seni cetakan pelbagai tamadun

download seni cetakan pelbagai tamadun

of 34

  • date post

    11-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    14.688
  • download

    10

Embed Size (px)

description

menengahkan sedikit sebanyak maklumat mengenai sejarah cetakan pelbagai budaya dan tamadun..

Transcript of seni cetakan pelbagai tamadun

1.0 CETAKAN 1.1 Pengenalan

Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli. Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7 Masihi di China. Seterusnya industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya. Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.

Media Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela. Warna Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat, papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang masing-masing menghasilkan warna yang berbeza. Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafis menggunakan sampai tujuh plat. Tiap penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap. Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi.

Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa) warna yang telah tercetak sebelumnya. Pada teknik grafis seperti chine-coll atau monotype, pegrafis kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak. Konsep warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak digital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau ruang warna lain

Jenis cetakan Jenis cetakan klasik merangkumi : a) cetakan timbul ( relief ) b) cetakan benam ( intaglio ) c) cetakan datar ( planography/litography ) d) cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )

1.2 Cetakan Tamadun Melayu

GALERI Petronas baru-baru ini melancarkan pameran pertamanya untuk tahun 2009 yang bertajuk: Go Block: Five Contemporary Malaysian Printmakers. Pameran tersebut merupakan satu pertunjukan yang meraikan amalanamalan baru dalam seni cetak di Malaysia melalui hasil karya baru oleh lima orang seniman iaitu Juhari Said, Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan Shahrul Jamili.

Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air. Seniman Malaysia dan ahli akademik yang disegani, Prof. Dr. Sulaiman Esa telah menyempurnakan majlis pelancaran pameran tersebut, termasuk buku iringan pameran yang mempunyai judul yang sama pada 17 Februari lalu. Go Block dikurator oleh Badrolhisham Mohamad Tahir dengan mengetengahkan 15 hasil karya terbaru artis tempatan yang bertujuan mengajak orang ramai meneroka seni cetak sebagai satu bahan tara berciri dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan kesenian di Malaysia hari ini. Konsep asas pameran itu adalah bagi menyedarkan orang ramai bahawa wujudnya satu bentuk alternatif pada proses seni cetak biasa yang selalunya terhad pada penggunaan dakwat, blok cetak, kertas dan tindakan menghentak atas permukaan kertas. Melalui pameran itu, ia menggalakkan penggunaan bahan tara selain dakwat yang boleh diacu dan dibentuk kemudian dipadukan bersama bagi menghasilkan satu hasil karya seni baru yang unik. Idea asas sebenar pameran itu ialah untuk memberikan definisi baru tentang seni cetak. Pameran tersebut turut menerokai penggunaan pelbagai bahan harian seperti konkrit, kayu, tanah dan lapisan logam sebagai bahan tara, selain menggunakan dakwat yang diacu ke dalam bentuk-bentuk tertentu secara berulang-ulang bagi mendapatkan hasil seni muktamad yang diinginkan. Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi. Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni

kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturanperaturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri kini menjadi semakin kabur. Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman Malaysia yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan.

Golongan seniman yang menyertai pameran Go Block itu merupakan antara yang berpengaruh dan berdedikasi dalam amalan seni kontemporari iaitu mereka bertanggungjawab untuk memecah batasan bagi menjadikan seni cetak lebih relevan pada masa kini. Menurut Pengarah Galeri Petronas, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Go Block merupakan satu pameran yang membuka jalan baru dalam memperkembang seni cetak kepada satu tahap terkini. "Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan kerana mudah bagi orang ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Bagaimanapun, kami ingin mencabar pemikiran orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas selembar

kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi," katanya

SECARA tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia.

Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagi teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa dihunakan hdala seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Proses menghasilkaan cetakan timbul ialah dengan Meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki. Langkah menghasilkan cetakan stensil Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak,letakkan iime yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna diatas pemidang skrin. Angkat perlahanlahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar.

1.3 Cetakan Tamadun Islam

Cetakan Tamadun Islam lebih berunsurkan Islamik seperti ayat suci al Quran dan unsur geometri. Dalam tamadun islam, kebanyakan hasil seni amat menjauhkan lambang/simbol perantaraan antara manusia dan Tuhan. Hampir semua karya menggunakan unsur dalam motif hiasan. Kegiatan cetakan ketika itu, kebanyakannya berasaskan kayu dan setengahnya dicetak dengan pencetak seperti penghasilan ayat suci al-Quran. Reka corak cetakan adalah kaligrafi (menekankan keseimbangan pola positif dengan negatif) dan berunsurkan kehidupan Islam. Kebanyakan corak adalah menegak ke atas dan bermula dari bawah kerana menggambarkan Tuhan Yang Esa dan Satu. Cetakan dalam tamdun ini tidak menjadikan objek manusia sebagai subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada Tuhan secara tampak. Seni cetakan dihasilkan bertujuan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam serta kebanggaan kerana keunikan dan kehalusan pembuatannya. Unsur seninya adalah kontemporari iaitu campuran pelbagai media dan agak moden. Namu