SENI DALAM PENDIDIKAN.
Transcript of SENI DALAM PENDIDIKAN.
1
1. PENDAHULUAN
Menurut Zulkifli Yaakob dan Mohd. Jamel Ismail, ( 2009 ). Pendekatan Bertema seringkali
digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program
ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan
kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan
minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka
pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia
merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan
maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk
pembelajaran.
2. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN
BERTEMA
Menurut Cummings (1989), pengajaran bertema sebenarnya pendekatan yang paling kompleks dan
komprehensif berbanding dengan pendekatan lain. Manakala menurut Kostelnik (1989), “theme
teaching involves offering children an array of activities built arraound a central idea.”
Kenyataan ini disokong oleh Machedo (1989), yang mendefinisikan pendekatan bertema sebagai
suatu koleksi atau himpunan kumpulan bahan, aktiviti dan teknik yang disusun berpandukan sekitar
konsep atau idea tertentu. Subjek atau idea ini menyentuh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.
Ia adalah satu alat pengelolaan yang memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk
mewujudkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi
menarik minat murid untuk memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan ini seringkali digunakan oleh para guru untuk memenuhi keperluan pendidikan asas
dalam perkembangan kanak-kanak. Unit pengajaran bertema ini membolehkan murid
menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran yang terdapat dalam bidang kurikulum.
Dalam melaksanakan pendekatan bertema ini murid akan diberi peluang untuk meneroka, mengalami
dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang digunakan. Ia hendaklah bersesuaian
dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan bertema ini boleh dikategorikan
kepada tiga jenis iaitu tema persekitaran, tema masyarakat dan tema komunikasi. Ketiga-tiga tema ini
2
amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid untuk memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi agar selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
2.1 Tema Persekitaran
Tema persekitaran meliputi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran sentiasa berkait rapat dengan
organisma hidup dan ia sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain dan saling berkaitan.
Persekitaran fizikal terdiri daripada pelbagai bahan, ruang dan masa yang cukup untuk kanak-kanak
bermain dan ia memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak. Manakala persekitaran sosial pula
dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya. Dalam tema
persekitaran terdapat tiga elemen penting yang mempengaruhi organisma hidup iaitu alam
semulajadi, buatan manusia dan teknologi.
2.1.1 Contoh-contoh tema persekitaran seperti:-
( Alam semula jadi ) ( Buatan manusia ) ( Teknologi )
Ketiga-tiga elimen di atas member kesan kepada alam semulajadi
Sumber: http://www.flickr.com/photos/abutoq/show/with/3780419404/
2.2 Tema Masyarakat
Mengikut Kamus Dewan masyarakat boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang
menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara hidup tertentu dan
masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Menurut Roucek & Warren (1979),
masyarakat ialah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama-sama.
Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka masih hidup dan kekal selama berabad-
abad. Masyarakat meruapakan makhluk sosial yang berkongsi keperluan asas yang sama di muka
3
bumi ini. Oleh itu di dalam masyarakat manusia, sosial dan budaya tidak boleh dipisahkan dan saling
bergantungan di antara satu sama lain dan saling berinteraksi.
Dalam ruang lingkup kehidupan kanak-kanak amat bergantung kepada masyarakat. Di sinilah mereka
belajar pelbagai peranan masyarakat dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka seharian.
Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman akan mempengaruhi dalam
pergaulan kanak-kanak seharian. Kebudayaan pula adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai
perbezaan mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan ini
menjadikan seseorang individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina,
kebolehan, minat, status sosial dan ekonomi, agama dan perwatakan.
Pendekatan bertema masyarakat ini adalah suatu pendekatan yang menyeluruh dan dapat merangkumi
aspek komponen pembelajaran yang luas. Ia menyentuh komponen kognitif, bahasa, fizikal,
sosioemosi, estetika, daya kreatif, dan ia dapat dilihat dengan jelas melalui penggabungjalinan mata
pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik, ketatanegaraan dan sebagainya.
2.2.1 Contoh-contoh tema masyarakat
Sumber:
2.3 Tema komunikasi
Komunikasi bermaksud perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima
mesej yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum
balas. Semua komunikasi boleh berlaku dalam empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal
sosial dan temporal. Komunikasi dalam aspek fizikal merujuk kepada sesuatu tempat contohnya di
Kebudayaan masyarakat Malaysia
Sumber: http://www.karyawan.com.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=120:perayaan-1-
malaysia&catid=1:latest-news
Pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat
Sumber: http://www.rmp.gov.my/
4
dalam bilik darjah, di taman, di rumah dan sebagainya. Manakala dalam konteks budaya pula ia
merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang diwarisi daripada satu
generasi kepada generasi seterusnya. Konteks sosiopsikologikal pula meliputi hubungan status di
kalangan manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat di mana komunikasi itu berlaku. Dimensi
temporal pula merangkumi masa, tarikh dan silam ketika komunikasi telah berlaku.
Mesej komunikasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada verbal atau bukan verbal. Komunikasi
ini juga akan memberikan kesan kognitif, emosi, kepercayaan, sikap dan sebagainya kepada
seseorang individu.
2.3.1 Contoh-contoh tema komunikasi
Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk
bahasa-perkataan, frasa, dan ayat-ayat.
Komunikasi bukan verbal mengandungi pelbagai elemen seperti hubungan ruang, orientasi
masa, bahasa isyarat, ekspresi mua, gerakan mata dan sebagainya.
Sumber: http://myart.wanwma.com/
Sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/interaktif.asp?e=&s=&b=&sp=kartun&si=210708.jpg
Sumber: http://www.ubikartun.com/cartoon-design-samples2.htm
5
3. KELEBIHAN, KEKUATAN DAN CABARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN
BERTEMA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Guru boleh menggunakan pendekatan bertema dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran kerana terdapat beberapa kelebihan, kekuatan dan cabarannya.Ini kerana pendekatan
bertema mempunyai beberapa kelebihan, kekuatan dan cabarannya yang tersendiri yang akan dapat
menjadikan pembelajaran itu bermakna dan menyeronokkan kepada murid.
3.1 Kelebihan pendekatan bertema
a ) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan
kondusif.
Penggunaan pendekatan bertema seperti alam semulajadi murid akan merasa gembira untuk
mengikuti proses pengajaran guru. Ini kerana murid-murid telah biasa dengan alam semulajadi
dan mereka sentiasa berinteraksi dengan alam. Melalui tema ini guru boleh membawa murid-
murid untuk meneroka dan mengenali persekitaran yang mempunyai pelbagai keindahan flora
dan faunanya. Selain itu juga, guru boleh menggunakan kaedah penggabungjalinan mata
pelajaran untuk mendedahkan murid kepada alam semulajadi. Contohnya, dalam pendidikan
muzik guru boleh mengajar murid untuk membuat aktiviti pergerakan dan bunyi pokok yang
bergoyang ditiup angin dengan melakukan aktiviti pembelajaran di luar kelas. Begitu juga
dengan pendidikan seni visual murid boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti melukis
gambar flora dan fauna mengikut kreativiti masing-masing. Oleh itu murid akan merasa lebih
seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif
dan ia mengelakkan murid daripada merasa bosan dan tidak berminat untuk belajar.
b) Pendekatan bertema juga dapat menyemai daya imaginasi murid melalui
penerokaan.
Melalui pendekatan bertema ini juga para guru boleh membantu murid untuk menggunakan
daya imaginasi mereka agar lebih kreativiti dalam berkarya. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, ia dapat membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan
arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Contohnya aktiviti pengajaran
6
dan pembelajaran tentang alam flora murid boleh menghasilkan gambar lukisan tentang
pelbagai jenis tumbuhan ataupun bunga-bungaan. Ini secara tidak langsung murid dapat
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam
setiap aktiviti pembelajaran. Contohnya murid belajar tentang jenis-jenis tumbuhan yang
terdapat di sekeliling mereka. Oleh itu dengan menggunakan pendekatan bertema ini sangat
baik dan berkesan untuk meningkatkan kebolehan daya imaginasi murid.
c ) Murid dapat berekspresi atau meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti yang
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lepas.
Ia merupakan satu kelebihan yang terdapat dalam pendekatan bertema. Pendekatan bertema
yang digunakan oleh guru hendaklah mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dan juga
berdasarkan pengalaman mereka. Melalui cara ini guru dapat membantu murid-murid untuk
meluahkan perasaan mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti dalam penggabungjalinan
mata pelajaran lain seperti pendidikan muzik, pendidikan seni visual dan sebagainya. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru boleh menggunakan teknik nyanyian,
lakonan, bercerita, bersajak dan sebagainya. Dengan aktiviti tersebut murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman mereka tentang sesuatu perkara berdasarkan
tema yang diberi oleh guru. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih bermakna dan berkesan.
d ) Dapat menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
pelbagai budaya.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum, agama dan
budaya. Kehidupan masyarakatnya yang berbilang bangsa ini memerlukan satu kesepaduan
hubungan yang hormani di kalangan masyarakatnya. Oleh itu nilai empati, harmoni dan
pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya ini perlu disemai dari kanak-kanak sekolah
lagi. Jesteru itu dengan menggunakan pendekatan bertema masyarakat ini secara tidak
langsung guru telah dapat menyemai nilai-nilai tersebut dijiwa anak-anak. Contohnya melalui
aktiviti nyanyian lagu-lagu patriotik, lakonan, melukis dan sebagainya yang dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Di sekolahlah tempat murid-murid dapat mempelajari
budaya sesuatu kaum itu dan seterusnya mereka dapat memahami pelbagai budaya tersebut.
Jesteru itu, dengan menggunakan pendekatan bertema ini murid-murid akan dapat memahami
7
bahawa kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik,
ekonomi, dan sebagainya.
e ) Untuk membangunkan pembelajaran yang menyeluruh dan dapat
menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran.
Melalui pendekatan ini pengajaran akan menjadi lebih berkesan kerana ia dapat membantu
pemahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak. Pemahaman tentang sesuatu tema yang
disampaikan akan menjadi lebih mudah apabila ia dikaitkan dengan realiti pengalaman hidup
sebenar dan berasaskan pengetahuan kanak-kanak. Dalam pengajaran bertema, pemeringkatan
tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar perlu diambil kira oleh para guru. Untuk
menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna para guru mestilah mengambil kira pengetahuan
sedia ada dan kemahiran yang ada pada murid sebagai satu asas dalam pendekatan bertema.
Contohnya, untuk mengajar tentang perayaan sambutan Hari Kebangsaan, seseorang guru itu
perlu tahu bahawa murid-muridnya pernah mengalami atau melihat perayaan itu di media
massa atau media elektronik.
f ) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal di kalangan murid.
Guru boleh menggunakan pendekatan bertema untuk membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran interpersonal dan intrapersonal mereka. Contohnya dalam pengajaran yang
berkonsepkan seni, guru dapat membantu murid untuk meningkatkan keyakinan diri dengan
cara memberikan peluang kepada murid memhuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan
dan sebagainya. Selain itu juga,dengan melaksanakan pendekatan bertema aktiviti gerak kerja
berkumpulan dapat dilaksanakan dan ia dapat melatih diri murid untuk berkomunikasi dengan
rakan-rakan secara baik dan berhemah. Ini secara tidak langsung murid-murid dapat membina
satu jaringan perhubungan yang baik dan kuat di kalangan mereka sendiri.
g ) Murid dapat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan.
Ia boleh dikatakan sebagai kelebihan penggunaan pendekatan bertema, kerana di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pendidikan seni dan muzik murid
dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya
8
dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid mempelajari tentang cara komunikasi
dengan guru, rakan, keluarga dan juga orang lain. Selain itu juga, murid dapat belajar cara
berkomunikasi bukan verbal yang merangkumi pelbagai elemen seperti hubungan ruang,
orientasi masa. Segala maklumat dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid dengan
komunikasinya secara langsung dapat membantunya membuat pilihan yang sesuai dan relevan
dengan kehidupannya.
h ) Dapat membantu murid untuk menghadapi cabaran.
Kesan daripada kemajuan sains dan tekonologi ini telah menyebabkan negara kita turut
mengalami tempiasnya terutama dalam bidang pendidikan. Oleh itu dalam usaha untuk
melahirkan generasi yang berdaya saing dan mempunyai jati diri yang teguh adalah menjadi
hasrat kerajaan untuk mencapai impian tersebut. Jadi dengan menggunakan pendekatan
bertema masyarakat ini secara tidak langsung para guru telah cuba mempersiapkan generasi
pelajar khususnya untuk menghadapi pelbagai cabaran sama ada dalam aspek politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya.
3.2 Kekuatan pendekan bertema
a ) Murid berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan
bukan verbal.
Melalui pendekatan ini murid dapat meluahkan perasaan mereka melalui pergerakan, imej
visual, prop, bunyi dan muzik, berasaskan tema yang digunakan oleh guru. Contohnya
penggunaan tema alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dengan
menggunakan kosep bertema ini murid akan merasa seronok kerana dapat mengekspresikan
perasaan mereka sama ada sedih, suka dan riang dalam proses pembelajarannya melalui
aktiviti nyanyian atau pun melukis. Dengan itu pembelajaran mereka akan lebih bermakna
dan menyeronokkan kerana dapat berkongsi pengalaman bersama kawan-kawan yang
sebaya dengan mereka.
b ) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti
yang tinggi.
Ini kerana apabila seseorang guru itu menggunakan pendekatan bertema yang bersesuaian
dengan kehidupan murid membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti dengan lebih
9
kreativiti. Contohnya guru boleh mengadakan aktiviti seperti lakonan, menggambar, nyanyian
dan sebagainya. Guru boleh melaksanakannya aktiviti tersebut dengan menggunakan
kemudahan komputer. Selain itu juga, guru boleh membimbing murid menggunakan bahan-
bahan terbuang dalam aktiviti membuat capan. Unsur-unsur seni muzik dan gerakan dalam
pendekatan bertema akan menjadikan persembahan itu lebih menarik dan seterusnya
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Murid juga digalakkan
menggunakan pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Jesteru itu ia akan
menggalakkan murid-murid untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih baik dan
bermakna serta dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep yang diajar.
c ) Murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Dalam usaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan, guru
boleh menggunakan pendekatan bertema sebagai salah kaedah untuk meningkatkan
kemahiran murid. Ini kerana muird-murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan mereka
dengan konsep atau tema yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya guru menggunakan tema haiwan murid-murid secara tidak langsung
telah mengetahui dan mengenali binatang-binatang melalui persekitaran mereka. Oleh itu
jelaslah bahawa pendekatan bertema persekitaran ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
d ) Murid berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru.
Melalui cara ini guru boleh menggunakan tema untuk mendedahkan murid kepada nilai-nilai
murni dan menyemaikannya dalam diri mereka seperti tolong-menolong, bertolak-ansur,
hormat-menghormati di antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat. Selain itu juga,
melalui tema ini murid-murid akan dapat mengaitkan idea-idea baru dalam kehidupan mereka
seharian yang sentiasa berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya. Dengan
menggunakan pendekatan bertema ini juga, murid-murid boleh menggunakan kebolehan
berimaginasi untuk untuk mencipta sesuatu yang baharu. Melalui imaginasi kanak-kanak
boleh menjadi lebih kreatif, dapat menjana idea baru dengan menggabung, mengubah dan
mengaplikasikan semua idea. Ini kerana setiap manusia itu dianugerahkan kebolehan dan
bakat yang tersendiri. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memperkembangkan
potensi dan bakat kanak-kanak ke peringkat yang optimum.
10
e ) Murid dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Kekuatan pendekatan bertema dapat dilihat dengan jelas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui pendidikan seni visual, pendidikan muzik dan mata pelajaran sains.
Contohnya, jika guru hendak mengajar tentang konsep keluarga, guru boleh mengaitkannnya
dengan pokok. Dalam aktiviti untuk menghasilkan pohon keluarga guru menggalakkan murid
untuk memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Sebatang
pokok boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang mempunyai batang, dahan, daun, buah
dan sebagainya yang mana setiap bahagian itu mempunyai peranan masing-masing. Begitu
juga dengan sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu kakak, abang, adik dan
sebagainya. Masing-masing mempunyai peranan tersendiri dan saling bergantungan antara
satu sama lain. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan bertema ini ia akan dapat
membantu murid untuk menilai kefahaman tentang sesuatu konsep melalui aktiviti-aktiviti
tersebut.
f ) Murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran menarik.
Ia merupakan salah satu kekuatan dalam menggunakan pendekatan bertema masyarakat. Ini
kerana murid berasa lebih yakin kerana mereka dapat bersaing di antara satu sama lain dan
membantu mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya jika guru
menggunakan tema keluarga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sini murid boleh
melakukan pelbagai aktiviti untuk menceritakan tentang keluarga masing-masing seperti
bercerita, melukis, menyanyi dan sebagainya.
3.3 Cabaran pendekatan bertema
a. Kecekapan guru di dalam pelbagai mata pelajaran.
Tidak dapat dinafikan dalam pengajaran pendekatan bertema ini para guru terpaksa
menghadapi banyak cabaran. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru ialah
kecekapan dan kemahirannya dalam menguasai keseluruhan mata pelajaran. Ini kerana di
dalam pendekatan ini guru akan menggunakan kaedah penggabungjalinan pelbagai mata
pelajaran seperti Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Sains dan sebagainya. Oleh itu
guru akan menghadapi masalah untuk menguasai sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran
dalam semua mata pelajaran yang digabungjalinkan tersebut. Penggabungjalinan mata
pelajaran di dalam pendekatan bertema ini amat penting kerana ia akan mewujudkan suasana
11
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Jesteru itu, guru perlu meningkatkan
kemahirannya serta lebih berkreativiti dalam pelbagai bidang selaras kemajuan teknologi
pendidikan.
b) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza.
Cabaran ini wujud dalam pengajaran pendekatan bertema kerana guru akan
menggabungjalinkan pelbagai mata pelajaran sebagai satu kaedah untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid. Kepelbagaian mata pelajaran ini
secara tidak langsung akan menyebabkan hasil pembelajaran yang dicapai oleh murid juga
akan berbeza. Ini kerana setiap mata pelajaran mempunyai objektif pengajaran yang berlainan,
contohnya mata pelajaran Bahasa Melayu hasil pembelajarannya tidak akan sama dengan
mata pelajaran Sains. Oleh itu guru perlulah lebih kreatif agar perbezaan hasil pembelajaran
tersebut tidak menjadi satu halangan kepadanya untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
d ) Kesukaran untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan.
Cabaran ini wujud kerana pada hakikatnya masyarakat ini mempunyai pelbagai perbezaan
sama ada dari segi latar belakang, bangsa, agama, cara hidup, taraf ekonomi dan sebagainya.
Kepelbagaian ini akan menyebabkan berlakunya perbezaan kefahaman dan ini akan
mewujudkan satu kesukaran untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan. Begitu juga
dengan murid-murid di sekolah yang berbeza dari segi latar belakang, budaya, kebolehan dan
sebagainya. Ini akan menyebabkan guru-guru sukar untuk mewujudkan satu kumpulan murid
yang mempunyai citarasa yang sama dan mempunyai hubungan yang erat semasa melakukan
sesuatu aktiviti.
e ) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas dan kebolehan yang berbeza-beza
Dalam menggunakan pendekatan bertema guru sukar membuat penilaian contohnya tema
masyarakat yang mempunyai skop yang luas, ia memberi penekanan tema tentang manusia,
masyarakat dan budaya. Skop pemahaman yang luas ini menyukarkan untuk dibuat penilaian
tentang objektif penyampaian. Oleh itu, guru-guru yang menggunakan pendekatan bertema ini
mestilah merancang dengan teliti iaitu dengan memberikan pengkhususan tema agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna.
12
Guru juga akan menghadapi cabaran dalam mewujudkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid kerana minat dan bakat di kalangan
murid adalah berbeza. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini guru perlu merancang aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaiknya agar perbezaan yang ada di kalangan murid tidak
terlalu luas.
4. Rumusan
Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran pendekatan bertema
adalah sangat penting untuk meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui pelbagai
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang dilaksanakan dalam pengajaran. Dalam zaman era globalisasi
ini. Para pendidik perlu mengintergrasikan tema dalam pengajaran dan pembelajaran harian mereka.
Ini kerana pengajaran pendekatan bertema kelebihan dan kekuatannya. Walaupun ia memberi
pelbagai cabaran kepada guru dan murid namun ia dapat memperkasakan pendidikan di negara kita.
Pendidik hendaklah berpegang pada falsafah serta tujuan pendidikan iaitu memperkembangkan
potensi kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani. Selain itu juga,
pendekatan bertema ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak memperoleh pengalaman,
pengetahuan dan kefahaman melalui proses pembelajaran. Setiap kanak-kanak itu mempunyai bakat,
minat dan kebolehan yang tersendiri. Oleh itu mereka perlu diberi pendedahan daripada pelbagai
aspek berkenaan diri dan persekitaran.
Sesungguhnya, penggunaan pengajaran bertema dalam proses pembelajaran akan
mewujudkan satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada murid-
murid untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti masing-masing. Mereka boleh mengikuti
pengajaran ini dengan lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempertingkatkan
daya imaginasi dan dapat menggunakan pengetahuan serta pengalaman mereka untuk meneruskan
kelangsungan hidup seharian di masa akan datang. Keberkesanan dan kejayaan pengajaran bertema
bergantung kepada daya usaha, kreativiti, kemahiran dan kesungguhan guru dalam merancang tema
dan memilih aktiviti yang sesuai demi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan kondusif.
13
5. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Bidang : Pendidikan Islam ( aqidah )
Tahun : Satu
Tajuk : Allah Maha Berkuasa
Masa : 8.45 – 9.45 ( 1 Jam )
Bilangan murid : 35 orang
Pengetahuan sedia
Ada murid : Murid telah mengenali jenis-jenis binatang.
Objektif pembelajaran : Pelajar akan diajar untuk :-
1. Mengetahui nama binatang dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
2. Mmengetahui bahawa Allah jadikan haiwan sebagai penghibur.
3. Mengetahui bahawa Allah maha berkuasa menjadikan haiwan di air, diudara, di darat.
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
Aras 1
1. Menyebut nama binatang dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
2. Mengeja nama-nama binatang ciptaan Allah.
Aras 2
1. Melakukan pergerakan binatang yang dilihat.
2. Mempbunyikan bunyi-bunyian binatang .
Aras 3
1. Mengklasifikasikan haiwan ciptaan Allah yang berkaki dua dan berkaki empat.
2. Menulis dan mewarna nama-nama binatang ciptaan Allah di langit, di udara dan di darat.
Bahan bantu belajar : Bahan multimedia ( Power point )
14
Lembaran kerja.
Nilai Murni : bersyukur di atas nikmat ciptaan Allah
Langkah Isi pelajaranAktiviti pengajaran dan
pembelajaranCatatan
Set Induksi
( 8 minit )
Nasyid Allah Maha
Pencipta.
- Guru memperlihat dan
memperdengarkan sebuah
nasyid ( Allah Maha
Pencipta )
- Guru bersoal jawab dengan
murid nama binatang telah
disebutkan dalam nasyid
- Guru menyoal murid
siapakah yang menjadikan
semuanya.
- Guru menjelaskan bahawa
sesungguhnya Allah
MahaBerkuasa.
BBM
- Komputer
- Bahan
multimedia
Gabungjalin
mata pelajaran:
- Bahasa
Melayu
- Bahasa Arab
- Bahasa
Inggeris
Langkah
satu
(10 minit )
Allah berkuasa
menjadikan haiwan, ada
yang berkaki dua dan ada
yang berkaki empat
- Guru memaparkan gambar-
gambar binatang yang
berkaki dua dan berkaki
empat.
- Guru bersoal jawab
mengenai jenis haiwan
berkaki dua dan berkaki
empat.
- Guru memilih murid secara
rawak untuk memilih
haiwan berkaki dua dan
berkaki empat.
BBM
- Gambar
binatang
berkaki dua
dan berkaki
empat.
Gabungjalin
Mata pelajaran;
Sains
Nilai:-
Bertakwa kepada
Allah.
15
Langkah dua
( 10 minit)
Nama nama binatang
ciptaan Allah.
- Guru memaparkan gambar
dan nama haiwan tersebut,
- Murid mengeja nama-nama
binatang yang dipaparkan.
BBM
- Gambar
binatang dan
nama
binatang.
Gabungjalin
mata pelajaran:
- Bahasa
Melayu.
Langkah tiga
(10 minit )
Allah berkuasa
menciptakan haiwan
dengan pelbagai cara
pergerakan.
- Guru membahagikan murid
dalam kumpulan mengikut
nama binatang.
- Murid akan melakukan
pergerakan dan bunyi
binatang mengikut gambar
yang dipaparkan.
Contohnya guru
memaparkan gambar ayam,
kumpulan ayam akan
berbunyi seperti ayam dan
melakukan pergerakan
ayam.
BBM
- Gambar
binatang
Gabung jalin mata
pelajaran:
Pendidikan Jasmani.
Penilaian
(20 minit )
Allah berkuasa
menjadikan haiwan.
- Tulis nama haiwan
dan warnakan
gambar haiwan.
- Guru mengedar lembaran
kerja.
- Murid melaksanakan
aktiviti sambil mendengar
lagu seperti dalam set
induksi.
- Guru menyemak jawapan
murid.
BBM
- Nasyid
binatang
- Lembaran
kerja.
Gabungjalin mata
pelajaran:
Bahasa Melayu,
Bahasa Arab,
16
- Bagi murid yang dapat
menjawab dengan betul,
lembaran kerjanya
dlekatkan dengan bintang
dan ditampal di papan
kenyataan.
Bahasa Ingeris
Dan Pendidikan seni.
Penutup
( 2 minit )Allah maha berkuasa
- Guru bersoal jawab dengan
murid:-
o Apakah bukti
Allah maha berkuasa.
- Guru membuat kesimpulan
bahawa :-
o Allah maha
berkuasa. Bukti
kekuasaannya, ialah ia
berkuasa menjadikan
berjenis haiwan yang
berlainan habitat, berlainan
pegerakan dan bunyi.
o Kita wajib
beriman kepada Allah.
Nilai murni:-
Besyukur dengan
nikmat hiburan yang
diberikan.
RUJUKAN
Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan
Prasekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2003).
Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan pengajaran
17
Berkesan. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail. (2009). HBEF 1403 Seni dalam pendidikan.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
http://www.youtube.com/wath?v=kC8sS15CISO 24 November 2009
http://www.flickr.com/photos/abutoq/show/with/3780419404/. 15 Disember 2009.
http://www.karyawan.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=120:perayaan-1-
http://www.rmp.gov.my/. 15 Disember 2009
http://myart.wanwma.com/. 15 Disember 2009
http://www.tutor.com.my/tutor/interaktif.asp?e=&s=&b=&sp=kartun&si=210708.jpg. 15 Disember 2009
http://www.ubikartun.com/cartoon-design-samples2.htm. 15 Disember 2009
LAMPIRAN