Tao Guchang

di gunung Qingcheng Provinsi Sichuan dan beberapa taman sasterawan masing-

masing telah mencerminkan tiga jenis corak taman tersebut. Perbezaan konsep taman

China dan taman barat ialah konsep taman barat mengutamakan bangunan, tetapi

taman China mementingkan keharmonian penilaian keindahan manusia dengan

pemandangan alam.

Taman Suzhou

Yuan Ming Yuan (圆明园)

Page 6: Seni Bina China.pdf

e) Pagoda

Pagoda merupakan bangunan tipikal China dan terdapat di merata-rata tempat di

dalam negeri China. Ia merupakan unsur penting di dalam agama. Tingkat binaan

berubah dari tiga hingga tiga belas. Bahan binaannya terdiri dari kayu, bata dan paduan

kayu dan bata. Pagoda pada asalnya ada hubungan dengan hal-hal agama tetapi

kemudiannya menjadi lambang agama. Kadang kala ia akan bertindak sebagai

lambang atau tugu peringatan.

f) Jambatan

Page 7: Seni Bina China.pdf

Jambatan memainkan peranan yang penting dalam seni bina China. Ia

merupakan salah satu ciri seni bina di dalam lanskap China. Jambatan terbahagi

kepada pelbagai jenis dan bentuk misalnya truss kayu, batu-batu , gayut dan cantilever.

g) Rumah Kediaman

Bangunan kediaman kebanyakannya dibina pada ketinggian satu tingkat.

Struktur ini biasanya dibina daripada tiang kayu dan berdinding bata. Sistem aturan

bangunan bukan sahaja menguasai ukuran, tetapi juga bilangan tiang. Secara tidak

langsung susunan tiang mempengaruhi perancangan dan atur cara sesebuah rumah.

Bilangan ruang bergantung kepada kedudukan seseorang di sisi masyarakat. Sebagai

contoh, maharaja berhak memiliki sembilan ruang, putera terhad kepada tujuh,

Page 8: Seni Bina China.pdf

pembesar kerajaan mempunyai lima ruang dan rakyat biasa terhad kepada tiga ruang

sahaja. Ciri -ciri rumah kediaman orang-orang China adalah seperti berikut :

Ruang pada paksi utara - selatan adalah merupakan ruang utama.

Ruang pada paksi timur - barat adalah merupakan ruang sekunder seperti dapur, bilik air dan setor

Terdapat courtyard pada bahagian tengah ruang dengan di kelilingi oleh ruang yang lain.

Terdapat ciri mesra alam dalam reka bentuk bangunan seperti pancutan air, taman bunga, batu-batu tersusun dan batu tempat memijak.

h) Pintu Gerbang

Tujuan utama binaan ini dibina ialah sebagai tugu peringatan kepada seseorang

yang terkenal atau ternama. Bahan binaan Pai Lou adalah daripada kayu atau batu. Ia

biasanya mempunyai satu atau tiga pintu. Seni binanya terdiri daripada tiang untuk

menyokong alang dan di atasnya dihiasi dengan bumbung mahkota yang dipadankan

dengan menggunakan tile yang berwarna.

Ciri-Ciri Seni Bina China

Page 9: Seni Bina China.pdf

Seni bina China lebih kepada prinsip simetri dan keseimbangan. Bahagian penting

dalam seni bina China:

Lantai

Dinding

Pintu gerbang

Tiang

Bumbung

Hiasan

i) Lantai

Podium atau lantai daripada tanah membayangkan sifat rendah diri, ditambah

pula dengan kegunaan batu atau bata untuk keutuhannya. Perbezaan ketinggiannya

dan hiasannya bergantung kepada kedudukan/nilai bangunan tadi.

Contoh lantai podium

Podium

Page 10: Seni Bina China.pdf

Fungsi utama binaan ini adalah untuk mengelakkan bangunan daripada basah dan

lembab. Ciri-ciri podium ialah :

– Bahan binaan utama ialah batu dan tanah.

– Tinggi podium berubah mengikut pangkat bangunan itu.

– Tiang kayu diletakkan di atas batu pada podium untuk memelihara bahagian bawah tiang itu daripada reput dan diukir dengan gaya seni yang menarik.

ii) Dinding

Dinding dan pembahagi ruang biasanya tidak digunakan sebagai elemen struktur

(hanya sebagai dinding nipis, bahannya daripada kayu dan tidak sepenuh tinggi).

Ciri -ciri dinding seni bina China ialah :

– Dinding nipis dan diperbuat dari kayu.

– Dinding tidak berfungsi untuk menerima sebarang tekanan berat daripada lantai, rasuk dan bumbung.

– Mempunyai nilai estetik yang tinggi.

– Dinding dicat dengan warna yang mempunyai fungsi untuk memelihara kayu daripada serangga dan juga mengelakkannya daripada reput.

– Warna yang biasa digunakan ialah merah, putih, kuning dan hitam.

– Bahan binaan utama adalah batu-bata dan kayu

– Dinding bata mempunyai jubin (tiles) yang licin dan berwarna

– Terdapat juga dinding nipis yang diperbuat daripada kayu

iii) Pintu Gerbang

Kayu merupakan bahan binaan utama dan dibina secara bertingkat. Ianya bertindak

sebagai pintu masuk ke kuil, tugu, tempat perkuburan dan bandar

iv) Tiang

Kegunaan bahan kayu untuk struktur bangunan seperti tiang dan lain-lain. Struktur ini

Page 11: Seni Bina China.pdf

pula dibina dengan cara yang tersendiri berbanding dengan negara Barat umpamanya

sistem 'truss' rumah digunakan untuk bumbung di dalam seni bina Barat tetapi di sini

digantikan dengan sistem 'tou-kung'. Sistem struktur ini memberi kebebasan untuk

berkembang ke pelbagai arah.

Contoh sistem struktur kayu

Contoh Sistem 'tou-kung'

Jujuran (cantilever)

Terdapat beberapa jenis jujuran pada cucuran bangunan seni bina China. Lakaran

cucuran adalah seperti di bawah :

Page 12: Seni Bina China.pdf

v) Bumbung

Merupakan ciri terpenting seni bina China. Bumbung mempunyai hiasan dan ukiran

yang menarik dan disusun secara bertingkat. Bumbung mempunyai atap genting

berwarna.

Page 13: Seni Bina China.pdf

Bumbung adalah unsur terpenting ditegakkan oleh tiang bebas dari dinding. Bahan

binaan utama untuk struktur bumbung ialah kayu. Biasanya kayu yang digunakan

berbentuk segi empat dan berwarna merah. Terdapat empat bentuk asas bumbung iaitu

Bumbung panjang

Bumbung lima

Campuran bumbung panjang dan bumbung lima

Bumbung pyramid

Contoh-contoh bumbung panjang

Contoh bumbung lima

Page 14: Seni Bina China.pdf

Campuran Bumbung Panjang dan Bumbung Lima

Contoh bumbung piramid

vi) Hiasan

• Banyak menunjukkan ciri-ciri kebangsaan

• Hiasan seni bina China lebih kepada bentuk binatang dan manusia