seni bina kediaman melayu

download seni bina kediaman melayu

of 51

description

keunikan seni bina rumah melayu malaysia tradisional.

Transcript of seni bina kediaman melayu

  • SENI BINA TRADISIONALRUMAH TRADISIONAL MELAYU

  • PENGENALAN

    1.Seni bina rumah Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti cara hidup, alam sekitar, iklim dan faktor ekonomi. Faktor persekitaran yang kaya dengan hutan hujan tropika membekalkan jenis-jenis kayu keras untuk bahan binaan.

    2 Iklim panas dan lembap mempengaruhi reka bentuk rumah yang dibina. Contohnya, rumah dibina tinggi untuk menggalakkan pengudaraan. Cara hidup, adat resam, nilai dan anutan agama turut mempengaruhi seni bina, terutama dari segi konsep ruang dan bilangan ruang dalam rumah.

    3 Kegunaan ruang rumah juga mempunyai kaitan dengan kegiatan ekonomi pemilik rumah sama ada sebagai petani atau nelayan. Rumah berpanggung ialah jenis rumah yang mula-mula didirikan oleh orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Rumah berpanggung ini bertiang, dan mempunyai lantai yang tinggi dari permukaan tanah sertabumbung berbentuk huruf 'V terbalik yang dikenali sebagai 'lipat kajang'. Pada pertemuan bumbung terdapat kayu panjang lurus yang dipanggil 'tulang bumbung'.

  • SEJARAH RINGKAS1 Catatan seni bina terawal dikesan melalui buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku tersebut ada menerangkan tentang seni bina istana Sultan Mansur Syah, iaitu pemerintah Kesultanan Melayu Melaka (1459-77).

    2 Terdapat penjelasan tentang peraturan adat istiadat yang melarang orang awam atau orang kebanyakan mendirikan rumah beranjung. Rumah beranjung dikhaskan hanya untuk golongan diraja. Rumah beranjung ialah rumah yang mempunyai ruang tambahan yang terletak di hadapan serambi. Demikian juga rumah bertingkat yang dikhaskan untuk golongan istana.

    3 Sejarah Johor pula mencatatkan tentang Laksamana Belanda, Cornelius Matelief yang melawat ke kampung-kampung Melayu pada awal kurun ke-17. Beliau melaporkan tentang rumah orang Melayu yang dibina di sekitar Sungai Johor.

    4 Menurut beliau, rumah-rumah tersebut didirikan di atas tiang yang dipacakkan di tepi sungai. Gambaran ini menunjukkan asas binaan rumah yang dibuat daripada batang nibung, pinang, buluh, nipah, rumbia dan bertam. Abdullah Munsyi dalam catatannya ke pantai timur (1838), memaklumkan rumah orang Melayu yang berbumbung panjang, berlipat kajang, bertiang dan berpanggung.

  • Rumah Melayu1. Bentuk rumah melambangkan corak budaya bangsa si pemiliknya.Rumah Melayu tradisional adalah jenis rumah berpanggung ataurumah bertiang.3. Fungsi rumah ialah sebagai:(a) tempat berlindung daripada ejen cuaca seperti hujan, panas, dan angin(b)tempat menjalankan urus niaga(c)tempat urusan pentadbiran(d)tempat mengasuh dan lain-lain lagi

  • Struktur Asas Rumah Melayu Tradisional

  • 1 Tiang merupakan struktur yang penting dalam menentukan ketahanan dan kestabilan binaan sesebuah rurnah

    2 Pada masa dahulu, kaki tiang ditanam ke dalam tanah. Kemajuan dan peredaran zaman telah membawa perubahan dan penambahan apabila kaki tiang dibuat daripada konkrit dan disebut lapik tiang atau alas tiang-

    3 Tiang utama yang lain ialah tiang di tengah rumah, iaitu tiang seri. Tiang lain termasuklah tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang tambah dan sebagainya.4. Tiang rumah diperbuat daripada kayu jenis keras. Tiang rumah boleh berbentuk bulat, empat segi bujur, tinggi atau rendah, bergantung kepada selera yang empunya rumah.(a) Rumah besar sembilan tiang(b) Rumah sederhana tujuh tiang(c) Rumah kecil lima tiang

    5. Kebanyakan tiang rumah dialas dengan batu alas kecuali rumah-rumah yang tiangnya mencecah ke dalam air.TIANG

  • 16.Bagi masyarakat nelayan, rumah mereka terletak di pinggir-pinggir sungai, tasik, atau laut. (a) Tiang-tiang dipacakkan ke dasar sungai, tasik, atau laut tanpa lapik batu alas.(b) Pelantar dibina di bahagian hadapan rumah untuk memudahkan turun naik ke sampan atau untuk memunggah barang-barang.18. Rumah-rumah yang terdapat di kawasan sawah mempunyai tiang yang tinggi supaya matahari dapat membahangi bahagian bawah rumah yang bertanah lembut. Di bawah rumah dibuat jelapang atau kepungan untuk menyimpan padi, juga dijadikan tempat mengirik atau . mengangin padi.19. Rumah-rumah yang dibina di kawasan kebun hampir sama keadaannya dengan rumah yang dibina di kawasan sawah padi; hanya fungsi tiangnya yang berbeza. Tiang-tiang yang tinggi dipacakkan untuk mengelakkan binatang buas daripada naik ke atas rumah.

  • 1. Pada peringkat permulaan, tangga dibuat daripada kayu bulat yang diikat dengan rotan atau akar. Lama-kelamaan, rumah Melayu tradisional divariasikan dengan tangga papan dan diikuti dengan bahan konkrit. Malahan pengaruh dari Negara China telah membawa kepada tangga batu yang bersalut jubin di Melaka.Tangga2.Tangga rumah dibina daripada kayu, papan, atau batu. Biasanya, rumah Melayu tradisional mempunyai sekurang-kurangnya tiga buah tangga, iaitu: (a) tangga di bahagian serambi atau anjung rumah(b) tangga selang (di bahagian antara rumah dapur dengan rumah ibu)(c) tangga bahagian dapur

    3. Di bawah tangga biasanya diletakkan sekeping papan atau batu segiempat bujur yang rata dan tebal untuk meletak kasut atau selipar.

    4. Di sisi tangga pula terdapat satu tempayan yang berisi air untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Gayung yang diperbuat daripada tempurung digunakan untuk mengambil air.

  • LantaiRumah asal Melayu tradisional berlantaikan bilah yang diperbuat daripada batang pinang atau buluh. Bilahan ini disusun atas gelegar dengan ikatan kemasan menggunakan rotan atau akar.2 Seterusnya penggunaan lantai ditukarkan kepada papan yang digergaji dan berketam.

  • Dinding1.Masyarakat Melayu lama menggunakan daun pokok seperti bertam, cucuh, enau, rumbia dan daun nipah yang disusun terlebih dahulu untuk membuat dinding rumah.2.Di samping itu, penggunaan buluh atau bemban juga amat penting. Buluh atau bemban dianyam dengan cantik membentuk pelbagai jenis kelarai.3 Antara kelarai yang dihasilkan untuk dinding ialah kelarai bunga, kelarai tampuk manggis, kelarai siku keluang dan lain-lain.4 Antara anyaman kelarai dinding yang menarik terdapat di Muzium Diraja Perak. Kini, papan telah digunakan sebagai dinding dan disusun sama ada secara menegak atau melintang.9. Dinding lazimnya diperbuat daripada papan yang disusun timpa-menimpa secara melintang. Jumlah 22 keping papan dinding dikatakan bilangan yang paling baik10. Terdapat juga dinding yang diperbuat daripada bilah buluh yang telah dianyam.

  • Pintu danTingkap1 Pintu rumah tradisional Melayu yang sering digunakan ialah pintu yang berselak dan berpalang, tetapi kini telah digantikan dengan pintu yang berkunci dan bermangga.2 Lazimnya, rumah tradisional Melayu mempunyai tiga buah pintu masuk yang terletak di serambi, bahagian selang dan dapur. Pintu lain terdapat di bahagian rumah yang menjadi pemisah ruang seperti bilik, ibu rumah dan sebagainya.3 Tingkap pula diperbuat daripada jenis daun tingkap yang dibuka menghala ke luar. Terdapat tingkap yang panjang hingga ke lantai dan ada yang pendek. Sesetengah tingkap juga dilengkapi kekisi.11. Jendela rumah biasanya dibina tinggi kadang-kadang setinggi orang berdiri. (a) Dari jenang di bahagian atas hingga ke bendul jendela terbuka luas, tetapi disekat dengan kekisi yang diperbuat sama ada daripada ukiran kayu atau besi.(b) Daun jendela biasanya diperbuat daripada kepingan papan yang itu disusun menegak dengan sedikit renggang.(c) Di bahagian atas jendela, iaitu di antara jenang dan alang buang, terdapat salir angin yang diperbuat daripada papan yang ditebuk dengan ukiran ataupun secara silangan kayu.(d) Bagi golongan berada, salir angin dipasang dengan kepingan kaca yang berwarna.

  • Bumbung1 Struktur bumbung rumah tradisional Melayu merangkumi kayu alang, iaitu kepala tiang hinggalah ke tulang perabung yang berada di puncak atau atas sekali.2 Antaranya ialah kayu kasau jantan, kasau betina, gulung-gulung, tunjuk langit, naga-naga, larian tikus, tulang perabung, jeria, atap dan sebagainya. 6. Rumah dibina pada kedudukan di mana cahaya matahari boleh memasuki tetapi tidak membahangi ruang di dalam rumah.7. Bumbung rumah Melayu biasanya diperbuat daripada anyaman nipah. Atap nipah ini menyamankan udara serta tidak mudah menyerap bahang.8.Atap-atap disusun secara berlimpap-limpap supaya air hujan mudah dialirkan ke tanah, selain daripada dapat menahan hujan, tempiasan air, dan pancaran cahaya.12. Bumbung dibina khusus untuk mengelakkan tempiasan air hujan.(a) Hujan yang turun akan meluruh ke bawah dengan laju dan lancar.(b) Apabila tiba di pertembungan antara dua bumbung, pengaliran air menjadi perlahan dan tidak selaju seperti pada awalnya. Ini membolehkan air dialir jauh ke kaki bumbung dan tidak mengalir masuk melalui jendak atau alir angin.(c) Proses basah bahang membolehkan kayu rumah terselamat daripada menjadi reput dan lapuk.

  • Rasuk1 Rasuk ialah kayu yang berfungsi sebagai pengikat rangka rumah.2 Sebutan 'rasuk' berbeza mengikut negeri. Di Terengganu dan Kelantan ia disebut 'belira', manakala di Melaka dan Negeri Sembilan ia dipanggil 'kayu pelancar'

  • Prinsip Binaan: Rumah Melayu tradisional dibina sedemikian rupa supaya cahaya matahari boleh memasukinya tetapi tidak membahangi ruang di dalamnya. Ini disebabkan oleh bahan binaan dan teknik pembinaan yang digunakan, serta dikelilingi oleh pohon rendang yang membra ke.t$diih.an.dj samping pokok-pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan.

  • Bahagian-bahagian rumah

  • Klasifikasi Rumah

    1. Adat resam orang Melayu mengutamakan prinsip ajaran agama Islam, iaitu melarang pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.

    2 Peraturan ini turut disesuaikan pada konsep ruang dalam rumah. Ruang rumah tradisional Melayu dibahagikan kepada empat pembahagian atau ruang utama, iaitu:

    (a) Ruang lelaki - terletak di bahagian hadapan, iaitu serambi, anjung dan lepau.

    (b) Ruang perempuan - terletak di bahagian tengah rumah yang digunakan oleh kaum wanita, tempat tidur suami isteri dan anak perempuan. Ruang ini juga dikenali 'pasis' yang menempatkan bahagian selang atau selasar, kelek anak dan jemuran.

    (c) Ruang umum - merujuk dapur, serambi, anjung, pelantar dan lepau.

    (d) Ruang persendirian - termasuk bilik tidur.

  • Ruang untuk menyambut tetamu, membuat kerja-kerja ringan seperti menyirat jala, mengasah parang dan lain-lain.Anjung

  • Serambi rumah

    (a) Tempat melayan tetamu yang berkunjung.

    (b) Tempat mengadakan perundingan atau mesyuarat yang penting.

    (c) Tempat menjalankan urusan yang berkaitan dengan adat istiadat dan keagamaan seperti perkahwinan, kenduri, dan menguruskan kematian.

    (d) Tempat tidur anak-anak lelaki bujang. 2 Serambi-ruang ini dijadikan tempat tidur anak lelaki bujang dan ruang untuk mengadakan kenduri bagi orang lelaki. Serambi juga dijadikan tempat perundingan dan permuafakatan penting.

  • Rumah ibu

    (a) Bahagian tengah rumah.

    (b) Dijadikan tempat untuk pelbagai aktiviti oleh kaum perempuan terutamanya yang berhubung dengan perkahwinan.3 Rumah ibu-ruang ini dijadikan tempat untuk memandikan mayat, tempat menyunatkan anak lelaki, upacara berubat, majlis-majlis adat seperti perkahwinan dan tempat tidur.

    4 Bilik-anak gadis akan tidur di dalam bilik.

  • Bilik Dalam

    Dijadikan bilik pengantin apabila berlangsung majlis perkahwinan.

  • Pelantar rumah

    (a) Menggunakan sebuah tangga kecil yang terletak di antara rumah ibu dengan rumah dapur.

    (b) Biasanya tidak beratap.

    (c) Menjadi tempat untuk menadah air hujan.Tetamu, terutama perempuan akan menggunakan tangga tengah untuk masuk ke dalam rumah.

  • (a) Tempat memasak.

    (b) Biasanya bahagian yang paling hujung sekali.(c) Rumah dapur-ruang yang didominasi oleh golongan perempuan.

    (d) ruang untuk memasak dan menempatkan para untuk simpanan barangan dapur. Ruang ini lebih kerap digunakan oleh kaum wanita.Dapur

  • (a) Terletak di hujung atau di sebelah dapur.

    (b) Tempat membasuh pinggan mangkuk dan juga memasak.

    (c) Terletak berdekatan dengan dapur (tempat memasak).(d) ruang ini dijadikan tempat membasuh pinggan mangkuk dan tempat memasak kerana ia terletak berdekatan dengan dapur.Pelimbahan

  • (a) Terletak di bahagian atas rumah ibu.

    (b) Tempat menyimpan barang-barang yang digunakan sekali-sekala.

    (c) Tempat pengantin dihias sebelum majlis berinai atau bersanding dimulakan.

    (d) Tempat tidur bagi gadis-gadis bersama-sama dengan pengantin perempuan.Peran

  • Bahan

  • 1. Kayu merupakan bahan binaan yang sangat sesuai kerana kayu:

    (a) memiliki' sifat alamiah yang sangat baik

    (b) mempunyai sifat anjal dan mudah dibentuk

    2. Jenis-jenis kayu yang sesuai dibuatrumah ialah:

    (a) kayu seraya(f)tembusu

    (b) rambai daun(g)merang

    (c) berlian(h)meranti

    (d) resak(i)naga

    (e) cengal

    4. Bahan keperluan lain ialah jenis-jenis buluh lentik (buluh kasap), buluh akar, dan buluh minyak.

  • 5. Buluh biasanya diracik dan dianyam dalam berbagai corak untuk membuat dinding.. Kayu juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

    6. Bermacam-macam jenis atap digunakan untuk membuat bumbung rumah. Misalnya, atap cucuk daripada bertam, nipah, ijuk, rumbia, ataupun atap kayu.

    7. Daun yang digunakan untuk membuat atap ialah daun nipah, bertam, dan rumbia. Daun ini diikat pada bahagian mengkawan, iaitu sebatang pelepah kelapa atau buluh dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada kulit pokok bemban.

    8. Pelepah nipah hendaklah ditebang ketika bulan gelap, daripada daun yang benar-benar tua (berwarna hijau tua) supaya atap yang dihasilkan tahan lama.

    9. Kayu didapati dari kawasan persekitaran dan juga dari hutan.

  • Jenis-jenis Rumah Melayu

  • 1. Walaupun rumah-rumah Melayu berbeza dari segi jenis dan bentuk, tetapi binaan dan strukturnya tetap sama.

    Perbezaan pada reka bentuk dan saiz rumah berlaku disebabkan:

    Faktor individu - reka bentuk dan saiz rumah bergantung kepada kemampuan si pemilik.Faktor pengaruh dari luar contohnya:

    Rumah Melayu di Kelantan, Terengganu, dan Pahang dipengaruhi oleh reka bentuk Siam dan Majapahit.Rumah Melayu di Melaka dipengaruhi oleh reka bentuk rumah-rumah di Patani.Rumah Melayu di Johor dipengaruhi oleh reka bentuk, rumah-rumah orang Belanda,rumah limas, dan rumah perabung lima.Rumah Melayu di Negeri Sembilan dipengaruhi oleh reka bentuk rumah-rumah di Minangkabau.Rumah Melayu Perak dipengaruhi oleh reka bentuk rumah-rumah orang Banjar, Acheh, Panai, Mendailing, Boyan, dan lain-lain lagi.

  • Rumah perabung panjang (rumah bumbung panjang)1. Merupakan jenis dan reka bentuk rumah Melayu yang terawal.

    2. Asalnya rumah adalah berbumbung tinggi dan curam.

    3. Mempunyai satu perabung sahaja, biasanya diperbuat daripada atap nipah,

    4. Bagi orang-orang yang berada, perabung diperbuat daripada genting yang diimport dari luar negeri.

    5. Peiabung lumah. adalala pan}ang dan berkedudukan melintang.

    6. Tinggi rumah jenis ini pada zaman dahulu (dari tanah ke lantai) ialah antara 120 cm - 150 cm dan bumbungnya pula adalah curam.

    7. Ketinggian rumah kini adalah lebih rendah, iaitu di antara 90 cm - 120 cm (dari tanah ke lantai) dan bumbungnya pula kurang curam.

    8. Rumah jenis ini amat popular di kalangan orang-orang yang kurang berada yang tinggal di luar bandar.

    9. Rumah jenis ini boleh didapati di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.

  • l. Rumah jenis ini mungkin seusia dengan rumah perabung panjang.

    2. Reka bentuk rumah adalah sederhana, kecil, dan ruangnya pula amat terhad.

    3. Biasanya rumah dibina dengan enam tiang sahaja dan tiang-tiang ini didirikan dalam dua baris yang sejajar (tiga tiang pada satu baris).

    4. Bumbung berbehtuk tirus,mengandungi dua tutup bumbung yang dilipat seperti huruf 'v' terbalik.

    5. Mempunyai lebih kurang empat buah tingkap dan dua buah pintu.

    6. Dinding diperbuat daripada papan yang telah diketam.

    7. Terdapat juga dinding yang diperbuat daripada pelupuh buluh yang dipasung dengan cara menegak dan dikapit dengan kayu-kayu kecil yang dipanggil kambi.Rumah bujang (rumah janda)

  • 1. Rumah jenis ini mempunyai 12 batang tiang yang disusun dalam tiga baris. Juga dikenal sebagai rumah serambi atau rumah tradisional Terengganu.2. Reka bentuk rumah adalah sama dengan reka bentuk rumah Bujang, cuma rumah jenis ini adalah lebih besar. Rumah jenis ini biasanya dipunyai oleh orang-orang yang berada.3. Kadang kala terdapat tambahan di sebelah atau dua belah sekali di peringkat rendah yang dipanggil selasar atau lombar.4. Bumbungnya diperbuat daripada genting senggora yang diimport dari Negara Thai.5.Terdapat sepasang tebar layar yang dipasang dengan menarik sekali.6. Dinding, tingkap, dan pintu rumah dihiasi dengan ukiran-ukiran yang indah.7. Dindingnya berbentuk dinding kembung atau dinding lidah buaya.8. Di sebelah atas pintu dan tingkap rumah terdapat kerawang-kerawang bentuk bunga halus atau ayat-ayat Quran yang diukir dengan ukiran tebuk. Kerawang-kerawang9. ini dijadikan perhiasan dan untuk laluan udara. Bagi orang biasa, ini merupakan hanya lubang jeriji sahaja.10. Tiang rumah adalah diperbuat daripada kayu cengal.11. Tinggi rumah (dari tanah ke lantai) ialah lebih kurang 150 cm - 180 cm.12. Pada masa dahulu, tiang-tiang ditanam lebih daripada 60 cm ke dalam tanah13. kini, pelapik simen digunatan untuk mengalas kaki-kaki tiang itu.Rumah tiang dua belas

  • 1. Rumah dibahagikan kepada ibu rumah, rumah dapur, anjung, dan serambi.

    2. Serambi dan anjung tidak bertutup atau berdinding sepenuhnya; hanya bahagian pangkal serambi sahaja yang berdinding.

    3. Bahagian serambi adalah selari dengan bahagian ibu rumah.

    4. Bumbungnya tinggi dan curam; diperbuat daripada atap rumbia dan atap ijuk. -.

    5. Bagi orang yang berada, bumbung rumahnya diperbuat daripada genting Cina.

    6. Terdapat ukiran-ukiran pada kekisi, bahagian dinding dalam, dan pada jenang, tangga, tiang, dan lain-lain lagi.

    7. Ukiran ini dihasilkan untuk tujuan hiasan dan juga sebagai laluan udara.

    8. Bumbung bahagian dapur diasingkan untuk memberi ruang yang lebih luas kepada ibu rumah dan bahagian serambi.Rumah perabung lima

  • 1. Mempunyai lima perabung yang menjadi bumbung utama kepada serambi dan ibu rumah.2. Tidak menggunakan tebar layar.3. Mempunyai ciri-ciri reka bentuk rumah moden.4. Bukan jenis rumah Melayu yang asli, tetapi telah dipengaruhi oleh gaya rumah orang-orang Belanda.5. Pada zaman pemerintahan Belanda dan Inggeris di Tanah Melayu, banyak rumah- rumah daripada jenis ini didirikan.6. Kerajaan Inggeris membina rumah-rumah jenis ini untuk kegunaan pegawai-pegawai Inggeris dan kaki tangannya.7.Tukang Melayu mengubah suai bentuk rumah ini kepada bentuk kemelayuan. Contohnya, bumbung rumah yang rendah telah ditinggikan sedikit, iaitu lebih kurang sebanyak 30 cm - 60 cm. 8. Rumah jenis ini boleh ditemui di seluruh negeri Melaka terutamanya di kawasan Masjid Tanah, Serkam, dan Tangga Batu.9. Rumah jenis ini juga terdapat di Kota Tinggi, Johor (di Kampung Makam, Kampung Jawa, Kampung Johor Lama, Panchor, dan Sayong).10. Ahli-ahli seni bina Malaysia pada umumnya menganggap bentuk rumah Melayu Melaka sebagai bentuk asli rumah Melayu di Malaysia.Rumah Melayu Melaka

  • 1. Strukturnya sama seperti rumah Melaka; cuma bentuk bumbungnya yang berbeza.

    2. Bumbung rumah jenis ini dibuat lentik seperti tanduk kerbau.

    3. Menyerupai bentuk rumah adat di Minangkabau tetapi tidaklah selentik bumbung rumah Minangkabau asli.

    4. Rumah Minangkabau boleh ditemui di banyak tempat di Negeri Sembilan, terutamanya di daerah Chengkau, Kota, Tampin, dan Kuala Pilah.

    5. Kerajaan Negeri Sembilan berusaha memastikan agar setiap bangunan utama di negeri itu dilengkapi ciri-ciri budaya tempatan yang melambangkan identiti negeri. Contohnya, pada Bangunan Istana Lama Seri Menanti, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Rumah Undang Rembau, dan sebagainya.Rumah Minangkabau

  • 1. Rumah jenis ini mungkin berasal dari Muar.

    2. Binaannya agak rendah serta kecil.

    3. Mempunyai anjung di hadapan.

    4. Bumbung rumah agak rendah dan tidak mempunyai pangkal serambi.

    5. Lain-lain bahagian pada rumah ini adalah seperti rumah-rumah Melayu yang lain.

    6. Rumah jenis ini boleh ditemui di banyak tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor, Terengganu, Selangor, dan Pahang.

    7. Di kawasan Muar, Serkam, dan Kesang, rumah jenis ini telah diubah suai kepada bentuk Rumah Baju Kurung.

    8. Rumah Baju Kurung menampakkan penambahan jerejak-jerejak kayu yang diatur seperti pagar di bahagian bawah rumah.Rumah Limas (rumah Melayu Muar)

  • 1. Rumah jenis ini mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20.

    2. Merupakan sejenis rumah limas yang telah mengalami proses pengubahsuaian.

    3. Mempunyai dua bumbung yang selari dan memanjang.

    4. Mempunyai tebar layar yang rendah, kecil, dan menghadap ke hadapan.

    5. Terdapat bukaan atap yang kecil di penghujung bumbung, menggantikan lantai alang buang.

    6. Pada tiap-tiap puncak bumbung. di bahagian hujungnya didirikan sebatang kayu segi yang tajam setinggi kira-kira 75 cm - 90 cm. Kayu ini dipercayai boleh menghalang langsiur dan pelesit daripada bertenggek di atas bumbung itu.

    7. Orang Melayu di Pantai Barat memanggilnya 'kayu tanda' sementara orang-orang di Pantai Timur menggelarnya 'buah buton'.Rumah bumbung Perak ( rumah potong Perak)